hai assalammualaikum
Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd (SBFM) dengan bangganya
memperkenalkan Sparkling Ribena® Can – minuman ringan berkarbonat berperisa anggur
hitam dengan keenakan yang sama kini boleh dinikmati dalam tin sedia minum!
Bagi yang dahagakan keenakan minuman semulajadi yang dihasilkan daripada buah anggur
hitam asli New Zealand dan mengandungi 100% keperluan vitamin C harian yang
disyorkan, Sparkling Ribena® adalah pilihan lebih sihat untuk rakyat Malaysia
tanpa mengira usia!
“Ribena®
jenama yang telah menjangkau lebih 75 tahun dan kami sentiasa mengolah semula
rasa kegemaran ramai ini untuk menyesuaikan citarasa yang berbeza,” kata Lee
Hon Tong, Pengurus Besar Serantau , Malaysia, Singapura & Hong Kong, SBFM.
“Dengan Sparkling Ribena® Can, pengguna boleh menikmati keenakan ini dalam cara
baharu – gabungan terbaik keenakan minuman buah-buahan enak yang berkarbonat
dan menyegarkan!
“Selain
aktiviti ‘sampling’ unik untuk merasai
Sparkling Ribena® Can, kami juga berhubung dengan pengguna melalui strategi
pemasaran 360o yang merangkumi promosi jualan, iklan televisyen dan interaksi
dengan pengguna untuk memberikan pengalaman produk ini kepada seluruh rakyat
Malaysia,” tambah beliau.
Bertepatan
dengan prinsip syarikat untuk membekalkan keenakan rasa buah terbaik, Sparkling
Ribena® adalah bebas dari perasa, pewarna dan pemanis tiruan. Ia juga bebas
kafeina. Ia mengandungi antioksidan dan antosianin, menjadikannya sesuai untuk
semua – kanak-kanak, remaja dan orang dewasa!
Sparkling Ribena® Can
baharu dijual pada harga RM2.00 dan boleh didapati di semua pasaraya besar,
pasaraya, pasar mini dan kedai serbaneka seluruh negara. Untuk maklumat lanjut,
sila klik “Suka” Di Laman Facebook Ribena® Malaysia (www.facebook.Com/RibenaMalaysia) atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1-800-38-1231 (Isnin hingga
Jumaat: 9 pagi hingga 5 petang).