RESEPI AYAM GORENG SOS TIRAM CILI KERING

in , by Nadia Johari, 04:39:00
hai assalammualaikum

Resepi Ayam Goreng Sos Tiram - Lagi-lagi penin nak masak apa untuk berbuka ni..Hari-hari mesti fikir nak masak apa pulak harini..Laki nad ni jenis cerewet sikit. Jadi makanan kena ikut rentak dia sikit.hahaha..Kalau nad memang jenis bedal je..Asalkan sedap..huhuhu..Ok, fikir punya fikir..Nad masak Ayam Sos Tiram Bersama Cili Kering. Sebelum ni nad pernah masak ayam sos tiram tapi tu guna sos kicap dan takda cili kering..yang ni buat lain sikit.


Bahan-bahannya
- ayam
- kunyit
- bawang merah
- bawang putih
- halia
- cili kering
- cili padi
- sos tiram
- garam


Cara membuatnya
- goreng ayam yang sudah dibubuh kunyit dan diangkat setelah masak. Letak di tepi.
- tumis bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, halia, celi kering, dan cili padi.
- bila tumisan dah naik bau, masukkan sos tiram sebanyak mungkin
- bubuh garam sedikit, kemudian masukkan ayam yang di goreng tadi ke dalam bahan tumisan sos tiram. Gaul bagi sebati bersama ayam.
- Dah sebati, siap. Boleh diangkat.

Selamat mencuba

BUBUR PERTAMA FARIZA DI BULAN PUASA

in , by Nadia Johari, 22:29:00
hai assalammualaikum

Bubur pertama Fariza - Alhamdulillah..puasa setakat ni nad ok je walaupun susukan dia. Masih kuat dan mampu. Bulan puasa memnag mencabar, Fariza dah amik air dekat badan mommy dia, jadi mommy cepat haus..hhehe..tapi nad ada cara nak bagi dia susu tak berapa banyak tapi kenyang.


Bulan puasa ni, nad dah start bagi dia makan bubur. Bukan bubur kosong, tapi nasi yang telah dimasak menjadi bubur dicampur dengan kurma. Ni pun nurse yang cakap haritu. Nad memnag tau kurma memang banyak khasiatnya. Jadi dah Fariza usia 7 bulan ni, baru bagi makan bubur.

Cara nak buat bubur kurma ni, nad rendamkan kurma semalaman sehingga lembut. Buat bubur pulak, macam biasa nad lebihkan air masa masak. Nanti jadila bubur. Lepas tu Nasi yang dah siap jadi bubur di blend sekali dengan kurma..Jadilah bubur kurma..hehhee..

Alhamdulillah, Fariza makan laju bubur ni. Walaupun mulanya dia terkebil-kebil mata..hahha..Faiza ni suka benda manis macam apple, pisang. Kurma pun manis..jadi dia sukala..lepas makan je, nad mesti bagi air kosong sikit. Lepas tu, dah kenyang dia nak tidur. Jadi bagila susu badan nad sampai dia tidur. Sejak makan memang dia tidur lama sikit. Jadi nad okla puasa ni..hehehe..Alhamdulillah.

Nak buat makanan anak ni kena rajin..jadi sila rajinkan diri..
hai assalammualaikum


Cek Lawa Pemutih Ketiak - Sebut pasal ketiak, ia adalah anggota badan yang tersembunyi. Ada segelintir wanita yang mengalami masalah ketiak seperti berbau,berpeluh, hitam dan sebagainya sehingga mencacatkan penampilan dan seri wajah. Yela, cuba korang bayangkan, mereka yang kuat berpeluh, mesti kawasan ketiak tu akan basah, kalau pakai baju hitam, takpa tak nampak, kalau baju tu cerah, semestinya nampak dan menggelikan sehingga meninggalkan kotoran pada pakaian. Bila dah berpeluh, mesti badan korang berbau kan. Mungkin kawan-kawan korang tak perasan, cuba bayangkan kalau suami korang nampak..lepas tu kena tegur...malu oiii..!!! Maunya, dia cakap " Eeeee...muka putih, ketiak hitam "..erkk..tersentap tak..hahhaa...

Nad sendiri mengalami masalah ketiak ni. Nak kata kuat berpeluh tak jugak, tapi kadang bahagian ketiak tu akan basah dan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan..hahhaa..Lepas tu baju ada kesan kuning akibat deodoran. Takkan nak selamanya macam tu kan, jadi carilah penyelesaian produk apa yang sesuai untuk ketiak ni. Bila search dekat google, memnag banyak petua dan cara untuk mengurangkan masalah ketiak, tapi semuanya cara traditional. Nad ni jenis malas nak siapkan bahan-bahan, kalau boleh nak guna produk yang memang dah siap semua, kita tinggal pakai je..hahhaa.. Dan suatu hari tu, pucuk dicita ulam mendatang, ada orang kenalkan satu produk untuk pemutih ketiak.


Ni la produk dia. Comel je kan, warna pink lagi. Tengok gambar pun dah fokus dekat ketiak..hehehe..Tapi produk ni boleh digunakan dekat tempat lain jugak tau. Hah!! baca sampai habis. Cek Lawa Krim Pemutih Ketiak berfungsi sebagai agen penghapus daki-daki degil di bawah lengan kita dan dalam masa yang sama mampu merawat kulit bawah lengan kita menjadi lebih cerah dan sihat. 


Cek Lawa Pemutih Ketiak mengandungi vitamin C dan ekstrak buah-buahan yang dapat melindungi kulit daripada kesan daki yang hitam. Krim ini juga mengandungi aloe vera, lemon dan timun serta green tea yang membantu melembutkan dan melembapkan kulit serta kulit kelihatan sihat.

 Kandungan
- Vitamin C
- Estrak Buah-buahan
- Aloe Vera
- Lemon
- Estrak Timun
- Estrak Green Tea


Ni la rupanya, warna putih, dengan tekstur yang lembut, tidak melekit dan terus meresap dengan cepat apabila disapu. Bestnya, bau dia tersangatla wangi. Sebab tu Cek Lawa krim Pemutih Ketiak ni boleh dijadikan deodoran. Yang bestnya, bukan setakat boleh pakai kat bawah lengan sahaja, ianya juga boleh disapu di bahagian tersorok yang lain seperti siku, buku lali, punggung (untuk melembutkan kawasan punggung dan mencerahkan selulit), lutut dan kawasan celah pelipat peha.  Jimat tak jimat kan..satu bekas ni banyak kelebihannya..


Kelebihan Cek Lawa Krim Pemutih Ketiak
- 100% ekstrak herba semulajadi
- Kaya dengan vitamin c dan mineral
- Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru
- Mencerna sel-sel kulit lama
- Menjadikan kulit semakin cerah dengan tona yg sekata
- Merangsang lapisan kolagen untuk menjadikan kulit lebih sihat dan lembut
- Dapat melembabkan kulit
- Bau yang wangi

Cara menggunakannya
- Digunakan selepas mandi pagi dan malam
- pastikan ketiak dilap dengan kain bersih sehingga kering
- Sapu dan ratakan keseluruh bahagian ketiak
- Biarkan krim tersebut tanpa perlu bilas
- Tidak perlu pakai deodoran sebab krim ini sudah mengandungi deodoran

Harga
RM 30 (Semenanjung Malaysia)
RM 35 (Sabah & Sarawak)
***Tidak termasuk postage***

Nad dah pakai produk ni seminggu, dan memang berkesan. Berpuas hati sangat-sangat. Nak tunjuk aurat pulak kan..hahaa..takkan nad nak tipu pulak, kalau tak berkesan nad takde buat entry blog ni..hehee..Hah!..kalau nak cuba, bolehla beli. Testimoni yang lain..





 Nak tau lebih lanjut boleh layari:
Alamat :
Cassia Leaf Marketing,
No. 42, Lorong BLM 1/4,
Bandar Laguna Merbok,
08000 Sungai Petani, Kedah
Contact:  017-5194585
Facebook Fanpage: Cek Lawa HQ
Instagram: Cek Lawa Krim Pemutih Ketiak




















JANGAN SENTUH PIPI SAYA!!!!

in , by Nadia Johari, 00:11:00
hai assalammualaikum

Jangan Sentuh Pipi Saya!! - Bila disentuh je, mesti akan berubah muka. Dari diam, akan bertukar tak tentu arah. Sensitif sangat dia dengan pipi tu. Rimas kalau orang asyik pegang je...hahaha..Yela, siapa tak rimas kalau sentuh bukan lembut-lembut, tapi sentuh, sentuh geram ooo..hahaha..Nak buat macam mana, bukan orang lain geram, mommy dia pun geram..bertabahla nak..Orang memang fokus dekat pipi kau je. Gebus gebas sangat..sampai jatuh layut gitu..hahaha..macam mana orang tak sentuh..


Orang dewasa dah geram, apatah lagi kalau budak-budak. Lagi dasyat kalau balik kampung. Memang Fariza akan terus disergah oleh sepupu-sepupu dia. Fariza ni dah biasa main sorang-sorang dekat rumah Kuala lumpur ni, jadi bila balik kampung, memang ramaila sepupu-sepupu Fariza. Disebabkan jarang balik kampung, bila balik je, semua datang berpusu-pusu. Lepas tu terus pegang pipi dia..hahahha..


Ada sepupu Fariza ni, memang suka la letak tangan dia dekat pipi Fariza. Dah macam magnet..hahaha..Asal dekat je nak letak, asal dekat je nak letak..Perasan tak dalam gambar tu..hahaha..tengok tangan dia tu..tak lepas dekat pipi Fariza walaupun amik gambar. Dialah yang nad cakapkan..Budak ni dulu kecik, bulat je..pernah cerita pasal dia dalam blog masa dia kecik lagi..ada pernah nad buat entry bisul oh bisul..tu dia masa kecikla..haha..sekarang dah 4 tahun. Tahun depan dah nak masuk sekolah..hahhaa..


Dia masih pegang walaupun muka Fariza dah berubah..hahaha..budak ni mana paham bahasa..Asal dapat lepaskan rindu bolehla..hehee..diala yang paling banyak cakap.." cik diah tidur umah nenek ke".."cik diah balik mana".."Fariza tak tido sini ke".."Cik sham mana? keje ke"..hah!!..banyak la persoalan dia. Nad layankan jela..hehee..Salah seorang sepupu Fariza adik dia la, anak kakak sama baya Fariza..Sekolah sama la nanti..heehe


hai assalammualaikum

Resepi Sotong Goreng Telur - Semalam berbuka dengan keluarga, harini buka dengan husband dan anak pulak. Macam biasa dok fikir nak masak apa. Fikir punya fikir, nah datang idea nak masak yang simple je. Dah ada anak ni, bahan-bahan kena siapkan cepat.


Menu arini Sotong Goreng Telur. Bahan-bahannya ialah:
1) Sotong
2) Bawang
3) Cili padi
4) Tepung gandum
5) Lada hitam
6) Garam
7) Telur
8) Daun kari


Pertama sekali rebus telur sehingga masak. Setelah masak, buang kulit dan masukkan dalam sebuah bekas. Kemudian hancurkan telur tersebut.


Lepas tu buat sotong goreng pulak. Tepung gandum ni dibubuh garam sedikit dan lada hitam. Lepas tu sotong digaul dengan tepung gandum. Lepas tu digoreng..


Lepas tu..eheh banyak pulak lepas tu..hehehe..kemudian campur semua bahan. Mula masak bawang, cili dan daun kari..kasi naik bau..lepas tu bubuh telur hancur tu. Letak garam sedikit. Kemudian bubuh sotong goreng tu. Gaul sehingga rata.. Dah agak-agak sekata semua..siapla tu..hah senang kan...

Mr mafia cakap sedap..haahha..ok percubaann yang bagus nad..hihihi..selamat mencuba..


hai assalammualaikum


Drama Bibik-Bibikku Kongsi Resepi Sempena Ramadhan - Memang setiap ulan Ramadhan mesti ada rancangan yang kan dselitkan dengan resepi-resepi khas untuk untuk berbuka atau bersahur. Kalau sebelum ni rancangan Azam Ramadhan Su yang dilakonkan oleh Rita Rudaini dan Faizal Hussin, kali ni rancangan terbaru di TV3 iaitu Bibik-bibikku. 



Sinopsis
Mengisahkan tentang kehidupan keluarga Dr Hanafi dan isteri Qaisara yang sibuk bekerja. Disebabkan itu, beliau terpaksa mengambil pembantu rumah aka bibik untuk menjaga anak-anaknya. Pelbagai ragam  dan insiden lucu berlaku apabila beliau sering bertukar pembantu rumah dari pelbagai negara. Sambil tu diselitkan pelbagai resepi yang boleh korang amik untuk bersahur atau berbuka.

Pengarah: Khalid Nadzri
Terbitan: Macheallstar United production
Pelakon: Ungku Ismail Aziz, Fasha Sandha, Wan Sharmila, Bell Ngasri, Amyza Adnan (sbg bibik Jawa), Balqish Semundur Khan (sbg bibik Thailand) , Bienda (sbg bibik Terengganu), Julia Ziegler (sbg bibik Filipina), Wan Maimunah (sbg bibik Melaka), Faye Kusairi (sbg bibik Sarawak), Noorkhiriah, Enot Abdullah, Syuhaida Abraz (Dottie), Ezzaty Abdullah, Kismah Johar, Nazia Mustafa, etc. 
Pelakon kanak-kanak: Duerra Mitilda, Syafi Danish
hai assalammualaikum


Photoshoot  Raya KBBA 2016 Di Matic - Hah!! ni kali kedua nad join Kelab Blogger Ben Ashaari berphotoshoot. Kalau sebelum ni dalam studio, kali ni pulak kita shoot di luar studio iaitu outdoor. Photoshoot kali ni, di buat di Matic Ampang (Pusat Pelancongan Malaysia  atau Malaysia Tourism Centre). Nasib baikla dekat dengan rumah je. Pagi tu kena bangun awal, sebab pukul 9 pagi dah kena ada dekat sana sebab nak makeup lagi, nak pilih baju lagi..fuh.. Gigihla kejut anak dara Fariza ni..hehee..



Sampai je sana, semua tengah sibuk dengan memilih baju. Dalam hati gembiranya dapat jadi model sementara harini..hahaha..Impian nak jadi model tapi takut..hahaa..sebab bukan senang nak jadi model. Lagi-lagi bila dpat makeup.  Makeup kali ni disponsor oleh Rita Rahman dan Team Artistic. Masa tu ada 25 orang MUA..hebat tak hebat la. Hasil kerja tangan seorang MUA yang rupanyan mirip Nad Zainal kau..hahaa..ni la dia akak wani.Yela!!, nad selalu makeup simple je, nah sekali ditonyoh muka nad, terus berubah jadi baby doll..hahaha..Suka sangat dengan makeup kali ni. Korang kalau nak tengok hasil makeup dia, boleh usha instagram dia di @wanie_touch


Makeup ni telah menyebabkan anak sendiri tak kenal mommy dia..hahaha..



Part ni paling ditunggu. Nak berposing depan kamera..hehee..sebelum tu nampak tak, semua gadis-gadis KBBA baju diaorang semua lawa-lawa kan. Tengok baju nad ni, unik sangat corak dia. Saiz nad pakai saiz XS. Hah!!, sesuai dengan nad, fit je dengan badan. Shawl pun lawa. Haritu nad semua warna coklat..hahaha..biru dah dikebas orang..hehee.. ok baju dan shawl kali ni ditaja oleh Deea Boutique . BUkan sahaja baju kurung, baju jubah ada, kurung moden pun ada. Pergi-pergi la singgah tengok butik tu, kot ada yang terbekenan dan nak terbeli..hehehe..


Aksesori pin daripada Vonaish. Semestinya amik warna biru..hehee..pin tu pulak amik warna merah. Raya ni boleh la pakai sebab tema memang biru..hehehe


Masa haritu dapat jugakla rasa model berfashion show..hahaha..Persekitaran yang sangat cantik dengan bunga-bunga sana sini, ada pondok, memang sesuai untuk tema hari raya . Terima kasih Matic..Tengok sahajalah gelagat kami menjadi model..hahaha..Bila lagi kan dapat merasa..Kali ni jela.


Photoshoot tanpa banner dan props memang tak boleh lari..hehee..banner dan props ditaja oleh  Dalizgraphic


Setelah penat berposing, apa lagi mesti kena makan..hahaha..kasi perut kenyang pulak. Makanan haritu ditaja oleh  Cafe Cerita Kambing. Makanan haritu ada dua jenis iaitu nasi beriyani ayam masak merah dan kambing beriyani. Tapi nad pilih kambing beriyani sebab sedap kambing dia. Kambing dia lembut dan tak kenyal. Masa tu makan dan makan je. Ingat nak tapau bawak balik..hahaa..tapi takpela.. Korang patut cuba lah.. memang sedap dan menyelerakan. Cafe Cerita KAmbing ni ada dekat Anggerik Mall.

Mohla tengok kemeriahan Photoshoot Raya KBBA 2016 Di Matic









Hah!! Nila di sebalik tabir photoshoot KBBA. Tunggu ye gambar lawa dari abang jurukamera sponsor kami tu.

Setinggi-tinggi Penghargaan Kepada Pihak PENAJA

Lokasi: MATIC

Banner & Props : Dalizgrafix

Makanan : Cafe Cerita  Kambing
FB : Cafe Cerita Kambing
IG : Cafe Cerita Kambing

Pakaian Wanita : Deea Boutique

Pakaian Lelaki: Emin Madrosa

Aksesori : Vonaish
FB : Vonaish
IG: Vonaish

Make Up Artist: Rita Rahman 

IG Artistic Team:@zanazack @put3ratnasari @makeupbywinwin @fetriany @farizha_mua @alkazamdacute @makeup_mimiezoll @raihana.basar @iamizuansani @aresue86 @syuhada_said
@wearemarymary @makeup_byel @_violetgrape @farinabasneemakeup @byfidaramli @wanie_touch



















PERSIAPKAN DIRI UNTUK BERPUASA ESOK

by Nadia Johari, 01:16:00
hai assalammualaikum


Persiapkan diri Untuk Berpuasa Esok - Dalam beberapa jam lagi seluruh umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan oleh kita semua. Bulan di mana begitu banyak keberkahan dan pahala yang mengalir. Tentunya Anda tidak ingin melewatkannya begitu saja, bukan? Karena keistimewaannya inilah, setiap amal kebaikan yang kita lakukan akan dilipatgandakan di bulan ini. Alhamdulillah, Allah panjangkan usia ini untuk merasai puasa. Puasa kali ni lain sedikit, disebabkan nad dah jadi ibu. Kemungkinan, puasa ni sangat mencabar kerana, nad menyusukan Fariza. Tapi takpa, orang cakap niat betul, insyallah, susu pasti keluar dan dapat berpuasa dengan sempurna. Dan semestinya persiapkan diri dengan betul supaya ibadah puasa dapat dijalankan dengan baik.



1) Persiapkan Fizikal dan Mental
- Fizikal dan Mental untuk ibu menyusu kene kuat. Ni nad pertama kali dapat rasa, jadi nad tak tau sangat macam mana keadaan susu bila kita makan. Tapi orang cakap niat betul, Insyallah pasti ibadah puasa dapat dijalankan dengan baik dan anak pun sentaisa kenyang. Tak boleh fikir yang bukan-bukan atau sedia. Perlu sentiasa positif dalam apa sahaja. Supaya susu sentiasa keluar. Kalau boleh bermain dengan anak sahaja waktu bukan puasa ni. Main dengan anak kecil takda penat sangat pun..heehe. Kena sentiasa pastikan kesihatan baik, dapat menjalankan ibadah puasa dengan lancar, serta kegiatan ibadah atau sosial lainnya dapat dilakukan dengan semangat.

2) Persiapkan menu
- Tadi pagi nad pergi pasar, ramai betul orang beli barangan dapur. Yela esok nak puasa kan, jadi orang pun beli bahan untuk puasa. Banyak jugak yang habis. Setiap tahun, nad memang bangun sahur untuk bagi badan cergas. Dari awal lagi dah selidik menu untuk sahur dan berbuka. Ibu menyusu ni lagi wajib kena bangun sahur, bagi tenaga dan susu sentiasa ada. Dah pulak sediakan bahan-bahan untuk dimasak sahur nanti. Senang dan mudah. Kurma pulak jangan lupa..Kata orang wajib amik dalam 3 ketul.
 1) Lebihkan serat (Fiber) - ambil makanan yang tinggi dengan serat seperti kurma, oat dan buah-buahan/ sayur-sayuran kerana ia dapat mengurangkan asid dalam peut yang boleh menyebabkan gastrik, pedih ulu hati dan byk lagi.
2) Cukup minum air - di antara waktu berbuka dan bersahur, cuba minum air sebanyak mungkin atau sekurang-kurangnya mencukupi keperluan harian ibu (2-3 liter air bagi purata berat badan 50kg). Ia penting bagi mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa.
3) Cukup Protein dan Karbohidrat - sumber protein seperti daging, kacang soya, susu; dan karbohidrat seperti roti dan nasi adalah perlu mencukupi jika ibu menyusu dan berpuasa kerana tenaga harian ditukar dari makanan-makanan ini
4) Pastikan ambil mineral, vitamin dan gula secukupnya - pengambilan mineral dan vitamin boleh membantu mengisi kekurangan zat yang diperlukan badan kerana semasa berpuasa, ibu cenderung tidak dapat memenuhi keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk sistem badan berfungsi dengan sempurna. Pengambilan gula sihat dari jus buahan atau minuman glukos semasa berbuka adalah cara memulihkan tenaga secara cepat selepas berpuasa.
5) Kurangkan makanan tertentu - sesetengah jenis makanan perlu dikawal dan dikurangkan seperti makanan pedas, berminyak, berkafein dan bergula tinggi (terutama jika anda diabetik)

3) Makan supplement
- Hah yang ni pun penting untuk ibu menyusu. Selama ni nad amalkan ephyra untuk susu bertambah. Ramai cakap makan supplement masa puasa dapat bekalkan tenaga dan mengisi nutrisi dalam badan sepanjang proses puasa.

4) Air mineral
- Yang ni sangat penting. Penghasilan susu memerlukan air. Jadi ibu menyusu wajib kekal minum 2-3 liter air sehari. Masa minum mungkin agak terhad, sebaiknya ibu sediakan botol yang mudah dibawa kemana sahaja. Boleh minum antara waktu solat terawikh dan sebagainya. Nad ada baca waktu-waktu untuk minum air mineral masa puasa.
Cadangan minum air ketika puasa:
1 gelas selepas berbuka dengan kurma
1 gelas selepas makan nasi
1 gelas selepas solat Isyak
1 gelas selepas solat Terawikh
1 gelas setelah makan malam (kuih muih)
1 gelas sebelum tidur
1 gelas sebelum sahur
1 gelas selepas makan sahur


Insyallah..nad dapat lakukannya..amin..
hai assalammualaikum

Semua Ni Akan Ada masa Puasa nanti - Kebanyakan kita tak sabar nak sambut Bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Hah!!..masa ni benda-benda ni semua akan muncul di Bulan puasa ni. Memang dah jadi rutin harian kan setiap tahun..hehehe..Yang penting Bulan Puasa ni kali ni, banyakkan la buat amal ibadah.
hai assalammualaikum

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2016 - Ya allah, sekejap betul masa berlalu. Esok dah mula berpuasa. Terima kasih Ya Allah panjangkan usiaku untuk menyambut Bulan Ramadhan ni. Kalau Bulan Puasa ni, mesti kita nak tau waktu imsak iaitu waktu tamatnya waktu sahur dan waktu berbuka puasa. Ni nak sediakan jadual waktu-waktu tersebut. Boleh la nad refer blog nad je kalau lupa kan..hehee..

Memandangkan nad dari Kuala lumpur..jadi ni jadual dia..



Lagi satu nad amik untuk Selangor..hehhee..sebab nanti nak balik kampung kan..




Waktu lain korang boleh tengok dekat sini
Selamat Berbuasa kepada semua. Nikmati Bulan Ramdhan dengan penuh kesyukuran.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2