hai assalammualaikum

Sohaini Cookies - Bila fikir tentang majlis pertunangan atau perkahwinan mesti pening nak bagi doorgift apa kan. Macam nad la dulu, berapa banyak kali cari dekat google, doorgift apa yang sesuai nak bagi dekat tetamu. Siang sampai ke malam fikir, kadang sampai takleh tidur fikir pasal doorgift ni, serabut weii. Kalau boleh nak cari doorgift yang kosnya tak banyak dan cantik.

Ada sesetangah orang suka bagi barang perhiasan, ada jugak suka bagi makanan. Macam nad aritu bagi makanan iaitu coklat. Sebab takdelah doorgift tu terbiar dan terbuang. Tapi nad tak review doorgiftbtu sebab dia punya bekas tak menepati citarasa nad..huh..geram pulak bila fikir balik..tapi dah selamat dahh..Hah ni nak bagitau, kalau korang yang penin nak fikir doorgift apa nak bagi, ni ha, Sohaini Cookies ada. Murah pun murah beb..


Nad dah rasa Sohaini Cookies ni. Sedap dan rangup. Siapa suka makan biskut Armos, macam tu la rasanya tapi yang ni tak terlampau manis. Sohaini Cookies ni ada tiga rasa iaitu:
Flavor: 
👉 Mocha
👉 Milo
👉 Expresso Coffee 
Harga : 250g RM18
              450g RM28



Untuk Doirgift pulak, bentuk bekas dia macam ni. Harganya berbeza..ikut korang la nak berapa.

Door Gift: 
RM2.00 each ( Below 500pax) 
RM1.50 each ( Above 500pax)

Sedia untuk tempahan Door Gift bagi majlis: 
💜 Birthday Party
💜 Engagement
💜 Wedding
💜 Event

Hah dah ade idea apa nak bagi untuk majlis korang. Cepat-cepat order ok. Maklumat lanjut 

IG : @sohainicookies.
FB : http://www.facebook.com/sohainicookies
Contact: Sales & Marketing Cik Atikah Norbaki 017-9145640





hai assalammualaikum


Kedai Edibee Menjual Pelbagai Jenis Manisan Dan Keropok - Semalam nad pergilah ke Tesco MRR2 Ampang. Biasalah, tu la tempat shoping selalu sebab dekat dengan rumah..hahha. Pergi sana nak beli pampers dan barang lain. Masuk je Tesco nampak satu kedai ni, mungkin baru buka kot. Sebab sebelum ni, kedai kasut. Mula cadang taknak masuk, nak cepat kan..tapi tertarik jugak nak masuk..haha



Masuk je kedai tu, macam-macam ada. Gula-gula ada, keropok ada, sotong kering ada, mashmallow pun ada weii..



Dah tengok semua apa yang ada, dan nad pun beli marhmallow, dan sotong kering.



Dulu tak suka marhmallow, tak pernah makan pun..hahha..lepas tu pergi kenduri kawin dapat goodies dalamnya biskut diletak mashmallow pastu disalut dengan coklat..rasanya sedapp..aunmm..lepasbtu dah suka sangat dengan marshmallow ni. Makan macam tu pun sedap..tapi nad makan dengan coklat delicia..sedapp...


Bestnya bungkusan Edibee ni jenis tarik lekat tu. Bila dah taknak makan terus tutup..tak perlu simpan dalam bekas..senang.


Ni sotong kering dengan gula..aumm..dap-dap..



Baru tau ade kedai macam ni..sebenarnya dah banyak cawangan  dia..hahhaa..pasni rasa lain pulak.. fariza la suka..

TIPS CARA SEJUKKAN RUMAH

in , by Nadia Johari, 12:12:00
hai assalammualaikum

Tips Cara Sejukkan Rumah - Sekarang musim panas lain macam. Bahangnya lain macam. Malam-malam pun boleh panas. Lagila rumah nad depan dah jalan raya. Pokok pun cuma ada pokok bunga..alahaii..paham-paham jela kuala lumpur ni..

Bila El Nino menyerang..lagilaa panas. Dah pasang kipas pun masih terasa bahangnya. Nak pasang aircond, tak mampu,..lagi pikir bil elektrik akan naik. Jadi cubala alternatif yang jimat dan tak memerlukan belanja yang besar..huhuhu..
hai assalammualaikum


Puteri Lego Nama Diberi - Harini fariza buka blog mommy. Fariza pun nak ade blog..hahaha..ni fariza nak cerita pasal uncle ni. Hah!!! Kenal tak siapa dengan fariza ni. Tak kenal..??.. betul tak kenal??.. takpelah..meh fariza bagitau. Ni lah uncle Kalam. Siapa Uncle ni erk??. Uncle kalam kawan daddy fariza. Uncle Kalam ni dulu penyanyi era 90 an...eh yeke, memandai je fariza..hahaha.. dia vokalis kumpulan Sup.



Tak tau lagi kumpulan Sup yang mana. Hah tengok gambar tu, fariza dah bubuh..Hah dah tau.. sekarang dia dahbtak nyanyi dah. Dia dah jadi pengarah pulak. Ada cerita fariza nak cakap ni.

Uncle ni la yang temankan daddy jumpa mommy masa pertama kali dekat midvalley. Daddy cerita dia kenal seorang awek ni, tapi dia takde kawan nak mintak teman, jadi daddy ajak uncle kalam ni suruh temankan. Uncle kalam pun setuju..


Sampai midvalley, uncle kalam yang tegur mommy cakap ," ni nadia kan".. mommy pun tersipu malu cakap "ahak".. apalah daddy gentlemen betul suh uncle kalam tegur. Daddy taknak tegur dulu..hahaha.. Dari situlah beemula kisah Mr Mafia dan Miszrockers.

Masa daddy dan mommy kawin, uncle kalam tak dapat datang sebab ada masalah. Takpela, tapi sekarang fariza dah ada dekat dunia ni. Uncle kalam cakap " hah daei jumpa pertama kali, pastu kawin, nah sekarang dah ade puteri lego ni".. kenapa dia panggil puteri lego??. Sebab mommy cakap, fariza terlekat masa dekat legoland..hahahah..entry ade dekat SiNi..heheh..


Okla,mommy nampak nanti mommy marah..k bye..uncle kalam, boleh tak fariza masuk iklan dengan rupa macam ni..hehehe..
hai assalammualaikum

Makan Bersama Keluarga Di Arabic Food Zam Zam - Memang susah bila nak makan dekat luar sekeluarga. Sebab ada yang sibuk, ada yang jauh. Bila dapat bersama, memang happening sangat. Lahi-lagi keluarga yang riuh macam keluarga nad. Hari sabtu lepas, kakak nad nak belanja kitaorang satu keluarga. Kakak nak belanja, kami yang cadang tempat..hahahaa. Jadi abang cadangkan makan dekat makanan arab.


Nama tempat tu Arabic Food Zam Zam dekat seksyen 9 Shah Alam. 



Abang dengan sorang kakak nad pernah makan dekat sini. Diaorang kata sedap. Nad pun teruja la nak cuba. Apa istimewanya makanan arab dekat sini. Tempat menarik, tapi yang peliknya waiternya bukan orang melayu atau orang arab..entah orang dari mana ntah..hahaha..jadi kene speaking la sikit.



Abang yang order..dia order set chicken dengan set kambing. Mak aii mangkuk dia besar..dibubuh terus ayam dan kambing dalam tu..kita tinggal cedok je..



Penambahan makanan, order kebab, roti dan ketam. Tengok gambar ketam bukan main besar..sekali sampai..alahai keciknyala..


Masa ni nad makan dengan senang hati, sebab si kecik ni tidur dari start makan, sampaila nak balik..hahaha..dah nak balik baru dia bangun..good daughter..tak kacau mommy nak makan.

Makanan dekat situ memang sedap. Nasinya, ayam,kambing kebab yang lembut dan tak liat. Tak sia-dia bawak makan dekat situ.Harga untuk semua malam tu dalam RM400..tak mahal mana pun sebab keluarga kitaorang besar..kalau datang berdua maybe RM100 je



Terima kasih kakak yang belanja. Semoga rezeki anda melimpah ruah..hehe..kami kekenyangan malam tu. Korang cubala makan dekat situ..ce korang rasa pulak..hehe..

SELAMAT HARI LAHIR MR MAFIA

in , by Nadia Johari, 16:30:00
hai assalammualaikum

Selamat Hari Lahir Mr Mafia - Nad ingat birthday dia 14/2 rupanya 12/2.. hahahah..itu pun dia yang ingatkan..nasib baik, kalau tak ade yang nerajuk. Tu pun dia cakap " esok kita makan kat luar la".. nad pun cakap la " ok gak".. siapa tak suka makan kat luar, tak perlu masak..hahaha..tapi maksud dia makan luar, nad tak tau masa tu..ingat makan suka-suka sahaja. Rupanya nak sambut birthday dia. Tu pun dia cakap gak " ingat tak esok ari apa".. nad cakapla " apa sih??".. arijadi abang kan 14. Nad memang ingat birthday dia bulan dua tapi haribulan salah da.. rupanya 12/2.. siap nak tengok kad pengenalan dia lagi, nak tengok betul ke tak..hehehe..

Berbaju merah kami..

Esoknya pergila ke carrefour wangsa maju. Sebab kat situ dia kata banyak tempat makan. Mula nad tak percaya, carrefour tempat banyak tempat, biar betul. Sekali masuk,yup macam-macam ade. Tapi sebelum makan..kita usya kedai DIY. Saja tengok-tengok. Ingat nak tengok je, sekali terbeli jugak daa..


Lepas tu cari tempat makanan. Tengok dari atas sampai tingkat bawah..hahaha..Dan pilihan kitaorang dua tempat..giler la..haha.. Mula-mula pergi ke shushi king. Nad dah lama nak makan shushi ni. Lagi nak masuk dekat tempat shushi king ni. Akhirnya lepas fariza keluar, terlepas hajat la. Untung fariza, kecik-kecik dah masuk tempat macam ni..


Excited dia tengok makanan tu bergerak-gerak..hahha..sampai nak capai makanan tu.

Memang sedap. Mommy rasa tak puas.


Lepas tu pergi ke Mr Teppanyanki pulak. Wah haritu makan makanan jepun saja..hahaha..taknak makanan western atau melayu. Konon nak tukar selera.




Dah order, tengok orang tu masak tapi takde aksi..hahaha..



Dah sampai order. Set beef teppanyaki untuk nad dan set salmon untuk mr mafia. Tapi nama dia lupa..hahaha..tau set je..


Memang selera sungguh waktu tu. Selamat hari Lahir Mr Mafia. Mommy and fariza loves you. Semoga hidup diberkati dan murah rezeki. Harap apa yang diimpikan tercapai..muahh..


hai assalammualaikum

hai assalammualaikum

Memiliki Wajah Berseri Dengan Produk Oles - Setiap orang ada masalah kulit muka tidak kira berjeragat, berjerawat,kulit berminyak dan macam-macam lagi. Macam nad jugak, nad bukannya memiliki kulit wajah yang licin dan glowing. Tapi dihati nak memiliki wajah yang cerah sempurna dan nampak berseri macam orang lain. Dalam hati nak jadi model tapi dengan muka macam nak pecah ni, siapa yang nak terima kan..hehehe..(berangan sangat ko ni nad).

Tiba-tiba ada seorang whatsuup nad perkenalkan produk oles ni. Mana dia dapat nombor pun tak tau. Bila nad selidik pasal produk, macam best je..banyak feedback yang bagus dengan produk ni. Nad mula tertarik dan nak cuba produk ni. Macam nad masalah jerawat dan kulit berminyak, tapi masalahnya produk untuk jenis kulit nad belum sampai lagi, yang hanya untuk kulit normal. Ok nad cuba suruh akak nad pakai. Jadi kakak nad jadi testimoni..hehhee..nak tau macam mana hasilnya??.. hah baca sampai bawah..hehehe


Meh nad kenalkan produk OLES. Ok, nad tau ramai tak kenal lagi pasal produk ni, macam tu jugak nad, tapi tak salah mencuba kan. Produk Oles ni merupakan produk kecantikan yang sesuai untuk semua golongan yang mengalami masalah kulit. Dengan taglinenya " dengan sekali oles ternyata perubahannya".. Oles skincare adalah produk kecantikan premium hasil dari formulasi diantara Radius Beauty Sdn Bhd dengan kerjasama sebuah Makmal R&D bertaraf antarabangsa yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

OLĕS diperbuat sepenuhnya di Malaysia hasil dari penyelidikan dan pembangunan yang berterusan dan kajian makmal terhadap bahan kandungan yang bermutu tinggi dan berkualiti premium.


Terdapat dua set produk  OLěS mengikut kesesuaian kulit.  SET MERAH adalah untuk kulit jenis Normal/ Kering/ Jeragat. Manakala SET OREN pula adalah untuk kulit jenis Berminyak/ Jerawat/ Sensitif.

P/S: Pengguna dinasihatkan untuk mengetahui kategori kulit wajah masing-masing yang manakah yang sesuai untuk digunakan. Sama ada Set Merah atau Set Oren. Ini penting bagi mendapatkan kesan optimum pemakaian produk OLĕS skincare.

Didalam Set OLĕS terdapat 5 produk yang saling berkait antara satu sama lain sebagai satu set lengkap pemakaian OLĕS skincare;

i) GeL Pembersih Wajah (Merah & Oren)
ii) Toner Pelembab Wajah (Merah & Oren)
iii) Serum Vitamin E (Merah & Oren)
iv Krim UV Pelembab Siang (Merah & Oren)
v) Krim Pelembab Malam (Merah & Oren)


Produk kecantikan OLĕS ini diperkaya dengan pelbagai ekstrak dan enzim botani semulajadi seperti Ekstrak Xantone, Ekstrak Licorice, Ekstrak Peel, Ekstrak Papain, Ekstrak Cendawan, Ekstrak Alovera, Arbutin, Collagen, Glycerin, Aloe Barbadensis Leaf Juice dan sebagainya yang berkualiti tinggi bagi memulihara, menyinar, menganjal dan meremajakan kulit wajah tanpa kerengsaan dan tanpa sebarang kesan sampingan.

Kelebihan OLêS skincare
✔ Menghilangkan & menghapuskan jerawat pada wajah.
✔ Menghilangkan bekas-bekas jerawat lama pada wajah.
✔ Menyamarkan dan menghilangkan jeragat pada wajah.
✔ Mencerahkan kulit wajah dan kelihatan berseri.
✔ Menghaluskan dan mencerahkan kulit wajah.
✔ Meratakan tona kulit wajah.
✔ Meremajakan kulit wajah.
✔ Menegangkan kulit wajah sehingga kelihatan lebih muda.
✔ Memperbaiki struktur kulit wajah.
✔ Menjadikan kulit wajah lebih halus dan mulus.
✔ Menghilangkan bintik- bintik hitam pada wajah.
✔ Mengecilkan pori-pori wajah.
✔ Mengembalikan seri wajah yang kusam.
✔ Menghilangkan parut degil dan lama pada wajah.
✔ Baiki kulit yang rosak akibat tersalah pakai produk.
✔ Meningkatkan keyakinan diri.

5 item yang ada pada Oles


Pembersih wajah OlèS adalah berbentuk Gel iaitu tidak berbentuk sabun berbuku sepertimana kebanyakan pencuci jenama lain. Pembersih wajah OlèS adalah setanding dengan pembersih wajah jenama antarabangsa. Membersih ke wajah dengan begitu selesa dan lembut. Tiada kerengsaan, tidak menegangkan kulit wajah, tidak menglupaskan kulit. Sebaik sahaja mencuci wajah dengan Pembersih Wajah OlèS, akan dapat dirasai kelembutan pada wajah.


Toner pelembab OlèS pula amat selesa diguna tidak mengeringkan wajah, tidak menegangkan kulit, tidak melekit, ianya menyeimbangkan ph kulit wajah. Lembut pada wajah tanpa sebarang  penglupasan. Ianya standing dengan toner jenama antarabangsa yang dijual digedung-gedung membeli belah mewah.


Serum Vitamin E OlèS pula mempunyai anti-aging yang akan melambatkan proses penuaan kulit wajah. Ianya berupaya mengurangkan kedutan pada wajah. Membuatkan wajah kembali berseri, bercahaya dan sihat.



Krim siang OlèS diperkaya dengan spf35 bagi melindungi wajah dari sinaran UV dan radikal bebas yang berbahaya. Ianya melembut dan melembabkan wajah tanpa sebarang kerengsaan. Krim ini juga berupaya membuatkan pemakaian bedak menjadi sekata dan tahan lama pada wajah. Tidak membuatkan wajah kelihatan berminyak dan bercapuk walau seharian menggunakannya.



Manakala Krim Pelembab Malam OlèS pula berupaya untuk mencerahkan wajah, melembutkan wajah, membuat wajah kembali bersinar, berseri, tidak berminyak dan menganjalkan kulit wajah tanpa sebarang kerengsaan.

Inilah hasilnya selepas seminggu kakak nad pakai untuk produk Oles untuk kulit normal.


Kakak nad alami muka kusam, mata panda sebab dah jadi mama kepada 4 orang anak. Nak kene jaga semua bukan senang oo..hehhe..jadi nad bagi dia cuba produk Oles ni. Nah tengoklah perubahannya..berseri, glowing gitu. Dah macam anak dara..hehhe..Ada orang cakap Oles setanding SK11.. wah..mmemang bestla kan.

Kenapa OLêS skincare diyakini oleh ramai pengguna produk kecantikan?
- Bukan Produk OEM.
- Bukan Produk Repackaging.
- Bukan Produk Rebranding.
- 100% Bebas Hydroquinone.
- 100% Bebas Mercury.
- 100% Bebas Tretinoin.
- 100% Bebas Paraben.
- 100% Bebas SLS.
- 100% Bebas lain-lain bahan berbahaya yang dilarang dalam kosmetik.

OLêS skincare mesti dimiliki oleh setiap WANITA mahupun LELAKI kerana:-
✔ Diktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
✔ Selamat, Halal & Suci.
✔ Gunakan tanpa syak wasangka.
✔ Menjalani proses R&D di makmal bertaraf Antarabangsa.
✔ Diformulasi dari ekstrak dan enzim botani semulajadi berkualiti tinggi.
✔ Dihasilkan sepenuhnya di Malaysia.
✔ Bahan mentah dari sumber yang Halal.
✔ Menggunakan Premium Ingredient.
✔ Dijamin 100% bebas bahan-bahan berbahaya.
✔ Tidak mengelupaskan kulit wajah.
✔ Tidak memedihkan kulit wajah.
✔ Tidak memeritkan kulit wajah.
✔ Tidak menipiskan kulit wajah.


Untuk info lanjut boleh berhubung dengan  talian Hotline OLĕS :-

+60102968289
 01123163250

Review testimoni OLêS skincare di instagram: oles_official

RESIPI MUDAH AYAM MASAK LEMAK KUNING

in , by Nadia Johari, 18:45:00
hai assalammualaikum

Resipi Mudah Ayam Masak Lemak Kuning - Hah meh nak ajar atam masak lemak kuning. Selalu dengar ayam masak lemak cili api kan. Hah!! Ni lain sikit. Memandangkan nad tengah menyusukan anak, nak makan pedas-pedas takut pulak effect kat anak. Kang terberak-berak budak faruza tu kang. Jadi makanla yang tak pedas-pedas. Takkam asyik main goreng-goreng je kan. Nak juga rasa lemak, kicap yang tak pedas. Hah!! Ni caranya..


Ayam nad masak tiga je, sebab untuk nad sorang smpai ke malam..hehhee..nak masak malam takut tak sempat jadi kita masak sekali harung.

Selalu masak lemak cili api cuma guna bawang merah, bawang putih, kunyit dan cili api kan. Hah nak buat ayam lemak kuning ni lain sikit. Kene guna ketumbar dan jintan putih

Bahan-bahannya:
1) Bawang merah 3 ketul
2) Bawang putih 2 ketul
3) Ketumbar
4) Jintan putih
5) Halia sedikit
6) Serai
7) Serbuk kunyit/kunyit hidup
8) Santan
9) Garam
10) Air

Cara-caranya:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, ketumbar, jintan putih dan serai. Halia dihiris ye.
- Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan halia yang dihiris sehingga baik bau.
- Masukkam ayam masak bersama bahan yang ditumis bagi bahan yang ditumis meresap dalam ayam.
- Masukkan santan dan serbuk kunyit
- Masukkan air sampai ayam tenggelam
- Masukkan garam secukup rasa
- Biarkan sampai kuah tinggal sikit dan ayam masak.
- Dah masak hidangla..hehe

Selamat mencuba.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2