hai assalammualaikum

Masker Safi Meremajakan dan Mencerah Kulit Wajah - Sebut masker, nad memang suka pakai masker. Sebelum ni, nad pakai masker jenis sapu dekat muka. Lepas tu nak menariknya punya sakit..hahhaa..Lepas tu buat mask buatan sendiri, mask kunyit..konon nak jimat..mask bahan semulajadi ni kan bagus..Tapi lepas tu tak pakai dah sebab malas nak sapu..hahha..Lepas tu nad cuba pakai masker yang tampal terus ni. Senang je pakai, terus lekat dekat muka tunggu sampai kering dan tanggal.

Kenapa perlu pakai masker wajah?? Adakah sebab untuk memperbaiki kulit atau ingin kelihatan lembap dan muda sentiasa??. Setiap masker ada fungsi masing-masing. Yang penting masker wajah mempunyai pembersihan yang mampu menyegarkan dan menyelesaikan kulit bermasalah. Dalam penjagaan muka, jangan lupa masker wajah, walaupun dipakai 2 kali seminggu. Bagi mendapat kecantikan yang menyeluruh.

BABY FARIZA SUKA BENDA MANIS

in , by Nadia Johari, 15:27:00
hai assalammualaikum

Baby Fariza Suka Benda Manis - Nad perasan Fariza kalau makan campur benda manis macam pisang, apple dan kurma laju je dia makan. Takda buat muka berkerut pun. Tapi kalau takde benda manis ni, muka dianak senget-senget..hahaha..lepas tu terus pergi main benda lain..haishh budak ni..pandai memilih dah..


Jadi nad terpaksalah bubuh dalam makanan dia, bubuh benda manis..Kalau nak buat bubur campur ayam pun kena letak kurma atau epal bagi manis. Hah masa tu, nasi tu cepat je habis..



Berselera dia kalau makanan tu dia suka. Takyah dipanggil, dia datang sendiri. Dia yang kejar kita..hahaha..

Harini dia makan bubur dengan kurma dan pisang. Nad pun tak pernah makan macam ni..hahaha..Tapi tengok anak makan bulan puasa ni, makanan dia pun nampak menyelerakan..dugaan betul...hahaha..


Alhamdulillah..kenyang..lepas tu mandikan dia dan susu badan. Dan tido..hehhe..tu la keje dia..

SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

in , by Nadia Johari, 07:16:00
hai assalammualaikum


Sentiasa Berfikiran Positif - Selamat pagi semua..harinibmata cerah pulak..selalu tidur sekejap..hahaha..Alhamdulillah dah masuk Ramadhan Ke 5..Semuanya berjalan dengan lancar. Dalam hidup ni banyak kita tak puas hati, sakit hati..kalau kita dah buat baik dekat orang macam mana pun, orang tak boleh terima, kita nak buat macam mana kan. Tapi bila kita dah buat yang terbaik, sedangkan pihak satu lagi masih buat tak tau..datang perkataan " kau dah kenapa"..ermmm sabar jela..

Sebenarnya nad ada ternampak status dekat facebook dekat seorang hamba Allah ni. Nak kata kita buat salah, kita dah mintak maaf, dah mengalah, dan selalu je ingatkan orang tu. Tapi orang tu pulak buat-buat lupakan kita. Ermm..sedangkan dah dekat kot???..kenapa buat macam ni??.. Mengapa??.. Apa lagi yang tak puas???.. Rasa nak komen je, tapi takpela..kang komen jadi lain pulak.. Kita anggap jela dia tu tak ada hal...ermmm..

Lagi-lagi puasa ni. Kena bawak-bawak bersabar. Jadi kita berfikiran positif jela. Kalau nak buat sampai bila-bila, buat jela..kami tak halang. Apa kami buat, kami tetap tegur dan senyum. Kami sentiasa ingat orang tu. Tak perlu nak kusut-kusutkan kepala. Walaupun benda tu memnag patut diamik serius tapi lupakan jela..huhuhu..

Orang kadang tak boleh terima pandangan kita. Lain cakap,lain fikirnya. Kang apa nak disampaikan dah disalahertikan..jadi terskan hidup dengan gembira..yeahhh...Penting sekali, bila kita gembira, hati senang..hidup aman..hehhee..

Dah macam tazkirah jumaat je..hehhe..Salam jumaat kepada semua..sentiasa berfikiran positof ok..
hai assalammualaikum

Jom Lembutkan Tumit Kaki Yang Keras dan Dapatkan Wajah Yang Berseri Di Hari Raya-  Dah masuk puasa ke empat kita menjalankan ibadah Bulan Ramadan. Ada lagi beberapa minggu kita nak sambut raya. Mungkin terlalu awal lagi nak fikir raya kan...hahhaa..cuma nak bagitau, masa raya nanti mesti korang nak nampak cantik dan anggun kan. Samalah macam nad, mesti nak nampak mommy hot gitu di hari raya nanti.


Nad nak kenalkan korang dengan dua produk ni yang korang boleh beli dekat SINI, dengan harga yang berpatutan. Kalau korang perasan kedua-dua produk ni ada nama Diomand. Hah!! itulah keistimewaannya. Pakej kau, murah je, kalau beli asing-asing mesti mahal harganya. Bila tekan tu sila terus beli, sebab memang berkesan..nad dah cuba..meh nad kenalkan produk tu.


SCHOLL VELVEL SMOOTH EXPRESS PEDI WITH DIOMAND CRYSTALS
Semalam nad ada cerita berkenaan penjagaan ketiak. Harini nad nak kenalkan satu produk utnuk penjagaan tumit kaki pulak. Kita ni bahagian sembunyi-sembunyi memang susah nak amik berat kan. Nad rasa, bab tumit ni, nad tak pernah nak amik tahu langsung..hahaa..sebab hari-hari pijak lantai, pergi sana sini. Walaupun masih muda, tapi tumit kaki dah mula merekah dan kering.
Nak pergi spa dan manjakan kaki memang tak sempat la. Dan akhirnya, Scholl keluarkan satu produk khas untuk penjagaan tumit kaki yang kita boleh buat dekat rumah sendiri.



Scholl Velvet Smooth Express Pedi Foot merupakan rawatan untuk penjagaan kaki berelektronik. Sebelum ni, nad nampak beberapa kawan nad dah cuba pakai produkni, dan best sangat, tapi bila nad tengok dekat gurdian, harga dia boleh tahan. Jadi nad simpan dulu, beli kemudian. Tapi alhamdulillah, nad dapat peluang mencuba Scholl Velvet Smooth Express Pedi Foot With Diomand ni yang berwarna pink gitu..Saiz yang besar, direka secara ergonomik dan mudah digunakan. Scholl telah memperkenalkannya inovasi terkini untuk membantu menjaga kaki anda licin dan lembut mudah.


Scholl Velvet smooth Express Pedi ni amat mudah digunakan. Ia menggunakan 4 bateri AA yang mudah didapati di mana-mana kedai. Bateri yang disediakan ni, pun tahan lama. Jadi jangan membazir..hehee..


Ok dah excited nak bersihkan tumit kaki ni, jom kita mula!!...hehee..Senang je nak buat. Korang cuma pusingkan yang berwarna kelabu tu dari tanda "O" ke tanda " I "..hah nanti hidupla dia..berpusing gitu..


Lepas tu bolehla halakan ke tumit kaki korang yang rasa kasar dan kering tu. Bestnya dapat bersihkan tumit kaki ni. Bukan main teruk lagi tumit kaki nad..hahaha..Mula-mula pakai memang geli, tapi lama-lama ok. Buat dekat kaki suami jugak, boleh pulak dia cakap macam buat simen..hahaha..kaki dah teruk sangat..Hasilnya..licin weii kaki kita..hehehhe..cantiknya raya nanti walaupun orang tak nampak kan..haahha..ade aku kisah!!..yang penting nad nak jaga penampilan tersembunyi ni. Suami tengok tau..hahaha



Scholl Velvet Smooth Express Pedi Foot disertakan dengan diomand. Kepingan diomand kecil yang terdapat pada roller memberi sentuhan unik yang mampu menanggalkan kulit kasar dan kering pada tumit kaki. Berkelip-kelip masa dia berputar, tapi jangan risau dioamnd tu takkan tertanggal dekat kaki korang dan tak boleh dijual..hehee..




Lepas korang pakai, akan terdapat sel-sel kulit mati berwarna putih akan tertanggal dekat bahagian dalam tu, jadi masa buat pedicure ni kenala lapik dengan kain supaya tak berterbangan di lantai. Caranya mudah je, korang tanggalkan roller hitam tu dengan menekan butang tepi. Lepas tu lap sahaja habuk tu dengan tisu. Dah settle. 




Scholl Velvet Smooth Express Pedi ni disediakan dengan cover head. Jadi roller head selamat dan terjaga. Hah!!..macam mana..terpesona kan..beli weii..disyorkan..boleh digunakan untuk seisi keluarga..

KINOHIMITSU COLLAGEN DRINK DIOMAND

Produk kedua pula ialah suplement kesihatan. Dibuat dengan resipi tradisional Jepun menggunakan bahan-bahan semula jadi berkumpul dari buluh yang subur flaunted hutan. Produk kesihatan Kinohimitsu dapat meningkatkan kesihatan dan kecergasan anda tanpa kesan sampingan yang berbahaya kimia. Kinohimitsu Kolagen Diamond 5300 Minuman direka khusus untuk kulit matang untuk mengembalikan kemudaan, daya tahan dan menaikkan seri wajah. Ia mengetatkan liang kulit untuk mengurangkan garis-garis halus. Tambahan, minuman kecantikan ini juga menguatkan rambut dan kuku untuk memastikan mereka kuat dan sihat. Banyknya kelebihan dia..macam ni mesti korang semua nak cuba kan. Ni nad hadiahkan dekat mak nad..hehee.


Dan yang penting, collagen drink ni tanpa bahan pengawet dan bahan kimia berbahaya, di proses di kilang yang berkelulusan GMP dan disahkan HALAL.

Kalau ikut label, bahan-bahan dia terdiri daripada air, fruktosa, kolagen 5300mg (ikan), jus epal, asid sitrik, karamel, vitamin C, jus sayuran dan buah-buahan, jus lemon, jus lichi, ekstrak biji perilla, silk protein, dan soy isoflavone.


Siapa yang harus mengambil Kinohimitsu Collagen Diamond Drink ni??Cuba semak sama ada kita dalam kategori yang perlu mengambilnya?
-Berusia 30 tahun ke atas

- Sering terdedah di bawah sinaran UV
- Sering mengembara
- Sering tidur lewat
- Bekerja syif malam
- Perokok
- Penggemar kopi
- Selalu berada dalam suasana berhawa dingin

Cara minumnya:
Goncang sebelum minum. Simpan sejuk untuk rasa yang lazat. Ambil Kinohimitsu Kolagen Diamond 5300 Minuman 1 botol sehari, sebaik-baiknya sebelum sarapan pagi atau sebelum tidur. Pada masa-masa, bahan kolagen membantu menyembuhkan parut dan pembaharuan alat bantuan kulit. 

Bagi pengguna kali pertama, ambil 1 botol sehari untuk tempoh yang berturut-turut 6 hari. Untuk penyelenggaraan, ambil 1 botol setiap 2 hari
 
Hah macam mana..puas hati tak..Nak cantik tak masa raya nanti..Hah!! cepat-cepatla dapatkan dua produk Scholl Velvet Smooth Express Pedi dan Kinohimitsu Collagen Drink Diomand di SINI. Mudah je hanya klik dan taip dan barang akan dihantar di depan rumah. Jimat pun jimat. Nak cantik berseri di hari raya, jangan lupa shoping di Lazada. Banyak tawaran hebat yang disediakan sekarang. Grab jangan tak grab.Boleh guna link ini : http://ho.lazada.com.my/SHGhqS










RESEPI AYAM GORENG SOS TIRAM CILI KERING

in , by Nadia Johari, 04:39:00
hai assalammualaikum

Resepi Ayam Goreng Sos Tiram - Lagi-lagi penin nak masak apa untuk berbuka ni..Hari-hari mesti fikir nak masak apa pulak harini..Laki nad ni jenis cerewet sikit. Jadi makanan kena ikut rentak dia sikit.hahaha..Kalau nad memang jenis bedal je..Asalkan sedap..huhuhu..Ok, fikir punya fikir..Nad masak Ayam Sos Tiram Bersama Cili Kering. Sebelum ni nad pernah masak ayam sos tiram tapi tu guna sos kicap dan takda cili kering..yang ni buat lain sikit.


Bahan-bahannya
- ayam
- kunyit
- bawang merah
- bawang putih
- halia
- cili kering
- cili padi
- sos tiram
- garam


Cara membuatnya
- goreng ayam yang sudah dibubuh kunyit dan diangkat setelah masak. Letak di tepi.
- tumis bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, halia, celi kering, dan cili padi.
- bila tumisan dah naik bau, masukkan sos tiram sebanyak mungkin
- bubuh garam sedikit, kemudian masukkan ayam yang di goreng tadi ke dalam bahan tumisan sos tiram. Gaul bagi sebati bersama ayam.
- Dah sebati, siap. Boleh diangkat.

Selamat mencuba

BUBUR PERTAMA FARIZA DI BULAN PUASA

in , by Nadia Johari, 22:29:00
hai assalammualaikum

Bubur pertama Fariza - Alhamdulillah..puasa setakat ni nad ok je walaupun susukan dia. Masih kuat dan mampu. Bulan puasa memnag mencabar, Fariza dah amik air dekat badan mommy dia, jadi mommy cepat haus..hhehe..tapi nad ada cara nak bagi dia susu tak berapa banyak tapi kenyang.


Bulan puasa ni, nad dah start bagi dia makan bubur. Bukan bubur kosong, tapi nasi yang telah dimasak menjadi bubur dicampur dengan kurma. Ni pun nurse yang cakap haritu. Nad memnag tau kurma memang banyak khasiatnya. Jadi dah Fariza usia 7 bulan ni, baru bagi makan bubur.

Cara nak buat bubur kurma ni, nad rendamkan kurma semalaman sehingga lembut. Buat bubur pulak, macam biasa nad lebihkan air masa masak. Nanti jadila bubur. Lepas tu Nasi yang dah siap jadi bubur di blend sekali dengan kurma..Jadilah bubur kurma..hehhee..

Alhamdulillah, Fariza makan laju bubur ni. Walaupun mulanya dia terkebil-kebil mata..hahha..Faiza ni suka benda manis macam apple, pisang. Kurma pun manis..jadi dia sukala..lepas makan je, nad mesti bagi air kosong sikit. Lepas tu, dah kenyang dia nak tidur. Jadi bagila susu badan nad sampai dia tidur. Sejak makan memang dia tidur lama sikit. Jadi nad okla puasa ni..hehehe..Alhamdulillah.

Nak buat makanan anak ni kena rajin..jadi sila rajinkan diri..
hai assalammualaikum


Cek Lawa Pemutih Ketiak - Sebut pasal ketiak, ia adalah anggota badan yang tersembunyi. Ada segelintir wanita yang mengalami masalah ketiak seperti berbau,berpeluh, hitam dan sebagainya sehingga mencacatkan penampilan dan seri wajah. Yela, cuba korang bayangkan, mereka yang kuat berpeluh, mesti kawasan ketiak tu akan basah, kalau pakai baju hitam, takpa tak nampak, kalau baju tu cerah, semestinya nampak dan menggelikan sehingga meninggalkan kotoran pada pakaian. Bila dah berpeluh, mesti badan korang berbau kan. Mungkin kawan-kawan korang tak perasan, cuba bayangkan kalau suami korang nampak..lepas tu kena tegur...malu oiii..!!! Maunya, dia cakap " Eeeee...muka putih, ketiak hitam "..erkk..tersentap tak..hahhaa...

Nad sendiri mengalami masalah ketiak ni. Nak kata kuat berpeluh tak jugak, tapi kadang bahagian ketiak tu akan basah dan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan..hahhaa..Lepas tu baju ada kesan kuning akibat deodoran. Takkan nak selamanya macam tu kan, jadi carilah penyelesaian produk apa yang sesuai untuk ketiak ni. Bila search dekat google, memnag banyak petua dan cara untuk mengurangkan masalah ketiak, tapi semuanya cara traditional. Nad ni jenis malas nak siapkan bahan-bahan, kalau boleh nak guna produk yang memang dah siap semua, kita tinggal pakai je..hahhaa.. Dan suatu hari tu, pucuk dicita ulam mendatang, ada orang kenalkan satu produk untuk pemutih ketiak.


Ni la produk dia. Comel je kan, warna pink lagi. Tengok gambar pun dah fokus dekat ketiak..hehehe..Tapi produk ni boleh digunakan dekat tempat lain jugak tau. Hah!! baca sampai habis. Cek Lawa Krim Pemutih Ketiak berfungsi sebagai agen penghapus daki-daki degil di bawah lengan kita dan dalam masa yang sama mampu merawat kulit bawah lengan kita menjadi lebih cerah dan sihat. 


Cek Lawa Pemutih Ketiak mengandungi vitamin C dan ekstrak buah-buahan yang dapat melindungi kulit daripada kesan daki yang hitam. Krim ini juga mengandungi aloe vera, lemon dan timun serta green tea yang membantu melembutkan dan melembapkan kulit serta kulit kelihatan sihat.

 Kandungan
- Vitamin C
- Estrak Buah-buahan
- Aloe Vera
- Lemon
- Estrak Timun
- Estrak Green Tea


Ni la rupanya, warna putih, dengan tekstur yang lembut, tidak melekit dan terus meresap dengan cepat apabila disapu. Bestnya, bau dia tersangatla wangi. Sebab tu Cek Lawa krim Pemutih Ketiak ni boleh dijadikan deodoran. Yang bestnya, bukan setakat boleh pakai kat bawah lengan sahaja, ianya juga boleh disapu di bahagian tersorok yang lain seperti siku, buku lali, punggung (untuk melembutkan kawasan punggung dan mencerahkan selulit), lutut dan kawasan celah pelipat peha.  Jimat tak jimat kan..satu bekas ni banyak kelebihannya..


Kelebihan Cek Lawa Krim Pemutih Ketiak
- 100% ekstrak herba semulajadi
- Kaya dengan vitamin c dan mineral
- Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru
- Mencerna sel-sel kulit lama
- Menjadikan kulit semakin cerah dengan tona yg sekata
- Merangsang lapisan kolagen untuk menjadikan kulit lebih sihat dan lembut
- Dapat melembabkan kulit
- Bau yang wangi

Cara menggunakannya
- Digunakan selepas mandi pagi dan malam
- pastikan ketiak dilap dengan kain bersih sehingga kering
- Sapu dan ratakan keseluruh bahagian ketiak
- Biarkan krim tersebut tanpa perlu bilas
- Tidak perlu pakai deodoran sebab krim ini sudah mengandungi deodoran

Harga
RM 30 (Semenanjung Malaysia)
RM 35 (Sabah & Sarawak)
***Tidak termasuk postage***

Nad dah pakai produk ni seminggu, dan memang berkesan. Berpuas hati sangat-sangat. Nak tunjuk aurat pulak kan..hahaa..takkan nad nak tipu pulak, kalau tak berkesan nad takde buat entry blog ni..hehee..Hah!..kalau nak cuba, bolehla beli. Testimoni yang lain..





 Nak tau lebih lanjut boleh layari:
Alamat :
Cassia Leaf Marketing,
No. 42, Lorong BLM 1/4,
Bandar Laguna Merbok,
08000 Sungai Petani, Kedah
Contact:  017-5194585
Facebook Fanpage: Cek Lawa HQ
Instagram: Cek Lawa Krim Pemutih Ketiak




















JANGAN SENTUH PIPI SAYA!!!!

in , by Nadia Johari, 00:11:00
hai assalammualaikum

Jangan Sentuh Pipi Saya!! - Bila disentuh je, mesti akan berubah muka. Dari diam, akan bertukar tak tentu arah. Sensitif sangat dia dengan pipi tu. Rimas kalau orang asyik pegang je...hahaha..Yela, siapa tak rimas kalau sentuh bukan lembut-lembut, tapi sentuh, sentuh geram ooo..hahaha..Nak buat macam mana, bukan orang lain geram, mommy dia pun geram..bertabahla nak..Orang memang fokus dekat pipi kau je. Gebus gebas sangat..sampai jatuh layut gitu..hahaha..macam mana orang tak sentuh..


Orang dewasa dah geram, apatah lagi kalau budak-budak. Lagi dasyat kalau balik kampung. Memang Fariza akan terus disergah oleh sepupu-sepupu dia. Fariza ni dah biasa main sorang-sorang dekat rumah Kuala lumpur ni, jadi bila balik kampung, memang ramaila sepupu-sepupu Fariza. Disebabkan jarang balik kampung, bila balik je, semua datang berpusu-pusu. Lepas tu terus pegang pipi dia..hahahha..


Ada sepupu Fariza ni, memang suka la letak tangan dia dekat pipi Fariza. Dah macam magnet..hahaha..Asal dekat je nak letak, asal dekat je nak letak..Perasan tak dalam gambar tu..hahaha..tengok tangan dia tu..tak lepas dekat pipi Fariza walaupun amik gambar. Dialah yang nad cakapkan..Budak ni dulu kecik, bulat je..pernah cerita pasal dia dalam blog masa dia kecik lagi..ada pernah nad buat entry bisul oh bisul..tu dia masa kecikla..haha..sekarang dah 4 tahun. Tahun depan dah nak masuk sekolah..hahhaa..


Dia masih pegang walaupun muka Fariza dah berubah..hahaha..budak ni mana paham bahasa..Asal dapat lepaskan rindu bolehla..hehee..diala yang paling banyak cakap.." cik diah tidur umah nenek ke".."cik diah balik mana".."Fariza tak tido sini ke".."Cik sham mana? keje ke"..hah!!..banyak la persoalan dia. Nad layankan jela..hehee..Salah seorang sepupu Fariza adik dia la, anak kakak sama baya Fariza..Sekolah sama la nanti..heehe


hai assalammualaikum

Resepi Sotong Goreng Telur - Semalam berbuka dengan keluarga, harini buka dengan husband dan anak pulak. Macam biasa dok fikir nak masak apa. Fikir punya fikir, nah datang idea nak masak yang simple je. Dah ada anak ni, bahan-bahan kena siapkan cepat.


Menu arini Sotong Goreng Telur. Bahan-bahannya ialah:
1) Sotong
2) Bawang
3) Cili padi
4) Tepung gandum
5) Lada hitam
6) Garam
7) Telur
8) Daun kari


Pertama sekali rebus telur sehingga masak. Setelah masak, buang kulit dan masukkan dalam sebuah bekas. Kemudian hancurkan telur tersebut.


Lepas tu buat sotong goreng pulak. Tepung gandum ni dibubuh garam sedikit dan lada hitam. Lepas tu sotong digaul dengan tepung gandum. Lepas tu digoreng..


Lepas tu..eheh banyak pulak lepas tu..hehehe..kemudian campur semua bahan. Mula masak bawang, cili dan daun kari..kasi naik bau..lepas tu bubuh telur hancur tu. Letak garam sedikit. Kemudian bubuh sotong goreng tu. Gaul sehingga rata.. Dah agak-agak sekata semua..siapla tu..hah senang kan...

Mr mafia cakap sedap..haahha..ok percubaann yang bagus nad..hihihi..selamat mencuba..


hai assalammualaikum


Drama Bibik-Bibikku Kongsi Resepi Sempena Ramadhan - Memang setiap ulan Ramadhan mesti ada rancangan yang kan dselitkan dengan resepi-resepi khas untuk untuk berbuka atau bersahur. Kalau sebelum ni rancangan Azam Ramadhan Su yang dilakonkan oleh Rita Rudaini dan Faizal Hussin, kali ni rancangan terbaru di TV3 iaitu Bibik-bibikku. 



Sinopsis
Mengisahkan tentang kehidupan keluarga Dr Hanafi dan isteri Qaisara yang sibuk bekerja. Disebabkan itu, beliau terpaksa mengambil pembantu rumah aka bibik untuk menjaga anak-anaknya. Pelbagai ragam  dan insiden lucu berlaku apabila beliau sering bertukar pembantu rumah dari pelbagai negara. Sambil tu diselitkan pelbagai resepi yang boleh korang amik untuk bersahur atau berbuka.

Pengarah: Khalid Nadzri
Terbitan: Macheallstar United production
Pelakon: Ungku Ismail Aziz, Fasha Sandha, Wan Sharmila, Bell Ngasri, Amyza Adnan (sbg bibik Jawa), Balqish Semundur Khan (sbg bibik Thailand) , Bienda (sbg bibik Terengganu), Julia Ziegler (sbg bibik Filipina), Wan Maimunah (sbg bibik Melaka), Faye Kusairi (sbg bibik Sarawak), Noorkhiriah, Enot Abdullah, Syuhaida Abraz (Dottie), Ezzaty Abdullah, Kismah Johar, Nazia Mustafa, etc. 
Pelakon kanak-kanak: Duerra Mitilda, Syafi Danish
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2