hai assalammualaikum

Teknik Tepuk Atau Percussion Bantu Masalah Kahak Bayi - Ingatkan bila baby masih kecik, takdelah penyakit yang akan kene, rupanya baby lagi mudah kene jangkitan. Penyakit seperti hingus dan kahak, penyakit yang paling kita risau yela kalau tak hilang boleh jadi batuk pastu demam.

Selsema ok lagi sebab dia meleleh je, cuma sukar nak bernafas, tapi kahak..nak keluar macam mana kan. Si kecik pun belum pandai lagi nak buang kahak dan henbus hingus. Sebab tu masa baby fariza selsema dan berkahak nad sanggup sedut walaupun tak reti..hahaha..jijik tolak tepi..demi anak weii..keluar sikit pun alhamdulillah..tapi tak kega jugak. Tapi bagusnya baby fariza tetap tidur lena.

MERANA SELAMA SEBULAN

in , , by Nadia Johari, 21:04:00
hai assalammualaikum

Merana Selama Sebulan - Bukan main seronok, gembira bila dah nampak anak depan mata. Tapi resah bila dia menangis..hahaha..apa yang kita tau, bila nangis je bagi susu, nangis je bagi susu. Ada pikir, entah ada sakit lain ke. Lagi-lagi bila pertama kali jadi ibu. Benda ni terjadi dekat nad, masa tu baru tau bukannya senang nak jadi ibu.

Masa berpantang..ketika sakit

Baby Fariza Merana Selama Sebulan

Yup, macam korang tau, baby fariza demam semasa dah discharge, tapi terpaksa di tahan wad lagi sebab dia demam. Entry ade dekat SINI. Bila dah balik rumah, baby fariza kerap menangis dan kurang tidur. Lagi satu, bila diletak dia tak suka dan menangis lagi. Sebagai ibu siapa yang tak resah bila tengok anak menangis sahaja. 
 
Cuma dia akan senyap semasa mandi, sebab baby fariza suka mandi. Selainnya nangis sahaja. Kalau sesetengah baby, bila dah kenyang, diletak senyap je,  tak pun tidur lena, tapi bukan baby fariza. Setiap satu atau setengah jam dia akan bangun. Nad ingat sebab kurang susu, tapi rupanya berpunca pasal lain.

Nangis sahaja dan tak tidur lena

Bila kita dah tak tau baby menangis sebab apa, pergilah bawak mengurut. Macam tu la bila dekat kampung, mengurutla boleh tau apa punca baby menangis. Baby fariza diurut 3 kali dengan orang yang berlainan. 
 
Pertama tu makcik tu cakap dia demam dan kembung perut. Sebut je kembung perut, allahuakbar, risau bukan kemain. Kesian bila tengok anak kembung ni..mesti tak selesa, tapi dia masih mau menyusu. Bila kata demam, nad bawak pergi klinik. Tapi doktor cakap demam sikit sahaja. Terus bagi susu ibu.

Pastu beberapa hari, fariza tetap nangis. Nangis dia memang nangis dalam kesakitan..sedih tengok anak nangis kuat macam tu..T_T..Kali kedua, makcik nad urut. Bila dia urut dia rasa dekat bahagian tengkuk. Masa diurut dekat situ, baby fariza nangis sekuatnya sampai hilang suara..nad yang tengok nangis jugak..tak tahann..T_T.. makcik kata urat die ada terkehel.diaorang salahkan nad sebab maybe nad tersalah pegang..huaaa..lagi sedih..macam mana nak buat ni..anak rupanya sakit sebab terkehel.

Sihat selepas diurut

Kali ketiga urut pulak. Makcik ni memang tukang urut orang bersalin. Masa tu dia urut sepupu nad baru lepas bersalin jugak. Makcik ni pernah urut baby yang terkehel jugak. Jadi mintak tolong makcik ni urutkan baby fariza. 
 
Masa dia urutkan baby fariza, dia pun terkejut..dia dapat rasa urat terkehel tu. Baby fariza nangisnya sekuat hati sampai takde suara..Ya Allah anak mommy..sedih tengok..mommy nangis lagi..T_T.. makcik tu urt seluruh badan fariza. Semua dia buat, semua bunyi " ketek".. tapi nad tak dengar pun. Nenek tu cakap mayb masa lahir, doktor yang sambut tu tak betul..huhuhu..


Malam tu fariza tidur lena..maybe dia dah sedap badannya..cuma bangun nak susu je. Dan kali kedua urut, fariza dah pulih..alhamdulillah.

Ni la dia sekarang

Agaknya sebab tu badan dia tak naik masa checkup sebulan sebab badan dia sakit. Tapi lepas check up 2 bulan..berat badan dia naik sekilo jadi 4 kilo..hehee..alhamdulillah..sekarang fariza dah pandai ngoceh dan senyum..syukur sangat..
hai assalammualaikum

Batook Ori Hilangkan kahak dan Selsema - Ni sebenarnya kisah semasa baby fariza selepas sebulan..huhu..baru nak cerita..almaklumla kerja mommy dah bertambah sejak ade baby fariza ni. Alkisahnya bila baby fariza ni selsema dan ada kahak. Tapi masa dia tido, alhamdulillah dia tidur lena, cuma kadang-kadang dia gosok-gosok hidung dia, sebab tak selesa. Dan lagi merisaukan bila time tido tu bunyi " krooh22 "..nad tengok pun alahai kesiannya. Kita kalau selsema pun tak selesa nak bernafas dan tido, inikan baby.

Sumber google

Mulanya fikir, nak pergi bawak baby fariza ke klinik, tapi nad takut kalau disedut dengan salur kecik tu. Tak sanggup nad bila baby sekecik fariza dibuat macam tu. Sebab nad ada terbaca dekat blog orang lain anaknya disedut dengan paip tu. Tengok budak tu menangis..uuu..tak sanggup. Sedutan tu dipanggil suction tak silap. Dibuat untuk buang hingus dan kahak. Memang baik untuk budak tapi kesian bila tengok..huhu..

Nad penah sedut guna mulut, orang kata jijik, tapi demi anak, nak baikkan anak semua tu tolak tepi. Ala lagipun dia kecik lagi, pe nak heran, pe nak jijik. Yup nad sedut tapi keluar sikit je..huhuhu..maknanya nad tak pandai sedut la tu..hahaha..lagipun baby fariza ni hingusnya tak keluar..tu yang pelik.


Lepas tu fikir nak beli penyedut hingus ni. Tapi kakak pesan tak payah beli sebab dia dengar baby tak elok disedut-sedut. Kakak nad kerja sebagai nurse, dia kata pun tak payah bawak baby fariza pergi klinik. Dia cakap, pakai vicks, sapu dekat perut, dada, tapak kaki, belakang badan dan ubun-ubun.. lepasbtu biarkan bersin. Nad tengok macam tak menjadi je, selsema dan kahak fariza masih ada.


Jadi nad mintak pendapat blogger kak farah. Kak farah cadangkan pakai batook ori. Dalam hati aku " yela, asal tak terfikir ". Batook ori yang sebelum ni abang ben ashaari penah promote dekat blog dia. Lepas tu nad terus terjah blog abg ben, tengok page facebook batook ori sebab nak beli. Nasib baik ade agen dia dekat meru ni, lagi dekat. Sebab nad masih dekat rumah mak lagi berpantang.

Dah dapat je, petang tu , lepas mandikan baby fariza terus nad pakaikan batook ori. Batook ori ni rasanya tak berapa panas, dia berangin tapi takut baby fariza tak tahan kan, abang ben ajar, sapu dekat tangan kita dulu, baru usap dekat baby. Setiap hari nad guna batook ori ni dan sapu dekat perut, dada, leher sikit, betis, tapak kaki, belakang badan dan ubun-ubun. Dan alhamdulillah, lama-lama selsema dan kahak baby fariza hilang. Syukur sangat..

Sambil-sambil tu nad ada buat teknik tepukan. Nad baca dekat google, jadi nad amalkan. Kakak pun suruh buat..yang tu nad buat entry lain ok..


Baby fariza tidur pun nyenyak. Sampai sekarang nad masih pakaikan batook ori ni dekat baby fariza sebagai minyak telon.


Batook ori untuk disapu sahaja bukan diminum..kalau korang minum tak tau apa jadi, nad tak bertanggungjawab..hehhe..Batook ori boleh membantu korang semasa
1) batuk - sapu pada kerongkong dan dada
2) penat - sapu bahagian dada
3) sakit/ pedih ulu hati - sapu bahgaian ulu hati
4) kembung, angin, sakit perut - sapu bahagian perut
5) pening - sapu bahagian tepi dahi
6) selsema - sapu bahagian hidung
7) sakit gigi - sapu di tempat yang sakit dengan menggunakan kapas
8) boleh digunakan sebagai minyak telon bayi ( 2 hingga 3 bulan ke atas)

Kalau korang nak cuba boleh pergi ke facebook page batook ori. 

hai assalammualaikum

Voucher Tesco RM 100 - Ingat tak masa puasa tahun lepas, pran juice ada buat contest minum dan menang bersama Pran Juice. Caranya amil gambar dengan minuman air pran juice semasa berbuka puasa. Hantar banyak-banyak masa tu sebab kot-kot ada gambar tersangkut untuk hadiah paling besar iaitu RM8000..huhu..siapa yang taknak kan. Tapi untuk pemenang harian pun ada jugak. Akhirnya satu gambar nad tersangkut sebagai pemenang harian..hehhee..syukur-syukur..



Hah ni la gambarnya..tau comel..sebab tu terpilih...hahah..perahsan betul. Dan hadiahnya ialah voucher tesco RM100 kau...huhuhu..syokk weii shoping tesco ler jawabnya.. masa dapat ni nad dah dekat kampung, alamat nad bagi delat kl. Jadi tanya mr mafia, " ada tak surat syg".. mr mafia cakap " ade".. dalamnya voucher tesco..huhuu.. apa lagi suruh dia bawak balik kampung, boleh shoping tesco dekat Meru ni ha.


Nad dapat sebelum bersalin lagi, tapi shoping lepas bersalin..hehe..takpe expired dia pun 365 hari..hahha..lambat kan. So takyah risau..



Bawakla anak-anak buah ni p tesco. Suruh diaorang pilih nak apa. Tapi yang paling penting kenela beli air pran juice ni..hehhehe..terima kasih pran juice untuk voucher ni. Muahcikedd..

Seronokla bebudak ni ha dapat beli makanan ringan. Makciknya pun on je..haha..pilih-pilih jugak tapi kene kira weii..maunya terlajak dari harga voucher dah kene bayar dengan duit..lingkup weii..hahaha..setel semua kita pun bayar..balik diaorang pun happy...untungla korang dapat makcik penyayang ni..hehehe..

Hah!! Korang yang menang pemenang harian tu..ce tilik2 voucher dah dapat lum..sebenarnya tak sabar nak tau pemenang bertuah yang dapat hadiah grand prize RM8000 tu..siapalah gamaknya..
hai assalammualaikum


Sentiasa Berwaspada Walaupun Berita Palsu - Jenayah sekarang semakin menjadi-jadi. Tengok dekat berita, ada sahaja kes bunuh, rogol,culik dan rompak. Kadang-kadang dok pikir dunia sekarang dah tak selamat. Nak kemana-mana pun dah takut walaupun duduk rumah je. Dekat mana-mana boleh jadi. Allhuakbar..seram bila dengar. 

Bila kita dalam ketakutan, kerisauan, ada jugak orang yang permainkan benda-benda macam ni. Seperti kes remaja 14 tahun tu. Bila nad dengar rakaman dia, memang takut, siapa yang tak takut bila dengar suara tangisan dia, dengan diakhiri suara menjerit seperti handphone diambil. Kita yang dengar pun terbayangla macam mana situasi budak tu. Macam mana nasib dia?? Tapi rupanya semua tu palsu dan direka.

Memang sedih, marah kita bila benda macam ni dipermainkan. Tapi kita kene ingat, kita kene selalu berjaga juga, sebab manusia di sekeliling kita ni ada macam-macam perilaku. Selalu berwaspada di mana je kita berada. Selalu tengok anak-anak tu, janganla main jauh-jauh. Kalau nak ke mana biar orang tau atau pergi ramai-ramai.

Nad sendiri dah takut sekarang. Lagi sekarang dah ade anak dara ni. Walaupun masih kecil, tapi kene berjaga-jaga juga.

2015 BAKAL MELABUHKAN TIRAINYA

in , by Nadia Johari, 14:51:00
hai assalammualaikum


2015 Bakal Melabuhkan Tirainya - Sudah penghujung 2015, sekejapnya dah setahun. Masa berlalu begitu pantas. Semakin sekejap masa, semakin meningkat umur..huhuhu..rasa nak patah balik je waktu jadi kanak-kanak lagi..hahhaa..biasalah kan, kitaran hidup, kalau masa belajar nak kerja, masa kerja nak belajar. Lupakan yang dulu teruskan kehidupan.

Sebut pasal 2015, banyak kenangan manis dan pahit. Manis jela nad cerita, pahit toksahla..biar daku ke yang tau..hehehe..manisnya 2015 bila disahkan mengandung, dan selamat melahirkan baby comel di dunia..macam tak sangka dah jadi mommy ni. Badan dahla kecik, comel lagi tu..haha..setelah setahun perkahwinan, ada juga zuriat terindah dalam keluarga nad..alhamdulillah.

Kenangan manis sebagai blogger. Banyak aktiviti nad join. Dan rezeki sebagai blogger bila dapat job dan mereka percaya dengan blog ceriterasigadisbiru ni. Bertahun berusaha menaikkan nama blog, akhirnya orang kenal. Tak lupa juga mereka yang beri job kepada nad. Lepas ni akan terus majukan blog walaupun dah jadi mommy ni..kuat22..

Banyak yang dicapai 2015 ni, tapi belum sepenuhnya. Akan terus berusaha masuk 2016 nanti..oo yeahhh..

Selamat tahun baru korang..
hai assalammualaikum

Anizon Inner Neck - Masalah nad bila tak pakai inner, muka nampak bulat dan shawl bergerak sana sini. Sebab tu nad suka pakai inner sebab muka nampak bujur, kemas dan selesa. Sebelum ni nad pakai inner separuh muka, lepas tu apa nad buat untuk nampak tajam, nad koyakkan belakang sikit..huhuhu..lagi satu nad tak suka inner yang ada awning, tak best keras-keras depan tu.

Nad selalu layan youtube, tengok cara pakai shawl dan tertarik bila diaorang pakai inner neck, inner yang tutup leher tu. Kalau pakai inner neck, pakai shawl gitu aje pun takpe sebab dah tutup leher dan dada sikit. Dulu nad penah beli, tapi, lembik dan tak selesa. Lepas tu nad survey dekat instagram, tekan hastag #innerneck dan nad tertarik dengan inner neck ni. Nad pergi ke instagram dia, tengok lawa-lawa semua inner neck dia dan menetapi citarasa nad. Tanpa buang masa nad whatssup penjual tu dan terus rasa nak beli..hehhe...nak tau inne neck apa..hah...Anizon Inner Neck. Tengok model pakai pun dah terus tertarik.


Anizon inner neck pasti memenuhi citarasa korang. Sebab nad pakai pun anizon inner neck ni memang best. Anizon Inner neck pasti melengkapkan lagi penampilan yang cantik dan kemas ketika berhijab. Ok baru tau selama ni tengok artis lawa je pakai inner neck. Rupanya diaorang pakai anizon inner neck. Antaranya ialah Dato Siti Nurhaliza, Shila Hamzah, dan ramai lagi

Antara Kelebihan Anizon Inner Neck:
- rekaan penutup dagu untuk mematuhi syariah muslimah.
- mudah dibawa solat
- fabrik kapas yang menyerap peluh. Selesa untuk rambut.
- memberi ilusi wajah yang lebih bujur kerana bahagian hadapan wajah yang Tidak Lembik dan Tidak melekat.
- fabrik yang bergetah untuk sesuai dengan apa sahaja rupa bentuk



Bestnya inner neck ni, nad pakai je terus terbentuk dekat muka, tajam je atas tu..tak lembik. Tak payah digosok, nad terus pakai je..hhehe..selesa je dekat kepala. Tak gerak sana sini. Lagi satu inner neck ni tutup dagu. Memang puas hati..


Hah ni masa check up fariza 2 bulan..nad pakai inner neck ni dengan shawl jarang. Shawl ni nad tak pakai sebab jarang. Jadi nad pakai inner neck nak tutup semua tu..selamat dah..

Nad beli 2 inner neck iaitu warna hitam dan peppermint green. Dapat free shawl dengan 2 brooch..hah..apa lagi cepat grab..



Anizon inner ade dua jenis..satu tutup leher, satu lagi jenis pendek.

Nak cuba inner neck anizon ni..boleh layari
Facebook: Rubie gallery
Instagram: Rubie Gallery

TAMATLA SUDAH CERITA AKULAH BALQIS

in , , by Nadia Johari, 07:43:00
hai assalammualaikum

Tamatlah Akulah Balqis - Tamat sudah cerita Akulah Balqis, happy ending. Balqis ada dua keluarga. Memang best cerita ni, sesekali cerita macam ni kan bagus, ni tak asyik pasal percintaan je..walaupun nad jarang tengok cerita Akulah Balqis sebab mak tututp tv, tak bagi tengok tv time maghriv, tapi jalan ceritanya nad tau sikit-sikitla..hehe..yang tak bestnya iklan kecantikan tu, ala maria farida tu.." manjaaaa kasih".. seksa nengok..hahaha..


Ok cerita bab drama ni, tak bagusnya bila Milda dan Adi sorokkan balqis dari ibu bapanya. Lor kan tak baik tu, kalau cakap elok-elok, baik-baik mesti mak bapak balqis ok. Bagusnya mak bapak balqis tak berdendam pun, last-last diaorang sendiri tak kisah balqis tinggal dengan milda dan adi..bagusnyaa..bagusnya lagi bila ada seorang kawan tomboy yang baru kenal tolong yamin dan seri..haha..ala pelakon yang berlakon dalam cerita mok cun tu..susah kat kl nak cari orang baikacam tu..memang bahagia tamatnya, dua-dua dapat. 

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Puteri Balqis, Aeril Zafrel, Nabila Huda, dan Nazim Othman, drama ini dilihat bakal mencetuskan fenomena tersendiri. Ia turut dibantu oleh Nadia Brian, Puteri Aishah, Nabilah Dally, Fazlina Ahmad Daud, Amai Kamarudin, Anne Abdullah, Mohd Benladin, Balkisyh Semundur Khan, Zulkifli Ismail, dan Aziza Kazan


Sinopsis drama Akulah Balqis di Tv3

Akulah Balqis yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Balqis perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk meneruskan hidup. 

Ibu bapanya, Yamin dan Seri terlalu sibuk mencari pekerjaan setelah syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya.

Tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terlibat dengan dadah selepas berkawan dengan Zali, seorang pemuzik di kelab malam. Wang kerja sambilan Yamin mula tidak mencukupi akibat ketagihan dadah.
Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balkis hilang tempat bergantung. 

Zali kemudian menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Akibat tidak selesa tinggal di situ, Balqis melarikan diri dan terpaksa merempat di jalanan.  

Suatu hari, Milda, seorang model terkenal secara tidak sengaja terlanggar Balqis. Balqis di bawa pulang oleh suami Milda, Adi, yang kasihan dengan nasib kanak-kanak itu. Milda mula merasa tidak selesa dengan kehadiran Balqis dalam keluarga mereka, berlainan dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri.

Adi memang sudah lama menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis.

Hubungan mereka bertiga semakin rapat, namun pada suatu hari Yamin dan Seri muncul untuk meminta anak mereka kembali. Oleh kerana sudah terlalu sayangkan Balqis, Adi dan Milda cuba melarikan Balqis dari ditemui ibu bapa kandung budak itu.
hai assalammualaikum

Serum Jerawat Daniskin - Sebut je pasal jerawat, mesti jiwa tak tenteram. Hari-hari nak tengok cermin je, sama ada jerawat dah hilang atau tak. Hati ni pulak rasa nak picit-picit je jerawat tu bagi hilang cepat, sebab rasa rimas bila ada jerawat ni. Bila ada jerawat ni, nak keluar pun malas. Hah! Lagi dah ada anak ni, mandi pun tak sampai 5 minit, kadang cuci muka gitu-gitu je, kadang pulak tak cuci muka sebelum tidur, sebab si kecik dah merengek je. Macam mana jerawat tak tumbuh..haishh..


Jerawat ni tak boleh dibiarkan lama-lama, kene rawat dia, kalau tak merebak la dia. Jadi nad nak kenalkan satu produk ni khas untuk hilangkan jerawat. Nad hanya sapu pada jerawat, alhamdulillah jerawat kering dan kecut, lama- lama hilang. Syokk ooo..Produk yang nad guna Serum Jerawat Daniskin.

Serum Jerawat Daniskin ni dirumus khas menghilangkan jerawat sepantas 24jam. Disamping itu, mampu menghilangkan kesan gelap pada bekas jerawat, Terutama jerawat di muka. Serum Jerawat Daniskin mempunyai rupa botol yang menarik dan berbentuk krim, pekat, berwarna putih dan tidak melekit pada wajah kerana ia 100%  diperbuat dari air.

Bahan utama dalam serum ini adalah Acne Busters Complex iaitu yang pertama di malaysia mengunakan bahan semulajadi dan diadun dgn teknologi terkini. (Rujuk laman web untuk tahu lebih lanjut).


Bagaimana sebenarnya serum ini bekerja pada jerawat?




Serum ini dicipta khas untuk percepatkan jerawat menjadi masak. Ia dapat kurangkan jerawat anda daripada menjadi bengkak terlalu lama. Bila dah bernanah pada jerawat, jerawat takkan membengkak,

Teruskan memakai Serum Jerawat Daniskin sehingga ia pecah dan kering dan sembuh sendiri. Anda boleh picit TETAPI dengan cara yang betul.

Amaran keras: Jangan picit jerawat anda jika belum masak, kerana jerawat anda akan menjadi bengkak. Bila dah reda kemerahannya, dan kelihatan mata, baru boleh picit.

Untuk kesan terbaik, picit di malam hari dan sapukan Serum Jerawat Daniskin untuk penyembuhan.

Diingatkan sekali lagi, angan picit atau usik dengan jari, Ini akan menyebabkan tersebarnya bakteria jerawat dan akan melambakkan jerawat untuk tumbuh kebahagian lain.

Sesuai digunakan untuk siapa??
Jangan risau, serum ni sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita pada semua peringkat umur yang mempunyai masalah jerawat yang baru tumbuh, jerawat batu serta parut jerawat. Serum ini juga membantu mengurangkan kesan parut jerawat lama dan menghasilkan sel-sel kulit baru. Tapi fokus utama serum ini untuk jerawat. Serum ini tiada bahan merbahaya seperti Mercury dan Hydroqui


Ni testimoni nad sendiri. Dapat je serum, malam tu terus nad pakai dan setelah 6 hari pakai, jerawat dah mula kering dan kecut. Hanya tinggal kesan sahaja. Jangan risau, Serum jerawat Daniskin ni juga mampu hilangkan bekas jerawat. Serum ni dalam botol, tapi dia bukan dalam bentuk cecair, tapi seperti krim. Bila sapu dekat muka yang berjerawat akan rasa sejuk je. Serum Jerawat Daniskin akan mula menyerap ke kawasan yang masalah dan bekerja. Ia tidak melekit.Senang dicuci.

Berapa lama serum ini boleh nampak kesan?
Bergantung kepada setiap kulit manusia. InsyaAllah Serum Jerawat Daniskin akan percepatkan menyembuhkan jerawat tu.  Untuk kulit berjerawat biasa mengambil masa masa 1-2 hari. Untuk kulit berjerawat teruk mengambil masa 3-5 hari untuk pulih.

Bagaimana cara pemakaiannya?


Bersihkan tangan terlebih dahulu. Digalakkan Cuci muka dengan air suam  kerana ia membuatkan liang roma dikulit muka kita terbuka dan serum  lebih mudah meresap ke wajah dan kesannya akan menjadi lebih cepat. Picit Serum Jerawat Daniskin sedikit sahaja ke bahagian jari tangan dan sapukan ke kawasan jerawat. Lakukan 2 kali sehari iaitu sebelum anda memakai make up dan sebelum masuk tidur.

Kalau korang nak pakai selalu pun takpe sebab ia melembutkan kulit, memutihkan dan melindungi kulit dari sinar uv.

Ada kesan sampingan ke serum jerawat daniskin?
Insyaallah tidak ada kesan sampingan. Tapi sesetengah orang ni kadang ada alahan, Kalau korang takut, cuba sapu dulu di belakang cuping telinga untuk mengetahui kesan nye ataupun sapu kepada satu jerawat dahulu. Kalau takde apa-apa kesan gatal atau ruam bolehlah terus pakai. 

Kalau takut ada tumbuh jerawat cuba teruskan lagi untuk sehari kerana berdasarkan pengalaman dan penguna mereka, akan ada pertambahan jerawat sedikit kerana serum jerawat daniskin sedang mengeluarkan bakteria jahat di kawasan yang mengalami bakteria yang menyorok didalam muka anda dengan cepat.

Setiap orang kulit berbeza-beza. Meh tengok testimoni lain.




Harga asal Serum Jerawat Daniskin: RM75 ( tidak termasuk postage). Penambahan RM 5.00 untuk Semenanjung Sabah/Sarawak.

Sebotol mengandungi 15 ml. Purata penggunaan 1 botol serum jerawat daniskin adalah 2 bulan atau lebih. Bergantung pada pemakaian seseorang dan luas kawasan yang bermasalah digunakan.

PROMOSI, PROMOSI, PROMOSI!!!
Hah!! Ni nak bagitau, diaorang tengah buat promosi, harga promosi untuk sekotak adalah RM 60 (Termasuk postage). Murah kan..kalau korang beli pasti puas hati.


Kalau nak tau lebih lanjut boleh layari
Facebook: www.facebook.com/daniskinofficial
Instagram: www.instagram.com/daniskinofficial
Website: www.daniskin.my
Contact: +60162777158 -  Hanie


.



.



.


MAKANAN UNTUK ORANG BERPANTANG

in , by Nadia Johari, 10:21:00
hai assalammualaikum

Makanan Untuk Orang Berpantang - Bab berpantang la paling lemah..yela kite ni dahla kaki bedal semua makanan..hhaha..bila dah kene berpantang, fuh tercabar iman ni. Time tengah berpantang la mak masak yang sedap-sedap.

Kenapa perlu berpantang??
Berpantang ni perlu selepas mengandung dan seterusnya bersalin. Oleh itu, badan kita ni perlu diperbetul, dijaga dan dicegah sama ada luaran atau dalaman supaya tubuh kembali seperti sediakala.

Berpantang perlu untuk pemulihan disebabkan
- kehilangan darah semasa bersalin
- pengecutan rahim
- keseimbangan hormon
- ketegangan urat saraf
- kehilangan tenaga

Nad baru tau lama jugak tempoh berpantang ni..hahaha..ingat bila baby dah sebulan boleh dah makan apa sahaja..huhuhu..rupanya berpantang ni berbulan-bulan kau..meh tengokntempoh berpantang

Jadi, untuk kembali cergas, sihat dan bertenaga, pemakanan yang betul perlu dititikberatkan. Pantang larang makanan selepas bersalin perlu diamalkan, jangan main bedal je..nanti bentan pulak..dah satu hal. 


Meh tengok jenis makanan dan minuman orang berpantang. Terima kasih kakak senior bagi gambar ni. Sekurangnya bila nad tinggal kl nanti taula nak masak ape. YANG PENTING AIS TAK BOLEH MINUM UNTUK SELAMANYA..

Yela dekat kl takde siapa nak jaga dah..kene jaga diri sendiri. Kalau rasa nak bedal semua makanan, mengandung la lagi..hahaha..




© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2