hai assalammualaikum

Bedung Moden Berpelekat - Hah kalau dulu guna bedung napkin atau kain je. Sekarang pun masih digunakan lagi. Kalau dulu baby ni behave sikit bila nak dibedung, diam je..tapi sekarang, mengganas taknak dibedung. Meronta, tangan taknak duduk diam. Kalau dah bedung, sekejap je tangan dia dah keluar..tak tau la dia rimas ke apa. Yang kita pikir untuk keselesaan dia.

Sebab kenapa perlu bedung baby ni
- memberi keselesaan bayi semasa tidur supaya tidak terkejut-kejut
- berasa selamat seperti dalam rahim ibu
- tangan tak bergerak sana sini dan kaki lurus. Sebab tengok anak nad ni, kalau tangan dekat luar mulala muka diusap-usap. Kaki kene bedung sebab kononnya takut dah besar kaki jalan kengkang.
- bayi nyenyak tido tanpa gangguan
- mudah untuk ibu beri susu.


Nad masih lagi guna bedung kain ni. Sebabnya kain daripada batik yang dah tak pakai ni mak yang potong. Jadi dia panjang dan senang fariza tak meronta. Tapi bila fariza dah nangis, confirm tangan dia tak boleh duduk diam, last-last tak dibedung, tidurnya pun sekejap. Nad survey la bedung dekat instagram sekali nampak bedung moden pelekat ni. Senang sangat ni. Pusing-pusing dan lekat. Kalau baby meronta pun cepat-cepat je lekat..hahha..


Cara gunakan dia..senang kan


Tengok baby fariza pakai..selesa je dia. Mommy pun senang. Kalau dia rimas, mommy akan buka bahagian tangan sekejap..lepas tu nanti lekat balik.

korang boleh beli dekat
IG: littleazra_barangbayi
FB: LittleAZRA

hai assalammualaikum

Bengkung 3 in1 - Masa pantang ni, semua kerja tak boleh lambat-lambat..kene cepat. Sebabnya dah ada anak kecik ni, masa kita mandilah dia nak bangun. Masa kita nak makanla dia bangun. Sekarang mandi,makan,bersiap mesti kurang dalam 5 minit..hahaha..kau rasa..dasyat tak dasyat. Lagi gerun kalau dia dah start nangis, takdan kau nak buat ape dah. Nasib baik orang sekarang kreatif. Buat benda yang memudahkan kerja kita. Main lekat-lekat dah siap.


Hah bengkung ni wajibla dipakai masa pantang. Perut kau dah menggeleber lepas bersalin, mesti nak kene jaga kan. Mesti nak bentuk badan yang ideal dan cun, biar laki pandang je..hahaha..kalau sebelum ni nad pakai bekung mak punya jenis bertali tu. Alahai lambat nor nak memakainya dan memang amik masa habis. Cara pakainya macam pakai tali kasut. Pakai bengkung jenis tali ninkalau orang tolong pakaikan takpe, kalau pakai sendiri, memang tak menjadi. Dan lagi susah kalau nak pergi buang air kecil. Alahai nak kene buka tali tu bahagian bawah. Pastu pasang balik. Nanti dah senget benget. Tu tak best tu.




Tengah online nak tengok barang baby, tetiba nampak bengkung ni. Wah tengok macam menarik. Mudah dan senang pulak tu. Hanya lekat dah siap. Ni la dia bekung 3 in 1. Ada 3 item utk atas tengah dan bawah. Bagi nad, bengkung ni sangat selesa dan mudah bergerak. Lepas mandi bubuh losyen mustajab panas tu pastu bungkus perut dengan bengkung 3 in 1. Cepat je siap.

ade barang lain selain bengkung ni..boleh usya..di
IG: littleazra_barangbayi
FB: LittleAZRA

Kelebihan Bengkung Strap 3 in 1
- Mengandungi 3 helai bengkung yang akan melindungi bahagian atas perut, perut dan punggung.
-Sesuai untuk di pakai ketika dalam pantang oleh ibu yang bersalin secara ceaser dan normal 
-Sesuai untuk ibu-ibu yang berpantang sendiri
- Menjaga postur tulang belakang.
- Mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal
-Melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal
- Mengetatkan perut dan otot2 yang longgar semasa kehamilan
- Memecahkan lemak dan selulit
- Mencegah dari makan berlebihan

TAMAR COCOA PENGGANTI MILO

in , by Nadia Johari, 19:53:00
hai assalammualaikum

Tamar Koko Pengganti Milo - Kalau dulu kecik-kecik, milo la paling digemari. Kalau boleh setiap hari milo sebab manis dan sedap. Kalau pergi kedai makan, mesti minuman order milo. Tak pun makan milo macam tu je..hahaha.. Tapi semenjak nad belajar universiti, tiba-tiba tekak dan perut dah tak boleh terima milo ni. Kalau minum je, mesti masuk angin dan muntah. Tak pasti kenapa. Sejak tu dah berenti minum milo. Membazir kalau beli lepas tu muntah..


Kadang-kadang tekak ni nak jugak minum- minuman yang bercoklat. Nasib ada Tamar Koko ni. Yang kenalkan nad dengan tamar koko ni makcik nad. Mulanya taknak rasa sebab takut termuntah jugak, tapi lepas nad rasa, ok je, takde pulak tekak loya ni..yeahhh..rasa tamar koko ni pun takdela manis sangat, manis gitu-gitu je. Dah tak payah bubuh gula sebab dah manis.

Air ni adalah campuran tamar dan koko. Tamar kan amalan sunnah nabi, jadi air ni memang bagus untuk kesihatan. Semua peringkat umur boleh minum. Nad minum masa akhir-akhir mengandung sampaila selepas mengandung sebab air tamar cocoa ni bagus untuk ibu hamil sebab boleh hasilkan milkbooster.



Khasiat Kurma Dan Koko

– Kurma dengan Zat besi sangat sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah). Malah wanita yang mengalami haid yang terlalu banyak setiap bulan juga memerlukan zat besi.

– Kandungan salasilat (sejenis zat yang menyerupai aspirin) dalam kurma boleh bertindak seperti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradangandan menurunkan tekanan darah.

– Kaya dengan khasiat protin serat, glukosa, vitamin A&C, sodium serta potassium.

– Kurma membantu proses pembesaran, merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi.

– Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat.

– Kesan Antioksida adalah diperolehi daripada kandungan polyphenois yang tinggi seperti flavanoids.

– Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan.

– koko melambatkan proses penuaan.

Nad minum setiap pagi dan malam. Ni dah kali ketiga nad beli. Mula-mula beli yang paket, tengok macam membazir je, jadi nad tukar yang bukan paket. Jimat sikit..hehe.tamar cocoa ni dah femes dan ramai orang jual. Cubala ye..terbaikkk..
Hai assalammualaikum

Headband cantik Dan Murah - Bila tengok barang baby ni, alahai geramnya..dahla comel-comel, lawa pulak tu. Memang menarik perhatian. Asal nampak, tangan gatal nak beli..hahaha..duit habis dekat barang baby je. Mommy dengan daddy tak dan langsung nak shoping. Setiap hari kalau boleh nak anak nampak comel, kemas, cantik, hensem, smart, dari atas sampaila ke bawah, tak kirala anak lelaki atau perempuan.

Macam nad, dari mengandung lagi dah pikir nak gayakan dia macam mana..hehe..kadang tengok anak artis berpakaian, comelnyala..mulalah kita berangan nak pakaikan dia macam mana. Bila nad tau nad bakal dapat anak perempuan, mulalah dalam pikiran nak pakaikan gaun, skirt, corak berbunga. Tak lupa juga aksesori kepala iaitu headband..hehe..


Hah macam mana, comey tak baby fariza pakai headband ni. Kalah mommy tau. Mommy dulu pun tak pakai macam ni..huhuhu..rambut fariza dahla sikit, pakai headband baru nampak keperempuanan kan..hehe..macam-macam headband fariza dapat. Alhamdulillah..terima kasih kak irrayyandotcom.


Headband pelbagai corak dan warna. Bestnya headband ni, ia kemas, berkualiti dan boleh diadjust ikut kepala. Macam kepala fariza kecil, jadi kene tarik sikit. Tak menyakitkan kepala. Kalau tertarik dengan headband ni, korang boleh pergi ke 
facebook : rayyan kata dan 
instagram: irrayyandotcom
Blog: http://www.irrayyan.com

headband ni mak budak pun boleh pakai ni..hahaha

hai assalammualaikum

Fariza Keluar Berjalan - Semakin membesar fariza ni. Sekejap lagi nak masuk dua bulan dah. Belim masuk 2 bulan dah dapat pergi berjalan. Apa nak buat, mommy dah sesak nafas duduk dalam rumah je..huhu.. fariza pun dah bosan agaknya..keje asyik susu,tido,susu,tido...hahha..tak dan nak bawak keluar rumah. Kalau sebelum ni keluar pergi klinik je. Lagila bosan. Apa kata bawak jalan-jalan ke tempat lain kan.


Semalam hari ahad, mr mafia datang. Jadi apa kata kita keluar rumah. Semua orang pun keluar pergi kenduri. Jadi mommy pun cadang nak keluar. Tak kisahla kalau duduk sahaja dalam kereta, asalkan kereta bergerak, jalan-jalan tengok pemamdangan. Mommy mandikan fariza dulu. Lepas tu kenela bagi susu botol bagi dia kenyang. Syaray nak keluar kene bagi budak kenyang bagi dia senyap. Sebab fariza ni kalau tak kenyang dia meragam lain macam..hahhaa..macam orang kene dera.

Selesai bagi susu botol,kenyang, apa lagi mata pun dah layu. Dah macam mommy, asal kenyang tido, tido je kenyang..hahaha..kite pun tidokan dia dalam buian. Tugas mr mafia pulak buai. Nad nak bersiap pergi mandi pulak. Bila dah siap, apa lagi, amik baby fariza dalam buaian. Itu pun perlahan-perlahan. Dah perlahan pun dia tersedar..ayoyo..terus masuk dalam kete, celik pulak mata dia. Tapi masa tu dia diam sekejap. Ingat akan diam dan tertidur lepas kete gerak, tapi dia merengek pulak..ah sudahh..


Okla bagi susu badan pulak. Sampaila parking shoping mall dekat setia city mall. Masa tubpikir dua tiga empat kali jugakla nak keluar. Yela takut lepaskan dia dari susu badan, mengamuk kang. Tapi nad cuba bagi puting..huhuhu..berjaya..dia hisap dan senyap dan tidur. Kitaorang tak beli stroller lagi,jadi nad pegang dia selama jalan tu. Lenguh memang lenguh tapi bila kita pegangla dia tidur, dia selesa. Memang sepanjang shoping tu dia tidur je. Baby fariza ada gerak-gerak jugak, tapi nad dodoi balik dia. Pastu tido balik. Tak lupa kain balutan biru bagi rasa panas dan dia tido tak kene cahaya. 

Dah nak balik, bila service bertukar tangan dengan daddy, sebab mommy dah lenguh, fariza mengamuk..hahhaa..taklehla dengan daddy. Kene mommy jugak pegang. Bila dia dah start merengek, cepat-cepat jalan nak ke parking kereta.nasib dalam kereta baru dia merengek. Selamat dah..hahaa..sampai rumah je dia berak dengan hati senyum..hahaha...


Pengalamn bawak anak keluar shoping mall memang mencabar. Kalau dah besar takpe gak..hehe..

SUSU IBU ATAU SUSU FORMULA

in , by Nadia Johari, 21:31:00
hai assalammualaikum


Susu Ibu Atau Susu Formula - Nad bersyukur sangat sebab masa pregnant breast nad dah hasilkan susu. Nad ingat itu normal, bila cakap dengan mak dan kakak diaorang terkejut sebab selalu susu ade lepas 3 hari bersalin. Nad pun baru tau. Sepanjang hamil nad cuma minum susu dan supplement je. Boleh baca dekat SINI. Masa pertama kali nampak,terkejut juga..tapi dalam hati alhamdulillah sebab susu awal-awal.dah ada.

Lepas bersalin je, nad tak sabar nak susukan baby fariza. Balik dari operation, fariza terus nangis dan nad pun bagi susu dekat dia. Boleh baca dekat SINI kenapa nad kene operation. Pandai jugak baby fariza hisap. Pertama kali dapat rasa baby hisap puting breast nak susu..hahhaa..geli pun ada. Tapi gembira sebab dapat bagi susu badan dekat anak. Lagipun pihak hospital sarankan supaya bagi susu ibu. Semua tau kan, susu ibu susu yang terbaik sekali untuk anak kita. Bukan sahaja baik untuk anak malah untuk ibu.

Apa itu Susu Ibu? 

Susu ibu adalah makanan paling berkhasiat dan sempurna untuk bayi anda. Malah, susu ibu bebas daripada bakteria. Susu ibu memberikan nutrisi yang paling tepat dalam kuantiti yang diperlukan oleh bayi. Susu ibu yang penuh dengan antibodi membantu bayi untuk melawan infeksi dan jangkitkan penyakit. Susu ibu pada mulanya akan seperti cecair kuning yang dipanggil “colostrum”, yang sangat kaya dengan antibodi dan nutrien. Kemudian, barulah susu yang sebenar berwarna putih akan keluar selepas beberapa hari bersalin. 

Kelebihan Menyusu Badan Susu Ibu. 

1. Lebih mudah dan jimat. 
Menyusu badan lebih mudah kerana si ibu tidak perlu untuk menyediakan botol mahupun air panas. Malah, susu ibu tidak perlu untuk dibeli dan dibayar. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. 

2. Melawan penyakit dan kematian. 
Antibodi yang dipindahkan seorang ibu kepada bayinya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit seperti jangkitan telinga, cirit birit, jangkitan pernafasan, menigitis. Malah, mengurangkan terkena “Sudden Infant Death Syndrom (SIDS)” iaitu bayi mati tanpa sebarang tanda ketika tidur. 

3. Asas untuk kesihatan yang baik. 
Menyusu badan selama enam bulan boleh membantu bayi untuk mengelak daripada mendapat alergik, mengurangkan risiko daripada berat badan berlebihan, atau boleh mengelakkan masalah ekzema pada bayi, diabetis dan tekanan darah tinggi. 

4. Membantu dalam membentuk gigi dan rahang bayi. 
Bayi yang menyusu badan berpotensi untuk tidak mempunyai masalah gigi dan mulut. 

5. Mendedahkan bayi kepada pelbagai jenis rasa. 
Rasa susu ibu yang pelbagai disebabkan hasil pemakanan si ibu, membantu ketika bayi mula makan makanan lain selain dari susu ibu iaitu ketika “weaning”. 

6. Membantu si ibu mendapat tubuh badan yang ideal. 
Menyusu badan meransang penghasilan dan pengeluaran “Oxytocin” di dalam tubuh si ibu. “Oxytoxin” membantu rahim si ibu berada di kedudukan asal dan lemak tersimpan digunakan untuk menghasilkan susu. 

7. Si ibu dapat berehat dan menyeronokkan. 
Semasa menyusukan anak, si ibu akan duduk dan berehat. Ketika berehat dan menyusu itulah hormon “prolactin” si ibu akan meningkat. Hormon tersebut membuat si ibu lebih tenang, dan mudah tidur dengan nyenyak. 

8. Meningkatkan kesihatan si ibu. 
Menyusu badan boleh mengurangkan potensi si ibu daripada mendapat kanser payu dara atau kanser ovari dan osteoporis (penyakit tulang dimana pengurangan ketumpatan mineral tulang.) 

9. Menjadikan IQ bayi bijak. 
Penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ. 


Kalau korang nak tau cara memilih susu anak yang terbaik, blog IBUSYURGA ni ada cerita details. 


Apabila bayi menghisap susu badan, lidah dan rahangnya perlu bergerak seiring. Lidah bayi perlu berada di bawah areola iaitu kawasan coklat di puting payudara si ibu dan menekannya ke lelangit.Keadaan iini menyebabkan tisu di bahagian berkenaan mengalami tekanan dan memanjang mengikut corak hisapan. Pada masa yang sama bayi perlu berusaha untuk mengeluarkan susu dan otot muka bayi bekerja keras untuk mengulangi proses hisapan. Disebabkan itu, penyusuan susu ibu melalui payudara memberikan kesan positif dalam pembentukan muka dan mulut bayi. 

Masa dekat hospital, nad kesian ada ibu yang tak dapat susukan bayi dia..habis bayi tu menanngis je. Terus nurse ambil bayi dia bagi susu yang dikhaskan dekat hospital. Ada tu masa baby fariza kene demam dan sakit kuning terpaksa ditahan dekat wad. Masa tu nad sekali kene tahan sebab perlu susukan baby fariza. Masa tu ramai yang kene tahan, jadi nak bagi anak sihat perlulah bagi susu ibu. Ada nad nampak, ibu tu taknak bagi susu badan sebab dia cakap susu dia takda, tapi nurse suruh jugak bagi susu badan sebab breast dia dah bengkak. Nurse tu ajar cara menyusu, dapat juga dia nyusukan anaknya. Tapi dia mintak topup susu formula yang dikhaskan di hospital. Apa yang nad nampak, nurse pun kadang malas layan dia sebab asyik mintak topup dan tak berusaha untuk bagi susu badan. Tapi kalau dah betul kurang susu badan tak salah nurse bagi susu khas hospital tu kan dari baby menangis.

Memang nad kalau boleh nak full breastfeeding. Tapi masa tempoh pantang, baby fariza menangis sahaja. Kadang sampai meronta hisap puting susu. Menangis lagi seperti tak cukup susu. Lepas tu bila letak dalam setengah jam dia akan bangun nangis. Tak boleh dengar bising. Disebabkan baby fariza asyik nangis je, masa tu nad dah buntu dah tak tau nak buat apa, nad terpaksa suruh kakak nad bagi susu dia dekat fariza. Kakak nad ade anak yang masih menyusu jadi dia jadi ibu susuan baby fariza. Lepas susu kakak, baby fariza kenyang dan sendawa. Jadi betul ke susu nad kurang??..sedih memang sedih, sebab nad selalu pikir positif susu banyak..tapi apakan daya..Jadi demi kebaikan anak, bila baby fariza dah sebulan, nad terpaksa campur dengan susu formula. Nad beli susu anmum infacare untuk bayi punya. Sejak dia minum susu tu alhamdulillah dia kenyang, berak dan tak bising-bising macam selalu.

Walaupun nad campur dengan susu formula tapi nad lebihkan susu badan. Susu formula nad bagi sekali atau dua kali sehari ke. The rest susu badan. Nad takmau dia susu formula banyak sangat. Mr mafia pun sebenarnya tak suka bagi susu formula sebab takut badan baby tak kuat berbanding minum susu ibu. Tapi apakan daya..kite kesian tengok anak nangis je..bukan kite rela kan..takpela yang penting dia sihat..kalau sebelum ni asal bangun je nangis..sekarang dah boleh berborak..kalau dah kenyang dah boleh letak dekat tilam dia dan berborak..lega sikit hati mommy. Nad tetap nak susukan dia dengan susu badan sampai dia besar..nad akan cuba..

Sebenarnya baby fariza nangis sahaja bukan sebab kekurangan susu sahaja..malah dia merana sebab lain..ya allah,hanya tuhan tau macam mana perasaan mommy masa tu..nanti nad cerita pasal ape.. tunggu next entry.

BAJU SEBAGAI PENGGANTI RINDU

in , , by Nadia Johari, 12:42:00
hai assalammualaikum

Baju Sebagai Pengganti Rindu - Dah selalu bersama, lepas tu terpaksa berjauhan lama dengan husband..adoii rindu banget..selalu berpisah sekejap je, ni terpaksa berpisah sampai 2 bulan lebih..huhuhu. Bukan berjauhan sesaje, tapi sebab nad bersalin dan berpantang dekat klang. Mr mafia terpaksa bekerja nak cari rezeki, tapi dia akan datang hari minggu.


Bila dah berjauhan ofkos rindu. Selalu whatssup dan call. Mr mafia selalu mintak nad hantar gambar baby fariza. Siapa tak rindu anak oii. Nad pulak bila rindu mr mafia, pandang fariza sebab mukanya dah sama macam daddynya. Jadi tak dapat tium daddy, kita tium anak jele..hahaha..


Masa daddy datang, mommy terfikir macam mana nak ubat rindu ni. Jadi mommy mintak baju daddy yang dah guna, sebab bau daddy melekat dekat situ. Jadi bajula sebagai pengganti rindu kami berdua dekat daddy. Tengokla baby fariza lena tidur dengan baju daddy..huhuhu..

Eh baby fariza je ke..mommy pun nak..hahaha..tak sabar jumpa daddy ye..bersabarla..

CHECK UP SEBULAN BABY FARIZA DAN MOMMY

in , by Nadia Johari, 00:53:00
hai assalammualaikum

Check up Sebulan - Alahai sekejap betul masa berlalu. Sekejap je dah sebulan anak mommy ni. Semakin hari semakin membesar dia. Sedangkan haritu masih dalam perut mommy, baru ke keluar dari dalam perut..sekarang dah sebulan dah. Cepat masa berlalu ye. 
 
Dah sebulan ni, macam biasalah kene pergi klinik untuk check up baby dan maknya sekali. Kalau sebelum ni nurse datang rumah untuk check up..tapi dah sebulan ni kita la kene pergi klinik.. Dari mengandung sampai dah terberanak,klinik la rumah kedua kau..hahhaa..


Check up sebulan ni, baby farizah akan kene injection. Tapi sebelum tu adela prosedur dia. Nad kene pergi pagi sebab nurse cakap check up sebulan banyak prosedurnya. Nad kalau drngar pagi, alahaii..lemahnya..yela sejak ade anak ni..tidur pun tak menentu..sekali kene bangun pagi nak pergi klinik..adoyaii..nak taknak pergi jele. Gagahkan diri..sampai klinik serahkan buku pink anak dan ibu. Lepas tu tunggu la giliran. Nasib baik klinik kerajaan meru ni sistematik. Jadi cepatla sikit prosedurnya. Macam nad datang awal sebelum appoinment, jadi dia dahulukan nad..huhuhu..

Pertama sekali, benda yang dibuat ialah timbang baby fariza dan amik ukuran tinggi dan lebar kepala. Kenela dibogelkan baby tu. Cuma pakai pampers je. Nasib baby fariza behave masa tu. Fuh selamat..baik,  duduk senyap. Senang keje nad. Masa nad tengok berat, risau sebenarnya. Yela masa nurse check up dekat rumah berat dia tak naik2. Sama macam masa dia lahir. 
 
Alhamdulillah, naik sikit berat dia. Walaupun 2 gram je. Nad suka, sebab naik..dari tak naik kan. Berusaha bagi susu ibu ni. Tapi-tapi kan masa jumpa doktor, doktor cakap kenapa naik sikit, doktor cakap lagi " bagi susu badan ke".. nad cakap " ahak".. doktor cakap " berapa jam sekali dia minum". Nad cakapla " kadang sejam dia bangun nak susu. 
 
Doktor cakap " tak cukupla tu susu ibu, dia asyik bangun je. Takpe bagi je sampai die kenyang. Kita tengok bulan depan kalau naik ok, kalau tak naik kene jumpa pakar, takut ade masalah".. nad iyakan jele. Masa tu memang risau masa doktor cakap gitu. Sedih oun ade, sebab berat fariza naik sikit. 
 
Sampai pikir, betul ke susu sikit..kesian fariza lapar..ermm..tapi alhamdulillah..ada kawan-kawan support cakap teruskan susu ibu. Selalu pikir positif. Terima kasih korang.

berat baby farizah: 3kg selepas sebulan ( 2.8kg masa lahir)
Panjang: 52 cm ( 50 masa lahir)
Lilitan kepala: 35cm ( 31cm masa lahir)

Lepas baby fariza kene timbang, turn mommy pulak kene check. Lor ingat takde, adoyaii..tak sudah-sudah nak check..hahha. dahla memikirkan fariza ni takut nangis. Nak taknak suruh mr mafia pegangla. Masa tu dia pun dah macam nak merengek..adoii..nak taknak kene pegi. Mommy kene check macam masa mengandung tapi takdela cek perut dah..hahaha..untuk mommy  cek
 
- suhu badan
- berat badan
- tekanan darah
- urin kencing
- amik darah ( sangat tak suka..takutt)

ada yang lain macam payudara, aliran susu, tinggi rahim, edema, dan pemeriksaan luka, tapi yang ni semua dia tanya je tak cek. Berat nad 40 kg kau..hahaha..nak sangat berat 40, nah amikk..hehe..sebelum pregnant bawah 40, sekarang 40 kau..hehe..okla tu.

Selesai cek mommy, turn baby fariza pulak. Sebelum kene injection, baby fariza kene cek sama ada ok ke tak semua. Demam ke tak. Alhamdulillah masa tu baby fariza baik dan sihat. Tapi maaa tu dia dah merengek. Mommy terppaksa nyusukan dia masa tu gak. Kalau tak bagi habis nyaring suara dia keluar.

Masanya baby fariza kene injection. Part ni memang takut. Ingat nak bagi mr mafia pegang sebab nad tak boleh tengok jarum. Lagi-lagi baby fariza yang kene. Tapi nak taknak kene gak pegang. Huhuhu..gagahkan diri. 
 
Masa ni baby kene injection hepatitis B. Masa dekat hospital dia dah kene injection BCG. Untuk sebulan hepatitis B pulak. Kesian anak mommy, nangis dia..nad tengok pun dah rasa sakitnya guane..huhuhu..terua keluar suara nyaring dia..haha..masa tu cepat2 ajak mr mafia balik. Bila dalam kereta senyap pulak baby fariza..eheh dak ni..


Sekejap je anak mommy dah besar. Jap lagi masuk 2 bulan..mommy daddy love you..muah22..

MR MAFIA DAH BERGELAR DADDY

in , , by Nadia Johari, 22:06:00
hai assalammualaikum

Mr Mafia Dah Bergelar Daddy - Semua lelaki yang bergelar suami mesti gembira bila dah bergelar ayah, bapak, daddy, papa. Lagi-lagi pertama kali merasai ada anak sendiri. Macam tu la yang dirasai suami nad, mr mafia. Dia sendiri tak sangka bakal menjadi daddy. Mr mafia sendiri tak sangka akan berkahwin dan dapat anak sendiri...hahaha..sebab dulu hidupnya mafia, awek sana sini..keliling pinggang..ade awek, punya setia kene tinggal, tak dapat restu. Sampaila umurnya dah meningkat ke 40 an..last2 nad jugak jodoh dia..hahah..ketemu jugak jodohmu wahai mr mafia.


Bila dah berkahwin, rezeki pulak dapat zuriat. Dialah orang paling happy. Walaupun umur dah 40 an akhirnya dia dapat gak merasai anak sendiri. Kalau sebelum ni, dia asyik cakap selalu main dengan anak buah je..alhamdulillah dapat main dengan anak sendiri. Paling gembira bila dia azankan baby fariza dekat hospital.. tersenyum dia. Sebelum ni mr mafia risau,mampu ke dia bagi anak, ni la rezeki yang Allah bagi. Tak kisah umur berapa, kalau dia nak bagi, dia akan bagi.   Mr mafia penah cakap " agaknya bila fariza sekolah nanti, cikgu2, kawan dia ingat abang atuk dia nanti".. hahahha..macam tu sekali.

Ni la anak kesayangan daddy. Ramai cakap muka fariza ni sama macam daddy dia..ok..tak kisah pun. Yang penting mata bulat ikut mommynya..hahaa..muka macam daddy te..nanyi kite balik kl, kite buli daddy pulak..turn daddy jaga fariza ye.


Yang jelesnya, sebelum ni wallpaper telefon mr mafia takde gambar ape-apa pun. Gambar nad pun takkan letak..tapi ada anak dia..gambar anak dia terpampang dekat wallpaper telefon dia..ciss..hahaha..jeless oo..huhuu..takpela..anak daddy kan. Bertambah family F, daddy makin pening..sebab bertambahla perbelanjaan..hahaha..takpe anak kan bagi rezeki. Semoga diberi rezeki ye daddy. Sabar..

Kalau berjauhan, gambar la sebagai pengganti. Hari-hari kene update gambar bagi dekat mr mafia. Macam tu punya rindu dekat anak. Dekat mommy??..huhuuhu..k bye..
hai assalammualaikum

Bila Anak Demam Dan Kena Kuning - Saat menjadi ibu memang best bila dapat tengok anak kita sendiri yang keluar dari perut sendiri. Untuk menjadi ibu,mommy memang kene kental sebab kita tak tau macam mana nak menjaga baby kita, lagi-lagi pertama kali kita rasai semua ni. Memang berbeza, bila kita layan anak buah, jaga anak buah dengan anak sendiri. Bila anak buah, kita just pegang,belai je..bila nangis campak dekat ibunya. Bila anak sendiri takkan nak campak dekat orang lain kan..kitala yang kene jaga 24 jam dekat dengan dia. Lagi-lagi masa pantang ni.

Ni la yang nad lalui. Jumaat nad dah bersalin, ahad sepatutnya nad dah balik rumah, discharge le omputihnya..huhuhu..doktor dah benarkan nad balik sebab nad dah semakin pulih dan anak pun dah kencing dan berak. Syarat nak keluar wad baby kene berak dan kencing dulu. Tu nad baru tau..huhu..Nak dijadikan cerita, ahad nak balik tetiba baby fariza demam. Alamak!!!..masa haritu dia nangis je, susu pun taknak..adoii..nurse tengok badan die merah..sekali pegang panas, cek suhu..nad dah cuak..benda yang sepatutnya happy dah jadi sedih balik.


Baby fariza kene tahan wad. Nak taknak nad sekali kene duduk wad dengan baby fariza sebab dia nyusu badan. Kalau tak kesian dia nak minum apa, takkan nak ulang alik. Masa tu nad dah nangis, sebab apa, sebab dah penat duduk hospital. Duduk,makan,mandi semua tak kena..huhu..sebab bila baby nangis kena dukung dia,kene bagi susu. Fariza ni jenis tak suka tidur dekat katil dia, asal letak nangis,jadi kene dukung dia je..susu memang kerap..sampai sakit pingang, tengkuk semuala badan nad ni. Demi anak, nad kuat semua tu walaupun bawah tengah sakit jahitan. Sedih tengok anak yang dicucuk, diamik darahla. Selalu borak dengan dia, " fariza kuat,fariza sihat..baik cepat ye, nanti kita kuar dari sini".. masa tu demam fariza dah kurang..tapi masa dicek doktor, doktor cakap dia ade kuning sikit. Allah...dugaan lagi buat baby fariza.


Kami kene tahan wad lagi. Kali ni baby fariza kene duduk bawah lampu tapi kelakarnya fariza tak mau duduk bawah lampu. Yela dahla panas, kene bogelkan pulak tu, tutup mata lagi. Masa ni nad stay dengan fariza sebelah2. Nad disediakan katil bersama baby sebab senang nak susukan dia. Yela susu ibu kan, susu yang terbaik. Nak baik dari kuning ni mestilah kene duduk bawah lampu, dah dia taknak, nad dukung dia je..bagi susu dari pukul 6.30 petang sampai 3 pagi kau..mata nad dah macam panda..tahan je..demi anak..lepas tu nurse perasan nad asyik pegang baby je..dia cakap " puan takpe, puan rehat meh saya tidurkan baby. Baby kene letak bawah lampu kalau nak baik".. nad ok je..sebab masa tu nad memang dah penat sangat. Memag sepanjang dekat hospital nad kurang tidur. Lagipun sebelum tu nad borak dengan fariza " fariza cepat baik, nanti nokeh balik, jumpa atuk nenek. Kesiankan mommy,mommy penat".. nak tau baby fariza macam paham je sebab esok paginya nad dengar dia nangis, nad terbangun dan nad nampak fariza berak bersepah. Habis tilam kotor..banyak dia berak. Dan nak tau haritu jugak kami dapat diacharge..alhamdulillah. sebab bila baby berak, kurang sikit kuningnya..discharge ari selasa. 5 hari kami dekat hospital..fuh, mencabar betul.

Betapa gembiranya nad bila dapat keluar. Cepat-cepat call mr mafia. Tak tahan tengok baby fariza dicucuk..diamik darah..dengan suasana hospital yang kurang selesa. Tapi tak habis situ je. Bila dah ada dekat rumah, esoknya nurse kerajaan datang rumah. Cek jahitan, cek anak. Dia cakap anak nampak kuning lagi. Kene datang klinik haritu jugak. Penat dekat hospital tak hilang lagi dah kene pergi klinik lagi. Tak bestnya baby kene amik darah nak tengok bacaan kuning teruk ke tak. Ermmm..sedihh tengok anak,bila diamik darah. Buat bukan sekali tapi berkali2 sampaila kurang kuning tu ke 140 macam tu la..paling teruk kuning 310.

Masa tu bacaan fariza 227. Memang tinggi..risau bercelaru, dengan fariza setiap malam nangis..kesian anak mommy. Sudahla kene amik darah selang sehari. Kalau orang besar pun  sakit nak kene amil darah, inikan pulak budak kecik.




Masa tu nad google pasal sakit kuning ni. Macam mana nak atasinya, tanya orang sana sini. Ramai bagi pandangan..terima kasih semua..apa nad buat, nad makan anggur hitam dan anggur hijau. Ada orang suggest suh bagi dekat baby, tapi nad tak buat..sebab baby kecik lagi, tak boleh bagi makan apa-apa. Cousin pun ade cakap, anak kawan dia ade sampai ade masalah usus sebab bagi makan macam2 la masa sakit kuning..


Alhamdulillah, nad amalkan tu makin lama kuning fariza makin turun. Tengokla gambar, tula bacaan kuning fariza. Akhirnya turun 97..mommy happy sangat sebab dah takyah pergi klinik dan anak mommy takyah kene amik darah lagi.

Macam mana terjadinya kuning atau jaundice??
Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen.


Didapati bahawa 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu dan 80% bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.

Bagaimana untuk kenalpasti sama ada si manja anda menghidapi jaundis atau tidak??
Mama semua boleh buat ujian ringkas di rumah ya selepas 2-3 hari baby dilahirkan. Lakukan ujian di ruang yg mempunyai pencahayaan yg terang ya. Kemudian, tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi baby anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, anda perlu bawa baby anda utk rawatan selanjutnya. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.

Bagaimana pula cara rawatannya?
1. Melalui penyusuan ibu secara kerap..sekiranya baby sangat "malas" untuk menyusu dan kerap tidur...mama perlu kejutkan baby ya...at least setiap dua jam...paling baik utk menyusukan setiap sejam..agar bilirubin yg berlebihan dapat disingkirkan dengan cepat.

2. Kaedah fototerapi iaitu baby perlu dipantau oleh pihak hospital dan akan diletakkan di bawah pancaran lampu cahaya biru....darah baby akan diambil setiap hari utk memastikan kadar bilirubinnya.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2