hai assalammualaikum
Ulangtahun Kami Yang Kedua: Throwback bagaimana kami berkenalan dan bercinta : Alhamdulillah, 12 april, tarikh kami berdua dinikahkan. Dengan sekali lafaz, alhamdulillah, selamat dah diijabkabulkan. Selamat dah jadi isteri mr mafia. Tanggungjawab ayah pun dah dilepaskan kepada suami. Sedih jugak sebab selalu dah dengan keluarga, tiba-tiba kena tinggal dengan orang lain..biasalah lumrah bila dah berkahwin ni. Tanggungjawab kau sekarang ialah suami..huhuh..pepandai suamila didik isteri dia yang nakal seamat-amatnya..hahahah..
Ok bukan nak cerita pasal kawin, nak cerita pasal macam mana berkenalan dan jatuh cinta..auchh..macam manala budak umur 20 an boleh bercinta dengan lelaki yang berusia 40 an. Kalau dulu nad selalu terfikir, diaorang yang kapel ngan orang tua ni, takde lelaki muda dah ke kat dunia ni, atau lelaki lebih tua sikit sahaja dari usia diaorang. Last-last kau yang dapat lelaki berusia nad oiii..tu la dok ngata orang..kihkihkih..
Zaman study, pertama kali dapat laptop. Bila dah ada laptop memang jakun la jawabnya, mana taknya, dapat online, dapat chatting ( zaman yahoo chatting, kampung zonela, apa-apa zonela). Waktu tu pulak zaman gatal, miang semua ada..hahaha..orang suruh belajar bukan menggatal. Haishh..tapi kita ni belajar ok tau..hahaha..bila dah dapat online mulalah belajar main myspacela, facebook dan tagged. Paling legend taggedla..hahaha. hah!! Dekat tag la berkenalan dengan mr mafia ni..
Ceritanya, nad ni dah tertulis umur dekat tagged 60 lebih. Pulak tu tak boleh ditukar, tak tau kenapa, jadi biarkan. Jadi bubuhla gambar cun-cun, siapa percaya umur dengan gambar awet muda. Masa tu memang ramaila jejaka add, termasukla usia yang tua-tua ni..hahahha. Masa tu memang tak layan yang tua-tua ni, euuwww..not my taste katanya..sekali tu ada la sorang ni tak berputus asa massage dekat tagged. Ermm kita pun tengok gambar, not bad, bergaya, tengok usia 40 lebih tapi takde rupa 40 lebih. Ok, layankanla massage tagged dia. Nama dia kerex tak silap.
Lama-lama borak, ok jugak orang ni. Serba serbi tau, macam senang je nak gunakan dia..kahkahkahkah..sebab masa tu buat asigment, mintak tolong kerex cari maklumat. Dia ikut je. Lepas tu dah jarang borak sebab dah ade facebook masa tu. Nad pulak sejak ada facebook, dah jarang on tagged. Jadi, dia cakap mana pergi, mana pergi, cakapla " dah ade facebook, add kat facebook jela, dah jarang on tagged". Jadi dia pun buat. Dan berborak la dekat facebook pulak. Masa tu la terus akrab. Dah lama-lama tu, mulala nak ajak berjumpa..hahaha..nak pulak kau nad jumpa dia, dahla berusia..kahkahkah..masa tu fikir takdela pasal usia dia pasal gaya dia tu..macho ok..hahaha..
Pertama kali jumpa dekat midvalley. Sebab dulu selalu turun midvalley naik bas, tapi entah macam mana, boleh lupa turun mana dekat midvalley tu, last-last tersasar, alih-alih naik teksi. Sanggup kau nad..ceh..hahaha. Sampi je mid, dup dup jantung..macam manala rupa dia. Apa dia pakai. Sekali tegur kawan dia. Yang mr mafia kat belakang tersipu-sipu malau..cehh..nad pun memang pemalu la..hahahha..
Masa tu mainla bowling, makan..tak tau nak buat ape..nad tengok pakaian dia, ayoyo gaya orang tua. ..hahahahaha..nak taknak, main jela. Gambar kat atas, gambar pertama kali jumpa..hahaha.. Balik tu buat biasa jela. Bila dah sampai rumah, main massage macam biasa. Mr mafia ni kalau dah bercakap memang cair..puihhh..sampai satu hari nad nak balik UUM, dia selalu call setiap perjalanan, tiba-tiba haritu dia tak telefon pun. Pelik, kenapa??. Why??.
Yang nad pulak dah resah sangat kenapa??. Hati ni macam lain macam je. Pastu call dia, cakap kenapa tak telefon??. Kenapa tak tanya khabar??. Dia cakap dia tak tidur, tunggu panggilan nad dah sampai belum..ececeh.gitu..terus dia ttanya kenapa??. Nad cakap, entah tak tau kenapa saya macam tu ( dalam hati kau suka dia, sebab selama ni dia take care kat kau).. Sampaila satu hari dia cakap " awak suka saya tak, saya terima jawapan awak, tak suka takpe".. hati ni dah debor-debor..nak cakap ya atau tidak..tengok umur dah tua. Masa tu pernah tunggu orang lain yang umur tua sikit dari nad cakap benda sama, biasalah banyak sangat kenalan lelaki..hahaha..tapi diaorang senyap je. Masa tu pulak dah putus dengan pakwa..kihkihkih..jadi fikir punya fikir, okla terima..sebab masa tu dia caring sangat...choiii..
Kali kedua jumpa pergi KLCC. Ya masa tulah cinta berputik-putik..kihkih..KLCC saksi kami berdua..hahahha. Masa ni dia dah beli kamera dslr. Memang lagi sukala nad..hahaha..berposing sana sini..Gitula cerita cinta kami. Lagi lawak bila nad jumpa arwah mummy..huh..tapi taknak ceritalah..hahahhaa..ok throwback sangat ni. Tapi perangai lelaki memang lain, masa bercinta lain, dah kawin lain..kahkahkahkahh...biarlah lain, asalkan bahagia..bercakaran tu biasa, nak lagi luar biasa hanya kami berdua je tau..hahaha..
Doakan kami bahagia selamanya.