BAJU RAYA PERTAMA FARIZA

in , , by Nadia Johari, 23:17:00
hai assalammualaikum

Baju Raya Pertama Fariza - Tahun ni memang tahun menggembirakan bagi nad dan mr mafia. Sebab tahun ni raya bersama orang ketiga iaitu anak perempuan kami Fariza. Raya tahun ni memang sibuk untuk dia jela. Lagi-lagi bab pakaian, memang semua kena baru la..Pilih baju baby ni kena tengok saiz, kalau boleh saiz yang boleh dipakai sampai umur dia setahun..tu namnya jimat..hahaha..Yela budak cepat membesar kan. Nanti baju dia dah besar, beli lain pulak..



Tau jela kalau anak perempuan, semua kalau boleh nak beli dari kepala sampai la ke kaki. Excited sangat mommy ni ha..Bak kata mr mafia, raya setahun sekali, beli baju anak sekali sekala jugakla kan..hehehe. Koleksi baju raya Fariza ada dri Mothercare, Poney dan lace..gitu macam-macam nama tempat.


Yang ni baju raya pertama Fariza. Semestinya sedondon dengan mommy dan daddy dia. Baju ni nad beli online. Masa ni sebelumm puasa lagi, nad dah cari..ahaha..sebabnya baju raya kitaorang pun, nad beli sebelum raya. Persiapan raya tu kena awal. Kalau tak pening nak cari baju anak ni. Nad usha dekat instagram, tengok lawa je baju ni. Warna pulak dah sama. Nad ni satu perangai, kalau dah nampak sama warna, dah cantik di mata, tengok harga pun ok, nad terus beli. Takda dah pandang lain. Lagi satu kalau beli dekat luar, nak cari sama warna tak semestinya akan dapat. Jadi amik jela yang dah nampak ni.

Ni la baju Fariza yang preorder tu..haaha..ada entri nad cerita pasal Preorder dekat SINI. Sampai dekat rumah terus pakaikan Fariza. Ramai cakap baju ni besar..hahaa..tapi takpela, leh pakai banyak kali baju ni untuk pergi majlis mana-mana kan. Mulanya pakai die macam rimas gak, tapi lama-lama ok..Dia takda tarik-tarik baju tu rimas ke apa..hahaha..

Headband tu pulak memang padan dengan aju dia. Saja pilih bunga besar biar nampak perempuan...hehee..Ni lagi satu bagus, dia tak tarik headband dia..bagus anak..


Raya Kedua, nad masih raya di Kuala Lumpur. Jadi raya kedua nad pakaikan dia Baju tshirt dengan seluar. Sebab raya ketiga kitaorang beraya ke rumah ayah mertua nad. Ada nad cerita dekat SINI. Taknak bagi Fariza panas dan selalu selesa masa jalan jauh. Memang cantik baju dia, hijau kuning. Berbunga-bunga baju dia. Nampak ranggi ok..hehee..


Ni baju raya Ketiga. Baju kurung coklat. Masa ni beraya dekat Kampung pulak. Baju ni nad beli dekat Jalan Taiping Klang je. Saja malam tu nak tengok jualan raya, punya ramai orang..haahha..Gigih jugak pergi nak cari baju anak ni ha. Baju ni ngam-ngam je dengan dia..memang tak sempat pakai setahun..hahaha..Tapi okla, dia ok je pakai baju ni..Tak menangis dan tak bising sebab baju.


Raya keempat pakai tshirt dengan seluar jeans..Ni daddy yang nak tengok sangat anaknya pakai jeans..mommy ikutkan jela..Nasib ada saiz dia..Sekarang budak-budak dah ada baju macam-macam.


Lagi satu kasut..Kasut ni jenis kain jeans. Ni pun mr mafia yang nak beli sangat. Kalau nad, baby lagi tak perlu kasut-kasut sebab takkan terpakai..tapi daddy nak beli aangat kenala pakai ye nak oii..Cantik jugak kasut ni..

Yang lain-lain baju-baju dia yang memang sedia ada..Macam ni la baju anak perempuan.

JUBAH PILIHAN BAJU RAYA TAHUN INI

in , , by Nadia Johari, 23:58:00
hai assalammualaikum

Jubah Pilihan Baju Raya Tahun Ini - Ni kali pertama nad pakai jubah masa raya. Sebelum-sebelum ni, tak pernah langsung pakai jubah, nad pakai baju kurung moden, baju kurung biasa. Nak pakai jubah takut nampak besar dan panjang. Tapi lepas berkenan tengok orang kurus pendek macam nad pakai jubah, lawa je. Pulak tu tahun ni ada Fariza yang breasfeeding, kena la cari baju yang sesuai. Sebab tu tahun ni raya nak pakai jubah.

Lepas tu tiba-tiba kawan post dekat whatsup, tunjuk gambar baju jubah beserta kurta sepasang sedondon gitu. Bila tanya harga, murah gila, jubah perempuan dan kurta lelaki sepasang, hanya RM150 je. Apa lagi terus beli jela. Tak tau kalau dekat luar mesti lagi mahal kan, jadi beli siap-siap. Yang penting dia warna biru..hehehe..Sebelum beli tu, tanya mr mafia dulu, nak tak pakai bju kurta ni, lain dari lain sikit, sebab sebelum ni pakai baju Melayu je kan, nasib dia nak..hehee..


Pagi raya tema Biru sedondon kami beranak..Ni la jubah nad pakai. Jubah ni saiz S, tapi masa sampai nad cuba pakai, takutla besar, panjang ke, cek baju kot-kot mana tak elok, yela harga murah, tapi semuanya ok, kain sedap, tak panas. Dan paling penting ada zip dekat bahagian atas untuk ibu menyusu. Tapi macam biasa, nad pendek, jubah ni panjang, jadi nad hantar baju untuk alter di Tesco Ampang. Entry ada dekat SINI. Saiz S memnag dah kecik, ngam dengan badan nad. Pakai pun nampak lawa je..hehee..


Yang ni pulak jubah dari Milkwithlove. Suka dengan jubah ni sebab kainnya nampak licin tapi tak licin. Lepas tu bahagian lengan dia lace. Jadi ada kontra warna dekat situ. Yang ni saiz S juga. Dapat je memang pakai dah ngam cuma panjang sikit. Memang mudah nak menyusu anak, dengan baju jubah breasfeeding ni.

Dah mula jatuh hati dengan Jubah ni..lepas ni cari jubah yang bercorak bunga-bunga la pulak..hehehe..
hai assalammualaikum

Wahai Anak Sedarlah, Suatu Hari Kau Akan Jadi Ibu Dan Ayah - Setelah ayahnya meninggal dunia, seorang anak telah menghantar ibunya ke rumah orang tua. Dia menziarahi ibunya dari satu waktu ke waktu yang lain. Pada satu hari dia menerima panggilan daripada pusat jagaan orang tua berkenaan memaklumkan ibunya dalam keadaan nazak. Dengan pantas dia datang untuk berada di samping ibunya pada saat terakhir begitu.```


Dia bertanya kepada ibunya: Apakah yang ibu ingin saya lakukan untuk ibu.
Ibunya menjawab: Aku mahu kamu sumbangkan kipas angin untuk pusat jagaan ini, kerana tidak punya kipas angin. Letakkan juga peti sejuk, tukang masak dan makanan kerana sering kali aku tertidur dalam keadaan lapar tidak makan.
Ibu kenapa pada saat seperti ini baru ibu pesankan perkara ini ?' Anak itu bertanya kembali.
Ibunya memberi alasan: Tidak apa anakku, ibu sudah boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan panas tanpa kipas dan lapar. CUMA IBU BIMBANG NANTI SAAT ANAK-ANAK KAMU MENGHANTAR KAMU KE SINI KAMU TIDAK DAPAT MENYESUAIKAN DIRI

Renung-renungkanlah. Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?*

*Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,_
_Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,_
_Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit._
_Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku._

*Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,_
_Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,_
*"mak pekak ke?",*
*"mak bisu ke? "*
*"tak dengar ker??"..*

_Aku minta maaf anakku._
_Aku semakin_ *TUA...*

*Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,_
_Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,_
_Semua itu adalah sebahagian dari proses_ *MENUA.*
_Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua._

*Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,_
_Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku._
_Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi._
_Badan aku lemah._
_Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri._
_Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil._

*Anakku...*

_Bila aku tua,_
_sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku._

*Anakku....*
_Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba,_ _Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian._
_Jangan cemas._
_Jangan menangis._
_Hadapi dengan redha._
_Aku berjanji pada kamu._
_Bila aku bertemu_ *Tuhan*
_Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku._

_Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku...._

_Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku..._
_Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.._

*SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA  NANTI KITALAH EMAK/AYAH* Ingatan untuk kita, kalau Ada tersilap terpandang , sila tegur. Kadang-kala kita terlupa.
hai assalammualaikum

Belanja Makan Di Secret Recipe Sempena Hari Lahir - Hari Raya dah puas makan rendang, lontong, ayam, nasi semua. Lepas tu tetiba ngidam spagetti pulak..hahaha..dasyat betul ngidam nad oii..nak western sahaja. Ada isi ke dalam perut tu??? Fariza nak dapat adik erk??..oitt22..takda ok..Tak boleh sekarang, Fariza baru 8 bulan nak masuk 9 bulan. Tunggu dia setahun dua baru leh bagi "kawan" dekat dia..Kalau tak nanti mommy haru biru..hehee..Mungkin sebab dah lama tak makan spagetti, jadi tekak ni manja sikit la nak makan, sebab teringatkan kuah merah pekat dia tu dengan meatball..hehee..Jadi haritu birthday nad, mr mafia ajak makan luar. Yeahh happy giler, sebab mood masak takda la gi masa tu..hahaa..

Disebabkan ngidam spagetti, pilihan nad, Secret Recipe la. Pergi dekat Tesco Ampang je. Tak jauh pun. Sebenarnya teringin jugak nak makan chicken chop, lamb chop, tengok macam tak menarik je, pilih jela spagetti. Lain hari la kita pergi makan chop-chop tu.



Nad memang suka makan dekat Secret Recipe, sebab tau spagetti dia sedap. Lagi ditambah dengan meatball yang besar-besar ni. Puas makan. Kuah dia pun sedap dan pekat. Tapi kalau pedas sikit mesti lagi sedap. Air nad pilih chocolette vanila mocha..hahaha..Orang nak belanja makan, kita pilihla yang sedap dan mahal..kihkihkih..sekali sekala..kata sayang isteri kan..cewahhh..


Dah alang-alang dekat Secret Recipe, mestilah pilih kek untuk Hari Lahir kita. Nad pilih kek coklat dalamnya ada blurberry atas ada cerry. Ala sepotong je, beli besar-besar kang tak habis. Si kecik ni pun nak makan jugak.


Terima kasih mr mafia dan Fariza, selalu buat mommy gembira.
Mommy: Fariza sayang mommy sikit
Fariza: Fariza sayang mommy ketat-ketat..hehee..



Ni kejutan, ingatkan mr mafia tak beli kek besar untuk nad, rupanya dalam diam dia dah beli kek tu. Ala sweetnya dia. Dah pandai wat kejutan walaupun sikit-sikit..hehee..takpe..ok la tu..Sayang abang sangat-sangat..muah banyak..


hai assalammualaikum

Suasana Raya Di Kampung - Lepas je habiskan raya di Kuala Lumpur, raya Ketiga nad dengan keluarga pergi beraya belah nad pulak la. Belah nad kawasan kampung, jadi raya sehari, dua hari pun semestinya tak cukup..saudara ramai sangat oii..hehee..Raya dari pagi sampai ke petang lepastu sambung malam..penat tak payah cakap la kan, tapi disebabkan raya, rasa best jela. Belah nad ramai keluarga, adik beradik, anak buah semua ada. Memang bertambah meriahla..
hai assalammualaikum


 Happy Birthday Althea : Jom Shoping dan Menangi Pelbagai Hadiah - 18 July adalah hari lahir nad, dan 20 July adalah Hari Jadi Althea. Kami berdua berkongsi bulan yang sama tapi tarikh yang berlainan..hehee. Dah setahun dah, dan Althea sambut birthday dia yang pertama. Nad pulak yang terlebih excited..hehee..Siapa Althea tu?? Meh nad nak bagitau, Althea bukannya orang, tapi Althea merupakan web online yang menjual produk-produk kecantikan Korea. Jadi siapa peminat barang kecantikan Korea tu bolehla pergi ke laman web althea.kr


Pertama kali nad shoping barang korea dekat althea.kr ni, mula rambang mata. Macam-macam pilihan ada. Tak tau nak pilih mana. Macam ni la perempuan kan. Kalau dah nampak produk kecantikan, tak tentu arah jadinya. Lagi dengan harga yang murah. Nak order bukan susah pun, just pilih, masuk dalam add to bag, isi info addres semua dan bank in..mudah je..Nad spent RM150 untuk beli kesemua produk di atas..hehehe..suka giler. Free shipping pulak tu..kalau pembelian RM150 tau. Macam hadiah birthday kita tau, jauh pulak tu dari Korea. Sampai dalam seminggu macam tu. Cepat je. Teruja sangat barang dah sampai. Warna pink pulak tu..



Nad pilih barang-barang ni sebab keperluan dan barang makeup nad dah nak habis. Bila dapat ni, terus pilih..Antara barang nad pilih
-  Velvet Two Way Cake ( compact powder)
-  It's My Magic Sponge ( sponge foundation)
-  Gold & Royal Jelly Mask Pack
-  Skinny Brush Big Marker Liner ( eyeliner )
-  Selfie Perfect Eyebrow ( lukis kening )

Menarik sempenan Ulangtahun Althea




Althea's Birthday Celebration 20th - 31st July, 2016
- Limited Edition Birthday Box + DIY Party untuk pesanan yang dibuat pada 20/7 dan seterusnya. Sementara stok masih ada.
- Goodies Percuma untuk 1,500 pembeli pertama. Saiz penuh produk kecantikan. Sementara stok masih ada.
- Birthday Giveaway. Pick 3 produk Top selles untuk 100% REBAT! Rebat akan dikreditkan ke dalam akaun anda.

#AltheaTurns1 Peraduan Instagram
- Ni contest yang paling best untuk korang sertai. Bila korang dah dapat kotak hadiah birthday tu, korang hiasla cantik-cantik dan ucap ulangtahun kepala #Altheaturns1.Anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti Macbook Air, Ipad Air 2, 6S iPhone, Galaxy S6 Edge, Kamera Canon EOS M10 Selfie, kredit Althea dan kecantikan hamper dari Althea! 
- Hadiah berjumlah bernilai KRW10,000,000 untuk dimenangi. 
- Peraduan bermula dari 20 Julai - 15 Ogos 2016.
Apa tunggu lagi..online yok di Althea Korea..
website : www.althea.kr


Happy Birthday Althea Korea. Semoga terus succes dan terima kasih sebab membuat kami para wanita sentiasa nampak cantik seperti orang Korea..hehehe.. Nah nad share cake denagn Althea..hehee
hai assalammualaikum

Velvet Radiance Serum :  Serum Muka 4 Dalam 1 - Nad memang bukan muka jenis kulit yang licin, gebu tu, sebab tu nad selalu memilih produk kecantikan ni dengan hati-hati. Lagi satu nad ni jenis pemalas nak pakai banyak produk dalam satu masa. Sebab tu nad lebih prefer, produk yang banyak kelebihannya dalam satu botol. Yela kebanyakan produk skincare dia sediakan, pencuci lain, moisturizer lain, toner lain, muka-mula tu rajinla, lama-lama, malas ya ampun. Kan senang dalam satu botol boleh melindungi, merawat, melembap dan menjaga muka kita.

Lepas tu kakak cakap, "kau kalau malas pakai tu semua, kau pakai serum jela..elok"..lepas tu mulalah nad google serum tu apa. Serum ni jenis cecair yang cepat meresap dekat muka. Serum lebih cepat bertindak dan meresap ke dalam muka. Pakai pencuci muka lepas tu sapu serum pun dah ok. Memang sejak tu nad tertarik dengan serum ni.
hai assalammualaikum

Aidilfitri 2016 : Raya Meriah Dengan Adanya Fariza Nafisah - Kalau sebelum ni, raya dengan keluarga, lepas kawin, raya dengan suami, Lepas tu raya time mengandung, kali ni raya sekali dengan anak..Sibuknya raya bukan apa, sebab semuanya pasal Fariza Nafisah la..Kalau difirkan, nak cari baju suami isteri senang je, sebab ada sedondon, baju untuk anak la yang susah. Almaklumla, raya pertama la nak sedondon. Seronok giler kau..baru tau macam mana perasaan ni bila ada anak. Tapi disebabkan dia juga, mommy tak sempat nak masak rendang semua, terpaksa la beli..hahaa..yela, jaga dia je sampai lupa menu raya. Cuma ingat kuih raya je. Merajuk daddy tau tak..tapi nak kasi pujuk, tahun ni kami beraya di Kuala Lumpur dulu belah suami. Walaupun arwah mommy dah tiada, ikatan persaudaraan tu kena ada, jadi ziarahla saudara belah suami.



Raya pertama mestilah sedondon..Kalau boleh nak sebulan raya sedondon, tapi nak kena beli pulak baju kan..kita ni bukannya orang kayo..hahaa..jadi beli sedondon untuk raya pertama jela. Baju nad degan husband jubah dan kurta, nampak kawan post, tak mahal pun, tapi kain berkualiti, jadi tak banyak soal la, beli je. Husband pun tak kisah pakai kurta..Lain sikit la raya kali ni..Na pun pakai jubah kali ni. jarang pakai jubah..nampak ok je bila pakai..hehee.. Macam biasa, sebelum keluar, amik gambar dulu..kenangan kan..Fariza tu memang tak boleh disuruh, biarla dia buat hal dia sendiri..Gambar spontan..hahaha..kitaorang memang, macam-macam gaya, cuma nad je yang mesti gambor nak cun-cun..hahaha..mesti bermaafan bersama suami dulu..banyak dosa naa..hahaha..



Nad ni jenis biasa je, mula-mula malulah, lama-lama ok..Raya kali ni sebab ada Fariza Nafisah, jadi macam risaula pergi bawak beraya. Takut dia menangisla, tak boleh duduk diam ke..tapi alhamdulillah, baik je dia. Dah biasakan jumpa orang masa pergi event, jadi dia takda masalah nak dengan orang lain. Masa pergi beraya dia ok je. Cuma sekarang dah tak boleh duduk diam, ada je nak dicapainya. Tengah lasak, dah pandai meniarap dan maju ke depan. Mulalah nak teroka sana sini. Part tu memang penatla..tapi okla dia tak merengek..tak menangis..Setengah budak cepat panas dengan baju raya, tapi budak Fariza ni steady je, daddy dia yang risau sebab baju nampak panas, dan dia berpeluh..



Raya ni ada anak, biasalah, anak kene terkam dulu..hahaa..lagi belah suami jarang tengok Fariza ni. Masa tu la diaorang balun anak kita ni..Duk cium, peluk semuala..Fariza redha. Kita ni takkan tak bagi pulak kan..nanti diaorang cakap apa la kan..Jadi biarkan je..Biasalah, siapa tak suka tengok budak kan..kita paham. Jadi mommy dengan daddy steady makan -makanan raya..hahaha..Fariza pun tak banyak songeh..






Kali ni, raya sampai jauh-jauhla..Dah namanya raya kan. Pertama kali Fariza jumpa atuk dia.


Part paling best, ialah duit raya..ehhee. Mommy yang excited lebih..ahhaa..takdela..Syukurla, rezeki Fariza dapat duit raya. Mommy jeles..hehehe..Senyum lebor hah. Pandai dia amik duit raya tu kan.Pegang kuat takmau lepas. Duit raya ni mommy simpankan ye. Jangan jadi macam mommy, duit raya mommy guna..boros mommy. Kene buat simpanan untuk Fariza ni..Kang tersimpan lama dekat rumah, mommy dengan daddy terguna pulak..hasihh..huhuhu..

Meriah raya kali ni..Raya ketiga baru balik belah nad pulak. Raya dah seminggu lebih baru nak update ni ha..takpelah..biasalah duk kampung lama, line dekat kampung susah sikit..ehhee..Raya kat kampung meriah sikit..nak online pun tak dan..hahaha..jap lagi ccerita suasana raya kat kampung pulak..

hai assalammualaikum

Selamat Hari Lahir Nadia Johari - Seminggu lebih bearay sakan ni ha..sekarang baru sempat update..hahaa..Takpe,lepas update ni, akan ada update lain, lain dan lain...hehehe..Tarikh 18 Julai, mesti ditunggu-tunggu olehku..hahaha..semestinya tarikh hari lahir nad la. Harini 18 Julia 2016, genap usia 28 tahun. Macam tak percaya je oiii..lagi 2 series nak 30 tahun..fuh..tapi taknak mengaku tua la..biar usia je tua jangan muka kita tua..hahahhaa..yola..tengok umur kau 80 nanti..tuo ke idok..Banyak dah pengalaman hidup yang nad lalui..18 Julai lahir, sekarang berat bawah 40 tinggi 153..hahaa..dari sekolah menengah sampai sekarang macam ni jela. Tak membesar, tak meninggi..hahahaa..takpe bersyukur dengan apa Allah bagi.


Usia 1bulan sehingga 5 tahun..tak ingat apa yang nad buat..hahahaa..jadi nak cerita pun tak tau..masa tu tau susu, main jela kan. Yela kecik lagi, masa tu tak ingat apa kedegilan dan kebaikan nad buat..hahaa..takda gambar untuk dijadikan kenangan..mintak mak cerita pun, konfirm tak ingat jugak..hahaa..Masuk 6 tahun,masa tu dah masuk sekolah tadika. Ingat sikit-sikit apa yang berlaku. Datang sekolah, cikgu marah , ada event sekolah..Masuk baju tercantik dekat sekolah..hahaa..Masa usia 6 tahun sehingga 12 tahun, hidup best giler. Pergi sekolah, balik sekolah, makan mak dah sediakan, takda masalah pun. Masa tu tak fikir pun bab cintan cintun ni. Fikir belajar, main, belajar main..gituu..heaven giler kehidupan waktu tu.

Masuk alam remaja, usia 17 tahun baru belajar bercinta..hahaha..tapi cinta ku yang ntah apa-apa ntah. Ingatkan manis je, sweet je, tapi lain jadinya..haishh usah dikenang la..padam dah memory tu..hapus segalanya..hahaha..waktu tu dah dapat dah pengalaman yang tragis.ayoyo..Makin lama makin matang. Masuk usia 20 an, bolehla berfikir dengan betul. Belajar untuk berjaya. Pada masa sama memilih pasangan hidup yang sesuai..Tapi waktu ni dasyat..biasalah remaja kan..hahaha..tak tau nak cakap la..tapi takdelah jahat sangat..sikit je..nakal je..hhahaaa..

Habis belajar, bekerja walaupun tak lama. Ada jugakla pengalaman kan. Bila dah sampai seru, usia 26 tahun kawin. Masukla alam menjadi isteri ni. Memang lain..fuh..Lepastu Allah bagi kami rezeki, bagi nad pengalaman menjadi ibu usia 27 tahun..Allahuakbar..terima kasih..Dapatla rasa macam mana mak nad dulu lahirkan nad..Tapi nad lahir dekat rumah..Takda doktor, mesti rasa lain..lagi sakit kot..Terima kasih mak lahirkan nad.. T_T..nad berusaha nak bahagiakan mak dan ayah. Macam-macam dah lalui sepanajng umur 28 tahun ni..

Terima kasih dekat kawan-kawan yang wish dekat whatsup, facebook dan instagram. Terima kasih doakan nad selalu. Terima kasih sebab masih menyanyi diri ini. Nad doakan korang kawan-kawan nad semoga sihat selalu, panjang usiadna dimurahkan rezeki yang melimpah ruah. Aminn..Sama-sama kita ye..Maafkan segala salah silap nad ye..Banyak dah kisah suka duka dalam diri tapi kita jadikan sebagai penguat untuk kita terus hidup..


hai assalammualaikum

Nano White Fresh Khas Untuk Kulit Berminyak- Bukan mudah nak cari produk penjagaan kulit wajah yang seusai dengan kulit nad ni, Terutama sekali bahagian yang paling penting iaitu bahagian wajah. Muka nad ni jenis berminyak dan berjerawat. Salah pakai produk, akan tumbuh jerawat. Jadi setiap kali cari produk kecantikan, nad akan utamakan produk yang khas untuk kulit berminyak dan anti jerawat.

Pastu nad ternampak satu produk ni, packaging dia comel je..berkartun-kartun packaging dia. Tengok macam menarik, baca kandungan pun elok. Apa lagi nad pun cubala.



Inilah dia produk Nano White Fresh. Produk Nanowhite tidak asing lagi kita dengar kan. Tapi ni pertama kali nad guna produk ni. Produk ni ada banyak jenis sebenarnya, tapi nad ambil tiga sahaja yang rasa sesuai untuk nad pakai. Antaranya
1) Nanowhite Fresh Foam Cleanser ( Mencuci ),
2) Nanowhite Fresh Miracle Mist 9 in 1
3) Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector. (Merawat )

Nanowhite Fresh mempunyai tiga bahan utama iaitu Vitamin C , Tea Tree Oil dan Sea Algae untuk mencerahkan warna kulit, mengurangkan bintik-bintik hitam dan jerawat sambil mengekalkan kelembapan kulit. Ketiga-tiga bahan ni memang elok dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat.

Sekarang Nad kenalkan satu-satu produk Nanowhite Fresh ni mengikut langkah cara nak gunakannya. Oh nak bagitau, nad dah 3 minggu pakai produk ni..memang berkesan habis..seronok sangat..

1) Nanowhite Foam Cleanser ( Pencuci )



Langkah pertama mestilah cuci muka dahulu. Ni la dia pencuci muka Nanowhite Fresh. Nanowhite Foam Cleanser dapat membersihkan kulit dengan lebih mendalam, mengawal liang pori supaya muka kelihatan lebih segar, cerah dan sempurna. Cuci muka dengan lembut dan sekata supaya muka dapat dibersihkan dengan mendalam dan segala kekotoran dapat dihilangkan. Objektif kita dah hilangkan minyak di muka, jadi cara cuci tu mestilah betul kan. Cuci muka mestilah 3 kali sehari, iaitu waktu pagi, petang dan malam.
 Harga RM 15.90 ( 100 ML )

Cara penggunaan:
Basahkan muka dengan air. Picit sedikit di telapak tangan. Kemudian urut dengan lembut di muka sehingga berbuih di muka yang basah. Kemudian bilas dan elakkan terkena mata.


Masa nad cuci muka guna Nanowhite Fresh Foam Clenser ni, rasa best sangat sebab dia banyak buih walaupun picit sedikit. Dekat situ dah jimat dan boleh tahan beberapa bulan. Lepas basuh muka, muka jadi lembut dan segar. Muka tak rasa pedih pun. Tak mengelupas ok..sedap sangat bau dia..nyaman..best sangat..cubalah korang.

2) Nanowhite Fresh Miracle Mist 9 in 1




Langkah kedua ialah menyegarkan muka. Benda penting perlu ada dalam beg ok dan perlu dibawa kemana-mana. Kenapa penting?? Disebabkan cuaca panas kat Malaysia ni buat kulit nad jadi kering dan berminyak. Bestnya Nanowhite Fresh Miracle Mist ni dia dapat menyegarkan muka kita hanya dengan spray sahaja di muka. Bila spray, ia buatkan muka nad nampak segar dan bermaya.
Harga RM 20.50 ( 125 ML )

Cara penggunaan:
- Selepas muka dibersihkan, semburkan dibahagian seluruh muka dengan sama rata. Boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.



Bestnya Nanowhite Fresh Miracle Mist ni ade 9 kelebihan..Woww memang teruja habis. Dengan 9 kelebihan tu dapatla buatkan wajah nad nampak segar, cerah dan sentiasa muda remaja. Spray ni boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Tak kisahla masa tu korang mengantuk ke, panas ke, korang spray je dengan Nanowhite Fresh Miracle Mist ni. Lepas spray mesti terus segar dan terasa nyaman je.

3) Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector.




Ok ni pulak Dark Spot Corrector. Apa Kegunaannya??.  Nama dia pun Corrector jadi dia mengurangkan bintik hitam dan jerawat yang hinggap dekat muka kita tu. Yela kadang kita nak hilangkan cepat, kita letak ubat dekat jerawat tu bagi kecut. Hah!! Ni la fungsi Dark Spot Corrector. Langkah ketiga selepas menggunakan spray tadi. Memang rasa geram je kan bila ada jerawat atau bintik hitam dekat muka. Geram je rasa. Nak picit je..tapi picit lagi memudaratkan, jadi nak lebih senang sapu je Nanowhite Drak Spot Corrector ni. Mesti kecut dan hilang kalau digunakan dengan kerap. Harga RM18.50 ( 15 ML )


 
Cara penggunaan:
Picit sedikit di jari, dan letakkan di jerawat atau bintik hitam yang muncul di muka. Pakai dua kali sehari , siang dan malam untuk keberkesanan yang maksimum.

Alhamdulillah, lepas nad pakai Nano White Drak Spot Corrector ni, jerawat makin hilang dan kecut. Dah susah nak singgah. Gel dia warna hijau tau, bau dia bau tea tree oil..tapi tak melekit dekat muka. Dia terus meresap dekat muka. Best.


Hah ni la cara nad atasi kulit berminyak..hanya tiga langkah sahaja. Memang berkesan dekat nad. Minyak dekat muka pun dah makin kurang, jerawat degil pun susah nak singgah dekat muka. Sebab tu orang tengok muka kita macam budak sekolah je..ahhaha..awet muda gitu..Jadi tak sia-sia kalau korang beli. Muka sentiasa segar je. Harga dia memang berpatutan ok. Murah dan jimat sebab penggunaannya boleh tahan sebulan, lagi jimat boleh tahan dua bulan..huhuh..

Sebenarnya nad pakai Nanowhite ni sebab nak menyertai Guardian Nanowhite Raya Contest. Caranya mudah sahaja, ambil gambar dengan produk Nanowhite sekreatif yang boleh. Jangan lupa simpan resit pembelian mana tau rezeki menang hadiah utama, tunjuk bukti resit tu semasa nak tebus hadiah...huhuhu..belum cuba belum tau kan..korang nak join pun boleh. Tekan link ni   http://bit.ly/29y5yfG 



















© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2