hai assalammualaikum

Empat Cara Saidina Umar Mendidik Anak - Anak ibarat selimut putih dan kita lah yang mencorakkannya. Salah corak, jadi tak elok la anak tu..setiap anak berbeza perangai. Lain umur lain perangainya..Masa kecik boleh lagi kita kawal, bila dah besar, diaorang dah ada penikiran sendiri, kita nak bentuk pun susah..jadi nad nak kongsikan bagaimana Saidina Umar Mendidik anak mengikut umur..untuk peringatan bersama..nad pun dah ada anak..kene belajar ni..huhuhu

Meh tengok..




Ni doa untuk anak..

BILA DADDY JAGA FARIZA

in , by Nadia Johari, 12:34:00
hai assalammualaikum

Bila Daddy Jaga Fariza - Siap mandi, pakaikan baju cantik-cantik..lepas tu pakai headband..nak nampak keperempuanan sikit..sebab rambut pun tak panjang lagi. Pakai cantik-cantik walaupun pergi ke pasaraya sahaja..itulah sifat ibu bila nak siapkan anak. Walaupun berjalan dekat luar rumah..tetap siapkan anak secantik atau sehensem yang boleh..

Tapi bila di pass kepada daddynya lain pulak jadinya..adoyaiii..nad suruh mr mafia jaga sebab nad nak bersiap pulak. Jadi daddy pun bawal fariza jalan keluar sekejap sambil tunggu mommynya bersiap. Bila nad dah siap..habis anak daraku..dah tak lawa seperti yang asal.adoila daddy..boleh pulak headband terpusing macam tu..


Dah macam pendekar mustar..hahhaha..tapi nasib comey lagi..ayoyo..
Hai assalammualaikum

Perkahwinan Shaheizy Sam Dan Shatilla - Lama tak dengar pasal gosip artis ni..almaklumla kalau dekat kampung line macam siput..selalu nampak dekat facebook..tapi kadang jarang buka facebook, scroll pun sekejap je..lagila tak tau apa. Melodi pun jarang nengok sekarang. Tau pasal artis ni pun dari group whatsup atau dekat berita.

Tentang perkahwinan Shaheizy Sam dan Shatilla ni nad tau dekat berita. Tak sangka Sam dengan Shatilla..huhu..jodoh kan..baru tau yang Shatilla dah bertudung. Ingat saje-saje je pakai untuk cerita Sha&Sha tu..alhamdulillah..nampak lawa..nad penah nampak Shatilla ni dekat ikea damansara, lawa sangat. Masa tu tak bertudung, memang sepadan la dengan Shaheizy Sam ni.


Alhamdulillah diaorang bakal berkahwin february ni. Majlis resepsi belah Shatilla pada 9 februari di bukit Jawi Golf Club manakala resepsi belah Shaheizy Sam pada 14 februari di Hotel Mandarin Oriental. Untuk peminat pula lada 20 februari.

Bila dilihat nilai tajaan 25 juta tu merupakan jumlah yang banyak dan ia adalah wedding of the year untuk tahun 2016..wowww..

“Kami sendiri agak terkejut dengan jumlah tajaan ini. Apapun terima kasih kepada pihak yang sudi menaja dan menjadi sebahagian daripada hari bahagia kami. Majlis ini bagai meraikan mereka yang dianggap seperti keluarga kami,” 

Tahniah buat kedua-dua pasngan. Semoga kekal hingga akhir hayat.
 hai assalammualaikum


Buka Mittens/Sarung Tangan Di Usia Dua Bulan - Mulanya tak tau apa itu mittens..rupanya sarung tangan baby..hahhaa..almaklumla sebelum ni tak pernah nak amik tau..hehhe..kenapa baby perlu pakai mittens/sarung tangan??

1) untuk mengawal suhu badan bayi dan mengelakkan bayi daripada sejuk. Pada peringkat awal kelahiran bayi, ada tiga tempat yang membuatkan haba badan bayi keluar dengan cepat ialah kepala(ubun-ubun), tangan dan kaki. Sebab tu baby dipakaikan topi khas, sarung tangan dan sarung kaki bagi mengekalkan suhu badan baby.

2) untuk mengelakkan baby tercalar dengan kukunya sendiri. Baby baru lahir ni memang kukunya panjang..macam anak nad..panjang dan tajam. Kalau terkene muka mesti tercalar,merah dan luka. Hah, sebab tu kene pakai sarung tangan.

Nad buka sarung tangan baby fariza usia dia dua bulan. Nad tak tau usia berapa yang sepatutnya buka sarung tangan ni..huhuhu..nad buka awal sebab biar baby fariza dah mula start nak merasa dan memegang sesuatu. Pada mulanya nad perasan baby fariza ni menghisap sarung tangan, tapi takde sampai basah lenjun. Jadi sebelum basah lenjun, baik buka aje..huhu.lagipun orang cakap kalau lambat buka sarung tangan akan lambat perkembangan deria sentih dan genggaman bayi.

Suka tengok cara orang putih, tak pakaikan sarung tangan sejak bayi diaorang sejak kecik lagi. Lepas je nad buka sarung tangan, fariza macam pelik..dia dapat lihat tangan dia..serius..dia usha tangan dia , belek-belek..hahha..nad tengok pun fariza dah boleh lihat. Muka dia ceria je bila buka sarung tangan.


Lepas tu ape dia buat..dia hisap jari la..hehhe..tula kegemaran baby kan. Dok hisap jari.


Nad ajar dia pegang barang. Mula-mula terkial-kial jugak..tapi lepas tu..hoyeahhh!!!.. berjaya pegang..tak lama tapi ade perkembangan..hehehe..


Alololo..anak mommy dah besar..tersenyum dia dapat pegang mommy..walaupun sebelum ni dapat pegang jugak, tapi rasanya mesti lain..hehe..fariza masih usap-usap muka jugak..tapi bila dia rasa sakit, dia takkan usap lagi..hehe..baby pun tau ok..
hai assalammualaikum


Sekolah SMK Meru Terbakar - Dapat dari group whatssup family, sekolah menengah di Meru terbakar. Allahuakbar..sekolah nad ni. Sekolah dari tingkatan satu sampai tingkatan lima. Banyak dah perubahan yang berlaku dekat sekolah ni. Rindu je rasanya bila lalu depan sekolah menengah kebangsaan meru ni. Rumah nad dengan sekolah tak jauh mana pun. Dulu pergi sekolah naik basikal je. Sekrang budak-budak dah advance, naik moto kau..bila dengar sekolah terbakar..Ya Allah sekah aku..

Ni sumber dari bh online

4 KELAS SMK MERU TERBAKAR


KLANG: Empat bilik darjah di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Jalan Bukit Kapar, di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 5.30 pagi tadi. 

Pengarah Bomba Selangor, Zamri Che Din, berkata pemeriksaan lanjut mendapati tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian di tingkat dua bangunan sekolah itu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian pada jam 5.37 pagi. 

"Empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Andalas, Kota Raja dan Pelabuhan Klang dihantar ke lokasi untuk memadam kebakaran. 

"Setakat ini punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya. 

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor, berkata sesi pembelajaran akan berjalan seperti biasa kerana kebakaran membabitkan bilik darjah yang menempatkan bilik disiplin serta makmal. 

Katanya, tiada pelajar terjejas susulan kejadian itu. "Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan seperti biasa," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi
hai assalammualaikum


Isu breastfeeding : Upload Gambar Di Media Sosial - Dah jadi ibu ni baru tau ape maksud BF (breastfeeding) dan DF (directfeeding).. kalau tak sebelum ni duk terfikir apa yang diaorang cakapkan..huhuhu..Seperti yang kita tau, susu ibu adalah susu terbaik untuk si kecil membesar dengan sihat. Yela susu ibu banyak khasiatnya untuk perkembangan si kecil. Dalam islam, disyorkan susukan baby sehingga umur mereka 2 tahun.

Yup, breastfeeding memang bagus, tapi isunya sekarang kenapa perlu diambil gambar dan diupload di media sosial walaupun tak nampak "teettnya".. walaupun breastfeeding ni normal, tapi disebabkan diberi susu melalui breast, ia mengundang kepada negatif oleh sesetengah masyarakat. Yela sekarang kan pikiran orang dah macam 3D..duk pikir gila-gila,lucah dan " menghairahkan..siapa tau kan..seram jugak..

Macam nad sendiri, pertama kali breasfeeding dekat hospital, kalau dengan ibu-ibu nad tak kisah, bagi susu je dekat baby fariza, selak je, tapi bila dah sampai doktor lelaki, segan weii..walaupun kita tau dia doktor..dia paham ibu-ibu ni tapi bagi nad, kita punya tu adalah aurat. Lagi kalau datang pelawat. Cepat-cepat amik kain, tutup. Terkial-kial nad, sebab baby fariza ni kalau lambat,ngamuk dia macam kene dera..fuhh..memamg malu..yela dengan tempat terbuka..lelaki tengok..lagi bila tempat awam..bila pertama kali pergi shoping mall, nad akan bagi fariza kenyang dulu dekat rumah atau dalam kereta. Walaupun ada tempat khas untuk ibu menyusu tapi kalau kita tak tau dekat mana, sama gak kan. Lagipun nad tak beli cover nursing tu, sebab tak tau situasi akan jadi macam ni..hahha..kalau macam ni pun dah malu apa lagi upload dekat media sosial.

Nad ade jugak dimasukkan dalam satu group BF ni..tapi nad cuma baca dan amik tips je.takdela komen atau bubuh gambar sebab takut apa yang dipost akan dilihat orang walaupun group tu private. Mana tau dihack ke apa..naya weii..orang sekarang pandai..bila dah viral macam ni la jadinya..habis page amran diserang..huhuhu..korang nak amik gambar boleh tapi buatla untuk peribadi..


Tips penyusuan
1) Fokus Dan Tenang
- sentiasa fokus kepada kebaikan semulajadi susu ibu. Tenang semasa breasfeeding. Bila tenang , automatik penyusuan semudah yang disangka.

2) Lokasi yang sesuai
- cari tempat yang tidak terlalu ramai untuk melakukan penyusuan. Macam nad la suka nyusu sorok-sorok..hehe..ketika susu baby perlukan ketenangan,kalau bising takut dia tak selesa.dah kalau tak selesa habis kaki tangan naik 360 darjah..hahha..tu kadang ibu jadi stress, sampai terus selak baju. Kalau ade tempat khas ibu menyusu, masuk dalam situ dan bagi susu.

3) Pakaian khusus
- Sejak dah tau menyusu anak ni macam ni, dah kene beli cover nursing siap-siap. Sarungkan pakaian penyusuan dan gunakan nursing cover atau "sling"  ketika menyusukan bayi. Pakai nursing bra untuk mudahkan ibu-ibu semasa menyusukan bayi. Bila ada nursing bra, takyah selak sangat, lagi bra yang hanya dibuka dekat bahagian nip.

4) bantuan
- perlukan bantuan suami atau orang ketiga menjadi dinding sementara penyusuan dilakukan. Kadang nad mintak tolong husband lindung..heheh..

5) Amik gambar..
- hahaha..bab ni kalau korang nak amik gambar boleh, nak selfie pun takpa TAPI janganlah dok p upload dekat media sosial. Silalah pikir tentang orang lain yang takleh breastfeeding. Diaorang ade perasaan.

ok itu sahaja. Sekian.


CARA BUAT BABY DIAM DARIPADA NANGIS

in , by Nadia Johari, 11:50:00
hai assalammualaikum

Cara buat Baby Diam daripada Nangis - Baby mana bokeh bercakap, jadi kalau dia sakit ke, nak susu ke, nak tidur ke, nangis jela dia mampu. Apa lagi dia boleh buat. Tapi bila dia nangis je taknak berenti, nad share satu cara bagi diamkan baby daripada nangis. Teknik ni kakak nad yang bagi dekat facebook. Nad pasti ibu-ibu diluar sana dah tengok video ni. Jadi, nad nak share jugak sebab mr mafia buat menjadi kau..hehhee..

Macam baby fariza, dia kuat nyusu, kalau lambat buat susu memang mengamuk habis. Nangis dia satu kawasan boleh dengar..huhuhu...jadi taknak bagi dia nangis, mr mafia la buat cara yang ditunjukkan seperti di video. Nad tak mampu buat sebab baby fariza semakin sihat..lenguh tangan..hehhe..


Tengokla ni..senyap baby fariza bila daddy angkat dia macam tu. Dah macam nak terbang je..hehhe..Masa ni memang tengan nangis sesangat..sekali buat gini..senyap..

Ok nak tau caranya macam mana.. ini dia


1) Pusingkan / terbalikan bayi seperti meniarap
2) Lipatkan kedua-dua tangan bayi dengan tangan kita


3) Tampung punggung bayi dengan tangan kita


4) Dodoi bayi dengan perlahan pada sudut 45 darjah dan sokong dagu bayi dengan jari.


Sebenarnya cara ni daripada Dr. Robert C Hamilton.Dr. Robert C Hamilton dari California berkata dia telah menemui satu teknik memegang bayi yang boleh membuatkan mereka berhenti menangis. Menurutnya, teknik yang dipanggil 'The Hold' itu belum pernah gagal dari membuat bayi berhenti menangis.

Dr Hamilton merupakan Pediatrik (pakar kanak-kanak), dengan lebih 30 tahun pengalaman. Dia telah share teknik tersebut di laman youtube dan sudah memperoleh lebih sejuta penonton.

Mudah je tekniknya. Menurut Dr Hamilton, teknik ini sesuai untuk bayi 3 bulan ke bawah kerana sesuai dengan badan mereka yang masih ringan, mudah untuk ibu bapa melakukannya.  

JAM TANGAN WANITA SEBAGAI AKSESORI

in , , by Nadia Johari, 21:00:00
hai assalammualaikum


Jam Tangan Wanita Sebagai Aksesori Penting -  Disebabkan masa itu emas, jadi jam itu amat penting dalam hidup kita. Bila ada jam, kita bolehla ketahui masa dan bahagikan masa dengan betul. Dari sekolah lagi nad dah suka pakai jam tangan sebab dia sebagai pengganti aksesori gelang. Nad tak suka tangan ni kosong sahaja. Jam tangan merupakan sesuatu yang sangat berguna dan penting, ini kerana Jam tangan bukan sahaja alat untuk menunjukkan waktu malah dianggap sebagai aksesori. Kalau kita tengok , pelbagai bentuk dan corak jam tangan sekarang.


Jam tangan dibuat dengan rupa dan corak yang berbeza bagi memenuhi minat dan cita rasa setiap orang yang memakainya. Selain daripada itu dengan pelbagai rekaan atau design, pengguna lebih banyak pilihan yang boleh dibuat. Apa yang penting ialah untuk pilih jam yang mempunyai ciri-ciri yang versatile dan boleh dipakai pada bila-bila masa sahaja untuk ke mana jua.


Macam nad, kalau boleh nad jam tangan nampak kewanitaan, nampak fashionable, sesuai dan selesa di tangan. Kebiasaannya, fesyen jam tangan wanita mempunyai banyak rekaan bergaya dan tampak stylish dengan warna yang menyerlah berserta rekaan terkini. Tidak kira apa pun pilihan jam tangan anda pastinya akan membuatkan personaliti kita menyerlah jika dipakai bersama pakaian.

Selain daripada itu, wanita juga mempunyai lebih banyak pilihan jika hendak dibanding dengan lelaki. Women watches menguasai pasaran jam tangan dengan pelbagai koleksi jam yang cukup cantik daripada segi rekaan yang menarik bersama detailing yang lebih glamour. Jam tangan wanita sering kali dipakai untuk membuatkan penampilan seseorang kelihatan lebih menyerlah dan bagi membuatkan persalinan baju yang dipakai kelihatan menonjol.


Sekarang mudah je nak dapatkan pelbagai aksesori wanita iaitu dengan melalui online. Klik..klik..dan pilih..Beli jam tangan wanita online dengan harga yang lebih berpatutan bersama pelbagai diskaun hebat melalui pembelian secara atas talian!
hai assalammualaikum

Teknik Tepuk Atau Percussion Bantu Masalah Kahak Bayi - Ingatkan bila baby masih kecik, takdelah penyakit yang akan kene, rupanya baby lagi mudah kene jangkitan. Penyakit seperti hingus dan kahak, penyakit yang paling kita risau yela kalau tak hilang boleh jadi batuk pastu demam.

Selsema ok lagi sebab dia meleleh je, cuma sukar nak bernafas, tapi kahak..nak keluar macam mana kan. Si kecik pun belum pandai lagi nak buang kahak dan henbus hingus. Sebab tu masa baby fariza selsema dan berkahak nad sanggup sedut walaupun tak reti..hahaha..jijik tolak tepi..demi anak weii..keluar sikit pun alhamdulillah..tapi tak kega jugak. Tapi bagusnya baby fariza tetap tidur lena.

MERANA SELAMA SEBULAN

in , , by Nadia Johari, 21:04:00
hai assalammualaikum

Merana Selama Sebulan - Bukan main seronok, gembira bila dah nampak anak depan mata. Tapi resah bila dia menangis..hahaha..apa yang kita tau, bila nangis je bagi susu, nangis je bagi susu. Ada pikir, entah ada sakit lain ke. Lagi-lagi bila pertama kali jadi ibu. Benda ni terjadi dekat nad, masa tu baru tau bukannya senang nak jadi ibu.

Masa berpantang..ketika sakit

Baby Fariza Merana Selama Sebulan

Yup, macam korang tau, baby fariza demam semasa dah discharge, tapi terpaksa di tahan wad lagi sebab dia demam. Entry ade dekat SINI. Bila dah balik rumah, baby fariza kerap menangis dan kurang tidur. Lagi satu, bila diletak dia tak suka dan menangis lagi. Sebagai ibu siapa yang tak resah bila tengok anak menangis sahaja. 
 
Cuma dia akan senyap semasa mandi, sebab baby fariza suka mandi. Selainnya nangis sahaja. Kalau sesetengah baby, bila dah kenyang, diletak senyap je,  tak pun tidur lena, tapi bukan baby fariza. Setiap satu atau setengah jam dia akan bangun. Nad ingat sebab kurang susu, tapi rupanya berpunca pasal lain.

Nangis sahaja dan tak tidur lena

Bila kita dah tak tau baby menangis sebab apa, pergilah bawak mengurut. Macam tu la bila dekat kampung, mengurutla boleh tau apa punca baby menangis. Baby fariza diurut 3 kali dengan orang yang berlainan. 
 
Pertama tu makcik tu cakap dia demam dan kembung perut. Sebut je kembung perut, allahuakbar, risau bukan kemain. Kesian bila tengok anak kembung ni..mesti tak selesa, tapi dia masih mau menyusu. Bila kata demam, nad bawak pergi klinik. Tapi doktor cakap demam sikit sahaja. Terus bagi susu ibu.

Pastu beberapa hari, fariza tetap nangis. Nangis dia memang nangis dalam kesakitan..sedih tengok anak nangis kuat macam tu..T_T..Kali kedua, makcik nad urut. Bila dia urut dia rasa dekat bahagian tengkuk. Masa diurut dekat situ, baby fariza nangis sekuatnya sampai hilang suara..nad yang tengok nangis jugak..tak tahann..T_T.. makcik kata urat die ada terkehel.diaorang salahkan nad sebab maybe nad tersalah pegang..huaaa..lagi sedih..macam mana nak buat ni..anak rupanya sakit sebab terkehel.

Sihat selepas diurut

Kali ketiga urut pulak. Makcik ni memang tukang urut orang bersalin. Masa tu dia urut sepupu nad baru lepas bersalin jugak. Makcik ni pernah urut baby yang terkehel jugak. Jadi mintak tolong makcik ni urutkan baby fariza. 
 
Masa dia urutkan baby fariza, dia pun terkejut..dia dapat rasa urat terkehel tu. Baby fariza nangisnya sekuat hati sampai takde suara..Ya Allah anak mommy..sedih tengok..mommy nangis lagi..T_T.. makcik tu urt seluruh badan fariza. Semua dia buat, semua bunyi " ketek".. tapi nad tak dengar pun. Nenek tu cakap mayb masa lahir, doktor yang sambut tu tak betul..huhuhu..


Malam tu fariza tidur lena..maybe dia dah sedap badannya..cuma bangun nak susu je. Dan kali kedua urut, fariza dah pulih..alhamdulillah.

Ni la dia sekarang

Agaknya sebab tu badan dia tak naik masa checkup sebulan sebab badan dia sakit. Tapi lepas check up 2 bulan..berat badan dia naik sekilo jadi 4 kilo..hehee..alhamdulillah..sekarang fariza dah pandai ngoceh dan senyum..syukur sangat..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2