hai assalammualaikum

Rahsia Menangani Masalah Kulit - Keluar rumah panas, dalam rumah pun panas. Dah beberapa minggu cuaca panas je, hujan pun kadangkala je turun. Bila cuaca dah tak menentu, mulalah masalah kulit muka datang. Kulit kering, berjerawat dan macam-macam lagi. Kalau yang rajin, bolehla pakai pelembap ke toner ke..tapi nad ni mana sempat nak pakai tu semua sejak ada anak ni. Dah tak boleh nak melaram lama-lama weii.. Anak manja dengan mommynya. Asal mommy hilang merengek je.

Oii sejak ada anak ni, jangan kau tak tau, tidur pun dah tak menentu. Mata sembam, jerawat tiba-tiba pulak muncul. Jerawat hilang parut yang datang..ermmm..sadis je. Nad ni nama je surirumah, tapi kerja mengalahkan menteri. Kadang tidur lewat, kadang tidur-tidur ayam je. Bila anak tidur, kita kene buat kerja, anak bangun pun kita buat kerja. Masakla, mengemas, update blog lagi tengah-tengah malam. Macam manala tak dapat masalah kulit.
hai assalammualaikum

Koleksi Shiqeen Sattar Yang Unik Dan Pantas Dipakai - Ada satu perkara yang kita semua tak rajin selain lipat baju, iaitu menggosok baju..kannn..tapi kalau dah terpaksa, perlu jugak gosok, takkan nak tengok pakaian korang berkedut. Ye tak!! Lagi-lagi orang perempuan ni. Nak keluar kenala nampak cantik, bab tudung mestilah kene gosok dulu pastu nak belit-belit tudung, nak pin lagi. Fuh memang malas sangat.

Macam nad kadang pakai tudung sarung je, sebabnya malas menggosok, tapi tudung tu jenis kosong. Dah macam makcik-makcik dah..hahaha..hah sekali ada ternampak selendang ni lain dari lain rekaannya. Nampak stylo kau. Bestnya selendang ni mempunyai ciri-ciri yang diidamkan iaiatu pinless, dan tak perlu gosok. hahaha..tu yang syok


Nama selendang pun dah unik. Selendang Swarovski Hijab!!! Hanya sarung sahaja, betul-betulkan sikit dah siap. Siap dalam masa 5 saat je..nad rasa 1 saat pun ok..campur nak makeup baru 5 saat..hehehhe..masa kan emas..semua benda kene cepat. Lagi cepat, lagi banyak masa kita boleh lakukan..ye dakk..




Selendang ni labuh paras dada dan tutup dagu. Memang sesuai bawak solat, takdelah beratur nak mengadap cermin. Sarung je selendang Swarovski ni dah setel. Nampak stylo lagi sebab ade hiasan manik iaiatu batu Swarovski yang asli.

Kalau dah kotor mesti kene basuh, basuh sahaja dengan mesin basuh. Senang kerja kan.


Selain selendang, ada juga seluar khas untuk kaum muslimah. Seluar ni merupakan seluar muslimah nombor satu di Malaysia. Senorita Pantas, rekaannya yang labuh dan selesa dipakai ketika melakukan aktiviti.



Ciri-cirinya menepati syariah dan amat sesuai untuk para muslimah. Seluar ni tak jarang dan ringan. Paling penting tak perlu digosok dan takkan berkedut. Untuk mereka berbadan besar jangan risau, pinggang dia menggunakan getah, orang cakap free saiz. Hah!! Kalau yang hamil tu memang sesuai pakai seluar ni. Yela perut mengetat, dah tak boleh pakai ketat-ketat..kene pakai yang longgar-longgar. Jadi sesuailah seluar Senorita ni.

Material kain moss Crepe yang memberikan keselesaan kepada pengguna. Menarik kan!!!..Siapa yang taknak siap cepat..korang boleh dapatkan selendang dan seluar awesome ni di facebook: http://www.facebook.com/shiqeensattar

hai assalammualaikum


Bento : Bekalan Makanan Menjadi Menarik - Nad tau pasal bento ni pun masa tengok majalah 3. Comelnya bento orang tu buat. Ada macam-macam rupa. Nak makan pun sayang je rasa. Tak tau pun ape tu bento sebenarnya, tapi tengok orang post berupa bekalan makanan.

Lepas google, ok paham ape itu bento??
 Bentō (弁当 atau べんとう?) atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain.Bento dibeli atau disiapkan sendiri di rumah. Ciri khas bentō adalah susunan jenis lauk dan warna agar sedap dipandang serta mengundang selera "

Sangat kreatifla orang yang membuatnya. Bagusnya bento ni, galakkan bawak bekalan, jadi jimatla duit takda beli makanan dekat luar..heehe..lagi best kalau ada anak kecil. Boleh sekali buat bento ni dengan diaorang.



Barang-barang nak buat bentuk pun dah ada dijual untuk memudahkan kita. Tak silap ada jual dekat daiso. Hah, makin kreatifla kalau dah ada barang-barang ni. Takdela pening-pening nak buat bentuk ape pun.

Nad dah bayangkan fariza dah besar, tak sabar nak main masak-masak bersama..hehhe. Buat bento dengan fariza. Sekarang nad nak masak pun tak best sebab takde geng. Jenis mr mafia pulak memilih makanan..hahaha..tu yang susah tu. Jadi bila anak dara dah besar, bolehla berkongsi minat yang sama..itu pun kalau dia minat..hehehe..


Kalau korang rasa nak buat..youtube je, macam-macam rupa ada. Gambar binatang, kartoon, apa-apa jela. Nak makan pun sayang..hehe.. 

RESEPI NENEK TIPAH: IKAN KELI MASAK KENCUR

in , by Nadia Johari, 21:15:00
hai assalammualaikum

Resepi Nenek Tipah : Ikan Keli Masak Kencur - Ikan keli, ikan kegemaran, masak apa pun nad tak kisah. Ikan keli memang rasanya sedap, manis gitu. Memang nad suka makan ikan keli masak kencur ni, selalu nampak kat kedai..tapi tak tau masak macam mana. Lagi satu lupa namanya kencur, sampai la satu hari kak sue izza post dekat facebook masak kencur ni..Baru nad tau namanya kencur..hahaha..nad ingat guna kerisik..hahaha..biasalah, jarang masak dengan kencur,nama pun dah lupa. 


Harini nad ada kat kampung, mintak mak resepi masak kencur ni. Mak goreng ikan keli, nad buat kuah dia..hahhaa..Masak ikan keli kene pandai, sebab ikan keli ni kalau dimasak meletup-letup. Tu sebab suruh mak goreng ikan kelinya. Sambil-sambil tu nad amik la resepi ni. Biar tak lupa.

Bahan-bahannya, mudah sahaja rupanya.
1) Ikan keli
2) Bawang besar
3) Bawang putih
4) Cili padi
5) Halia
6) Kencur
7) Serbuk kunyit atau kunyit hidup
8)  Santan
9) Garam, gula, air

Cara membuatnya
- Goreng ikan keli dahulu dan ketepikan.
- Blender bawang besar, bawang putih, cili padi, halia, kencur dan kunyit hidup. Kalau guna serbuk kunyit masukkan masa tumis bahan-bahan diblender ni.
- Tumis bahan diblender sampai naik bau.
- Bubuh garam dan gula. Bubuh sedikit air.
- lepas tu bubuh santan.
- Biarkan mendidih lepas tu masukkan ikan keli.
- Biarkan sampai kuah pekat, lepas tu matikan dan siap dihidang..

Mudah kan..selamat mencuba.
hai asaalammualaikum


Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Dlaila Memang Kebabom - Masa belajar dekat kolej nad baru belajar makan tempoyak. Kalau sebelum ni tak pernah makan tempoyak. Kawan ajar pun dari makan budu dicampur dengan durian. Rasalah seperti tempoyak. Sedap sangat. Lepas tu nad terus ketagih nak makan tempoyak tapi bukan tempoyak kosong, tempoyak dibuat sambal atau lauk.

Masa hari raya tahun lepas, nad tengah pregnant, masa tu kak dlalila dengan cik mat gebu buat resepi sambal tempoyak udang dengan petai. Ya ampun, terliur habis nengoknya. Sudahla kita pregnant, lagi mengidam. Akhirnya dapat jugak makan sambal tempoyak udang dengan petai di rumah terbuka kak sueaida hasil air tangan kak dlaila.

Kak dlaila ni ada kedai makanan dia sendiri di Nilai. Waze je MMA Coner nanti jumpala. Makanan popular dia ialah mee udang. Nad nak pergi, tak pergi-pergi lagi..hurmm. Sekarang kak dlaila buat jualan secara pos dan cod untuk sambal tempoyak ikan bilis petai dia. Hah ni baru punya jualan. Kalau nak kenal dengan beliau boleh pergi ke facebook beliau Norlaila Dlaila



Disebabkan permintaan tinggi, nak order kene tunggu turn..hahaha..Dah lama nad order, tapi masa tu kak Dlaila dengan kak Saidila kene uruskan benda penting. Jadi tunggu jela sambal tempoyak petai ni sampai di tanganku. Nad tempah dua sekali untuk bawak balik kampung. Terima kasih kak dlaila sebab buatkan sambal tempoyak udang untuk orang ngidam ni. Terima kasih kepada suami kak saidila sebab tolong hantarkan. Akhirnya, sambal tempoyak ada di tangan.


Bawak balik kampung, semua kata, sambal tempoyak ni sedap. Yup, memang sedap sangatt!!!.. Bawak balik kampung, semua orang kata sedap. Pedas dia, takdalah pedas sangat..boleh ditelan berulang kali..hahaha..sedapnya sebab ada petai, kegemaran nad..heehehe..istimewanya sambal tempoyak ikan bilis dlaila ni boleh tahan lama tau!!!. Caranya kalau korang tak habis makan boleh simpan dalam peti ais, bila keluarkan dalam peti ais, panaskan jela. Mudah je. Mesti tahan lama.

Kalau korang nak order, boleh pergi ke facebook Saidila Abdul Rahman
hai assalammualaikum


Beg Colourland, Beg Khas Keperluan Anak - Nad ni jenis kemas orangnya. Bila pergi mana-mana, kalau boleh, sorang-sorang ada beg masing-masing. Kalau boleh taknak bercampur, sebabnya mudah mencari barang masing-masing. Senang kerja nak kemas kan, takde kelam kabut. Kalau sebelum ni, nad dengan husband je, sekarang dah ada anak. Wajib beli beg khas untuk anak. Barang baby ni dahla banyak..


Hah, korang tengok beg ni. Lawa kan!! Berbunga-bunga gitu. Beg galas ni bukan sebarang beg, beg ni sebenarnya beg galas khas untuk keperluan baby. Disebabkan dia nampak lawa, korang boleh juga buat beg tangan atau buat beg sekolah pun boleh..hahahaa..sebab beg ni memang besar. Tak nampak pun macam beg untuk baby.


Nad pilih beg khas baby dari Colourland ni sebab Jenama Colourland memang dah terkenal di luar negara. Jadi, beg ni sangat limited edition dalam Malaysia. Beg galas ni original ok, bukan gred AAA gitu. Tahan lasak dan tahan lama. Itu yang penting kan. Kalau beli kat luar, mesti cepat koyak. Beg galas ni, nad buat untuk pergi jalan-jalan bercuti atau balik kampung.




Bestnya beg ni, ia banyak compartment, banyak poket untuk isi barang. Almaklumla, barang baby dengan pampers, baju dia, tisu basah, minyak telon, botol susu,bedak semua. Barang mengalahkan orang besar. Jadi semua nak sumbat dalam satu beg. Bila banyak compartment, nampak tersusun sikitla barang kita kan. Lagi satu barang mudah dicari. Takdelah kelam kabut keluarkan semua barang semata nak cari satu barang..hahaha...memang memudahkan kerja kita.

Saiz beg nad ni, saiz L. Saiz L pun dah kira besar ok. Ada lagi satu saiz XL. Harga dia mengikut saiz. Harga takdela mahal, berpatutan dan sesuai dengan jenis kain yang tahan lasak tu. Saiz untuk beg ni..Ni ukuran utk backpack.
Saiz L
👉panjang*lebar 12*4.5 inch
👉Tinggi 15 inch

Saiz XL
👉panjang*lebar 15.5*6inch
👉Tinggi 16inch





Lagi satu korang akan dapat free barang-barang seperti di atas untuk kedua-dua saiz. Saiz XL korang akan dapat semua benda, untuk saiz L pula korang takkan dapat tali buggy clip dan rain cover. Buggy clip tu, clip khas untuk letak dekat stroller..senang kalau ade buggy clip, takyah memanjang nak galas je.




Ada macam-macam lagi jenis beg yang ada ..

Nak tau nad dapat beg ni dekat mana??.. hah, boleh tengok di
Facebook :   
Contact,: 012 - 3912404

PETUA SEJUKKAN DIRI DI MUSIM PANAS

in , by Nadia Johari, 01:35:00
hai assalammualaikum

Petua Sejukkan Diri Di Musim Panas Ni - Baring tak kena, tidur lagila tak kena. Nak jalan keluar, lagila malas dengan keadaan cuaca yang teruk ni. Kalau dah rasa panas macam ni, mesti terfikirkan aircond je..sejuk je, tapi bila dapat bil, melompong kau..bila cuaca dah panas ni, macam-macam la idea kreatif mula datang. Petua yang diambil dari group whatsup dan google..hehe..tengok pun macam best je..meh tengok petua ni..

BERLAKU KEAJAIBAN SELEPAS MINUM EPHYRA

in , by Nadia Johari, 12:00:00
hai assalammualaikum

Berlaku Keajaiban Selepas Minum Ephyra -
" Mak, fariza dah taknak minum susu tepung. Tapi dia ok, tak meragam, berak pun ok, kadang-kadang sendawa".. kata-kata nad dekat mak di dalam telefon. 
Mak pun jawab " ko minum ephyra lagi ke".
 Nad: " ahak"..


Itulah yang terjadi dekat nad selepas minum ephyra. Ya, nad amalkan minum ephyra sebelum mengandung dan semasa mengandung bila usia kandungan 5 bulan ke atas. Ada nad buat entry dekat SINI. Klik la baca. Selepas fariza lahir, nad stop dulu minum ephyra, sebab kita tak tau kesannya kepada anak kita walaupun nad tau pelakon memey mengamalkan ephyra sejak dia berpantang lagi. Lain orang, lain bodynya, mungkin ada yang boleh terima dan takda apa-apa kesan dekat baby, mungkin ada yang tak. Untuk keselamatan, nad berhenti dulu minum.

Ya, masa berpantang sampai usia baby fariza 2 bulan, dia terpaksa minum susu formula sebab susu badan nad tak banyak. Walaupun orang cakap susu ibu ni pasti ada, tapi takkan nak biarkan anak merengek je kelaparan. Kalau susu banyak mesti baby kenyang, mesti baby senyap tidur lena, ni tidak..sendawa takda, asal baring je merengek tak sudah. Jadi terpaksa bagi campuran susu formula.


Sebagai ibu, siapa taknak bagi full breastfeed. Mesti nak kan, sebab susu ibu susu terbaik. Selepas baby fariza dah masuk 3 bulan, badan pun dah kuat sikit, nad start balik minum ephyra. Baru minum satu sachet, baby fariza minum susu badan dengan kenyang. Tiba-tiba, susu badan nad jadi banyak, sampai kadang terpancut susu tu. Allahuakbar...macam tak sangka kau...nad surirumah, jadi nad tak pam pun susu. Nad bagi direct dekat baby fariza. Baby fariza pulak, kalau sedut, sedut sampai kempis..Tapi kempis-kempis pun kalau dia sedut lagi, air susu tetap mengalir. Siapa jadi ibu, taula macam mana susu mengalir tu. Alhamdulillah..nad dapat bagi susu badan dekat baby fariza.

Memang tau ephyra ni boleh tambahkan susu, tapi kadang-kadang produk yang dikatakan milkbooster boleh jadi killerbooster, tapi alhamdulillah, ephyra serasi dengan nad dan banyakkan susu badan nad.


Sekarang nad masih minum ephyra. Alhamdulillah takda apa-apa kesan dekat fariza, elok je. Lepas minum ephyra, baby fariza dah taknak susu formula atau hisap botol. Mula-mula risau gak, tapi tengok dia ok je, berak pun ok. Jimatla sikit sebab dah tak perlu beli susu tepung. Sekarang pilih baju, kene baju yang nursing friendly, senang nak nyusukan baby fariza.


Alhamdulillah, dengan susu badan ni, fariza membesar dengan sihatnya. Tengok aje pipi dia, tu simpan susu la kot..hehhe..terima kasih ephyra. Korang nak dapat ephyra boleh whatsup no 0176127097 ok..

LELAKI MEMANG HEBAT MEMASAK

in , , by Nadia Johari, 01:17:00
hai assalammualaikum

Lelaki Memang Hebat Memasak - Bila tengok chef, ramai yang lelaki kan. Lelaki ni memang hebat memasak kalau diaorang minat atau rajin. Kenapa nad cakap rajin???. Bila bujang mestila kene masuk dapur, masak sendiri, bila kawin, kau rasa dia nak masuk dapur selalu..hehehe..faham kan maksud nad..

Lelaki ni kalau dah kawin, mesti akan datang malasnya. Yela nak rasa air tangan isteri selalu. Nak bermanja dengan isteri. Kalau boleh taknak tunjuk skill yang diaorang ada. Tapi, bila tiba-tiba dia datang mood rajin tu, mesti dia akan beli bahan-bahan dia nak masak tu. Kalau boleh taknak campur dengan isterinya punya..itu mr mafia la..hahaha


Dan bila dia dah start masak, bau tu dah harum semerbak. Lepas tu, bila dah siap diletak atas meja. Dan hasilnya seperti dalam gambar..fuhh..kemas, bersih, tersusun rapi macam seorang chef buat. Bila makan tu..mak aihh..sedap macam kat kedai..hahaha..siapa sokong..huhuhu

Salah satu menu kailan ikan masin mr mafia buat. Memang marbeles..kalau nad buat mesti nad potong kecik-kecik sayur tu..haha..sebelum ni dia ada buat gak, sambal sotong masa nad mengandung dulu..hahaha..sedap sangat..sampai licin makan..

Tu la cakap, orang laki ni sebenarnya hebat memasak. Cuma bila kawin, diaorang nak rasa makanan air tangan isteri..huhuh..kalau boleh nak suruh dia masak selalu..kita pulak nak rehat..hahaha

IKEA TEMPAT ILHAM DEKORASI RUMAH

in , , by Nadia Johari, 16:50:00
hai assalammualaikum

Ikea Tempat Ilham Dekorasi Rumah - Bila masuk ikea je, mesti mata terjuling tengok dekorasi diaorang buat. Cantik-cantik semuanya, barang nampak teratur. Macam-macam perabot ada, yang unik dan menarik. 


Nad dengan Mr Mafia kalau pergi ikea mesti ada sebab, iaitu nak cari barang untuk rumah. Selalunya tengok-tengok dulu barang tu, tak beli terus sebab takde duit lagi..hahaha. Nad pulak suka tengok dekorasi, nak buat macam tu 100% tak mampu, kami bukan orang kaya..haha..jadi cari ilham macam mana nak susun rumah sama macam dekat ikea dengan kos yang rendah.


Feling-feling macam dekat rumah sendiri..huhuhu..


Kali jalan dengan ada sekali baby fariza. Senang je bawak dia ni, tak meragam, suka tengok keliling, lepas time dia, tido jela dia..hahaha..bila dah bawak baby fariza ofkos, akan cari barang baby. Memang tengah cari almari baju baby untuk fariza. Sekarang masih guna bakul merah tu lagi. Nad suka almari yang ade siap gantung, dan almari tu memang sampai dia besar..haha..jimat ok.


Satu hari fariza akan ada bilik sendiri..hehehe..

Sikit-sikit kumpul duit nak jadi kan rumah sekarang seperti rumah yang diidamkan..insyallah.


Sampai sini tak lupa nak makan meatball ikea..hehehe..tak tau kenapa, sedap sangat meatball dia ok. Macam ketagih..sekali beli ada 15 ketul, memang cukup kenyang.



Nampak kerakusan tu..huhuhu..ok lain kali datang ikea lagi..hehehe.. 
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2