BERSANTAI DI SETIA CITY PARK

in , , by Nadia Johari, 16:04:00
hai assalammualaikum

Bersantai di Setia City Park - Hah!!! Lama dah rasanya tak lepak dekat Setia City Mall ni. Lama ke?? Huhuhuhu..Kalau balik klang, mesti jalan-jalan sini. Saje jalan-jalan tengok aktiviti orang..hahaha..Bestnya dekat Setia City Mall ni ada padang. Orang panggil Setia Ciy Park. Sebelum ni, kat padang ni, kebanyakannya suka relaks, santai-santai..tapi sekarang ada macam-macam. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Tapi macam abang nad cakap, kat sini tempat buang duit??.hahahha..paham-paham jela..

Sekarang Setia City Park selalu je ada buat event dekat sini. Memang kalau hari minggu penuhla tempat ni. Tapi nad ni jenis lantakla penuh ke tak penuh, yang penting dapat santai, dapat tengok aktiviti orang. Dah ada fariza ni, lagi nad suka bawak dia jalan-jalan. Walaupun dia masih 5 bulan, tak tau apa-apa, ada nad kisah..hahaha..yang penting happy..



Haritu lepas makan ABC dekat jalan kopi, nad terus pergi ke Setia City Park. Penuh memang penuh. Sebelum pergi padang, jalan-jalan la dalam shoping mall. Lepas tu terus ke padang. Seronok tengok ramai orang, tengah main belon air, laayang-layang, macam-macam lagi la. Sebab tu nad cakap tempat buang duit..hahaha..



Kat situ pulak ada permainan roler blade. Anak buah lelaki, start minat main roler blade dekat kamlung. Selalu dia main dengan kawan dia. Nak beli mahal. Kesian tengoj dia, nah belanja la main roler blade. Kecik-kecik dah pandai, makciknya tak pandai-pandai lagi. Yang pergi temankan dia, mr mafia la..hahaha.. sekali bayar RM15 untuk sejam..mak oiii..mahal betul..adehla..takpela tunggu makcik kau ni ada duit, nanti belikan untuk kau ye mamat.



Bukan main syok lagi dia main. Duit yang melayang mr mafia..hahahhaa..sekali sekala, ape de hal..hahaha.



Nah tengok fariza pulak..santai sakan..suka tengok belon-belon berterbangan.


Nah tengok video ni. Muka kita memnag macam tu..hahaa..jangan ditanya kenapa.khusyuk katakan.

Ok, semua dah seronok..balik timee..kang ada gak duit yang habis lagi. Lepas tu kitaorang pergi makan kambing grill pulak. Cerita ada dekat SINI..dalam sehari, 3 tempat kitaorang pergi. Memang jalan sakan. Yela balik kampung sekali sekala..huhuhu..
hai assalammualaikum

ABC 7 Tingkat Jalan Kopi Kapar Klang - Haritu nad balik kampung sebab atuk dengan nenek rindu fariza. Dekat seminggu jugakla dekat kampung. Sebelum balik kuala lumpur, nad ajak mr mafia pergi ke Jalan Kopi dekat Kapar Klang. Orang Meru Klang taula Jalan kopi dekat mana. Orang cakap dekat Jalan Kopi dah ada banyak tempat makanan. Abang nad dah banyak kali pergi makan situ. Nad tengok jela gambar ABC yang dia post dekat facebook tu. Tak boleh jadi, nad kena terjah jugak. Masa tu ajak sekali anak buah nad.


Nasib baik diaorang tau tempatnya. Kalau takde diaorang, mesti sesat atau tak jumpa tempat ABC tu. Cuaca panas, memang sedap makan ABC. tempat dia tepi jalan je. Ala macam gerai biasa. Tapi disebabkan ABC dia tu nampak mengiurkan, ramai orang datang. Apa lagi, nad pun order la ABC 7 Tingkat tu dua.nad siap cakap " tinggi mana ABC tu, betul ke 7tingkat"..hahaha...akak yang ambil order pun tak reti nak menjawab...hahahah



Ooo kat gerai tu jugak ada makanan sampingan seperti tahu bakar, sotong kangkung, soto dan wafer.


Masa ambil gambar ni, anak buah cakap ada orang perli " nak makan pun nak amik gambar ke".. Nad buat tak kisah..bukan kau bayar makanan aku..hahahhaa..Kau tengok ABC ni..siap ada aiskrim lagi. Sudahla cuaca panas. Memang seklai masuk mulut..fuhh nikmatt..


Tengok anak dara sorang ni, kalau nampak makanan, sure kelam kabut..hahahha

Bagi nad, ABC ni okla, tapi bagi mr mafia, ABC ni kurang ummpphhh..sebab tak rasa manis yang kaw22 punya. Untuk persembahan memnag terbaik..haaha..gitu dia komen. Pengkritik makanan memang macam ni..huhuhu..ada lagi satu tempat kat jalan kopi ni, namanya kopi road. Nanti nad nak terjah.

Tekak orang lain-lain. Kot-kot korang nak rasa kan. Bolehla pergi ke Jalan kopi Kapar Klang. Guna google maps..waze rasa tak detect..huhuhu..

HANYA KERANA TUDUNG MEREKA BEREBUT

in , by Nadia Johari, 02:29:00
hai assalammualaikum


Hanya Kerana Tudung Mereka Berebut - Hah!!! Kisah berebut tudung yang hangat diperkatakan. Dah viral pun..jadi tak payahla nad bagitau tudung apa ye..Nad tau pasal viral rebut tudung ni pun sebab adik ipar yang tunjuk video tu semalam. Kalau tak, memang tak tau kisahla. Bila tengok video tu, mulut pun cakap " sanggup pula diaorang nak berebut. Harga dahla mahal, corak pun macam tu je". Mungkin kualiti kain tu atau ermmm...entahla. Hanya yang minat tudung tu hanya boleh bagitau.

Ada member bagitau, isteri kawan dia peminat tegar tudung tu. Sanggup habiskan RM6000-7000 semata tudung tu...gulpp!!! Terkejut dengar. Mungkin suaminya nak cerai sebab tak tahan..mungkin..kita tak cakap ape pun...harap-harap takla..berubahla isteri dia tu. Duit tu boleh disimpan untuk emergency atau pergi travel ke. Lagi bagus duit tu tolong nad bayarkan PTPTN..hahaha..


Kesian bila tengok video tu, berhimpit-himpit hah!!. Sampai ade yang nak tertanggal tudung..adehla..yang lelaki pun ada..erkk..pelik pulak..Nad ni nak belanjakan duit dekat RM100 pun dah rasa bazirnyaa..tudung nad beli paling murah RM5 dan paling mahal bawah RM50. Bila dah atas RM50 mula was-was dah. Sayang kot duit tu semata beli tudung. Walaupun murah tapi tahan lama. Pakai dekat kepala elok je. Corak pun lawa-lawa..hahahha. Tengok corak yang diaorang berebut sangat tu, biasa je coraknya. Designnya pun simple jugak. Apa yang menyebabkan dia mahal..adehh..

Ada jugakla tengok lawa tudung dia, tapi mahal nad mampu nengok jele. Tiba-tiba je ada orang add nad masuk group tudung yang jadi rebutan tu..hahaha..memang diaorang post harga seratus lebih. Nak jual balik pun seratus lebih. Tengok ada jugak orang beli..hahaha..entah sapa masukkan nad dalam group tu. Agaknya kalau nad terpaste link ni dalam group tu, habis dikecamnya..hahaha..harap owner berkenaan fikirla penyelesaian taknak orang berebut macam tu.kesiann nengoknya..

Dalam membeli tu mestila kena berjimat. Kita sekarang hidup dalam dunia yang gawat. Banyak keperluan lain lagi yang penting yang memerlukan duit. Tak perlu membazir. Laki nad cakap " nasib abang dapat isteri yang tak macam tu. Ni sayang dia ni"...aummm..k bai.
hai assalammualaikum

Store Bawah Tangga Idaman Hati - Cantiknya store macam ni. Jatuh cinta pertama kali bila tengok gambar ni dekat facebook. Tak terfikir nak buat store bawah tangga macam ni. Nasib jumpa gambar ni. Cantik betul. Dah boleh terbayang, semua barang dalam keadaan tersusun je. Boleh masuk dalam list ni.

ANAK DAN BLOG

in , by Nadia Johari, 23:34:00
hai assalammualaikum

Anak Dan Blog -  Kalau dulu bujang, cuma fikir pasal blog jela. Ngadap blog 24 jam pun takpe. Blogwalking, memang nad rajin dulu..hahahaha...tapi sekarang dah ada anak, blog pun kene jaga jugak. Dua-dua sama penting bagi nad, sebab apa?? Sebab kedua-duanya buat nad happy. Anak, rezeki Allah bagi. Semestinya ada anak memang satu perkara yang menggembirakan bagi pasangan yang dah berkahwin. Blog pulak, tempat nad meluangkan masa untuk bercerita dan juga berkongsi dengan korang semua.


Sebagai surirumah, memang nad tak nafikan, banyak kerja kena buat. Dari mengemas, memasak semua tu. Bila dah penat, mesti nak berehat, nak tidur. Sejak ada anak, lagi bertambah kerja. Lagi-lagi fariza ni seorang yang manja. Apa-apa sebelum nad online, nad akan layan dia dulu. Main dengan dia, borak dengan dia. Bila dah lama tu, dia akan main sendiri baru nad online. Nad kene bahagikan masa dengan betul. Sebab nad pun kene update blog supaya readers datang jenguk blog nad.


Blog pulak merupakan income sampingan nad. Yela nad surirumah, nak ada income jugak. Kenapa tak kerja??.. Ermm sebab nad suka buat kerja yang bebas dan tak terikat. Sekarang ada anak, nad lebih suka jaga anak sendiri. Nad tau, pendapatan suami tak berapa banyak, tapi nad sentiasa berfikir, yang rezeki ada di mana-mana. Kita yang pilih kerja ni, jadi kita kene buat. Walaupun masa tu tengah dodoikan anak, nad tetap update blog. Tengah malam time anak tidur dalam pukul dua tiga pagi tetap update blog. Blog tetap ada cerita. Kadang terbiar jugak blog, hati dah resah lain macam. Nad tetap update jugak walaupun satu entry sehari.

Dua-dua penting dekat nad. Anak pinjaman Allah yang diberikan, nad kene jaga elok-elok. Blog pulak, tempat nad cari duit, nad kena buat dengan betul untuk yakinkan orang. Apa yang penting, kene pandai bahagikan masa.
hai assalammualaikum


Kambing Bakar BBQ AA Super Grill Terbaik : Nad memang suka sangat makan kambing. Haritu nampak kawan post kambing bakar dekat Subang. Nampak sedap, dengan sos dia..aummm. Tengok gambar je dah terliur. Apa lagi, nad pun pujuk mr mafia nak makan kambing. Bagitau awal-awal, sebab boleh plan nak lergi bila. Jadi kami cadang nak pergi 20.3.2016, hari sabtu.

Sehari sebelum tu, dia cakap makan kambing tu bila??. Nad cakapla " esok malam ".. dia terkejut, dia ingat siang..jadi dia dah janji dengan client dia dapat amik gambar malam tu..lorr..merajuk kita tau tak, mr mafia terpaksa bekerja. Dan masa tu pulak nad nak balik kampung dekat Klang. Punyala pujuk adik beradik nak pergi makan kambing sangat, tapi diaorang pun tak boleh bawak. Sedih sesangat tau tak.

Lepas tu ternampak dkna abza, makan kambing bbq dekat shah alam bulatan bazarena...Arghhh!! Suka giler ok. Rupanya ada festival food dekat Shah Alam. Apa lagi, whatsup mr mafia bagitau hal ni. Memandangkan festival food tu dua hari je, sabtu dan ahad, hari ahad tu nad last dekat kampung, esoknya isnin nak balik kuala lumpur, sebelum balik, ajak mr mafia pergi Fantastic Malaya Food Festival 2016 ni.


Jadi hari ahad kami pergi lepas maghrib. Nad pergi dengan mr mafia, baby fariza dan tiga orang anak buah nad. Sampai je sana, memang macam-macam makanan ada, tapi mata tertumpu dekat kambing bakar bbq AA Supergrill. Bau kambing yang dimasak menusuk hidung. Lagi senang sebab sebelah gerai ada mainan gelongsor supa doopa tu. Lagi anak buah suka.




Jadi nad terus tempah 3 bungkus. Kambing ni dimasak dahulu sehingga lembut, kemudian di masak lagi dengan dicampur dengan sos buatan sendiri. Kasi kacau,kacau..yang tengah masak tu, itula owner Kambing Bakar Bbq AA Supergrill ni..hahaha..untung tak, nad datang last day, owner yang masak sebab pekerja yang lain masa tu pergi solat. Kelainan kambing ni ialah, dimakan dengan roti. Selalu kita nampak makan dengan coselaw dan lain-lain kan, tapi ni roti. Okla tu kan. Lagi best, leh letak kambing atas roti, makan buat macam sandwich..hahhaha..


Jangan risau, kambing bakar ni akan ditimbang dahulu. Setiap bungkus 200g, sama adil untuk semua pelanggan. Takdela terasa kau terlebih ke, terkurang ke..kannn



Dapat je, terus cari tempat. Kau tengok anak-anak buah nad semua makan kambing bbq ni dengan sedapnya. Roti sampai berebut..hahaha..memang sedap. Takde bau, daging kambing yang lembut. Sos yang sedap, tak berapa pedas, tapi kalau bubuh sos lagi, confirm mengancam. Fuh kenyang kau..alhamdullillah...sedapp sangat. Termakbul nak makan kambing weiii..

Nad tapau bawak balik rumah mak, abang nad cakap, "abang bagi 10 bintang untuk kambing ni".. haha nampak tak sedap dia..


Borak dengan ownernya, yang dia dah 8 bulan berniaga kambing ni dekat subang. Hanya buka pada waktu malam. Dan diberitahu AA SSupergrill ade buat delivery ok. Untuk lunchbox sekitar shah alam, damansara,usj dan lain-lain. Nad tak ingat lagi area mana.

Ada juga frozen daging kambing yang dah siap diperap korang boleh beli ok. Apa-apa nak tau korang boleh ..atau layari
contact 019 6340294

Sebenarnya gerai dia dekat subang. Korang boleh pergi ke

Alamat : Food Court Tat Nasi Ayam, U5 Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor. (dekat ngan  LEMBAGA GETAH MALAYSIA dan HELP UNIVERSITY)

Tagline : " Mok Kito Maroh Jual Mahal "

#aasupergrill #subangbestari #kambingbakar #bbq

Waktu operasi :
 isnin-khamis 630ptg-1030mlm
Jumaat -sabtu 630ptg-1200mlm
Ahad tutup

Cawangan : dungun, terengganu

No phone : 019-6340294

Sedia menerima tempahan utk majlis korporat, jamuan hari raya, rumah terbuka, majlis kahwin, majlis tunang dan lain-lain.. Sos dan frozen juga ada dijual. .


DIA DAH PANDAI PILIH MAINAN SENDIRI

in , by Nadia Johari, 17:49:00
hai assalammualaikum

Dia Dah Pandai pilih Mainan Sendiri - Sejak ada anak, mr mafia memang rajin belikan fariza mainan. Yela, anak sendiri, mestilah dia nak belikan macam-macam. Dulu selalu bagi anak buah je, apa anak buah nak, dibeli, sekarang dah ada anak, baik belikan untuk anak. Tapi cara dia belikan mainan tu, tengok reaksi fariza dulu.

Ya, fariza masih kecik lagi, tapi, bila nampak barang dia suka, nak pegang dan taknak lepas. Serius nad cakap. Selalunya kita tengok, budak kecik ni takda perasaan. Nampak apa pun just pegang-pegang dah. Tak tau la kalau ada budak lain baya fariza ada yang dah pandai pilih barang mainan..hehehe..



Macam mr mafia, dia akan cari mainan yang sesuai dengan fariza. Caranya, dia akan tunjuk barang mainan tu depan fariza. Bila fariza tak bagi reaksi, cuma pegang-pegang je, memang maknanya dia tak suka. Tapi, bila barang mainan fariza suka, tangan dia dah bergerak-gerak nak pegang, dan senyum. Bila dapat pegang dia tak nak lepas..hahaha..nad pun terkejut tengok reaksi fariza.


Ni la antara barang mainan yang fariza suka. Nad punya belikan satu je mainan untuk dia, zirafa tu la, yang lain, daddy dia belikan. Takleh cakap apa, anak kesayangan daddy. Bila fariza suka, semua diletak dekat dia, dia akan capai..kadang-kadang gelak sendiri..huishh..mengikut gambar, mainan tu ikut turutan, mana yang pertama beli ,kedua dan seterusnya. Peliknya semua mainan dia warna kuning..haha..suka kuning ke..




Untuk mainan dua ni, dia dah pandai pegang dan pusing-pusingkan bebola tu. Patung spongebob dengan mulut muncung tu dia akan tarik kaki dan mulut..hahaha..zirafah teman dia tidur..hehhe..

Lepas ni apala daddy belikan ye..mommy yang membebel kadang-kadang..hahahha..kecik-kecik dah macam ni, dah besar jangan ngengada nak mintak macam-macam ok..hahaha

DAH TUNJUK TANDA-TANDA NAK DEMAM

in , by Nadia Johari, 12:50:00
hai assalammualaikum

Dah Tunjuk Tanda-Tanda Nak Demam - Haish bila pertama kali dia demam sebelum ni, entry dekat SINI, memang nad dengan mr mafia celaru jugak,risau sangat pun ada, yela pertama kali dia demam. Selepas pengalaman tu, nad dah berjaga-jaga dah.

Dan semalam dia dah tunjukkan tanda-tanda nak demam. Badan dah mula panas sikit, dengar jugak dia batuk..ermmm..paling risau batukla. Nad pun dah bersiap sedia nak jadi pawang..hehehe..sebelum melarat, baik nad buat apa yang patut.


Macam biasa, tuam dia. Bukakan baju. Nad buat dari siang sampai ke malam. Alhamdulillah kurang panas dia. Tapi dengar macam hidung tersumbat. Takpe, nad tetap bagi minyak batook ori.


Dia aktif lagi, tapi satu je, bila time macam ni, dia manja dengan mommynya. Tak boleh berenggang. Nak buat kerja pun tak boleh..huhu..cepat baik ye sayang..fariza kuat macam mommy..hehe..lawan demam tu.. anak mommy demam nak membesar tu..dah 5 bulan dah dia..cepat betul.


hai assalammualaikum

Camelus Produk Susu Unta Keluaran PalmaBrand - Selama ni kita selalu dengar pasal susu kambing dan susu lembu je kan. Belum lagi kita dengar berkenaan susu unta lagi di Malaysia ni. Sedangkan kita tau, susu unta juga banyak khasiatnya. Hah!! Jangan terkejut yang susu unta ni akan ada di pasaran Malaysia April ni.

Haritu nad dengan rakan blogger lain daripada kelab blogger benashaari dijemput ke pelancaran camelus produk susu unta ni. Event ni berlangsung di Bangunan Palma Brand yang terletak di Dolomite Business Park Batu Caves. Dari luar dah nampak nama Palmabrand ni. Sampai je sana, staff dari bawah dah sambut nad, siap tunjuk dekat mana event dijalankan. Staff Palmabrand memang semua peramah.




Masuk je ke dalam ofis, woww!!! Tengok suasana dalam ofis exclusive sangat. Warna putih, dan susunan produk camelus di setiap sudut. Kemas dan bersih. Siap ada mockup unta lagi sebagai simbol yang mereka mengeluarkan produk susu unta. Ada macam-macam produk berasaskan susu unta yang kita bleh nampak kan.


Sebelum sesi pelancaran, kami semua blogger dijemput untuk merasa kuih yang dihidangkan. Hah!! Ni bukan kuih kosong ke apa, tapi kuih ni berasaskan susu unta. Pertama kali rasa kuih dari susu unta memang sedap. Rasanya yang manis dan unik. Cuba fikir, bila semua kuih berasaskan susu unta, mesti elok kan. Semua boleh makan kuih ni, dari muda sampai ke tua. Khasiat susu unta bagus untuk badan.


Selepas itu kami dibawa ke bilik mensyuarat untum sesi penerangan berkenaan dengan susu unta. Sesi ini telah disampaikan oleh artis terkenal Azhar Sulaiman. Seperti kita tau, azhar merupakan pelakon dan juga seorang arkitek. Tetapi di dalam camelus, beliau merupakan Head of Strategy and Corporate Planning.


Diperkenalkan dengan orang kuat Camelus dn rakan kongsi mereka dari Dubai iaitu Mr. Hasan Alhammadi dna Mr Abdulla Al Hammadi. Juga En Mohammad Nor Bin Mohd Sahak merupakan ketua pegawai eksekutif Palmabrand Sdn Bhd. 

Membentangkan tentang betapa bagusnya susu unta ni. Selalu kita tengok unta dekat arab kan, kenapa tak dimasukkan di Malaysia. Hah!! Sebab tu Camelus mula buat produk berasaskan susu unta. Ni merupakan susu unta pertama di Malaysia. Kalau susu kambing boleh diterima masyarkat, kenapa tak pula susu unta.

Susu unta juga mempunyai kandungan dan nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh badan manusia. Dikatakan susu unta mampu merawat pelbagai penyakit seperti masalah hati, asma sesak nafas dan macam-macam lagi.


Kemudian kami diberi air coffee original bersama campuran susu unta untuk perempuan dan tongkat ali untuk lelaki. Mula-mula mestilah bau dulu. Almaklumla, kadang loya tekak kalau bau tu ada, tapi coffe ni bau sedap. Bau harum gitu. Susah nak describe..hahaha..bila minum je dah memang cukup manis gulanya. Tak perlu nak tambah gula lagi. Rasa creamy gitu. Memang boleh masuk tekak dan lazat.


Macam-macam produk berasaskan susu unta ni daripada untuk kesihatan dan juga kecantikan. Nampak tak, untuk kecantikan pun hado. Tengok packagingnya pun dah menarik perhatian. 


Seperti nad cakap produk ni bakal dikeluarkan April 2016. Memang nampak susu ni berpotensi untuk masuk pasaran. Jadi kalau korang nak jadi agent susu unta, inilah masanya. Korang boleh klik DI SINI untuk menjadi agent..atau call/whatssap ni nombor 014 664426203-61787846



Untuk maklumat lanjut anda bolehlah lihat di

Instagram : Camelus

Facebook:  Camelus
Webaite: Camelus


atau boleh terus ke pejabat mereka di :

Palmabrand Sdn Bhd
No.33-M,Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves
Selangor
Tel : 03-61787846


Terima kasih pihak Camelus kerana bekerjasama dengan kelabbloggerbenashaari. Kami percaya prosuk camelus akan gegarkan pasaran.
hai assalammualaikum

Rahsia Menangani Masalah Kulit - Keluar rumah panas, dalam rumah pun panas. Dah beberapa minggu cuaca panas je, hujan pun kadangkala je turun. Bila cuaca dah tak menentu, mulalah masalah kulit muka datang. Kulit kering, berjerawat dan macam-macam lagi. Kalau yang rajin, bolehla pakai pelembap ke toner ke..tapi nad ni mana sempat nak pakai tu semua sejak ada anak ni. Dah tak boleh nak melaram lama-lama weii.. Anak manja dengan mommynya. Asal mommy hilang merengek je.

Oii sejak ada anak ni, jangan kau tak tau, tidur pun dah tak menentu. Mata sembam, jerawat tiba-tiba pulak muncul. Jerawat hilang parut yang datang..ermmm..sadis je. Nad ni nama je surirumah, tapi kerja mengalahkan menteri. Kadang tidur lewat, kadang tidur-tidur ayam je. Bila anak tidur, kita kene buat kerja, anak bangun pun kita buat kerja. Masakla, mengemas, update blog lagi tengah-tengah malam. Macam manala tak dapat masalah kulit.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2