hai assalammualaikum


Maharaja Lawak Mega 2016 - Malam ni, start dah rancangan Maharaja Lawak Mega 2016 yang terbaru. Banyak yang terbaru malam ni. Gabungan pelawak daripada kumpulan yang berbeza dalam sebuah kumpulan baharu membawa kelainan. Ada yang nad kenal dan ada yang nad tak kenal pelawak ni. Terbaiknya ada ezad penyanyi tu masuk sekali..hahaha..dan dua orang solo yang nad jarang nampak di kaca televisyen..ermm..nak tau best ke idok MLM 2016 kali ni, kenala layan.

MLM 2016 menampilkam 15 peserta dan bakal bersiaran selama 14 minggu pada setiap hari Jumaat pukul 10 malam. Disiarkan di saluran Astro warna  132 dan Mustika HD 134.


Senarai peserta:
1) LOL (Tauke / Angah / Ajak Shiro)
2) JORAS (Joey / Syuk / Rahim)
3) ENJEN ( Raja Azri / Yus (Skool Of Lawak)/ Acong Sweetchild)
4) BOCEY (Achey / Fad / Abam)
5) SHAKE (Amir / Bell Ngasri / Mie)
6) SAYWHO (Vicha / Bocil Bancin / Agus)
7) BORA (Isa / Yan / Mamat)
8) PUTEH (Mamak / Ali)
9) CHILOK (Chiwan / Achok / Kamal)
10) XOLA (One / Chot / Wan Wala)
11) AWOK ( Filzah / Ain / Ayie)
12) CHAM (Azrul / Along)
14) BOS (Ajo Mamu / Abu Mamu / Ezad Lazim)

13) REZA MUKMIN (Peserta Solo)
15) KAVIN JAY (Peserta Solo)



Para juri pun dah baru..semuanya best-best jugakla..Semuanya cantik dan hensem..hehhe..lagi-lagi sorang tu yang ditaja 25 juta perkahwinannya..Juri yang mengadili MLM 2016 kali ni ialah Ziana Zain, Bunga Cinta Lestari, Najeeb Ali dan Shaheizy Sam. 

Ni pertama kali diaorang semua jadi juri, lagi-lagi sam. Tugas sebagai pengkritik bukan mudah ooo. Untuk minggu pertama semua buat yang terbaik

Tagline untuk bagi markah pun dah lain..takde bintang-bintang dah..sekarang guna HaHaHaHah...


Hah jomla tonton sama-sama ye..
hai assalammualaikum


Coklat Delicia Gardenia - Sedapp!!!.. serius sedap!!.. sampai jilat ibu jari..hahhaa..takkan tinggalkan sikit pun..kalau dah namanya coklat, memang sukala..bukan budak sahaja..mak budak pun suka. Nak kenalkan satu produk daripada gardenia iaitu Delicia Milky Chocolate Spread.


Nad tau pasal coklat ni masa datang rumah kakak. Dia selalu beli jem untuk sapu roti. Pastu nad pulak jenis suka makan dekat rumah dia kalau lapar datang..hahha..mulala geledah kat dapur apa yang ada. Pastu dia keluarkan jem coklat Delicia tu. Nad pun sapula dekat roti..sedapp sangat.

Dia cakap coklat jem ni susah nak dapat..sebab coklat kan..sedap pulak tu..mesti cepat habis. Dahla masa tu nad mengandung..ngidam lagi coklat ni. Tapi nasib baik ada jual dekat NSK. Apa lagi beli la..

Dah beli kene simpan..hahah..kalau tak budak-budak pergi habiskan..kang yang membelinya dapat makan sikit. Bila makan coklat ni dengan roti, memang tak puas makan satu je..mesti nak lagi..dan lagi..dan lagi..kalau boleh habis roti tu untuk sehari..hahah..dahla guna roti gardenia..jem coklat pun daripada gardenia..urmm nyum..nyum..



Tengokla budak ni..sapu roti sampai tak hingat..kalau diaorang yang sapu sendiri memang banyak la bubuh..habis jem coklat tu. Sebab tu nad kalau beli terus simpan tempat yang sukar dijumpai..hahhaa..ni sebab dah nak habis..bagi jela dia..hahaha..


Harga Coklat Delicia ni tak mahal. Nad beli RM6.80 tak silap..lupa pulak..dia ada dua jenis..satu coklat sahaja, satu lagi coklat dengan kacang. Yang coklat dengan kacang mahal sikit RM8 lebih..


Cubala,..mana tau boleh jadikan dia sebagai pengganti nutella yang mahal tu..eh ke sama harga..hahaha..


SELEPAS 3 BULAN BARU BALIK KUALA LUMPUR

in , by Nadia Johari, 23:46:00
hai assalammualaikum


Selepas 3 bulan - Apa yang selepas tiga bulan tu??.. sebenarnya ini la kali pertama fariza akan jejak rumah dekat kuala lumpur ni..hehehhe..Nad duduk rumah mak dekat klang dari raya haji lagi. Sebab masa tu dah dekat due date. Yela kita tak tau bila kita akan bersalin kan. Kan ada yang cepat dari tarikh due tu. Laki nad pulak kadang kerja luar. Jadi taknak jadi apa-apa, nak selamat, balikla rumah mak.

Mak dengan kakak semua cakap, " ko nak dekat sini sampai bila". Masa tu fikir dah bersalin bulan 10, pastu pantang bulan 11, alang-alang habiskan jela sampai bulan 12..tahun baru baru balik kuala lumpur..hahaha..yela masa berpantang tak tau anak meragam macam mana. Sakit apa, kenapa menangis??.. pertama kali kann...better duduk rumah nak lama sikit. Ada jugak orang tengokkan.

Bila dah masuk tahun baru, ingat nak balik 1.1.2016, tapi cousin pulak nak tunang. Sebab fikir kalau dah balik kuala lumpur, nak kene balik klang balik..dah bazir minyak dengan duit tol lagi. Jadi kita tinggal lagi dekat rumah atok nenek sampai cousin tunang. Cousin tunang pulak tunang 24.5.2016, jadi 25.1.2016 pulak cuti thaipusam yang jatuh pada hari ahad. 26.1.2016 pulak fariza ada appoitment klinik kene cucuk untuk 3 bulan dekat klinik kampung pandan. Jadi balik 25.1.2016 ke kuala lumpur.

Ok bye-bye meru klang..welcome kuala lumpur. Dalam kereta lagi fariza dah senyap je..behave je..siap tidur sebab kene aircond. Bila dah sanpai rumah, kereta berhenti, dia pun bangun. Tadaaa..your home fariza..letak je dekat tilam terus senyum..ngoceh..eheh..suka ke dekat sini. Amboii..nak jadi orang kl ke..satu masalah dekat sini, cuacanya..tersangatla bahangnya..berbeza dengan kampung yang sejuk tu. 


Dekat sini, daddy la layan ye. Alhamdulillah..dah 3 bulan, dia dah besar..ok la jaga tanpa orang tua..huhuhu..tapi bila dekat kuala lumpur, mommyla bertambah kerja. I am supermom and superwife..huhuhu..fariza dah tido..nasib baik bunyi motor rempit pun dia tak terjaga..
hai assalammualaikum


Anugerah Juara Lagu - Kalau dulu waktu kecik, nad la paling tak menyabar nak tengok anugerah juara lagu. Bukan nad saja rasanya, mak, ayah, abang, kakak dan adik pun tak sabar bila Anugerah Juara Lagu akhir nak bermula di kaca tv. Lagi-lagi masa ada Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris. Sebab apa??

Sebab persembahan Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris akan memukau semua penonton. Diaorang akan bawak seramai mana boleh orang untuk menang dalam kategori persembahan. Lagi-lagi Noraniza Idris, ada sahaja alat yang dia akan buat. Nad masih ingat masa dia buat berapi dekat mulut tu. Sanggu dia telan minyak semata nak buat persembahan yang terbaik. Lepas tu mula la kitaorang berlawan siapa yang menang kategori persembahan, antara Siti atau Noraniza Idris..hehehe..yela dulu ada kategori irama muzik, sekarang takde.

Sekarang muzik-muzik pun jarang tengok, apatah lagi anugerah muzik-muzik separuh akhir..hahaha..kita tengok yang last jela. Artis sekarang buat persembahan simple je, tak banyak prop. Semalam Anugerah Juara lagu yang ke 30 akhir..wah dah yang ke 30 kau..lama tuu..makin lama makin banyak yang tak menarik..maybe dah takde idea kot..ingatkan makin gempak..huhuhu..

Permulaan dimulakan dengan nyanyian Dato Jamal Abdillah, Yassin dan Dato Siti Nurhaliza. Antara pemenang Juara Lagu dahulu. Mula-mula je dah spoil dengan bongkah kayu tu. Dahla besar gedabak..huhu..Tapi nasib suara mereka bertiga masih sedap..

SENARAI 12 LAGU DI AJL 30Judul Lagu Penyanyi / Kumpulan


1. Sampai Mati (Hazama)
2. Potret (Akim & The Majistret)
3. Assalamualaikum (Faizal Tahir) 
4. Biarkanlah (Drama Band)
5. Hanya Namamu (Caliph Buskers) 
6. Knock Knock (Elizabeth Tan)
7. Malam Ini Kita Punya (Bunkface) 
8. Angin Kencang (Noh Salleh )
9. Bukan Hal Aku (Kaka Azraff dan Aliff) 
10. Mana Mungkin (Black) 
11. Not For Sale (Stacy )
12. Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah)

Kalau dulu, tengok Anugerah Juara Lagu sampai tak berkedip..sekarang tengok tak tengok jele..bukan sebab lagu, tapi persembahan. Lagu yang dipertandingkan semua sedap. Cuma lagu ," knock-knock" dengan " Ini Bukan Hal Aku " nad kurang minat.



Kedudukan Dan Kategori Pemenang Hadiah 
1) Juara - AJL 30 Akim & The Majistret (Potret)  RM50,000 beserta trofi. Memang sedap lagu ni..alhamdulillah menang jugak..

2) Naib Juara - Faizal Tahir (Assalamualaikum) mendapat RM35,000 beserta trofi

3) Tempat Ketiga - Caliph Buskers (Hanya Namamu)- RM20,000 beserta trofi

4) Vokal terbaik - Dayang Nurfaizah (Tak Pernah Menyerah) - RM12,000 

5) Persembahan Terbaik Akim & The Majistret (Potret) - RM12,000


Oh ada lagi Dato Siti Nurhaliza telah terpilih sebagai Anugerah Qu Puteh Diva. Anugerah Qu Puteh Diva adalah sebuah anugerah yang diperkenalkan pada AJL30 bagi menghargai dan meraikan juara-juara AJL sepanjang 30 tahun ia diadakan Pemilihan pemenang adalah berdasarkan undian tertinggi oleh peminat dan undian tersebut dibuka menerusi laman web rasmi Anugerah Juara Lagu ke-30.

Ok itu sahaja, diharap AJL tahun hadapan lebih meriah. 

BABAT ATAU PERUT LEMBU SANTAPAN TENGAHARI

in , by Nadia Johari, 12:43:00
hai assalammualaikum

Perut Lembu Santapan Tengahari - Anak dah masuk 3 buLan..mula la nak cuba makan macam-macam..tapi sebelum tu kene tanya "mem besar" my mom la...hahaha. Kalau dia kata boleh, tersenyum lebar la..Lagi-lagi kalau feveret makanan tu..


Siapa suka makan perut lembu atau babat dalam bahasa jawa..hahaha..angkat tangann!!!.. Mula dulu masa kecik nad tak suka..geli..sebab lembik-lembik..pastu macam ade bulu-bulu..haahan.geli nok nak makan..tapi mak suruh cuba sebab tengok abang dengan kakak makan, sedap betul. Pertama kali cuba, makan sikit-sikit dulu..macam nak muntah..hahha..pastu mak masak lagi..cuba, lama-lama sedap pulak. Dan sekarang jadi salah satu menu feveret.

Perut lembu sedap dimasak tumis pedas. Memang banyak la nad amik..tapi tengah susukan fariza ni, mak kata amik sikit..sikit jela..asalkan masuk dalam perut..dapat merasa. Nikmatnua bila dapat makan..Kenyang alhamdillah..
hai assalammualaikum

Shoping Online Pakaian Muslimah - Sekarang nak beli apa-apa semua dihujung jari. Klik..klik..klik sahaja, tak payah susah-susah nak keluar, nak bersiap bagai, nak redah jem, habiskan minyak kenderaan..hahaha.

Macam nad la, suka sangat beli pakaian, shawl online ni. Sebab bagi nad beli baju online ni lagi senang dan banyak pilihan. Lagi satu beli online ni memudahkan kita. Yela, kita hanya pilih, order, bank in duit dan penghantaran di hantar terus ke rumah. Kita tunggu jela barang sampai ke rumah kan..hehehe..Nasib baik laki nad tak bising asyik shoping je..hahaha





Bila dah jadi mommy ni, nak kenela survey cari baju yang bersesuaian kan. Nak nampak matured sikit..sekarang ni nad tengah nak cari blouse dan jubah yang cantik dan harga yang berpatutan. Diperkenalkan kawan tentang satu website yang jual busana muslimah yang cantik sesuai untuk mommy ni. Bila buka website ni memang rambang mata dengan koleksi baju muslimah dia. Cantik dengan warna yang menarik. Harga pun okey-okey je. Dalam website ni penuh dengan pakaian muslimah..macam-macam ada!, bukan sahaja blouse dan jubah, malah, shawl, palazo,tunic dan baju kurung moden. Nampak..senang je kan..semua hado..


Nak tau apa website tu..hah meh sini nad kenalkan pakaian muslimah online NorieSignature.My. Norie Signature menawarkan pelbagai pilihan busana muslimah yang anggun dan sopan bermula daripada saiz S hingga XL.

Awat lawa sangat baju dekat sini..dah terpikat dah aishh..semuanya simple dan cantik. Nad pun memang suka simple-simple ni..asalkan kain berkualiti dan selesa. Bagusnya NorieSignature.My ni akan bagitau kita pakaian terbaru/new arrival keluaran mereka. Pakaian terbaru keluaran mereka tahun ini, yang baru dilancarkan ada dua setakat ni yang nad tengok iaitu Blouse dan Jubah Wardah ni.

Blouse Helena namanya..bajunya secantik namanya..Blouse muslimah yang cantik dan sederhana diperbuat daripada material primium seperti crepe. Bestnya baju ni, tak panas dan labuh menutupi pinggul. Yang lagi bestnya ia mempunyai ciri-ciri nursing dan wudhu friendly. Uittt..memang sesuai dengan nad sebagai mommy dan seorang muslimah. Lagipun blouse ni sesuai dipadankan dengan apa-apa shawl dan digayakan ke mana sahaja. Cantik kan!!!


Warna yang ada, warna magenta, hijau, kelabu, biru pekat, krim dan coklat. Boleh tekan link ini http://www.noriesignature.my/blouse/blouse-helena



Satu lagi keluaran terbaru mereka ialah jubah wardah. Jubah wardah diperbuat daripada material heavy dull satin dan perincian lace-lace kecil yang tidak keterlaluan. Sangat sesuai dipakai ke pejabat kesekolah mahupun kemana-mana acara sama ada formal atau tidak formal. Boleh tekan link ini.. http://www.noriesignature.my/jubah/wardah-jubahy/jubah/wardah-jubah


Laman web yang mesra pengguna, nak pilih pun senang, nak order pun senang. Kalau korang nak order, atau nak tau apa-apa boleh baca info ni..semua dah tertera.

Kalau korang nak tanya apa- apa soalan boleh tanya di borang online atau whatssup.

  • Khidmat perhubungan 24jam. Hubungi kami pada bila-bila masa menggunakan borang online. Setelah anda menghantar petanyaan, kami akan memastikan untuk menghubungi anda pada masa yang paling singkat.
  • Khidmat telefon. Anda boleh menghubungi kami melalui telefon/whatsapp dan kami akan bersiap sedia untuk menjawab segala pertanyaan anda. No tel:- 03-3392 1602 / 012-3457840.
Hah!! Macam mana?? Korang dah tengok belum??.. kalau belum, tengok sekarang., kot-kot ada yang berminat untuk raya persiapan awal, untuk kenduri ka. Senang la..takyah pikir lain, shoping online je dekat NorieSignature.My ni ok.

Website: www.noriesignature.my
Alamat: Norie Signature Sdn Bhd
No 63B Tingkat 2, Jalan Besar/ku8, Meru 41050 klang, selangor
Waktu operasi: 
email: isnin-jumaat ( 10pagi - 6 petang)
Urusan pos: Isnin - jumaat ( kecuali cuti umum,sabtu dan ahad)



DRAMA ALIf IMANI TV9 MINGGU AKHIR

in , , by Nadia Johari, 01:01:00
hai assalammualaikum


Drama Alif Imani Di TV9 - Drama Alif Imani mempunyai14 episod diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Antara barisan pelakon yang membintangi drama Alif Imani adalah Amar Baharin, Fezrul Khan, Ummi Nazeera, Fasha Sandha, Shakilla Khoriri, Raja Ema dan ramai lagi. 

Watak Pelakon
Fezrul Khan sebagai Alif
Ummi Nazeera sebagai Imani
Fasha Sandha sebagai Mahsuri
Amar Baharin sebagai Rafiq
Shakilla Khoriri sebagai Nadia
Amanda Hariz sebagai Zurin
Raja Ema sebagai Dato Rohani
Aripah Damanhuri sebagai Saleha
Fazlina Ahmad Daud sebagai Faridah
Afique Hussain sebagai Razak
Faiez Affandi sebagai Faris
Sinopsis Drama Alif Imani
Drama Alif Imani mengisahkan tentang seorang gadis bernama Imani yang telah dibesarkan di rumah anak yatim. Kehadiran Suri yang menganggap Imani sebahagian daripada keluarganya mula menjadikan Imani lebih bahagia.
Nak dijadikan cerita, Suri disahkan menghidap sakit jantung yang agak serius. Kerana beranggapan jangka hayatnya tidak lama, Suri memerangkap Imani untuk bernikah dengan suaminya bernama Alif. Imani dan Alif ditangkap khalwat dan Suri menyatakan hasratnya agar mereka berdua disatukan.
Alif dan Imani langsung tidak bersetuju dengan permintaan Suri. Namun bila Suri merelakan jua untuk bermadu, akhirnya Alif dan Imani terpaksa berkahwin juga. Namun alam perkahwinan adalah sesuatu yang sangat menyeksakan Imani.
Alif tidak melayan Imani dengan baik. Alif langsung tidak menyentuhnya dan seringkali menghinanya. Alif menuduh Imani yang memerangkapnya kerana cemburu melihat kebahagiaannya bersama Suri. Malah Alif turut mendakwa bahawa Imani ingin mengikis hartanya.
Setelah lama bersabar, Imani membuat keputusan untuk melarikan diri setelah Alif menolak untuk menceraikannya. Selepas itu barulah Alif mendapat tahu kebenaran dari Suri yang mahukan Imani mengantikan tempatnya untuk menjaga anak tunggal mereka yang bernama Zurin.
Alif mula rasa bersalah. Dia kesal dengan tindakannya yang terlalu kejam melayan Imani. Alif berusaha mencari Imani semula tetapi gagal sehinggalah Suri menghembuskan nafas yang terakhir, Imani tetap tidak berjaya ditemui.
Selama tiga tahun, hidup Alif menderita tetapi dalam masa yang sama Imani pula berjaya menamatkan pengajian dan mula bekerja di sebuah butik milik Dato Rohani. Anak Dato Rohani yang bernama Rafiq mula tertarik hati pada Imani dan beberapa kali melamarnya tetapi Imani kerap menolak dan memberi alasan dia belum bersedia.
Biarpun hatinya terpikat pada kebaikan dan kekacakkan Rafiq namun Imani masih menyedari bahawa dirinya masih bergelar isteri kepada Alif.
Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Adakah Imani akan terpaksa mengorbankan rasa cintanya kepada Rafiq kerana sebuah kisah silam yang perit? Atau Alif akan kembali untuk memohon sebuah keampunan?
Esok last..kene tengok ni..siapa Imani pilih erk.. kalau nad pilih Rafiq..sebab Alif dah berlaku jahat pada Imani..hihuhu..pastu  dah dapat tau perkara sebenar baru nak berbaik..huh..jom tengok esok sama-sama

DRAMA CINTA HATI ABAH DI TV3

in , , by Nadia Johari, 01:36:00
hai assalammualaikum


Drama Cinta Hati Abah Di TV3 - Drama slot akasia yang selalu ditayangkan di TV3 setiap hari selasa-khamis jam 10 malam. Sebelum ni cerita Aku Pilih Kamu, cerita tu pun dah habis semalam. Harini cerita baru pulak, Cinta Hati Abah.

Sinopsis
Kisah seorang bapa iaitu Pak Salleh lakonan Esma Danial menjaga tiga orang anak perempuannya iaitu Intan ( Zara Zya), Baizura ( Nonny Nadirah) dan Zaharah ( Nor Zara Sophia) setelah kematian isteri. Pak Salleh terlalu menyayangi anaknya dan sentiasa bertanggungjawab mencari rezeki untuk anaknya. 

Bagaimanakah Pak Salleh membesarkan ketiga-tiga anaknya???..saksikan setiap hari selasa-khamis jam 10 malam.
.

DRAMA CINTA HATI ABAH

Tajuk Drama : Cinta Hati Abah
Pelakon : ZaraZya , Nonny AF , Ben Amir, Afiq Muiz , Nor Zara Sophia Esma Danial .
Waktu Siaran : 10 malam , TV3 .

WATAK PELAKON

Zara Zya sebagai Intan
Nonny Nadirah sebagai Baizura
Nor Zara Sophia sebagai Zaharah 
Esma Dainal sebagai Pak Salleh
Laila Nasir sebagai Cik gayah
Ben Amir sebagai Fikri 

hai assalammualaikum

Baju Menyusu / Nursing Wear Milkwithlove - Sebagai ibu yang meyusukan anak, perkara paling rumit ialah apabila menyusukan anak di tempat terbuka/ awam atau " breastfeeding in public". Bila nak keluar je, mula risau, macam mana kalau baby fariza nangis?? Dekat mana nak susukan dia?? Pakaian apa yang sesuai untuk memudahkan penyusuan?? Dan setiap kali nak keluar, mestilah nak cantik macam che ta tu..hahaha..ni dah pakai baju cantik-cantik, dah kene selak sana sini. Aurat lagi boleh nampak. Kalau sebelum ni, ada nursing cover, tapi rasa beban pulak kan, sebab kene pakai lagi, kena bawak kehulur kehilir..haishh..

Ibu menyusu juga nak tampil menawan, stylo dan cantik ketika menyusukan anak. Sebab tu perlu ada baju yang sesuai untuk ibu menyusu ni. Tanggungjawab seorang ibu untuk menyusukan anak, tidak membataskan seorang muslimah untuk tampil bergaya, yang penting menutup aurat dan mengikut syariah.


Memang banyak sekarang baju ibu menyusu ni, tapi nad berkenan dengan baju nursing daripada Milkwithlove ni. Milkwithlove ni menjual baju-baju nursing secara online. Apa yang menarik dengan baju nursing di Milkwithlove ni ia lain dari yang lain. Apa lainnya?? Koleksi baju di sini nampak lebih stail, elegan dan warna yang menarik apabila dipandang. Sesuaila dengan taglinenya "stylish nursing wear expert ".




Nad tertarik dengan cardigan nursing ni. Kalau sebelum ni, cardigan sebagai baju biasa, kini cardigan boleh dibuat nursing cover. Hebat tak!!!.. dahla cantik-cantik semua nursing ni. Ada yang biasa dan ada yang bercorak. Dengan cardigan ni, kita boleh cover ketika hendak menyusukan anak. Cardigan ni nampak sesuai dipadan kan dengan apa sahaja. Mommy nampak anggun dan stail la bila pakai cardigan ni. Cardigan nursing cover  ni sangat fashionable dan praktikal sebab boleh dipakai ketika tidak menyusukan anak.


Cardigan nursing material cotton stretchable yang lembut dan sejuk. Butang boleh laras, mudah untuk disemadkan di bahu ketika menyusu dengan sebelah tangan. Nak bagitaula yang CARDILATCH BY MILKWITHLOVE MERUPAKAN BEST NURSING WEAR AWARD 2015 by Reader's Choice Award 2015..woww!!!

Cardigan Menyusu 




Selain cardigan, terdapat juga rekaan lain yang pasti menambat hati ibu-ibu di luar sana dan penggemar pakaian muslimah. Milkwithlove ada pelbagai jenis pilihan baju menyusu ni, antaranya blouse, dress jubah dan kaftan. Semua koleksi nampak simple dan menarik beserta warna-warna yang sangat lembut.


Rekaan Milkwithlove tidak menggunakan zip, hanya perlu selak sahaja.Pakaian yang jenis selak ni memudahkan ibu dan anak. Koleksi Milkwithlove mementingkan keselesaan ibu dan bayi. Rekaan yang menutup aurat, labuh dan tidak melekat. Pemilihan material kain seperti cotton, soft cotton, lycra, semuanya sesuai untuk ibu menyusu dan keselesaan pada anak. Blouse, dress dan cardigan menyusu boleh dipadankan dengan palazo,skirt atau jeans.

Blouse dan dress menyusu 
http://www.milkwithlove.com.my/product-category/nursing-tops/



Jubah nursing ni memang cantik. Korang boleh guna dua belah depan dan belakang dengan warna yang berbeza. Baju Atiya Dual Way Nursing ni tidak melekap dan kembang. Material moss crepe yang jatuh terletak dan kainnya yang sejuk. Boleh dipakai ketika hamil, penyusuan dan tidak menyusu. Bukaan menyusu selak bersama pelapik dikedua-dua belah untuk memelihara aurat ketika menyusu. Tidak perlu bazir masa menggosok
http://www.milkwithlove.com.my/product/atiya-3-0-4/


Menariknya lagi, rekaan Milkwithlove ni ada baju nursing waktu malam..hehhe..ala macam baju kelawar la. Jadi, kalau korang nak balik umah mak mertua ke atau dekat rumah waktu malam senangla lan. Tak perlu angkat baju tu. Tidur pun aman..hehhee..cute je kan.

Rekaan milkwithlove bukan sahaja cantik dan mesra penyusuan, malah boleh digayakan ketika waktu santai.Banyak lagi koleksi Milkwithlove ni. Jom pilih mana yang berkenan. Nak tau lebih lanjut boleh layari:
Berikut adalah maklumat yang diberikan:
Ig: milkwithlove_nursingwear

TAWARAN PTPTN UNTUK PENUKARAN UJRAH

in , , by Nadia Johari, 20:19:00
Hai assalammualaikum



Tawaran PTPTN Untuk Penukaran Ujrah - Dua minggu lepas, member kolej whatsup bagitau pasal tawaran PTPTN ni, harini baru nak cerita dekat blog. Almaklumla, sibuk dengan anak sampai lupa nak update benda penting. Kat group whatsup kawan kolej, sibuk dah bercerita sampai harini, sebab ada member belum tukar ujrah. Tarikh tutup penawaran ni pulak besok..huhhu..Nak kata berita baik, tak taula baik ke tak..hahaha..sebab PTPTN buat tawaran siapa yang nak tukar ujrah bayar RM300 sahaj untuk tunggakan dan dapat tukar ke ujrah.

Nad dah lama buat ujrah. Entry ade dekat SINI. buat ujrah pun bukan susah..pergi kaunter PTPTN dekat UTC semua ada situ. Cuma ramai tak ramaila. Tak taula ujrah ni bagus ke tidak..sebab bila ditengok balik interest dari 3% menjadi 1%. Tapi kata 1% lagi lama bayar..entohla..nak pahamkan konsep PTPTN ni memang susah..yang penting kau bayar..kalau diaorang menipu tu antara dia dengan Allah. Kita nak bising pun dah malas, sebab kita dah pinjam.


Berbalik kepada tawaran PTPTN, Tawaran menarik untuk peminjam-peminjam PTPTN. Bagi tempoh 14 Januari 2016 hingga 20 Januari 2016, peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan dibenarkan untuk membuat bayaran pendahuluan serendah RM300 ATAU 3 bulan ansuran bulanan yang baharu, mana yang lebih rendah bagi membolehkan permohonan penstrukturan semula pembiayaan dan/atau pertukaran Ujrah diproses.

Polisi sedia ada memerlukan peminjam membuat pembayaran pendahuluan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan. Oleh itu, SEGERA berunding dengan PTPTN untuk menikmati tawaran yang terhad ini.

Semalam dengan harini member kolej buat tawaran ni san bertukar kepada ujrah. Yang penting lepas ni bayor..


Jadi sesiapa yang nak buat ujrah, taknak.disenaraihitamkan, bolehla cepat-cepat ke kaunter PTPTN, untuk grab tawaran ni. Sebab esok 20 januari dah last. Boleh rujuk laman web PTPTN ni. http://www.ptptn.gov.my/web/guest/penawaran-pertukaran-ujrah

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2