hai assalammualaikum
Memiliki Wajah Berseri Dengan Produk Oles - Setiap orang ada masalah kulit muka tidak kira berjeragat, berjerawat,kulit berminyak dan macam-macam lagi. Macam nad jugak, nad bukannya memiliki kulit wajah yang licin dan glowing. Tapi dihati nak memiliki wajah yang cerah sempurna dan nampak berseri macam orang lain. Dalam hati nak jadi model tapi dengan muka macam nak pecah ni, siapa yang nak terima kan..hehehe..(berangan sangat ko ni nad).
Tiba-tiba ada seorang whatsuup nad perkenalkan produk oles ni. Mana dia dapat nombor pun tak tau. Bila nad selidik pasal produk, macam best je..banyak feedback yang bagus dengan produk ni. Nad mula tertarik dan nak cuba produk ni. Macam nad masalah jerawat dan kulit berminyak, tapi masalahnya produk untuk jenis kulit nad belum sampai lagi, yang hanya untuk kulit normal. Ok nad cuba suruh akak nad pakai. Jadi kakak nad jadi testimoni..hehhee..nak tau macam mana hasilnya??.. hah baca sampai bawah..hehehe
Meh nad kenalkan produk OLES. Ok, nad tau ramai tak kenal lagi pasal produk ni, macam tu jugak nad, tapi tak salah mencuba kan. Produk Oles ni merupakan produk kecantikan yang sesuai untuk semua golongan yang mengalami masalah kulit. Dengan taglinenya " dengan sekali oles ternyata perubahannya".. Oles skincare adalah produk kecantikan premium hasil dari formulasi diantara Radius Beauty Sdn Bhd dengan kerjasama sebuah Makmal R&D bertaraf antarabangsa yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
OLĕS diperbuat sepenuhnya di Malaysia hasil dari penyelidikan dan pembangunan yang berterusan dan kajian makmal terhadap bahan kandungan yang bermutu tinggi dan berkualiti premium.
Terdapat dua set produk OLěS mengikut kesesuaian kulit. SET MERAH adalah untuk kulit jenis Normal/ Kering/ Jeragat. Manakala SET OREN pula adalah untuk kulit jenis Berminyak/ Jerawat/ Sensitif.
P/S: Pengguna dinasihatkan untuk mengetahui kategori kulit wajah masing-masing yang manakah yang sesuai untuk digunakan. Sama ada Set Merah atau Set Oren. Ini penting bagi mendapatkan kesan optimum pemakaian produk OLĕS skincare.
Didalam Set OLĕS terdapat 5 produk yang saling berkait antara satu sama lain sebagai satu set lengkap pemakaian OLĕS skincare;
i) GeL Pembersih Wajah (Merah & Oren)
ii) Toner Pelembab Wajah (Merah & Oren)
iii) Serum Vitamin E (Merah & Oren)
iv Krim UV Pelembab Siang (Merah & Oren)v) Krim Pelembab Malam (Merah & Oren)
Produk kecantikan OLĕS ini diperkaya dengan pelbagai ekstrak dan enzim botani semulajadi seperti Ekstrak Xantone, Ekstrak Licorice, Ekstrak Peel, Ekstrak Papain, Ekstrak Cendawan, Ekstrak Alovera, Arbutin, Collagen, Glycerin, Aloe Barbadensis Leaf Juice dan sebagainya yang berkualiti tinggi bagi memulihara, menyinar, menganjal dan meremajakan kulit wajah tanpa kerengsaan dan tanpa sebarang kesan sampingan.
Kelebihan OLêS skincare
✔ Menghilangkan & menghapuskan jerawat pada wajah.
✔ Menghilangkan bekas-bekas jerawat lama pada wajah.
✔ Menyamarkan dan menghilangkan jeragat pada wajah.
✔ Mencerahkan kulit wajah dan kelihatan berseri.
✔ Menghaluskan dan mencerahkan kulit wajah.
✔ Meratakan tona kulit wajah.
✔ Meremajakan kulit wajah.
✔ Menegangkan kulit wajah sehingga kelihatan lebih muda.
✔ Memperbaiki struktur kulit wajah.
✔ Menjadikan kulit wajah lebih halus dan mulus.
✔ Menghilangkan bintik- bintik hitam pada wajah.
✔ Mengecilkan pori-pori wajah.
✔ Mengembalikan seri wajah yang kusam.
✔ Menghilangkan parut degil dan lama pada wajah.
✔ Baiki kulit yang rosak akibat tersalah pakai produk.
✔ Meningkatkan keyakinan diri.5 item yang ada pada Oles
Pembersih wajah OlèS adalah berbentuk Gel iaitu tidak berbentuk sabun berbuku sepertimana kebanyakan pencuci jenama lain. Pembersih wajah OlèS adalah setanding dengan pembersih wajah jenama antarabangsa. Membersih ke wajah dengan begitu selesa dan lembut. Tiada kerengsaan, tidak menegangkan kulit wajah, tidak menglupaskan kulit. Sebaik sahaja mencuci wajah dengan Pembersih Wajah OlèS, akan dapat dirasai kelembutan pada wajah.
Toner pelembab OlèS pula amat selesa diguna tidak mengeringkan wajah, tidak menegangkan kulit, tidak melekit, ianya menyeimbangkan ph kulit wajah. Lembut pada wajah tanpa sebarang penglupasan. Ianya standing dengan toner jenama antarabangsa yang dijual digedung-gedung membeli belah mewah.
Serum Vitamin E OlèS pula mempunyai anti-aging yang akan melambatkan proses penuaan kulit wajah. Ianya berupaya mengurangkan kedutan pada wajah. Membuatkan wajah kembali berseri, bercahaya dan sihat.
Krim siang OlèS diperkaya dengan spf35 bagi melindungi wajah dari sinaran UV dan radikal bebas yang berbahaya. Ianya melembut dan melembabkan wajah tanpa sebarang kerengsaan. Krim ini juga berupaya membuatkan pemakaian bedak menjadi sekata dan tahan lama pada wajah. Tidak membuatkan wajah kelihatan berminyak dan bercapuk walau seharian menggunakannya.
Manakala Krim Pelembab Malam OlèS pula berupaya untuk mencerahkan wajah, melembutkan wajah, membuat wajah kembali bersinar, berseri, tidak berminyak dan menganjalkan kulit wajah tanpa sebarang kerengsaan.
Inilah hasilnya selepas seminggu kakak nad pakai untuk produk Oles untuk kulit normal.
Kakak nad alami muka kusam, mata panda sebab dah jadi mama kepada 4 orang anak. Nak kene jaga semua bukan senang oo..hehhe..jadi nad bagi dia cuba produk Oles ni. Nah tengoklah perubahannya..berseri, glowing gitu. Dah macam anak dara..hehhe..Ada orang cakap Oles setanding SK11.. wah..mmemang bestla kan.
Kenapa OLêS skincare diyakini oleh ramai pengguna produk kecantikan?
- Bukan Produk OEM.
- Bukan Produk Repackaging.
- Bukan Produk Rebranding.
- 100% Bebas Hydroquinone.
- 100% Bebas Mercury.
- 100% Bebas Tretinoin.
- 100% Bebas Paraben.
- 100% Bebas SLS.
- 100% Bebas lain-lain bahan berbahaya yang dilarang dalam kosmetik.
OLêS skincare mesti dimiliki oleh setiap WANITA mahupun LELAKI kerana:-
✔ Diktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
✔ Selamat, Halal & Suci.
✔ Gunakan tanpa syak wasangka.
✔ Menjalani proses R&D di makmal bertaraf Antarabangsa.
✔ Diformulasi dari ekstrak dan enzim botani semulajadi berkualiti tinggi.
✔ Dihasilkan sepenuhnya di Malaysia.
✔ Bahan mentah dari sumber yang Halal.
✔ Menggunakan Premium Ingredient.
✔ Dijamin 100% bebas bahan-bahan berbahaya.
✔ Tidak mengelupaskan kulit wajah.
✔ Tidak memedihkan kulit wajah.
✔ Tidak memeritkan kulit wajah.
✔ Tidak menipiskan kulit wajah.
Untuk info lanjut boleh berhubung dengan talian Hotline OLĕS :-
+60102968289
01123163250
Review testimoni OLêS skincare di instagram: oles_official
hai assalammualaikum
Resipi Mudah Ayam Masak Lemak Kuning - Hah meh nak ajar atam masak lemak kuning. Selalu dengar ayam masak lemak cili api kan. Hah!! Ni lain sikit. Memandangkan nad tengah menyusukan anak, nak makan pedas-pedas takut pulak effect kat anak. Kang terberak-berak budak faruza tu kang. Jadi makanla yang tak pedas-pedas. Takkam asyik main goreng-goreng je kan. Nak juga rasa lemak, kicap yang tak pedas. Hah!! Ni caranya..
Ayam nad masak tiga je, sebab untuk nad sorang smpai ke malam..hehhee..nak masak malam takut tak sempat jadi kita masak sekali harung.
Selalu masak lemak cili api cuma guna bawang merah, bawang putih, kunyit dan cili api kan. Hah nak buat ayam lemak kuning ni lain sikit. Kene guna ketumbar dan jintan putih
Bahan-bahannya:
1) Bawang merah 3 ketul
2) Bawang putih 2 ketul
3) Ketumbar
4) Jintan putih
5) Halia sedikit
6) Serai
7) Serbuk kunyit/kunyit hidup
8) Santan
9) Garam
10) Air
Cara-caranya:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, ketumbar, jintan putih dan serai. Halia dihiris ye.
- Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan halia yang dihiris sehingga baik bau.
- Masukkam ayam masak bersama bahan yang ditumis bagi bahan yang ditumis meresap dalam ayam.
- Masukkan santan dan serbuk kunyit
- Masukkan air sampai ayam tenggelam
- Masukkan garam secukup rasa
- Biarkan sampai kuah tinggal sikit dan ayam masak.
- Dah masak hidangla..hehe
Selamat mencuba.
hai assalammualaikum
Percutian Tanpa Dirancang Ke Sungai Congkak - Hah!! Memnag tak rancang pun ni semua dengan keluarga. Betul orang cakap, kalau kita tak rancang, semua mnejadi. Cuba rancang..mesti ade je tak kenanya. Hari ahad, keluarga nad datang rumah nad dekat kuala lumpur. Biasalah atok dengan nenek rindu dengan cucunya yang gendut ni..bukan setakat atok tapi sepupu sepapat fariza jugak rindu dengan dia..hahha.. cadang nak tido dekat rumah nad. Yela cuti tahun baru cina, jalan kuala lumpur la.
Lepas tu hari Isnin pikir, takkan nak duduk rumah je kaann.. dah datang kuala lumpur semata nak duduk rumah. Bosan weii!!. Jadi mr mafia cadang pergi mandi manda dekat sungai congkak. Cakap hari isnin tu jugak. Wah!! Excited sangat..hahaha..lama tak bermandi manda ni. Lagi lama tak pergi ke sungai congkak weii..
Dari kuala lumpur nak ke sungai congkak memang sekejap..setengah jam je weii.. nad pun baru tau..masa kawin takde nak bawak jalan mnadi-manda ni, geram pun ade..hahaha..dah ade anak baru nak bawak..Jadi bertolakla kitaorang jam 11 pagi tak silap. Agaknyala..tak tengok jam pun..hahaa..
Paham-paham jela kalau dah namanya tempat mandi, mestilah ramai orang. Lagi-lagi masa cuti ni, lagila ramai orang. Tapi kalau dah excited nak pergi, dah tak heran dah. Lagi la kalau dah nampak air, batu-batu tu.
Lama jugak dapat parking. Sekarang parking kene bayar der..adoii..Lepas tu terua masuk cari tempat sesuai nak bentang tikar. Dah dapat tempat, nad yang excited..hahaha..nad memang suka mandi manda ni. Terus masuk dalam air,celup-celup kaki. Sejuknyaaa!!!.. lama tak pergi sungai congkak ni.
Layan anak buah semua. Lebih excited nak bawak anak masuk dalam air, tapi nenek tak bagi. Kata kecik lagi. Takut sejuk. Nak mintak celup-celup kaki pun tak boleh. Adehh..tunggu jela fariza besar. Daddynya pun tak bagi..ermmm..mommy main sorang-sorang jele..cepatla besar..leh mandi sesama ye fariza..gembira bersama..hahaha..masa mengandung dah suka berenang, fariza pun ikut suka main air.. sebab bila nak mandikAn dia, dia mesti suka..hehe
Ok dah berseronok balikla..wah have sangat cuti ni..korang pulak buat ape.
hai assalammualaikum
Tahniah Shaheizy Sam Dan Shatilla Melvin - Uitt buzy bebenor ni..cuti sakan sangat ni..sampai terlupa pasal majlis hero kesayangan ni. Alhamdulillah, dah selamat Shaheizy Sam dan Shatilla dijabkabulkan. Jarang dengar gosip pasal diaorang, tup-tup kawin..Ada orang cakap shatilla tu sama muka macam nad..haha..ku terima..kihkih..kan kat dunia ni ada tujuh rupa, jadi salah satu rupa den adalah artis..huhu...Ada buat entry pasal tajaan perkahwinan mereka sebelum ni. Dan kelmarin masanya dah tiba.
Majlis pertunangan dan malam berinai.
Oo diaorang bertunang dulu dan esoknya bernikah. Senang kan gitu, takyah tunang lama-lama. Artis ni kan mmacam-macam kang tunang lama-lama takut putus pulak. Jadi buat sekali arung. Kelmarin pasangan ini dieaikan dalam satu majlis pertunangan yang meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sanak- saudara terdekat kedua-dua belah pihak.
Sangat cantik, sama padan, memakai baju dan seluar songket berwarna ingu cair, Syatilla nampak sungguh manis. Memang meriah. Dua-dua dah artis..
Majlis pernikahan
Semalam merupakan hari pernikahan mereka. Alhamdulillah dengan sekali lafaz je Sam dah jadi suami kepada Shatilla. Berdegup masa ni tau dak. Kalau lelaki ucap banyak kali ka..tersilap kata ka..hahaha..macam nad pulak neves. Sam menyerahkan mas kawin sebanyak RM10,082.
Pihak perempuan menerina tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki. Kedua-duanya nampak cukup segak dan manis dengan pakaian serba putih tu. Putih ni suci dan murni. Heheh..jom layan kan gambar.
Selepas selesai sesi air batal sembahyang, boleh pulak shaheizy sam sesak nafas dan pengsan..weii siapa tak cuak weii..baru nikah dah pengsan. Rupanya tu prank yang dibuat sam untuk sambut hari kelahiran isterinya..Aww..sweetnya..tapi jangan buatain-main..mau isteri yang pengsan kang.
Tahniah kepada shaheizy Sam dan Shatilla kembarku..hahaha..semoga bahagia sampai ke anak cucu. Moga terus berkekalan.
hai assalammualaikum
Resipi Mudah Ayam Masak Sos Tiram - Sejak dah ada anak ni, nak masak semua kene cepat. Kalau lambat, anak bangun..dah satu hal..kene layan anak dulu..masak lambat..kalau masak lambat, nad lapar pulak..yela susukan baby fariza. Mau tak menggigil. Lagi satu kalau tak makan, mana nak datangnya susu. Jadi setiap hari nad akan masak benda mudah, ringkas dan cepat..hehehe..
Harini nad masak ayam masak sos tiram. Bahan-bahannya mudah sangat.1) Ayam semestinya..macam nad 3 ketul cukup..
2) Bawang merah
3) Bawang putih
4) Halia
5) Sos tiram
6) Sos kicap kipas udang warna merah
7) Cili merah
8) Garam
Cara memasaknya
1) Tumis bawang merah, bawang putih dan haliaa sehingga naik bau.
2) Dah bau sedap, masukkan sos tiram dan sos kicap.
3) Dah tu masukkan garam dan penambah perisa secukup rasa.
4) Masukkan ayam..gaul-gaul kan
5) Masukkan air sedikit
6) Sesudah air kurang, masukkan cili merah. Adela warna sikit..hehe..
7) Dah rasa kuah pekat..cukup semua, apa lagi angkat dan hidang..hehe..
Nyum-nyum..selamat menjamu selera.
hai assalammualaikum
Anak Iras Daddy!! - Nak hasilkan anak, memang mudah, tapi nak bagi melekat tu, bukan senang, walaupun kita tau sperma lelaki ni ada banyak, tapi nak masuk ke tempat yang dituju perlu banyak rintangan.. Kalau yang ok, cepatla dapat anak, ada tu sampai bertahun. Takpe, yang penting kita usaha. Jangan putus asa. Eh asal nad cerita macam ni,..huish2..ni bukan pasal seks ok..hahaha..ni pasal bila anak dah lahir, tapi iras bapak..sedih dak mak-mak ni..
Sebelum tu nak cerita dulula bagaimana baby terjadi?? Ia terjadi ketika sel sperma yang masuk ke dalam rahim seorang perempuan ke sel telur yang telah matang. Air mani yang nirmal akan mengandungi 100 juta hingga 120 juta buah sel sperma. Dalam banyak-banyak ni, hanya satu sperma akan berjaya.
Betul tak nad cakap, bukan mudah nak hasilkan anak. Semuanya kene usaha. Part lelaki dah berusaha,( sperma). Bila dah tersangkut, part perempuan pulak ok. Bila dah melekat semestinya akan terhasil zigot dan masa tu dapat berita gembira dan mengandung memang seronok. Lepas tu giliran perempuan pulak yang menanggung semua. Oiii..
hai assalammualaikum
Periuk Nasi Pelbagai Fungi Philips - Alkisahnya sebelum nad balik kampung nak berpantang dekat sana, periuk nasi yang dah sedia ada dah pun rosak. Memandangkan nad takde berbulan-bulan dekat rumah kuala lumpur ni, jadi cadang takyah beli lagi, sebab husband confirm akan makan dekat luar..hahhaa. Memandangkan nad dah balik kuala lumpur, jadi tugas isteri kene dibuat..masak wajib supaya berjimat tak makan dekat luar..hehe.
Periuk nasi ni hasil pemberian hadiah masa kawin aritu. Orang dah bagi mestilah kita guna kan, daripada beli..jimat. Tapi akhirnya dia dah jahanam, jadi kenela beli baru. Masak nasi guna gas asyik hangus je. Jadi memerlukan periuk nasi baru untuk memudahkan kerja.
Haritu kitaorang pun pergi la jalan-jalan dekat Tesco sebab nak cari periuk nasi ni. Jalan dekat bahagian perkakas periuk nasi. Tengok punya tengok, ternampak satu periuk nasi comel je, warna pink ok..hahhaa..dan banyak button ko. Kalau selalu kita tengok satu button, ni berbutton-button. Periuk nasi pelbagai fungsi daripada Philips ni. Mr mafia cakap pun comel dan designnya unik. Takdela tengok bulat je kan. Bentuk lonjong. Jadi bila letak satu tempat nampak kemas. Tapi masa tu kitaorang tengok dulu, sebab nak tengok pulak dekat kedai perkakas elektrik.
Jadi pergila survey dekat kedai elektrik. Masa dalam kereta nad baru teringat, periuk nasi tu macam dekat mastechef punya..hahhaa..Sampai kedai perkakas elektrik, husband je keluar sebab hujan masa tu, kang si baby fariza demam pulak kalau kene hujan. Jadi nad dalam kereta je. Lepas tu dia balik masuk dalam kereta dan tunjukkan periuk nasi banyak button tu ade dekat sini, lagi ada design lain. Arghh sudah..penin pulak nak pilih. Tapi nad cakapbyang button sikit tu lebih ssesuai, takdela penin. Kalau banyak sangat button, siap kene tekan masa, kan dah penin..hahha..nak baca manual pun dah satu hal.
Jadi mr mafia beli periuk nasi pelbagai fungsi yang ni drngan harga RM299.. Hah ok sikit. Besar pun besar, boleh masak untuk ramai orang. Balik je terus masak nasi dengan periuk ni..hahaha..tak sabar kau..
Beli periuk nasi ni dapat bekas steam, penyeduk nasi dan sup dan bekas beras.
Macam biasalah, nak masak nasi mesti kene amik beras, basuh beras kan. Sukatan tak perlu risau, dah ada dekat periuk nasi ni. Kalau masa satu pot air mesti nak dua pot kan. Hah senang kan.
Kalau sebelum ni, nak masak nasi kene tekan bawah kan. Kalau tak tekan, alamatnya tak masakla nasi tu. Macam nad la kadang terlupa..huh..Tapi dengan Periuk nasi Philips ni,senang je. Button semua dekat depan mata. Just tekan je mana korang nak. Kalau nak masak nasi, terus tekan Standard cook, lepas masak dia akan bunyi "BIP" 4 kali. Lepas tu dia akan keep warm sendiri. Tak perlu kau nak panaskan lagi..senang kan..
Kalau nak panaskan, tekan je reheat. Nak masak cepat, tekan quick cook. Periuk ni bukan sahaja masak nasi, tapi bileh masak sup, bubur dan cake..Kek pun boleh kau..fuh..canggih sekarang ni. Macam-macam button.
Memang mudah kerja. Masak nasi lebih sedap dengan Periuk Nasi Philips ni. Ececeh..hehee..ok jom masak..
hai assalammualaikum
Duit Boleh Beranak Ke?? - Anak buah nad si nasrul, balik sekolah terus cakap dengan anak buah nad lagi sorang si mamat " mamat duit boleh beranak ke??".. mamat pun cakap " mana boleh".. terus si nasrul cakap dengan abangnya " hah!! Tak boleh"..
Nad yang tengah buai fariza, dengar perbualan diaorang terus nyampuk " duit boleh beranak la".. mungkin diaorang tak paham apa maksud " duit boleh beranak ".. dulu nad pun macam tu..dok pikir macam mana tu..beranak macam manusia ke..??.. haha
Itu istilah orang tua bagi..sebenarnya " duit boleh beranak tu duit bertambah "..kalau simpan dalam bank, nanti bertambahla kalau tak dikeluarkan..zaman sekarang kene menyimpan..dengan harga barang naik, semua naik dah..tengok ekonomi pun macam dah tak stabil..jadi menyimpanla..
Ajar anak menyimpan dari kecik. Macam anak buah ni, duit belanja sekolah mana ada lebih terus masuk tabung. Kalau lah dulu nad jenis menyimpan, mesti sekarang dah banyak duit..huhuhu..macam orang tua kita la..ada je duit diaorang kan. Bukan beratus mesti dah beribu-riban. Sebab sikap diaorang yang suka menyimpan dan tak boros. Kita ni, asal ada je duit, nak beli itu ini. Macam mana duit nak beranak. Duit mandul adela..hahahha.
Kita ingat zaman 20xx kereta, moto boleh terbang, tapi duit yang terbang..hahah..Jadi tanamkan diri untuk menyimpan duit dan berjimat cermat.