BERUBAH PERANGAI DAH BABY FARIZA NI

in , by Nadia Johari, 10:13:00
hai assalammualaikum

Berubah Perangai Dah Baby Fariza Ni - Mak nad cakap, baby ni setiap bulan akan berubah perangai dia. Lagi-lagi kalau demam, akan berubah perangai dia. Dan nad nampak perubahan fariza dari semasa ke semasa dan paling ketara selepas dia baik demam..fuhh..Setakat ni baby fariza baru demam dua kali. Ingatkan berubah lagi senang, rupanya lagi mencabar..hahaha..


Kalau sebelum ni, nad nak buat kerja pun senang. Sebab baby fariza akan baring senyap, main permainan dia. Tak pun, akan meniarapkan dia, dan buka tv cerita astro ceria 611. Layan la fia cerita kartun. Nad pun nak makan pun senang, nak buat kerja pun senang. Tinggalkan dia lama pun senang.

Tapi lepas baik demam aritu, perangai dia berubah, nak melekat je nad. Manjanya terlebih. Kalau dulu nad mundar mandir depan dia pun, dia tak kisah. Sekarang, asal lalu depan dia, dia nampak muka nad, terus nangis. Tinggalkan sekejap pun tak boleh. Nangis bukan biasa-biasa, tapi ditrkan-tekan nangisnya. Menjerit sekuat hati!!. Pastu tersedu-sedu. Nad ye rasa kesian, kena angkat dia, baru dia diam.


Sekarang nak buat kerja terpaksa dukung dia sekali. Kalau larat, tak larat dekat je, layan dia dulu, kalau ok, tinggalkan..tapi sekejap jele..pastu dia mulalah nak perhatian..sekarang pun dia dah macam memilih orang. Kalau dulu siapa-siapa dukung, dia tak kisah, sekarang macam dah kenal orang. Haishhh..susah gini..

Nak pakaikan baju pun dah susah..tergolek sana sini. Dan dia dah paham kalau mommy dan daddynya nak keluar..terus nak ikut nangis..fuhh..ni baru macam ni, belum membesar lagi..adoyaiii...
hai assalammualaikum


Bowling Tournament KBBA9 Bersama K.Roger's Butter Cookies - Haish lama dah tak memegang bola bowling tu. Last main masa praktikal kot..hahaa..dan jumaat lepas, Kelab Blogger Ben Ashaari telah mengadakan bowling tournament dekat Ampang Superbowl  Bangi Gateaway. Lama jugak tak lepak dengan diaorang, jadi malam tu dapatla melihat kemeriahannya bila berjumpa. Riuh, Kepoh, Havoc, itu pasti bila kami dah berjumpa, walaupun pertama kali berjumpa.





Malam tu, dapat la lihat aksi-aksi blogger bermain bowling. Nampak kehebatan mereka, nampak skill mereka, hebat, memang hebat!! Biasalah bukan sekadar blogger, bukan sahaja hebat semasa menaip blog, malah hebat diluar..huhuhu. Macam-macam perangai dah keluar, walaupun dah jadi mak orang, tetap juga menjerit, melompat..yee itu nad..hahahaa..anak??, mr mafia jaga..bagi mommy rehat, happy dengan diaorang. Babysitter pun banyak dekat situ. Lagi-lagi baby fariza suka dengan mommy ayuejean..hehe..






Tengok sahaja video ni..memang happening. Setiap satu group ada 4 orang. Nad group panda bersama dengan kak Massaari, Bonde dan Angah. Mula ingat 2 game je, sekali nah kau, 3 game sekali..ambikk!!..nak sangat main kan..puas memang puas. Sampai game ketiga dah lemah longlai dah..hahaha..Start bermain dalam pukul 9 lebih, habis game pukul 12 tengah malam..kau bayangkan berapa lama..fuh syokk..nad biasa, dah lama tak bermain, skill kurang, masuk longkang je dan markah paling rendah dalam group..haahhaa..yang penting enjoyy

Pemenang Bowling Tournament



Juara berkumpulan - Group Panda
Juara Kategori wanita - Mas Saari
Juara Kategori Lelaki - Razi

Penaja K.Roger's Butter Cookies

Malam tu sambil main, sambil makan cookies. Masa datang dah terus rasa, sedap memang sedap. Satu-satu masuk mulut. K.Roger's Butter Cookies yang menaja kitaorang malam tu. K.Roger's Butter Cookies... 100% pure butter... Kualiti premium...

Ada 4 perisa cookies K. Roger's ni. 
- Cornflakes & cereal
- Almond and Choco Chips
- Rasberry and Almond Chips
- Blueberry




Tak di dapati di kedai... Boleh order melalui pembelian online dan agen berhampiran..

Nak cuba? Sedap Sekali Ngap!!! Promosi istimewa sehingga 8.5.2016... Beli 4 tin@RM100 sahaja. Penghantaran PERCUMA seluruh Malaysia.

Hubungi 014-3348803 utk pembelian dan pertanyaan...

Facebook:  https://www.facebook.com/K.ROGERSbuttercookies


Finish..semua gembira dan berpuas hati. Kami Kelab Blogger Ben Ashaari bukan sekadar blogger, kami makan cookies, kami main bowling. Semoga ukhuwah terus terjalin.Terima kasih kepada penaja - K.Roger's Butter Cookies

hai assalammualaikum

Salmon With Mustard Di Ikea - Haritu nad pergi Ikea Damansara kali kedua, sebab nak beli meja kerja untuk nad dengan almari pakaian baby fariza. Entry ada dekat SINI. Macam biasa, kalau dah sampai Ikea, dah siap jelajah satu ikea, sebelum nak amik barang, kene berhenti dulu untuk makan..hahaha..kasi perut kenyang lepas tu balik pun suka hati..dalam Ikea kan ada restaurant, jadi makan jela dekat situ. Selalu menu yang menjadi perhatian ialah Meatball dia. Tapi disebabkan haritu dah makan meatball dia, entry ada dekat SINI, jadi kita nak cuba menu lain pulak. Kalau boleh nak rasa apa yang ada dekat restaurant Ikea tu.



Apa nad order? nad order Salmon With Mustard dan Ayam goreng. Nak rasalah macam mana rasa ikan salmon tu kan. Tengok gambar dah menarik. Tengok rupa dah tertarik. Jadi kita orderla.

Bila dah dapat meja, duduk dan makan. Kali pertama masuk mulut, ermmm rasa biasa je..hahaha..kuah dia la yang sedap. Sayur pun cuma kacang panjang dan kentang..Rasa ikan goreng lagi sedap kot..hahahaa..Lagi satu sebab makanan tu dah sejuk, jadi kurang sikitla. Macam tu jugak dengan ayam goreng tu. Kalau lagi garing lagi urmmpphhhh..huhuhu..


Taubatla nak beli Salmon With Mustard ni lagi. Lepas ni kalau datang ikea makan meatball je. Meatball jugak yang sedap dan habis dimakan..hahhaha..Tak tau kenapa suka sangat dengan meatball dia, mayb sebab isinya macam penuh, pastu bila masuk mulut, dapat rasa meatball tu betul-betul ummphh..dengan kuah dia yang sedap tu..sampai jilat jari..

Fuh malam-malam buat entry makanan..memang menggugat betul.

DRAMA MR BOSS MISS STALKER DI TV3

in , by Nadia Johari, 20:15:00
hai assalammualaikum 

Drama Mr Boss Miss Stalker Di TV3. - Sebelum ni nad layan certa Cinta 100kg. Best sangat cerita tu, orang berbadan besar menjadi rebutan lelaki hensem..hehe. Tamat cerita tu, datang pulak cerita baru iaitu Mr Boss Miss Stalker. Drama Mr Boss Miss Stalker akan bersiaran selama 20 episod dan buat pertama kalinya menggandingkan pelakon Ashraf Muslim dengan Mia Ahmad. Berdasarkan adaptasi novel karya Aesya Azahar, Drama Mr Boss Miss Stalker telah diarahkan oleh Heykal Hanafiah di bawah terbitan Saphire Screen Sdn Bhd.

 


Turut menjayakan Drama Mr Boss Miss Stalker yang akan bersiaran pada setiap Jumaat hingga Ahad bermula pada pukul 6:58 petang adalah Riz Amin, Miera Leyana, Shazmeer, Nazeera Sardi, Aleza Shadan, Marisa Yasmin, Kodi Rasheed dan Aman Shah

Sinopsis Drama Mr Boss Miss Stalker Di TV3.
Drama Mr Boss Miss Stalker mengisahkan tentang seorang gadis bernama Sara Azreen yang telah ditugaskan oleh bapa saudaranya Hamzah untuk menjadi pengintip pada seorang jejaka bernama Hariz Zhafran yang merupakan seorang CEO di Mentari Angkasa Sdn Bhd. Hariz Zhafran menjadi suspek dalam pembunuhan Tan Sri Jalil.

Pada awalnya Sara Azreen agak keberatan untuk melaksanakan misi tersebut namun kerana rasa terhutang budi pada Hamzah yang telah membiayai kos pembelajarannya sewaktu di Australia dulu, akhirnya Sara Azreen bersetuju. Demi untuk melaksanakan misi tersebut, dia telah memohon jawatan sebagai jurutera di Mentari Angkasa.

Setelah mendapat jawatan jurutera yang dipohonnya itu, Sara Azreen memulakan misi pengintipan. Perwatakan Hariz Zhafran yang tidak bertimbang rasa dan garang membuatkan Sara berasa lebih yakin bahawa bosnya itu adalah seorang yang kejam dan tidak mustahil terlibat dalam kes pembunuhan Tan Sri Jalil. Malah Sara juga yakin bahawa Hariz Zhafran turut terlibat dalam kes penculikan Liza yang merupakan anak perempuan kepada Tan Sri Jalil.

Misi penyelidikan Sara agak terganggu dengan kehadiran Izzudin yang sentiasa mencari peluang untuk mendekatinya. Izzudin adalah pengurus di Mentari Angkasa. Manakala Ria Alisya pula yang merupakan seorang pelakon popular dan teman wanita kepada Hariz berasa agak tergugat dengan Sara.

Semakin lama menyelidik, Sara mula rasa serasi bersama Hariz selepas mengenali keperibadian sebenar lelaki itu. Tapi tugasan baru yang diberikan oleh Hamzah kepada Sara membuatkan dia mula berbelah hati.

Dia terpaksa berpura-pura menerima cinta Hariz Zhafran sedangkan dalam masa yang sama lelaki itu melamarnya. Mampukah Sara meneruskan misi penyelidikannya ataupun dia akan berterus terang kepada Hariz Zhafran?

Untuk mengetahui kesudahan kisah menarik ini, anda kenalah ikuti Drama Mr Boss Miss Stalker Di TV3 di slot Dahlia stiap jumaat - ahad setiap pukul 7 petang.
hai assalammualaikum

Rangkaian Produk  Safi Rumusan Bahan Semulajadi Dan Diformulasi Dengan Habbatussauda - Kalau tengok bab produk kecantikan, mesti kita akan tengok isi kandungan dia yang sesuai dengan kulit muka kita. Rata-rata sekarang lebih suka memilih produk kecantikan yang berasaskan semulajadi berbanding yang menggunakan merkuri. Sebab apa yang kita tau, bahan semulajadi banyak khasiat dia, dan elok untuk kulit. Safi sudah terkenal sejak lama lagi, dan apa yang nad nampak, pasti akan ada sahaja produk terbaru yang akan dikeluarkan. suka sangat dengan produk Safi ni.

Kebaikan hasil alam semulajadi diperakui sejak zaman berzaman bagi memberikan khasiat terhadap kulit wajah. Safi telah menghasilkan produknya berasaskan ekstrak tumbuhan, dan kini produk Safi telah memperkenalkan formulasi terbaru dalam rangkaian permbersih wajah dengan manfaat Habbatussauda agar khasiat pada kulit dapat dipertingkatkan. Wooww!!..dah digabung dengan habatussauda pulak. Habatussauda memang banyak kebaikaannya kan!!
hai assalammualaikum

El Nino Makin Teruk : Senarai Sekolah Tutup Esok - Masih belum pulih lagi El Nino ni. Makin lama makin teruk. Walaupun kadang-kadang hujan, bahangnya masih terasa. Tak semua tempat hujan turun kan, sampai ada empangan yang semakin kering. Disebabkan El Nino, ada yang jatuh sakit, risau memang risau. Kadang dah minum air banyak pun, badan masih lemah, disebabkan cuaca begitu panas. Kalau orang dewasa dah rasa macam ni, macam mana pulak dengan anak-anak kita??

Sebagai langkah keselamatan, pemantauan oleh kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap cuaca kering dan panas yang melanda negara sekarang mendapati di kawasan bacaan di Negeri Perlis , Daerah Jerantut dan Daerah Temerloh di negeri Pahang sehingga hari ini 21 April 2016 telah mencatat bacaan suhu tertinggi melebihi 37c pada satu-satu masa dalam tempoh 3 hari berturut-turut.


Sehubungan itu KPM ingin memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Perlis, daerah Jerantut dan Daerah Temerloh di negeri Pahang akan ditutup selama satu (1) hari iaitu pada 22 April 2016 (Jumaat). Penutupan ini adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas ini. Jaga anak masing-masing. Kalau nak bagi anak-anak main keluar, mainpetang-petang macam tu. Yela budak-budak mana nak duduk dalam rumah je..

MASYARAKAT JAWA JE KE TAU BUBUR CANDIL NI??

in , by Nadia Johari, 17:05:00
hai assalammualaikum

Resepi Bubur Candil: Masyarakat Jawa Je Ke Tau?? - Siapa pernah makan bubur candil?? Ada yang tak pernah tengok bubur candil?? Rata-rata, kalau korang cakap dekat orang jawa semua tau dan kenal bubur candil. 
 


Masa kenduri cukur jambul fariza, siang tu kitaorang semua buat bubur candil. Sebab dari dulu, adat orang jawa, bila anak kita  dah pandai jalan dan nak bagi dia jejak ke tanah, jadi buatla bubur candil ni. 
 
Anak kakak dah pandai jalan, jadi buatla untuk anaknya. 
 
Kalau sebelum ni masa diaorang dah merangkak dan maju ke depan pun boleh buat adat ni. Siap letak atas tikar, lepastu letak barang, macam pen ke, duit ke, buku ke,.suruh budak-budak ni merangkak pilih barang mana??.. kalau pen budak tu bakal jadi cikgu..kononnya..ia adalah adat..takyahla percaya sangat..orang jawa kan banyak adatnya.

Tapi sekarang masa kenduri pun dah ada macam kenduri kawin. Kalau teringin nak makan, buat sahaja. Tak susah pun. Cuma rajin tak rajin jela..hahaha. Bubur candil ni warna coklat, dibuat dari tepung pulut, digentil bulat-bulat. 
 
Yang menjadikan dia warna coklat sebab dibubuh gula perang. Tapi sekarang dah advance, kadang ada yang warna-warni, letak sagu, letak keledek..macam-macamla. Tapi nad tetap minat yang asli punya.



Jadi yang muda ni belajar dari yang tua. Bubur candil ni dibuat dari tepung pulut. Tepung tu diletak dengan air garam. Lepas tu di uli dengan tangan jadi lah doh macam dalam gambar. Sukatan ikutla..kalau nak buat banyak, banyakla guna tepung.


Lepas tu digentil-gentil jadi bulat. Part ni budak-budak suka buatla termasuk nad..hahaha..buatla banyak-banyak bulat-bulatkan dia..jangan bulat besar sangat. Bulat sedang-sedang je..


Lepas tu masak kan dia dalam kuali besar. Mula-mula maaukkan air. Biar sampai mendidih. Dah mendidih, mengelegak, masukkan tepung yang dibulatkan. Mak cakap kalau dah masak, dia akan naik timbul ke atas.



Lepas tu bubuh santan, daun pandan. Godek-godek, pastu bubuh gula kasar dan gula merah. Gula merah la yang jadikan dia warna coklat. Pastu gaul-gaul sampaila masak..dahh..


Ini lah rupa dia bila dah masak. Buburnya kenyal-kenyal gitu. Rasanya manis. Memang sedap..hehhe..
 
Selamat mencuba..

hai assalammualaikum

Blogger Zaza Iman Melawat Baby Fariza - Semua blogger tau kan, sabtu lepas ada event Sepetang Bersama Blogger ( SBB ). Event yang menghimpunkan para blogger untuk berjumpa dan berkongsi ilmu tentang blog. Tahun lepas nad dapat join, tapi tak dapat bermain sebab tengah sarat mengandung. Tahun lepas buat outdoor. Entry ada dekat SINI

Tahun ni buat indoor dalam dewan. Dah memang excited nak pergi, tapi member pulak cakap tak boleh bawak kanak-kanak bawah 12 tahun. Nad pulak dah ada baby fariza, jadi tak dapatla pergi. Fariza memang nad akan angkut ke mana sahaja, sebab dia nyusu badan. Kalau mr mafia ada susu badan, lama dah tinggalkan dengan daddynya..hahahha..terkilan juga sebab baru ingat nak jumpa blogger yang belum pernah jumpa, tapi takpela, takde rezeki.


Tapi akhirnya dapat jumpa salah seorang blogger ni yang nad dah lama kenal dan nak jumpa. Sebelum ni blogger ni duduk pahang, lepas tu sekrang dia dah bekerja dekat seremban. Nak jumpa susah sebab jauh, bila dia datang Sepetang Bersama Blogger, dapat jumpa jugakla sebab majlis tu buat dekat Kuala Lumpur. Nad kan tinggal dekat Kuala Lumpur. Jadi bila dia cakap nak jumpa, teruja jap..hehhe. 

Hari sabtu tu memang nak balik kampung sebab ahad majlis cukur jambul baby fariza. Tapi nasib baik tak gerak lagi ke kampung. Jadi sempatla nak jumpa blogger ni. Punyala bagi location, tapi biasalah kalau tak sesat tak sah..hahha..kesian diaorang pusing-pusing cari rumah. Last sekali nak memudahkan diaorang, jumpa dekat Tesco Ampang. Kalau tau, takyah share location rumah, bagitau je jumpa dekat Tesco, takdelah terpusing-pusing cari rumah..hahaha..sebab driver tu tau Tesco Ampang dekat mana..lorr..kesian dekat diaorang..


Tak sabar nak jumpa dah sampai Tesco ampang, tercari-cari, manalah. Sekali Akmal hakim blogger katak comel, pernah dengar nama dia..hahha..sapa nad..heyy..akhirnya jumpa jugak katak ni..hahaha..tercari-cari blogger lagi sorang..main nyorok-nyorok pulak..hehee..lepas tu dia keluar je, argghh rasa nak jerit. Blogger Zaza Iman, akhirnya jumpa jugak. 



Pastu ajak makan dekat Tesco Ampang tu, sebab kesian diaorang pusing-pusing cari rumah..hehehe..lepas makan ajak la datang rumah..borak sakan la. 

Dekat 9.30 malam baru diaorang gerak balik. Terima kasih korang akmal hakim dan zaza iman datang jenguk baby fariza. Maaf kalau ada yang terkurang. Nanti kalau ada masa nad datang seremban pulak ye. 
hai assalammualaikum

Kenduri Cukur Jambul Dan Akikah Baby Fariza - Alhamdulillah selesai majlis cukur jambul dan akikah anak dara nad sorang ni. Bila dapat anak perempuan kenala tumbangkan kan kambing seekor. Kambing kitaorang dah tempah awal siap sembelih dan masak. Senang, takdelah banyak kerja..hehehe. Kambing kitaorang masak kari.


Fariza dah 5 bulan baru nak cukur jambul. Yela majlis kene perlukan duit, jadi duitnya baru masyuk, sebab tu lambat cukur..hahha..lepas ni kasi botakla anak dara ni. Alahai rambut dahla sikit, lepas botak tak taula tumbuh macam mana.



Majlis bermula lepas Isyak. Buat sederhana je. Panggil saudara mara, panggil orang surau je. Fariza stedy je muka. Mesti fikir apala orang ni buat dengan rambut dia, dah la sikit..huhu..dan mr mafia, ni la pertama kali dia rasa majlis ni dalam hidup. Selama ni tak pernah amik tau bab-bab majlis cukur ni. Nah, terkial-kial dia..hahaha..


Majlis cukur jambul dekat kawasan rumah mak nad meriah sebab gotong royong. Bertambah meriah bila ada baling duit. Hah!! Mesti korang akan kecam tengok gambar ni, mesti ada cakap " apa la duit dibaling dekat budak" " budak-budak tu dah macam tu, macam ni".. mulut orang biasa. Tapi bagi kitaorang kalau takde baling duit macam tak best je. Kadang-kadang budak-budak kawasan sini dah tau, siap cakap, " ada baling duit tak". Sebab diaorang akan berebut duit tu, lepas tu kira berapa dapat. Buat acara ni dari nad sejak kecik lagi, jadi bila takde rasa lain.

Alamat terlupa amik gambar makanan pulak..hahaha..biasalah sibuk dengan anak.



Hah yang ni sepupu fariza. Diaorang ni sebaya. Tahun lepas ramai sepupu nad mengandung. Sorang-sorang selamat lahirkan baby, nah sekarang diaorang dah sama besar. Ada lagi baya diaorang, ada 6 ke 7 orang macam tu..hahaha.

Fuh letih..ok kemas rumah pulak..aktiviti yang memang tak suka..hahaha..k bai..

MANJANYA DIA SEKARANG

in , by Nadia Johari, 20:48:00
hai assalammualaikun


Manjanya la Dia Sekarang - Lepas demam haritu, lagi lain perangai dia. Kalau sebelum ni, boleh lagi nak buat kerja, lalu depan dia sesuka hati, dia buat tak tau je, tapi sekarang, asal nampak muka mommynya, nangis nak mintak dukung. Bila dengan daddynya, kalau dulu takpe, dia senyap je..sekarang asal mommy lalu depan , terus merengek, merengek bukan biasa-biasa tapi jerit kuat. Bila mommy dah pegang dia, terus senyap..huh!!.. anak..anak..

Bila dah perangai macam ni, mommy pun dah tak boleh buat kerja. Tapi mommy terpaksa buat kerja rumah ni, takkan nak bersepah pulak. Kadang terpaksa nad biarkan dia menangis. Tapi naluri seorang ibu, siapa leh dengar dia nangis sekuat hati. Terus amik pujuk..


Lepas pujuk, letak balik, nangis, pujuk letak balik..naluri seorang ibu. Padahal kita tau dia menangis main-main. Nak bermanja gitu. Lagi lawak bila tiap pagi bangun, nampak muka mommy, senyum, terus tido balik..hahaha..bila mommy takde, terus nangis..hahahha..comel sangat..

Takpela, mommy tetap akan layan fariza. Asalkan fariza happy, tapi taknak manjakan sangat. Hahaha..nanti ngengada..membesar dengan baik ye sayang...
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2