hai assalammualaikum
Bufet Ramadhan 2016 Di Restaurant bangi Golf Resort - Setiap tahun, Bangi Golf Resort pasti akan menawarkan pelbagai jenis aneka juadah menarik pada Bulan ramadhan yang bakal tiba. Ni kali kedua Nad dijemput untuk datang ke Bangi Golf Resort untuk menikmati Bufet Ramadhan yang akan disediakan. Nad teruja sangat sebab nak tau apa menu istimewa kali ini yang akan membuat korang pun terliur tengok makanan yang mereka sediakan dan nak pergi ke Bangi Golf Resort. Masuk je dalam Restaurant ni, terus nampak pelbagai juadah yang disediakan, antaranya masakan Ala Melayu, Barat Dan Timur.Kalau sebelum ni, banyak lauk pauk yang disediakan, tapi kali ni Restaurant Bangi Golf resort memperkenalkan menu selera Pantai Timur dari Kelantan sebagai tarikan utama iaitu Nasi Kerabu. Nasi Kerabu sememangnya warna biru yang dihidangkan dengan ulam, ikan masin, keropok ikan dan macam-macam lagi. Memang menepati selera betul.
Selain itu, BGR Restaurant menyediakan pilihan makanan melayu yang menjadi kegemaran ramai seperti Rendang daging Taik Minyak dan sambal sotong Kembang. Hah!!! selalu makan masa raya kan, nah sebelum raya dah boleh makan..hehee..mr mafia suka sangat dengan rendang dia..dia memang pantang kalau nampak rendang. Pasti licin. Nah sampai berebut dengan Fariza hah!!..hahahha..siap ada lemang dan pulut kuning..
Selain itu ada mihun sup, mee kari, siput sedut.
Bagi menu Oriental, BGR Restaurant akan menyediakan juadah seperti "Buttered Prawns", Daging Masak Lada Hitam dan Filet Ikan bersama Sos Serai. Makanan popular Ala Barat pula yang akan dihidangkan ialah menu pembuka selera seperti " Cream of Smoked Chicken" dan " Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma". Untuk pilihan yang lebih klasik, Lasagna Ayam dan Daging menjadi pilihan ramai. BGR Classic Spaggeti juga akan turut dihidangkan.
Makanan wajib yang perlu ada ialah Kambing Bakar..hehee..kalau takde kambing bakar macam tak lengkap pulak Bufet ramadhan tu kan. Tetamu juga boleh menikmati Sate Daging dan Ayam bersama Kuah kacang serta Kuey Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak yang akan dimasak secara live oleh chef-chef di situ.
Pencuci Mulut
Bila dah makan berat-berat, mesti nak ada pencuci mulut kan. Hah!! dekat Restaurant Bangi Golf Resort ni macam-macam pencuci mulut ada. Antaranya " Spanish Churros " bersama sos coklat. Sedap weii !!!..Selain itu, pilihan makanan tempatan seperti kuih-muih serta puding dan agar-agar akan turut dihidangkan dalam pelbagai perisa buah-bauhan. Menu pencuci mulut yang terkenal di BGR Restaurant ialah Italian Tiramisu, pelbagai jenis kek Red Velvet, Brownies, jeli Kelapa, Krim karamel dan Panna Cotta berperisa Beri Campuran.
Menu pencuci mulut terbaru iaitu Eclairs yang berperisa nangka, cempedak dan durian. Siap ada bunga merak lagi ok..
Aiskrim..nyum..nyumm..kalau tahun lepas ada aiskrom gelato perisa jagung bakar dan bunga kantan sahaja, kali ni, ditambah dengan gelato berperisa cendol..kredit gambar azlindaalin.
Sambil makan, korang semua akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara 'live' dari jam 6.30 petang sehingga 9.30malam setiap hari.
Salah seorang Chef di Bangi Golf Resort yang peramah dan sporting. Chef Kamarudin telah berkhidmat lebih 9 tahun dan sangat berpengalaman di sini, menurut beliau BGR Restaurant akan terus menghidangkan pelbagai pilihan menu serta mengekalkan cita rasa asal dari menu tradisional. Harga Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort Restaurant adalah bermula dari RM58 untuk dewasa dan RM29 untuk kanak-kanak.
Berkenaan parking korang jangan risau, ada 800 ruang parking serta ruang solat untuk para tetamu. Hah!! apa lagi, korang cop la restaurant Bangi Golf Resort sebagai salah satu tempat untuk berbuka puasa nanti ok!!!..Untuk pertanyaa lanjut boleh hubungi
NURUL ADIRA KAMIL
PR & Social Media Marketing Executive
BANGI GOLF RESORT
HP : 012 609 7755
TEL : 03 8925 3728 / 8210 2288
FAX : 03 8925 3726 / 8925 3727
WEB : www.bgrrest.com
FB : www.facebook.com/bgr.rest
Untuk tempahan dan pertanyaan :
BANGI GOLF RESORT RESTAURANT
Alamat : No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650. Malaysia.
Tel : 03 8925 3728, 03 82100265
Fb : https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant
Instagram : @bangigolfresortofficial
Email : pr@bgrrest.com
website: http://www.bgrrest.com
Waktu Operasi : 6.30am - 9.30pm setiap hari
Koordinat GPS : 2.95716N,101.76518E