hai assalammualaikum

Mamom Milkbooster Herbaworks, Hanya Kunyah Susu Badan Bertambah! Betul ke?? - Anak makin membesar, susu makin kuat, kalau tak kenyang tu, kejenya merengek je. Kalau kenyang, tidur lena,bunyi apa-apa pun tak sedar. Itulah fariza. Kalau dulu takde supplemen-supplemen untuk tambahkan susu, jadi, ibu menyusu ni perlu jaga pemakanan supaya susu bertambah, macam mak nad cakap " ko kene makan, nanti susu ada".. sekarang makan pun dah melebihi tahap, nasib baik badan tak naik..hehhehe.

Ada orang cakap, makan kurma dan kismis. Jangan lupa minun air masak. Kadang dah buat semua tu, tetap sama jugak, susu tak banyak,susu tak pekat, jadi perlukan pertolongan supplemen.

Sekarang macam-macam produk  tambahkan susu ada. Jenis cecair ada dan jenis tablet, hanya kunyah je pun ada Hebat kan..berkesan atau tidak ikut badan kita. Sebelum ni, nad penah amik supplemen jenis cecair untuk tambahkan susu. Siapa pernah baca, taula. Tapi kadang-kadang terlupa nak minum, sebab kene bancuh..hahaha..gitu sekali. Jadi nad cari yang jenis tablet, kunyah sahaja.


Nad nampak iklan Mamom Milkbooster Herbaworks dekat facebook. Harga pun murah dalam RM80. Jadi nad dapatkan sebotol. Cara makan lagi mudah, kunyah-kunyah je. Nak pergi mana-mana boleh bawak sebab botol dia pun saiz comel, nak makan dekat mana-mana pun boleh, tapi kenela ikut arahan cara pemakanan ye. Jangan kau melantak satu botol habis sehari..


Rasa dia sedap, sebab rasa vanila..hahaha..mana tak ketagih. Isi kandungannya pun bagus, dibuat dari ekstrak herba seperti alfalfa, habatussauda, madu, kurma, spirulina, kacang soya, susu kambing.

Betul ke dengan hanya kunyah boleh tambah susu badan??..




Nad dah amalkan selama 5 hari. Yup, memang apa yang ditunjuk tetsimoni tu memang berkesan dekay nad. Oopss, nad bukan jenis pam orangnya, nad direct feed terus ke baby fariza. Apa yang paling ketara nad nampak, dia hisap susu sebelah je dah kenyang. Hah!! Selalunya kena bagi dua-dua belah baru dia diam, ni sebelah je, terus diam. Kadang hisap sampai tertidur, sebelah sahaja. Kadang nad terpaksa, paksa dia susu sebelah lagi, sebab dah membengkak..hahha..nasib baby fariza kuat nyusu..


Nad dah bagi yang terbaik untuk anak nad. Jadi korang yang ada masalah susu tu, nak cari produk tambahkan susu yang murah dan berkesan, cubalah Mamom Milkbooster Herbaworks ni. Jangan risau, ada lulusan KKM. Boleh pergi ke

Instagram :



@mamom_tambahsusuibu
@mamom_tambahsusuibu
@mamom_tambahsusuibu
.

ataupun boleh je order direct terus
Whatsapp 019 372 1966 / 019 3716993

Kalau nak tengok banyak lagi testimoni atau still rasa ragu-ragu korang boleh "LIKE" .


FB Page :Mamom Milk Booster Herbaworks               



PENGALAMAN ANAK PEREMPUAN DISUNATKAN

in , by Nadia Johari, 22:17:00
hai assalammualaikum

Pengalaman Anak Perempuan Disunatkan - Tak pernah tau macam mana anak perempuan disunatkan. Selama ni tengok budak lelaki sunat, bukan tengok depan-depan, tengok acara diaorang ler..hahaha..tapi lepas tu amik tau jugak macam mana lelaki sunat, tu pun suami yang cerita..hahaha..nad ni memang jenis nak tau..jadi! Tanya je dekat yang halal. Takdela segan kan. Tapi bila anak perempuan macam mana pulak??

Gambar ni masa nak pergi sunat..hehehe..

Nak ceritalah pengalaman nad masa bawak fariza pergi sunat. Masa fariza, nad sunatkan dia semasa usia dia 3 bulan. Yela, masa baby la dia rasa sakit tu sekejap je. Cuba bayangkan kalau dah besar, dah tau rasa sakit, tak ke kesian..adoii.. ( tengah tulis ni pun masih bayangkan dan ngerinya ).. huhuhu..jadi sebelum balik kuala lumpur, nad siap-siap nak sunatkan dia, almaklumla, nad dengan mr mafia takde pengalaman. Jadi ikut la dengan orang berpengalaman.

Jadi petang tu pergi dengan mak ayah. Pergi klinik swasta yang ada khas untuk sunat baby. Kalau lagi bagus doktor perempuan. Eh! Pernah ke doktor lelaki sunatkan budak perempuan..hahaha..entah..tak tau pulak. Mula-mula tu pergi klinik satu tu, ala kene buat appoitment pulak. Jadi pergi klinik lain, nasib ada.

Tanyala mak " macam mana disunatkan mak" " sakitnya lama tak, kesian fariza nanti, kalau kencing sakit tak".. kau tengok punya risau nad. Banyak tanya. Mak jawab " dia siat kulit sikit je. Ala sakit sekejap jela. Ok... masa masuk bilik tu, nad tak berani pegang..hahaha..kesian nengok anak. Jadi neneknya la pegang. Tak nampakla prosesnya macam mana. Prosesnya sekejap je. Ade darah jugakla, fariza nangis. Tapi sekejap jela. Harga untum sunat RM20 je..

Nak amik gambar time fariza sunat, tapi takut muka doktor garang sangat..hahhaha

hai assalammualaikum

Almari laci Pakaian Baby Fariza - Kalau masa baby-baby lagi, tempat pakaian dia bakul warna merah la. Sebab baju baby ni tak banyak, alih-alih dia pakai ulang-ulang jugak baju tu. Macam tu la fariza, masa tu tak terfikir nak beli almari laci khas untuk pakaian baby fariza. Ingat tak perlu, tunggu umur dia setahun baru beli, tali rupanya baju dia bertambah bila orang bagi.
hai assalammualaikum

Sambut Anniversary Dengan Sederhana Hanya Di Pizza Hut - Hah!! Petang tu tiba-tiba mr mafia cakap " sayang nak makan luar tak".. eheh...eheh..walaupun tak sihat, batuk, tetap nak keluar..hahahah. Bila mr mafia cakap macam tu terus tersenyum, cakap " nakkkkk".. sebabnya tak payah masak, tak payah cuci pinggan..kihkih..mula-mula dia suh order je sebab anak dengan isteri tak sihat, tapi si isteri nak sangat keluar..jadi keluarla..ala..tu pun pergi dekat je dengan rumah..mana lagi TESCO laa...huhu.


Makan dekat Pizza Hut Tesco Ampang. Sampai je, order yang set harga RM36..Apa.yang ada dengan RM36, ada pizza, ada sup, roti, air, dan spageti. Perasan kan or, or tu..maksudnya kene pilih slaah satu. Jadi nad amik yang pizza dengan spaggeti. Hah!! Tu tak termasuk gst, charges apa-apa dua nak charges..hahaha..takpela yang bayar mr mafia..hehehe..lagipun dah lama tak makan spageti..oh lupa ada aiskrim lagi..


Dulu sambut berdua, sekarang sambut dengan si bulat ni..hehehe..dialah paling over bila nampak makanan..





Ok telan air liur tengok menu. Nak cakap ni, disebabkan pilih yang spageti dan pizza, jadi pizza dapat yang saiz kecik je..ok cukup untuk kami berdua..kenyang jugak.


Alhamdulillah kenyang, anak pun seronok je tengok mommy dan daddy dia makan..hehhehe..sebagai upah, masukkan dia dekat kereta mainan berbunyi ni..hahaha..


Dia memang, relaks je, pegang stereng tu kuat dah..suka dia kereta tu bergerak..pelik sekejap..hehehe..

Terima kasih husband untuk makanan ni semua.always love you walaupun bercakaran selalu..hahahhaa..nak tambah adik untuk fariza..tunggu fariza besar dan tak susu badan..hehehe..
hai assalammualaikum

Ulangtahun Kami Yang Kedua: Throwback bagaimana kami berkenalan dan bercinta : Alhamdulillah, 12 april, tarikh kami berdua dinikahkan. Dengan sekali lafaz, alhamdulillah, selamat dah diijabkabulkan. Selamat dah jadi isteri mr mafia. Tanggungjawab ayah pun dah dilepaskan kepada suami. Sedih jugak sebab selalu dah dengan keluarga, tiba-tiba kena tinggal dengan orang lain..biasalah lumrah bila dah berkahwin ni. Tanggungjawab kau sekarang ialah suami..huhuh..pepandai suamila didik isteri dia yang nakal seamat-amatnya..hahahah..

Ok bukan nak cerita pasal kawin, nak cerita pasal macam mana berkenalan dan jatuh cinta..auchh..macam manala budak umur 20 an boleh bercinta dengan lelaki yang berusia 40 an. Kalau dulu nad selalu terfikir, diaorang yang kapel ngan orang tua ni, takde lelaki muda dah ke kat dunia ni, atau lelaki lebih tua sikit sahaja dari usia diaorang. Last-last kau yang dapat lelaki berusia nad oiii..tu la dok ngata orang..kihkihkih..


Zaman study, pertama kali dapat laptop. Bila dah ada laptop memang jakun la jawabnya, mana taknya, dapat online, dapat chatting ( zaman yahoo chatting, kampung zonela, apa-apa zonela). Waktu tu pulak zaman gatal, miang semua ada..hahaha..orang suruh belajar bukan menggatal. Haishh..tapi kita ni belajar ok tau..hahaha..bila dah dapat online mulalah belajar main myspacela, facebook dan tagged. Paling legend taggedla..hahaha.  hah!! Dekat tag la berkenalan dengan mr mafia ni..


Ceritanya, nad ni dah tertulis umur dekat tagged 60 lebih. Pulak tu tak boleh ditukar, tak tau kenapa, jadi biarkan. Jadi bubuhla gambar cun-cun, siapa percaya umur dengan gambar awet muda. Masa tu memang ramaila jejaka add, termasukla usia yang tua-tua ni..hahahha. Masa tu memang tak layan yang tua-tua ni, euuwww..not my taste katanya..sekali tu ada la sorang ni tak berputus asa massage dekat tagged. Ermm kita pun tengok gambar, not bad, bergaya, tengok usia 40 lebih tapi takde rupa 40 lebih. Ok, layankanla massage tagged dia. Nama dia kerex tak silap.

Lama-lama borak, ok jugak orang ni. Serba serbi tau, macam senang je nak gunakan dia..kahkahkahkah..sebab masa tu buat asigment, mintak tolong kerex cari maklumat. Dia ikut je. Lepas tu dah jarang borak sebab dah ade facebook masa tu. Nad pulak sejak ada facebook, dah jarang on tagged. Jadi, dia cakap mana pergi, mana pergi, cakapla " dah ade facebook, add kat facebook jela, dah jarang on tagged". Jadi dia pun buat. Dan berborak la dekat facebook pulak. Masa tu la terus akrab. Dah lama-lama tu, mulala nak ajak berjumpa..hahaha..nak pulak kau nad jumpa dia, dahla berusia..kahkahkah..masa tu fikir takdela pasal usia dia pasal gaya dia tu..macho ok..hahaha..

Pertama kali jumpa dekat midvalley. Sebab dulu selalu turun midvalley naik bas, tapi entah macam mana, boleh lupa turun mana dekat midvalley tu, last-last tersasar, alih-alih naik teksi. Sanggup kau nad..ceh..hahaha. Sampi je mid, dup dup jantung..macam manala rupa dia. Apa dia pakai. Sekali tegur kawan dia. Yang mr mafia kat belakang tersipu-sipu malau..cehh..nad pun memang pemalu la..hahahha..




Masa tu mainla bowling, makan..tak tau nak buat ape..nad tengok pakaian dia, ayoyo gaya orang tua. ..hahahahaha..nak taknak, main jela. Gambar kat atas, gambar pertama kali jumpa..hahaha.. Balik tu buat biasa jela. Bila dah sampai rumah, main massage macam biasa. Mr mafia ni kalau dah bercakap memang cair..puihhh..sampai satu hari nad nak balik UUM, dia selalu call setiap perjalanan, tiba-tiba haritu dia tak telefon pun. Pelik, kenapa??. Why??.

Yang nad pulak dah resah sangat kenapa??. Hati ni macam lain macam je. Pastu call dia, cakap kenapa tak telefon??. Kenapa tak tanya khabar??. Dia cakap dia tak tidur, tunggu panggilan nad dah sampai belum..ececeh.gitu..terus dia ttanya kenapa??. Nad cakap, entah tak tau kenapa saya macam tu ( dalam hati kau suka dia, sebab selama ni dia take care kat kau).. Sampaila satu hari dia cakap " awak suka saya tak, saya terima jawapan awak, tak suka takpe".. hati ni dah debor-debor..nak cakap ya atau tidak..tengok umur dah tua. Masa tu pernah tunggu orang lain yang umur tua sikit dari nad cakap benda sama, biasalah banyak sangat kenalan lelaki..hahaha..tapi diaorang senyap je. Masa tu pulak dah putus dengan pakwa..kihkihkih..jadi fikir punya fikir, okla terima..sebab masa tu dia caring sangat...choiii..




Kali kedua jumpa pergi KLCC. Ya masa tulah cinta berputik-putik..kihkih..KLCC saksi kami berdua..hahahha. Masa ni dia dah beli kamera dslr. Memang lagi sukala nad..hahaha..berposing sana sini..Gitula cerita cinta kami. Lagi lawak bila nad jumpa arwah mummy..huh..tapi taknak ceritalah..hahahhaa..ok throwback sangat ni. Tapi perangai lelaki memang lain, masa bercinta lain, dah kawin lain..kahkahkahkahh...biarlah lain, asalkan bahagia..bercakaran tu biasa, nak lagi luar biasa hanya kami berdua je tau..hahaha..

Doakan kami bahagia selamanya.

hai assalammualaikum


Maggi Kari Letup Cili Api - Hah!! Korang, penah tengok iklan Nabil yang makan maggi, yang dua orang kawannya siram air dengan kipas sebab makan maggi yang nampak pedas tu. Hah!! Mr mafia ada beli maggi tu dan apa lagi nad cuba rasa..hehehe


Malam tu tiba-tiba lapar, sebab sibuk pasang almari laci baju baby fariza. Apa lagi, ada maggi, masakla maggi. Maggi dia nampak macam maggi kari tu. Dalamnya cuma ada maggi dan satu serbuk maggi. Serbuk tu nad tengok memang warnanya merah semerah-merahnya..huhuhuhu. 

Nad kalau nak masak cepat, cuma masukkan air, perencah maggi dan maggi dia. Kalau nak best, potong bawang merah, bawang putih, masukkan dalam air mendidih, tak pun nak lagi pedas letak lagi cili padi..hahaha..tambahan nak letak udang ke, ayam ke, ikut pilihan korangla. Tapi malam tu nak cepat nak cuma letak telur je la.


Masak sampai mendidih air dan tengok maggi tu dah masak. Jangan sampai lembik..tak sedap.


Ok masak dah. Nyum..nyumm..nyumm..Sedap mmemang sedap. Nama pun dah kari letup perencah kari cili api. Memang meletup kau. Pedas ok, tapi takdelah pedas sesangat. Nad ni tak tahan pedas sangat-sangat, mulalah hingus meleleh..dahla selsema, lagi makan ni lagi meleleh..hahahaha..sroottt..srooott..srooott..

Boleh tahan jugakla pedas dia. Apa lagi korang cubala ye. Buat makan malam time lapar-lapar. Ala masa student siapa tak pernah makan maggi kan. Makan untuk berjimat time tu..hahaha..Malas masak boleh makan maggi ni jugak..hehehe..ok bye..




hai assalammualaikum

Nak Susu Badan Bertambah, Gunalah Mamom Milkbooster Herbaworks - Dulu sis selalu tercari-cari macam mana cara nak tambahkan susu badan. Macam-macam produk, tips, kaedah dan pantang larang sis dah cuba buat tapi still nampak macam tak ada apa-apa perubahan.

Sis faham mummy-mummy yang mempunyai masalah macam ni. Baby asyik merengek je sebab susu badan tak cukup, nak simpan buat stok pun jenuh mengepam tak keluar-keluar jugak. Percayalah, semua tu sis dah pernah rasa. Rasa DOWN dan STRESSNYAAAAA!!!


Sampailah satu hari tu sis ternampak iklan Mamom Milkbooster Herbaworks dekat facebook. Harga sangat berbaloi sebab tahan sebulan. Bila sis buat kira-kira hanya keluarkan RM2.60 sahaja sehari ( 1 botol RM80 ). Tak mahal pun sebab bila susu keluar, sis boleh jimat dari beli susu formula yang jauh lebih mahal.

Sis lihat sendiri testimoni-testimoni Mamom Milkbooster Herbaworks, memang terbukti berkesan..ada yang terpaksa beli peti ais baru sebab dah tak muat nak simpan stok susu.

Testimoni dari pengguna Mamom Milkbooster herbaworks
Antara Ribuan testimoni Mamom Milkbooster Herbaworks






Yang menarik mengenai Mamom Milkbooster Herbaworks ni ianya dalam bentuk Tablet! Hanya perlu kunyah-kunyah sahaja.

Isi kandungannya pun tidak meragukan. Dibuat dari ekstrak herba seperti Alfalfa, habatussauda, Madu, Kurma, Spirulina, kacang soya, susu kambing.

Apa yang lebih meyakinkan sis lagi adalah Irine Nadia juga dah cuba consume produk Mamom dan memberikan feedback yang sangat memberangsangkan.


Alhamdulillah, selepas sis cuba Mamom milkbooster Herbaworks ni, Kesannya memang tidak menghampakan!! 

Sis Dapat tengok dan alami sendiri perubahannya bila consume Mamom dalam masa seminggu. Mamommemang banyak sangat membantu! Senang pulak tu nak consume, hanya perlu kunyah tablet je dan rasa dia pun sedap, perisa vanila. Addicted sangat kalau makan Mamom ni.

Mamom Milkbooster Herbaworks ada sijil Halal jaki dan KKM. So, mummy-mummy kat luar sana tak perlulah risau ya. Sekarang ni dah dieksport ke luar negara. Jadi, kalau ada ibu-ibu kat luar sana yang risau susu makin kurang, sis memang higly recommended!! Try dulu tau makan Mamom! Ramai yang dah consume produk Mamom dan repeat order semula. Produk ni betul-betul membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu! Insyallah.













Untuk lihat testimoni, jom follow instagram ni:
@mamom_tambahsusuibu
@mamom_tambahsusuibu
@mamom_tambahsusuibu
.

ataupun boleh je order direct terus
Whatsapp 019 372 1966 / 019 371 6993

Kalau nak tengok banyak lagi testimoni atau still rasa ragu2, u all boleh "LIKE" .

FB Page : Mamom Milk Booster Herbaworks .




hai assalammualaikum

Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd (SBFM) dengan bangganya memperkenalkan Sparkling Ribena® Can – minuman ringan berkarbonat berperisa anggur hitam dengan keenakan yang sama kini boleh dinikmati dalam tin sedia minum! Bagi yang dahagakan keenakan minuman semulajadi yang dihasilkan daripada buah anggur hitam asli New Zealand dan mengandungi 100% keperluan vitamin C harian yang disyorkan, Sparkling Ribena® adalah pilihan lebih sihat untuk rakyat Malaysia tanpa mengira usia!  

“Ribena® jenama yang telah menjangkau lebih 75 tahun dan kami sentiasa mengolah semula rasa kegemaran ramai ini untuk menyesuaikan citarasa yang berbeza,” kata Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau , Malaysia, Singapura & Hong Kong, SBFM. “Dengan Sparkling Ribena® Can, pengguna boleh menikmati keenakan ini dalam cara baharu – gabungan terbaik keenakan minuman buah-buahan enak yang berkarbonat dan menyegarkan!

“Selain aktiviti ‘sampling’ unik untuk merasai Sparkling Ribena® Can, kami juga berhubung dengan pengguna melalui strategi pemasaran 360o yang merangkumi promosi jualan, iklan televisyen dan interaksi dengan pengguna untuk memberikan pengalaman produk ini kepada seluruh rakyat Malaysia,” tambah beliau.

Bertepatan dengan prinsip syarikat untuk membekalkan keenakan rasa buah terbaik, Sparkling Ribena® adalah bebas dari perasa, pewarna dan pemanis tiruan. Ia juga bebas kafeina. Ia mengandungi antioksidan dan antosianin, menjadikannya sesuai untuk semua – kanak-kanak, remaja dan orang dewasa!

Sparkling Ribena® Can baharu dijual pada harga RM2.00 dan boleh didapati di semua pasaraya besar, pasaraya, pasar mini dan kedai serbaneka seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila klik “Suka” Di Laman Facebook Ribena® Malaysia (www.facebook.Com/RibenaMalaysia) atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1-800-38-1231 (Isnin hingga Jumaat: 9 pagi hingga 5 petang).


hai assalammualaikum


Fariza Ikut Gen Siapa?? Atau Sebab Kenan - Hah!! Setiap kali nad upload gambar anak dara sorang ni, diaorang mesti tumpu dekat pipi..hahaha.. " pipi tu geramnya".. " pipi ke pau tu".. sampai anak buah uli-uli pipi dia macam nak buat donat..nad pun tak sangka, pipi fariza macam tu..hahaha..yela, masa dia lahir, takdela bulat macam tu, berat pun 2.8kg. Kecik je, comel je. Yang penting dari lahir, semua cakap muka macam daddy..hah!!!!...

Nad pernah cerita, yang dia merana sebulan, sebab apa?? Baca SINI. Lepas tu nad terpaksa bagi susu tepung sampai usia dia 2 bulan sebab susu tak cukup. Lepas tu, makin hari makin naik badan dia. Bukan setakat badan, pipi naik sekali. Tapi yang nampak ketara, pipila..huhuhu..adakah sebab susu, dia kenyang?? Atau sebab dia dah sedap badan lepas diurut??.. atau sebab kenankan seseorang???..apa-apa pun, alhamdulillah..Lepas usia 3 bulan susu badan semula, takmau dah susu tepung. Entry ada SINI.


Mr mafia cakap ikut macam dia masa kecik-kecik dulu. Arwah mommy pernah tunjuk gambar masa dia kecik-kecik dulu, katanya tembam macam fariza ni la. Punyala kita dok godek-godek gambar lama, tak nampak pun gambar dia masa kecikk..erkkk...Nak kata macam nad, ermm..ada sikitla, sebab pipi nad tembam..wakakka..tapi tanya mak nad, mak cakap pipi kite tak tembam macam fariza ni hah..huhuhu

Tapi masa nad mengandung, nad ni suka tengok gambar baby-baby comel, baby tembam hampir setiap malam. Siapa tak suka tengok baby comel kan. Kononnya, bila tengok baby comel, baby tembam, kenan dekat anak. Kalau tengok gambar baby arab nanti keluar muka anak macam arab, korea la. 


Selalu jugak tengok gambar zahra, anak abg ben, pipi dia tu, nad geram betul. Penah amik aura pipi dia masa dekat family day kelabbloggerbenashaari..hahaha..pastu zahra ni kurang senyum..masam je kalau kita tengok..sama la oii dengan anak dara kita ni masam je..senyap je..suara mahal sangat. Jarang dengar suara dia melainkan nak susu, berak atau ngantuk nak tidur..

Boleh percaya ke kenan-kenan ni??. Yela kadang orang tua pesan, ko jangan buat tu, ko jangan buat ni, pesan dekat suami tak boleh memancing, jangan bunuh binatang dan macam-macam lagi la..nad ni yang pertama kali mengandung kadang boleh percaya, kadang terikut sebab pesan orang tua punya pasal..tapi nasib baik laki nad bukan kaki pancing tapi kaki jurugambar..huhuhu..kadang-kadang orang tua-tua pesan gitu nak jaga kebaikan kita dan kandungan kita..


Tapi kadang takkan semua benda kita tak boleh buat kan, haishh..masa tengah buat kerja tu, tak perlula fikir bukan-bukan. Kang percaya 100% kata syirik pula..masa mengandung tu, isteri memang kena jaga tingkahlaku, perbuatan dan percakapan. Takyah amik serius sangat. Fikir benda gembira jela, kalau stress, apa lagi dengar atau baca ayat al-quran. Atau layan cerita lawak macam running man..hahahha. Itu semua kuasa Allah. Yang baik diamalkan, yang buruk dijauhkan. Tak kisahla masa megandung atau belum mengandung.


Bila tengok anak sendiri, kadang tak ppercaya macam ni rupanya baka mr mafia dan mrs rockers..hahahaha. Kalau semua tanya pasal pipi nad jawab " simpan susu tu,kuat nyusu dak ni"..hahaha..kata kawan, budak-budak kecik memang tembam pipi, dah besar hilangla..uuu..

 

hai assalammualaikum

Shawl Zilazlover - Banyaknya shawl dalam almari, sampai tak tau mana satu nak pilih. Macam ni la perempuan, selagi warna shawl takda dalam senarai, dia akan beli. Atau walaupun dah banyak shawl, dia tetap beli shawl tu sebab trend. Atau dia beli shawl tu sebab nak pakai mudah dan tak perlu banyak kerja. Hah!!! Kann...betul tak. Lagi satu mesti sebab tengok shawl tu lawa, takkan nak pakai yang hodoh kan.


Hah!! Ni nak cerita pasal shawl la ni. Kalau dulu beli shawl sebab lawa dan berwarna biru. Amik kau,berlambak warna biru, tapi sekarang beli shawl sebab nak mudah pakai dan kaler yang berbeza. Almaklumla, boleh dipadankan dengan apa-apa baju. Biasalah,dah jadi mak-mak ni, nak cepat je. Lambat sikit, habis senget benget shawl kau sebab anak..hahaha..

Selama ni,nad tak reti pilih shawl yang bagus, selama ni tengok warna dan cantik je. Tapi belajar sikit-sikit, shawl ni banyak jenis kainnya. Ada yang kasar dan ada yang licin. Ada yang mudah dibentuk, ada yang sarung je, ada juga yangvtak perlu digosok..hah!!!..


Nad suka shawl nad pakai ni. Tengokla gambar tu..cute tak..wakakka..pertama kali nad pakai, terus cantik je letak kepala, lepas tu macam terlekat je, tak lari sana sini. Baby fariza tarik pun steady je..hahaha..Nad dapatkan shawl ni dekat shawl zilazlover.

Shawl zilazlover ni labuh, mudah dililit, tidak rimas, mudah digayakan dan sejuk.


Warna yang nad amik ni belum lagi ada dalam list tudung nad..haaha..so bila dah ada, kira dah puas hati..hehhe.kain pun sedap dipakai.

Harga shawl ni takda mahal sangat..murah je.takdelah mahal macam tudung yang direbutkan orang tu...tapi stock terhad.


Macam-macam warna ada dekat shawl zilazlover ni. Jenis dan corak pun macam-macam. Hah, macam nad pakai ni ada lace. Tudung bawal pun diaorang ada jual.

Hah berkenan tak, bolehla kalau nak pergi ke
facebook:
Instagram:
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2