TERPEGUN MELIHAT PERSEMBAHAN CAK LEMPONG

in , by Nadia Johari, 21:19:00
hai assalammualaikum

Terpegun Melihat Persembahan Cak Lempung - Persembahan Cak lempung yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar SK Shah alam. Comel-comel je tengok semua budak-budaknya. Dengan baju yang sedonodn dan mekap yang digunakan..hehee..Persembahan ni dibuat sempena Buffet Ramadhan Di Restoran Istana Bambu 2016 kali ni. Jadi takdelah korang boring senyap je kan..Sekurang-kurangnya ada jugak muzik yang didendangkan.



Melihat kepada alat-alat muzik tu, kalau nad la, mesti nad pilih untuk alat muzik gong besar tu..hhahaa..sebab mudah je..ketuk ikut rentak je..hehehe..kalau gong yang kecik-kecik ni kena hafal la mana nak kene ketuk dulu. Tersalah ketuk mesti muzik lari. Nak main alat muzik kena ada minat. Pastu baru la syok nak belajar kan..hehee..

Sebenarnya nak cerita tentang baby Fariza ni. Di pun nak sibuk main jugak..kau tengok ni..Macam nak tunjuk pandai je..




Hahahha...Dengan memek muka dia yang macam takda perasaan, dah memang boleh buat dialog dah..mommynya la ada sahaja nak dibuat..Masa Fariza dengar muzik ni, tangan dia bergoyang-goyang hah!!..hahaha..

sampai rumah pun, kalau pasang, khusyuk je dengar sambil goyang-goyang tangan..


Hah, korang kalau nak tengok persembahan adik-adik ni, bolehla beriftar di Restoran Istana Bambu..
hai assalammualaikum

Projek Amal Wakaf Telekung Siti Aishah - Semalam nad ada hadiri satu majlis amal yang diadakan di Hotel Royale Bintang. Majlis amal ni merupakan Projek Wakaf Telekung Siti Aishah yang dicetuskan oleh syarikat D'or Rue Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat pembuatan aksesori wanita milik Bumiputera. Majlis telah dilancarkan oleh YAM Permaisuri Datuk Amar Hajjah Siti Aishah Binti Dato Seri Abdul Rahman, mantan Raja Permaisuri Agong.




Projek ini dilaksanakan bukan sahaja membantu masyarakat kita untuk melakukan kebaikan dan kebajikan malah untuk membantu golongan wanita berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan. Kaum wanita yang dikategorikan sebagai miskin tegar dibekalkan dengan mesin, peralatan dan bahan mentah untuk menghasilkan produk seperti aksesori wanita dan produk jahitan. Golongan ini dilatih melalui satu program yang dinamakan program Azam Kerja.

Sehubungan dengan itu, bagi memajukan usaha mereka serta mengembangkan program ini ke tahap yang lebih baik bagi membantu golongan ini, terciptalah idea untuk membuat Projek Amal Wakaf Telekung Siti Aishah ni dengan melantik beberapa wanita sebagai vendor bagi menjahit telekung dan tudung yang ditempah oleh syarikat. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan ekonomi keluarga serta menjana ekonomi untuk negara dan seterusnya mengurangkan sikap hanya bergantung kepada bantuan kerajaan.




Pihak syarikat menamakan dengan jenama Siti Aishah setelah mendapat perkenan YAM Permaisuri Datuk Amar Hajjah Siti Aishah Binti Dato Seri Abdul Rahman, mantan Raja Permaisuri Agong yang juga turut berkenan menjadi penaung. Program ini sangat mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak, agensi kerajaan, swasta, persatuan, pertubuhan, GLC dan orang perseorangan yang mahu menanam saham akhirat melalui projek.



Pengarah Urusannya, Hanizah Zainuddin berkata"Saya percaya ramai dalam kalangan kita yang mahu menyumbang demi kelangsungan ekonomi golongan yang memerlukan. Justeru kami menyediakan jalan ini kerana setiap sen yang disumbangkan sangat besar ertinya.



Pakej Wakaf Telekung Siti Aishah akan dihantar ke Rumah Anak-anak Yatim, Sekolah Tahfiz, Rumah Orang Tua-Tua, Masjid, Surau, R&R, Stesen Minyak di seluruh Negara Termasuk Sabah dan Sarawak bergantung kepada permintaan orang ingin mewakaf. Lokasi dan sumbangan juga boleh dilakukan mengikut permintaan si penyumbang.

Pakej Wakaf telekung dengan kadar harga:
Dewasa : RM35.00 sehelai  
Kanak-kanak ; RM30.00 sehelai 
Untuk menyertai wakaf telekung tersebut , sila hubungi 
Waktu pejabat : 03- 61841662/667 atau
Mohd Zaharuddin : 019-6821965 
Wan Farah: 013-3358570 
Norlida : 013-2250751  dan 
Rozita : 013-3061175 
Boleh juga datang ke alamat :
D’or Rue Sdn Bhd, 23, Kompleks Kilang SME Bank, 
Jalan SBC6, Taman Sri Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor.
Wakaf boleh dibuat melalui tunai, bayaran cek dan online di nombor akaun Maybank 562151000859. Sila emaill slip bayaran pengesahan ke dorrue@gmail.com. Simpan resit untuk tujuan pengecualian cukai pendapatan.

SAMBAL HITAM PAHANG SEDAP

in , by Nadia Johari, 00:26:00
hai assalammualaikum

Sambal Hitam Pahang - Nad selalu makan sambal belacan je, jadi bila orang cakap pasal sambal lain, mulalah macam jakun sikit sebab tak pernah makan dan jumpa..hahaa..Nad tau pasal Sambal Hitam Pahang ni pun masa belajar dekat UUM. Biasalah, masa study bercampur dengan semua bangsa. Jadi masa tu la kau tau apa makanan tempatan masing-masing. Dan sejak tu baru kau nak rasa dan cuba makanan tu. Contohnya macam budu. Tak pernah sentuh dan makan, tiba-tiba kawan ajar makan, terus nad jadi ketagih..hahhaa..dasyat tak dasyat la..Sama jugak tempoyak..fuhh..


Samalah macam Sambal Hitam Pahang ni. Kawan dari Kuala Lipis Pahang yang kenalkan. Cara masak dia bukan mudah ooo!!!..Payah memang payah, kalau kau tak reti. Habis hangus dibuatnya sambal tu..hahhaa..Baru-baru ni, kawan Johor cuba nak buat Sambal Hitam Pahang ni,, habis hancur kuali dia..hahaha..sampai gas habis..hahahha. Gara-gara rebus belimbing..hehehe...Biasalah mintak tunjuk ajar kawan dari whatsup group..gitulahh..

Ni kawan UUM ada bagi resepi Sambal Hitam
1) 1 mangkuk bilis
2) 1 1/2 mangkuk bawang
3) 1/2 mangkukbelimbing rebus (rebus dahulu ye. Rebus tak perlu air banyak. Kawan cek yang pesan)
4) 1/2 mangkuk cili ( belimbing dan cili bergantung. Kalau nak pedas dan masam tambahla cili dan belimbing. Kalau boleh belimbing lebihkan sikit dari cili.
5) Garam


Tapi kalau memang tak reti baik beli je..hahaa..Tapi kawan nad tu jenis, kalau nak buat, memang dia akan buat..bagus dia tu..Jadi nad pun teringin nak makan..Nak beli dengan kak Sue Izza.. Katanya Sambal Hitam dari Pahang punya..asli ler..Malam tu memang malas masak. Goreng ikan je. Makan dengan nasi campur Sambal Hitam ni..aummm..sedapp...Ada lagi dekat rumah ni. Nad beli RM18 je.huhuhu..

Lepas ni nak cuba apa pulak ye..ermmm..
hai assalammualaikum

Peluang Untuk Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma - Kalau kita tengok sekarang, ramai untuk memilih mempunyai perniagaan sendiri dan bekerja sendiri. Sebab boleh nampak kepuasannya, bila kita melihat produk yang kita jual tu laris dengan pendapatan yang mengagumkan. Nad pun teringin nak jadi ahli usahawan yang berjaya, lagi best kalau ada produk sendiri. Nad sendiri amik kos keusahawanan semasa belajar dahulu. Tak dinafikan, nak jadi seorang usahawan bukan mudah, kena ada ilmu dari segi pembuatan, pemasaran, pembungkusan, strategik..

Selain itu, kena kuat dari segi fizikal dan mental. Tapi..bila difikirkan balik semua tu memerlukan duit. Sebut duit je, mesti muka akan mencuka..huhuhu.. Hah!! jangan risau..ni nad nak bagitau berita gembira sangat-sangat..Nad ada dapat maklumat mengatakan ada satu pihak NGO ingin menaja sepenuhnya kepada mereka yang berminat ingin menjadi pengasas produk. Nak tau siapa??..hah ni peluang untuk mereka yang betul-betul berminat untuk menceburi bidang usahawan ni. Sesuai untuk mereka yang
1) Mereka yang baru habis belajar ( graduan baru )
2) Mereka yang sedang memburu kerja
3) Mereka yang ingin menjadi pengasas produk
4) Mereka yang ingin belajar tentang pengurusan kewangan
5) Mereka yang ingin belajar mengenai pemasaran online/offline

Peluang Untuk Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma


Hah!!, ni la pihak NGO yang berbesar hati untuk menaja korang tu. Pihak MVM (Muslim Volunteer Malaysia) sebuah badan NGO dengan kerjasama MOHA GROUP berbesar hati mengadakan bengkel untuk memulakan bisnes sendiri iaitu MVM Apprentice. #MVMAPPRENTICE merupakan program amal keusahawanan dengan kerjasama MOHA GROUP bagi memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda. Apprentice yang berjaya berpeluang untuk mengeluarkan produk mereka sendiri secara PERCUMA melalui bantuan dana dari MOHA GROUP SDN BHD

Ini peluang buat anda yang berminat untuk belajar mengenai bisnes, anda boleh hadirkan diri ke "Preview MVM Apprentice yang seterusnya pada 29 Mei ini. Khas buat anda yang masih mencari kerja. Tiba masa untuk anak muda mempunyai kerjaya, bijak mengurus kewangan dan menjadi pengasas produk.

Tiga Panel Jemputan MVM Apprentice


Panel-panel yang dijemput untuk berkongsi ilmu dan tips untuk menjadi usahawan yang berjaya..

YAYA MOHAMAD

Yaya Mohamad merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat MOHA Group Sdn. Bhd dan dua syarikat lain iaitu MOHA Trading Sdn. Bhd serta MOHA Biotech Sdn. Bhd. Beliau merupakan usahawan kosmetik yang berjaya dalam usia muda. Usia muda dan kepayahan hidup sebelum ini tidak menghalang beliau untuk terus maju dalam bidang keusahawanan kosmetik. Mempunyai pelbagai produk kecantikan yang hangat dipasaran dan dikenali di serata Malaysia serta dikagumi oleh usahawan yang lain.

SHIDA MOHAMAD

Shida Mohamad merupakan Pengurus Besar Jamutera Trading Sdn. Bhd. serta pengasas kepada 5 produk kecantikan dan kesihatan khas untuk pasaran online bermula pada awal tahun 2014.

YA MUHAMMAD

Ya Muhammad merupakan seorang usahawan muda dan Presiden kepada Pertubuhan Sukarelawan Muslim  Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia Association). Beliau juga aktif memberikan latihan berkaitan pemasaran Online kepada Usahawanan Muda.


Syarat Program
- Anda mestilah berusia 21 – 28 tahun
- Bagi anda yang berminat untuk sertai “Preview MVM Apprentice 2.0” pihak MVM telah melonggarkan  beberapa syarat untuk anda,
SEBELUM SELEPAS
Minimum CGPA 3.0 Minimum CGPA 2.5
21-25 TAHUN 21-28 TAHUN

MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh: 29 Mei 2016
Hari: Isnin
Masa: 9 pagi –3 petang
Tempat: EZAZ Wealth Management & Consultancy
Alamat: No 13 B, Tingkat 2, Pusat Perdagangan Suri Puteri, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 40300, Shah Alam, Selangor.
Penganjur: Muslim Volunteer Malaysia (MVM) Penaja Program: MOHA GROUP SDN BHD
Peserta: Terhad kepada 100 orang sahaja!
Pendaftaran: 019 – 387 4397 Atiqah

Cara Mendaftar

Whatsup : Daftar SEKARANG >> Dengan whatsApp nama penuh anda ke no 019 – 387 4397 – Atiqah, dan beritahu yang "saya berminat untuk hadir ke "Preview MVM Apprentice pada 29 Mei ini"
Facebook : Anda juga boleh klik "interested" / "going"di event kami di FB " Preview MVM Apprentice 2.0
Website ; Maklumat lanjut di website https://mvm.org.my/preview-mvm-apprentice-2-0/645
Mohon juga bantu untuk hebahkan kepada kawan-kawan anda, terutamanya kawan anda yang masih mencari peluang pekerjaan / yang berminat untuk menjadi usahawan.
hai assalammualaikum

Bagi Baby Makan telur Tengok Alergi Ke Tidak - Harini macam biasa baby Fariza checkup dan cucuk untuk usia 6 bulan. Walaupun harini dia dah masuk 7 bulan, disebabkan lewat cucuk usia 5 bulan disebabkan demam, jadi tarikh dianjakkan. Takpela, tak kisah, yang penting cucuk tu dah mengikut usia dan jadual yang dah diberi. Kalau boleh taknak terlepas cucuk sebab untuk kebaikan anak.


Macam biasa masa check up, nurse cakap " Dah bagi makan anak?? baby dah meniarap?? Baby dah pandai pegang benda??"..semua nad jawab "dah..makan bagi yang puree..tu"..Nurse pun cadang bagi nasi dengan kurma. Memang nad nak buat, tapi tu la nak mencari kurma nanti..huhu..Sebab baby Fariza suka benda yang manis-masis ni. Sebab tengok dia makan pisang, suka sangat. Bukan setakat pisang, epal, pair..gitu anak dara sorang ni. Dah nad masa mengandung kuat makan, sampai kat dia, semua nak makan..hahaha..

Suntikan MMR


Lepas tu nurse cakap " Nanti bagi makan telur ye"..Nad terkejutla "hah telur "..Nurse pun cakap "..ahak, telur..nak tengok dia alergic ke tak"..Nad pun terpinga-pingala, pastu cakap " Bagi macam mana, lenyek atau seketul tu". Nurse cakap rebus pastu bagi je".. apa motif untuk makan telur, tengok dia alergic ke apa?? Untuk apa sebenarnya..Bila nad dengar nurse cakap sebab nak tengok alergic ke tak..oo nad pun fikir tu jela. Pastu nad ada pos gambar Fariza dan cakap pasal telur, dan Kak syafiera pun ada cakap pasal suntikan MMR tu dekat komen instagram. Nad pun pelik..apa kene mengena dengan suntikan MMR tu??..

Rupanya bila nad google, suntikan MMR akan diberi sebelum usia baby 1 tahun..Suntikan tu mengandungi telur dan mungkin akan memudaratkan bayi yang ada alahan dengan telur. Sebab tu kena bagi makan dulu, tengok dia alergic ke tak. Sekiranya selepas diberi telur kuning dan baby tidak menunjukkan sebarang tanda alahan, maka boleh dianggap baby tersebut bersedia untuk menerima suntikan MMR setelah mencapai usia setahun kelak. Kalau ada alahan seperti ruam, gatal, bintik merah dan sebagainya tak perlu ke amik MMR ni??

Alamak..dah anak demam pun risau..apatah lagi kalau ada alahan..ermm..ermm..tapi nad dengan mr mafia jenis bedal je semua makanan..harap baby Fariza pun bedal je la kan..hahaha..Tadi kak syafiera ada komen lagi, ada budak yang alergic pun tapi disuntik jugak dengan MMR sampai ada disebabkan perkara yang teruk..lorr..dah tu apa motifnya dia nak tau alergic ke tak..ermmm..Macam ni la dah jadi mak-mak ni..risau memanjang dekat anak..kalau boleh nak anak sihat je selalu...

Ni kongsi artikel pasal MMR  http://www.doktorbudak.com/2013/09/15/adakah-vaksin-mmr-selamat/

Perlu Test Juga

Ya nad kena buat juga dekat baby Fariza. kalau boleh taknak la baby Fariza sakit apa-apa..Cara bagi anak makan telur..untuk rujukan nad juga...
Minggu Ke-1: 1 sudu besar kuning telur 1 kali seminggu
Minggu Ke-2: 1 sudu besar kuning telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-3: 1 biji telur kuning sahaja
Minggu Ke-4: 1 biji kuning telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-5: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 1 kali seminggu
Minggu Ke-6: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-7: 1 biji penuh telur
Minggu Ke-8: 1 biji penuh telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-9 dan seterusnya dah boleh bagi baby makan sebiji telur penuh tapi tak lebih daripada 3 kali seminggu

Macam abang ben cakap, berjaga-jaga dengan cucuk setahun ke dua tahun..takut anak kene eczema..ermm..dengar je dah gerun..Sebagai mommy kenalah sentaisa bersedia..mereka tanggungjawab kita. Ce korang kongsi masa kene cucuk tu..ok tak anak korang..kepada mommy-mommy sekalian..??

hai assalammualaikum

Izeara Xtravaganza Produk Kurus Tak Panas Dikatakan Bella - Hah!! Ingat lagi tak kes yang menjadi bahan dan viral rakyat Malaysia, dimana ada seorang gadis bernama Bella yang membuat laporan polis disebabkan dia tidak berpuas hati dengan serum kurus yang digunakan. Di mana, dikatakan produk tu tak panas sehingga menghina produk melayu. Part tu yang orang ramai ngamukkan, semata-mata tak panas, Bella buat report polis...haahhaa..lawak kan..


Bella fikir, semua produk pelangsing mesti panas. Pastu baru ada kesan buang lemak. Nad rasa baik bakar je lemak dia tu dekat atas api..huhuhu..Nak rasa panas sangat kan..Pulak tu, dia baru pakai produk pelangsing tu sekali je..memangla tak berkesan..Bertabahla Bella, meh nad nak bagitau, bahawasanya produk pelangsing ni mengambil masa beberapa hari. Jadi bersabarla bila nak kurus ye!!..

Lagi satu, Nad rasa, kalau produk tu tak panas lagi bagus. Sebab dekat Malaysia ni cuaca memang dah panas, lepas tu nak pakai produk yang panas, memang haru hidup oii!!!..Kan best kau pakai produk yang tak rasa apa-apa...tengok-tengok dah kurus..kann!!!..


Bila dah viral, dan menjadi bahan rakyat Malaysia, barulah Bella rasa bersalah dan meminta maaf kepada kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada owner produk serum kurus Izeara Xtravaganza. Tindakan Bella ni bagus, sebab akhirnya dia mengaku kesalahan dia dan sanggup meminta maaf. Jadi pengajarannya, jangan cepat melatah kalau tak puas hati dengan sesuatu produk. Lebih baik ambil tahu dengan si peniaga kan..


Nad tengok produk Izeara Xtravaganza ni ramai kawan-kawan nad yang dapat. Tengok feedback dekat google semua ok je. Rupanya ada artis yang pakai produk Izeara Xtravaganza ni iaitu Nana. Ala..pelakon "Dia Semanis Honey "..juara GegarVaganza tu. Patutla dia makin cun dan slim kan..Dia sendiri cakap produk ni satu kelebihan sebab tak panas, tak melekit dan tak berminyak..memnag best sangat laa...

Bila tengok dekat Instagram Izeara Xtravaganza, ramai pengguna yang berpuas hati. Produk ni siap ada mention bahawa pelanggan akan merasai seperti rawatan perlangsingan bernilai ribuan ringgit selepas menggunakan serum kurus Izeara Xtravaganza ni. Tengok sahaja testimoni-testimoni ni..






Banyak kelebihan-kelebihan serum kurus Izeara Xtravaganza ni..Antaranya;


1) Merupakan serum kurus yang PERTAMA di pasaran yang tidak panas, tidak melekit 100% dan pastinya harga serum ini MAMPU MILIK!

2) Serum kurus pertama di Asia yang ada Cafeisilane C..Ini adalah bahan yang paling pantas mencairkan lemak di bawah kulit..

3) Melawaskan permbuangan air besar selepas 1 jam menggunakan Serum Izeara Extravaganza ni..

4) Hilang stretchmark lama dan baru melahirkan sekiranya korang menggunakan secara konsisten selama 7 hari

5) Lemak lemak tepu dan degil akan disingkirkan dengan cepat!

Nasib baik owner Izeara Xtravaganza ni tak melatah macam Bella..Tenang je menjawab isu yang Bellah bangkitkan..

Hah!!..Korang yang nak nampak ramping, cepat-cepatla order serum kurus Izeara Xtravaganza ni. Memang berkesan bebeh..Harga promosi RM109 je untuk pembaca blog nad..hehehe..Sila bagitau anda pembaca blog Nadia Johari..sure dapat harga promosi tu..cepat-cepatla grab ye..

Nak tau lebih lanjut boleh layari
Instagram: @izearaxtravaganza 
Facebook: www.facebook.com/IzearaXtravaganzaHQ
Tempahan : 013-777 3617

SAYANGKU KAPTEN MUKRIZ SLOT AKASIA TV3

in , , by Nadia Johari, 01:15:00
hai assalammualaikum

Sayangku Kapten Mukriz Slot Akasia TV3 - Hah!! cerita Duda Terlajak Laris dah habis, nah ni la cerita terbaru bakal ditayangkan di TV3. Memang setiap petang akan ada cerita melayu ni. Lagi satu Cerita diadaptasi daripada novel jugak. Tapi kali ini drama adaptasi novel Anugerah Terindah karya Sophilea. Tajuk novel lain,tajuk cerita lain..


Drama yang diberi tajuk Sayangku Kapten Mukhriz itu bakal menampilkan gandingan baru Raja Afiq dan Niena Baharun sebagai pelakon utama. Diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dibawah terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini seperti Ikhlas Jalil, Fezrul Khan, Alif Aziz, Neera Azizi dan ramai lagi. Nantikan tayangannya di TV3. Nampaknya sekarang banyak pelakon baru kan..

Sinopsis Sayangku Kapten Mukhriz

 
Berpangkat kapten bergelar ustaz. Siapa yang tak nak kan. Gediknya Ariana (Arin) hanya untuk Ustaz Mukhriz. Bukan tak tahu malu. Perasaan malu sanggup ditolak ke tepi. Janji ustaz sedar kewujudan dia. Abang Izuddin sampai tebal muka tengok adiknya tergilakan kawan baik. Nak cakap segan, tak cakap kesian kat si adik. Disampaikan juga hasrat si adik yang sengal. SMS sudah, hantar bunga selang sehari, kuih lapis dan segala jenis makanan dah disua pada ustaz, surat cinta siap berpantun pun dah dihantar, tapi susahnya nak dapatkan hati ustaz.

Si abang jual mahal sangat ye. Tak per, Arin ada jalan nak berbaik dengan adik beradik Ustaz. Kebetulan Sakinah yang demam denggi dirawat di hospital tempat Arin bekerja akhirnya dijadikan kawan. Kebetulan lagi Arin yang bercuti di Perlis, bertembung dengan adik kedua Ustaz, itupun dibuatnya kawan. Sayangnya orang tak perasan kalau2 ada peranan besar adik Ustaz dalam menyatukan mereka.

Usaha tangga kejayaan. Sampai akhirnya Ustaz Mukhriz tak dapat lagi nak elak, dicabarnya Arin yang masuk meminang kalau betul bersungguh. Kecoh pula keluarga Arin dengan permintaan anak yang dah langgar adat. Dipihak Mukhriz pun dah rasa semacam sampai lah ibu Mukhriz mengambil keputusan untuk masuk meminang Arin. Dulu nak masuk meminang si Husna gadis sekampung tu tak nak, tup tup anak dara orang pula nak pinang Mukhriz. Pening ibu dibuatnya. Tapi sapa tak suka, calon menantu Doktor, cantik pulak tu.

Kesian juga kat Arin, dia bukan calon isteri idaman Mukhriz. Rupanya Mukhriz pernah menyimpan perasaan pada seorang gadis Indonesia yang berniqab tetapi cinta tak kesampaian disebabkan tiba-tiba Rabiatul Adawiyah menghilang diri tanpa khabar berita. 10 tahun terpisah pun Mukhriz masih boleh terperasan Adawiyah yang hanya nampak mata. Kecik hati Arin, dia yang dok sebelah Mukhriz 9 tahun lalu dalam kereta api Sinaran Utara langsung Mukhriz tak ingat walhal siap bertukar novel. ( kat sini point yang bagus). Kelemahan Ustaz yang menunjukkan dia juga manusia biasa, dia takut dengan komitmen sedangkan dia selalu jadi kaunselor untuk pasangan yang bermasalah dalam rumahtangga. Dalam bab buat keputusan, boleh saja buat istikharah, tapi ditangguh-tangguh. Pastu nampak macam tak yakin dan tak redha kahwin dengan Arin.

Lepas kahwin gedik Arin makin menjadi tapi malu-malu kucing. Ustaz pula tunjuk taring sampai tersipu malu pulak si isteri. Mereka telus, tiada rahsia yang disembunyikan. Bahagia walaupun Ustaz tak pernah lafazkan cinta. Cerita Zakuan abang sepupu yang ada hati pd Arin tu seperti kudis sahaja. Tak tahu pulak lepas tu jadi kudis buta. Pada Cik Pah, Zakuan tiba2 jadi meroyan sebab tak dpt kahwin dengan Arin sampai sanggup cederakan Arin tu tak ada pun tak apa, sbbnya penulis jadikan Amrina adik Arin sebagai pengganti di akhir cerita. Cepat sungguh berubah hati dan rasa bersalah padahal ada kes culik, cedera dan langgar lari. Macam tak ada pun tak apa. Kalau nak adakan juga, buat watak Zakuan sebaik Adawiyah, biar Ustaz Mukhriz makan hati dan pembaca pun ada pilihan. Eceh sesuka hati nak tukar cerita ;)

Konflik sebenar yang menjadikan cerita ini menarik tapi masih boleh dipertikaian adalah seorang banduan (Awina) minta Ustaz peristerikan dia selepas bebas dari penjara atas kesalahan membunuh bekas suami tanpa niat kerana cuba selamatkan diri. Dia bilang lepas dia keluar penjara tak ada orang nak bimbing dia lagi dan nasib anak perempuan dia tak terbela. Hellooo, sesenang jek ek minta suami Arin kahwin dgn alasan tu. Sanggup pula bermadu. Atas satu insiden, si Arin ni tetiba lembut hati izinkan ustaz yang susah di tackle tu kahwin dengan si Awina yang nak derma buah pinggang secara bersyarat kat ustaz yang koma akibat kemalangan. Mmg buat orang lagi bengang dengan tambahan drama Arin lari bawa diri ke Indonesia masa ustaz selamat dibedah. Tang derma buah pinggang bersyarat tu dah ok sangat tapi tang lari bawa diri tu yang buat orang cemuih. Emm korang baca la sendiri.

Ok kita tengok best ke tidak cerita ni..standby setiap Isnin-Khamis jam 7 petang di TV3..
hai assalammualaikum

Duda Terlajak Laris Akhir : Akhirnya Inas Menerima Zack - Nad ni bukan layan sangat cerita ni..skip, skip jugakla..Mula tengok awal, pastu terlepas part dia diceraikan..pastu tengok balik time berJumpa dengan anis, lepas tu terjumpa inas balik yang dah cantik..sekarang tengok penutupnya..hahaha..Tapi taula jalan ceritanya sikit-sikit walaupun skip.


Selepas 8 tahun berlalu, ibu Zack mahukan Zack berkahwin semula dan memiliki keluarga sendiri. Setelah beberapa kali Zack putus tunang, ibu Zack mulai putus asa. Kakak Zack cuba memperkenalkan Idayu. Idayu telah lama menyukai Zack. Zack sekadar merelakan dirinya ditunangkan dengan Idayu.

Selapas itu muncul pula Anis Nabihah. Melihatkan Anis, Zack teringatkan Pehah. Zack mula merapati Anis namun tindakannya itu membuatkan Idayu cemburu. Ketika membawa rasa kecewa, Idayu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan telah meninggal dunia.

Suatu hari Zack sakit gigi dan telah pergi mendapat rawatan di sebuah klinik pergigian. Di situ dia telah bertemu dengan seorang doktor gigi bernama Inas. Doktor gigi itu berpurdah. Zack merasakan ada sesuatu yang pelik pada diri Inas. Dan dalam masa yang sama dia turut menyukai Inas.


Inas tu la Pehah..Pehah yang telah bertukar cantik..huhuhu..Cantik sampai Zack tak cam. Bila dah tau itu Pehah, mula datang suka sangat..Cubalah bayangkan kau dah lama tak jumpa, dan perempuan tu lawa giler, kemas, cantik..mesti memang tak cam erk..hahahaa..kalau nad..ermm..ermm..jap fikir jap..hahahhaa..Lepas tu memaksa-memaksa suruh suka Zack balik..huhuhu..kalau nad memang tak layan dah..hahaha..




Masa perkahwinan Zack dengan Anis, tup-tup Zack tak boleh nak lafaz..Berlaku sedikit emosi..Akhirnya Inas menerima Zack..gituu..Yela, kadang kena bagi peluang kedua..Masing-masing dah matang kan. Jadi perangai pun dah berubah. Ikut la..kalau nad mungkin lupakan orang tu..hahaha..Tak kisahla jadi abang ipar pun atau adik ipar..biar berjumpa selalu..hati kalau tak suka..lantak kau la nak buat apa..huhuhu...


Dan akhirnya si Anis berkahwin dengan Aeril Zafri dan bahagia..hahahhaa



hai assalammualaikum

Diy Wardrobe 8 Cube Nampak Cantik, Kukuh Dan Kemas - Haritu memang dah beli almari laci pakaian Fariza. Tapi tak sangka banyak lagi barang dia yang tak boleh muat. Jadi nad survey la almari yang murah. Biasalah duit belum masyuk..Ada kawan syorkan beli diy wardrobe kartun-kartun ni. Tapi masa tu taknak beli, sebab takut tak kukuh. Dulu pernah beli almari yang jenis kain tu, sekali habis runtuh bila letak baju..hahhaa..tu yang was-was tu nak beli Diy Wardrobe ni. Tapi lama-lama fikir, baju baby Fariza dah makin banyak dan ada baju yang perlu digantung. Nak taknak kena beli jugakla almari murah.


Bila ditengok balik gambar Diy Wardrobe ni,macam kukuh. Almari ni jenis tak lembik dan berbentuk segiempat. Bestnya banyak ruang untuk simpan barang dan ada tempat pengantung baju. Pulak tu ada macam-macam jenis cube. Ada yang besar ada yang sikit. Jadi, okla tu kot. Nad pun bukan nak guna banyak sangat tempat untuk barang Fariza. Lagi satu, ada pilihan yang nak plain atau bercorak kartun. Nad tak suka jenis berkartun sebab biar almari ni tak nampak macam untuk kanak-kanak...hahaa.. Tengok jenis plain tu lawa, nampak macam almari exclusive kan. Kalau diletak dekat ruang tamu mesti tak nampak macam almari pakaian.  Jadi beli jugakla Diy Wardrobe Plain Hitam ni dengan harga RM105 untuk 8 cube, termasuk sekali postage..amacam murah kan.

Jadi nad order dekat Cube Wardrobe Murah. Order je, dalam dua hari dah sampai. Bila sampai, terus excited nak pasang. Nad pasang sendiri ok!!!.hahaa..gigih tak gigih la..Ingat mudah nak pasang..main masuk je, sekali punya susah daaa..Bila salah kene buka balik. Tapi nad pasang amik masa sehari. Berapa jam tu tak ingat..hhahaha..



Ni la barang-barang yang disediakan..ada penukul untuk ketuk-ketuk dia, tapi Fariza dah amik..dia kacau mommy dia nak buat kerja sebab dia pun nak mengetuk juga..Ada kertas tu tunjuk macam mana nak pasang. Tapi tengok pun kadang konfius jugak..biasalah orang jarang bertukang..macam ni la..Masa ni mr mafia ada kerja dia, jadi tak dapat tolong. Nad pulak dah tak sabar nak pasang..ahaha

Ni nad tunjuk cara pasang..




Pastu nad pun buat..hah!!..gitu...



Magnet ni untuk pintu punya..



Dan tadaaa..dah siap...Oh kalau korang perasa, ada satu cube atas tu takda..sebab terkurang satu kadbod..TAPI jangan risau, korang whatsup atau pm Cube Wardrobe Murah tu, cakap terkurang satu. Nanti dia akan post apa yang terkurang tanpa bayaran apa-apa ok..huhuhu..Nad masa ni terkurang satu kadbod dan 4 magnet pintu.


Ni barang-barang yang telah disumbat. Nampaknya bukan barang Fariza je, topi daddy dengan kasut mommy pun ada..hahahha..


Hah!!..macam mana..kemas, kukuh pun ye, cantik pun cantik..lagi satu mesti murah..

LAGU HANG PI MANA PUN BOLEH POPULAR ERK!!!

in , , by Nadia Johari, 22:12:00
hai assalammualaikum

Lagu Hang Pi Mana Boleh Popular!!! - Nad ni kalau dengar tajuk lagu yang ntah apa-apa memang tak layan lagu tu. Yela, kalau dulu tajuk lagu bermakna dengan isi lagu..sekarang tajuk lagu, dengan lirik lagu, pelik sangat...hahaha..Kalau dulu lagu feling-feling gitu..sekarang lagu..ermm..Macam salah satu lagu ni, tajuk Hang Pi Mana!!!...Masa tu dalam kereta, mr mafia cakapla " tajuk ni pun boleh jadi lagu na...macam tu abang nak buat tajuk lagu Hang Buat Apa?? "...boleh...haahaha.. Nad layankan jela..Lepas tu suatu hari mr mafia cakap, yang nyanyi lagu ni orang dulu-dulu. Suara dia memang sedap..fuhh..gituu..

Pertama kali dengar memang bosan..lama-lama dengar, nad pun dah terbiasa..hahaha..sebab tajuk tu tak boleh blah..sampai nyanyi masa nak siapkan Fariza..hahaha..Sebab dia punya rentak yang boleh goyang kaki dan kepala gitu..hahaha..Tengok lirik, lagu tentang isu masyarakat pasal kerja. Okla tu, walaupun tajuk ntah apa-apa, tapi ada maksud tersirat..hehehe..ok layan dengan baby Fariza sat..cek pun dah nak cakap utara na...




 Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana

Pagi pagi buta
Mak dan ayah dah tanya
Aku nak kemana

Berseluar yankee
Baju bunga bunga
Duduk atas tangga

Ai malu nak kata
Takkan ku nak auta
Mak ayah tercinta

Cek nak pi kerja
Insyaallah
Bukan nak pi mana

Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana

Pergi sekolah
Bukan cikgu di sana
Baju bunga bunga
Bukan tukang kebun juga

Mak ayah tanya
Cek pi buat kerja apa
Malu nak kata
Nanti apa tau juga

Anak anak mak ayah bukan tanya tanya saja
Depa tanya p mana bukan mintak duit kita
Malu apa janji kerja janji tidak buat dosa
Memang cek nak habaq tunggu lepas solo gitar

Cek pi sekolah
Memang kerja di sana
Kerja duduk saja
Sambil tengok sini sana

Kerja mulia
Bukan cek buat dosa
Gaji sederhana
Kerja jadi JAGA saja

Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah

Hang pi mana
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2