RESIPI MUDAH AYAM MASAK SOS TIRAM

in , by Nadia Johari, 15:07:00
hai assalammualaikum

Resipi Mudah Ayam Masak Sos Tiram - Sejak dah ada anak ni, nak masak semua kene cepat. Kalau lambat, anak bangun..dah satu hal..kene layan anak dulu..masak lambat..kalau masak lambat, nad lapar pulak..yela susukan baby fariza. Mau tak menggigil. Lagi satu kalau tak makan, mana nak datangnya susu. Jadi setiap hari nad akan masak benda mudah, ringkas dan cepat..hehehe..


Harini nad masak ayam masak sos tiram. Bahan-bahannya mudah sangat.
1) Ayam semestinya..macam nad 3 ketul cukup..
2) Bawang merah
3) Bawang putih
4) Halia
5) Sos tiram
6) Sos kicap kipas udang warna merah
7) Cili merah
8) Garam


Cara memasaknya
1) Tumis bawang merah, bawang putih dan haliaa sehingga naik bau.
2) Dah bau sedap, masukkan sos tiram dan sos kicap.
3) Dah tu masukkan garam dan penambah perisa secukup rasa.
4) Masukkan ayam..gaul-gaul kan
5) Masukkan air sedikit
6) Sesudah air kurang, masukkan cili merah. Adela warna sikit..hehe..
7) Dah rasa kuah pekat..cukup semua, apa lagi angkat dan hidang..hehe..

Nyum-nyum..selamat menjamu selera.

ANAK IRAS DADDY!!! MOMMY REDHA..

in , by Nadia Johari, 20:38:00
hai assalammualaikum

Anak Iras Daddy!! - Nak hasilkan anak, memang mudah,  tapi nak bagi melekat tu, bukan senang, walaupun kita tau sperma lelaki ni ada banyak, tapi nak masuk ke tempat yang dituju perlu banyak rintangan..  Kalau yang ok, cepatla dapat anak, ada tu sampai bertahun. Takpe, yang penting kita usaha. Jangan putus asa. Eh asal nad cerita macam ni,..huish2..ni bukan pasal seks ok..hahaha..ni pasal bila anak dah lahir, tapi iras bapak..sedih dak mak-mak ni..

Sebelum tu nak cerita dulula bagaimana baby terjadi?? Ia terjadi ketika sel sperma yang masuk ke dalam rahim seorang perempuan ke sel telur yang telah matang. Air mani yang nirmal akan mengandungi 100 juta hingga 120 juta buah sel sperma. Dalam banyak-banyak ni, hanya satu sperma akan berjaya.


Betul tak nad cakap, bukan mudah nak hasilkan anak. Semuanya kene usaha. Part lelaki dah berusaha,( sperma). Bila dah tersangkut, part perempuan pulak ok. Bila dah melekat semestinya akan terhasil zigot dan masa tu dapat berita gembira dan mengandung memang seronok. Lepas tu giliran perempuan pulak yang menanggung semua. Oiii..

hai assalammualaikum

Periuk Nasi Pelbagai Fungi Philips - Alkisahnya sebelum nad balik kampung nak berpantang dekat sana, periuk nasi yang dah sedia ada dah pun rosak. Memandangkan nad takde berbulan-bulan dekat rumah kuala lumpur ni, jadi cadang takyah beli lagi, sebab husband confirm akan makan dekat luar..hahhaa. Memandangkan nad dah balik kuala lumpur, jadi tugas isteri kene dibuat..masak wajib supaya berjimat tak makan dekat luar..hehe.


Periuk nasi ni hasil pemberian hadiah masa kawin aritu. Orang dah bagi mestilah kita guna kan, daripada beli..jimat. Tapi akhirnya dia dah jahanam, jadi kenela beli baru. Masak nasi guna gas asyik hangus je. Jadi memerlukan periuk nasi baru untuk memudahkan kerja.

Haritu kitaorang pun pergi la jalan-jalan dekat Tesco sebab nak cari periuk nasi ni. Jalan dekat bahagian perkakas periuk nasi. Tengok punya tengok, ternampak satu periuk nasi comel je, warna pink ok..hahhaa..dan banyak button ko. Kalau selalu kita tengok satu button, ni berbutton-button. Periuk nasi pelbagai fungsi daripada Philips ni. Mr mafia cakap pun comel dan designnya unik. Takdela tengok bulat je kan. Bentuk lonjong. Jadi bila letak satu tempat nampak kemas. Tapi masa tu kitaorang tengok dulu, sebab nak tengok pulak dekat kedai perkakas elektrik.


Jadi pergila survey dekat kedai elektrik. Masa dalam kereta nad baru teringat, periuk nasi tu macam dekat mastechef punya..hahhaa..Sampai kedai perkakas elektrik, husband je keluar sebab hujan masa tu, kang si baby fariza demam pulak kalau kene hujan. Jadi nad dalam kereta je. Lepas tu dia balik masuk dalam kereta dan tunjukkan periuk nasi banyak button tu ade dekat sini, lagi ada design lain. Arghh sudah..penin pulak nak pilih. Tapi nad cakapbyang button sikit tu lebih ssesuai, takdela penin. Kalau banyak sangat button, siap kene tekan masa, kan dah penin..hahha..nak baca manual pun dah satu hal.


Jadi mr mafia beli periuk nasi pelbagai fungsi yang ni drngan harga RM299.. Hah ok sikit. Besar pun besar, boleh masak untuk ramai orang. Balik je terus masak nasi dengan periuk ni..hahaha..tak sabar kau..


Beli periuk nasi ni dapat bekas steam, penyeduk nasi dan sup dan bekas beras.



Macam biasalah, nak masak nasi mesti kene amik beras, basuh beras kan. Sukatan tak perlu risau, dah ada dekat periuk nasi ni. Kalau masa satu pot air mesti nak dua pot kan. Hah senang kan.


Kalau sebelum ni, nak masak nasi kene tekan bawah kan. Kalau tak tekan, alamatnya tak masakla nasi tu. Macam nad la kadang terlupa..huh..Tapi dengan Periuk nasi Philips ni,senang je. Button semua dekat depan mata. Just tekan je mana korang nak. Kalau nak masak nasi, terus tekan Standard cook, lepas masak dia akan bunyi "BIP" 4 kali. Lepas tu dia akan keep warm sendiri. Tak perlu kau nak panaskan lagi..senang kan..

Kalau nak panaskan, tekan je reheat. Nak masak cepat, tekan quick cook. Periuk ni bukan sahaja masak nasi, tapi bileh masak sup, bubur dan cake..Kek pun boleh kau..fuh..canggih sekarang ni. Macam-macam button.

Memang mudah kerja. Masak nasi lebih sedap dengan Periuk Nasi Philips ni. Ececeh..hehee..ok jom masak..


DUIT BOLEH BERANAK KE ??

in , , by Nadia Johari, 20:26:00
hai assalammualaikum


Duit Boleh Beranak Ke?? - Anak buah nad si nasrul,  balik sekolah terus cakap dengan anak buah nad lagi sorang si mamat " mamat duit boleh beranak ke??".. mamat pun cakap " mana boleh".. terus si nasrul cakap dengan abangnya " hah!! Tak boleh"..

Nad yang tengah buai fariza, dengar perbualan diaorang terus nyampuk " duit boleh beranak la".. mungkin diaorang tak paham apa maksud " duit boleh beranak ".. dulu nad pun macam tu..dok pikir macam mana tu..beranak macam manusia ke..??.. haha

Itu istilah orang tua bagi..sebenarnya " duit boleh beranak tu duit bertambah "..kalau simpan dalam bank, nanti bertambahla kalau tak dikeluarkan..zaman sekarang kene menyimpan..dengan harga barang naik, semua naik dah..tengok ekonomi pun macam dah tak stabil..jadi menyimpanla..

Ajar anak menyimpan dari kecik. Macam anak buah ni, duit belanja sekolah mana ada lebih terus masuk tabung. Kalau lah dulu nad jenis menyimpan, mesti sekarang dah banyak duit..huhuhu..macam orang tua kita la..ada je duit diaorang kan. Bukan beratus mesti dah beribu-riban. Sebab sikap diaorang yang suka menyimpan dan tak boros. Kita ni, asal ada je duit, nak beli itu ini. Macam mana duit nak beranak. Duit mandul adela..hahahha. 


Kita ingat zaman 20xx kereta, moto boleh terbang, tapi duit yang terbang..hahah..Jadi tanamkan diri untuk menyimpan duit dan berjimat cermat. 
hai assalammualaikum

USB Power 4 Port - " Abang, dah habis cas tepon belum".. " Abang, sayang buka tepon abang nindulu erk, sayang nak cas tepon sayang pulak".. macam ni la rutin bila ada telefon. Zan teknologi, telefon makin canggih. Sorang pulak lebih satu handphone..yela satu untuk personal, satu untuk kerja. Macam tu la kan. Sudahnya, nak cas telefon berebut..hahaha..


Sekarang tak perlu berebut dah..Mr mafia ada beli satu ni khas untuk cas telefon. Satu plug ada 4 cas..hah hamik kau.!!.. senang kan..Ni la dia USB Power 4 Pots..nampak tak..ada 4 tempat cas..


Kat situ dia tulis ade untuk ipad, iphone, galaxy dan standard. Tapi sebenarnya dia sesuai untuk semua jenis handphone. Tengok semua tempatnya sama kan. Jadi kalau korang ada 4 handphone..hah gunala kesemuanya..takde siapa boleh kacau.


USB Power 4 Pots ni mempunyai 4200ma output. Nak cerita panjang-panjang pasal ni nad tak reti..hahaha..yang reti tau guna je. Dan memudahkan kita untuk cas tanpa perlu berebut.. lagi satu tak payah bawak plug banyak-banyak kan..hehe..

Ni mr mafia beli dengan kawannya, harga maybe dalam RM65 kot. Beli dekat pertama complex.
hai assalammualaikum


Maharaja Lawak Mega 2016 - Malam ni, start dah rancangan Maharaja Lawak Mega 2016 yang terbaru. Banyak yang terbaru malam ni. Gabungan pelawak daripada kumpulan yang berbeza dalam sebuah kumpulan baharu membawa kelainan. Ada yang nad kenal dan ada yang nad tak kenal pelawak ni. Terbaiknya ada ezad penyanyi tu masuk sekali..hahaha..dan dua orang solo yang nad jarang nampak di kaca televisyen..ermm..nak tau best ke idok MLM 2016 kali ni, kenala layan.

MLM 2016 menampilkam 15 peserta dan bakal bersiaran selama 14 minggu pada setiap hari Jumaat pukul 10 malam. Disiarkan di saluran Astro warna  132 dan Mustika HD 134.


Senarai peserta:
1) LOL (Tauke / Angah / Ajak Shiro)
2) JORAS (Joey / Syuk / Rahim)
3) ENJEN ( Raja Azri / Yus (Skool Of Lawak)/ Acong Sweetchild)
4) BOCEY (Achey / Fad / Abam)
5) SHAKE (Amir / Bell Ngasri / Mie)
6) SAYWHO (Vicha / Bocil Bancin / Agus)
7) BORA (Isa / Yan / Mamat)
8) PUTEH (Mamak / Ali)
9) CHILOK (Chiwan / Achok / Kamal)
10) XOLA (One / Chot / Wan Wala)
11) AWOK ( Filzah / Ain / Ayie)
12) CHAM (Azrul / Along)
14) BOS (Ajo Mamu / Abu Mamu / Ezad Lazim)

13) REZA MUKMIN (Peserta Solo)
15) KAVIN JAY (Peserta Solo)



Para juri pun dah baru..semuanya best-best jugakla..Semuanya cantik dan hensem..hehhe..lagi-lagi sorang tu yang ditaja 25 juta perkahwinannya..Juri yang mengadili MLM 2016 kali ni ialah Ziana Zain, Bunga Cinta Lestari, Najeeb Ali dan Shaheizy Sam. 

Ni pertama kali diaorang semua jadi juri, lagi-lagi sam. Tugas sebagai pengkritik bukan mudah ooo. Untuk minggu pertama semua buat yang terbaik

Tagline untuk bagi markah pun dah lain..takde bintang-bintang dah..sekarang guna HaHaHaHah...


Hah jomla tonton sama-sama ye..
hai assalammualaikum


Coklat Delicia Gardenia - Sedapp!!!.. serius sedap!!.. sampai jilat ibu jari..hahhaa..takkan tinggalkan sikit pun..kalau dah namanya coklat, memang sukala..bukan budak sahaja..mak budak pun suka. Nak kenalkan satu produk daripada gardenia iaitu Delicia Milky Chocolate Spread.


Nad tau pasal coklat ni masa datang rumah kakak. Dia selalu beli jem untuk sapu roti. Pastu nad pulak jenis suka makan dekat rumah dia kalau lapar datang..hahha..mulala geledah kat dapur apa yang ada. Pastu dia keluarkan jem coklat Delicia tu. Nad pun sapula dekat roti..sedapp sangat.

Dia cakap coklat jem ni susah nak dapat..sebab coklat kan..sedap pulak tu..mesti cepat habis. Dahla masa tu nad mengandung..ngidam lagi coklat ni. Tapi nasib baik ada jual dekat NSK. Apa lagi beli la..

Dah beli kene simpan..hahah..kalau tak budak-budak pergi habiskan..kang yang membelinya dapat makan sikit. Bila makan coklat ni dengan roti, memang tak puas makan satu je..mesti nak lagi..dan lagi..dan lagi..kalau boleh habis roti tu untuk sehari..hahah..dahla guna roti gardenia..jem coklat pun daripada gardenia..urmm nyum..nyum..



Tengokla budak ni..sapu roti sampai tak hingat..kalau diaorang yang sapu sendiri memang banyak la bubuh..habis jem coklat tu. Sebab tu nad kalau beli terus simpan tempat yang sukar dijumpai..hahhaa..ni sebab dah nak habis..bagi jela dia..hahaha..


Harga Coklat Delicia ni tak mahal. Nad beli RM6.80 tak silap..lupa pulak..dia ada dua jenis..satu coklat sahaja, satu lagi coklat dengan kacang. Yang coklat dengan kacang mahal sikit RM8 lebih..


Cubala,..mana tau boleh jadikan dia sebagai pengganti nutella yang mahal tu..eh ke sama harga..hahaha..


SELEPAS 3 BULAN BARU BALIK KUALA LUMPUR

in , by Nadia Johari, 23:46:00
hai assalammualaikum


Selepas 3 bulan - Apa yang selepas tiga bulan tu??.. sebenarnya ini la kali pertama fariza akan jejak rumah dekat kuala lumpur ni..hehehhe..Nad duduk rumah mak dekat klang dari raya haji lagi. Sebab masa tu dah dekat due date. Yela kita tak tau bila kita akan bersalin kan. Kan ada yang cepat dari tarikh due tu. Laki nad pulak kadang kerja luar. Jadi taknak jadi apa-apa, nak selamat, balikla rumah mak.

Mak dengan kakak semua cakap, " ko nak dekat sini sampai bila". Masa tu fikir dah bersalin bulan 10, pastu pantang bulan 11, alang-alang habiskan jela sampai bulan 12..tahun baru baru balik kuala lumpur..hahaha..yela masa berpantang tak tau anak meragam macam mana. Sakit apa, kenapa menangis??.. pertama kali kann...better duduk rumah nak lama sikit. Ada jugak orang tengokkan.

Bila dah masuk tahun baru, ingat nak balik 1.1.2016, tapi cousin pulak nak tunang. Sebab fikir kalau dah balik kuala lumpur, nak kene balik klang balik..dah bazir minyak dengan duit tol lagi. Jadi kita tinggal lagi dekat rumah atok nenek sampai cousin tunang. Cousin tunang pulak tunang 24.5.2016, jadi 25.1.2016 pulak cuti thaipusam yang jatuh pada hari ahad. 26.1.2016 pulak fariza ada appoitment klinik kene cucuk untuk 3 bulan dekat klinik kampung pandan. Jadi balik 25.1.2016 ke kuala lumpur.

Ok bye-bye meru klang..welcome kuala lumpur. Dalam kereta lagi fariza dah senyap je..behave je..siap tidur sebab kene aircond. Bila dah sanpai rumah, kereta berhenti, dia pun bangun. Tadaaa..your home fariza..letak je dekat tilam terus senyum..ngoceh..eheh..suka ke dekat sini. Amboii..nak jadi orang kl ke..satu masalah dekat sini, cuacanya..tersangatla bahangnya..berbeza dengan kampung yang sejuk tu. 


Dekat sini, daddy la layan ye. Alhamdulillah..dah 3 bulan, dia dah besar..ok la jaga tanpa orang tua..huhuhu..tapi bila dekat kuala lumpur, mommyla bertambah kerja. I am supermom and superwife..huhuhu..fariza dah tido..nasib baik bunyi motor rempit pun dia tak terjaga..
hai assalammualaikum


Anugerah Juara Lagu - Kalau dulu waktu kecik, nad la paling tak menyabar nak tengok anugerah juara lagu. Bukan nad saja rasanya, mak, ayah, abang, kakak dan adik pun tak sabar bila Anugerah Juara Lagu akhir nak bermula di kaca tv. Lagi-lagi masa ada Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris. Sebab apa??

Sebab persembahan Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris akan memukau semua penonton. Diaorang akan bawak seramai mana boleh orang untuk menang dalam kategori persembahan. Lagi-lagi Noraniza Idris, ada sahaja alat yang dia akan buat. Nad masih ingat masa dia buat berapi dekat mulut tu. Sanggu dia telan minyak semata nak buat persembahan yang terbaik. Lepas tu mula la kitaorang berlawan siapa yang menang kategori persembahan, antara Siti atau Noraniza Idris..hehehe..yela dulu ada kategori irama muzik, sekarang takde.

Sekarang muzik-muzik pun jarang tengok, apatah lagi anugerah muzik-muzik separuh akhir..hahaha..kita tengok yang last jela. Artis sekarang buat persembahan simple je, tak banyak prop. Semalam Anugerah Juara lagu yang ke 30 akhir..wah dah yang ke 30 kau..lama tuu..makin lama makin banyak yang tak menarik..maybe dah takde idea kot..ingatkan makin gempak..huhuhu..

Permulaan dimulakan dengan nyanyian Dato Jamal Abdillah, Yassin dan Dato Siti Nurhaliza. Antara pemenang Juara Lagu dahulu. Mula-mula je dah spoil dengan bongkah kayu tu. Dahla besar gedabak..huhu..Tapi nasib suara mereka bertiga masih sedap..

SENARAI 12 LAGU DI AJL 30Judul Lagu Penyanyi / Kumpulan


1. Sampai Mati (Hazama)
2. Potret (Akim & The Majistret)
3. Assalamualaikum (Faizal Tahir) 
4. Biarkanlah (Drama Band)
5. Hanya Namamu (Caliph Buskers) 
6. Knock Knock (Elizabeth Tan)
7. Malam Ini Kita Punya (Bunkface) 
8. Angin Kencang (Noh Salleh )
9. Bukan Hal Aku (Kaka Azraff dan Aliff) 
10. Mana Mungkin (Black) 
11. Not For Sale (Stacy )
12. Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah)

Kalau dulu, tengok Anugerah Juara Lagu sampai tak berkedip..sekarang tengok tak tengok jele..bukan sebab lagu, tapi persembahan. Lagu yang dipertandingkan semua sedap. Cuma lagu ," knock-knock" dengan " Ini Bukan Hal Aku " nad kurang minat.



Kedudukan Dan Kategori Pemenang Hadiah 
1) Juara - AJL 30 Akim & The Majistret (Potret)  RM50,000 beserta trofi. Memang sedap lagu ni..alhamdulillah menang jugak..

2) Naib Juara - Faizal Tahir (Assalamualaikum) mendapat RM35,000 beserta trofi

3) Tempat Ketiga - Caliph Buskers (Hanya Namamu)- RM20,000 beserta trofi

4) Vokal terbaik - Dayang Nurfaizah (Tak Pernah Menyerah) - RM12,000 

5) Persembahan Terbaik Akim & The Majistret (Potret) - RM12,000


Oh ada lagi Dato Siti Nurhaliza telah terpilih sebagai Anugerah Qu Puteh Diva. Anugerah Qu Puteh Diva adalah sebuah anugerah yang diperkenalkan pada AJL30 bagi menghargai dan meraikan juara-juara AJL sepanjang 30 tahun ia diadakan Pemilihan pemenang adalah berdasarkan undian tertinggi oleh peminat dan undian tersebut dibuka menerusi laman web rasmi Anugerah Juara Lagu ke-30.

Ok itu sahaja, diharap AJL tahun hadapan lebih meriah. 

BABAT ATAU PERUT LEMBU SANTAPAN TENGAHARI

in , by Nadia Johari, 12:43:00
hai assalammualaikum

Perut Lembu Santapan Tengahari - Anak dah masuk 3 buLan..mula la nak cuba makan macam-macam..tapi sebelum tu kene tanya "mem besar" my mom la...hahaha. Kalau dia kata boleh, tersenyum lebar la..Lagi-lagi kalau feveret makanan tu..


Siapa suka makan perut lembu atau babat dalam bahasa jawa..hahaha..angkat tangann!!!.. Mula dulu masa kecik nad tak suka..geli..sebab lembik-lembik..pastu macam ade bulu-bulu..haahan.geli nok nak makan..tapi mak suruh cuba sebab tengok abang dengan kakak makan, sedap betul. Pertama kali cuba, makan sikit-sikit dulu..macam nak muntah..hahha..pastu mak masak lagi..cuba, lama-lama sedap pulak. Dan sekarang jadi salah satu menu feveret.

Perut lembu sedap dimasak tumis pedas. Memang banyak la nad amik..tapi tengah susukan fariza ni, mak kata amik sikit..sikit jela..asalkan masuk dalam perut..dapat merasa. Nikmatnua bila dapat makan..Kenyang alhamdillah..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2