hai assalammualaikum

Diy Wardrobe 8 Cube Nampak Cantik, Kukuh Dan Kemas - Haritu memang dah beli almari laci pakaian Fariza. Tapi tak sangka banyak lagi barang dia yang tak boleh muat. Jadi nad survey la almari yang murah. Biasalah duit belum masyuk..Ada kawan syorkan beli diy wardrobe kartun-kartun ni. Tapi masa tu taknak beli, sebab takut tak kukuh. Dulu pernah beli almari yang jenis kain tu, sekali habis runtuh bila letak baju..hahhaa..tu yang was-was tu nak beli Diy Wardrobe ni. Tapi lama-lama fikir, baju baby Fariza dah makin banyak dan ada baju yang perlu digantung. Nak taknak kena beli jugakla almari murah.


Bila ditengok balik gambar Diy Wardrobe ni,macam kukuh. Almari ni jenis tak lembik dan berbentuk segiempat. Bestnya banyak ruang untuk simpan barang dan ada tempat pengantung baju. Pulak tu ada macam-macam jenis cube. Ada yang besar ada yang sikit. Jadi, okla tu kot. Nad pun bukan nak guna banyak sangat tempat untuk barang Fariza. Lagi satu, ada pilihan yang nak plain atau bercorak kartun. Nad tak suka jenis berkartun sebab biar almari ni tak nampak macam untuk kanak-kanak...hahaa.. Tengok jenis plain tu lawa, nampak macam almari exclusive kan. Kalau diletak dekat ruang tamu mesti tak nampak macam almari pakaian.  Jadi beli jugakla Diy Wardrobe Plain Hitam ni dengan harga RM105 untuk 8 cube, termasuk sekali postage..amacam murah kan.

Jadi nad order dekat Cube Wardrobe Murah. Order je, dalam dua hari dah sampai. Bila sampai, terus excited nak pasang. Nad pasang sendiri ok!!!.hahaa..gigih tak gigih la..Ingat mudah nak pasang..main masuk je, sekali punya susah daaa..Bila salah kene buka balik. Tapi nad pasang amik masa sehari. Berapa jam tu tak ingat..hhahaha..



Ni la barang-barang yang disediakan..ada penukul untuk ketuk-ketuk dia, tapi Fariza dah amik..dia kacau mommy dia nak buat kerja sebab dia pun nak mengetuk juga..Ada kertas tu tunjuk macam mana nak pasang. Tapi tengok pun kadang konfius jugak..biasalah orang jarang bertukang..macam ni la..Masa ni mr mafia ada kerja dia, jadi tak dapat tolong. Nad pulak dah tak sabar nak pasang..ahaha

Ni nad tunjuk cara pasang..




Pastu nad pun buat..hah!!..gitu...



Magnet ni untuk pintu punya..



Dan tadaaa..dah siap...Oh kalau korang perasa, ada satu cube atas tu takda..sebab terkurang satu kadbod..TAPI jangan risau, korang whatsup atau pm Cube Wardrobe Murah tu, cakap terkurang satu. Nanti dia akan post apa yang terkurang tanpa bayaran apa-apa ok..huhuhu..Nad masa ni terkurang satu kadbod dan 4 magnet pintu.


Ni barang-barang yang telah disumbat. Nampaknya bukan barang Fariza je, topi daddy dengan kasut mommy pun ada..hahahha..


Hah!!..macam mana..kemas, kukuh pun ye, cantik pun cantik..lagi satu mesti murah..

LAGU HANG PI MANA PUN BOLEH POPULAR ERK!!!

in , , by Nadia Johari, 22:12:00
hai assalammualaikum

Lagu Hang Pi Mana Boleh Popular!!! - Nad ni kalau dengar tajuk lagu yang ntah apa-apa memang tak layan lagu tu. Yela, kalau dulu tajuk lagu bermakna dengan isi lagu..sekarang tajuk lagu, dengan lirik lagu, pelik sangat...hahaha..Kalau dulu lagu feling-feling gitu..sekarang lagu..ermm..Macam salah satu lagu ni, tajuk Hang Pi Mana!!!...Masa tu dalam kereta, mr mafia cakapla " tajuk ni pun boleh jadi lagu na...macam tu abang nak buat tajuk lagu Hang Buat Apa?? "...boleh...haahaha.. Nad layankan jela..Lepas tu suatu hari mr mafia cakap, yang nyanyi lagu ni orang dulu-dulu. Suara dia memang sedap..fuhh..gituu..

Pertama kali dengar memang bosan..lama-lama dengar, nad pun dah terbiasa..hahaha..sebab tajuk tu tak boleh blah..sampai nyanyi masa nak siapkan Fariza..hahaha..Sebab dia punya rentak yang boleh goyang kaki dan kepala gitu..hahaha..Tengok lirik, lagu tentang isu masyarakat pasal kerja. Okla tu, walaupun tajuk ntah apa-apa, tapi ada maksud tersirat..hehehe..ok layan dengan baby Fariza sat..cek pun dah nak cakap utara na...




 Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana

Pagi pagi buta
Mak dan ayah dah tanya
Aku nak kemana

Berseluar yankee
Baju bunga bunga
Duduk atas tangga

Ai malu nak kata
Takkan ku nak auta
Mak ayah tercinta

Cek nak pi kerja
Insyaallah
Bukan nak pi mana

Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana

Pergi sekolah
Bukan cikgu di sana
Baju bunga bunga
Bukan tukang kebun juga

Mak ayah tanya
Cek pi buat kerja apa
Malu nak kata
Nanti apa tau juga

Anak anak mak ayah bukan tanya tanya saja
Depa tanya p mana bukan mintak duit kita
Malu apa janji kerja janji tidak buat dosa
Memang cek nak habaq tunggu lepas solo gitar

Cek pi sekolah
Memang kerja di sana
Kerja duduk saja
Sambil tengok sini sana

Kerja mulia
Bukan cek buat dosa
Gaji sederhana
Kerja jadi JAGA saja

Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah

Hang pi mana
hai assalammualaikum

Restoran Istana Bambu Buffet Ramadhan 2016 - Sekejap je lagi Bulan Ramadhan akan tiba. 6 June 2016 tarikh kita menyambut bulan puasa yang mulia ni. Bila bulan puasa, mula teringat masakan mak dekat kampung. Mula teringat keluarga, berbuka puasa bersama. Tapi bila dah tanggungjawab kerja dekat kotaraya, tak dapat nak balik kampung..Jadi, korang datanglah ke Restoran Istana Bambu.

Iftar Ramadhan 2016 " Indahnya Ramadhan"
 Dengan tema " Indahnya Ramadhan " tahun ni, Restoran Istana Bambu berkonsepkan perkampungan buluh tepi sawah padi dengan keunikan tradisi kampung. Sambil berbuka puasa, sambil menikmati pemandangan seperti kampung. Kalau dekat kampung makan duduk bersila, jangan risau, dekat restoran ni ada gazebo yang membolehkan korang duduk secara bersila. Masa tu layan la perasaan sorang-sorang..huhuhu..Nak tengok rupa Restoran Istana Bambu tu, boleh klik SINI

Jangan risau bab makanan, macam-macam ada masa buffet Ramadhan nanti. Makanan dari ala kampung tradisional hingga ke masakan cina, ditambah lagi masakan Thai dan Arab yang akan disediakan untuk pelanggan. Kan dah cakap, semua menu ada. Disebabkan makanan dekat sini semua nampak menyelerakan, nad cuba semua jenis makanan. Nak bagi korang terliur jugak bila tengok makanan ni..hahaha..Bukan setakat terliur, nak ajak korang makan berbuka sekali nanti dekat sini. Meh tengok menu apa yang ada.

Menu Lauk Pauk
Ni menu lauk pauk yang disediakan. Dari Udang butter, Lala masak sambal, Asam pedas, patin tempoyak dan pelbagai lagi masakan laut...fuhh!!!..










Tomyam
Hah!!..tomyam dia best sebab bukan sahaja ada sotong dengan ayam..malah ada udang dengan ketam...huhuhu..seafood katakann...Ditambah dengan cendawan kecik tu..ala lupa pulak nama dia..memang nad suka cendawan tu..licinla..sruupp..sruupp...sruupp..




Steamboat
Bagi anak-anak makan besbol...diaorang mesti suka


Kerabu, Tauhu Sumbat dan Tempe Jawa
Kerabu dia memang terbaik..Rangup dan sedap..Hah !!! orang jawa siapa tak makan tempe memang pelikla..hahaa..ni dia ada tempe jawa dekat sini..





Mihun


Masakan Ala Barat dan Arab
Kalau haritu korang malas makan nasi, ada je menu western ni. Ada Spageti dan macaroni. Yela kadang tekak bosan dengan nasi, jadi makan simple la macam ni. Nak pergi makan spageti dekat luar mahal yang amat..jadi berbaloi pergi Restoran Istana Bambu ni je. Nad pulak memang suka makan spageti. Yang penting kuah dia. Kuah dia sedap tapi kurang pedas..tu je.. Special makanan arab ialah roti kebab tu. Isinya daging dan sayur. Nyum...nyum...sedapp sangat..
 



Kambing Golek
Menu Istimea yang Wajib ada, semestinya Kambing Golek. Harum semerbak baun dia. Benda ni wajib ambil makan..hahhaa



Kuih Muih 
Dah makan berat.berta mesti nak kunyah kuih kan..takpun berbuka dengan kuih dahulu. Kat sini macam-macam kuih ada. Kebanyakan kuih muih di sini, semuanya yang selalu mak-mak kita buat. Nad suka kuih yang lapis-lapis tu, bila makan, amik satu-satu..hahaha








Hah!!!..nampak dah..nad tak tau nak cakap apa lagi pasal makanan dekat sini. Sebab memang semuanya sedap. Harga sangatla berpatutan dengan menu yang disediakan.
Dewasa ; RM 55.60
Kanak-kanak: RM28.35 ( umur 5 hingga 11 tahun )
Kanak-kanak umur bawah 4 tahun : percuma



Bolehla ajak kawan-kawan, keluarga korang datang sini. Restoran ni boleh memuatkan 600 tetamu pada satu masa.Persembahan dari adik-adik comel kita  semasa bulan Ramdhan nanti.

Jangan risau, dekat sini ada surau untuk sembahyang dan parkir memang luas untuk pelanggan.Sepanjang Bulan Ramadhan, Restoran Istana Bambu akan dibuka dari jam 6 petang sehingga 10 malam. Tempahan awal perlu dibuat:
Alamat Restaurant Istana Bambu
Lot 841-842, MRR2 Jalan Ampang Ulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor.
Email: info@istanabambu.com.my
Facebook : istana bambu restoran 
website: www.istanabambu.com.my
Pengurus Restaurant Istana Bambu:
Puan Aida - 012 2497 142
Bahagian Pengurusan: 03-4251 4717 / 03 42524718 / 
Bahagian Jualan: 018-3749 920


Dekat Restoran Istana Bambu, korang boleh buat Majlis Resepi Perkahwinan, jamuan Korporat, Majlis Hari jadi dan sebagainya yang dibuka sepanjang masa dengan pelbagai pakej harga menarik.






hai assalammualaikum

Lelaki Ini Nampak Ganas, Tetapi Sebenarnya Dia Seorang Yang.. - Bila namanya seorang lelaki, mesti hatinya keras, garang dan ego kuat. Muka nampak garang, jarang senyum. Jalan macam gangster, lepastu macam dia je semua betul. Kecuali lelaki yang hati lembut..huhuhu..nad cakap pasal hati keras tau...hehehe..Tapi disebalik hati yang keras, adanya rasa kasih sayang yang mendalam dan lembut apabila bersama orang tersayang.Siapa orang tersayang tu???..ermmm..agak-agak siapa la erk??


Sememangnya bila kita tengok laki yang ganas, mafia ni, macam takde perasaan..tetapi sebenarnya dia mempunyai perasaan sayang yang mendalam terhadap orang yang disayangi. Lelaki macam ni lebih prihatin dan bertanggungjawab walaupun kadangkala dia terlalu sibuk sampai lupa dengan orang tersayang. Bila dia ada masa, dia akan dapatkan apa yang orang yang disayangi tu nak...ermmm..Tak kisahla benda tu mahal asalkan beri kebaikan kepada orang yang disayangi tu. Lebih prihatin lagi kau...hahhaa..



Hah!! nak tau siapa??..Daddy Farizala...hahahhaa..Kau jangan main-main, sejak ada anak, prihatin dia lain sikit. Bila nad nak makan dekat bawah, perlu lapik dengan suratkhabar, bukan dua helai, tapi berhelai-helai..sebab apa?? Sebab tempat tu kadang-kadang baby Fariza tidur, nanti bersemut. Bila dia rasa kaki anak sejuk, siap-siap pakai stokin, baju lengan panjang, seluar panjang,..kipas tak boleh direct dekat baby Fariza..

Bab mainan Fariza, kau jangan cakapla. Bila masuk Tesco atau shoping complex, dia akan menuju ke tempat mainan kanak-kanak. Mulalah dia beli apa yang Fariza suka. Asalkan mainan tu sesuai dengan Fariza dan Fariza suka, dia akan beli. Mahal tak mahal tu belakang kira. Bila daddy Fariza keluar dengan kawan yang dah kawin, mesti dia mintak pandangan atau apa-apa sahaja tentang budak kecik. Balik dari jumpa kawan, mula bagitau nad...huhuhuhu...

Kadang dia terlalu sibuk, sampai tak layan anak, tapi bila dia ada masa, dia akan layan Fariza sampai Fariza penat..macam tu la lelaki kan. Bila ada orang yang mampu buat di atersenyum, hilang segala keganasan dia..huhuhu..tu daddy Fariza..tak taula orang lain..ok bye..
hai assalammualaikum

Susun Atur : Kemas Baju Baby Fariza - Bila datang rajinnya, mula la kemas sana sini. Bila mata tu pandang tempat tu tak berapa nak kemas, mesti cari idea nak bagi kemas. Biar nampak elok je. Bila dah kemas betul-betul kemas dan kita puas hati baru lega hati ni..hahahha...macam tu la nad. Lagi-lagi tempat baju anak kecil ni. Semua baju dia dah la kecik-kecik, jadi kena la kemas elok-elok supaya tak nampak macam berterabur.

Bila dah ada almari baju tu, lagi ligat tangan nad nak mengemas baju anak. Biar, bila buka almari tu, nak ambil baju pun senang. Bila dah satukan sepasang, takdalah susah nak capai..Cara lipatan pun kena betul, biar banyak ruang dan elok je..
hai assalammualaikum

Termometer, Benda Penting Bila Anak Demam - Selalunya, nad kalau demam, cepat-cepat pergi klinik. Yang cek doktor!!! Yang bagitau suhu pun doktor!!!.. sebab tu ditubuhkan klinik untuk orang sakit. Dan bila baby Fariza pernah demam sebelum ni, entry DI SINI, nad pun bawakla jumpa doktor untuk cek suhu dia. Bila sampai sana, doktor pesan pulak dengan nad supaya beli termometer untuk pantau suhu ank bila demam..sebab kita tak tau suhu anak berapa, takut suhu jadi tinggi, macam-macam boleh terjadi.

Lepas tu, terus nad beli temometer dekat farmasi. Nad ni tak mana satu termometer yang elok untuk digunakan. Masa tu bajet tak banyak, jadi cakap dengan penjual kat situ nak termometer untuk bayi. Dia tunjuk ada dua jenis, satu yang murah dan satu lagi yang mahal. Masa tu nad baqak duit sikit je, jadi beli yang murah dulu. Nanti ada duit lebih, nad beli yang mahal sikit demi kebaikan baby Fariza.


Ni la termometer nad beli. Termometer ni harga dalam RM15 kot..lupa la..Termometer ni jenis letak dekat ketiak, lepas tu tunggu sampai la dia berbunyi. Baru dapat bacaan suhu. Kalau budak tak duduk diam,memang sushla, tapi nasib baik Fariza behave orangnya. Senang nak baca suhu dia.


Mulanya terkial-kial juga nak pakai termometer ni..Mulanya kena tekan butang merah tu..nanti keluar dekat screen tu. Sesuai untuk cek suhu ialah pada waktu malam. Sebab suhu akan meningkat pada waktu malam. Jadi masa tu memang kena kuat bila jaga anak demam ni.


Lepas tu letak termometer tu dekat ketiak. Tunggu sampai bunyi " beep"...


Lepas tu akan dapat bacaan..Suhu normal 36.. suhu tak normal 37 ke atas. Kalau 37 tu ok lagi..tapi kalau 38 ke atas bahaya tu. Cepat-cepat bawak pergi klinik. Takut melarat. Sambil-sambil tu tuam badan baby dengan air suam...


hai assalammualaikum

Bayangkan Bila Daddy Jaga Fariza Sambil Kerja Depan Komputer - Kerja mr mafia ialah jurugambar. Sebagai jurugambar, benda penting selain kamera ialah komputer. Yela, kalau dah ambil gambar mesti nak kena edit gambar tu!!! Bila nak edit, mesti kena ada komputer. Memang lama la mr mafia depan komputer bila masa nak mengedit gambar. Kalau boleh masa mr mafia nak mengedit gambar tu, tak boleh sesiapa kacau dia. Tapi!!! Cuba bayangkan kalau nad tiba-tiba suruh dia jaga..jadi apa agaknya...jadi beginikah???






Ya ampun..kalau macam ni..masak oiii..kalau ajar mengedit gambar takpa..sebab kalau besar boleh la edit gambar..kalau ajar main game..memang mommy membebel..hahaha..

Kalau anak behave takpe..kalau jenis tak duduk diam..bahaya..lelaki yang bergelar ayah, bapa, daddy ni kalau jaga anak..memang macam-macam perangai..huhuhu


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2