hai assalammualaikum

Personal Assistant - Berangan sangat nak ada personal assistant..hahha..kalau kerja bagus, peramah, cepat bertindak ok la kan. Senang sikit kerja nad kalau ada pembantu atau personal asistant ni..hahaha..Dah selalu bawak dia ke hulu hilir, pergi majlis, jumpa orang ramai. Perangai ok, cuma satu je la, kurang ramahnya, kurang senyumnya..susah gini..hahaha..Kalau muka dok masam sahaja, mau lari pelanggan nad ni..



Eh nad dah ade personal assistant ke??. Huish ade dah..kahkah..Fariza la..tunggu dia besar..taula dia kerja mommy dia apa. Kalau dia suka ikut mommy dia, nad ok je..kalau dia ada minat lain, nad pun ok je asalkan benda tu bagus untuk dia. Harap bila membesar, Fariza ni suka senyum selalu la ye..peramah dengan orang ye nak..macam mommy dan daddy..eh!!.. hahaha..


Jangan masam je, nanti orang tak suka. Kita kalau boleh, nak orang suka kita..senyum itukan satu sedekah..kalau senyum selalu nanti awek muda ok..manis je bila kita senyum..hehehe..


Bila mommy sibuk, mommy ayuejean pulak amik turn..amboii hang berlagak macam bos na!!!.. hahaha..kesian mommy ayuejean..tak memasal kena jadi babysitter..

Bawak anak pergi sana sini nak ajar bir die kenal orang dan tak takut dengan orang. Bila pergi pasar pun bawak, senang orang kenal dapat diskaun..hahaha..okla..personal assistant mau tidur...penat bekerja awal pagi..hehhee..


hai assalammualaikum

Hadiah Istimewa Jubah Dan Kurta Untuk Mak Dan Ayah - Haritu kita ada sambut Hari Ibu dan Ahad semalam kita sambut Hari Bapa kan. Jadi nad terfikir nak belikan mak ayah sesuatu. Selalu kitaorang akan buat makan-makan, tapi tunggu nad balik kampung baru nad akan buat..hehee..Alhamdulillah, haritu dapat rezeki lebih, jadi nad pun cadang nak belikan hadiah istimewa untuk mak dengan ayah.

Macam mak memang suka barang-barang ni, ayah tak pernah cakapla dia suka apa..hahaaha..tapi apa anaknya bagi mesti dia suka kan. Jadi nad terfikir untuk belikan Jubah dan Kurta untuk mak dengan ayah. Dah nak raya ni, diaorang pakai sedondon kan manis..hehee


Jubah dan Kurta ni, nad beli dengan kawan nad. Dia ada post dekat group whatsup. Tengok harga ok la untuk sepasang. Mula-mula ingat nak surprise, tapi nanti takut tersalah saiz ke apa, terpaksa bagitau mak..hahaa..kita pun cakapla
Nad: Mak saiz jubah apa??
Mak: Ko nak belikan ke?? Takyahla..( biasalah orang tua suka cakap takyah..padahal dalam hati suka memanjang..hehee )
Nad: ish cakap je mak, Diah nak beli juga...
Mak: Takyahla, nanti terbesar, salah saiz..( macam-macam mak kita ni tau )
Nad; Diah amik saiz L tau..
Mak: Hah! mak kalau boleh nak warna hitam..taknak terang-terang ( eheh tadi beriya taknak..hahah)
Nad: ok..

Sebenarnya jubah ni sama dengan jubah nad jugak..hahaa..warna pun sama..amik dark blue. Nad tengok saiz S untuk nad besar macam ni, jadi boleh anggar saiz untuk mak berapa. Untuk ayah, kurta. Cantik sangat kurta dia. Saiz ayah sama dengan saiz mr mafia. Jadi nad amik saiz M.

DETAIL JUBAH
- Material Peach Koshibo
- Wudhu' Friendly
- Breasfeeding Friendly
- Ironless
- Kain Sejuk apabila di pakai
- Flowy (tidak melekap di badan)
- Poket di sebelah kanan baju
- Kualiti sangat baik
- Tidak jarang

DETAIL KURTA
- Material Peach Koshibo
- Ironless
- Kain Sejuk apabila di pakai
- Magic button
- Poket di sebelah kanan (hidden zip)
- Poket di sebelah kiri juga ada
- Poket terletak di dada
- Kualiti sangat baik

Masa amik gambar ni warna tak sama macam gamabr yang ditunjukkan atas..hahaa..mungkin pencahayaan tu..takpela asalkan lawa dan mak ayah pun suka. Ayah pergi sembahyang raya dengan baju kurta..fuh segak weii..Sebenarnya ni pun baju raya nad..hahahaa..takpela sama..kan lawa sedondon...

HUJAN DI BULAN RAMADHAN

in , , by Nadia Johari, 23:24:00
hai assalammualaikum

Cuaca Sejuk Di Bulan Ramadhan - Sebelum ni musim panas terjadi. Panas yang tak dapat diungkap. Nad fikir kalau cuaca panas ni berlarutan sampai bulan puasa, memang duduk rumah jela jawabnya. Tapi, syukur alhamdulillah, hujan turun sebelum bulan puasa. Dan bermula bulan puasa, hujan pun masih turun. Sejuk, nyaman sahaja. Tak terasa penat bila berpuasa ni. Tengok-tengok dah boleh berbuka.


Kat Kuala Lumpur ni tak tentu hujannya, tapi kerap waktu petang sampai ke malam. Syukur alhamdulillah, sebab terasa sejuk je walaupun waktu siang. Malam lagila jangan cakap, tak pasang kipas pun iya. selalu tak pakai selimut, sejak hujan turun ni, selimut kena pakai..hehe. Bila cuaca macam ni, takda rasa haus atau penat. Lagi-lagi nad ni tengah menyusukan baby Fariza. Alhamdulillah, sebab selama berpuasa ni, semuanya berjalan dengan lancar. Fariza pun kenyang takda masalah. Nad pun ok dan tak rasa penat. Masih boleh bertahan.

Tetapi, bila hujan turun ni,kesian pula pada peniaga-peniaga di bazar Ramadan. Mula terfikir, Bagaimana jualan mereka? Apa mereka nak buat dengan jualan tu?..mesti banyak tak habis kan. Lagi-lagi makanan, senang basi. Penat diaorang uruskan itu ini, masak makanantu, lepas tu hujan. Pelanggan mesti tak ramai.  Sudahlah makanan patut dijaga supaya tidak dimasukki air, apabila pelanggan guna payung. Situlah nak letak payung, meja dan segala jenis barang yang nak dijual. kesian pun ada...ermm

Apa-apa pun, hujan itu satu rahmat. Jangan lupa untuk bersyukur.
hai assalammualaikum

Sayang Seorang Bapa - Kita selalu labelkan, ayah, bapa, papa, daddy, abi ni seorang yang sangat garang dan sifat pemarah yang tinggi. asal salah sikit, melenting dan dirotan. Namanya seorang bapa, ayah, daddy,..mestilah menunjukkan sifat yang tegas, supaya anak-anak ada juga sifat takut dan dengar cakap mereka. Itulah tanggungajawab mereka, garang bukan sebab tak sayang, tapi diaoranglah yang paling sayangkan anak-anak mereka. Serius, betul nad cakap. Garang diaorang sebab sayang, garang diaorang untuk mengajar. Mengajar untuk menjadi lebih baik. 

Pernah nad teringat masa kecik, memang takut dengan ayah, sebabnya ayah garang sangat..hahaa..apa-apa mesti jumpa mak dulu. Tapi, setiap kali keluar, ayah mesti belanja makan dekat kedai-kedai biasa je. Kalau nak baju ke seluar ke,mintak sahaja dengan ayah..hahhaa.. Masa kecik memang tak tunjuk sayang tu, tapi semakin kita dewasa, kita makin nak jauh dengan dia, dia akan tunjuk sifat sayang tu.

Ayah akan mula bergurau dengan kitaorang adik beradik. Kalau dulu nak bergurau pun payah..hahaa..sekarang pun masih ada lagi garang dia sebenarnya..tapi tak banyak..Bila balik kampung, cium pipi lagi dengan ayah. Bila fikir balik, memang ayah banyak berkorban untuk kami adik beradik. Membesarkan kami. Kerja dengan mak, bawak lori, jual barangan dapur, basah dan kering. Setiap pukul 4 pagi dah bangun, lepas tu berkemas, pergi ke pasar, lepastu baru pergi menjual di Shah Alam. Sampai sekarang masih menjual lagi. Itulah ayah.


Mr mafia pulak, fuh..lagi takut...garang yang amat..hahaha..Dia dah start mengajar Fariza, dah mula didik Fariza. Bagi dia, ajar dari sekarang bagus, biar Fariza dah besar tak susah nak di didik. Sekurangnya dia dah dengar kata. Contoh, masa Fariza nak main kipas yang sedang berpusing, dia akan tinggikan suara, ketuk tangan anak ( takdela kuat). Fariza paham, bila dah dibuat macam tu, setiap kali dia nak pegang, kita angkat tangan, mata die dah berkedip-kedip takut..hahaha..lepas tu dia larila..kadang dia tak paham lagi..sebab tu kena bagi paham.

Kita sebagai maknya mesti la rasa kesian ke anak, sebab dimarah macam tu, tapi kita tau niat dia untuk mengajar. Kadang-kadang nad marah juga mr mafia..hahaha..Mr mafia tau permainan apa yang sesuai untuk Fariza supaya dia belajar. Mr mafia ni beli mainan bukan sekadar untuk dia bermain, tapi supaya Fariza belajar sekali. Mr mafia selalu akan berfikir benda yang terbaik untuk anak dia. Selalu pesan dekat nad, layan anak macam kawan, sebab anak takkan malu nak cerita macam-macam. Gitulah..

Sempena Hari bapa ni, nad nak ucapkan, Selamat Hari Bapa kepada ayah dan husband. Untuk ayah, terima kasih sebab menjaga dari kecik sampaila ke besar. Untuk mr mafia, terima kasih melayan karenah anak dan isteri. Bersusah mencari rezeki..Untuk ayah dan mr mafia, i love you so much..muahh...


hai assalammualaikum

Alter Baju Raya - Kalau dekat kampung, taula mana nak cari tukang jahit nak alter baju ni, tapi kalau dekat Kuala Lumpur, nak cari yang dekat dengan rumah susah giler. Tanya mr mafia, lagi la dia tak tau. Tanya member, dia cakap dekat Jalan Tar ada..aduhh.. memang ntah bila dapat pergi Jalan Tarbtu, sebab mr mafia bukan rajin nak pergi situ.



Sampaila satu hari tu, macam biasa tempat shoping nad ialah Tesco Ampang sebab dekat dengan rumah. Kalau datang situ, mesti jalan-jalan sekali tengok tudung la, baju la dekat kedai bahagian luar tu. Sekali ternampak, satu kedai yang buat servis alter baju. Bukan setakat baju kurung, jubah boleh, seluar boleh..nad rasa semua la dia boleh buat. Nak pendekkan baju, nak kecikkan baju, nak penddekan seluar. Cuma tak tanya pulak, boleh pasang zip ke tak..hahhaa..sebab baju nad ada yang patah zip.


Dah nak raya ni, mestilah nak ngam-ngam baju raya dengan badan. Almaklumla, badan kecik sangat..baju pulak saiz S pun boleh besar gedabak..hahaha..sebab tu kena alter..baru sedap pakai. Tu dia dua jubah dan 1 baju kurung.

Baju kurung coklat tu sebenarnya zaman dengan ex dulu. Saiz S tapi besar giler, sampai tak pernah pakai langsung. Nak alter dari , tapi asyik tak sempat je..hahaha..sekarang baru dapatvalter. Kira baju raya barula walaupun dah lama. Lama sebab tak pakai. Jadi baru sebab akan pakai tahun ni untuk raya..hehehe..Harga nad hari RM45 untuk 3 baju. Jubah tu satu RM 10..baju kurung je mahal sikit.

Jubah tu pun dah kecikkan sikit, dah potong bawah sikit. Takdelah sampai sapu lantai kan..hehehe..ok siap untuk baju raya. Merekanyang berdekatan, tak tau mana nak cari servis alter baju, boleh datang Tesco Ampang. Kedai dekat bahagian luar.

BURGER BIRU PADAT DAN SEDAP

in , by Nadia Johari, 23:10:00
hai assalammualaikum

Burger Biru Padat Dan Sedap - Sebelum ni, mr mafia ada bawak balik burger biru Sosej. Sosej tu besar, memang padat la. Memang kenyang malam tu makan. Pastu dalam beberapa hari tu, teringin balik nak makan Burger Biru Sosej tu. Tengok macam mana dia buat kita teringat-ingat..huh!!..Kenapa nad suka sngat dengan Burger Biru. Sebab dia buat padat isinya. Pulak tu sedap giler..

Disebabkan dah tak tahan, ajak juga mr mafia pergi gerai Burger Biru tu. Dah teringin sangat nak Burger Sosej tu. Nad pergi sebelum puasa sebenarnya. Time ni baru nak cerita..hahaha..Tapi dimaklumkan bulan puasa tak buka kedai kot..tapi tak taula..hahahha..


Masa ni teringin makan Burger Sosej..jadi orderla dua. satu untuk nad, satu untuk mr mafia. fariza tak boleh..heheh..Fuh bau dia mengiurkan..Tengokla tu meleleh-leleh weiii..Dah macam cerita omputih, diaorang kan suka bubuh penuh-penuh..hah!!..macam tu la Burger biru ni buat...sleera tinggi..


Tengokla tu sosej dia..besar bak hang..padat..memang kenyang..

Masa makan tiba-tiba terdengar ada orang nak order oblong double special. Tanyalah macam mana rupa oblong tu. Dan ditunjuknya..perghh menggugat betul. Dan akhirnya...nad telah terorder tanpa sengaja..hahahah...Jadi mr mafia ikutkan sahaja..





Fuh..Burger Biru Oblong Double Special siapp...nyum..nyumm..Silalh buka mulut besar-besar ye..hehehe

Malam tu kenyang makan burger jele..Sedapnyaa...Gerai Burger Biru ni dekat dengan Restoran Mamak Fatimah Ghous Ampang..bukan pelakon fauziah ghous erk..hahaha..ok selamat menjamu selera..Boleh tengok facebook; Burger Biru.
hai assalammualaikum

Bayi Rasa Nyaman Dengan Minyak Anugerah Bebe - Nad tak tau pulak yang minyak telon baby ni merupakan salah satu benda penting yang wajib ada dalam senarai list. Tak terfikir pun masa nak beli barang baby. Yela, kita jarang baca bab minyak telon baby ni. Ada orang tulis dalam senarai barang baby, tapi tak amik port pun, ingat tak perlu sangat. Sampaila Fariza lahir, akak nad tanya " ko ada belikan dia minyak tak"..nad pun terpinga, cakap "untuk apa".. " La baby kan memang perlu pakai minyak, biar tak kembung, tak sejuk"..Manalah nad tau semua tu..yang nak tau lepas mandi pakai bedak dengan lotion je..haaha..



Pernah Fariza menangis tak berhenti. Nad bagi susu dia tolak, nad baringkan dia nangis, tapi bila diangkat dia lega sikit. Hah!! kembung perutla tu. Bila dia dapat kentut, lega dia. Lepas kejadian tu, nad pun pakaikan Fariza dengan minyak telon pemberian kakak nad. Kadang-kadang baby ni tak boleh terima sebarang minyak, takut naik merah-merah dekat badan. Fariza pulak, dia pakai ok, tapi minyak yang akak nad bagi macam panas sikit, jadi takut Fariza tak sesuai. Lepas tu, nad cubala Minyak Telon Anugerah Bebe ni. Mesti korang dah tau pasal Minyak Anugerah Bebe ni kan. Nad ni baru dapat jumpa minyak ni. Ramai dah kata bagus untuk bayi minyak ni. Tak terlalu panas dan sedap je bau dia. Fariza pun nampak selesa je.


Selalunya kalau beli minyak telon fariza ni, nad tengok isi kandungan dia. lagi bagus kalau dari bahan-bahan semulajadi dan tradisional. Minyak Anugerah Bebe ni  diperbuat daripada minyak kayu putih, lengkuas, serai, pudina dan limau purut yang dapat memberikan keselesaan kepada bayi. Patutla baunya wangi ada serai dan limau purut.


Bila tuang dekat tangan, nampak macam berminyak sangat kan, tapi bila dah sapu dekat tangan Minyak Anugerah Bebe ni akan meresap terus dan tak melekit. Jadi pemakaian tu jangan banyak sangat, kang cepat habis. Pakai dua atau tiga titik pun cukupla..lepas tu usap dekat badan baby.


Selalu nad bubuh minyak telon ni selepas mandikan Fariza. Nad akan sapu dekat dekat bahagian perut, belakang, peha kentucky dia tu..hahaha..dan telapak kaki. Bubuh sedikit dekat siku..Bagi badan dia hangat-hangat dan lena je tidur. Setiap tengah malam pun nad sapukan Minyak Anugerah Bebe ni supaya malam dia mimpi indah gitu.


Minyak Bebe Anugerah ni sesuai digunakan dari bayi baru lahir sehingga lah 3 - 4 tahun. Serius best rupanya minyak ni, kadang nad sapu sedikit dekat perut nad, nak rasa jugak..hahha..sedap rupanya. Disarankan kepada para ibu, kalau taknak anak kembung malam, taknak panik sebab anak asyik menangis je, baik korang beli Minyak Anugerah Bebe ni. Wajib ada dalam senarai list barang-barang anak korang..

Harga pun murah je. Mampu milik..Minyak Bebe Anugerah 50ml/botol RM15 sahaja!

Untuk maklumat lanjut boleh layari
website: http://www.anugerahwellness.com/index.php/minyak-bebe-anugerah.html
Facebook: Anugerah Wellness
Instagram: Anugerah Wellness

Alamat
ANUGERAH INTERNATIONAL SDN. BHD. (971560-V)
P.O Box 7319, Persiaran Dato Menteri
40000 Shah Alam, Selangor

NO. TELEFON
+603 4143 0441

WAKTU OPERASI
Isnin - Jumaat
9.00AM - 6.00PM




BILA SEL-SEL OTAK BERHUBUNG

in , by Nadia Johari, 06:51:00
hai assalammualaikum

Bila Sel-Sel Otak Berhubung - Semalam nad, mr mafia dan Fariza berbuka puasa di Bangi Golf Resort. Ni kali kedua nad berbuka puasa di sini. Tahun lepas ada masalah sedikit, tapi nasib baik tahun ni tiada problem. Dapat makan dekat dalam, berhadapan dengan pentas.



Menu haritu semuanya sedap-sedap. Korang boleh baca Buffet Ramadan Bangi Golf Resort ni. Ramai jugak yang makan dekat situ, nampak tak dapat sambutan dia macam mana..fuh..Baby Fariza pun enjoy habis dekat situ. Dia pun kenyang makan tembikai..hahaha..Nad suapkan dia nasi jugak. Macam nad cakap dia suka benda manis. Jadi nak bagi makan nasi kena campur benda manis.


Lepas dah kenyang, memang muka banyak senyumla..hati riang...hahahamtak tau berapa kali take nad amik ni untuk buat dia senyum..


Time berbuka tu ada Yanty dan Razi. Sama time pulak makan masa tu. Dan semestinya bergambar itu mesti. Dan waktu tu, yanty pegang fariza sambil pegang aiskrim.Tengah sibuk si yanty panggil razi nak bergambar boleh pulak Fariza pergi makan aiskrim yanty..hahaha..tanpa disedari ok. Begitu bila sel-sel otak dia berhubung. Fokus dekat makanan, bila orang tengah lalali, dia boleh makan..huh!!!.. bertuahnya anak..hahha..


Dan lagi, kitaorang bergambar, dia boleh bantai makan aiskrim tu lagi..ayoyo..malu mommy..


Budak ni kann..kann..nasib awok comel, gebus gebas, geram mommy dibuatnya..nak marah kita pulak tergelak tengok muka dia yang takde perasaan tu..ishhh..lepas ni kena ajar, mintak barang orang. Jangan dikebasnya terus..haish..
hai assalammualaikum

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016 - Dah lama rasanya tak join giveaway ni. Kalau dulu rajin sangat. Tapi sejak ada anak ni, nak lawat blog orang lain amtla terhad. Tapi giveaway ni nad nak join sangat, sebab contestnya amat mudah dan mana tau rezeki terpilih sebagai pemenang. siapa tak kenal dengan online shoping www.nile.com.my yang menjual pelbagai barangan seperti kasut, pakaian wanita perempuan dan lelaki, beg dan macam-macam lagi. Nad sendiri pernah beli online dekat nile.com.my ni. Harganya murah dengan barang yang berkualiti. Memang masa tu and rambang mata masa beli..hahaha..sebab tu nak join giveaway yang dianjurkan www.nile.com.my ni. Tau pasal giveaway ni pun dari blog Lyssa Faizureen.

Nile.com.my kembali dengan Raya Giveaway, Jualan Raya Meletop 2016.

http://www.nile.com.my/page.php?cd=111

Nad taknak lepaskan peluang  "JUALAN RAYA MELETOP!!" nile ni. Dah beli lepas tu "FREE DELIVERY" pulak dengan pembelian minimum RM48. Jualan Raya Meletop ini berlangsung dari 30 May sehingga 18 July 2016. Dah nak raya ni, mestilah pilih barang yang best kan. Antara 5 barang yang menjadi idaman ialah:

Product:  European Style 4-in-1 Women Bag
JLM2016 Sales price: RM29.90
Date: 16/06/2016
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only


Product: Bow Design Princess Flats
JLM2016 Sales price: RM12.50
Date: 23/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 250 units only


 Product: Korean Style Long Blouse
JLM2016 Sales price: RM14.90
Date: 23/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only

Product: Waterproof Backpack
JLM2016 Sales price: RM22.90
Date: 27/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 100 units only

Product: Watches
JLM2016 Sales price: RM15.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 100 units only

Mesti tertanya kenapa banyak biru. Sebab nad penggemar biru..hehee..jadi banyaklah barang nad pilih warna biru. Kalau la menang, bolehla dapat barang idaman ni semua warna biru.

Nile.com.my mencari 6 orang pemenang untuk memenangi hadiah berikut:
RM 300 Duit Raya x 1 pemenang
RM 200 Duit Raya x 2 pemenang
RM 100 Duit Raya x 3 pemenang

Jangan tunggu lagi tau! Rebut peluang yang ada. Manalah tahu ada rezeki masing-masing kan. Tarikh tutup giveaway ini adalah 30/06/2016 sebelum jam 11.59 pm. Selamat mencuba!

BERMAIN SENDIRI

in , by Nadia Johari, 23:22:00
hai assalammualaikum

Bermain Sendiri - Setiap hari rutin sama akan ku buat. Penat tu takyah cakapla..kadang sambil buat kerja, terpaksa dukung dia. Sebab dia punya nak melekat tu kalau boleh macam gam..pergi mana-mana kena bawak dia..aduhh!!!.. Bila dah siap kerja nad, nad akan layan dia pulak..sampaila dia puas.

Tapi dia ni macam tak pernah puas, ajak je main..hahaha..last-last nad yang mengaku kalah...kadang tanpa sedar terlelap mata sebab terlalu penat. Macam semalam, sampai tak sedar nad. Mr mafia cakap dia dah main jauh sampai nak ke bahagian dapur. Main sendiri..mr mafia cakap buka. Main suka dia.


Tengokla ni..nad kadang dah penat suruh dia main sendiri mainan dia. Nanti dia layanla mainan dia sorang-sorang. Tak sangka pulak boleh terlepas main daripada tilam toto. Haishh bahaya sungguh. Memang tak boleh terlelap la lepas ni.. kena tahan dan tahan..haha



Tengok tu, main pampers dia la..pergi ke kipasla..haishh budak ni.. bahaya betul. Tak boleh dah suka-suka biarkan dia main sorang-sorang. Kenabagi dia tidur baru kita tidur.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2