JANGAN CUBA CABAR LELAKI WAHAI WANITA

in , by Nadia Johari, 02:18:00
hai assalammualaikum


Jangan Cuba Cabar Lelaki Wahai Wanita - Pagi tadi terkejut nad, mr mafia cakap seolah-olah ada perkara yang mengejutkan.
" sayang nak tau, kawan abang dah bercerai "
" hah!!..biar betul. Pasal apa?? " 
Mr mafia pun bercerita. Pasal perkara kecik yang diperbesarkan. Sampai keluarga pihak perempuan turut terlibat membesarkan perkara itu. Perempuan tu pulak jenis cepat melenting. Bila perempuan melenting habis semua kata-kata keluar. Bila dah ditekan-tekan dan dicabar, kawan mr mafia tak tahan terus turunkan talak..ermm..( cerita sebab apa biar nad je yang tau)

Kawan mr mafia tu nad dah lama kenal. Sebab kerap datang rumah. Perihal dia dengan isteri dia pun nad tau sebab dia selalu berkongsi, meluahkan perasaan dia dekat mr mafia. Jadi mr mafia cerita dengan nad..hehehhe..Antara kawan mr mafia dengan isteri dia, memang dah berlaku pergolakan, tapi kawan mr mafia masih bersabar lagi. Sampaila harini, baru tau yang dia dah bercerai.

Tak kira lelaki atau perempuan ada sifat egonya, ada sifat sabarnya. Tapi bila dah meletup, jangan cakapla, memang semua ayat akan keluar. selain ego, lelaki ni tak suka di cabar. Lelaki punya amarah lain sikit. Macam mr mafia, kalau dia marah muka menakutkan..hahaha..sebab tu kadang kalau dia marah, nad senyap je, sebab kalau nad bercakap, dia bercakap dah jadi huru hara kan. Jadi baiknya sorang mengalah atau senyap dahulu. Dah ok baru boleh bercakap balik. Sebab kalau dah dua-dua bertekak, nanti perempuan akan mula cabar lelaki. Sifat lelaki, kalau dah dicabar ia akan rasa tercabar dan akan terus keluar dari mulut atau perbuatan.

Dalam keadaan tegang lelaki akan bertindak tanpa berfikir panjang, manakala perempuan pula akan bercakap tanpa berfikir panjang. Waktu macam ni akan memudaratkan keadaan. Jadi salah seorang kena mengalah dulu..huhuhu..tersalah langkah kang dua-dua menyesal.

Bila tiba giliran dia nak bercakap, kau dengarlah dulu. Dia nak terangkan perkara sebenar. Macam kita kaum perempuan bercakap ikut perasaan. Tapi bila apa dia cakap tak betul, bila dia dah habis cakap, barulah wanita bercakap. Seram oo bila singa dah mengamuk..hahaha. Jangan dengar cakap orang lain, dengar pihak lelaki jugak.

Jadi kaum wanita, nad tau kadang-kadang kita pun ada perasaan marah yang membuak-buak sampai terkeluar kata-kata yang tidak elok. Lebih baik kita senyap je bila dia bercakap. Kalau dalam hati geram, kau pandang tempat lain dulu, tak perlu bertentangan mata dengan dia..hahaa..Kalau dia kata kenapa taknak pandang time dia cakap, kita cakap jela " taknak gaduh "...dahh..

Lelaki ni kalau dicabar dia akan buat betul-betul sebab nak buktikan dekat perempuan tu jangan main-main dengan dia, tapi...cuba kau cabar lelaki ni dengan cabaran seperti ini. " abang, sayang cabar abang belikan sayang emas ka, kereta ka "..kau rasa dia akan amik serius ke..ermm memang takla..k bai..


hai assalammualaikum

Pantang Nampak Kipas - Fariza ni sejak makin membesar, perangai dia nak merapat je dengan mommy. Tapi mommy tak boleh nak berkepit dengan dia 24 jam, sebab mommy nak buat kerja rumah semua. Lagi satu kalau nak melepas, lagila susah. Kena suruh daddy jaga time nad tak boleh handle dia. Nasib daddynya kerja sendiri. Bolehla tengok-tengok si fariza ni time nad tengah buat kerja.

Disebabkan dia nak jugak tengok muka mommy dia selalu, mr mafia beli la walker supaya dia boleh duduk dan tengok muka maknya depan dia. Tapi lain pulak jadinya. Sejak dia dah duduk dekat walker, bukan main suka dia. Pulak tu, dia dah pandai jalankan guna kaki dia. Memang merayau sana sini la jawabnya. Mentang-mentang rumah ni luas. Sukala dia berlari sana-sini.


Kalau dah macam tu memang senang nad nak buat kerja. Tapi satu lagi masalah ialah kipas..kenapa dengan kipas?? Baby fariza pantang tengok kipas. Yela kipas ni berpusing-pusing, jadi dia ingat tu mainan apa. Pernah dia pegang kipas ni masa tengah berpusing, nasib masa tu ada daddynya. Sekarang bila nad nak buat kerja, letak dia kat walker, tutup kipas. Bila mata dah mampu melihat macam tu la..semua benda nak dicapainya.Kain depan tv pun dah mula ditariknya. Bijak sangat budak ni.



Dan nad walaupun tengah buat kerja, mesti perhatikan dia jugak. Haritu ada ternampak fan cover ni. Bagus guna untuk mengelakkan jari anak dari masuk dan mengelakkan habuk dari melekat. Tengok cover ni pun comel je..hahahha..bolehla nanti cuba cari..ke ada sapa-sapa jual, tolong bagitau je. Meh nad review..hehee
hai assalammualaikum


Tak Sangka Neelofa Dinobatkan Sebagai Pemenang ABPBH 29 - Malam tadi tak sangka ada Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 29 ni..hahaha..Sebab macam takda iklan dia je dalam tv. Ke ada, tapi nad tak perasan. Almaklumla, banyak buka channel astro ceria sebab budak gendut tu. Nak layan TV3 tunggu ada cerita best. Dan malam tadi, lepas berita terus nad cek apa cerita seterusnya. Eh!! ada Anugerah Bintang Popular la..lor...hahaa..jadi layankan jela, malam tu pun macam takda cerita yang menarik.

Makin lama nad tengok, penyampaian anugerah ni semua kurang memuaskan hati. Pengacara untuk ABPBH 29 malam tu Zizan Razak, Mira Filzah ( woww), AG dan Haiza. Pengacara pun tak berapa nak havoc berbanding kalau ada Raja Azura, Sharifah Sharirah..ermm lagi siapa ye..huhuhu..


Tapi nasib baik malam tu ada part yang berlakon tu. Lakonan Zulin, Achong dan Ebby Yus, melakonkan watak cerita Azura. Lakonan ini khas untuk Fauziah Ahmad Daud..hehee..lagi best part Zulin tiru bagaimana Kak Oggy kita bercakap ketika menjadi juri...hahaha..tu lawak..Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Fauziah Ahmad Daud


Dalam tak sedar, dah part last..part  pengumuman siapapkah dinobatkan sebagai ABPBH 29 kali ini. Nad ingatkan Sharnaaz yang menang, tapi rupanya Neelofa. Macam tak sangka pulak dia boleh menang. Dia pun dah jarang berlakon. Cuma sekarang banyak dekat rancangan meletop jela. Ke sebab tudung dia..hhahaa..bak kata kawan nad..hehee..takpelah dah rezeki dia. Tahniah Neelofa.. Anugerah Bintang Paling Popular – Neelofa

Dan Jom tengok siapa pemenang malam tu.



Keputusan Utama ABPBH 29
Artis Baharu Wanita Popular – Mira Filzah 
Artis Baharu Lelaki Popular – Sufi 
Penyanyi Wanita Popular – Adira 
Penyanyi Lelaki Popular – Aizat Amdan 
Penyampai Radio Popular – DJ Lin 
Artis Versatil Popular – Ifa Raziah 
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Wings 
Artis Komedi Popular – Abam 
Pengacara TV Popular – Neelofa 
Pelakon TV Wanita Popular – Emma Maembong 
Pelakon TV Lelaki Popular – Sharnaaz Ahmad  
Pelakon Filem Wanita Popular – Fathia Latiff 
Pelakon Filem Lelaki Popular – Sharnaaz Ahmad





Kategori Online ABPBH 29






Artis Selfie Popular – Saharul Ridzwan
Artis Ikon #RESPEK Popular – Datuk Aznil Nawawi
Artis Youtube Popular - Siti Nordiana
Artis Trending Popular – Ayda Jebat
Personaliti Media Sosial Popular – Lara Alana
hai assalammualaikum

Tabungan Untuk Fariza: SSPN-i Plus Skim Simpanan Termurah - Bila dengar sahaja perkataan PTPTN, dah mula gerun, yela nad ni salah seorang peminjam PTPTN. Itulah satu-satunya bantuan kewangan yang nad tau untuk membantu pelajar. Bila dah habis belajar,semestinya duit yang kita pinjam mestilah dibayar (wajib ok). Itulah, dulu suruh simpan duit boros, sekarang terkial-kial kau nak membayarnya.


Pengajaran ni membuatkan nad berfikir, macam mana pulak fariza nanti?? Nak pinjam jugak ke??..ermm..berulang-ulang dalam fikiran. Macam mana bila dia dah masuk alam persekolahan, mesti perlukan duit. Macam mana masa depan dia nanti?? Jadi nad selalu berfikir simpanan apa yang sesuai untuk fariza ni?? Sampailah nad pergi ke satu event anjuran PTPTN  hari jumaat lepas. Dekat situ nad dah dapat jawapannya..

Majlis Pelancaran Pakej Baharu SSPN-i Plus, Ejen Online, PTPTN Dan Penyampaian Hadiah Cabutan




Nad sampai awal dekat menara PTPTN. Masa tu majlis belum mula lagi. Masa nak masuk menara PTPTN tu nampak la sebuah tiga buah kereta, motosikal dan macam-macam lagi hadiah..wooww!! kereta tu. BMW kau!!..hebat..Inilah antara hadiah yang bakal dimenangi oleh pendeposit-pendeposit SSPN-i PLus. Dengan hanya menyimpan serendah RM50 diaorang dapat hadiah ni..Tak percaya??? Nad sendiri tak percaya..Korang jangan ternganga sebab ada bukti diaorang menang hadiah ni semua..hahaa.. Banyak kelebihan SSPN-i Plus ni tau..



Majlis bermula pukul 3 petang. Dimulakan dengan bacaan doa dan sterusnya ucapan daripada Pengerusi PTPTN YB Dato Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah. Diikuti dengan ucapan YB Dato Mary Yap Kain Ching , Timbalan Menteri Pendidikkan Tinggi mewakili YB Dato Seri Idris Bin Jusoh , Menteri Pendidikkan Tinggi. Seterusnya perasmian pelancaran Pakej Baharu SSPN-i Plus, Ejen Online, PTPTN Dan Penyampaian Hadiah Cabutan.






Para pendeposit yang memenangi hadiah. Hah! percaya dah.



Dengan simpanan boleh menang cabutan bertuah..huhu..jangan sebab kau nak menyimpan sebab nak menang hadiah, tu niat dah lain. Kang tak menang kau kutuk pulak PTPTN. Menang cabutan tu rezeki namanya. Tujuan sebenar SSPN-i Plus diwujudkan sebenarnya untuk menggalakkan orang ramai supaya menabung secara konsisten dan strategik. Orang cakap sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bila duit ada, takdalah hutang, takdalah masalah kewangan..kannn..

Keistimewaan SSPN-i Plus

Sebelum ni nad pernah dengar SSPN je, SSPN-i Plus belum pernah dengar pulak. Sebab sebelum ni, nak buka akaun PTPTN perlu ada SSPN. Kau jangan tak percaya sebab nad sendiri tak percaya yang akaun SSPN nad bertambah ok. Dulu Masa mula-mula buka, nad masukkan RM500...hahaha..banyaknya duit nad masukkan semata nak buka SSPN. Dan haritu nad pergi cek duit dalam tu dah bertambah..hehehe..Mungkin SSPN-i Plus lain daripada SSPN.

SSPN-i Plus ni merupakan produk terbaru PTPTN bertujuan untuk simpanan demi masa depan pendidikan dengan menawarkan perlindungan takaful yang amat murah dan komprehensif. SSPN-i Plus menggunakan konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful mengikut pakej.

Mula-mula rasa macam biasa je, tapi bila dengar detail, nad baca apa kelebihan SSPN-i Plus ni, memang banyak kelebihan untuk masa depan kelak.

Ni la keistimewaan SSPN-i Plus yang akan membuatkan korang cepat-cepat nak buka akaun. Simpan dan dapat semua pakej dari dividen, pelepasan cukai dan macam-macam lagi..hebat tak hebat..


1) Komitmen serendah RM1 sehari
2) Patuh Syariah - Simpanan Islamik bukan Konvensioanal
3) Pelepasan Cukai  "Tax Relief" sehingga RM12,000
4) Keuntungan Dividen (Ikut Syariah) - dividen pun dapat
5) Pampasan Kematian
6) Manfaat Takaful 36 Penyakit Kritikal
7) Elaun Hospital
8) Khairat Kematian
9) Tiada Pemeriksaan Kesihatan
10) Tidak perlu Medical Check up
11) Simpanan DI jamin oleh Kerajaan
12) Layak Memohon Pembiayaan PTPTN

Kenapa Murah Sangat ???


Ni la pakej-pakej yang ditawarkan. Ikut kemampuan mana korang mampu. Idea meringankan dan memudahkan tabiat menyimpan masyarakat Malaysia dengan memperkenalkan ‘Rahsia RM1 Sehari’. Ia merupakan pakej baharu di dalam SSPN-i Plus.
 

Dengan membuat tabungan RM1 sehari, masyarakat Malaysia boleh memilih pakej Intan di dalam SSPN-i Plus yang menawarkan simpanan pendidikan dengan perlindungan takaful sehingga RM40,000. Kalau korang mampu nak amik pakej yang lebih pun boleh.

Bagaimana Daftar SSPN-i Plus??


Macam mana nak daftar??..hah!! ni nad nak bagitau. sabar ye...sebab nad sendiri tak sabar nak buat untuk Fariza Nafisah ni. Tak payah pening-pening dah nak simpan duit dia dekat mana...hahaha. Simpanan SSPN-i Plus boleh dilakukan pada bila-bila masa, hanya dihujung jari melalui online. Mudah kann!! korang boleh pergi ke
https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/affiliate/

Bayaran komitmen bulanan pula boleh dibuat secara potongan gaji, auto debit (RHB dan Maybank) dan perbankan internet (Maybank). Bagi tujuan keselamatan dan keselesaan pelanggan, simpanan SSPN-i Plus juga boleh dilakukan tanpa tunai dengan kemudahan EDC Terminal melalui Kad ATM atau Kad Debit bank-bank tempatan di kaunter-kaunter PTPTN.

Ejen Online PTPTN
Bagi yang nak cari pendapatan sampingan atau sepenuhnya, PTPTN ada menubuhkan satu Ejen Online untuk mereka yang berdaftar..Nak tau ape itu Enjin Online
- Ejen Online PTPTN adalah ejen berdaftar dengan  PTPTN yang memasarkan  SSPN-i  Plus secara online dan  layak diberi  komisen  pada  kadar yang ditetapkan  bagi setiap  transaksi pembukaan akaun  baharu  SSPN-i  Plus dan  penambahan  deposit  yang  berjaya (EPO sahaja)
- Ejen Online PTPTN mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas

Dua (2) Kategori Ejen Online PTPTN
a) Rakan Niaga Affiliate (RNA) adalah Ejen Online PTPTNyang memasarkan produk SSPN-i Plus secara
online sahaja.
b) Ejen Pemasaran Online(EPO) ialah  ejen  yang  dinaiktaraf dari  RNA setelah menghadiri kursus  yang  dianjurkan oleh  PTPTN.  EPO  akan  memasarkan  produk  SSPN-i  Plus  secara online dan bersemuka.

Apa Yang Perlu Saya Pasarkan?
1.Anda hanya perlu memasarkan produk SSPN-i Plus dengan hanya mempromosikan link affiliate anda sahaja
2.Anda juga berpeluang memasarkan produk SSPN-i Plus secara bersemuka (EPO sahaja)

Kelebihan Ejen
- Komisen Lumayan
- Pendapatan Tanpa Had dan Berterusan
- Tanpa Modal Perniagaan
- Waktu Kerja Fleksibel
- Mudah
- Latihan/Bimbingan Diberikan
- Sokongan Pemasaran Berterusan
- Pasaran Luas Tanpa Sempadan
- Tidak Melibatkan Transaksi Tunai
- Menggalakkan Masyarakat Menabung

Boleh pergi ke Enjin Online PTPTN.

Nak tau lebih lanjut korang boleh layari 

Website : http://www.ptptn.gov.my 
( pergi ke https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/affiliate/ )
Facebook : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 
Instagram : https://www.instagram.com/instaptptn 
Hotline : 03-2080 4455










DIA DAH SEMAKIN LASAK

in , by Nadia Johari, 22:47:00
hai assalammualaikum

Dia Dah Semakin Lasak - Bapak lasak, anak pun lasak. Muka sama, perangai pun sama ke??..hahahha..alahai anak. Bila dah pandai meniarap ni, bergolek-golek dia atas tilam. Belum maju ke depan lagi tu. Peristiwa tadi, nad tengah mop dekat bahagian dapur, sekali dengar dia nangis, terus nad pergi tengok dia, nak tau apa jadi??

Terkejut lahaii, anak bertuah ni dah sampai lantai. Entah macam mana dia cecah lantai pun tak tau. Padahal sebelum buat kerja dah tidurkan dia lena. Nad letak dia pun jauh dari lantai. Tup-tup nah..bergolek dekat lantai hah. Haishh la sayang..lasak sangat tidurnya sampai ke lantai ni.


Mentaliti masyarakat kita, mesti cakap, sampai hati mak amik gambar dulu dari amik anak..hahaha..mesti punya..haishh anak sendiri yang kita kandung 9 bulan, kita sakit, takkan kita biarkan dia lama-lama macam ni. Masa ni telefon pun ade depan mata, satu saat je amik korang..satu saat je..lepas tu, nad sendiri campak telefon tu ke tilam, terus ambil fariza. Nad ada hati dan perasaan ok kat baby kecik.

Gambar sebagai kenangan yang dia pernah cecah lantai..hhaaha..bukannya saja-saja amik. baik nad bagitau, kang ada yang tafsir lain..ermm..ermm..tapi biarlah, anak nad, takkan nad nak bagi dia cedera..ish, ish..


Fariza lambat meniarap. Rasa minggu lepas baru nampak dia meniarap sendiri tanpa pertolongan. Sebelum-sebelum ni dia dah mengiring, tapi malas nak meniarap. Takapela, orang cakap lambat meniarap mungkin dia nak berjalan terus. Tapi tak sangka dia meniarap jugak..hehee..


Tengokla dia ni, dah jatuh pun nak pergi sana gak..sebab nampak tin..hahha..takpela dia semakin membesar..mesti banyak benda yang dia nak lakukan..dan nad takkan larang apa dia nak buat selagi benda tu tak membahayakannya. Nad akan pantau jugak apa dia buat.

Lepas ni dah tak boleh tidur dekat tilam..tidur atas toto jela.
hai assalammualaikum

Pertama Kali Makan Aiskrim Choki Choki Viral - Sebelum ni aiskrim ni viral sana sini. Bila dah viral orang mula ikut dan buat. Kalau rajinla..kalau tak rajin macam nad memang baru sekarang dapat rasa...hahaha. Orang sekarang memang kreatif, ada je idea nak dibubuhnya. Yang penting sedap!!!

Aiskrim dalam plastik ni dari dulu dah buat, cuma dulu letak air berperisa je takde tambahan, sekarang siap ada tambah sumi-sumi, choki-choki, apa lagi..hah, macam-macam. Kira mengingat kembali zaman dahulu bila makan aiskrim ni. Tapi nad balik kampung selalu makan aiskrim plastik ni.


Nak bagitaula akhirnya nad dapat jugak rasa aiskrim viral ni..hahaha..Aiskrim ni nad dapat masa dekat kenduri kawin ahad lepas..pastu simpan lama-lama dalam peti ais..hahaha..macam sayang pulak nak makan. Semalam baru rasa..hahaha..Sedap jugak rasa dia. Kalau sebelum ni rasa aiskrim coklat je, ni susu dengan coklat. Manis memang manis, tapi takde manis sesangat yang boleh buat tekak korang melekit..hahhaa..

Sebenarnya nak buatnya mudah sahaja, cuma rajin tak rajin je korang ni..hahaha. Nad tadi baru nampak kawan post cara buat aiskrim choki-choki ni. Hah!! Korang boleh layan video bawah ni. Nak cari resepi lain, boleh la google ye.


  • Bahan-bahan:
    - 1 tin susu sejat
    - 1/2 tin susu pekat
    - 3 cawan air
    - 2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
    - 1/2 sudu kecil garam
    - Choki Choki
    - Plastik ais krim

    Cara-cara:
    1. Panaskan susu sejat, susu pekat dan air sehingga mendidih.
    2. Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung; kacau.
    3. Masukkan garam dan kacau.
    4. Tutup api dan biarkan sejuk.
    5. Picitkan 1 batang Choki Choki ke dalam 1 plastik aiskrim; ratakan.
    6. Tuang susu ke dalam plastik ais krim dan ikat.
    7. Sejukkan dalam freezer selama lebih kurang 5 - 6 jam.
    8. Enjoy!
hai assalammualaikum

Ikan Kerapu Merah Stim - Haritu nad dengan mr mafia pergi ke pasar beli keperluan barang dapur yang dah habis. Macam biasa, bahagian ikan, ayam yang basah-basah tu kerja mr mafia. Bahagian yang kering-kering, nad punya..Mr mafia ni kalau nampak ikan pelik sikit mesti beli, kalau waktu tu ada rezeki lebih. Nad la yang akan pening nak masak apa nanti. Nak tau ikan apa??


Hah ni la dia ikannya. Yup!! Ni pertama kali nad tengok ikan ni. Ya, nad ngaku nad tak berapa hafal nama ikan..hahaha..tau makan je selama ni. Tu kadang tengok ikan pelik " eee ikan apa ni".. hahaha..kita tau ikan kembung, ikan merah, ikan biasa kita nampak. Yang tak biasa memang pelik sikit. Nama ikan ni Ikan Kerapu Merah. Orang tukang jual ikan tu cakapla. Dan nad cakap dengan mr mafi " nak masak apa dengan ikan ni, ish takyah beli la".. kau akan kalah sebab mr mafia yang membayarnya..jadi kalau dia nak, dia akan beli jugak..ngrrr..Jadi tukang jual ikan tu yang bagi suggest masak stim..oooo..Kalau stim mudah je..hahaha..


Malam ni, nad pun masak stim ikan kerapu merah ni. Ala bahan biasa-biasa je pun. Bawang merah, Bawang Putih, Halia, Serai, Sos tiram. Nad tambah daun limau..hahaha..biasalah resepi sendiri..asal ada rasa..masak stim pun main campak-campak je.


Nad masak guna periuk  goreng ajaib ni..hehehe..kukus makanan fariza pun guna periuk goreng ajaib ni juga.



Hah tadaa..dah siap..bismillah...hehhe..jemput makan..

UCAPAN SELAMAT HARI IBU UNTUK AKU

in , by Nadia Johari, 15:24:00
hai assalammualaikum

Ucapan Selamat Hari Ibu Untuk Aku - Nampak orang wish selamat hari ibu harini. Nad pun tak ingat sebenarnya hari ibu..hahaha..asal orang wish baru tau. Biasalah, banyak sangat perkara dalam kepala ni. Banyak sangat tarikh nak diingat..hahaha..Soal hari ibu, nad pun dah jadi ibu..auummm.seronok kalau ada yang wish..hahahha..Selama 9 bulan kandungkan baby fariza, 23 Oktober dia keluar, dan haritu nad dah jadi ibu kepada baby fariza.


Jadi ibu bukan senang. Tapi selalu niat dalam hati permudahkan segalanya. Gembira bila dah dapat jadi ibu. Makin lama makin matang tentang kehidupan. Belajar cara membesarkan anak, lagi-lagi perempuan. Tengok anak membesar depan mata, banyak perangai dia yang kita nampak lain setiap bulan, suatu saat yang menakjubkan. Kecik ni baby fariza tak pandai sambut lagi hari ibu, tunggula dia besar..hehehe..jadi mommy sambut dekat rumah..rehat jele..hhaha..daddy pulak keje..


Mr mafia pulak kalau dah kerja memang akan lupa semua benda melainkan kita bagitau..hahaha..nak sangat orang tersayang wish..tapi dia cakap Hari Ibu besok..eh entahla abang, sayang pun tak tau..hahaha..asal wish sudah..

Selamat Hari ibu Untuk Mak Nad Tersayang


Untuk mak , diah ucapkan Selamat Hari Ibu. Terima kasih selama ni.melayan kami adik beradik dengan sabar. Terima kasih memenuhi permintaan kami. Maklah yang terbaik. Jaga diah masa berpantang..Allah..memang taknak menyusahkan, tapi diah pertama kali berpantang..huhuhu..terima kasih banyak-banyak..selama ni jaga kami semua..love you mak. ( diah tu panggilan dekat rumah ok)..

Cantik kan mak kita..sebab tu anak-anak perempuan dia pun cantik belaka..hahahah..

Selamat Hari Ibu Kepada semua..
hai assalammualaikum

Walaupun Hati Sakit, Perit Dan Pahit, Tapi Masih Mampu Tersenyum - Semua orang mempunyai perasaan. Perasaan sedih, gembira, sakit dan macam-macam lagi. Bercakap soal perasaan sakit hati, hati ni bila dah sakit memang susah nak pulih. Mengambil masa jugakla. Lagi kalau dipendam dan ditahan sabar, lama-lama akan perit. Kenapa hati sakit?? Berpunca dari kita atau orang lain..Kenapa bila hati kita sakit, ia akan sakit sangat?? Sampai datang benci..ermm semua tu pada diri kita sendiri. Memang susah nak pulih bila dah sakit hati ni, sebab kesakitan ini tiada siapa tahu, tiada siapa boleh tahu dan memahami isi hati orang lain. Walau kita cuba elak, perasaan itu akan kembali.


Tapi sebagai hamba Allah, kita mesti tahu bersabar. Allah selalu ada di sisi kita. Sentiasa berdoa moga diberi kekuatan. Setiap kesakitan, keritan dan kepahitan yang ada dalam diri kita akan disembuhkan olehNya. Sesuatu kesakitan itu boleh dihilangkan dengan kebahagian yang Allah akan beri kepada mereka yang sentiasa sabar. Mungkin kita perlu telan kepahitan sekarang tapi akan datang mugkin kita akan telan kemanisan yang belum kita rasai. Hanya perlu berdoa, berdoa dan terus berdoa. Hanya perlu tabah, kuat, sabar dalam tempuhi setiap kesakitan yang kita pikul. Senyum dan senyum dan terus senyum kerana itu adalah kunci utama kita terus senyum sampai bila-bila.

Bila kita disakiti, jangan putus asa, jangan tunjuk dekat mereka yang kita lemah. Kenalan rapat yang boleh dipercayai juga adalah tempat untuk kita meluahkan segala rasa sakit hati ini. Pastikan kenalan kita tu, yang boleh mendengar segala luahan isi hati kita. Menangis sepuas-puasnya, usah dipendam. Pasti segala kesakitan akan pergi dari hati kita. Semuanya bergantung kepada akal, iman hati kita sendiri.

Hadapi kesakitan di hati dengan senyuman itu adalah orang yang kuat. Dan orang yang kuat sentiasa tabah, dan orang yang tabah sentiasa sabar. Kuat, tabah, sabar, cekal, itu adalah kunci dan merupakan perisai kepada kesakitan yang kita perlu hadap. Kunci-kunci itu adalah benda utama yang perlu ada untuk kita terus kekal utuh. Jangan biarkan kesakitan yang kita perlu pikul tu meruntuhkan segala-galanya. sentiasa usaha, dan semangat untuk terus bangkit mencari kunci untuk kebahagiaan kita lepas kita hadap segala kesakitan dan keperitan yang ada.

Jadi, pilihan ditangan korang. Sakit itu sentiasa ada, tapi jangan biarkan sakit itu menguasai hidup kita sampai kita jadi berkecai luluh tanpa berbuat apa-apa. Nak something? Cuba Berdiri di atas kaki sendiri. Kita bukan keseorangan. Apa yang ada pada diri kita itu lah kita. Gunakannya untuk mencari yang terbaik. Biar sakit biar perit tapi dikemudiannya nanti manisnya itu kita sendiri yang akan rasakanya.

Nad pernah disakiti, tapi nad selalu bersabar dan abaikan orang tu nak buat apa. Yang penting nad selalu senyum dan bergembira sebab nad bukan bersendiri. Manusia yang selalu nak jatuhkan kita. Yap! manusia memang mcm tuh, nak tengok kita sakit dihati. Susah kan kalau dah sakit kat situ? Dah mcm takde life kalau hati dah sakit...hhhahaa
Yang penting..senyum..senyum selalu..

hai assalammualaikum

Jom Kita Potong Kuku - Sebenarnya nak cerita siang tadi,ingat malam nak draft, siang publish, tapi budak kecik ni tetiba meragam pulak. Nak suruh kita main dengan dia. Sudahnya tak terbuat entry ni siang tadi. Malam ni baru dapat buat..hahhaa..sebab budak kecik tu tidur. Kuku salah satu anggota badan kita yang perlu kita jaga. Sejak nad ada terbaca satu artikel ni dulu, setiap hari Jumaat adalah hari yang bagus untuk potong kuku, jadi nad dah amalkan, hari jumaat mesti potong kuku. Dah jadi terbiasa dari bujang sampaila dah ada anak ni.


Kadang kuku baby ni cepat panjang kan. Kalau fariza nad potong dua kali sehari..Isnin dan Jumaat...kang kuman tak potong kuku dia. Baby fariza dah la suka masukkan jari dalam mulut. Tak pasal-pasal terluka kang. Pernah masa kuku dia halus je, tak berani nak potong, suruh kakak potongkan..hahaa..Lepas tu dah balik Kuala Lumpur, terpaksa belajar potongkan kuku baby fariza sendiri. Ya!! pertama kali potong kuku dia, berdarah..hahahaa..cuak memang cuak, tapi dia relaks je..Baby fariza memang macam tu. Bila dia tenang, kita pun tak berapa gelabah. Nad pun lap je dengan tisu. Basahkan tisu tu dan lap. Ok dah. Macam takda apa-apa. Lepas tu cuba lagi potong, dan berjaya..hahaha..dia pun duduk elok je..

Untuk fariza kena la belikan dia pengetip kuku baby yang kecik tu. Barulah ok nak potong kuku dia ni. Orang cakap mandikan baby baru senang potong kuku. Tapi nad buat sebelum mandi..hehe..Dah dia pun ok je..senang sikit.


Nad amalkan potong kuku bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan. Kemudian, jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri. Last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.

Potong jangan tak potong yee..






© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2