hai assalammualaikum

Lama pulak tak join segmen-segmen ni. Ni kali pertama join segmen mommy-mommy ni..hahaha..sejak dah jadi mommy, kenela berkumpul dengan mommy lain dengan lebih rapat. Yela nak dapatkan berkongsi apa-apa. Kota ni serba serbi tak tau lagi kan..hahha..ok jom join segmen kak shehan ni..



Syarat mudah untuk turut serta dalam segmen ini, korang perlu follow syarat yang sangat mudah seperti dibawah ye:

SYARAT-SYARAT SEGMEN TOP MOMMY BLOGGERS

1. Anda seorang Mommy Blogger, terbuka kepada semua jenis niche blog 
    [p/s : bakal Mommy pun boleh tau, asalkan dah kahwin :) ]
2. Anda menetap di Malaysia
3. Hasilkan 1 entri anda bertajuk sama seperti entri ini
4. Letak logo ini di entri anda, dan link entri ini di logo tersebut
 5. Komen entri INI dengan meletakkan link entri anda.
6. Link Blog anda akan disenaraikan di dalam Direktori Top Mommy Bloggers kelak.
Itu sahaja. 
hai assalammualaikum

Perlu Perhati Anak Bila Dah Mengiring Nak Meniarap - Lepas fariza baik demam, macam-macam perangai dia dah lain. Dia nak selalu mommynya ada dengan dia je. Tidur pun dah tak tentu, tak tidur nyenyak macam sebelum ni. Sekarang setiap dua jam akan bangun. Dah macam dalam pantang balik..alahaii anak. Nak bermanja sahaja dengan mommy. Sampai mommy nak buat kerja pun susah.


Dan sekarang dah 4 bulan, satu perkara yang ditunggu-tunggu ialah meniarap. Tapi fariza belum meniarap lagi, baru mengiring-ngiring gitu. Sebelum ni selalu meniarapkan dia, sebab dia suka sangat. Sambil tonton tv, khusyuk sangat. Tapi sekarang dia berusaha nak meniarap sendiri.


Dan malam semalam dia dah start mengiring, demgan usaha dia...hahaha..hah!! Part ni kita kene ada dengan dia. Bahaya betul kalau ditinggalkan sorang-sorang. Sebab apa, tengokla time dia mengiring cuba nak.meniarap, mukanya tersembam ke katil. Sekali dengan hidung. Takut lemas je. Yela hidung tertutup..uishh..seram pulak kita tengok.

Mau kalau dibiarkan sorang-sorang..ermmm..memang kene perhati fariza selalu ni. Dia dah mula bersungguh nak meniarap sekarang. Sambil tengok dia meniarap, sambil bagi support..hehehe..nanti lama-lama pandaila meniarap tu.

Alahai besar dah anak mommy ni..
hai assalammualaikum

Long Cardigan, Gaya Fesyen Terkini - Setiap masa pasti ada fesyen terbaru yang akan keluar. Ada macam-macam jenis pakaian bila kita tengok orang jual tidak kisahla di facebook atau instagram. Bila cantik mulala berkenan nak beli. Tapi kalau hipster sangat..alamat kene viral la baju tu..hahaha..Kalau nak berfesyen, biarlah berpada-pada. Pastikan pakaian masih menutup aurat dan cantik dipandang..


Salah satu pakaian fesyen terkini ialah Long Cardigan. Long Cardigan atau cardigan labuh menjadi pilihan nad. Sebab apa, sebab long cardigan ni boleh dipakai dengan apa cara sekalipun. Lagi satu, nad suka dengan cardigan sebab, kebanyakan baju nad, berlengan pendek dan singkat. Jadi kalau nak cepat siap, macam pergi kedai ke, pergi cuci baju ke, amik je cardigan dah terus siap. Sambil-sambil tu nampak stailista la kan..hahhaa walaupun pergi ke kedai. Gbar atas masa nas tengah mengandung..hehehe

Nad memang banyak koleksi cardigan ni, tapi semua jenis pendek. Nak tambah koleksi cardigan jenis lain pulak la kan. Bila ternampak cardigan labuh ni kat media sosial mulala tertarik nak beli. Tapi mahal ya ampunn.. Jadi haritu makan dekat tesco, habis makan jalan-jalan usha tempat pakaian. Ternampakla cardigan labuh polkadot ni. Harga pun berpatutan dan murah. Jadi cakap manis-manis dengan mr mafi, dan akhirnya dapatla baju ni..hehee


Walaupun nampak macam baju tidur je..tapi bila dipadankan dengan pakaian yang betul, nampak cantik dan anggun. Pemakaian cardigan labuh kini menjadi trend dalam kalangan remaja kerana rekaannya yang labuh hingga ke buku lali dan selesa digayakan ke mana sahaja. Macam yang ni nad pakai jeans dan tshirt lengan pendek. Hanya sarung cardigan labuh polkadot ni, dah nampak stailista macam cik ta ok..hahaha..nampak lebih matured. Yela dah jadi mommy, nak bergaya itu mesti..takdelah nampak mak-mak sangat kann..masih anak dara gitu.


Yang ni pulak cardigan labuh bercorak. Cardigan ni daripada milkwithlove. Sesuai untuk.nad yang menyusu baby. Nak menyusu anak pun kene pakaian elok..haha..Nad suka sebab kainnya yang tak panas dan lembut. 

Cardigan labuh bukan sahaja untuk wanita berhijab, tetapi juga sesuai untuk semua wanita daripada pelbagai kaum dan umur untuk tampil lebih elegan dan bergaya di hadapan umum. Satu lagi fesyen yang nad mula terokut ialah seluar palazo..hah nanti nad update entry ok..hehe..



TIPS PENJAGAAN SIMPLE UNTUK KULIT WAJAH SIHAT

in , by Nadia Johari, 15:43:00
hai assalammualaikum

Tips Penjagaan Simple Untuk Wajah - Sejak nad dah jadi mommy ni, rutin harian semakin bertambah. Dengan hal rumah, hal anak dan blog kesayangan ni. Walaupun nad sibuk dengan segala hal, tapi penampilan diri dan penjagaan wajah nad amat titiberatkan. Sebelum ni, masa berpantang memang tak sempat buat semua tu, sampai wajah jadi kusam. Tapi dengan adanya penjagaan simple ni mudahla, kulit nad mesti sentiasa segar dan berseri.

Tidak ada istilah terlewat atau awal untuk mengambil penjagaan yang lebih baik pada kulit kita. Ni nad share penjagaan simple untuk mendapatkan kulit yang sihat.

KERANA WAJAH COMEL, DAPAT HARGA DISKAUN

in , by Nadia Johari, 16:28:00
hai assalammualaikum

Kerana Wajah Comel, Dapat Diskaun Harga - Inilah yang terjadi dekat anak dara nad sorang ni ha. Eh! Memang sorang pun sekarang..nak tambah lagi..kene pergi honeymoon jauh-jauh la..hahaha..ceritanya bila jalan-jalan shoping dekat Tesco. Salah satu tempat wajib untuk.nad bershoping, sebab rumah dekat dengan Tesco tu..hahaha..


Sejak ada anak ni, pergi mana-mana mesti anak yang ditengok dulu. Takkan nak tengok maknya pulak kan..bukannya lawa pun ..comel adalah..tapi sekarang anak dah amik alih..anak jadi perhatian..hahaha..Siapa tak suka baby kan!!!.. tengok baby kecik,comel, gebu gebas mesti geram kan. Nak gomol-gomolnya kalau boleh.

Bagusnya fariza ni, dia jenis senyap, cool dan tak takut dengan orang. Mungkin dia tak kenal orang lagila kot. Tak tau dah besar nanti..hah!!!.. Bila pergi kedai tu, semua cakap, comelnya dia..kiutnyaa..pipinya masyallah..banyak lagila..ade tu siap ambil dan dukung dia. Dia senyap je..redha apa orang tu buat. Dicium, dipeluk..bestnya boleh dia senyum memanjang..hahaha..mommy apa lagi, cari barang shoping la kat kedai tu.




Tiba satu kedai jual barang mainan dan baju kanak-kanak. Mommy ternampak satu anak patung ni..harga RM10.. memnag murah..jadi nad pun belila..sebab fariza ni time tido nak kene pegang something..selalu pegang tangab mommy dulu erat-erat..taknak bagi lepas..dah mommy nak buat kerja macam mana..jadi bagi kain..ermm lain pulak macam berbulu..jadi cadang nak beli pating. Hah dah jumpa ni..belila..

Orang kedai tu nampak fariza. Macam biasalah dia cakap, comelnya..kiutnya..bambamnya..mommy senyum jela. Pastu dia cakap, " sebab you comel, RM5 je patung ni".. Nad yang terkejut..hah!!.. hahaha.." thank you uncle ".. Dapatla fariza patung zirafah ni dari harga RM10 ke RM5..huhuhuhu..


Kenapa mommy pilih zirafah??.. sebab mommy suka Lee Kwang Soo cerita running man tu..haha..Lee lwang Soo kan digelar zirafah..hehe..lagi sebab leher zirafah kecik, jadi senang dia pegang.. Sekarang tido dengan Zirafah ni la..hehhe..


ANUGERAH MELETOP ERA 2016 HAMBAR

in , by Nadia Johari, 12:41:00
hai assalammualaikum


Anugerah Meletop Era 2016 Hambar - Punyala excited nak tengok Anugerah Meletop Era 2016 malam tadi sebab tengok iklan promotenya macam best siap ada lara alana lagi..tapi rupanya tak meletop macam tahun lepas. Macam kucar kacir je malam AME2016 malam tadi.huhuhhu

Opening untuk Anugerah Meletop Era 2016 mulanya nampak gempak..excited je ni..lama-lama..ermmm..gitu-gitu jela..sound pun macam problem je. Mula-mula opening lagu Polis Evo. Nad dah tau dah tu Shaheizy Sam dari mata dia..hahaha..sekali betul..Pengacara masih sama iaitu Nabil, Nealofa dan Dato Ac.. tapi ditambah satu pengacara baru iaitu Jihan. Kalau tahun lepas kumpulan Jozan, memang tak kering gusi gelak..tapi bila jihan jadi pengacara, apa yang disampaikan macam tak sampai..nak gelak pun tak jadi gelak..hahaha..adehlaa..

Malam tu, semua persembahan kebanyakan daripada penyanyi baru. Lagu semua lagu yang terkini. Lagu sedap tapi entahla..macam tu je..masa ucapan nak penyampaian kategori pun macam blur je diaorang. Agaknya baru dapat skrip waktu tu. Jadi nak cakap macam mana pun tak tau. 

Sebenarnya nad tunggu Lara Alana si comel kiut tu..nak tengok apa dia nak buat..tapi sedihnya, malam tu Lara dah mengantuk..lorr.kalau tak boleh tengok dia berjalan atas stage tu..dengar suara dia..ermm..ingat dia nak buat apa..rupanya sampaikan kategori anugerah couple meletop..sebab tahun lepas Awal dengan Scha dapat anugerah tu..

kesiannya lagi time Mira Filzah diumukan sebagai pemenang artis baru, masa dia nak bagi ucapan dah kuar suara robot..alahai..kesian dia..manalah dia tau kene cakap 5 patah perkataan je..


Juara top meletop sama seperti tahun lepas..Johan dan Adya Jebat...Johan merangkul anugerah utama Top Top MeleTOP lelaki di samping membawa pulang anugerah bagi Artis Lawak MeleTOP dan Couple MeleTOP bersama isterinya, Ozlyn. Rancangan radionya, JoHaRa Pagi ERA pula memenangi kategori Program Radio MeleTOP.
Anugerah Top Top Meletop Wanita dimenangi Ayda yang juga mengungguli kategori Pelakon MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP. Drama lakonannya, M.A.ID. pula memenangi anugerah Drama MeleTOP.

Anugerah Meletop Era 2016 ditaja oleh Aurawhite.." shake..shake..u alls".. bershake-shake bila kamera tuju dekat pengasasnya..hahaha..Anugerah Meletop Era 2016 diadakan di Pusat Konvesyen CIDB kuala lumpur.

Senarai penuh pemenang AME2016

Bintang Filem MeleTOP - Zizan Razak

Filem MeleTOP - Polis Evo

Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Zaman MeleTOP - Zulkarnain Hassan 

Artis Lawak MeleTOP - Johan

Pelakon MeleTOP - Ayda Jebat

Drama MeleTOP - M.A.I.D.

Hos MeleTOP - Dato' AC Mizal

Program MeleTOP - Gegar Vaganza 2015

Lagu MeleTOP - Siapa Diriku

Penyanyi MeleTOP - Ayda Jebat

Grup/Duo MeleTOP - Akim & The Majistret
Program Radio MeleTOP - JoHaRa Pagi ERA

Penyampai Radio MeleTOP - Johan

Couple MeleTOP - Johan & Ozlyn

Bintang Online MeleTOP - Dato' Siti Nurhaliza

Artis Baharu MeleTOP - Mira Filzah

JENIS-JENIS NYAMUK

in , by Nadia Johari, 18:06:00
hai assalammmualaikum

Jenis-jenis Nyamuk - Bila dengar bunyi "ngeng,ngeng,ngeng" dekat telinga mesti rasa rimas kan..bunyi apa lagi, bunyi nyamukla. Tetamu tak diundang tu tu tidak kira siang atau amalm pasti akan "berkunjung" ke rumah. Yela nyamuk kene cari mangsa,sebab makanan dia darah manusia. Naymuk kan lenghisap darah. Nyamuk ni boleh dianggap penghisap nyawa. Sebab gigitan nyamuk boleh membawa kepada penyakit.

Demam denggi adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada jangkitan virus denggi yang disebar oleh aedes betina. Terdapat dua jenis denggi yang berbahaya iaitu Demam Hemoragik Denggi dan Sindrom Kejutan Denggi. Virus denggi akan berada dalam sistem badan selama tiga hingga empat belas hari sebelum tanda demam kelihatan. Terbaru penyakit virus zika pulak. Menakutkan bila dengar macam-macam penyakit ni.

Baru tau nyamuk ni ade macam-macam jenis. Selalu cakap nyamuk kecik, nyamuk gatal, nyamuk besar..hahaha..jom kenaasti jenis-jenis nyamuk.




ANOPHELES
- dikenali sebagai nyamuk tiruk iaitu jenis yang menyebabkan penyakit malaria
- nyamuk ini terdapat di paya,saluran air dan permukaan air yang terdedah di bawah sinaran matahari
-ia bertelur di permukaan air
- nyamuk ini hinggap dengan posisi membentuk sudut
- sering hinggap di dinding rumah atau kandang
- terdapat plbagai warna, ada hitam ada yang kakinya berceloreng putih.
- jenis nyamuk Anopheles Maculatus dan Anopheles balabacensis banyak terdapat di kawasan bukit.
- nyamuk ini jugak boleh menyebabkan penyakiy kaki gajah.


AEDES AEGYPTI
- penyebab penyakit denggi berdarah.
-pada tubuhnya tampak berbelang hitam putih
- sering hinggap di pakaian yang bergantung di tempat gelap
- bertelur di air bersih seperti di tempayan, tab mandi dan pasu bunga.
- menggigit pada waktu pagi dan petang antara jam 8 pagi hingga 12 tgh ari dan 3 petang hingga 5 petang
- sebaik nyamuk ini menggigit manusia pada hari ketiga ia akan bertelur dan meneteas dua hari
-nyamuk ini terbang dalam radius antara 50 hingga 100 meter ke kanan-kiri sekitar rumah.


AEDES ALBICTUS
- spesis ini boleh menyebabkan seseorang itu dijangkiti demam denggi berdarah
- biasanya terdapat di kebun atau halaman rumah
- cirinya hampir sama dengan aedes aegypti iaiatu berbelang hitam putih
- waktu menggigitnya pada waktu pagi dan petang
- bertelur di permukaan air yang bergenang seperti di bekas yang menakung air hujan di depan rumah.
- pada musim hujan, nyamuk ini banyak terdapat di kebun atau halaman rumah kerana di situ tempat yang berisi air.


CULEX QUINQUEFASCIATUS
- naymuk rumah ini menggigit pada waktu malam
- hinggap di mana saja seperti di pakaian yang tergantung atau di dinding rumah
- warna badan nyanuk ini ada yang hitam dan keperangan
- telurnya mengelompok membentuk rakit
- jejentikya tergantung di permukaan air.
- ciri nyamuk ini ketika hinggap pada manusia, posisi tubuhnya mendatar.
- ia banyak ditemui di air keruh atau tempat yang banyak mengandungi tanaman organik dan bahan makanna.
- nyamuk ini boleh menyebabkan penyakit kaki gajah atau filariasis.

Geli tengok gambar nyamuk ni dekat-dekat..sentiasa jaga kebersihan rumah ok..

TAZKIRAH JUMAAT : ZIKIR

in , by Nadia Johari, 13:48:00
hai assalammualaikum

Tazkirah Jumaat: Zikir - Amalan yang paling baik disisi Allah iialah zikirullah. Zikir adalah sebaik amalan malah lebih baik daripada sedekah. Kanapa?? Sebab zikir membuatkan seseorang itu sentiasa ingat kepada Allah.

Orang yang sentiasa berzikir, prang itu akan bersih hatinya. Secara automatik dia akan suka sedekah dan jihad fisabilillah. Solat dipenuhi dengan zikrullah. Jika anda ingin tahu pokok, batu, gunung,ikan dilautan malah makhluk yang bukan manusia sentiasa berzikir kepada Allah. Malaikat berduyun-duyun turun ke dunia mencari majlis zikir. Tapi manusia tak ramai yang datang. Hadis menyatakan jumlah malaikat yang datang adalah seamai hingga sampai langit yang paling dekat dengan dunia. Sebab majlis ini dipenuhi dengan rahmat Allah.

Apabila majlis habis, semua Malaikat balik kelangit lalu ditanya oleh Allah walaulun Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku.

Allah: apakah yang dibuat oleh hambaku??

Malaikat: Engkau lebih tahu Ya Allah..hambamu masih berzikir dan mereka mengharapkan keampunan dan syurga daripadaMu.

Allah: adakah mereka pernah lihat syurga?? Dan apakah yang akan mereka lakukan jika mereka diberi peluang melihat syurga??

Malaikat: sesungguhnya Kau lebih Mengetahui Ya Allah. Jika mereka melihat syurga, pastilah mereka akan menambahkan amalan mereka.

Allah: adakah mereka pernah lihat neraka??

Malaikat: Kau lebih tahu Ya Allah. Jika mereka melihat neraka ,nescaya mereka akan meninggalkan laranganmu.

Allah: sesungguhnya Aku mengampunkan semua orang yang hadir majlis zikir itu.

Malaikat: bagaimana pula orang  yang sekadar duduk tanpa berniat untuk.mendengar majlis ilmu?? Adakah mereka juga Engkau ampunkan.

Allah: Ya, disebabkan dia duduk bersama dengan orang yang aku ampunkan dalam majlis zikir.

Orang yang duduk sahaja pun dapat kelebihan. Yang betul-betul niat duduk dalam majlis zikir apatah lagi. Ada hadis menyatakan tiada amalan yang boleh jadi penyelamat daripada azab neraka melainkan zikirullah. 

Zikirullah juga bole menyelamatkan seseorang daripada musibah. Itulah yang terjadi pada Nabi Yunus. Baginda berzikir dalam perut ikan Nun, Allah keluarkan baginda dari perut ikan tersebut.

Jadi terus istiqomah drngan zikrullah. :).


         
hai assalammualaikum

Fariza Demam!! Apa Yang Mommy Daddy Buat??- Perkara yang nad paling risau dan cuak bila ada anak ni ialah demam. Bukan setakat demam , tapi package dengan selsema dan batuk. Yela, demam ni jangan dibuat main-main, lagi-lagi baby baru 3 bulan ni. Takut apa-apa jadi sebab badan diaorang belum kuat lagi.

Anak Demam!! Apa Yang Patut Parents Buat?



Minggu lepas Fariza batuk dan selsema, nad biarkan dulu sebab tak.nampak teruk. Nad bagi ubat batook ori dekat dia. Baby ni mudah berjangkit, fariza jangkit dengan daddynya. Sebab daddynya demam dan batuk. Satu malam tu, tiba-tiba badan dia panas sangat. Nad dah takut. Yela dahla berjauhan daripada keluarga, pengalaman pertama jadi ibu, tak tau apa perlu buat. 
 
Bila dah jadi mommy ni, benda yang tak tau terus kita tau. Nad google la, apa lagi kan. Malam tu, nad tuam dia dengan air suam, lepas tu sapu dengan air asam dekat badan fariza bagi suhunya turun. Mana yang tak pasti, nad tanya orang berpengalaman. Lega sikit dia bila kene tuam. Cuma dia akan merengek bila batuk. Yela batuk tu menyeksakan. Kita kalau orang besar pun tak larat bila batuk, inikan budak.


Siang tu, nad dengan mr mafia bawak fariza pergi klinik pakar kanak-kanak. Tak pernah tau ada klinik pakar kanak-kanak, sampailah ada anak ni..hahha..kadang-kadang baca blog orang cerita pasal paed??. 
 
Apa itu paed??. Terfikir..lepas tu tanyala dekat seorang ibu ni, paed tu apa??. Baru tau paed tu Paedatrician..doktor pakar kanak-kanak. Macam-macam baru tau lepas jadi mommy. 
 
Sampai klinik, alhamdulillah, doktor kata fariza cuma hangat je badan dia..masa di amik suhu cuma 37.4℃..mommy tau anak mommy kuat. Doktor cek semua ok,pernafasan dia pun ok. Doktor bagi ubat demam,selsema dan batuk..doktor pesan ubat demam dibagi bila dia demam je..kalau bawah 37 tu..tak perlu.


Ubat!!ermmm..ramai cakap tak disarankan bagi baby ubat demam,selsema dan batuk ni. Masa fariza dalam pantang pun dia ada gak demam, tapi nad tak pernah bagi ubat. Tapi kali ni terpaksa bagi untuk kurangkan sakit dia. Tapi nad tak bagi ikut apa yang disuruh, dos pun nad tak bagi banyak..kurangkan sikit.
 
Yela baby kan kecik lagi, takut tak tahan dengan ubat. Nad terpaksa bagi ubat batuk sebab batuk dia teruk, tapi macam nad cakap tadi, bagi kurang daripada apa yang sepatutnya. Untuk ubat demam dan selsema, memang nad jarang bagi..hahha..ubat demam, sekali je bagi, ubat selsema baru dua kali. Sebab nad selalu tuam fariza dengan buat tepuk precussion untuk keluarkan hingus dan kahak.

Alhamdulillah..demam dia dah pulih, macam tu jugak dengan selsema dia. Tapi batuk pulak tak baik-baik lagi. Kesian tengok dia batuk je..penat je rasa tengok tu..ermmm..Masa fariza demam, dia kerap berak..lepas nyusu mesti berak, nad pikir sebab nad ada makan benda yang dia tak tahan ke??.. tapi nad makan macam biasa je..tak pedas. Pastu ade member bagitau biar anak kerap berak sebab kahak keluar masa dia berak..ermm okla..lega sikit dengar..sebab kadang berak ada lendir-lendir sikit..maybe tu kahak dia.



Bila time malam, pahan-pahan jela, datang dia ounya meracau..bukan sebab demam, tapi batuk dia. Dia tak selesa, jadi daddy yang tenangkan dia sampai dia tido. Daddy dukung dan goyang-goyangkan sikit bagi dia selesa.

Apa nad buat untuk baby Fariza masa demam.
- buka pakaian dia, hanya pakai pampers dan stokin. Pastu tuam dengan gunakan tuala. Malam-malam pun macam tu..tido berbogel, letak kain tuam atas badan dia. Tuam dekat kepala.
- jangan halakan kipas ke fariza, bagi dia berpeluh..terus demam nya ok.
- tetap mandikan dia dua kali sehari. Walaupun doktor tu cakap jangan bagi kene air, tapi kakak nad penah cakap, mandikan je, sebab demam baik bila dia mandi. Yela demam tu panas, bila kene air, sejuk je badan dia.
- buat tepukan precussion. Keluar sikit hingus dia. Tapi selsema dia dah hilang jugak.
- Bagi ubat batuk tapi tidak bagi apa yang disarankan. Kurangkan dos. Sekarang minum ubat batuk je.
- Buat bawang bakar letak dekat tapak kaki.
- Selalu bagi susu badan dekat baby fariza.


Alhamdulillah..semua ni nad buat demam dan selsema dah takde..tak smpai seminggu..tapi sekarang cuma batuk je yang merisaukan. Sampai mak pun dah berjangkit dengan anak.adoii..tapi mommy kene kuat,takleh demam. Nanti kene dekat anak balik kang. Mommy kene batuk je..adehh..musim betul sekarang. Jaga anak korang baik-baik ok. Baby mudah berjangkit..
hai assalammualaikum

Sohaini Cookies - Bila fikir tentang majlis pertunangan atau perkahwinan mesti pening nak bagi doorgift apa kan. Macam nad la dulu, berapa banyak kali cari dekat google, doorgift apa yang sesuai nak bagi dekat tetamu. Siang sampai ke malam fikir, kadang sampai takleh tidur fikir pasal doorgift ni, serabut weii. Kalau boleh nak cari doorgift yang kosnya tak banyak dan cantik.

Ada sesetangah orang suka bagi barang perhiasan, ada jugak suka bagi makanan. Macam nad aritu bagi makanan iaitu coklat. Sebab takdelah doorgift tu terbiar dan terbuang. Tapi nad tak review doorgiftbtu sebab dia punya bekas tak menepati citarasa nad..huh..geram pulak bila fikir balik..tapi dah selamat dahh..Hah ni nak bagitau, kalau korang yang penin nak fikir doorgift apa nak bagi, ni ha, Sohaini Cookies ada. Murah pun murah beb..


Nad dah rasa Sohaini Cookies ni. Sedap dan rangup. Siapa suka makan biskut Armos, macam tu la rasanya tapi yang ni tak terlampau manis. Sohaini Cookies ni ada tiga rasa iaitu:
Flavor: 
👉 Mocha
👉 Milo
👉 Expresso Coffee 
Harga : 250g RM18
              450g RM28



Untuk Doirgift pulak, bentuk bekas dia macam ni. Harganya berbeza..ikut korang la nak berapa.

Door Gift: 
RM2.00 each ( Below 500pax) 
RM1.50 each ( Above 500pax)

Sedia untuk tempahan Door Gift bagi majlis: 
💜 Birthday Party
💜 Engagement
💜 Wedding
💜 Event

Hah dah ade idea apa nak bagi untuk majlis korang. Cepat-cepat order ok. Maklumat lanjut 

IG : @sohainicookies.
FB : http://www.facebook.com/sohainicookies
Contact: Sales & Marketing Cik Atikah Norbaki 017-9145640





© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2