BAKAL AHLI GIMNASTIK KAH FARIZA NI!!!

in , by Nadia Johari, 11:49:00
hai assalammualaikum

Bakal Ahli Gimnastik kah Fariza Ni!! -

" Fariza!!!..Ya Allah...hey takmau buat macam ni "..Dia buat tak tau je dan tetap buat...
" Fariza, mommy kata takmau..nanti lehernya sakit"...tetap buatvdan buat..lagi sekarang kadang sampai terangkat badan sekali...ermmmm...Nak tau apa yang Fariza buat....


Ni la aksi dia..macam ahli gimnastik kan...dah besar takpe..ni kecik lagi..Tak tau nak cakap apa dah..Masa dia buat gaya ni, terkejut nad. Dah dibetulkan, dia tetap buat. Dia buat start usia dia empat bulan. Nad risau sebab takut lehernya terkehel nanti tanpa sedar. Tapi budak ni tetap buat dan boleh tersenyum lagi..alahai anak..


Tengokla tu, badan lentok sangat sampai macam tu sekali...ermmm...
hai assalammualaikum

Resepi Midin Blogger Daus Redscarz, Ditukar Kepada Resepi Paku Pakis - Haritu ternampak abang daus post gambar syur serupa macam paku pakis. Tapi kak Suria cakap tu bukan paku pakis, tapi sayur midin yang hanya ada di Sarawak sahaja. Jadi nad komen la, apa rasa bila masak, resepi..hahaha..Abang daus post buat entry pasal Resepi Midin ni. Betul tak, rupa sayur midin ni macam paku pakis kan. Nad ni dahla suka makan paku pakis. Selalunya nad masak lemak pucuk paku, atau paku pakis tumis cili padi. Jadi kali ni, nad tirula resepi midin abang daus ni..hahaha..


Ni paku pakis yang nad beli dekat pasar. Lama tak makan sayur paku pakis ni. Sebabnya kadang malas nak memotong sayur ni. Nad beli satu ikat. Disebabkan dah teringin, Nad beli jela...hahaha..



Bahan-bahannya
- Bawang merah
- Bawang putih
- Ikan bilis
- Belacan
- Cili padi
- Air
- Garam secukup rasa

Cara membuatnya
- Tumbuk atau blender kesemua bahan di atas. nad guna lesung je..gigih tak gigih menumbuk..hahaha
- Tumis kesemua bahan sehingga naik bau.
- Bubuh garam secukup rasa
- Masukkan sayur Paku Pakis. Gaulkan sehingga rata.
- Bubuh sedikit air untuk dijadikan kuah.
- Dah mendidih, boleh angkat.


Ni la rupanya Sayur Paku Pakis Belacan Cili Padi..hahaha..Kuahnya nampak tak pekat mungkin nad kurang letak belacan. Lepas ni boleh bubuh belacan lebih sikit. Ok boleh makan dengan ikan goreng..jemput makan semua..

hai assalammualaikum

Tiada Lagi Tilam...Hanya Toto - Kejadian haritu, menyebabkan nad untuk ambil langkah berjaga-jaga. Sebelum-sebelum ni, nad memang dah baca pengalaman parents yang anaknya jatuh katil. Sebab tu sejak ada Fariza, nad tak pernah dah tidur dekat katil. Nad tidur dekat ruang tamu, dengan hanya tidur di atas tilam sahaja. Takda katil. Tapi tak sangka, tidur atas tilam pun tercium lantai jugak Si Fariza ni. Entry ada dekat SINI. Tilam walaupun tak tinggii, tapi kalau dia golek-golek lepas tu jatuh berulang kali, otak boleh bergegar jugak. Budak nak membesar macam-macam perangai..


Jadi nak amik aspek keselamatan, nad bentang toto je sekarang. Toto pun dah ada dekat rumah ni. Haritu nad kemas-kemas rumah ni, segala harta karun nad dah kemas rapi dah. Jadi nad ingatla kat mana tilam toto tu nad letak. Nad lapik kan dua toto dan satu alas cadar..Sebab apa nad lapik banyak?? Sebab satu toto masih terasa lantai. Fariza ni pulak, bila nak golek-golek dia akan jatuhkan kepala dahulu. Kalau nak jatuhkan bukan perlahan, tapi terus jatuh. Sebab tu nad lapik sampai 2 tilam toto dan satu cadar. Dia pun tidur lena je dekat tilam toto ni.



Tapi guna toto pun kadang sampai ke lantai juga...hahaa..alahai anak..berguling-guling kau ye. Taula tilam toto tu luas..tapi sampai macam tu sekali. dah terkena lantai kau nangis..ish..ish..ish..budak nak membesar macam ni. Tapi tak selalu dah die ke lantai..sebab kadang-kadang dia dah boleh rasa itu lantai..hahhaa..

Selamat bila guna toto je. Pulak tu depan tv. Kadang dia boleh layan cerita kartun dia. Kecik-kecik dah pandai layan cerita kartun..dasyatt..



hai assalammualaikum

Terima Barang Salah ; Beli Online Dari Mysale - Ni pengalaman pertama nad beli barang online tapi terima barang yang salah. Huh!!..Bila dah salah, mestilah kita nak buat aduan. Part ni la yang paling lemah. Nak kena contact diaorang,nak tunggu diaorang balas balik..lambat pulak tu. Adoi macam-macam..Nad memang tak suka banyak kerja..Sebenarnya ni pertama kali nad beli dekat satu website ni. Disebabkan nampak iklan dia dekat facebook dengan nampak barang yang nad minat sangat. Harga barang tu pulak murah, memang nad nak beli la. Nak tau barang apa nad nak sangat tu???



Ni ha barang dia..Kasut boots. Kau tengok dahla cantik, harga pulak murah je oii..RM29 je. Mana tak tergoda!!!..Lepas tu, nad terus whatsup kawan nad. Sebab dia dah biasa beli barang luar negara ni. Nad tak biasa. Jadi nad mintak pendapat dia. Betul ke harga yang ditawarkan?? Saiz pulak macam mana??..jadi dia cakap betul, saiz pun dia bagitau..lepas tu kawan nad yang uruskan semua, sebab guna kad kredit dia. Nad takda kad kredit..huhuhu..


Tunggu punya tunggu, pos pun sampai. Dan nad tau ni la kasut yang nad beli haritu. Punya excited ni..Tak sabar nak pakai. Bila nad buka je...What!!!..ni apa..kasut boots ke kasut pekerja yang warna kuning tu...oiii..dah macam kasut lelaki la oiii..terkejut, geram, sedih semua ada. Benda yang kita excited, terus jadi ermmm....Lepas tu terus hantar gambar dekat kawan tu. Kot-kot dia ada order untuk sesiapa, tertukar ke..hahha..Tapi jawapan dia, dia order untuk nad sahaja. Dia pun terkejut macam mana boleh salah. Ni pun pengalaman dia membeli, tapi terima barang salah...hahaha..Arghhhhh!!!..memang geram..dah satu hal nak kena setel ni semua..



Lepas tu dia suruh nad contact nombor tertera. Nad cuba contact,tapi tak da sapa jawabb oiii..banyak kali..Lepas tu nad pergi website dia, yes ada contact dia untuk terima barang yang salah. Nad pun hantar massage dekat diaorang. Diaorang balas dan suruh hantar email untuk bukti. Nad pun sendla email ke diaorang..Korang bacala ye..Yang membalasnya pun orang lain-lain..

Yup!! Nad pilih untuk tidak return sebab  banyak sangat kerja weii walaupun nad akan dapat balik wang penuh, tapi nad malas. Biarlah dapat 30% tu balik..malas pulak nak pergi pos, guna duit sendiri lagi..haishh macam-macam. Nad banyak kerja lain lagi..lepas ni tak mau beli dengan mysale lagi..

FARIZA MEMBESAR DENGAN SIHAT

in , by Nadia Johari, 20:07:00
hai assalammualaikum

Fariza Membesar Dengan Sihat -Nad sendiri tak percaya yang fariza akan membesar sihat macam tu. Dalam masa yang sama, nad bersyukur sangat-sangat bila tengok anak membesar dengan sihat selepas mengalami sakit selama sebulan. Sakit apa??..Nad ada buat entry dekat SINI dan SINI.



Gambar ni Fariza dengan sepupu dia semasa pantang. Namanya lupa pulak..hahaha..Sepupu dia ni lahir sehari dari fariza. Fariza lahir 23.10, jadi sepupunya ni lahir 25.10...hah!!.Masa ni diaorang tenagh dibawak untuk urut. Tengokla Fariza, kecik je. Fariza lahir dengan berat 2.8kg. Sepupunya pulak lahir dengan berat 3.5kg..eh yeke..tak pasti pulak..tapi 3kg ke atas la. Tengok gambar ni pun dah nampak perbezaannya.



Selepas 6 bulan kemudin...hahaha..tadaaa..tengokla Fariza berbeza dengan dahulu. Dah sama besar dengan sepupunya tu. Alhamdulillah. Dan tak sangka pipinya naik terlebih...haahha..masa ni majlis cukur jambul Fariza.



Sebenarnya Fariza ada banyak sepupu yang sama baya. Ada 7 orang kot..sebab semua sepupu-sepupu nad tahun lepas berderet mengandung dan selamat bersalin sorang-sorang...hahahha..meriah sangat..Tapi raya ni masing-masing rumah mertua. Jadi tak dapat berkumpul satu keluarga. Jadi tunggu jela tahun depan..tengok diaorang bergambar bersama..hehehe..
hai assalammualaikum


Selamat Hari Jururawat - Sekarang macam-macam hari kita sambut erk. Harini pulak hari jururawat. Hari surirumah takda ke???... hahaha..jururawat ni memang banyak sangat kerjanya. Jadi jururawat kene kental dengan perangai orang, dengan nak rawat orang, dengan nak ingat nama ubat la  semua bagai..hahaha..Nak jadi jururawat tak boleh takut dengan luka orang, darah ke atau apa sahaja. Jadi jururawat kena selalu bersedia..kot kene on call..gitu kau...fuh dasyat..



Macam kakak nad, dia bukan amik jurusan nurse atau perubatan masa belajar, tapi dia terus terjun jadi jururawat...hahaha..dan dia suka bercerita. Bercerita masa dia cuci luka orangla, apa la. Kene layan perangai orang. Kena kerja lewat malam lagi. Tak taula apa lagi dia buat...banyak sebenarnya...bukan senang jadi jururawat ok..

Macam sepupu nad pulak, dia memang belajar bahagian perubatan. Penat, memnag penat dia cakap..sebab dia jaga bahagian operation. Balik lewat memnag la..dnegan lagi satu on call nya..memang selalu kena bersedia..

Teringat jugak nurse-nurse yang jaga nad masa bersalin haritu. Nurse Hospital Tungku Ampuan Rahimah. Nad beruntung dapat nurse baik-baik..hahaha..sampai ada bantu nad masa dah sakit sangat dia terus panggil doktor suruh cek walaupun masa tu 3cm tapi contraction dah kuat. Dan disebabkan nurse tu la nad terus rasa nak bersalin..hahaha..takda tunggu lama-lama dah..

Nampak keje nurse macam mudah..tapi kita bukan ada ditempat mereka..susah sebenarnya..Apa-apa pun Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di dunia..
hai assalammualaikum

Pembaharuan Ruang Kerja Nad : My Workspace - Bila nak buat kerja, nad selalu pastikan tempat kerja tu kemas, teratur dan tak berselerak. Baru tenang nak buat kerja. Masa tu pulak fokus kepada laptop sahaja. Idea nak menaip pun akan jalan dengan pantas. Kadang boleh taip sampai tiga entry..huhuhu. Ruang kerja atau workspce adalah tempat kerja kita atau tempat study atau tempat untuk menulis apa sahaja. Dari dulu lagi memang nad teringinkan ingin memiliki ruang kerja. Ruang kerja yang besar, simple dan banyak laci.
hai assalammualaikum

Bila Daddy Jaga Fariza, Habis Staff PTPTN Turut Terlibat - Nad kalau pergi mana-mana majlis, memang kena bawa baby Fariza sekali. Jadi sebelum pergi , tengok dulu majlis tu boleh bawak pasangan atau tidak. Kalau solo, terpaksalah tolak. Sebab apa kena bawa dia?? sebab dia nyusu badan, lepas tu, hanya mereka yang bergelar ibu tau apa yang anaknya nak. Sebab dari pantang sampai sekarang nad yang uruskan dia. Jadi nad dah paham kalau dia berak ke.. nak susu.. atau..nak tidur. Kalau dia nak tidur, hanya tangan mommynya yang dia akan terus lena. Kalau daddy memang takkan paham, sebab dia cuma tau main dengan Fariza je..hahaa..Kalau bab tidurkan tempat awam, memang mr mafia gagal..hahaha..


Baby Fariza ni jenis ok kalau pergi mana-mana majlis selagi mommynya ada depan mata. Tapi kadang-kadang dia ok je kalau takde mommynya depan mata dia. Ikut mood dia la.Kalau dah bosan..meragam la dia. Tapi selalunya pergi majlis, dia cuma meragam sebab nak tidur. Itu je.!! Kalau susu, dia boleh tahan lagi. Berak pun dia boleh tahan lagi..hahaha..sebab pernah terjadi, nad terlupa bawak pampers. Dia ok lagi..tapi masa tu kena buat cepatla..haha..Nasib balik rumah, bontotnya takde apa-apa.

Haritu majlis buat dalam dewan, jadi mr mafia bawak Fariza keluar. Nad tak risaula, sebab daddy nya yang jaga, dia dah biasa dengan daddy. Lagi satu Fariza kalau dibawa berjalan dia suka tengok sekeliling. Tiba-tiba!! masa majlis berlangsung mr mafia whatsup cakap Fariza nangis. Ah!! sudah..majlis tengah jalan. Nak keluar tak boleh sebab laluan sempit. Jadi cakap dengan dia cuba pujuk dia, apa semua. Pastu mr mafia cakap dia berak. Nad cakapla "belajar cuci"..mr mafia. "erk"..pastu tak tau apa jadi..

Tak puas hati, nad whatsup " macam mana, abang ok".. mr mafia " dia tak berak, dia nak susu badan..lampin dah ganti..ramai orang tolong"..hah!!!!..kau nampak tak ayat dia "ramai orang tolong"..hahaha..siapakah yang tolong tu???? Mr mfia siap hantar gambar. staff PTPTn dan makcik cleaner tolong..Ya Allah..terima kasih sangat-sangat..







Nad whatsup suruh dia bagi puting. Semua keperluan fariza nad dah satukan dalam beg. Jadi semua benda dalam beg tu. Mr mafia pun dah angkut sekali beg Fariza disebabkan takut emergency macam ni. Lepas tu mr mafia antar gambar anak gendut nad dah tido. Ditidokan oleh salah seorang staff dekat situ..hahaa..adeh nad yang malu tau tak..sebab ingat daddy boleh handle..rupanya dapat pembantu dari staff situ..







Inilah pekerja-pekerja staf PTPTN yang bantu mr mafia.. Terima kasih banyak-banyak. Gambar sebelum dia mengamuk, habis semua orang usik dia. Agaknya lepas tu penat, tu dia mengamuk..hahaha..gambar mengamuk dan tidur dekat atas..alahaiii..


Masa ni nad pergi ke Majlis Pelancaran Pakej Baru SSPN-i Plus, Ejen Online PTPTN Dan Penyampaian Hadiah Cabutan. Nad ada buat entry dekat SINI...boleh baca untuk pemahaman korang. Mana tau, korang nak menyimpan untuk diri sendiri atau anak-anak korang. Sambil menyimpan boleh cari income sedikit dengan menjadi Ejen Online PTPTN. Semuanya nad ada tulis dekat SINI. Dan percayalah, dengan menyimpan serendah RM50 sebulan boleh menang pelbagai hadiah. Mana tau rezeki korang
kan...hehehe..selamat menabung.

1) Komitmen serendah RM1 sehari
2) Patuh Syariah - Simpanan Islamik bukan Konvensioanal
3) Pelepasan Cukai  "Tax Relief" sehingga RM12,000
4) Keuntungan Dividen (Ikut Syariah) - dividen pun dapat
5) Pampasan Kematian
6) Manfaat Takaful 36 Penyakit Kritikal
7) Elaun Hospital
8) Khairat Kematian
9) Tiada Pemeriksaan Kesihatan
10) Tidak perlu Medical Check up
11) Simpanan DI jamin oleh Kerajaan
12) Layak Memohon Pembiayaan PTPTN

Sekali lagi, terima kasih staff PTPTN..




JANGAN CUBA CABAR LELAKI WAHAI WANITA

in , by Nadia Johari, 02:18:00
hai assalammualaikum


Jangan Cuba Cabar Lelaki Wahai Wanita - Pagi tadi terkejut nad, mr mafia cakap seolah-olah ada perkara yang mengejutkan.
" sayang nak tau, kawan abang dah bercerai "
" hah!!..biar betul. Pasal apa?? " 
Mr mafia pun bercerita. Pasal perkara kecik yang diperbesarkan. Sampai keluarga pihak perempuan turut terlibat membesarkan perkara itu. Perempuan tu pulak jenis cepat melenting. Bila perempuan melenting habis semua kata-kata keluar. Bila dah ditekan-tekan dan dicabar, kawan mr mafia tak tahan terus turunkan talak..ermm..( cerita sebab apa biar nad je yang tau)

Kawan mr mafia tu nad dah lama kenal. Sebab kerap datang rumah. Perihal dia dengan isteri dia pun nad tau sebab dia selalu berkongsi, meluahkan perasaan dia dekat mr mafia. Jadi mr mafia cerita dengan nad..hehehhe..Antara kawan mr mafia dengan isteri dia, memang dah berlaku pergolakan, tapi kawan mr mafia masih bersabar lagi. Sampaila harini, baru tau yang dia dah bercerai.

Tak kira lelaki atau perempuan ada sifat egonya, ada sifat sabarnya. Tapi bila dah meletup, jangan cakapla, memang semua ayat akan keluar. selain ego, lelaki ni tak suka di cabar. Lelaki punya amarah lain sikit. Macam mr mafia, kalau dia marah muka menakutkan..hahaha..sebab tu kadang kalau dia marah, nad senyap je, sebab kalau nad bercakap, dia bercakap dah jadi huru hara kan. Jadi baiknya sorang mengalah atau senyap dahulu. Dah ok baru boleh bercakap balik. Sebab kalau dah dua-dua bertekak, nanti perempuan akan mula cabar lelaki. Sifat lelaki, kalau dah dicabar ia akan rasa tercabar dan akan terus keluar dari mulut atau perbuatan.

Dalam keadaan tegang lelaki akan bertindak tanpa berfikir panjang, manakala perempuan pula akan bercakap tanpa berfikir panjang. Waktu macam ni akan memudaratkan keadaan. Jadi salah seorang kena mengalah dulu..huhuhu..tersalah langkah kang dua-dua menyesal.

Bila tiba giliran dia nak bercakap, kau dengarlah dulu. Dia nak terangkan perkara sebenar. Macam kita kaum perempuan bercakap ikut perasaan. Tapi bila apa dia cakap tak betul, bila dia dah habis cakap, barulah wanita bercakap. Seram oo bila singa dah mengamuk..hahaha. Jangan dengar cakap orang lain, dengar pihak lelaki jugak.

Jadi kaum wanita, nad tau kadang-kadang kita pun ada perasaan marah yang membuak-buak sampai terkeluar kata-kata yang tidak elok. Lebih baik kita senyap je bila dia bercakap. Kalau dalam hati geram, kau pandang tempat lain dulu, tak perlu bertentangan mata dengan dia..hahaa..Kalau dia kata kenapa taknak pandang time dia cakap, kita cakap jela " taknak gaduh "...dahh..

Lelaki ni kalau dicabar dia akan buat betul-betul sebab nak buktikan dekat perempuan tu jangan main-main dengan dia, tapi...cuba kau cabar lelaki ni dengan cabaran seperti ini. " abang, sayang cabar abang belikan sayang emas ka, kereta ka "..kau rasa dia akan amik serius ke..ermm memang takla..k bai..


hai assalammualaikum

Pantang Nampak Kipas - Fariza ni sejak makin membesar, perangai dia nak merapat je dengan mommy. Tapi mommy tak boleh nak berkepit dengan dia 24 jam, sebab mommy nak buat kerja rumah semua. Lagi satu kalau nak melepas, lagila susah. Kena suruh daddy jaga time nad tak boleh handle dia. Nasib daddynya kerja sendiri. Bolehla tengok-tengok si fariza ni time nad tengah buat kerja.

Disebabkan dia nak jugak tengok muka mommy dia selalu, mr mafia beli la walker supaya dia boleh duduk dan tengok muka maknya depan dia. Tapi lain pulak jadinya. Sejak dia dah duduk dekat walker, bukan main suka dia. Pulak tu, dia dah pandai jalankan guna kaki dia. Memang merayau sana sini la jawabnya. Mentang-mentang rumah ni luas. Sukala dia berlari sana-sini.


Kalau dah macam tu memang senang nad nak buat kerja. Tapi satu lagi masalah ialah kipas..kenapa dengan kipas?? Baby fariza pantang tengok kipas. Yela kipas ni berpusing-pusing, jadi dia ingat tu mainan apa. Pernah dia pegang kipas ni masa tengah berpusing, nasib masa tu ada daddynya. Sekarang bila nad nak buat kerja, letak dia kat walker, tutup kipas. Bila mata dah mampu melihat macam tu la..semua benda nak dicapainya.Kain depan tv pun dah mula ditariknya. Bijak sangat budak ni.



Dan nad walaupun tengah buat kerja, mesti perhatikan dia jugak. Haritu ada ternampak fan cover ni. Bagus guna untuk mengelakkan jari anak dari masuk dan mengelakkan habuk dari melekat. Tengok cover ni pun comel je..hahahha..bolehla nanti cuba cari..ke ada sapa-sapa jual, tolong bagitau je. Meh nad review..hehee
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2