hai assalammualaikum

Semua Ni Akan Ada masa Puasa nanti - Kebanyakan kita tak sabar nak sambut Bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Hah!!..masa ni benda-benda ni semua akan muncul di Bulan puasa ni. Memang dah jadi rutin harian kan setiap tahun..hehehe..Yang penting Bulan Puasa ni kali ni, banyakkan la buat amal ibadah.
hai assalammualaikum

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2016 - Ya allah, sekejap betul masa berlalu. Esok dah mula berpuasa. Terima kasih Ya Allah panjangkan usiaku untuk menyambut Bulan Ramadhan ni. Kalau Bulan Puasa ni, mesti kita nak tau waktu imsak iaitu waktu tamatnya waktu sahur dan waktu berbuka puasa. Ni nak sediakan jadual waktu-waktu tersebut. Boleh la nad refer blog nad je kalau lupa kan..hehee..

Memandangkan nad dari Kuala lumpur..jadi ni jadual dia..



Lagi satu nad amik untuk Selangor..hehhee..sebab nanti nak balik kampung kan..




Waktu lain korang boleh tengok dekat sini
Selamat Berbuasa kepada semua. Nikmati Bulan Ramdhan dengan penuh kesyukuran.
hai assalammualaikum


Ahad Besok 5 Jun Dah Boleh tengok Anak Bulan Ramadhan 2016 - Haritu nampak iklan kat tv, berkenaan melihat anak Bulan Ramadhan ni.



TARIKH DAN LOKASI MENCERAP ANAK BULAN RAMADAN

PENETAPAN AWAL PUASA 2016 Berikut adalah senarai lokasi atau tempat untuk program cerapan di seluruh negeri di Malaysia untuk melihat anak Bulan Ramadan pada 5 Jun 2016 bersamaan 29 Syaaban 1437 Hijrah

Negeri dan Lokasi 
Perlis - Kuala Sungai Baru, Simpang Empat

Kedah - Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Pemandangan Indah, Pulau Langkawi Menara Alor Setar, Alor Setar

Pulau Pinang - Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh

Perak - Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong

Kuala Lumpur - Menara Kuala Lumpur

Selangor - Bukit Melawati Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam  

Putrajaya - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Negeri Sembilan - Telok Kemang, Port Dickson

Melaka - Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara

Johor - Pontian Kecil

Pahang - Bukit Tanjong Batu, Nenasi Gunung Berincang, Cameron Highlands Bukit Pelindung, Kuantan  

Terengganu - Bukit Besar, Kuala Terengganu Bukit Geliga, Kemaman Pulau Perhentian, Besut Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu

Kelantan - Bukit Peraksi, Pasir Putih Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu

Sarawak - Tanjung Lubang, Miri Teluk Bandung, Kuching Tanjung Batu, Bintulu

Sabah - Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan

Labuan - Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan



Bila dah nampak baru boleh umumkan, tarikh bermulanya Bulan Ramadhan. Salam Ramadhan kepada Semua..

PENAT DEMI ANAK BERBALOI

in , by Nadia Johari, 01:07:00
hai assalammualaikum

Penat Demi Anak Berbaloi - Masa muda remaja, memang syokla kita enjoy sana sini, tak perlu fikir benda lain. Tidur lewat pun takde hal sebab esok pagi bangun lambat. Jaga anak buah pun jaga macam tu..bila sakit atau demam, terus bagi maknya je. Bila tengok kawan-kawan ko dah anak, mula teringin, tak terfikir pun akan penatnya jaga budak ni sebab kononnya kau dah selalu jaga anak buah. Tengok macam senang je jaga kan. Tapi, bila kau dah dapat anak, baru kau tau penatnya tak terkata.

Bila dah disahkan hamil sebulan lebih, teruja memang tak terkata la, sebab apa yang diimpikan suami isteri tercapai. Masa tu kau tengok drama, macam best je kan mengandung. Ngidam macam-macam, lepas tu lelaki jaga bukan kemain..hahaha..Tengok kakak-kakak nad, relaks je mengandung..hahaa..Part best bila perut dah memboyot, pakai baju ngandung, pastu jalan-jalan dengan perut tu..adoyaii...hahaha..Tengok memang semuanya indah, tapi bila jadi kat diri sendiri, macam ni rupanya mengandung. Sakit sana sini la, tak cukup tidur. Tapi nad beruntung lagi, alahan kurang dan takde kaki bengkak. Masa tu nad ok lagi, sebab nad rasa perut tak berat sangat pun. Boleh lagi berzumba. Cumanya time malam, memang tak cukup tidurla. Lepas kerja rumah pun tetap kena buat..hahaha..


Lepas bersalin la pengalaman paling pergh!!..pergh!!..Macam ni rupanya ada anak. Bila anak nangis, kau cuma tahu bagi susu je. Tapi kadang dia tetap menangis. Setiap malam tak cukup tidur. Lepas tu kadang nad biarkan Fariza je nangis, sebab dah penat sangat. Tapi takda biarkan lama-lama sangat, naluri ibu, kesian tengok anak..ermm..Masa tu baru paham, macam ni besar dugaan jadi ibu. Nad hampir meroyan masa berpantang tu. Patutla banyak ibu bunuh baby diaorang sebab meroyan kot. Sampai nad pun pernah terfikir macam tu, macam nak campak je anak, baling-baling dia, sebab penat dan tak larat. Masa tu orak tengah tak rasional..tapi bila tengok wajah anak, nad ucap " Masyallah, apa yang aku fikir ni..err..:( "..

Bila lama-lama, dia dah semakin besar, seronok rasanya, sebab dapat besarkan dia depan mata. Nampak setiap detik perlakuan dia berubah sedikit demi sedikit. Pengalaman menjadi seorang ibu. Alhamdulillah Allah dah bagi nad rasa semua ni. Nad memang tak terfikir nak bagi orang lain jaga anak nad, sebab nad taknak anak nad dibiarkan macam tu je. Kalau nad, selalu akan layan dia dulu. Main dengan dia. Bagi dia happy dulu. Sekarang dia dah 7 bulan, ada satu perangai dah, iaitu nak dengan mommynya je, sampai nad tak boleh nak buat kerja. Mr mafia cakap, jangan manjakan anak, biar dia nangis, kau tak tau, Fariza nangis bukan biasa-biasa, kadang dia teran sampai kuat, memang nak kita datang pujuk dia. Sampai habis nangis tersedu-sedu dia. Nad angkat dah teresak-esak dah. Kita pulak yang risau. Naluri seorang ibu memang macam tu. Kadang nak masak dah susah, tapi kena buat juga walaupun anak nangis macam tu.


Penat memang penat, sebab nad nak kemas rumah, lepas tu mandikan Fariza pulak, lepas tu kena masak. Tak habis lagi, kena bagi dia susu, lepas tu makan lagi. Kerja tu berulang-ulang sampai ke malam. Kadang taknak lama-lama depan laptop, tapi terpaksa sebab job blog banyak. Terpaksa biarkan dia main sorang-sorang. Sebab tu kadang tak lama depan laptop, tak sanggup biarkan anak main sorang-sorang. Bila tengok dia gelak, kurang penat tu..seronok je..

Walaupun kita penat, tapi berbaloi, sebab anak ni pembawa rezeki. Sejak ada anak, memang rezeki kami suami isteri ada je. Alhamdulillah..nad syukur sangat. Mr mafia cakap, jadikan anak sebagai kawan. Sebab bila dia dah besar, nanti dia dah selalu rapat dengan mommynya, semua cerita dia akan cerita dengan mommynya dulu. Jadi takdala hal simpan-simpan rahsia. Yela anak perempuan ni lain perangai sikit. Macam-macam boleh jadi dekat luar kan. Sekarang pun dah mula fikir macam mana Fariza dah besar nanti..ohoii...takut pun ada..huhuhu..


Nad enjoy setiap minit dengan dia. sebab bila dia dah besar nanti, mesti dah kurang kan hari-hari bersama..Mana kita tau..huhuhu..sedih pulak bila fikir..
hai assalammualaikum

PERADUAN MUDAH DARI SUDOCREM MALAYSIA : KRIM NAPPY SUDOCREM MEMBANTU MERAWAT MASALAH RUAM LAMPIN BAYI


Peraduan Mudah Dari Sudocrem Malaysia - Contest yang mudah hanya menjawab soalah 'A dan B' sahaja di bahagian komen, dah boleh memenangi hadiah mainan bernilai RM100 dan sebotol Sudocrem Nappy Crem berat 60g yang berharga RM18.90. Sudocrem Nappy Crem adalah produk yang membantu merawat masalah ruam lampin bayi. Hah!!..kepada mak-mak tu jangan la ketinggalan untuk mencuba, mana tau rezeki korang dapat mainan tu atau dapat Sudocrem Nappy. Nad ada baca google, produk ni sangat bagus untuk ruam dan ekzema. Nad pun kena beli satu untuk baby Fariza.

Syarat Peraduan amat mudah
- Boleh pergi ke Facebook Sudocrem Malaysia 
- Syarat dan peryertaan boleh rujuk di Terms dan Condition. untuk tau lebih lanjut pasal pertandingan.
- Hanya menjawa "A" atau "B" dalam komen kepada setiap hari kami di "Would You Rather..." contoh seperti DI SINI. Pastikan ada perkataan soalan " Would You Rather.."..lepas tu boleh jawab A atau B di bahagian komen
- Tidak perlu membeli barangan
- Pertandingan di buka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
- Peserta hanya boleh menghantar satu (1) jawatan penyertaan bagi setiap hari, tetapi boleh mengambil bahagian dalam setiap post setiap hari individu antara 9:00 pagi -05:59 petang. pemenang harian akan diumumkan sebelum 9.00 pagi dan pada 09:00 pagi soalan "Would You Rather..." yang baru akan dikeluarkan.
- Jika Pemenang Pertandingan yang dipilih tidak menuntut hadiah mereka dalam tempoh tujuh (7) hari, Pihak
DKSH Malaysia Sdn Bhd berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang dan memilih pemenan.

Nak tau lebih lanjut berkenaan Krim Nappy Sudocrem??? Meh nad bagitau...


Krim Sudocrem Membantu Merawat Masalah Untuk Ruam Lampin Baby - Sejak ada anak ni, semua nak kena amik tau. Kalau boleh taknak ada luka, gigitan yang singgah dekat tubuh baby kecil Fariza. Tapi kadang kita dah elak, pasti akan datang juga. Seluruh anggota badan anak tu penting dijaga, sebab baby ni sangat sensitifla kulit dia. Lagi-lagi bahagian tersorok bawah tu. Bahagian tempat dia pakai lampin. Pernah nad terlewat sikit tukar pampers dia, tup-tup merah dikawasan tu menyebabkan dia tak selesa. Nad pernah dengar kalau lambat tukar pampers, bayi jadi tak selesa dan menyebabkan kemerahan. Keadaan itu dipanggil ruam lampin.

Bagaimana Ruam Lampin Boleh Terjadi??



Ruam lampin adalah perkara biasa bagi bayi, terutama sekali apabila mereka antara sembilan hingga 12 bulan. Ruam lampin adalah kerengsaan kulit yang disebabkan air kencing dan najis. Jika lampin yang telah dipenuhi dengan air kencing dan najis dibiarkan dan tidak ditukar dengan segera ia akan merosakkan kulit bayi. Akibatnya bahagian ini sering lembab dan dicemari fungus, kuman dan bakteria yang membawa kepada kulit kemerah-merahan dalam keadaan gatal.Bermula dengan kemerahan sedikit di kulit dan membawa ketidakselesaan kepada bayi.

Mencegah Ruam Lampin 
Boleh mengikut langkah-langkah berikut untuk melegakan ruam lampin.
- Tukar lampin bayi anda setiap kali ia menjadi basah atau kotor atau setiap kali 2jam.
- Ia sangat penting untuk menghentikan bahan kimia dalam urin atau tinja daripada terus menyebabkan keadaan kesihatan kulit bayi anda yang halus semakin buruk.
- Biarkan lampin tidak dipakai sepanjang dan sekerap yang mungkin agar udara segar dapat sampai ke kulit bayi.
- Cuba pastikan lampin bayi anda padan dengan badan bayi dan tidak lecet atau menggeser.
- Elakkan daripad menggunakan apa-apa sabun, detergen atau mandi buih yang boleh merengsa kulit bayi anda.
- Pastikan kulit bayi anda bersih dan kering sebelum menggunakan lampin yang baru, bersih dan kering.
- Gunakan Sudocrem ruam lampin setiap kali menukar lampin untuk melegakan dan melindungi kulit.

Krim Nappy dari Sudocrem Merawat Masalah Ruam Lampin


Nad ada terbaca di goodle, ada satu produk khas untuk masalah ruam lampin ni. Krim Nappy Sudocrem asalnya dari Ireland, tapi telah ada di Malaysia. Sudocrem merupakan pilihan terbaik untuk membantu melegakan kesakitan kulit dan merawat ruam lampin

Sudocrem telah terbukti secara klinikal bahawa dapat melegakan dan Melindungi kulit bayi anda yang halus. Sudocrem bertindak dalam tiga cara yang mudah. Pertama sekali, ia mengandungi emolien yang melegakan kesakitan. Kedua, sifat penyejukannya dapat melegakan kesakitan dan kerengsaan. Akhir sekali, asasnya yang tahan air membentuk rintangan sebagai perlindungan, membantu mencegah perengsa (urin dan tinja) daripada bersentuhan dengan kulit.

Sudocrem juga boleh digunakan untuk melegakan dan melindungi:
- ruam lampin

- luka
- lecet
- kelecuran ringan
- kudis tekanan
- akne
- ekzema

Bagaimana untuk digunakan?

Sudocrem boleh disapukan, pada setiap kali lampin ditukar, untuk mebantu melagakan ruam lampin dan melindungi kulit bayi anda.

Langkah 1: Pastikan bahagian punggung bayi anda bersih dan kering.

Langkah 2: Dengan tangan yang bersih dan kering, letakkan sedikit Sudocrem di atas hujung jari anda. Ingat bahawa sedikit sudah cukup untuk banyak membantu.
Langkah 3: Urutkan Sudocrem dengan perlahan ke dalam kulit dengan menggunakan pergerakan yang ringan dan membulat. (Elakkan daripada menggosok, terutamanya apabila kulit kelihatan sakit.)
Langkah 4: Anda hendaklah menghasilkan selaput yang nipis dan lut cahaya pada permukaan kulit. Jika krim putih masih lagi kelihatan, anda mungkin telah meletakkannya dengan terlalu banyak. (Jika ini berlaku, tiada apa-apa yang akan terjadi ke atas bayi anda, cuma ingat agar letakkan jumlah yang lebih sedikit lain kali.)
Langkah 5: Ulangi sapuan ke atas bahagian punggung bayi anda sekerap yang diperlukan


Dengan harga RM24.90 setiap tab 120g dan RM15.90 setiap tab 60g, Sudocrem boleh didapati di Guardian, Caring, farmasi. Untuk maklumat lanjut boleh layari
website : https://sudocrem.co.uk /
facebook: Sudocrem Malaysia
hai assalammmualaikum

Fariza Bersama Mantan Permaisuri Agong YAM Permaisuri Datuk Amar Hajjah Siti Aishah - Pertama kali nad berjumpa dengan Mantan Permaisuri Agong YAM Permaisuri Siti Aishah ni secara berdepan. Kalau dulu mampu tengok dalam televisyen sahaja. Bila dapat lihat depan mata, wah!! rasa teruja. Melihat perilaku Permaisuri Siti Aishah seorang yang peramah sekali. Nad dapat jumpa ni pun di sebuah majlis projek amal yang dipersetujui Permaisrui Siti Aishah sendiri yang turut juga menjadi penaung. Majlis tersebut ialah Majlis Projek Amal Wakaf Telekung Siti Aishah.



Selepas habis majlis, semestinya nak bergambar itu mesti sebagai kenangan. Masa tu pulak bawak baby Fariza. Jadi teramat segan silulah hati ni nak bercakap dengan Permaisuri Siti Aishah untuk bergambar. Melihat perwatakannya macam seorang yang tegas, tetapi bila dah mendekatinya, beliau seorang yang peramah dan mudah tersenyum. Nyata aura baginda masih mampu memukau sesiapa yang memandangnya. Tingkah lakunya masih sopan seperti seorang permaisuri. Tutur katanya halus sekali.



Lagi satu, Permaisuri Siti Aishah amat sukakan budak-budak. Lagi nak didukungnya Fariza dan didudukkan dipangkuannya. Nad pula yang malu. Baby Fariza pulak, diam je dipangkuan Permaisuri Siti Aishah. Alahai anak..



Sesiapa nak buat amal kebajikan untuk projek amal wakaf telekung Siti Aishah ni bolehla baca detail di bawah. Pakej Wakaf Telekung Siti Aishah akan dihantar ke Rumah Anak-anak Yatim, Sekolah Tahfiz, Rumah Orang Tua-Tua, Masjid, Surau, R&R, Stesen Minyak di seluruh Negara Termasuk Sabah dan Sarawak bergantung kepada permintaan orang ingin mewakaf. Lokasi dan sumbangan juga boleh dilakukan mengikut permintaan si penyumbang.

Pakej Wakaf telekung dengan kadar harga:
Dewasa : RM35.00 sehelai  
Kanak-kanak ; RM30.00 sehelai 


Untuk menyertai wakaf telekung tersebut , sila hubungi 

Waktu pejabat : 03- 61841662/667 atau
Mohd Zaharuddin : 019-6821965 
Wan Farah: 013-3358570 
Norlida : 013-2250751  dan 
Rozita : 013-3061175 


Boleh juga datang ke alamat :

D’or Rue Sdn Bhd, 23, Kompleks Kilang SME Bank, 
Jalan SBC6, Taman Sri Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor.


Wakaf boleh dibuat melalui tunai, bayaran cek dan online di nombor akaun Maybank 562151000859. Sila emaill slip bayaran pengesahan ke dorrue@gmail.com. Simpan resit untuk tujuan pengecualian cukai pendapatan.
hai assalammualaikum

Terlalu Emosi Tonton Lambaian Ramadan - Dah nak masuk Bulan Ramadhan ni, semua rancangan sempena bulan puasa ni pun dah start ditayangkan di televisyen. Nad pun tak ketinggalan untuk menyaksikan rancangan yang pasti memberi keinsafan dan pengajaran kepada kita semua. Harini mula Episod satu untuk rancangan Samarinda di TV3. Drama melayu yang selalu ditayangkan jam 10 malam. Episod terbaru iaitu Lambaian Ramadan, lakonan Adiputra dan Elizad.


Nad tau cerita mesti best punya. Baru mula ditayangkan malam ni, dah buat nad emosional..hahaha..bukan sahaja nad, malah suami sekali..hahaha..Biasalah kami berdua memang macam ni. Kalau kami emosional tu, maknanya cerita tu sampai kepada penonton. Siap baling-baling bantal kau..eee geram sangat..!!!..hahaha..Syabas tuan pengarah, penulis skrip, pelakon yang menjayakan lakonan ni sampai menusuk hati ini..hehehhe..


Cerita berkenaan sebuah keluarga bahagia dahulunya selepas 16 tahun perkahwinan. Tiba-tiba muncul orang ketiga. Mana tak frust. Pulak tu suami, Adam ( Adiputra ) melebihkan perempuan tu pulak. Isteri, Shila ( Elizad) mana yang tak tercabar. Perempuan tu pulak ( Reen Rahim ) beria konon dialah paling memahami..choiii..masa bercinta memang memahami. Cuba kawin, tengok memahami ke tidakk...huh!!!..geramm..gerammm...

Isteri mungkin dah lama tahan amarah..lama-lama lepas jugakla geram kan. kesian anak-anak jadi mangsa. Lakonan Iman (Izz Ilham), Iskandar (Muntazar Ghani), Nurin (Puteri Balqis). Ni yang tak sabar nak tunggu episod seterusnya..haishh...


Nak bagitaula Elizad retweet kita punya twitter..hahaa..Jangan lupa tengok drama Samarinda Lambaian Ramadhan TV3 setiap Isnin-Rabu jam 10 malam.

KUAT BETUL PENGARUH DIDI & FRIENDS

in , , by Nadia Johari, 00:13:00
hai assalammualaikum

Kuat Betul Pengaruh Didi & Friends - Sejak ditayangkan dekat Astro Ceria, memang dapat sambutan betul rancangan ni. Bukan sahaja kanak-kanak usia 6 tahun ke atas suka tengok cerita ni, malah baby usia 7 bulan ni pun suka..hahaha..siapa lagi kalau bukan baby Fariza. Huh!! Pantang dengar suara Didi terua senyum lebar, duduk senyap dalam walker, khusyuk tengok rancangan tu. Sampai nad pun terjebak..hahaha..


Rancangan ni bagus, sebab ia merupakan rancangan yang memperkenalkan lagu-lagu lama yang pernah kita nyanyi dulu. Bila dengar teringat balik zaman nad kecik-kecik dulu. Tapi ada sesetengah lagu yang diubahsuai sedikit. Dan ada jugak lagu yang nad baru dengar macam " Pak atan ada kucing namanya Bingo"..lagu " Semut".. hahaha macam-macam lagi la..


Tengokla gelagat dia bila dengar lagu Didi & Friends ni. Macam mana budak-budak tak suka, semua lagu,lepastu menari..kalau kita pun suka..pastu watak dari anak ayam comel, ada pak atan la, tatak la,kucinglaa..Lagu pun bagus sebab masukkan unsur-unsur kebaikan..


Nah nad sampai tersasul nyanyi ke anak...ish..ish..lagu-lagu ni sampai kene download dengan kakak untuk anak dia..hahha..nak bagi budak diam pun senang..heehhe


GELAGAT SI KECIL USIA 7 BULAN

in , by Nadia Johari, 21:25:00
hai assalammualaikum

Gelagat Si Kecil Usia 7 Bulan - Alhamdulillah..melihat perkembangan baby Fariza depan mata, buat nad tersangatla puas. dari baby, sampai la sekarang usia dia dah 7 bulan. Baby Fariza takdelah besar mana, comel macam maknya je..hehee..tapi pipi dia yang terlebih labuh..hhaahha..Sepanjang dia membesar, nak jaga dia takda susah mana. Cuma datang ngada-ngada dia tu..hehee..biasalah..Sepanjang tumbesaran dia, 2 kali je demam. Takpelah baby fariza kuat. Sekarang ni pulak, ada hingus dekat hidung dia, taknak keluar..haishh..demam dan selsema takda..cuma hingus tertinggal..mungkin dah pekat sangat, taknak keluar dia..Nasib Fariza ok je walaupun hingus tu duk kacau hidung dia..



Usia 6 bulan dia dah mula makan. Entry ada dekat SINI. 7 bulan ni, nad masih bagi dia puree. Bulan depan kot baru bagi makan bubur. Dia kalau makan, memang laju. Haritu checkup naik 6.4kg. Ok la..aslkan anak mommy sihat. Bila letak dekat walker, laju dia merayau..Sana sini nak pergi. Nad pulak yang pening..hahahaa..Sebab tu bila nad buat kerja dekat dapur, nad pasang tv Astro Ceria. sebab dia dah pandai tengok cerita kartun ok, lagi-lagi Didi & Friends dan Upin dan Ipin. Bayangkan dia tengah main dekat meja makan, dengar suara Didi atau Upin Ipin terus datang ke depan tv..bijak betul budak ni..dan dia suka dengar muzik, asal muzik yang dia suka, mesti tangannya gerak-gerak..hahahha..Boleh tengok reaksi dia menari dia dekat SINI 


Masa usia dia 4 bulan dia dah mengiring tapi lambat meniarap, tak taula berat punggung agaknya..Masuk 6 bulan baru meniarap, bukan setakat meniarap dan boleh berguling-guling sampai jatuh tilam..ada entry dekat SINI. Nak 7 bulan, bila dah pandai berguling ditambah dengan berpusing 360 darjah. Lepas tu boleh keluar daripada landasan (toto). Tanpa sedar, tengok-tengok dah sampai ke meja makan, tak pun depan kipas..huh!!! Bertuah ni anak. Bila dekat lantai mulalah dia " tap..tap..tap" tangannya ketuk-ketuk lantai..seronok bukn main..


Gelagat dia yang memang buat kami laki bini tersenyum bila dia nampak, mommy dia pakai tudung, cantik-cantik..tak pun daddy dia nak keluar, dia akan pandang dan senyum..sebab ingat kita nak keluar la tu. Dia dah tau nak jalan-jalan. Bila daddynya cakap "bye-bye"..mula nak ikut. Pantang buka pintu..terus dikejarnya..



Yang ni semestinya bila dah besar, dia dah makin kenal orang. Setakat ni alhamdulilillah, dia senang dengan semua krang. Yang penting, orang tu kena pandai main-main dengan dia, layan dia..hahaha..kalau tak, memang takmau la dia..

Macam tu perangai anak bila membesar kan..hurmm..semoga ku kuat nak menjaga baby Fariza ni.


KFC SUPER JIMAT BOX, JIMAT KE??

in , by Nadia Johari, 12:36:00
hai assalammualaikum

KFC Super Jimat Box - Dari kecik dah diajar makan KFC..bila malas nak makan nasi, mesti pilih KFC..hahaha..dah jadi rutin, sebab dulu KFC la yang paling sedap dan murah. Siapa tak suka makan ayam kan. Ayam KFC pulak yang paling sedap sebab rempah dia guna tu memang buat orang nak makan situ.

Sebelum ni selalu pilih snack plate atau dinner plate. Kedua-dua ni harga atas RM10 bawah RM20..kihkih..  Makan dua atau tiga ketul ayam pun boleh kenyang, ditambah dengan kentang lenyek dan coslow. Tak bestnya, kalau nak menu lain, kenala tambah duit..kann..

Ada 5 pilihan kotak hebat dengan harga serendah RM8.95 iaitu KFC Snacker Box, KFC Lil'Zinger Box, KFC Wrap Box, KFC Variety Box dan KFC Signature Box. 

Sekarang, semua dah ada dalam satu box. Tengok je iklan KFC tu, nampak macam sedap je. Yela, dalam satu box ada macam-macam jenis makanan..lagi syok...KFC memperkenalkan KFC Super Jimat Box. Kalau tengok dekat gambar ada 5 box..



Apa lagi, kalau ada terbaru mesti nak.cuba. Haritu nad lapar sangat, jadi nak beli la box yang ada sebab ada cheezy wrap iaitu KFC Wrap Box...
tapi, orang tu cakap habis pulak...ermmm..mana boleh habis-habis..tak bestla macam ni..huhuhu..Jadi nad pun beli yang Snacker Box iaitu ada 4 ketul nuggets, 1 ketul ayam, 1 fries dan minuman berkarbonat

Selalu fikir, akan dapat makanan macam dalam gambar. Sekali dapat macam ni daa...hahaha..gitu kann..takpela yang penting makan..Harga untuk box ni.. Amacam jimat tak korang rasa?? Nad yang penting makan dan pastikan ia sedap..


Nasib baik sedap. Nugget sedap, kentang rangup dan ayam goreng semestinya peha yang nyummy...Alhamdulillah..kenyang haritu..memang puas hati...huhuhu..Nanti nak cuba box lain pulak la...


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2