hai assalammualaikum

Terima Kasih Kak Saidila Untuk Chocoletto - Memang sekarang teringin makan makanan bercoklat..tapi bukan sekadar coklat kosong. Alhamdulillah rezeki baby dapat coklat rice daripada kak saidila. Akak saidila datang rumah sebab nad ade beli line telco dengan dia, sambil-sambil nak terangkan tu, dia datang bawak benda untuk baby..alolololo..sweetnyaaa...memang dia cakap nak bawak coklat, ingat kek coklat ke apa..hehehe..rupa-rupanya chocoletto..ala coklat rice tu..terima kasih kak..terharu sangat..malam tu lepas akak balik terus makan..hehee


Chocoletto ni akak saidila beli dengan kak ieta. Nad kenal jugak dengan kak ieta, lama dah. Kak ieta memang jual chocoletto ni dah lama. Bestnya Chocoletto kak ieta ni ade pelbagai jenis..hah!!..tak percaya..silalah percaya..ade tiga jenis chocoletto ni

1) Chocoletto Ori. - Terdapat 3 keping biskut chipsmore dan bertih beras yang dituang coklat ke dalam jar.

2) Chocoletto Crunch. - Manakala, yang crunchy, campuran coklat yang dicurahkan kedalam botol berisi crispy rice, coco crunch dan biskut chispmore. 

3) Chocoletto Flakes. - Campuran bertih beras, 3 keping biskut chipsmore dituang coklat dan ada campuran corn flakes.


Chocoletto merupakan salah satu dari produk Chocolate In Jar dari Dunia Niaga ieta Enterprise yang mudah dimakan, tidak perlu direndam ke dalam air panas. Hanya ambil sudu dan terus ngap sahaja. Namun boleh juga jika ingin dicairkan ke dalam mangkuk berisi air panas. Lagi cair, lagi bertambah sedap... Tetapi tidak perlu disejuk-bekukan tau. Mudah bukan?


Harga sebalang murah je RM11 je..pe lagi pergila beli..Contact no 019 2586141 ..nyum..nyum..kunyah masa tengok tv, dalam kereta atau di mana sahaja..boleh je buat hantaran..hehee.. sekali lagi terima kasih kak saidila..kakak rock..nanti line telco tu ok kita update kat blog gak..ehehhehe
hai assalammualaikum


Badan Segar Dengan Gel Mandian Dan Magic Body Lotion Cosmoderm -Femes dah produk Cosmoderm ni. Cosmoderm bagusnya sebab dia boleh digunakan untuk semua orang tak kira bayi, kanak-kanak, dan dewasa. Bagus dari atas sampailah ke bawah. Maksudnya bagus untuk seluruh badan kita. Kan jimat macam tu. Sebelum ni nad dah banyak review produk cosmoderm, silalah tekan search cosmoderm kalau nak tau pasal Cosmoderm ya..hehhee..dua produk ni satu nad belum pernah cuba satu produk nad penah cuba.

Gel Mandian Cosmoderm


Ni la produk nad belum cuba lagi. Nad penah tulis dekat SINI, yang nad puas cari gel mandian ni dekat kedai-kedai yang jual barang cosmoderm, tapi asyik takde je..dah habis. Geram memang teramat geram. Ramai cakap bau dia sedap, dan sesuai untuk kulit yang sensitif. semua bagi feedback positif. Macam mana nad tak meroyan bila dah habis.. Tai nasib baik haritu dapat masa family day #kelabbloggerbenashaari. Seronok habis weii..

Nak cari mandian yang bukan sahaja mampu memberikan kesegaran badan malah mampu melindungi badan. Botol yang besar, tekan je terus keluar sabun dia. Picit sedikit je dah keluarkan buih yang banyak. Bau dia memang harum. Kau tau la sekarang musim jerebu, bila badan dah terkena habuk semua mesti rasa gatal-gatal dan masalah eczema. Huh!! habis badan kita kan naik merah-merah. Jadi masa mandi, pakai shower gel ni. Mesti kesegaran, kegatalan hilang.

Shower gel membersihkan kulit secara lembut supaya menjadi licin dan lembut. Menolong melembapkan dan menyucikan kulit. Dan amat sesuai untuk semua jenis kulit.

Magic Body Lotion Cosmoderm


Lepas mandi je, mesti terus sapu Magic Body Lotion Cosmoderm ni bagi menambahkan keharuman dan kesegaran badan. Ooopaaa Magic Body Lotion ni banyak kegunaanya. Sebab tu dinamakan Magic Lotion..hehehe.. Ia bukan sekadar mengharumkan badan korang malam mampu menghalau nyamuk daripada mendekati korang.

Malam-malam, nyamuk mesti ada, kalau tak pakai apa-apa sedapla dia hisap darah kita. Lagi-lagi dekat kampung. Tapi bila pakai ni, nyamuk pun tak berani dekat. Tidur pun lena je. Silalah bawak Magic Lotion ni kemana-mana sebab banyak kegunaanya tau. Antaranya:
Masalah kulit - membantu merawat jerawat badan, ruam, jangkitan kulat dan bakteria serta selaran matahari
Kelembapan - mampu memberi kelembapan kulit diperkaya denagn lidah buaya, vitamin B5 dan E
Deodoran - mencegah bau badan agar nyaman sentiasa.

Hah bestnya Magic Lotion ni boleh dijadikan deodoran. Siapa-siapa yanga ada masalah bau badan, kuat peluh tu, silalah pakai Magic Lotion ni. Macam mr mafia, kalau dia pakai minyak wangi pun lama-lama berbau jugak badan dia. Nad time-time macam ni memang tak tahan bau busuk, jadi pakai dia Magic Lotion ni...hilang bau tu..takdela nad komplen je..hahaha..kadang orang laki ni mana suka pakai-pakai benda macam tu, nad la tukang bubuh. Baru la dia rasa yakin..

Memang bagus produk cosmoderm ni. Korang cubala dulu. Pakai biar konsisten kalau nak hasil terbaik.
hai assalammualaikum

Kelab Blogger Ben Ashaari Di Dalam Akhbar - Bukan Sekadar Blogger, We Unite Together..itulah tagline kelab blogger Ben Ashaari, bermaksud, kami bukan sahaja bekerja sebagai blogger, malah kami seperti ahli keluarga, sahabat karib ketika susah dan senang. Kami sentiasa positif untuk memajukan kelab ni, dan jauhkan anasir-anasir yang tidak elok. Sebab tu segala aktiviti yang dijalankan, pasti akan meriah, happening dan havoc.

Kelab ini bukan sahaja untuk mendapat duit semata daripada blog, malah menyatukan ahli dalam kelab dengan mengadakan blogger day out atau hari keluarga. Bestnya kelab ni sebab, bukan hanya untuk blogger, malah ahli keluarga pun boleh turut serta. Nampak tak keakraban kami semua walaupun ade sesetengah tak pernah jumpa tapi selalu berborak di dalam alam maya sahaja. Bila dah berjumpa, macam dah lama kenal kan..hehee..semua boleh masuk kepala.

Baru-baru ni Kelab Blogger Ben Ashaari ada membuat hari keluarga di Hulu Langat. Nad ada cerita dekat SINI. Dan kegembiraan tersebut telah dikongsi di dalam akhbar Metro dan sinar harian.


Yang ni pulak dalam akhbar Metro. Beria mr mafia belikan untuk nad..hahaha..nak cakapla yang nad bulatkan tu, tu la nad..ahhahaa..walaupun muka secoit..hehehe..takpela..boleh gunting dan wat buku segala kenangan kan..



Dam harini..hari sabtu..keluar utusan pulak..ada gak la muka den terselit dalam tu..haha..walaupun tak sebesar mana..wehuu..syok family day ni..korang bolehla beli utusan..heheh..ni pun mr mafia yang beli utusan semata2 nak tunjuk kat nad..nad sekarang kat kampung.. sesekali muka masuk suratkhabar okla kan..hahaha

SALAM AIDILADHA KEPADA SEMUA

in , by Nadia Johari, 09:29:00
hai assalammualaikum


Salam Aidiladha Kepada Semua -Malam tadi keluar siap ada bakar bunga api lagi..Pagi ni dah bangun-bangun dah raya dah. Bukan raya Aidilfitri ye tapi Hari Raya AidilAdha. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selesai solat, mesti bersiap sedia nak sembelih lembu ka, unta ka..

Mesti ramai dah balik kampung. Ada gak tak balik kampung sebab cuti pendek. Nad macam baisalah balik kampung awal pagi. Dekat je kan..dekat ke??..hahahhaa..Lepas ni terus stay dekat kampung, sebab due date dah semakin dekat. Sampai la berpantang dekat sana. Tak sabar nak makan masakan mak..rinduu...

Ok korang selamat hari raya aidiladha..
hai assalammualaikum

Bermain Dengan Playdoh Sempena Sambutan bulan Playdoh - walaupun dah meningkat dewasa, jiwa kanak-kanak tu pasti ada jugak. Lagi-lagi bila tengok anak-anak main kan, kita pun nak join..hehee.. Nad tak pernah merasa lagi bermain playdoh ni, dulu main plastetin satu warna je. Itu pun dah kira bersyukur tau tak. Bila dapat Playdoh ni, lagi suka sangat sebab kaler yang berwarna-warni. Bila buat sesuatu benda tu nampak colourful je. 


Masa ni la kita nak jadi kreatif dan berimaginasi. Walaupun baby dalam perut, bila mak dah kreatif, mana tau bila dia keluar nanti, macam-macam dia buat..hhahaha..Imaginasi sihat memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Salah satunya ialah dengan bermain PLAYDOH ni la. Tak sangka dah lebih 50 tahun Playdoh memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta eksperimen dan mengukir ciptaan tersendiri. 



Bila dapat Playdoh ni, teruja pulak nak bermain, hahhaa..dapatla luangkan masa dengan kerja berfaedah. Main-main dengan kaler. Bila dah dapat mulalah nak pikir buat apa.Biasalah mak buyung pikir nak makan je. Jadi terhasilla pelbagai jenis makanan yang ada dalam kepala mommy ni. Sebenarnya tengah mengidam, jadi kita reka dulu dalam bentuk palydoh..seronok pulak..


Bila dah seronok memang tak ingat dunia..esoknya kita main lagi dan lagi..hahaa..tapi kali ni nad nak mengukir dulu dekat kertas putih. Dah lama tak melukis ni, memang dari sekolah, kalau melukis memang fail..hahaa..tapi tetap nak melukis jugak. Disebabkan kepelbagaian komuniti Malaysia, banyak benda dalam pikiran ni nak lukis. Yang paling penting mestilah bendera Malaysia..hehee...



Lepas tu ada bunga raya dan orang..hahaha..tapi tak reti buat orang..jadi kita buat jele orang lidi..hahaa..Syok main Playdoh ni, kita gentel-gentel, buat bulat-bulat, main warna..memang tak ingat dah nak buat benda lain..haha..tapi sebelum main playdoh, nad pastikan semua kerja rumah siap sebab tau akan lalai dengan palydoh..hahahaha...tadaaa..siap dah..I LOVE MALAYSIA..Malaysia tanah tumpah air ku.. cantikkann..dah macam kek je..nak makan..nyum..nyum..( masa ni anak mommy duk gerak sana sini..dia happy jugak kot..tunggu awok keluar ye sayang..kita main sama-sama)..

Ada benda menarik dekat One Utama 26 September ni..baca sampai habis ye ibu-ibu, bapak-bapak..

JOM PERGI KE ONE UTAMA UNTUK SAMBUTAN PLAYDOH
Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH - menurut apa sahaja yang dipilih, sama ada ukiran, nombor ataupun huruf. 

Semasa anda mencipta yang baru atau mencipta semua yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH paling banyak dalam satu hari pada 26 September 2015 (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH  anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH yang menarik. JANGAN LUPA DATANG 26 SEPTEMBER NI..

Dengan PLAY-DOH, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen - melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.

Anda dan anak anda boleh mula "Membina Komuniti Ceria" dengan tips berikut:

Langkah 1
Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut dengan menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.

Langkah 2
Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.

Langkah 3
Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah rekabentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia! 

Untuk Maklumat Lanjut dan Terkini tentang Bulan PLAY-DOH sila layari laman web PLAY-DOH

hai assalammualaikum

Nama Anak Lisa Surihani dan Yusry Sungguh Sedap - Tadi nak like semua gambar dekat instagram. Nad ada follow lisa surihani punya instagram. Tiba-tiba ternampak satu gambar ni. Mula tak perasan, sekali baca, wah nama anak mereka dah diberitahu. Unik sungguh nama anak lisa dan yusry ni. Sedap je bila di dengar. Sebelum ni ada dibagitahu yang nama anak mereka akan diumumkan selepas 7 hari kelahirannya. 


Nama anak mereka ialah Yahaira Leanne. Macam nama orang putih ye pun, nama arab ye pun. Tak kisah la yang penting makna nama tu. Yahaira Leanne yang membawa maksud “wahai sebaik-baik kelembutan”. Cantik nama yang diberi. Sedap mendengar dan menyebutnya.

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Lisa Surihani dan Yusry atas kelahiran puteri mereka. Semoga Yahaira Leanne membesar dengan sihat sejahtera serta menjadi anak yang berjasa kepada kedua ibu bapanya apabila dewasa kelak. Sama-sama kita doakan.

RESIPI TAUHU AYAM GORENG

in , by Nadia Johari, 19:20:00
hai assalammualaikum

Tauhu Ayam Goreng - Mommy cuba nak perbaharui masakan ayam..hahahha..semalam beli isi ayam, pulak tu ada tauhu dekat rumah. Bosan dengan ayam sambal, ayam kicap, nad pikir nak buat lain ler..tetibe nad terfikir bergedil..nak buat macam bergedil ler..hahaha...tapi ni tauhu campur ayam. Lepastu digoreng. Guna bahan yanga da je..janji masuk perut..


Bahan-bahannya
- Tauhu
- Isi Ayam
- Blackpeper
-Telur
- Tepung
- Garam


Caranya
- Carik tauhu dan ayam
- Masukkan sekali dalam satu mangkuk
- Masukkan serbuk blackpeper, telur dan garam.
- Gaul sehingga rata
- Buat bentuk bulat
- Lepastu letak ke dalam tepung dan goreng


Ni la hasilnya..makan dengan sos sodappp...
hai assalamualaikum

Amar Baharin Keluarkan Baju Kurta Anta Slimfit -Hah!! dah nak raya haji ni, korang dah cari baju untuk ayah, abang, pakwa belum..huhuhu. Cerita pasal raya ni, kaum adam iaitu kaum lelaki mesti tengah cari baju yang sesuai, kain yang berkualiti,cantik dan bergaya. Maknanya kalau boleh nak lain daripada yang lain kan. Takkan nak fesyen yang sama je, iaitu baju melayu..







Meh nad nak bagitau, sempena hari raya haji bakal tiba ni, Amjifaexclusive ada mengeluarkan baju Qurta Slimfit khas untuk para lelaki..lelaki sahaja ok..Amjifaexclusive adalah milik seorang pelakon iaitu Amar Baharin bersama rakannya. Siapa tak kenal dengan Amar Baharin. Pelakon yang semakin melonjak naik. Bab kontroversi tak nak ceritala kan..hehehe..Amar Baharin telah mengeluarkan satu baju Qurta khas untuk lelaki. Sebelum ni dia keluarkan jubah, lepas tu dapat idea untuk keluarkan baju Qurta lelaki pulak.


Harga RM 139

Baju Qurta Anta dikeluarkan dengan  5 warna iaitu ungu, biru, hijau,kuning dan peach. Warna yang sangat soft dan ceria. Ciri-ciri baju Qurta Anta
- Kain yang sangat berkualiti iaitu 100% Italian Cotton
- Friendly wudhuk sebab ada zip di tangan
- Slimfit ( mengikut bentuk badan )
- Saiz dari S sampailah ke XXL.. 
- Ada poket dibajunya
- Harga baju RM139

Meh belanja gambar baju Qurta Anta Slimfit ni yang pasti buat korang tergoda untuk terus beli kerana designnya yang berlainan dan trend terbaru zaman ni. Tengok Amar baharin sendiri pakai pun dah smart dan lawa. 






Mesti korang tergoda kan lepas tengok Amar Baharin pakai ni..hehee..sebab nad pun dah tergoda..nak belikan untuk ayah dan husband ni. Mana satu pilihan korang??..cepat-cepat grab, takut nanti terlepas pulak kan..raya haji ni mestilah nak smart kan. dahla Slimfit tu. Disebabkan baju ni Slimfit, pesanan ye, kalau korang yang selalu pakai saiz S, mestilah beli saiz M untuk baju Qurta ni untuk lebih selesa..sebab dia slimfit, takut kalau ikut saiz nak masuk dengan keluar nanti susah..hehee


Hah mesti korang para lelaki dah tak sabar nak bergaya. Cepat whatsuup no tertera untuk tempah baju Qurta Anta ni, takut takde saiz ni..hah dah melepas...kalau korang nak boleh pergi ke instagram amjifaexclusive atau contact no +60166860645 atau email
amjifaexclusive@gmail.com



Oh lupa nak cakap..ade peradua Repost, Tag dan Win dekat Instagram..ape tunggu lagi, nak dapat baju Qurta Anta Slimfit free..p join sana..cepat-cepat sebelum contest tu habis. Mudah je, korang repost and Tag kat comment bawah gamabr tu seramai kawan korang yang boleh!! diaorang kan pilih pemenang bertuah secara random yang tag dan repost paling banyak. Contest tutup sampai hujung bulan ni ye...






ANAK LELAKI KE PEREMPUAN???

in , by Nadia Johari, 19:14:00
hai assalammualaikum

Anak Lelaki ke Perempuan??? - Siapa tengok perutku, mesti akan tanay dah berapa bulan?..Macam biasa jawabla sekarang dah 8 bulan..bulan depan insyallah dia keluar. "hah yeke, keciknya perut"..auchhh..bab tu tak tau nak buat macam mana..dah mommynya kecik kot..hehhehe..sentiasa comel je..yang penting mommy dan baby sihat. Lepas tu soalan cepucemas keluar. "Dah scan??, anak ape??"..hahaha...biasalah orang tak sabar nak tau jantina anak kita apa kan. Diaorang macam lagi excited..huhuhuhu..

Kalau ikut kata doctor, kalau position baby cantik, awal 4 bulan lebih pon ibu2 semua dah boleh nampak gender baby sama ada yang nampak tu "bebird atau bunga". haha. Tapi kadang-kadang ikut nasib masing-masing laaa..hehe. Ada certain cepat tau, ada certain lambat. Biasalah tu, baby nak buat suprise katanya. 

Sebenarnya nad dah tau dah jantina baby kami ni..heehhe..tapi biarlah korang tau lepas dia keluar nanti..walaupun ade nad dah terlepas cakap dekat orang jantina baby ni..hehee..Orang selalu teka bila tengok perut..hahaa..orang yang dah berpengalaman la..nad pun tak tau..hhehe..Oh bawah ni nad senaraikan ciri-ciri nak tau jantina bayi lelaki atau perempuan..


1. Pergerakan bayi yang pertama
Sudah menjadi lumrah dunia lelaki lebih aktif dan kuat berbanding perempuan. Ibu yang hamil bayi lelaki biasanya merasakan pergerakan bayinya seawal 2-3 bulan. Manakala bayi perempuan agak lewat berbanding bayi lelaki iaitu pada bulan kelima atau enam.

2. Bahagian pergerakan bayi yang kerap
Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan yang kerap di bahagian kiri jika jantina bayi anda perempuan. Dan, bayi lelaki pula sebaliknya, di bahagian kanan. Sesetengah ibu hamil juga mengatakan posisi tidur jika hamil bayi perempuan juga lebih cenderung ke arah kiri . Sebaliknya pula jika menghamilkan bayi lelaki.

3. Bentuk perut
Cara ini adalah cara yang paling diketahui umum terutamanya jika si ibu mempunyai saiz kandungan yang agak besar dan mudah dilihat. Perhatikan perut anda pada cermin, Jika jantina janin anda adalah perempuan, maka perut anda akan kelihatan sangat bulat dan pinggang anda terasa penuh. Jika hamil bayi lelaki, perut anda akan kelihatan samada lebih bujur dan panjang ataupun kelihatan agak tajam dari sisi depan. Bahagian pinggang akan terasa lebih kosong.

4. Orang memuji anda
Cara ini adalah cara untuk anda mengetahui jantina bayi anda perempuan sahaja. Sesetengah ibu biasanya akan kelihatan lebih cantik dan berseri jika menghamilkan bayi perempuan.

5. Mengidam
Sesetengah wanita hamil mengidam makanan tertentu. Contohnya, mengidam sayur-sayuran setiap kali hamil bayi perempuan dan mengidam daging setiap kali hamil bayi lelaki. Jika anda mengidam sayur-sayuran pada kehamilan sebelumnya dan bayi anda perempuan, maka perhatikan kehamilan anda yang seterusnya, jika anda lebih cenderung memakan sayu-sayuran juga. maka kemungkinan besar bayi anda adalah perempuan.

6. Kelakuan
Si ibu biasanya menonjolkan sifat atau jantina anaknya. Contohnya, lebih suka melihat permainan budak lelaki atau wajah kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Kadangkala, si ibu juga berkemungkinan membenci jantina yang bertentangan dengan jantina anaknya.. Contohnya membenci budak perempuan jika kandungannya lelaki.

Kalau nak ditengokkan senarai atas, nad macam bercampur je..ahhaha..takpela..nad cuma harapkan doakan kalian semoga nad dengan baby selamat, sihat je..bulan depan je bebeh..fuhh
hai assalammualaikum

Zeeta Energy Bosster Aura D'Hati - Haritu nad dijemput ke satu majlis di Midvalley. Ni pertama kali nad dengar pasal Zeeta Magis Aura Mawar. Sebab nad google hanya beberapa orang yang review. Rupanya Zeeta magis Aura Mawar ni dah lama di pasaran. Dah dekat 6 tahun jugakla..lama kan. Produk diaorang pun dah dikeluarkan 10 produk. Produk yang kesepuluh ni la produk baru yang dilancarkan haritu. Produk tersebut ialah Zeeta Platinum "Energy Booster Aura D'Hati ".


Ni la dia pengasa Zeeta Aura Magis Mawar, Puan Zaiti. Seorang yang peramah, suka senyum, cantik pulak tu...auchhh..Aura dia pun sampai dekat nad..hehee..Semua produk keluaran Zeeta Magis Aura Mawar ni diperbuat daripada bunga mawar dan memberi aura kepada si pemakai. Bukan sahaja cantik tau..mamapu memberi keyakinan kepada seseorang. Bab tu Puan Zeeta akan ajar sendiri kepada pengguna yang menggunakan produk beliau cara mendapatkan aura seseorang itu.



Harga RM99 (SM) / RM105 (SS) (30ml)
Majlis Pelancaran produk terbaru Zeeta Platinum "Energy Booster aura D'Hati" merupakan produk berasaskan haruman bunga mawar yang diekstrak daripada tujuh jenis bunga mawar daripada tujuh warna. Bunga mawar pun ada macam-macam jenis ok!! Setiap bunga mawar mempunyai energy yang berbeza, jadi digabungkan ke dan terhasil Zeeta Platinum "Energy Booster Aura D'Hati" bagi memberi aura dan keyakinan kepada si pemakai.

keistimewaan
- meningkatkan magnet aura diri
- mengimbangi energy booster aura dalaman diri merangkumi spritual, minda, emosi dan fizikal
- mengembalikan semnagat diri dan mencegah diri daripada energy negatif
- mempertingkatkan tahapfokus dan tumpuan dalam kerjaya,perniagaan dan pelajaran
- membina tarikan dan getaran aura kasih sayang dalam hubungan.


Zeeta Platinum "Energy Booster Aura D'hati" sesuai digunakan lelaki dan wanita dalam mempertingkatkan tenaga dalaman berupa Aura. Tau-tau jela sekarang lelaki ke, perempuan ke, mesti stress, tak kira la dekat tempat kerja, nak jumpa client atau dekat rumah. Jadi bila pakai Zeeta Platinum " Energy Booster Aura D'Hati" mungkin akan mengembalikan keyakinan kepada pemakai. Bau dia sangatla harum.

Oh nak bagitau ni, nampak je bentuknya dan cara pakainya macam perfume tapi dia bukan sejenis perfume. Zeeta Platinum ni lebih daripada perfume keranan Aura D'hati merupakan satu produk yang bukan sahaja memberikan haruman bunga mawar yang mempersona tetapi juga mempengaruhi aura seseorang. Pemakaian Zeeta Platinum "Energy Booster Aura D'Hati" membantu mengaktifkan tenaga dalaman individu seterusnya memperkembangkan aura positif dalam diri. 


Cara pemakaian
- hanya perlu dipakai pada nadi pergelangan tangan dan leher, semburan di belakang kedua-dua belah telinga dan semburan ke bahagian kiri dada ( berdekatan jantung dan hati) untuk membantu meningkatkan aura diri, mengimbangi tenaga dalaman diri merangkumi spiritual, minda, emosi dan fizikal.
- pemakaian yang konsisten mampu mencegah diri daripada aura negatif

Setiap individu mempunyai aura yang tersendiri. soalnya mereka tahu atau tidak untuk mengaktifkan aura mereka agar lebih yakin dan berani di khalayak ramai," kata Puan Zaiti Nordin, pengasas Zeeta Platinum merangkap pengarah urusan Richnine resources Sdn Bhd. Menurutnya lagi, seseorang yang mempunyai aura dan tahu memanfaatkan aura mereka akan kelihatan lebih cantik daripada mereka yang cantik. Malah, orang yang mempunyai aura tidak perlukan kecantikan, sebaliknya mereka yang cantik, tidak akan bermakna sekiranya tidak tahu memanfaatkan aura masing-masing.


Siapa suka bunga mawar, siapa penah hidu..sedap kan bau dia. Ni la antara produk daripada Zeeta Magis Aura Mawar yang semuanya daripada bunga mawar. Semua orang tahu bunga mawar satu bunga yang mempunyai haruman yang memikat. Malah ia seakan terapi diri. Dalam kajian, menunjukkan mawar mengaktifkan tenaga. Produk paling terlaris Zeeta Aura Magis Mawar ialah Serum Mawar yang telah mengjangkau Jualan 50,000 unit sebulan..fuh..hebat..


Kalau korang nak beli boleh didapati di pasar raya Yapeim seleuruh Malaysia serta ejen berdaftar.Penjualan produk Zeeta mengekalkan konsep online dan terus dari ejen untuk memelihara ketulenan produk. Korang juga boleh layari:
Facebook : ZT Zeeta
Contact : 019 660 9096



















© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2