hai assalammualaikum

Jubah Yang Mengubah Gaya Penampilan, Simple Dan Menawan Hanya Di Losravelda - Nad sebenarnya bukan seorang yang pengemar jubah. Sebab, orang macam nad dahla kurus, kalau pakai jubah mesti nampak besar. Orang cakap dah macam pakai sarung nangka. Tapi itu dulu!!..sekarang jubah dah ada saiz dia, rekabentuk yang menarik, yang boleh menampakkan seseorang nampak anggun dan menawan. Semakin meningkat usia, semakin berubah gaya penampilan kita. Begitu juga dengan nad. Selalu tengok orang pakai baju jubah cantik je, dan nad nak cuba pakai juga. Kalau korang nak tau baju raya nad tahun ni jubah tau..hehee..tengok dah mula suka dengan jubah.


Siapa suka jubah dan mula nak suka jubah macam nad??..hehee..Sekarang nad tengah nak  kumpul jubah pulak..hahaha..lawa-lawa pulak tengok jubah dalam satu laman web ni. Hah!! dah nak raya ni, apa kata usha dulu baju jubah,kurung dekat laman web ni. Bukan setakat jubah tapi ada shawl, blouse, pants dan macam-macam lagi. Jubah yang perlbagai warna dengan reka bentuk yang menarik..suka sangatt..Laman web nad maksudkan www.losravelda.com



Ni salah satu jubah yang menarik bagi nad. Jubah ni saiz S, nampak je macam besar sebab dia jenis mengembang. Boleh berangan macam princess, kasi pusing-pusing kain..hehee..Baju ni memang muat-muat dengan nad. Muat-muat maksudnya takdela ketat sangat, longgar dan selesa. Masa nad pakai, macam nak terus keluar jalan-jalan pakai macam ni..hahahah..Kalau korang tengok, nad nampak pendek dan macam gemuk..uitt takde ok..tu sebab nad tak pakai kasut tinggi, kain tu pulak terlebih..hahaa..Ni la jubah yang nad pakai memang best. Saiz pulak ada saiz S, M, L dan XL. Harga RM119 je.. boleh ke link http://losravelda.com/product-category/abaya/bahira-abaya/



Kain jubah ni diperbuat daripada matin satin royan. Tak licin tak kasar..sedang-sedang je..Fabrik ini bukan sahaja kelihatan hebat, malah kita juga rasa hebat ketika memakainya. Jubah ini kelihatan berkilat kerana fabriknya dan ini memberi penampilan klasik kepada sipemakainya. Jubah ni menarik bagi nad sebab potongan kontemporari, lengan panjang puteri potong abaya dengan tweed lace dari bahu sehingga pergelangan tangan yang sudah pasti memberikan keanggunan. Di bahagian lengan juga ada zip bagi memudahkan mengambil wudhu' dengan mudah dan selesa.

Breastfeed Friendly
Perkara paling penting bagi nad sekarang, setiap baju mesti ada breasfeed friendly, sebab nad menyusukan baby fariza. Ada zip tersembunyi di bahagian depan. Jadi nak susukan tu mudah.

Jubah ini cukup senang untuk digayakan, jadi takdela buang masa berfikir apa nak pakai bila nak keluar rumah atau untuk ke tempat kerja. Hanya pakai dan sarung tudung, dah siap! Jubah ini boleh didapati dalam warna-warna yang menarik.

Hah selain jubah, Losravelda ada jual macam-macam lagi jenis pakaian muslimah tau. korang pergi ke shop kat situ ada tulis Essential Collection, Modish Collection dan Primiere collection. Oh ada juga Shawl iaitu Hijab ( Naira Chiffon dan Naira Cotton)..meh nad tunjuk satu-satu

Essential Collection. Bleh klik  http://losravelda.com/essential-collection/



Nad terpegun dengan Carissa Blouse tu..warna biru..hehee..cantik

Modish Collection. Boleh Klik http://losravelda.com/modish-collection/
 

Jubah ropol-ropol dekat tangan ni pun lawa gak kan..haishh..cantik betul..

Primiere Collection. http://losravelda.com/premiere-collection/



Hah!!..macam mana..cantikkan. Hah nak tau banyak lagi design..korang boleh pergi ke
Website : www.losravelda.com
Instagram : @losravelda
Facebook : https://www.facebook.com/losravelda

SELESA JUGAK PAKAI SELUAR PALAZZO NI!!

in , by Nadia Johari, 19:02:00
hai assalammualaikum

Bergaya Dengan Seluar Palazzo - Kalau sebelum ni, nad tak berkenan langsung dengan seluar palazzo ni. Yela seluar kembang dekat bawah, dah boleh sapu lantai dah..hahaha..Yela dulu jiwa muda, lepas tu tak tau bab-bab fesyen. Yang nad tau, pakai jeans, tshirt dan cardigan. Bila dah meningkat dewasa ni, dah jadi mak-mak ni, mulalah jiwanya dah lain..hahha. Lagipun sekarang fesyen, kalau pandai dipadankan dengan betul, nampak cantik dan sesuai la kan. Time-time macam ni baru nak belajar bab-bab fesyen..hehehe..yang penting menutup aurat.


Seluar palazzo ni dipakai pernah digayakan suatu masa dahulu. Kalau dulu, orang pandang seluar palazzo ni seluar yang ketinggalan zaman. Seluar palazzo ni seluar yang mempunyai kaki yang amat lebar dan longgar. Bila pandang seluar ni, terkenang dekat ayah kita yang selalu pakai seluar macam ni..hahahaa..dengan rambut panjang, rambut afro. Lepastu joget dengan kaki goyang..hahahaa. Bila zaman dah berubah, para designer pun makin kreatif, jadi seluar palazzo ni telah direka menjadi satu pakaian yang sangat selesa dipakai dan cantik dipandang.


Kalau sebelum, nad tengok seluar palazzo ni besar-besar, macam takda saiz nad, tapi sekarang dah ada saiz S dan sesuai dengan nad. Bila tengok model pakai dah jatuh cinta. Jadi bila dah jatuh cinta kita pun nak pakaila. Jadi kita pun terbelilah..hahahha..Nad beli dengan kawan nad. Tengok saiz memang ada XS. Sebab nad ni kan kurus, jadi pilih saiz paling kecikla. Memang excited bila ada saiz XS ni. Tengok model pakai ok je. Nad ukur saiz dekat nad pun dah ngam. Tapi lepas tu, saiz tu dah habis. Jadi dia cakap cuba amik S. Mula-mula was-was gak, tapi on jela.



Dalam beberapa hari, sampai seluar tu. Terus nad cuba. Nasib baik selesa dan ngam-ngam dengan nad. Takde longgar, takde besar mana. Cantik je. Ni nad gayakan seluar palazzo dengan blouse panjang. Sepatutnya pakai blouse pendek baru cantik, tapi masa tu blouse pendek semua kotor, jadi amik jela blouse panjang ni. Sesuai jugak.

Masa pakai takdela rasa nak terpijak ke apa, elok je,.Takde pulak rasa macam sapu lantai..hahhahaa..lepas ni boleh beli seluar palazzo warna lain pulak. Tapi tunggu duitnya ler..hehee..


hai assalammualaikum

Baby Fariza Botak dah - Orang cakap rambut bayi baru lahir ni kotor. Jadi perlula di cukur rambutnya sampai botak bagi menjaga kebersihan baby. Ada baby tumbuh rambut sikit, ada yang lebat. Itu tak kisahla, yang penting kebersihan. Ada juga mak ayah yang taknak cukur rambut anaknya sampai habis, sebab sayang rambut anaknya, lagi-lagi yang lebat..itu tak boleh cakap apa la..mana yang kita rasa bagus, kita buat.

Nad ada terbaca dekat satu blog ni dia cakap Manfaat dari mencukur rambut bayi, menurut Ibnu al-Qayyim, yang ditulis dalam kitab Ath-Thiflu wa Ahkamuhu, adalah melaksanakan perintah Rasulullah Saw. untuk menghilangkan kotoran bayi. Dengan hal tersebut, kita membuang rambut yang kotor atau ramb yang lemah supaya berganti dengan rambut yang kuat. Hal ini lebih bermanfaat bagi kepala dan lebih meringankan atau membuat nyaman bagi sang bayi. Di samping itu, mencukur rambut bayi berguna untuk membuka lubang pori-pori yang ada di kepala supaya hawa panas boleh keluar melaluinya dengan mudah. Memotong secara bersih juga sangat bermanfaat untuk menguatkan penglihatan, penciuman, dan pendengaran si bayi.

Walaupun rambut baby fariza ni dah memang sikit, nad tetap jugak nak botakkan kepala dia. Jadi semalam bawakla dia pergi kedai gunting tempat biasa daddy dia pergi. Kedai gunting rambut RRRS dekat taman melawati. Memandangkan tiada siapa berani nak mencukur rambut baby fariza, jadi hantar kedai la, senang.


Mula-mula fikir jugak, meronta-ronta tak budak fariza ni. Kang susah jugak nak cukur dia. Tapi bila daddynya pegang, start je, nasib elok je dia duduk. Terkejut jugak dia dengar bunyi mesin..hahaha..


Tengokla gelagat dia bila dimesin rambutnya..


Bila rambut tinggal sejumbut je nak habis, dia dah start nangis dan rimas dengan kain tu..hahaha..jadi servis bertukar tangan. Mommy pulak kene pegang. Nasib sekejap je..ish, ngada-ngada dia ni..


Tengok diaorang dah bergeng. Takkan mommy nak geng jugakkan..ooohh tidak..takpela biar mommy geng sorang-sorang..nangis cari mommy jugak..hahaha..


Harap-harap tumbuh cantikla rambut fariza ye..hahaha




BERUBAH PERANGAI DAH BABY FARIZA NI

in , by Nadia Johari, 10:13:00
hai assalammualaikum

Berubah Perangai Dah Baby Fariza Ni - Mak nad cakap, baby ni setiap bulan akan berubah perangai dia. Lagi-lagi kalau demam, akan berubah perangai dia. Dan nad nampak perubahan fariza dari semasa ke semasa dan paling ketara selepas dia baik demam..fuhh..Setakat ni baby fariza baru demam dua kali. Ingatkan berubah lagi senang, rupanya lagi mencabar..hahaha..


Kalau sebelum ni, nad nak buat kerja pun senang. Sebab baby fariza akan baring senyap, main permainan dia. Tak pun, akan meniarapkan dia, dan buka tv cerita astro ceria 611. Layan la fia cerita kartun. Nad pun nak makan pun senang, nak buat kerja pun senang. Tinggalkan dia lama pun senang.

Tapi lepas baik demam aritu, perangai dia berubah, nak melekat je nad. Manjanya terlebih. Kalau dulu nad mundar mandir depan dia pun, dia tak kisah. Sekarang, asal lalu depan dia, dia nampak muka nad, terus nangis. Tinggalkan sekejap pun tak boleh. Nangis bukan biasa-biasa, tapi ditrkan-tekan nangisnya. Menjerit sekuat hati!!. Pastu tersedu-sedu. Nad ye rasa kesian, kena angkat dia, baru dia diam.


Sekarang nak buat kerja terpaksa dukung dia sekali. Kalau larat, tak larat dekat je, layan dia dulu, kalau ok, tinggalkan..tapi sekejap jele..pastu dia mulalah nak perhatian..sekarang pun dia dah macam memilih orang. Kalau dulu siapa-siapa dukung, dia tak kisah, sekarang macam dah kenal orang. Haishhh..susah gini..

Nak pakaikan baju pun dah susah..tergolek sana sini. Dan dia dah paham kalau mommy dan daddynya nak keluar..terus nak ikut nangis..fuhh..ni baru macam ni, belum membesar lagi..adoyaiii...
hai assalammualaikum


Bowling Tournament KBBA9 Bersama K.Roger's Butter Cookies - Haish lama dah tak memegang bola bowling tu. Last main masa praktikal kot..hahaa..dan jumaat lepas, Kelab Blogger Ben Ashaari telah mengadakan bowling tournament dekat Ampang Superbowl  Bangi Gateaway. Lama jugak tak lepak dengan diaorang, jadi malam tu dapatla melihat kemeriahannya bila berjumpa. Riuh, Kepoh, Havoc, itu pasti bila kami dah berjumpa, walaupun pertama kali berjumpa.





Malam tu, dapat la lihat aksi-aksi blogger bermain bowling. Nampak kehebatan mereka, nampak skill mereka, hebat, memang hebat!! Biasalah bukan sekadar blogger, bukan sahaja hebat semasa menaip blog, malah hebat diluar..huhuhu. Macam-macam perangai dah keluar, walaupun dah jadi mak orang, tetap juga menjerit, melompat..yee itu nad..hahahaa..anak??, mr mafia jaga..bagi mommy rehat, happy dengan diaorang. Babysitter pun banyak dekat situ. Lagi-lagi baby fariza suka dengan mommy ayuejean..hehe..






Tengok sahaja video ni..memang happening. Setiap satu group ada 4 orang. Nad group panda bersama dengan kak Massaari, Bonde dan Angah. Mula ingat 2 game je, sekali nah kau, 3 game sekali..ambikk!!..nak sangat main kan..puas memang puas. Sampai game ketiga dah lemah longlai dah..hahaha..Start bermain dalam pukul 9 lebih, habis game pukul 12 tengah malam..kau bayangkan berapa lama..fuh syokk..nad biasa, dah lama tak bermain, skill kurang, masuk longkang je dan markah paling rendah dalam group..haahhaa..yang penting enjoyy

Pemenang Bowling Tournament



Juara berkumpulan - Group Panda
Juara Kategori wanita - Mas Saari
Juara Kategori Lelaki - Razi

Penaja K.Roger's Butter Cookies

Malam tu sambil main, sambil makan cookies. Masa datang dah terus rasa, sedap memang sedap. Satu-satu masuk mulut. K.Roger's Butter Cookies yang menaja kitaorang malam tu. K.Roger's Butter Cookies... 100% pure butter... Kualiti premium...

Ada 4 perisa cookies K. Roger's ni. 
- Cornflakes & cereal
- Almond and Choco Chips
- Rasberry and Almond Chips
- Blueberry




Tak di dapati di kedai... Boleh order melalui pembelian online dan agen berhampiran..

Nak cuba? Sedap Sekali Ngap!!! Promosi istimewa sehingga 8.5.2016... Beli 4 tin@RM100 sahaja. Penghantaran PERCUMA seluruh Malaysia.

Hubungi 014-3348803 utk pembelian dan pertanyaan...

Facebook:  https://www.facebook.com/K.ROGERSbuttercookies


Finish..semua gembira dan berpuas hati. Kami Kelab Blogger Ben Ashaari bukan sekadar blogger, kami makan cookies, kami main bowling. Semoga ukhuwah terus terjalin.Terima kasih kepada penaja - K.Roger's Butter Cookies

hai assalammualaikum

Salmon With Mustard Di Ikea - Haritu nad pergi Ikea Damansara kali kedua, sebab nak beli meja kerja untuk nad dengan almari pakaian baby fariza. Entry ada dekat SINI. Macam biasa, kalau dah sampai Ikea, dah siap jelajah satu ikea, sebelum nak amik barang, kene berhenti dulu untuk makan..hahaha..kasi perut kenyang lepas tu balik pun suka hati..dalam Ikea kan ada restaurant, jadi makan jela dekat situ. Selalu menu yang menjadi perhatian ialah Meatball dia. Tapi disebabkan haritu dah makan meatball dia, entry ada dekat SINI, jadi kita nak cuba menu lain pulak. Kalau boleh nak rasa apa yang ada dekat restaurant Ikea tu.



Apa nad order? nad order Salmon With Mustard dan Ayam goreng. Nak rasalah macam mana rasa ikan salmon tu kan. Tengok gambar dah menarik. Tengok rupa dah tertarik. Jadi kita orderla.

Bila dah dapat meja, duduk dan makan. Kali pertama masuk mulut, ermmm rasa biasa je..hahaha..kuah dia la yang sedap. Sayur pun cuma kacang panjang dan kentang..Rasa ikan goreng lagi sedap kot..hahahaa..Lagi satu sebab makanan tu dah sejuk, jadi kurang sikitla. Macam tu jugak dengan ayam goreng tu. Kalau lagi garing lagi urmmpphhhh..huhuhu..


Taubatla nak beli Salmon With Mustard ni lagi. Lepas ni kalau datang ikea makan meatball je. Meatball jugak yang sedap dan habis dimakan..hahhaha..Tak tau kenapa suka sangat dengan meatball dia, mayb sebab isinya macam penuh, pastu bila masuk mulut, dapat rasa meatball tu betul-betul ummphh..dengan kuah dia yang sedap tu..sampai jilat jari..

Fuh malam-malam buat entry makanan..memang menggugat betul.

DRAMA MR BOSS MISS STALKER DI TV3

in , by Nadia Johari, 20:15:00
hai assalammualaikum 

Drama Mr Boss Miss Stalker Di TV3. - Sebelum ni nad layan certa Cinta 100kg. Best sangat cerita tu, orang berbadan besar menjadi rebutan lelaki hensem..hehe. Tamat cerita tu, datang pulak cerita baru iaitu Mr Boss Miss Stalker. Drama Mr Boss Miss Stalker akan bersiaran selama 20 episod dan buat pertama kalinya menggandingkan pelakon Ashraf Muslim dengan Mia Ahmad. Berdasarkan adaptasi novel karya Aesya Azahar, Drama Mr Boss Miss Stalker telah diarahkan oleh Heykal Hanafiah di bawah terbitan Saphire Screen Sdn Bhd.

 


Turut menjayakan Drama Mr Boss Miss Stalker yang akan bersiaran pada setiap Jumaat hingga Ahad bermula pada pukul 6:58 petang adalah Riz Amin, Miera Leyana, Shazmeer, Nazeera Sardi, Aleza Shadan, Marisa Yasmin, Kodi Rasheed dan Aman Shah

Sinopsis Drama Mr Boss Miss Stalker Di TV3.
Drama Mr Boss Miss Stalker mengisahkan tentang seorang gadis bernama Sara Azreen yang telah ditugaskan oleh bapa saudaranya Hamzah untuk menjadi pengintip pada seorang jejaka bernama Hariz Zhafran yang merupakan seorang CEO di Mentari Angkasa Sdn Bhd. Hariz Zhafran menjadi suspek dalam pembunuhan Tan Sri Jalil.

Pada awalnya Sara Azreen agak keberatan untuk melaksanakan misi tersebut namun kerana rasa terhutang budi pada Hamzah yang telah membiayai kos pembelajarannya sewaktu di Australia dulu, akhirnya Sara Azreen bersetuju. Demi untuk melaksanakan misi tersebut, dia telah memohon jawatan sebagai jurutera di Mentari Angkasa.

Setelah mendapat jawatan jurutera yang dipohonnya itu, Sara Azreen memulakan misi pengintipan. Perwatakan Hariz Zhafran yang tidak bertimbang rasa dan garang membuatkan Sara berasa lebih yakin bahawa bosnya itu adalah seorang yang kejam dan tidak mustahil terlibat dalam kes pembunuhan Tan Sri Jalil. Malah Sara juga yakin bahawa Hariz Zhafran turut terlibat dalam kes penculikan Liza yang merupakan anak perempuan kepada Tan Sri Jalil.

Misi penyelidikan Sara agak terganggu dengan kehadiran Izzudin yang sentiasa mencari peluang untuk mendekatinya. Izzudin adalah pengurus di Mentari Angkasa. Manakala Ria Alisya pula yang merupakan seorang pelakon popular dan teman wanita kepada Hariz berasa agak tergugat dengan Sara.

Semakin lama menyelidik, Sara mula rasa serasi bersama Hariz selepas mengenali keperibadian sebenar lelaki itu. Tapi tugasan baru yang diberikan oleh Hamzah kepada Sara membuatkan dia mula berbelah hati.

Dia terpaksa berpura-pura menerima cinta Hariz Zhafran sedangkan dalam masa yang sama lelaki itu melamarnya. Mampukah Sara meneruskan misi penyelidikannya ataupun dia akan berterus terang kepada Hariz Zhafran?

Untuk mengetahui kesudahan kisah menarik ini, anda kenalah ikuti Drama Mr Boss Miss Stalker Di TV3 di slot Dahlia stiap jumaat - ahad setiap pukul 7 petang.
hai assalammualaikum

Rangkaian Produk  Safi Rumusan Bahan Semulajadi Dan Diformulasi Dengan Habbatussauda - Kalau tengok bab produk kecantikan, mesti kita akan tengok isi kandungan dia yang sesuai dengan kulit muka kita. Rata-rata sekarang lebih suka memilih produk kecantikan yang berasaskan semulajadi berbanding yang menggunakan merkuri. Sebab apa yang kita tau, bahan semulajadi banyak khasiat dia, dan elok untuk kulit. Safi sudah terkenal sejak lama lagi, dan apa yang nad nampak, pasti akan ada sahaja produk terbaru yang akan dikeluarkan. suka sangat dengan produk Safi ni.

Kebaikan hasil alam semulajadi diperakui sejak zaman berzaman bagi memberikan khasiat terhadap kulit wajah. Safi telah menghasilkan produknya berasaskan ekstrak tumbuhan, dan kini produk Safi telah memperkenalkan formulasi terbaru dalam rangkaian permbersih wajah dengan manfaat Habbatussauda agar khasiat pada kulit dapat dipertingkatkan. Wooww!!..dah digabung dengan habatussauda pulak. Habatussauda memang banyak kebaikaannya kan!!
hai assalammualaikum

El Nino Makin Teruk : Senarai Sekolah Tutup Esok - Masih belum pulih lagi El Nino ni. Makin lama makin teruk. Walaupun kadang-kadang hujan, bahangnya masih terasa. Tak semua tempat hujan turun kan, sampai ada empangan yang semakin kering. Disebabkan El Nino, ada yang jatuh sakit, risau memang risau. Kadang dah minum air banyak pun, badan masih lemah, disebabkan cuaca begitu panas. Kalau orang dewasa dah rasa macam ni, macam mana pulak dengan anak-anak kita??

Sebagai langkah keselamatan, pemantauan oleh kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap cuaca kering dan panas yang melanda negara sekarang mendapati di kawasan bacaan di Negeri Perlis , Daerah Jerantut dan Daerah Temerloh di negeri Pahang sehingga hari ini 21 April 2016 telah mencatat bacaan suhu tertinggi melebihi 37c pada satu-satu masa dalam tempoh 3 hari berturut-turut.


Sehubungan itu KPM ingin memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Perlis, daerah Jerantut dan Daerah Temerloh di negeri Pahang akan ditutup selama satu (1) hari iaitu pada 22 April 2016 (Jumaat). Penutupan ini adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas ini. Jaga anak masing-masing. Kalau nak bagi anak-anak main keluar, mainpetang-petang macam tu. Yela budak-budak mana nak duduk dalam rumah je..

MASYARAKAT JAWA JE KE TAU BUBUR CANDIL NI??

in , by Nadia Johari, 17:05:00
hai assalammualaikum

Resepi Bubur Candil: Masyarakat Jawa Je Ke Tau?? - Siapa pernah makan bubur candil?? Ada yang tak pernah tengok bubur candil?? Rata-rata, kalau korang cakap dekat orang jawa semua tau dan kenal bubur candil. 
 


Masa kenduri cukur jambul fariza, siang tu kitaorang semua buat bubur candil. Sebab dari dulu, adat orang jawa, bila anak kita  dah pandai jalan dan nak bagi dia jejak ke tanah, jadi buatla bubur candil ni. 
 
Anak kakak dah pandai jalan, jadi buatla untuk anaknya. 
 
Kalau sebelum ni masa diaorang dah merangkak dan maju ke depan pun boleh buat adat ni. Siap letak atas tikar, lepastu letak barang, macam pen ke, duit ke, buku ke,.suruh budak-budak ni merangkak pilih barang mana??.. kalau pen budak tu bakal jadi cikgu..kononnya..ia adalah adat..takyahla percaya sangat..orang jawa kan banyak adatnya.

Tapi sekarang masa kenduri pun dah ada macam kenduri kawin. Kalau teringin nak makan, buat sahaja. Tak susah pun. Cuma rajin tak rajin jela..hahaha. Bubur candil ni warna coklat, dibuat dari tepung pulut, digentil bulat-bulat. 
 
Yang menjadikan dia warna coklat sebab dibubuh gula perang. Tapi sekarang dah advance, kadang ada yang warna-warni, letak sagu, letak keledek..macam-macamla. Tapi nad tetap minat yang asli punya.



Jadi yang muda ni belajar dari yang tua. Bubur candil ni dibuat dari tepung pulut. Tepung tu diletak dengan air garam. Lepas tu di uli dengan tangan jadi lah doh macam dalam gambar. Sukatan ikutla..kalau nak buat banyak, banyakla guna tepung.


Lepas tu digentil-gentil jadi bulat. Part ni budak-budak suka buatla termasuk nad..hahaha..buatla banyak-banyak bulat-bulatkan dia..jangan bulat besar sangat. Bulat sedang-sedang je..


Lepas tu masak kan dia dalam kuali besar. Mula-mula maaukkan air. Biar sampai mendidih. Dah mendidih, mengelegak, masukkan tepung yang dibulatkan. Mak cakap kalau dah masak, dia akan naik timbul ke atas.



Lepas tu bubuh santan, daun pandan. Godek-godek, pastu bubuh gula kasar dan gula merah. Gula merah la yang jadikan dia warna coklat. Pastu gaul-gaul sampaila masak..dahh..


Ini lah rupa dia bila dah masak. Buburnya kenyal-kenyal gitu. Rasanya manis. Memang sedap..hehhe..
 
Selamat mencuba..

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2