hai assalammualaikum

Makan Bersama Keluarga Di Arabic Food Zam Zam - Memang susah bila nak makan dekat luar sekeluarga. Sebab ada yang sibuk, ada yang jauh. Bila dapat bersama, memang happening sangat. Lahi-lagi keluarga yang riuh macam keluarga nad. Hari sabtu lepas, kakak nad nak belanja kitaorang satu keluarga. Kakak nak belanja, kami yang cadang tempat..hahahaa. Jadi abang cadangkan makan dekat makanan arab.


Nama tempat tu Arabic Food Zam Zam dekat seksyen 9 Shah Alam. 



Abang dengan sorang kakak nad pernah makan dekat sini. Diaorang kata sedap. Nad pun teruja la nak cuba. Apa istimewanya makanan arab dekat sini. Tempat menarik, tapi yang peliknya waiternya bukan orang melayu atau orang arab..entah orang dari mana ntah..hahaha..jadi kene speaking la sikit.



Abang yang order..dia order set chicken dengan set kambing. Mak aii mangkuk dia besar..dibubuh terus ayam dan kambing dalam tu..kita tinggal cedok je..



Penambahan makanan, order kebab, roti dan ketam. Tengok gambar ketam bukan main besar..sekali sampai..alahai keciknyala..


Masa ni nad makan dengan senang hati, sebab si kecik ni tidur dari start makan, sampaila nak balik..hahaha..dah nak balik baru dia bangun..good daughter..tak kacau mommy nak makan.

Makanan dekat situ memang sedap. Nasinya, ayam,kambing kebab yang lembut dan tak liat. Tak sia-dia bawak makan dekat situ.Harga untuk semua malam tu dalam RM400..tak mahal mana pun sebab keluarga kitaorang besar..kalau datang berdua maybe RM100 je



Terima kasih kakak yang belanja. Semoga rezeki anda melimpah ruah..hehe..kami kekenyangan malam tu. Korang cubala makan dekat situ..ce korang rasa pulak..hehe..

SELAMAT HARI LAHIR MR MAFIA

in , by Nadia Johari, 16:30:00
hai assalammualaikum

Selamat Hari Lahir Mr Mafia - Nad ingat birthday dia 14/2 rupanya 12/2.. hahahah..itu pun dia yang ingatkan..nasib baik, kalau tak ade yang nerajuk. Tu pun dia cakap " esok kita makan kat luar la".. nad pun cakap la " ok gak".. siapa tak suka makan kat luar, tak perlu masak..hahaha..tapi maksud dia makan luar, nad tak tau masa tu..ingat makan suka-suka sahaja. Rupanya nak sambut birthday dia. Tu pun dia cakap gak " ingat tak esok ari apa".. nad cakapla " apa sih??".. arijadi abang kan 14. Nad memang ingat birthday dia bulan dua tapi haribulan salah da.. rupanya 12/2.. siap nak tengok kad pengenalan dia lagi, nak tengok betul ke tak..hehehe..

Berbaju merah kami..

Esoknya pergila ke carrefour wangsa maju. Sebab kat situ dia kata banyak tempat makan. Mula nad tak percaya, carrefour tempat banyak tempat, biar betul. Sekali masuk,yup macam-macam ade. Tapi sebelum makan..kita usya kedai DIY. Saja tengok-tengok. Ingat nak tengok je, sekali terbeli jugak daa..


Lepas tu cari tempat makanan. Tengok dari atas sampai tingkat bawah..hahaha..Dan pilihan kitaorang dua tempat..giler la..haha.. Mula-mula pergi ke shushi king. Nad dah lama nak makan shushi ni. Lagi nak masuk dekat tempat shushi king ni. Akhirnya lepas fariza keluar, terlepas hajat la. Untung fariza, kecik-kecik dah masuk tempat macam ni..


Excited dia tengok makanan tu bergerak-gerak..hahha..sampai nak capai makanan tu.

Memang sedap. Mommy rasa tak puas.


Lepas tu pergi ke Mr Teppanyanki pulak. Wah haritu makan makanan jepun saja..hahaha..taknak makanan western atau melayu. Konon nak tukar selera.




Dah order, tengok orang tu masak tapi takde aksi..hahaha..



Dah sampai order. Set beef teppanyaki untuk nad dan set salmon untuk mr mafia. Tapi nama dia lupa..hahaha..tau set je..


Memang selera sungguh waktu tu. Selamat hari Lahir Mr Mafia. Mommy and fariza loves you. Semoga hidup diberkati dan murah rezeki. Harap apa yang diimpikan tercapai..muahh..


hai assalammualaikum

hai assalammualaikum

Memiliki Wajah Berseri Dengan Produk Oles - Setiap orang ada masalah kulit muka tidak kira berjeragat, berjerawat,kulit berminyak dan macam-macam lagi. Macam nad jugak, nad bukannya memiliki kulit wajah yang licin dan glowing. Tapi dihati nak memiliki wajah yang cerah sempurna dan nampak berseri macam orang lain. Dalam hati nak jadi model tapi dengan muka macam nak pecah ni, siapa yang nak terima kan..hehehe..(berangan sangat ko ni nad).

Tiba-tiba ada seorang whatsuup nad perkenalkan produk oles ni. Mana dia dapat nombor pun tak tau. Bila nad selidik pasal produk, macam best je..banyak feedback yang bagus dengan produk ni. Nad mula tertarik dan nak cuba produk ni. Macam nad masalah jerawat dan kulit berminyak, tapi masalahnya produk untuk jenis kulit nad belum sampai lagi, yang hanya untuk kulit normal. Ok nad cuba suruh akak nad pakai. Jadi kakak nad jadi testimoni..hehhee..nak tau macam mana hasilnya??.. hah baca sampai bawah..hehehe


Meh nad kenalkan produk OLES. Ok, nad tau ramai tak kenal lagi pasal produk ni, macam tu jugak nad, tapi tak salah mencuba kan. Produk Oles ni merupakan produk kecantikan yang sesuai untuk semua golongan yang mengalami masalah kulit. Dengan taglinenya " dengan sekali oles ternyata perubahannya".. Oles skincare adalah produk kecantikan premium hasil dari formulasi diantara Radius Beauty Sdn Bhd dengan kerjasama sebuah Makmal R&D bertaraf antarabangsa yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

OLĕS diperbuat sepenuhnya di Malaysia hasil dari penyelidikan dan pembangunan yang berterusan dan kajian makmal terhadap bahan kandungan yang bermutu tinggi dan berkualiti premium.


Terdapat dua set produk  OLěS mengikut kesesuaian kulit.  SET MERAH adalah untuk kulit jenis Normal/ Kering/ Jeragat. Manakala SET OREN pula adalah untuk kulit jenis Berminyak/ Jerawat/ Sensitif.

P/S: Pengguna dinasihatkan untuk mengetahui kategori kulit wajah masing-masing yang manakah yang sesuai untuk digunakan. Sama ada Set Merah atau Set Oren. Ini penting bagi mendapatkan kesan optimum pemakaian produk OLĕS skincare.

Didalam Set OLĕS terdapat 5 produk yang saling berkait antara satu sama lain sebagai satu set lengkap pemakaian OLĕS skincare;

i) GeL Pembersih Wajah (Merah & Oren)
ii) Toner Pelembab Wajah (Merah & Oren)
iii) Serum Vitamin E (Merah & Oren)
iv Krim UV Pelembab Siang (Merah & Oren)
v) Krim Pelembab Malam (Merah & Oren)


Produk kecantikan OLĕS ini diperkaya dengan pelbagai ekstrak dan enzim botani semulajadi seperti Ekstrak Xantone, Ekstrak Licorice, Ekstrak Peel, Ekstrak Papain, Ekstrak Cendawan, Ekstrak Alovera, Arbutin, Collagen, Glycerin, Aloe Barbadensis Leaf Juice dan sebagainya yang berkualiti tinggi bagi memulihara, menyinar, menganjal dan meremajakan kulit wajah tanpa kerengsaan dan tanpa sebarang kesan sampingan.

Kelebihan OLêS skincare
✔ Menghilangkan & menghapuskan jerawat pada wajah.
✔ Menghilangkan bekas-bekas jerawat lama pada wajah.
✔ Menyamarkan dan menghilangkan jeragat pada wajah.
✔ Mencerahkan kulit wajah dan kelihatan berseri.
✔ Menghaluskan dan mencerahkan kulit wajah.
✔ Meratakan tona kulit wajah.
✔ Meremajakan kulit wajah.
✔ Menegangkan kulit wajah sehingga kelihatan lebih muda.
✔ Memperbaiki struktur kulit wajah.
✔ Menjadikan kulit wajah lebih halus dan mulus.
✔ Menghilangkan bintik- bintik hitam pada wajah.
✔ Mengecilkan pori-pori wajah.
✔ Mengembalikan seri wajah yang kusam.
✔ Menghilangkan parut degil dan lama pada wajah.
✔ Baiki kulit yang rosak akibat tersalah pakai produk.
✔ Meningkatkan keyakinan diri.

5 item yang ada pada Oles


Pembersih wajah OlèS adalah berbentuk Gel iaitu tidak berbentuk sabun berbuku sepertimana kebanyakan pencuci jenama lain. Pembersih wajah OlèS adalah setanding dengan pembersih wajah jenama antarabangsa. Membersih ke wajah dengan begitu selesa dan lembut. Tiada kerengsaan, tidak menegangkan kulit wajah, tidak menglupaskan kulit. Sebaik sahaja mencuci wajah dengan Pembersih Wajah OlèS, akan dapat dirasai kelembutan pada wajah.


Toner pelembab OlèS pula amat selesa diguna tidak mengeringkan wajah, tidak menegangkan kulit, tidak melekit, ianya menyeimbangkan ph kulit wajah. Lembut pada wajah tanpa sebarang  penglupasan. Ianya standing dengan toner jenama antarabangsa yang dijual digedung-gedung membeli belah mewah.


Serum Vitamin E OlèS pula mempunyai anti-aging yang akan melambatkan proses penuaan kulit wajah. Ianya berupaya mengurangkan kedutan pada wajah. Membuatkan wajah kembali berseri, bercahaya dan sihat.



Krim siang OlèS diperkaya dengan spf35 bagi melindungi wajah dari sinaran UV dan radikal bebas yang berbahaya. Ianya melembut dan melembabkan wajah tanpa sebarang kerengsaan. Krim ini juga berupaya membuatkan pemakaian bedak menjadi sekata dan tahan lama pada wajah. Tidak membuatkan wajah kelihatan berminyak dan bercapuk walau seharian menggunakannya.



Manakala Krim Pelembab Malam OlèS pula berupaya untuk mencerahkan wajah, melembutkan wajah, membuat wajah kembali bersinar, berseri, tidak berminyak dan menganjalkan kulit wajah tanpa sebarang kerengsaan.

Inilah hasilnya selepas seminggu kakak nad pakai untuk produk Oles untuk kulit normal.


Kakak nad alami muka kusam, mata panda sebab dah jadi mama kepada 4 orang anak. Nak kene jaga semua bukan senang oo..hehhe..jadi nad bagi dia cuba produk Oles ni. Nah tengoklah perubahannya..berseri, glowing gitu. Dah macam anak dara..hehhe..Ada orang cakap Oles setanding SK11.. wah..mmemang bestla kan.

Kenapa OLêS skincare diyakini oleh ramai pengguna produk kecantikan?
- Bukan Produk OEM.
- Bukan Produk Repackaging.
- Bukan Produk Rebranding.
- 100% Bebas Hydroquinone.
- 100% Bebas Mercury.
- 100% Bebas Tretinoin.
- 100% Bebas Paraben.
- 100% Bebas SLS.
- 100% Bebas lain-lain bahan berbahaya yang dilarang dalam kosmetik.

OLêS skincare mesti dimiliki oleh setiap WANITA mahupun LELAKI kerana:-
✔ Diktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
✔ Selamat, Halal & Suci.
✔ Gunakan tanpa syak wasangka.
✔ Menjalani proses R&D di makmal bertaraf Antarabangsa.
✔ Diformulasi dari ekstrak dan enzim botani semulajadi berkualiti tinggi.
✔ Dihasilkan sepenuhnya di Malaysia.
✔ Bahan mentah dari sumber yang Halal.
✔ Menggunakan Premium Ingredient.
✔ Dijamin 100% bebas bahan-bahan berbahaya.
✔ Tidak mengelupaskan kulit wajah.
✔ Tidak memedihkan kulit wajah.
✔ Tidak memeritkan kulit wajah.
✔ Tidak menipiskan kulit wajah.


Untuk info lanjut boleh berhubung dengan  talian Hotline OLĕS :-

+60102968289
 01123163250

Review testimoni OLêS skincare di instagram: oles_official

RESIPI MUDAH AYAM MASAK LEMAK KUNING

in , by Nadia Johari, 18:45:00
hai assalammualaikum

Resipi Mudah Ayam Masak Lemak Kuning - Hah meh nak ajar atam masak lemak kuning. Selalu dengar ayam masak lemak cili api kan. Hah!! Ni lain sikit. Memandangkan nad tengah menyusukan anak, nak makan pedas-pedas takut pulak effect kat anak. Kang terberak-berak budak faruza tu kang. Jadi makanla yang tak pedas-pedas. Takkam asyik main goreng-goreng je kan. Nak juga rasa lemak, kicap yang tak pedas. Hah!! Ni caranya..


Ayam nad masak tiga je, sebab untuk nad sorang smpai ke malam..hehhee..nak masak malam takut tak sempat jadi kita masak sekali harung.

Selalu masak lemak cili api cuma guna bawang merah, bawang putih, kunyit dan cili api kan. Hah nak buat ayam lemak kuning ni lain sikit. Kene guna ketumbar dan jintan putih

Bahan-bahannya:
1) Bawang merah 3 ketul
2) Bawang putih 2 ketul
3) Ketumbar
4) Jintan putih
5) Halia sedikit
6) Serai
7) Serbuk kunyit/kunyit hidup
8) Santan
9) Garam
10) Air

Cara-caranya:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, ketumbar, jintan putih dan serai. Halia dihiris ye.
- Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan halia yang dihiris sehingga baik bau.
- Masukkam ayam masak bersama bahan yang ditumis bagi bahan yang ditumis meresap dalam ayam.
- Masukkan santan dan serbuk kunyit
- Masukkan air sampai ayam tenggelam
- Masukkan garam secukup rasa
- Biarkan sampai kuah tinggal sikit dan ayam masak.
- Dah masak hidangla..hehe

Selamat mencuba.
hai assalammualaikum

Percutian Tanpa Dirancang Ke Sungai Congkak - Hah!! Memnag tak rancang pun ni semua dengan keluarga. Betul orang cakap, kalau kita tak rancang, semua mnejadi. Cuba rancang..mesti ade je tak kenanya. Hari ahad, keluarga nad datang rumah nad dekat kuala lumpur. Biasalah atok dengan nenek rindu dengan cucunya yang gendut ni..bukan setakat atok tapi sepupu sepapat fariza jugak rindu dengan dia..hahha.. cadang nak tido dekat rumah nad. Yela cuti tahun baru cina, jalan kuala lumpur la.


Lepas tu hari Isnin pikir, takkan nak duduk rumah je kaann.. dah datang kuala lumpur semata nak duduk rumah. Bosan weii!!. Jadi mr mafia cadang pergi mandi manda dekat sungai congkak. Cakap hari isnin tu jugak. Wah!! Excited sangat..hahaha..lama tak bermandi manda ni. Lagi lama tak pergi ke sungai congkak weii..

Dari kuala lumpur nak ke sungai congkak memang sekejap..setengah jam je weii.. nad pun baru tau..masa kawin takde nak bawak jalan mnadi-manda ni, geram pun ade..hahaha..dah ade anak baru nak bawak..Jadi bertolakla kitaorang jam 11 pagi tak silap. Agaknyala..tak tengok jam pun..hahaa..


Paham-paham jela kalau dah namanya tempat mandi, mestilah ramai orang. Lagi-lagi masa cuti ni, lagila ramai orang. Tapi kalau dah excited nak pergi, dah tak heran dah. Lagi la kalau dah nampak air, batu-batu tu.




Lama jugak dapat parking. Sekarang parking kene bayar der..adoii..Lepas tu terua masuk cari tempat sesuai nak bentang tikar. Dah dapat tempat, nad yang excited..hahaha..nad memang suka mandi manda ni. Terus masuk dalam air,celup-celup kaki. Sejuknyaaa!!!.. lama tak pergi sungai congkak ni.



Layan anak buah semua. Lebih excited nak bawak  anak masuk dalam air, tapi nenek tak bagi. Kata kecik lagi. Takut sejuk. Nak mintak celup-celup kaki pun tak boleh. Adehh..tunggu jela fariza besar. Daddynya pun tak bagi..ermmm..mommy main sorang-sorang jele..cepatla besar..leh mandi sesama ye fariza..gembira bersama..hahaha..masa mengandung dah suka berenang, fariza pun ikut suka main air.. sebab bila nak mandikAn dia, dia mesti suka..hehe



Ok dah berseronok balikla..wah have sangat cuti ni..korang pulak buat ape.
hai assalammualaikum

Tahniah Shaheizy Sam Dan Shatilla Melvin - Uitt buzy bebenor ni..cuti sakan sangat ni..sampai terlupa pasal majlis hero kesayangan ni. Alhamdulillah, dah selamat Shaheizy Sam dan Shatilla dijabkabulkan. Jarang dengar gosip pasal diaorang, tup-tup kawin..Ada orang cakap shatilla tu sama muka macam nad..haha..ku terima..kihkih..kan kat dunia ni ada tujuh rupa, jadi salah satu rupa den adalah artis..huhu...Ada buat entry pasal tajaan perkahwinan mereka sebelum ni. Dan kelmarin masanya dah tiba.

Majlis pertunangan dan malam berinai.




Oo diaorang bertunang dulu dan esoknya bernikah. Senang kan gitu, takyah tunang lama-lama. Artis ni kan mmacam-macam kang tunang lama-lama takut putus pulak. Jadi buat sekali arung. Kelmarin pasangan ini dieaikan dalam satu majlis pertunangan yang meriah dengan kehadiran ahli keluarga  dan sanak- saudara terdekat kedua-dua belah pihak.




Sangat cantik, sama padan, memakai baju dan seluar songket berwarna ingu cair, Syatilla nampak sungguh manis. Memang meriah. Dua-dua dah artis..

Majlis pernikahan






Semalam merupakan hari pernikahan mereka. Alhamdulillah dengan sekali lafaz je Sam dah jadi suami kepada Shatilla. Berdegup masa ni tau dak. Kalau lelaki ucap banyak kali ka..tersilap kata ka..hahaha..macam nad pulak neves. Sam menyerahkan mas kawin sebanyak RM10,082.

Pihak perempuan menerina tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki. Kedua-duanya nampak cukup segak dan manis dengan pakaian serba putih tu. Putih ni suci dan murni. Heheh..jom layan kan gambar.





Selepas selesai sesi air batal sembahyang, boleh pulak shaheizy sam sesak nafas dan pengsan..weii siapa tak cuak weii..baru nikah dah pengsan. Rupanya tu prank yang dibuat sam untuk sambut hari kelahiran isterinya..Aww..sweetnya..tapi jangan buatain-main..mau isteri yang pengsan kang.

Tahniah kepada shaheizy Sam dan Shatilla kembarku..hahaha..semoga bahagia sampai ke anak cucu. Moga terus berkekalan.

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2