hai assalammualaikum

Rangkaian Produk  Safi Rumusan Bahan Semulajadi Dan Diformulasi Dengan Habbatussauda - Kalau tengok bab produk kecantikan, mesti kita akan tengok isi kandungan dia yang sesuai dengan kulit muka kita. Rata-rata sekarang lebih suka memilih produk kecantikan yang berasaskan semulajadi berbanding yang menggunakan merkuri. Sebab apa yang kita tau, bahan semulajadi banyak khasiat dia, dan elok untuk kulit. Safi sudah terkenal sejak lama lagi, dan apa yang nad nampak, pasti akan ada sahaja produk terbaru yang akan dikeluarkan. suka sangat dengan produk Safi ni.

Kebaikan hasil alam semulajadi diperakui sejak zaman berzaman bagi memberikan khasiat terhadap kulit wajah. Safi telah menghasilkan produknya berasaskan ekstrak tumbuhan, dan kini produk Safi telah memperkenalkan formulasi terbaru dalam rangkaian permbersih wajah dengan manfaat Habbatussauda agar khasiat pada kulit dapat dipertingkatkan. Wooww!!..dah digabung dengan habatussauda pulak. Habatussauda memang banyak kebaikaannya kan!!
hai assalammualaikum

El Nino Makin Teruk : Senarai Sekolah Tutup Esok - Masih belum pulih lagi El Nino ni. Makin lama makin teruk. Walaupun kadang-kadang hujan, bahangnya masih terasa. Tak semua tempat hujan turun kan, sampai ada empangan yang semakin kering. Disebabkan El Nino, ada yang jatuh sakit, risau memang risau. Kadang dah minum air banyak pun, badan masih lemah, disebabkan cuaca begitu panas. Kalau orang dewasa dah rasa macam ni, macam mana pulak dengan anak-anak kita??

Sebagai langkah keselamatan, pemantauan oleh kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap cuaca kering dan panas yang melanda negara sekarang mendapati di kawasan bacaan di Negeri Perlis , Daerah Jerantut dan Daerah Temerloh di negeri Pahang sehingga hari ini 21 April 2016 telah mencatat bacaan suhu tertinggi melebihi 37c pada satu-satu masa dalam tempoh 3 hari berturut-turut.


Sehubungan itu KPM ingin memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Perlis, daerah Jerantut dan Daerah Temerloh di negeri Pahang akan ditutup selama satu (1) hari iaitu pada 22 April 2016 (Jumaat). Penutupan ini adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas ini. Jaga anak masing-masing. Kalau nak bagi anak-anak main keluar, mainpetang-petang macam tu. Yela budak-budak mana nak duduk dalam rumah je..

MASYARAKAT JAWA JE KE TAU BUBUR CANDIL NI??

in , by Nadia Johari, 17:05:00
hai assalammualaikum

Resepi Bubur Candil: Masyarakat Jawa Je Ke Tau?? - Siapa pernah makan bubur candil?? Ada yang tak pernah tengok bubur candil?? Rata-rata, kalau korang cakap dekat orang jawa semua tau dan kenal bubur candil. 
 


Masa kenduri cukur jambul fariza, siang tu kitaorang semua buat bubur candil. Sebab dari dulu, adat orang jawa, bila anak kita  dah pandai jalan dan nak bagi dia jejak ke tanah, jadi buatla bubur candil ni. 
 
Anak kakak dah pandai jalan, jadi buatla untuk anaknya. 
 
Kalau sebelum ni masa diaorang dah merangkak dan maju ke depan pun boleh buat adat ni. Siap letak atas tikar, lepastu letak barang, macam pen ke, duit ke, buku ke,.suruh budak-budak ni merangkak pilih barang mana??.. kalau pen budak tu bakal jadi cikgu..kononnya..ia adalah adat..takyahla percaya sangat..orang jawa kan banyak adatnya.

Tapi sekarang masa kenduri pun dah ada macam kenduri kawin. Kalau teringin nak makan, buat sahaja. Tak susah pun. Cuma rajin tak rajin jela..hahaha. Bubur candil ni warna coklat, dibuat dari tepung pulut, digentil bulat-bulat. 
 
Yang menjadikan dia warna coklat sebab dibubuh gula perang. Tapi sekarang dah advance, kadang ada yang warna-warni, letak sagu, letak keledek..macam-macamla. Tapi nad tetap minat yang asli punya.



Jadi yang muda ni belajar dari yang tua. Bubur candil ni dibuat dari tepung pulut. Tepung tu diletak dengan air garam. Lepas tu di uli dengan tangan jadi lah doh macam dalam gambar. Sukatan ikutla..kalau nak buat banyak, banyakla guna tepung.


Lepas tu digentil-gentil jadi bulat. Part ni budak-budak suka buatla termasuk nad..hahaha..buatla banyak-banyak bulat-bulatkan dia..jangan bulat besar sangat. Bulat sedang-sedang je..


Lepas tu masak kan dia dalam kuali besar. Mula-mula maaukkan air. Biar sampai mendidih. Dah mendidih, mengelegak, masukkan tepung yang dibulatkan. Mak cakap kalau dah masak, dia akan naik timbul ke atas.



Lepas tu bubuh santan, daun pandan. Godek-godek, pastu bubuh gula kasar dan gula merah. Gula merah la yang jadikan dia warna coklat. Pastu gaul-gaul sampaila masak..dahh..


Ini lah rupa dia bila dah masak. Buburnya kenyal-kenyal gitu. Rasanya manis. Memang sedap..hehhe..
 
Selamat mencuba..

hai assalammualaikum

Blogger Zaza Iman Melawat Baby Fariza - Semua blogger tau kan, sabtu lepas ada event Sepetang Bersama Blogger ( SBB ). Event yang menghimpunkan para blogger untuk berjumpa dan berkongsi ilmu tentang blog. Tahun lepas nad dapat join, tapi tak dapat bermain sebab tengah sarat mengandung. Tahun lepas buat outdoor. Entry ada dekat SINI

Tahun ni buat indoor dalam dewan. Dah memang excited nak pergi, tapi member pulak cakap tak boleh bawak kanak-kanak bawah 12 tahun. Nad pulak dah ada baby fariza, jadi tak dapatla pergi. Fariza memang nad akan angkut ke mana sahaja, sebab dia nyusu badan. Kalau mr mafia ada susu badan, lama dah tinggalkan dengan daddynya..hahahha..terkilan juga sebab baru ingat nak jumpa blogger yang belum pernah jumpa, tapi takpela, takde rezeki.


Tapi akhirnya dapat jumpa salah seorang blogger ni yang nad dah lama kenal dan nak jumpa. Sebelum ni blogger ni duduk pahang, lepas tu sekrang dia dah bekerja dekat seremban. Nak jumpa susah sebab jauh, bila dia datang Sepetang Bersama Blogger, dapat jumpa jugakla sebab majlis tu buat dekat Kuala Lumpur. Nad kan tinggal dekat Kuala Lumpur. Jadi bila dia cakap nak jumpa, teruja jap..hehhe. 

Hari sabtu tu memang nak balik kampung sebab ahad majlis cukur jambul baby fariza. Tapi nasib baik tak gerak lagi ke kampung. Jadi sempatla nak jumpa blogger ni. Punyala bagi location, tapi biasalah kalau tak sesat tak sah..hahha..kesian diaorang pusing-pusing cari rumah. Last sekali nak memudahkan diaorang, jumpa dekat Tesco Ampang. Kalau tau, takyah share location rumah, bagitau je jumpa dekat Tesco, takdelah terpusing-pusing cari rumah..hahaha..sebab driver tu tau Tesco Ampang dekat mana..lorr..kesian dekat diaorang..


Tak sabar nak jumpa dah sampai Tesco ampang, tercari-cari, manalah. Sekali Akmal hakim blogger katak comel, pernah dengar nama dia..hahha..sapa nad..heyy..akhirnya jumpa jugak katak ni..hahaha..tercari-cari blogger lagi sorang..main nyorok-nyorok pulak..hehee..lepas tu dia keluar je, argghh rasa nak jerit. Blogger Zaza Iman, akhirnya jumpa jugak. 



Pastu ajak makan dekat Tesco Ampang tu, sebab kesian diaorang pusing-pusing cari rumah..hehehe..lepas makan ajak la datang rumah..borak sakan la. 

Dekat 9.30 malam baru diaorang gerak balik. Terima kasih korang akmal hakim dan zaza iman datang jenguk baby fariza. Maaf kalau ada yang terkurang. Nanti kalau ada masa nad datang seremban pulak ye. 
hai assalammualaikum

Kenduri Cukur Jambul Dan Akikah Baby Fariza - Alhamdulillah selesai majlis cukur jambul dan akikah anak dara nad sorang ni. Bila dapat anak perempuan kenala tumbangkan kan kambing seekor. Kambing kitaorang dah tempah awal siap sembelih dan masak. Senang, takdelah banyak kerja..hehehe. Kambing kitaorang masak kari.


Fariza dah 5 bulan baru nak cukur jambul. Yela majlis kene perlukan duit, jadi duitnya baru masyuk, sebab tu lambat cukur..hahha..lepas ni kasi botakla anak dara ni. Alahai rambut dahla sikit, lepas botak tak taula tumbuh macam mana.



Majlis bermula lepas Isyak. Buat sederhana je. Panggil saudara mara, panggil orang surau je. Fariza stedy je muka. Mesti fikir apala orang ni buat dengan rambut dia, dah la sikit..huhu..dan mr mafia, ni la pertama kali dia rasa majlis ni dalam hidup. Selama ni tak pernah amik tau bab-bab majlis cukur ni. Nah, terkial-kial dia..hahaha..


Majlis cukur jambul dekat kawasan rumah mak nad meriah sebab gotong royong. Bertambah meriah bila ada baling duit. Hah!! Mesti korang akan kecam tengok gambar ni, mesti ada cakap " apa la duit dibaling dekat budak" " budak-budak tu dah macam tu, macam ni".. mulut orang biasa. Tapi bagi kitaorang kalau takde baling duit macam tak best je. Kadang-kadang budak-budak kawasan sini dah tau, siap cakap, " ada baling duit tak". Sebab diaorang akan berebut duit tu, lepas tu kira berapa dapat. Buat acara ni dari nad sejak kecik lagi, jadi bila takde rasa lain.

Alamat terlupa amik gambar makanan pulak..hahaha..biasalah sibuk dengan anak.



Hah yang ni sepupu fariza. Diaorang ni sebaya. Tahun lepas ramai sepupu nad mengandung. Sorang-sorang selamat lahirkan baby, nah sekarang diaorang dah sama besar. Ada lagi baya diaorang, ada 6 ke 7 orang macam tu..hahaha.

Fuh letih..ok kemas rumah pulak..aktiviti yang memang tak suka..hahaha..k bai..

MANJANYA DIA SEKARANG

in , by Nadia Johari, 20:48:00
hai assalammualaikun


Manjanya la Dia Sekarang - Lepas demam haritu, lagi lain perangai dia. Kalau sebelum ni, boleh lagi nak buat kerja, lalu depan dia sesuka hati, dia buat tak tau je, tapi sekarang, asal nampak muka mommynya, nangis nak mintak dukung. Bila dengan daddynya, kalau dulu takpe, dia senyap je..sekarang asal mommy lalu depan , terus merengek, merengek bukan biasa-biasa tapi jerit kuat. Bila mommy dah pegang dia, terus senyap..huh!!.. anak..anak..

Bila dah perangai macam ni, mommy pun dah tak boleh buat kerja. Tapi mommy terpaksa buat kerja rumah ni, takkan nak bersepah pulak. Kadang terpaksa nad biarkan dia menangis. Tapi naluri seorang ibu, siapa leh dengar dia nangis sekuat hati. Terus amik pujuk..


Lepas pujuk, letak balik, nangis, pujuk letak balik..naluri seorang ibu. Padahal kita tau dia menangis main-main. Nak bermanja gitu. Lagi lawak bila tiap pagi bangun, nampak muka mommy, senyum, terus tido balik..hahaha..bila mommy takde, terus nangis..hahahha..comel sangat..

Takpela, mommy tetap akan layan fariza. Asalkan fariza happy, tapi taknak manjakan sangat. Hahaha..nanti ngengada..membesar dengan baik ye sayang...
hai assalammualaikum

Mamom Milkbooster Herbaworks, Hanya Kunyah Susu Badan Bertambah! Betul ke?? - Anak makin membesar, susu makin kuat, kalau tak kenyang tu, kejenya merengek je. Kalau kenyang, tidur lena,bunyi apa-apa pun tak sedar. Itulah fariza. Kalau dulu takde supplemen-supplemen untuk tambahkan susu, jadi, ibu menyusu ni perlu jaga pemakanan supaya susu bertambah, macam mak nad cakap " ko kene makan, nanti susu ada".. sekarang makan pun dah melebihi tahap, nasib baik badan tak naik..hehhehe.

Ada orang cakap, makan kurma dan kismis. Jangan lupa minun air masak. Kadang dah buat semua tu, tetap sama jugak, susu tak banyak,susu tak pekat, jadi perlukan pertolongan supplemen.

Sekarang macam-macam produk  tambahkan susu ada. Jenis cecair ada dan jenis tablet, hanya kunyah je pun ada Hebat kan..berkesan atau tidak ikut badan kita. Sebelum ni, nad penah amik supplemen jenis cecair untuk tambahkan susu. Siapa pernah baca, taula. Tapi kadang-kadang terlupa nak minum, sebab kene bancuh..hahaha..gitu sekali. Jadi nad cari yang jenis tablet, kunyah sahaja.


Nad nampak iklan Mamom Milkbooster Herbaworks dekat facebook. Harga pun murah dalam RM80. Jadi nad dapatkan sebotol. Cara makan lagi mudah, kunyah-kunyah je. Nak pergi mana-mana boleh bawak sebab botol dia pun saiz comel, nak makan dekat mana-mana pun boleh, tapi kenela ikut arahan cara pemakanan ye. Jangan kau melantak satu botol habis sehari..


Rasa dia sedap, sebab rasa vanila..hahaha..mana tak ketagih. Isi kandungannya pun bagus, dibuat dari ekstrak herba seperti alfalfa, habatussauda, madu, kurma, spirulina, kacang soya, susu kambing.

Betul ke dengan hanya kunyah boleh tambah susu badan??..




Nad dah amalkan selama 5 hari. Yup, memang apa yang ditunjuk tetsimoni tu memang berkesan dekay nad. Oopss, nad bukan jenis pam orangnya, nad direct feed terus ke baby fariza. Apa yang paling ketara nad nampak, dia hisap susu sebelah je dah kenyang. Hah!! Selalunya kena bagi dua-dua belah baru dia diam, ni sebelah je, terus diam. Kadang hisap sampai tertidur, sebelah sahaja. Kadang nad terpaksa, paksa dia susu sebelah lagi, sebab dah membengkak..hahha..nasib baby fariza kuat nyusu..


Nad dah bagi yang terbaik untuk anak nad. Jadi korang yang ada masalah susu tu, nak cari produk tambahkan susu yang murah dan berkesan, cubalah Mamom Milkbooster Herbaworks ni. Jangan risau, ada lulusan KKM. Boleh pergi ke

Instagram :



@mamom_tambahsusuibu
@mamom_tambahsusuibu
@mamom_tambahsusuibu
.

ataupun boleh je order direct terus
Whatsapp 019 372 1966 / 019 3716993

Kalau nak tengok banyak lagi testimoni atau still rasa ragu-ragu korang boleh "LIKE" .


FB Page :Mamom Milk Booster Herbaworks               



PENGALAMAN ANAK PEREMPUAN DISUNATKAN

in , by Nadia Johari, 22:17:00
hai assalammualaikum

Pengalaman Anak Perempuan Disunatkan - Tak pernah tau macam mana anak perempuan disunatkan. Selama ni tengok budak lelaki sunat, bukan tengok depan-depan, tengok acara diaorang ler..hahaha..tapi lepas tu amik tau jugak macam mana lelaki sunat, tu pun suami yang cerita..hahaha..nad ni memang jenis nak tau..jadi! Tanya je dekat yang halal. Takdela segan kan. Tapi bila anak perempuan macam mana pulak??

Gambar ni masa nak pergi sunat..hehehe..

Nak ceritalah pengalaman nad masa bawak fariza pergi sunat. Masa fariza, nad sunatkan dia semasa usia dia 3 bulan. Yela, masa baby la dia rasa sakit tu sekejap je. Cuba bayangkan kalau dah besar, dah tau rasa sakit, tak ke kesian..adoii.. ( tengah tulis ni pun masih bayangkan dan ngerinya ).. huhuhu..jadi sebelum balik kuala lumpur, nad siap-siap nak sunatkan dia, almaklumla, nad dengan mr mafia takde pengalaman. Jadi ikut la dengan orang berpengalaman.

Jadi petang tu pergi dengan mak ayah. Pergi klinik swasta yang ada khas untuk sunat baby. Kalau lagi bagus doktor perempuan. Eh! Pernah ke doktor lelaki sunatkan budak perempuan..hahaha..entah..tak tau pulak. Mula-mula tu pergi klinik satu tu, ala kene buat appoitment pulak. Jadi pergi klinik lain, nasib ada.

Tanyala mak " macam mana disunatkan mak" " sakitnya lama tak, kesian fariza nanti, kalau kencing sakit tak".. kau tengok punya risau nad. Banyak tanya. Mak jawab " dia siat kulit sikit je. Ala sakit sekejap jela. Ok... masa masuk bilik tu, nad tak berani pegang..hahaha..kesian nengok anak. Jadi neneknya la pegang. Tak nampakla prosesnya macam mana. Prosesnya sekejap je. Ade darah jugakla, fariza nangis. Tapi sekejap jela. Harga untum sunat RM20 je..

Nak amik gambar time fariza sunat, tapi takut muka doktor garang sangat..hahhaha

hai assalammualaikum

Almari laci Pakaian Baby Fariza - Kalau masa baby-baby lagi, tempat pakaian dia bakul warna merah la. Sebab baju baby ni tak banyak, alih-alih dia pakai ulang-ulang jugak baju tu. Macam tu la fariza, masa tu tak terfikir nak beli almari laci khas untuk pakaian baby fariza. Ingat tak perlu, tunggu umur dia setahun baru beli, tali rupanya baju dia bertambah bila orang bagi.
hai assalammualaikum

Sambut Anniversary Dengan Sederhana Hanya Di Pizza Hut - Hah!! Petang tu tiba-tiba mr mafia cakap " sayang nak makan luar tak".. eheh...eheh..walaupun tak sihat, batuk, tetap nak keluar..hahahah. Bila mr mafia cakap macam tu terus tersenyum, cakap " nakkkkk".. sebabnya tak payah masak, tak payah cuci pinggan..kihkih..mula-mula dia suh order je sebab anak dengan isteri tak sihat, tapi si isteri nak sangat keluar..jadi keluarla..ala..tu pun pergi dekat je dengan rumah..mana lagi TESCO laa...huhu.


Makan dekat Pizza Hut Tesco Ampang. Sampai je, order yang set harga RM36..Apa.yang ada dengan RM36, ada pizza, ada sup, roti, air, dan spageti. Perasan kan or, or tu..maksudnya kene pilih slaah satu. Jadi nad amik yang pizza dengan spaggeti. Hah!! Tu tak termasuk gst, charges apa-apa dua nak charges..hahaha..takpela yang bayar mr mafia..hehehe..lagipun dah lama tak makan spageti..oh lupa ada aiskrim lagi..


Dulu sambut berdua, sekarang sambut dengan si bulat ni..hehehe..dialah paling over bila nampak makanan..





Ok telan air liur tengok menu. Nak cakap ni, disebabkan pilih yang spageti dan pizza, jadi pizza dapat yang saiz kecik je..ok cukup untuk kami berdua..kenyang jugak.


Alhamdulillah kenyang, anak pun seronok je tengok mommy dan daddy dia makan..hehhehe..sebagai upah, masukkan dia dekat kereta mainan berbunyi ni..hahaha..


Dia memang, relaks je, pegang stereng tu kuat dah..suka dia kereta tu bergerak..pelik sekejap..hehehe..

Terima kasih husband untuk makanan ni semua.always love you walaupun bercakaran selalu..hahahhaa..nak tambah adik untuk fariza..tunggu fariza besar dan tak susu badan..hehehe..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2