BILA SEL-SEL OTAK BERHUBUNG

in , by Nadia Johari, 06:51:00
hai assalammualaikum

Bila Sel-Sel Otak Berhubung - Semalam nad, mr mafia dan Fariza berbuka puasa di Bangi Golf Resort. Ni kali kedua nad berbuka puasa di sini. Tahun lepas ada masalah sedikit, tapi nasib baik tahun ni tiada problem. Dapat makan dekat dalam, berhadapan dengan pentas.



Menu haritu semuanya sedap-sedap. Korang boleh baca Buffet Ramadan Bangi Golf Resort ni. Ramai jugak yang makan dekat situ, nampak tak dapat sambutan dia macam mana..fuh..Baby Fariza pun enjoy habis dekat situ. Dia pun kenyang makan tembikai..hahaha..Nad suapkan dia nasi jugak. Macam nad cakap dia suka benda manis. Jadi nak bagi makan nasi kena campur benda manis.


Lepas dah kenyang, memang muka banyak senyumla..hati riang...hahahamtak tau berapa kali take nad amik ni untuk buat dia senyum..


Time berbuka tu ada Yanty dan Razi. Sama time pulak makan masa tu. Dan semestinya bergambar itu mesti. Dan waktu tu, yanty pegang fariza sambil pegang aiskrim.Tengah sibuk si yanty panggil razi nak bergambar boleh pulak Fariza pergi makan aiskrim yanty..hahaha..tanpa disedari ok. Begitu bila sel-sel otak dia berhubung. Fokus dekat makanan, bila orang tengah lalali, dia boleh makan..huh!!!.. bertuahnya anak..hahha..


Dan lagi, kitaorang bergambar, dia boleh bantai makan aiskrim tu lagi..ayoyo..malu mommy..


Budak ni kann..kann..nasib awok comel, gebus gebas, geram mommy dibuatnya..nak marah kita pulak tergelak tengok muka dia yang takde perasaan tu..ishhh..lepas ni kena ajar, mintak barang orang. Jangan dikebasnya terus..haish..
hai assalammualaikum

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016 - Dah lama rasanya tak join giveaway ni. Kalau dulu rajin sangat. Tapi sejak ada anak ni, nak lawat blog orang lain amtla terhad. Tapi giveaway ni nad nak join sangat, sebab contestnya amat mudah dan mana tau rezeki terpilih sebagai pemenang. siapa tak kenal dengan online shoping www.nile.com.my yang menjual pelbagai barangan seperti kasut, pakaian wanita perempuan dan lelaki, beg dan macam-macam lagi. Nad sendiri pernah beli online dekat nile.com.my ni. Harganya murah dengan barang yang berkualiti. Memang masa tu and rambang mata masa beli..hahaha..sebab tu nak join giveaway yang dianjurkan www.nile.com.my ni. Tau pasal giveaway ni pun dari blog Lyssa Faizureen.

Nile.com.my kembali dengan Raya Giveaway, Jualan Raya Meletop 2016.

http://www.nile.com.my/page.php?cd=111

Nad taknak lepaskan peluang  "JUALAN RAYA MELETOP!!" nile ni. Dah beli lepas tu "FREE DELIVERY" pulak dengan pembelian minimum RM48. Jualan Raya Meletop ini berlangsung dari 30 May sehingga 18 July 2016. Dah nak raya ni, mestilah pilih barang yang best kan. Antara 5 barang yang menjadi idaman ialah:

Product:  European Style 4-in-1 Women Bag
JLM2016 Sales price: RM29.90
Date: 16/06/2016
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only


Product: Bow Design Princess Flats
JLM2016 Sales price: RM12.50
Date: 23/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 250 units only


 Product: Korean Style Long Blouse
JLM2016 Sales price: RM14.90
Date: 23/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only

Product: Waterproof Backpack
JLM2016 Sales price: RM22.90
Date: 27/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 100 units only

Product: Watches
JLM2016 Sales price: RM15.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 100 units only

Mesti tertanya kenapa banyak biru. Sebab nad penggemar biru..hehee..jadi banyaklah barang nad pilih warna biru. Kalau la menang, bolehla dapat barang idaman ni semua warna biru.

Nile.com.my mencari 6 orang pemenang untuk memenangi hadiah berikut:
RM 300 Duit Raya x 1 pemenang
RM 200 Duit Raya x 2 pemenang
RM 100 Duit Raya x 3 pemenang

Jangan tunggu lagi tau! Rebut peluang yang ada. Manalah tahu ada rezeki masing-masing kan. Tarikh tutup giveaway ini adalah 30/06/2016 sebelum jam 11.59 pm. Selamat mencuba!

BERMAIN SENDIRI

in , by Nadia Johari, 23:22:00
hai assalammualaikum

Bermain Sendiri - Setiap hari rutin sama akan ku buat. Penat tu takyah cakapla..kadang sambil buat kerja, terpaksa dukung dia. Sebab dia punya nak melekat tu kalau boleh macam gam..pergi mana-mana kena bawak dia..aduhh!!!.. Bila dah siap kerja nad, nad akan layan dia pulak..sampaila dia puas.

Tapi dia ni macam tak pernah puas, ajak je main..hahaha..last-last nad yang mengaku kalah...kadang tanpa sedar terlelap mata sebab terlalu penat. Macam semalam, sampai tak sedar nad. Mr mafia cakap dia dah main jauh sampai nak ke bahagian dapur. Main sendiri..mr mafia cakap buka. Main suka dia.


Tengokla ni..nad kadang dah penat suruh dia main sendiri mainan dia. Nanti dia layanla mainan dia sorang-sorang. Tak sangka pulak boleh terlepas main daripada tilam toto. Haishh bahaya sungguh. Memang tak boleh terlelap la lepas ni.. kena tahan dan tahan..haha



Tengok tu, main pampers dia la..pergi ke kipasla..haishh budak ni.. bahaya betul. Tak boleh dah suka-suka biarkan dia main sorang-sorang. Kenabagi dia tidur baru kita tidur.

TURBAN UNTUK SI KECIL : YUNA JUNIOR

in , by Nadia Johari, 12:24:00
hai assalammualaikum

Turban Untuk Si Kecil - Semalam nak cubalah tudung yang nad baru beli. Adalah dalam tiga helai gitu..hahha..Perempuan biasalah, tudung dah banyak pun nak beli lagi. Lain tahin kang mula kemas dah bagi kat orang..hahah.. Tengah sibuk-sibuk cuba pakai, si kecil Fariza asyik tengok mommynya pakai tudung tu..hahhaa..Dalam hati mesti dia ingat maknya nak keluar jalan, sebab dia dah pantang tengok mommynya pakai tudung, ingat nak keluar.


Lepas nad dah habis cuba, pandang Fariza, tiba-tiba mommy ada idea untuk pakaikan dekat Fariza..hahaha..Kreatif juga mommy buat turban dekat anaknya..lilit dua kali dan siap..fuh cantikkk...Fariza macam biasa takde perasaan apa yang mommynya buat. Asalkan, mommy tak tinggalkan dia...hahaha..


Tengok sahaja muka pasrah dia..penat nad surih senyum..masih tak senyum..letih la nak oii..mak nak buat awok senyum..tapi pandai jugak dia posing..hehe

Sebenanrnya memang nad nak beli turban untik dia raya ni. Comel je tengok budak pakai turban. Dah besar sikit ajar dia pakai tudung. Kalau sekarang pakai tudung takut die rimas pulak.


Nad ada nampak turban comel sangat. Tapi belum whatsup lagi penjual tu..Raya kali ni sangat mengujakan sebab sebelum ni berdua sekarang bertiga. Semakin sibuk mommy..hehhe.Setiap momment itu amat berharga.
hai assalammualaikum

Berbuka Puasa di Pak Tam Asam Pedas Sg Bakap Taman Melati Gombak - " abang ahad ni malas masak ".. nad dah cakap awal-awal dekat mr mafia ahad malas masak, sebab nak rehat..cakap awal takde la kelam kabut naknpikir makan mana. Tapi sama gak..sampai masa hari ahad tak tau nak makan mana..hahaha..
Mr mafia: sayang nak makan mana
Nad: Entahla bang..ermm..abang fikirla ( sebab dia je tau area kuala lumpur ni)..
Mr mafia: La sayang fikirla kat ne??
Nad: tak tau..abang la bawak sayang..tapi jangan bawak kat tempat sama..bosan. Bawakla jalan tempat lain yang sayang boleh tulis dekat blog..kalau tempat sama je apa nak tulis..hahah..

Nampak tak..nampak tak..kita masih fikir pasal blog..kita masih fikir nak kongsi tempat dengan pembaca nad..

Sampaila dia suruh bersiap pukul 5 gerak. Seorang suami yang memahami kerja isteri sebagai blogger, mesti nak cari bahan untuk kongsi..jadi bawakla tempat makan ni. Memang nad tak pernah pergi. Lokasi tempat makanan ni dekat Taman Melati Gombak. Rupanya dia dah banyak kali datang tempat ni jumpa klien, tapi tak bawak isterinya. Puasa ni baru bawak..nasibla..kalau tak merajuk tak sudah..hahaha..


Inilah tempat dia Pak Tam Asam Pedas Sg Bakap. Lokasi dekat dengan sekolah. Tak perasan pulak sekolah apa..

Sampai sana dalam pukul 6 petang. Tempat masih kosong, ingat tak da orang atau tak popular tempat ni..tapi rupanya diaorang dah booking awal untuk berbuka. Meja hampir penuh..huhuuhu..jadi masa nad sampai nasib ada meja lagi dan booking tempat. Masa tu siap-siap order makanan, bila dekat waktu berbuka, baru diaorang hantar makanan.




Suasana kedai makanan dia.


Ada juga menu yang disediakan untuk korang pilih sendiri dekat sini.



Jam menunjukkan hampir berbuka. Dekat situ ada pasang radio untuk dengar azan. Jangan risau ye. Hah makanan pun dah sampai untuk terhidang. Nama tempat dia pun Pak Tam Asam Pedas, jadi nad order Ikan Pari Asam Pedas. Nyumm.nyumm..besar betul ikan pari dia..seekor pun cukup untuk dua orang makan. Bagi nad asam oedas dia ok la. Cukup rasa..




Banyak lagi menu Asam Pedas lagi. Jangan risau. Korang boleh pilih..tengok gambar la tu nad dah bubuh..hehehe..





Menu lain nad order, sup campur, sayur kailan ikan masin, daging pedas dan sotong goreng tepung.


Tembikai dan kurma memang diaorang sediakan. Bagi free..:)..

Nyum..nyumm jemput makan korang..Budak kecik ni pun happy mommy suap tembikai dan nasi..

Harga Murah Giler!!!!



Dah habis makan mesti kena bayar, takkan tak bayar kan. Masa ni mesti ingat mahal kot tapi bila tengok kertas dia bagi..serius harga dia..murah weii!!!..

Masa ni memang nad terkejut habis. Ingatkan juadah ni dalam RM 50 ke atas..tapi bila tengok harganya cuma RM44.50 untuk Lima jenis makanan kau..harga macam tu..perghh!!! Dahla kenyang , perut pun dah terisi, senyum meleret la bila tengok harga macam tu. Rasa nak tambah lauk lagi..hahaha..masih tak percaya dengan harga..hahaha..

Kalau korang nak cuba bolehla pergi ke PAK TAM ASAM PEDAS SG BAKAP TAMAN MELATI GOMBAK. Tempat pun best dan selesa.
 Address: Melati Utama, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

MERIAHNYA RAYA BERSAMA JAKEL

in , , by Nadia Johari, 12:06:00
hai assalammualaikum

Meriahnya Raya Bersama Jakel - Siapa tak tenal dengan jakel.." Ingat kain, Ingat Jakel '..gitu..Jakel tempat pilihan cari kain baju raya, baju nikah, baju sanding, dan segala baju la. Macam-macam jenis kain dekat Jakel tu..Pernah nad masuk Jakel, sampai tak tau nak pilih yang mana..hahhaa. Haritu nad pergi event Oh Meriahnya Raya Bersama Jakel di Kuala Lumpur. Pertama kali pergi majlis Jakel ni. Ingat macam pergi majlis biasa, rupanya tu diaa..banyak orang berkumpul ooo..hebat tak hebatla Jakel ni. Berpusu-pusu orang datang. Kuala Lumpur pun jadi sesak..hehee..




Masa sampai dekat Jakel, kitaorang pun parking dekat tepi je. Pastu jalan kaki..senang..sesak takyah cakapla. Sebenarnya Jakel mempromosi koleksi terbaru baju raya yang bakal berada di cawangan Jakel seluruh Malaysia pada tahun ni. Kalau sebelum ni duta Jakel, Nabil, Aaron Aziz dan Rozita Che Wan, kini pelantikan baru empat selebriti tanahair untuk duta koleksi baju melayu, baju kurung dan jubah iaitu Jep Sepahtu, Awal Ashaari dan Scha Al-yahya serta Lara Alana.

Masa tu ingat dapat bergambar dengan Aaron Aziz, sanggup tinggalkan anak masa photoshoot..minat habis dengan Aaron Azziz...hahaa..tapi tak kesampaian. Ramai orang berpusu-pusu nak bergambor. Takpela..takde rezeki. Masa tu pulak Lara dengan Awal pun baru sampai. Comel betul Lara dengan baju yang dia pakai. Geram je rasa..tunggu fariza besar baru boleh pakai..hehe..


kita gambar dengan Dee jela..ala dulu berlakon cerita popular " Jangan ketawa "

Antara Koleksi Baju Raya JAKEL


1) Baju Melayu Moden
- Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dengan kekemasan pada leher, poket dan bercorak. zkeistimewaannya ialah berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Antara warna yang dijangkakan ada ialah hijau zamrud, biru diraja, peach, jingga, hijau tiffany, hijau mint dan merah cili.

- Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza kerana Jakel mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan koleksi Nabil Ahmad sebagai koleksi mampu milik.

- Selain itu, terdapat juga Baju Melayu Jep Sepahtu dan Baju Melayu Datuk Ac Mizal. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan menarik lagi akan dapat percuma sampin dan butang baju melayu dengan setiap pembelian..perghh..bagus sangat..memang murah kalau set ni ada dapat percuma..

2) Kolek Jubah Tarawih
- Jubah tarawih dibawah label Jep Sepahtu merupakan keluaran terbaru Jakel. Jubah ini meggunakan fbrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket. Setiap koleksi mempunyai 100 warna bagi setiap rekaan jubah.


3) Baju Kurung dan Pakaian Kanak-kanak
- Baju kurung dibawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung moden. Kali ini, Jakel mengeluarkan koleksi yang lebih elegan dan segar.

- Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin tetapi diolah kepada rekaan baju melayu bercorak. Koleksi baju melayu Upin Ipin dijual pada harga serendah RM59 juga diberi percuma samping dan butang baju melayu.


4) Koleksi Schawalara X Jakel
a) Scha Al-Yahya X Jakel
- Ni koleksi terbaru dari Jakel iaitu koleksi baju kurung dan ubah dress di bawah jenama Scha Alyahya. Fabrik yang digunakan sangat berkualiti iaitu dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. Baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza mengikut pada rekaan dan kualiti. saiz pulak jangan risau ia ada antara saiz S hingga XL.


b) Awal Ashaari X Jakel
- Baju melayu Awal Ashaari mengetengahkan potongan "shirt" tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu. Harga yang ditawarkan dari sserendah RM199 dan diberikan percuma sampng dan butang baju melayu. Selain itu, jubah bawah Awal Ashaari juga pun ada. Rekaan jubah disertakan dengan poket dibahagian hadapan dan juga di sisi bahagian kiri jubah bagi memudahkan si pemakain menyimpan barang. Untuk menambahkan gaya, ia didatangkan dengan "pochette" dwi bentuk untuk si pemakain tampil dengan dua stail yang berbeza. Logo AA dibahagian sisi " Hidden pocket " memberikan penjenamaan Awal Ashaari pada jubah ini.


c) Lara Alana X Jakel
- Asyik baju orang dewasa je, kanak-kanak perempuan pun nak jugak la kan..hehe..Jadi Jakel telah menampilkan lara Alana sebagai wajah terbaru duta untuk tahun ni. Baju kurung kanak-kanak perempuan direka dengan lebih 10 rekaan menggunakan fabrik yang lembut dan bersesuaian dnegan kulit kanak-kanak. Ia dihiasi dengan beads dan lace.

Bagi promosi kali ini , JAKEL Mall Kuala Lumpur telah memberikan 500 pasang baju melaju secara percuma kepada 500 orang oengunjung yang terawal.  JAKEL Trading Sdn Bhd juga akan meneruskan lagi sesi promosi bersama Duta Raya JAKEL ke cawangan JAKEL lain seperti JAKEL Shah Alam (11/6/2016) JAKEL Johoir Bahru, JAKEL Sabah dan JAKEL Sg Petani sebelum berakhir di Alor Setar pada 2 Julai 2016. Meriah kan raya dengan baju Jakel yang lawa-lawa ni..aduh teruja kita..Kita dapatla baju satu warna hijau..Bolehla buat raya nanti..Untuk lebih lanjut boleh layari www.jakel.my

Atau datang ke

JAKEL Mall
Lot 159, Jakel Square, Jalan Munshi Abdullah,
50100, Kuala Lumpur
WP - Kuala Lumpur, Malaysia
Phone : +603 2615 0777
Fax : +603 2615 0778
Opening Hour : 10am - 8.30pm


hai assalammualaikum

Segarkan Tekak Dengan Air Kedondong Man Java Di Bulan Puasa - Bulan puasa ni, memang badan kekurangan air. Sebab tu masa berbuka nad minum air banyak sebab terlalu haus. Lagi sedap kalau dapat air berperisa ni. Selalu minum air soya, tembikai je kan. Kali ni minum Air Kedondong Man Java. Minum terus dari botol je, tak perlu bancuh-bancuh..sedap sangat.


Air Kedondong Man Java ni dicampur dengan asam boi tau. Bila minum, memang terus segar tekak. Pertama kali minum air kedondong ni, memang terasa dekat tekak ni. Air kedondong ni asli, takde bahan campuran apa-apa cuma ditambah asam boi sahaja.



Boleh diminum bila tengah layan tv. Memang tak sedar bila air dah separuh habis..hahaha..

Air Kedondong terbaik dari Man Java.


Selain Air kedondong, ada juga Air Kelapa Laut. Air ni pun sedap. Kalau korang nak beli boleh beli dengan kak Shuhaida Kabdy.
Facebook: Shuhaida Kabdy
Blog: www.shuhaidakabdy.com
hai assalammualaikum

Masker Safi Meremajakan dan Mencerah Kulit Wajah - Sebut masker, nad memang suka pakai masker. Sebelum ni, nad pakai masker jenis sapu dekat muka. Lepas tu nak menariknya punya sakit..hahhaa..Lepas tu buat mask buatan sendiri, mask kunyit..konon nak jimat..mask bahan semulajadi ni kan bagus..Tapi lepas tu tak pakai dah sebab malas nak sapu..hahha..Lepas tu nad cuba pakai masker yang tampal terus ni. Senang je pakai, terus lekat dekat muka tunggu sampai kering dan tanggal.

Kenapa perlu pakai masker wajah?? Adakah sebab untuk memperbaiki kulit atau ingin kelihatan lembap dan muda sentiasa??. Setiap masker ada fungsi masing-masing. Yang penting masker wajah mempunyai pembersihan yang mampu menyegarkan dan menyelesaikan kulit bermasalah. Dalam penjagaan muka, jangan lupa masker wajah, walaupun dipakai 2 kali seminggu. Bagi mendapat kecantikan yang menyeluruh.

BABY FARIZA SUKA BENDA MANIS

in , by Nadia Johari, 15:27:00
hai assalammualaikum

Baby Fariza Suka Benda Manis - Nad perasan Fariza kalau makan campur benda manis macam pisang, apple dan kurma laju je dia makan. Takda buat muka berkerut pun. Tapi kalau takde benda manis ni, muka dianak senget-senget..hahaha..lepas tu terus pergi main benda lain..haishh budak ni..pandai memilih dah..


Jadi nad terpaksalah bubuh dalam makanan dia, bubuh benda manis..Kalau nak buat bubur campur ayam pun kena letak kurma atau epal bagi manis. Hah masa tu, nasi tu cepat je habis..



Berselera dia kalau makanan tu dia suka. Takyah dipanggil, dia datang sendiri. Dia yang kejar kita..hahaha..

Harini dia makan bubur dengan kurma dan pisang. Nad pun tak pernah makan macam ni..hahaha..Tapi tengok anak makan bulan puasa ni, makanan dia pun nampak menyelerakan..dugaan betul...hahaha..


Alhamdulillah..kenyang..lepas tu mandikan dia dan susu badan. Dan tido..hehhe..tu la keje dia..

SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

in , by Nadia Johari, 07:16:00
hai assalammualaikum


Sentiasa Berfikiran Positif - Selamat pagi semua..harinibmata cerah pulak..selalu tidur sekejap..hahaha..Alhamdulillah dah masuk Ramadhan Ke 5..Semuanya berjalan dengan lancar. Dalam hidup ni banyak kita tak puas hati, sakit hati..kalau kita dah buat baik dekat orang macam mana pun, orang tak boleh terima, kita nak buat macam mana kan. Tapi bila kita dah buat yang terbaik, sedangkan pihak satu lagi masih buat tak tau..datang perkataan " kau dah kenapa"..ermmm sabar jela..

Sebenarnya nad ada ternampak status dekat facebook dekat seorang hamba Allah ni. Nak kata kita buat salah, kita dah mintak maaf, dah mengalah, dan selalu je ingatkan orang tu. Tapi orang tu pulak buat-buat lupakan kita. Ermm..sedangkan dah dekat kot???..kenapa buat macam ni??.. Mengapa??.. Apa lagi yang tak puas???.. Rasa nak komen je, tapi takpela..kang komen jadi lain pulak.. Kita anggap jela dia tu tak ada hal...ermmm..

Lagi-lagi puasa ni. Kena bawak-bawak bersabar. Jadi kita berfikiran positif jela. Kalau nak buat sampai bila-bila, buat jela..kami tak halang. Apa kami buat, kami tetap tegur dan senyum. Kami sentiasa ingat orang tu. Tak perlu nak kusut-kusutkan kepala. Walaupun benda tu memnag patut diamik serius tapi lupakan jela..huhuhu..

Orang kadang tak boleh terima pandangan kita. Lain cakap,lain fikirnya. Kang apa nak disampaikan dah disalahertikan..jadi terskan hidup dengan gembira..yeahhh...Penting sekali, bila kita gembira, hati senang..hidup aman..hehhee..

Dah macam tazkirah jumaat je..hehhe..Salam jumaat kepada semua..sentiasa berfikiran positof ok..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2