ANAK DAH MACAM MAGNET

in , by Nadia Johari, 18:14:00
hai assalammualaikum


Anak Dah Macam Magnet - Dasyat baby ni kan. Boleh bau maknya dari jauh. Ingat lagi masa berpantang, waktu tu fariza dah tido nyenyak, nad pun bangun la nak pergi tandas, terus dia tergerak-gerak macam nak bangun, bila kita duduk balik, dia elok senyap balik dan tidur..eheh..ngengada sangat ni..kadang sampai tak mandi dari pagi sampainke petang..adududu..

Bila suruh mak nad jaga kejap, dienjut dia tido, tapi bila nad dah habis mandi atau dah habis makan, secara automatiknya dia yang tengah tidur boleh bangun. Adududu..memang tak bagi mommynya rehat. Nak beri perhatian dia 24 jam.


Tapi makin besar, mungkin takde semua tu dah. Dah perangai lain pulak. Makin besar anak, makin rindu dia masa kecil. Tengok anak membesar sendiri depan mata, jaga sendiri depan mata adalah satu moment yang indah. Tengok macam-macam gelagat dia.

Makin mengada-ngada..hehhe..bila dia dah besar, takde semua ni dah..baik main ngan dia puas-puas..hehe..
hai assalammualaikum

Blouse Labuh Dan Jubah Cantik Dengan Gaya Terkini -  Memang menjadi trend sekarang, memilih kain yang labuh, selesa, dan tidak panas. Pakaian dengan rekaan terkini yang menitikberatkan aspek sopan dan memenuhi tuntutan syariat. Tapi tak tau nak beli dekat mana, sebab banyak sangat blouse yang dijual di luar sana. Jangan risau!!! Meh nad kenalkan satu butik yang menjual Blouse Labuh dan Jubah Cantik dengan harga yang berpatutan. Memang sesuai untuk mereka yang sukakan pakaian yang ringkas dengan warna yang memikat hati.


Butik yang nad sarankan untuk korang ialah butik Norie Signature. Dekat butik ni ada macam-macam jenis Blouse, jubah, palazo yang cantik, anggun dan sopan bermula dari saiz S hingga ke XL. Pakaian di butik ni memang sesuai untuk ke pejabat, kenduri ataupun majlis rasmi. Pakai untuk pergi berjalan ke shoping complex, melancong pun boleh ok..Hah!! Nak cakapla yang NorieSignature sekarang ade buat DISKAUN 10% untuk setiap pembelian pertama blouse helena, layla dan jubah. Nak tau caranya??. Baca sampai bawah..Sebelum tu jom tengok www.noriesignature.my

Nad tertarik dengan blouse di Norie Signature ni sebab boleh dipadankan dengan jeans, skirt ataupun palazo. Didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang pastel dan tidak terang,ceria dan anggun bila dipandang. Harganya sangatla berpatutan setanding dengan kualiti kain dia. Dah mula rambang mata bila tengok. Hati dah terdetik nak beli..hahaa..macam ni la perempuan..pantang tengok baju cantik. Bukan sahaja kecantikan baju malah kualiti baju pun dititberatkan. 

Blouse yang ada di Norie Signature ada tiga jenis iaitu helena blouse, layla blouse dan nelly blouse
Helena blouse dan layla blouse merupakan blouse muslimah yang paling popular tahun 2016 keluaran Norie Signature.

Helena blouse


Jom bergaya dengan Helena blouse. Long blouse yang sangat  simple dengan potongan curve dibahagian bawah membuatkan blouse helena nampak unik dan menarik.
warna yang ada ialah magenta,green,grey,dark blue dan cream. www.noriesignature.my/blouse/blouse-helena


❤ Material : Premium soft crepe yang selesa dan tidak panas
❤ Ciri - ciri : Nursing & wudhu friendly
❤ Keistimewaan :
✔ Sesuai dipakai oleh mereka yg tinggi
✔ Simple yet elegan
✔ Kain yg sangat selesa
✔ Tak mudah berkedut

Layla blouse


Layla blouse cantik sebab dekat bahagian tangan macamada ropol-ropol gitu..lawa kann.



Keistimewaan Layla Blouse
❤ Material : Premium soft crepe yang selesa dan tidak panas
❤ Ciri - ciri : Nursing & wudhu friendly
❤ Keistimewaan :
✔ Labuh menutup pinggul
✔ Design unik & up to date
✔ Kain yg sangat selesa & tak panas
✔ Tak mudah berkedut & less iron

Semua pakaian di Norie Signature ni sesuai untuk nad..sebab nad sekarang menyusukan fariza. Sebagai ibu yang menyusukan anak, mestilah kena cari baju yang breastfeeding friendly bagi memudahkan penyusuan. Kalau tak, nak kene selak sana sini, kan susah. Pakaian di Nori signature mempunyai zip bagi memudahkan ibu yang menyusu dan ia tersangat breastfeeding friendly dan wudhuk friendly. Jadi, ibu-ibu yang menyusu tu bolehla tampil anggun dan menawan. Ibu-ibu sekarang nak lawa kan, nak cepat, kalau boleh semuanya nak mudah walaupun diluar.  


Selain blouse, jubah jugak ada terdapat di Norie signature. Jubah terbaru ialah Wardah Jubah. Tampil simple dan sederhana dengan jubah wardah.  Diperbuat daripada material heavy dull satin dan perincian lace-lace kecil yang tidak keterlaluan.



Warna yang terdapat ialah tiffany blue, golden brown , dark green, dan ice pink. Keistimewaan:
- nursingdan wudhu friendly
- sesuai dipakai oleh mereka yang tinggi
- kain yang selesa dan tidak mudah kedut.

Menarik bukan.Pembelian pula boleh dilakukan terus ke butik mereka ataupun melalui website, facebook, IG mahupun whatsapp. Hah!! Jangan Lupa DISKAUN 10% untuk setiap pembelian pertama blouse helena, layla dan jubah ni. CARANYA DENGAN MASUKKAN KOD DISKAUN IAITU REG10 ok.

Apa tunggu lagi? Dapatkannya sekarang sebelum kehabisan stok.
Butik : 63B, Tingkat 2, Jalan Besar KU/8, Meru, Klang, Selangor.
Whatsapp :  012-3457840 / 019-271 4626 (ORDER)
Emel : noriesignature@gmail.com
hai assalammualaikum

Pavlova Mengiurkan -  " salam kak rara, boleh order pavlova tak".. kak rara" hah boleh2, bila-bila boleh order". huh..kau tau nad ngidam masa mengandung lagi tau tak..punya lama aku aim pavlova kak safurara ni. Selalu tengok status facebook dia, ade update pasal pavlova ni..lagi mengiurkan dan membuatkan air liur nad meleleh..sedih masa mengandung tak dapat sebab kak rara buzy bebenor..pastu boleh pulak dia whatsup time nad dah dekat kampung menunggu hari..takkan dia nak hantar dekat klang tu..jauh nor..


Lepas fariza dah keluar..nad dah balik kuala lumpur, baru dapat rasa pavlova ni. Dulu tak suka kek-kek macam ni..sebab takut tekak tak dapat terima, tapi tengokkan ramai permintaan pavlova kak rara ni, aku pun terpengaruh nak memakannya. Ya ampun, rasanya manis, sedap gitu. Walaupun manis, tapi tak perasan nad dah makan 4 ketul dalam satu hari..hahaha..lepas dapat je pavlova tu, balik terus buka dan makan. Lepas makan satu..makan lagi..makan lagi..dan makan lagi..hahaha


Kesian fariza, masa dalam perut tak dapat rasa. Dah keluar, lagi rak dapat rasa..hahaha..tengok jela anak ye..sila marah aunty rara sebab tak tunaikan permintaa mommy masa mengandung..hahaha..kesian meleleh air liur dia..nasib tak banyak..fariza nak rasa, hah hahrap-harap rasa pavlova mengalir dekat susu mommy ok..hehhee..



Hah yang nad order ni pavlova nutella namanya..nad ni kalau takde coklat-coklat macam lain macam..hahha..jadi buhla nutella tu..harga RM35 untuk 10 pcs..memang wajib order 10 ok..hah terliur dak..macam mana nak order..

Boleh pergi ke
hai assalammualaikum

Camera 360 Ada Apps Comel Terbaru - Lama dah tak buka camera 360 sejak kamera phone nad ni dah memang lawa..hahaha..Haritu dah buang 360 tapi install balik sebab suka-suka..hahha..Lama jugak la tak berupdate segala apps yang ada ditelefon sebab tak cukup space. Dan haritu buat pembersihan untuk banyakkan space telefon dan akhirnya update la segala apps.


Semalam terdetik nak buka camera 360. Sekali buka tengok macam biasa je. Tapi ternampak benda terbaru dekat situ. Ada subjek muka senyum..hahah..warna kuning tu. Sila tengok gambar, nad ada tandakan. Hah tekan tu nanti macam-macam keluar.


Macam-macam ada, panda ada, topi ada, mata ada..huishh macam-macamla..dahla semua conel-comel belaka. Apa lagi..anak jadi mangsala..hahaha


Bertambah comel anak dara ni bila guna apps ni..hahaha..haishh mommy excited sangat dengan apps ni.


Hah tengok kucing ni..comel kan..hahhaa


Dragon ball..hahhaa



Hah korang p la update camera 360 korang..hehhe


hai assalammualaikum

Lama pulak tak join segmen-segmen ni. Ni kali pertama join segmen mommy-mommy ni..hahaha..sejak dah jadi mommy, kenela berkumpul dengan mommy lain dengan lebih rapat. Yela nak dapatkan berkongsi apa-apa. Kota ni serba serbi tak tau lagi kan..hahha..ok jom join segmen kak shehan ni..



Syarat mudah untuk turut serta dalam segmen ini, korang perlu follow syarat yang sangat mudah seperti dibawah ye:

SYARAT-SYARAT SEGMEN TOP MOMMY BLOGGERS

1. Anda seorang Mommy Blogger, terbuka kepada semua jenis niche blog 
    [p/s : bakal Mommy pun boleh tau, asalkan dah kahwin :) ]
2. Anda menetap di Malaysia
3. Hasilkan 1 entri anda bertajuk sama seperti entri ini
4. Letak logo ini di entri anda, dan link entri ini di logo tersebut
 5. Komen entri INI dengan meletakkan link entri anda.
6. Link Blog anda akan disenaraikan di dalam Direktori Top Mommy Bloggers kelak.
Itu sahaja. 
hai assalammualaikum

Perlu Perhati Anak Bila Dah Mengiring Nak Meniarap - Lepas fariza baik demam, macam-macam perangai dia dah lain. Dia nak selalu mommynya ada dengan dia je. Tidur pun dah tak tentu, tak tidur nyenyak macam sebelum ni. Sekarang setiap dua jam akan bangun. Dah macam dalam pantang balik..alahaii anak. Nak bermanja sahaja dengan mommy. Sampai mommy nak buat kerja pun susah.


Dan sekarang dah 4 bulan, satu perkara yang ditunggu-tunggu ialah meniarap. Tapi fariza belum meniarap lagi, baru mengiring-ngiring gitu. Sebelum ni selalu meniarapkan dia, sebab dia suka sangat. Sambil tonton tv, khusyuk sangat. Tapi sekarang dia berusaha nak meniarap sendiri.


Dan malam semalam dia dah start mengiring, demgan usaha dia...hahaha..hah!! Part ni kita kene ada dengan dia. Bahaya betul kalau ditinggalkan sorang-sorang. Sebab apa, tengokla time dia mengiring cuba nak.meniarap, mukanya tersembam ke katil. Sekali dengan hidung. Takut lemas je. Yela hidung tertutup..uishh..seram pulak kita tengok.

Mau kalau dibiarkan sorang-sorang..ermmm..memang kene perhati fariza selalu ni. Dia dah mula bersungguh nak meniarap sekarang. Sambil tengok dia meniarap, sambil bagi support..hehehe..nanti lama-lama pandaila meniarap tu.

Alahai besar dah anak mommy ni..
hai assalammualaikum

Long Cardigan, Gaya Fesyen Terkini - Setiap masa pasti ada fesyen terbaru yang akan keluar. Ada macam-macam jenis pakaian bila kita tengok orang jual tidak kisahla di facebook atau instagram. Bila cantik mulala berkenan nak beli. Tapi kalau hipster sangat..alamat kene viral la baju tu..hahaha..Kalau nak berfesyen, biarlah berpada-pada. Pastikan pakaian masih menutup aurat dan cantik dipandang..


Salah satu pakaian fesyen terkini ialah Long Cardigan. Long Cardigan atau cardigan labuh menjadi pilihan nad. Sebab apa, sebab long cardigan ni boleh dipakai dengan apa cara sekalipun. Lagi satu, nad suka dengan cardigan sebab, kebanyakan baju nad, berlengan pendek dan singkat. Jadi kalau nak cepat siap, macam pergi kedai ke, pergi cuci baju ke, amik je cardigan dah terus siap. Sambil-sambil tu nampak stailista la kan..hahhaa walaupun pergi ke kedai. Gbar atas masa nas tengah mengandung..hehehe

Nad memang banyak koleksi cardigan ni, tapi semua jenis pendek. Nak tambah koleksi cardigan jenis lain pulak la kan. Bila ternampak cardigan labuh ni kat media sosial mulala tertarik nak beli. Tapi mahal ya ampunn.. Jadi haritu makan dekat tesco, habis makan jalan-jalan usha tempat pakaian. Ternampakla cardigan labuh polkadot ni. Harga pun berpatutan dan murah. Jadi cakap manis-manis dengan mr mafi, dan akhirnya dapatla baju ni..hehee


Walaupun nampak macam baju tidur je..tapi bila dipadankan dengan pakaian yang betul, nampak cantik dan anggun. Pemakaian cardigan labuh kini menjadi trend dalam kalangan remaja kerana rekaannya yang labuh hingga ke buku lali dan selesa digayakan ke mana sahaja. Macam yang ni nad pakai jeans dan tshirt lengan pendek. Hanya sarung cardigan labuh polkadot ni, dah nampak stailista macam cik ta ok..hahaha..nampak lebih matured. Yela dah jadi mommy, nak bergaya itu mesti..takdelah nampak mak-mak sangat kann..masih anak dara gitu.


Yang ni pulak cardigan labuh bercorak. Cardigan ni daripada milkwithlove. Sesuai untuk.nad yang menyusu baby. Nak menyusu anak pun kene pakaian elok..haha..Nad suka sebab kainnya yang tak panas dan lembut. 

Cardigan labuh bukan sahaja untuk wanita berhijab, tetapi juga sesuai untuk semua wanita daripada pelbagai kaum dan umur untuk tampil lebih elegan dan bergaya di hadapan umum. Satu lagi fesyen yang nad mula terokut ialah seluar palazo..hah nanti nad update entry ok..hehe..



TIPS PENJAGAAN SIMPLE UNTUK KULIT WAJAH SIHAT

in , by Nadia Johari, 15:43:00
hai assalammualaikum

Tips Penjagaan Simple Untuk Wajah - Sejak nad dah jadi mommy ni, rutin harian semakin bertambah. Dengan hal rumah, hal anak dan blog kesayangan ni. Walaupun nad sibuk dengan segala hal, tapi penampilan diri dan penjagaan wajah nad amat titiberatkan. Sebelum ni, masa berpantang memang tak sempat buat semua tu, sampai wajah jadi kusam. Tapi dengan adanya penjagaan simple ni mudahla, kulit nad mesti sentiasa segar dan berseri.

Tidak ada istilah terlewat atau awal untuk mengambil penjagaan yang lebih baik pada kulit kita. Ni nad share penjagaan simple untuk mendapatkan kulit yang sihat.

KERANA WAJAH COMEL, DAPAT HARGA DISKAUN

in , by Nadia Johari, 16:28:00
hai assalammualaikum

Kerana Wajah Comel, Dapat Diskaun Harga - Inilah yang terjadi dekat anak dara nad sorang ni ha. Eh! Memang sorang pun sekarang..nak tambah lagi..kene pergi honeymoon jauh-jauh la..hahaha..ceritanya bila jalan-jalan shoping dekat Tesco. Salah satu tempat wajib untuk.nad bershoping, sebab rumah dekat dengan Tesco tu..hahaha..


Sejak ada anak ni, pergi mana-mana mesti anak yang ditengok dulu. Takkan nak tengok maknya pulak kan..bukannya lawa pun ..comel adalah..tapi sekarang anak dah amik alih..anak jadi perhatian..hahaha..Siapa tak suka baby kan!!!.. tengok baby kecik,comel, gebu gebas mesti geram kan. Nak gomol-gomolnya kalau boleh.

Bagusnya fariza ni, dia jenis senyap, cool dan tak takut dengan orang. Mungkin dia tak kenal orang lagila kot. Tak tau dah besar nanti..hah!!!.. Bila pergi kedai tu, semua cakap, comelnya dia..kiutnyaa..pipinya masyallah..banyak lagila..ade tu siap ambil dan dukung dia. Dia senyap je..redha apa orang tu buat. Dicium, dipeluk..bestnya boleh dia senyum memanjang..hahaha..mommy apa lagi, cari barang shoping la kat kedai tu.




Tiba satu kedai jual barang mainan dan baju kanak-kanak. Mommy ternampak satu anak patung ni..harga RM10.. memnag murah..jadi nad pun belila..sebab fariza ni time tido nak kene pegang something..selalu pegang tangab mommy dulu erat-erat..taknak bagi lepas..dah mommy nak buat kerja macam mana..jadi bagi kain..ermm lain pulak macam berbulu..jadi cadang nak beli pating. Hah dah jumpa ni..belila..

Orang kedai tu nampak fariza. Macam biasalah dia cakap, comelnya..kiutnya..bambamnya..mommy senyum jela. Pastu dia cakap, " sebab you comel, RM5 je patung ni".. Nad yang terkejut..hah!!.. hahaha.." thank you uncle ".. Dapatla fariza patung zirafah ni dari harga RM10 ke RM5..huhuhuhu..


Kenapa mommy pilih zirafah??.. sebab mommy suka Lee Kwang Soo cerita running man tu..haha..Lee lwang Soo kan digelar zirafah..hehe..lagi sebab leher zirafah kecik, jadi senang dia pegang.. Sekarang tido dengan Zirafah ni la..hehhe..


ANUGERAH MELETOP ERA 2016 HAMBAR

in , by Nadia Johari, 12:41:00
hai assalammualaikum


Anugerah Meletop Era 2016 Hambar - Punyala excited nak tengok Anugerah Meletop Era 2016 malam tadi sebab tengok iklan promotenya macam best siap ada lara alana lagi..tapi rupanya tak meletop macam tahun lepas. Macam kucar kacir je malam AME2016 malam tadi.huhuhhu

Opening untuk Anugerah Meletop Era 2016 mulanya nampak gempak..excited je ni..lama-lama..ermmm..gitu-gitu jela..sound pun macam problem je. Mula-mula opening lagu Polis Evo. Nad dah tau dah tu Shaheizy Sam dari mata dia..hahaha..sekali betul..Pengacara masih sama iaitu Nabil, Nealofa dan Dato Ac.. tapi ditambah satu pengacara baru iaitu Jihan. Kalau tahun lepas kumpulan Jozan, memang tak kering gusi gelak..tapi bila jihan jadi pengacara, apa yang disampaikan macam tak sampai..nak gelak pun tak jadi gelak..hahaha..adehlaa..

Malam tu, semua persembahan kebanyakan daripada penyanyi baru. Lagu semua lagu yang terkini. Lagu sedap tapi entahla..macam tu je..masa ucapan nak penyampaian kategori pun macam blur je diaorang. Agaknya baru dapat skrip waktu tu. Jadi nak cakap macam mana pun tak tau. 

Sebenarnya nad tunggu Lara Alana si comel kiut tu..nak tengok apa dia nak buat..tapi sedihnya, malam tu Lara dah mengantuk..lorr.kalau tak boleh tengok dia berjalan atas stage tu..dengar suara dia..ermm..ingat dia nak buat apa..rupanya sampaikan kategori anugerah couple meletop..sebab tahun lepas Awal dengan Scha dapat anugerah tu..

kesiannya lagi time Mira Filzah diumukan sebagai pemenang artis baru, masa dia nak bagi ucapan dah kuar suara robot..alahai..kesian dia..manalah dia tau kene cakap 5 patah perkataan je..


Juara top meletop sama seperti tahun lepas..Johan dan Adya Jebat...Johan merangkul anugerah utama Top Top MeleTOP lelaki di samping membawa pulang anugerah bagi Artis Lawak MeleTOP dan Couple MeleTOP bersama isterinya, Ozlyn. Rancangan radionya, JoHaRa Pagi ERA pula memenangi kategori Program Radio MeleTOP.
Anugerah Top Top Meletop Wanita dimenangi Ayda yang juga mengungguli kategori Pelakon MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP. Drama lakonannya, M.A.ID. pula memenangi anugerah Drama MeleTOP.

Anugerah Meletop Era 2016 ditaja oleh Aurawhite.." shake..shake..u alls".. bershake-shake bila kamera tuju dekat pengasasnya..hahaha..Anugerah Meletop Era 2016 diadakan di Pusat Konvesyen CIDB kuala lumpur.

Senarai penuh pemenang AME2016

Bintang Filem MeleTOP - Zizan Razak

Filem MeleTOP - Polis Evo

Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Zaman MeleTOP - Zulkarnain Hassan 

Artis Lawak MeleTOP - Johan

Pelakon MeleTOP - Ayda Jebat

Drama MeleTOP - M.A.I.D.

Hos MeleTOP - Dato' AC Mizal

Program MeleTOP - Gegar Vaganza 2015

Lagu MeleTOP - Siapa Diriku

Penyanyi MeleTOP - Ayda Jebat

Grup/Duo MeleTOP - Akim & The Majistret
Program Radio MeleTOP - JoHaRa Pagi ERA

Penyampai Radio MeleTOP - Johan

Couple MeleTOP - Johan & Ozlyn

Bintang Online MeleTOP - Dato' Siti Nurhaliza

Artis Baharu MeleTOP - Mira Filzah
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2