ASTRO SESUKA HATI NAIKKAN HARGA

in , by Nadia Johari, 12:04:00
hai assalammualaikum

Astro Sesuka Hati Naikkan Harga - Haritu ada dapat surat daripada Astro. Ingatkan bill, tapi bila buka, surat menyatakan harga untuk pakej sukan dinaikkan kepada RM8. Korang boleh baca dekat gambar yang nad post ni.



Agak kurang ajar la, sesuka hati nak naikkan pakej. Dulu murah je nak bayar bill, sekarang makin meningkat disebabkan Astro sewenang-wenangnya menetapkan harga pakej atau meletakkan caj atau penalti tersembunyi sehingga menyebabkan pengguna berasa tertipu. Nad tau ramai tak suka dengan Astro ni, sebab kes macam ni la. Apa ni!!!..teruk sangat dah servis ni..Isu rungutan pengguna mengenai caj atau penalti tersembunyi dikenakan Astro bukan perkara baharu, dah lama, sampai kawan-kawan nad kebanyakannya dah potong Astro. Nad pun kalau boleh nak potong je, habis duit dekat Astro kang membazir. Kita beli pakje ni mulanya harga macam ni, tiba-tiba boleh dinaikkan tanpa pengetahuan kita..hish geram pulak..

Mula cakap dengan mrmafia, macam mana?..Dia kata terpaksa bayar jela, sebab yang gila sukan dia bukan nad. Tapi sangat tak adil la.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu tegas menyiasat isu ini dan mengambil tindakan sewajarnya. SKMM perlu tegas terhadap Astro kerana pelanggan akan menerima pelbagai promosi untuk menambat pakej langganan mereka namun apabila mahu mengurangkan pakej program atau menamatkan perkhidmatan, pelanggan perlu membayar pula yang sepatutnya tidak berlaku.

Tindakan tegas perlu diambil supaya tidak bertindak seperti memerangkap pengguna dengan pelbagai caj tersembunyi tersebut. Kalau jadi lebih teruk memang buang jela Astro ni..geram pulak..huh!!..
hai assalammualaikum

Kejutan Hadiah Suami Kepada Isteri - Haritu birthday nad, macam biasa nak sangat suami jadi orang pertama wish birthday. Tapi haritu dia sneyap je, wish takda, apa pun takda. Kita pun mucung la muka, tapi takda tunjuk dia. Nad pun buat senyap jela nak tengok dia ingat ke tak. Biasalah perempuan, nak sangat benda sweet dekat suami..hahaa..kalau wish pun dah ok..esoknya buatla ayat manja pergi makan, kann..hahaa..Tertunggu-tunggu dia nak wish, tapi sampai ke tengah malam tak wish. Dia memang jarang dah online facebook, jadi dia mungkin tak nampak orang wish dekat facebook..Dekat mulut cakap takpela, dalam hati sedih tau tak. Pastu ngadu dekat anak jela.
hai assalammualaikum

Pengalaman Tebus Voucher Barang Di Zalora - Sebenarnya ni kali kedua nad tebus voucher Zalora ni, tapi ni kali pertama nad buat sendiri. Sebelum ni, nad suruh member buatkan. Sebab masa tu berpantang dekat kampung, nak pilih guna phone dengan line macam siput memang takla. Lepas tu massage la Lisa mintak tolong tebuskan. Masa tu dia kata banyak discount, tapi nak mudahkan dia, nad suruh pilih barang yang takde discount, kira ngam-ngam dengan harga voucher tu. Padahal voucher tu, dari bulan 1 lagi, dan tamat bulan berapa.tak ingat..jadi terus mintak tebus.

Kali ni nad buat sendiri, tengok sampai tiga barang guna satu voucher nad tebus..fuh..Disebabkan kesalahan sendiri, asyik buka zalora tapi tak tau nak pilih macam mana, last-last suruh orang buatkan..kan..kann..hahaha..kan dapat satu barang je. Kali ni puas hatila dapat tiga barang dengan voucher RM100. Masa ni pun dok pilih beberapa minggu. Adoii penin memilih..hahaa..Kalau boleh nak pilih warna biru je, tapi tengok bajet ada terlebih dari voucher ada terkurang dari voucehr. Kalau beli mahal dapat barang dua, kalau pandai pilih dapat barang tiga ni ha!!..Selepas dah beberapa minggu, akhirnya dah buat keputusan beli tiga barang ni..hahaha..Cantik pun cantik. Beli bukan untuk raya, tapi pakai seharian..

Meh tengok nad tebus apa.


Ni la barang yang nad tebus..hhehehe..Sebeanrnya kalau boleh semua barang nak biru, macam nad cakap dekat atas, kadang terlebih dari harga voucher dan terkurang dari voucher...Nad aklau boleh nak ngam-ngam dengan voucher tu..ehhee..dan hasilnya ni la..Nampak harga tu kosong, sebab guna voucher. Nanti nad ajar step tebus voucher. Tu pun mintak orang guide..hahaa..


Amacam kita bergaya dengan barang Zalora.

Jacket tu best sangat..boleh diikat dan dibuka. Sebenarnya sebelum ni ada warna hijau pekat, pastu nad buka balik tengok-tengok baju tu dah takde. Jadi amik jela warna pink ni. Takpela, nad pun takda warna pink..hehehe.. Nama jackert pun Nadia..hahaa

Yes!!..salah satu warna biru..hehehe..akhirnya dapat juga..beg sling..cantik pun cantik..Selepas pilih baju dan jacket, ada balance RM17. masa tu dok usha la barang harga tu. Last-last pilih tudung adijuma tu..ehhee..okla..dah selesai membeli. Takyah penin lagi.

Cara Tebus Voucher Zalora


1) Memilih barang
 Disebabkan kali pertama, jadi nad kena buat elok-elok. Takut tiba-tiba terbayar pulak..hehee..Sebelum ni nad ada terbaca dekat blog kak Julia Johari,berkenaan pembelian di zalora dan Lisa bila dan beli barang ni. Meh nad bagitau.


Dua Perkara Perlu Amik Tahu 
1) Delivered In - Setiap pembelian yang menggunakan voucher mestilah lihat pada delivered in tu. Korang perasan kan kat gambar tu ade delivery. Ok kalau delivery yang lebih 5 hari tidak boleh menggunakan voucher. Voucher hanya menerima 1-3 hari edelivered in. Atau pun seperti gambar yang nad bagi tu tu. 1-4 delivered in peninsular Malaysia. Hah !! tu boleh, asalkan jangan lebih 5 hari.
2) Tulisan voucher - Ada dekat bahagian detail, korang scroll bawah lagi ada tulis details. Kadang dekat situ dia kadang ada tulis tak boleh guna voucher. Jadi korang kena tengok situ jugak ye.

Itu jela dua perkara yang kena amik tau. Saiz pun jangan lupa ye..dia ada saiz tertentu.

2) Add To Bag
Dah pilih tu tekan add to bag

3) Kalau tak puas membeli boleh klik continue shoping


4) Bubuh code Voucher

5) Secure Checkout

6) Bagi detail Nama, email, alamat. Dekat situ akan nampak simbol facebook ( perlu login dengan facebook )..kalau tak dia tak jalan

7) Pembayaran. (tekan Gift card untuk tebus voucher. Bubuh lagi code tu walaupun dah bubuh tadi mula-mula...hahaa
8) Lepas tu hantar jela..
9) Tunggu email zalora untuk confirmation order.

Selesai.. Selamat bershoping. Nad order sehari dan esoknya barang dah sampai..wah terbaik zalora..

BAJU RAYA PERTAMA FARIZA

in , , by Nadia Johari, 23:17:00
hai assalammualaikum

Baju Raya Pertama Fariza - Tahun ni memang tahun menggembirakan bagi nad dan mr mafia. Sebab tahun ni raya bersama orang ketiga iaitu anak perempuan kami Fariza. Raya tahun ni memang sibuk untuk dia jela. Lagi-lagi bab pakaian, memang semua kena baru la..Pilih baju baby ni kena tengok saiz, kalau boleh saiz yang boleh dipakai sampai umur dia setahun..tu namnya jimat..hahaha..Yela budak cepat membesar kan. Nanti baju dia dah besar, beli lain pulak..



Tau jela kalau anak perempuan, semua kalau boleh nak beli dari kepala sampai la ke kaki. Excited sangat mommy ni ha..Bak kata mr mafia, raya setahun sekali, beli baju anak sekali sekala jugakla kan..hehehe. Koleksi baju raya Fariza ada dri Mothercare, Poney dan lace..gitu macam-macam nama tempat.


Yang ni baju raya pertama Fariza. Semestinya sedondon dengan mommy dan daddy dia. Baju ni nad beli online. Masa ni sebelumm puasa lagi, nad dah cari..ahaha..sebabnya baju raya kitaorang pun, nad beli sebelum raya. Persiapan raya tu kena awal. Kalau tak pening nak cari baju anak ni. Nad usha dekat instagram, tengok lawa je baju ni. Warna pulak dah sama. Nad ni satu perangai, kalau dah nampak sama warna, dah cantik di mata, tengok harga pun ok, nad terus beli. Takda dah pandang lain. Lagi satu kalau beli dekat luar, nak cari sama warna tak semestinya akan dapat. Jadi amik jela yang dah nampak ni.

Ni la baju Fariza yang preorder tu..haaha..ada entri nad cerita pasal Preorder dekat SINI. Sampai dekat rumah terus pakaikan Fariza. Ramai cakap baju ni besar..hahaa..tapi takpela, leh pakai banyak kali baju ni untuk pergi majlis mana-mana kan. Mulanya pakai die macam rimas gak, tapi lama-lama ok..Dia takda tarik-tarik baju tu rimas ke apa..hahaha..

Headband tu pulak memang padan dengan aju dia. Saja pilih bunga besar biar nampak perempuan...hehee..Ni lagi satu bagus, dia tak tarik headband dia..bagus anak..


Raya Kedua, nad masih raya di Kuala Lumpur. Jadi raya kedua nad pakaikan dia Baju tshirt dengan seluar. Sebab raya ketiga kitaorang beraya ke rumah ayah mertua nad. Ada nad cerita dekat SINI. Taknak bagi Fariza panas dan selalu selesa masa jalan jauh. Memang cantik baju dia, hijau kuning. Berbunga-bunga baju dia. Nampak ranggi ok..hehee..


Ni baju raya Ketiga. Baju kurung coklat. Masa ni beraya dekat Kampung pulak. Baju ni nad beli dekat Jalan Taiping Klang je. Saja malam tu nak tengok jualan raya, punya ramai orang..haahha..Gigih jugak pergi nak cari baju anak ni ha. Baju ni ngam-ngam je dengan dia..memang tak sempat pakai setahun..hahaha..Tapi okla, dia ok je pakai baju ni..Tak menangis dan tak bising sebab baju.


Raya keempat pakai tshirt dengan seluar jeans..Ni daddy yang nak tengok sangat anaknya pakai jeans..mommy ikutkan jela..Nasib ada saiz dia..Sekarang budak-budak dah ada baju macam-macam.


Lagi satu kasut..Kasut ni jenis kain jeans. Ni pun mr mafia yang nak beli sangat. Kalau nad, baby lagi tak perlu kasut-kasut sebab takkan terpakai..tapi daddy nak beli aangat kenala pakai ye nak oii..Cantik jugak kasut ni..

Yang lain-lain baju-baju dia yang memang sedia ada..Macam ni la baju anak perempuan.

JUBAH PILIHAN BAJU RAYA TAHUN INI

in , , by Nadia Johari, 23:58:00
hai assalammualaikum

Jubah Pilihan Baju Raya Tahun Ini - Ni kali pertama nad pakai jubah masa raya. Sebelum-sebelum ni, tak pernah langsung pakai jubah, nad pakai baju kurung moden, baju kurung biasa. Nak pakai jubah takut nampak besar dan panjang. Tapi lepas berkenan tengok orang kurus pendek macam nad pakai jubah, lawa je. Pulak tu tahun ni ada Fariza yang breasfeeding, kena la cari baju yang sesuai. Sebab tu tahun ni raya nak pakai jubah.

Lepas tu tiba-tiba kawan post dekat whatsup, tunjuk gambar baju jubah beserta kurta sepasang sedondon gitu. Bila tanya harga, murah gila, jubah perempuan dan kurta lelaki sepasang, hanya RM150 je. Apa lagi terus beli jela. Tak tau kalau dekat luar mesti lagi mahal kan, jadi beli siap-siap. Yang penting dia warna biru..hehehe..Sebelum beli tu, tanya mr mafia dulu, nak tak pakai bju kurta ni, lain dari lain sikit, sebab sebelum ni pakai baju Melayu je kan, nasib dia nak..hehee..


Pagi raya tema Biru sedondon kami beranak..Ni la jubah nad pakai. Jubah ni saiz S, tapi masa sampai nad cuba pakai, takutla besar, panjang ke, cek baju kot-kot mana tak elok, yela harga murah, tapi semuanya ok, kain sedap, tak panas. Dan paling penting ada zip dekat bahagian atas untuk ibu menyusu. Tapi macam biasa, nad pendek, jubah ni panjang, jadi nad hantar baju untuk alter di Tesco Ampang. Entry ada dekat SINI. Saiz S memnag dah kecik, ngam dengan badan nad. Pakai pun nampak lawa je..hehee..


Yang ni pulak jubah dari Milkwithlove. Suka dengan jubah ni sebab kainnya nampak licin tapi tak licin. Lepas tu bahagian lengan dia lace. Jadi ada kontra warna dekat situ. Yang ni saiz S juga. Dapat je memang pakai dah ngam cuma panjang sikit. Memang mudah nak menyusu anak, dengan baju jubah breasfeeding ni.

Dah mula jatuh hati dengan Jubah ni..lepas ni cari jubah yang bercorak bunga-bunga la pulak..hehehe..
hai assalammualaikum

Wahai Anak Sedarlah, Suatu Hari Kau Akan Jadi Ibu Dan Ayah - Setelah ayahnya meninggal dunia, seorang anak telah menghantar ibunya ke rumah orang tua. Dia menziarahi ibunya dari satu waktu ke waktu yang lain. Pada satu hari dia menerima panggilan daripada pusat jagaan orang tua berkenaan memaklumkan ibunya dalam keadaan nazak. Dengan pantas dia datang untuk berada di samping ibunya pada saat terakhir begitu.```


Dia bertanya kepada ibunya: Apakah yang ibu ingin saya lakukan untuk ibu.
Ibunya menjawab: Aku mahu kamu sumbangkan kipas angin untuk pusat jagaan ini, kerana tidak punya kipas angin. Letakkan juga peti sejuk, tukang masak dan makanan kerana sering kali aku tertidur dalam keadaan lapar tidak makan.
Ibu kenapa pada saat seperti ini baru ibu pesankan perkara ini ?' Anak itu bertanya kembali.
Ibunya memberi alasan: Tidak apa anakku, ibu sudah boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan panas tanpa kipas dan lapar. CUMA IBU BIMBANG NANTI SAAT ANAK-ANAK KAMU MENGHANTAR KAMU KE SINI KAMU TIDAK DAPAT MENYESUAIKAN DIRI

Renung-renungkanlah. Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?*

*Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,_
_Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,_
_Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit._
_Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku._

*Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,_
_Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,_
*"mak pekak ke?",*
*"mak bisu ke? "*
*"tak dengar ker??"..*

_Aku minta maaf anakku._
_Aku semakin_ *TUA...*

*Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,_
_Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,_
_Semua itu adalah sebahagian dari proses_ *MENUA.*
_Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua._

*Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,_
_Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku._
_Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi._
_Badan aku lemah._
_Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri._
_Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil._

*Anakku...*

_Bila aku tua,_
_sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku._

*Anakku....*
_Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba,_ _Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian._
_Jangan cemas._
_Jangan menangis._
_Hadapi dengan redha._
_Aku berjanji pada kamu._
_Bila aku bertemu_ *Tuhan*
_Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku._

_Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku...._

_Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku..._
_Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.._

*SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA  NANTI KITALAH EMAK/AYAH* Ingatan untuk kita, kalau Ada tersilap terpandang , sila tegur. Kadang-kala kita terlupa.
hai assalammualaikum

Belanja Makan Di Secret Recipe Sempena Hari Lahir - Hari Raya dah puas makan rendang, lontong, ayam, nasi semua. Lepas tu tetiba ngidam spagetti pulak..hahaha..dasyat betul ngidam nad oii..nak western sahaja. Ada isi ke dalam perut tu??? Fariza nak dapat adik erk??..oitt22..takda ok..Tak boleh sekarang, Fariza baru 8 bulan nak masuk 9 bulan. Tunggu dia setahun dua baru leh bagi "kawan" dekat dia..Kalau tak nanti mommy haru biru..hehee..Mungkin sebab dah lama tak makan spagetti, jadi tekak ni manja sikit la nak makan, sebab teringatkan kuah merah pekat dia tu dengan meatball..hehee..Jadi haritu birthday nad, mr mafia ajak makan luar. Yeahh happy giler, sebab mood masak takda la gi masa tu..hahaa..

Disebabkan ngidam spagetti, pilihan nad, Secret Recipe la. Pergi dekat Tesco Ampang je. Tak jauh pun. Sebenarnya teringin jugak nak makan chicken chop, lamb chop, tengok macam tak menarik je, pilih jela spagetti. Lain hari la kita pergi makan chop-chop tu.



Nad memang suka makan dekat Secret Recipe, sebab tau spagetti dia sedap. Lagi ditambah dengan meatball yang besar-besar ni. Puas makan. Kuah dia pun sedap dan pekat. Tapi kalau pedas sikit mesti lagi sedap. Air nad pilih chocolette vanila mocha..hahaha..Orang nak belanja makan, kita pilihla yang sedap dan mahal..kihkihkih..sekali sekala..kata sayang isteri kan..cewahhh..


Dah alang-alang dekat Secret Recipe, mestilah pilih kek untuk Hari Lahir kita. Nad pilih kek coklat dalamnya ada blurberry atas ada cerry. Ala sepotong je, beli besar-besar kang tak habis. Si kecik ni pun nak makan jugak.


Terima kasih mr mafia dan Fariza, selalu buat mommy gembira.
Mommy: Fariza sayang mommy sikit
Fariza: Fariza sayang mommy ketat-ketat..hehee..



Ni kejutan, ingatkan mr mafia tak beli kek besar untuk nad, rupanya dalam diam dia dah beli kek tu. Ala sweetnya dia. Dah pandai wat kejutan walaupun sikit-sikit..hehee..takpe..ok la tu..Sayang abang sangat-sangat..muah banyak..


hai assalammualaikum

Suasana Raya Di Kampung - Lepas je habiskan raya di Kuala Lumpur, raya Ketiga nad dengan keluarga pergi beraya belah nad pulak la. Belah nad kawasan kampung, jadi raya sehari, dua hari pun semestinya tak cukup..saudara ramai sangat oii..hehee..Raya dari pagi sampai ke petang lepastu sambung malam..penat tak payah cakap la kan, tapi disebabkan raya, rasa best jela. Belah nad ramai keluarga, adik beradik, anak buah semua ada. Memang bertambah meriahla..
hai assalammualaikum


 Happy Birthday Althea : Jom Shoping dan Menangi Pelbagai Hadiah - 18 July adalah hari lahir nad, dan 20 July adalah Hari Jadi Althea. Kami berdua berkongsi bulan yang sama tapi tarikh yang berlainan..hehee. Dah setahun dah, dan Althea sambut birthday dia yang pertama. Nad pulak yang terlebih excited..hehee..Siapa Althea tu?? Meh nad nak bagitau, Althea bukannya orang, tapi Althea merupakan web online yang menjual produk-produk kecantikan Korea. Jadi siapa peminat barang kecantikan Korea tu bolehla pergi ke laman web althea.kr


Pertama kali nad shoping barang korea dekat althea.kr ni, mula rambang mata. Macam-macam pilihan ada. Tak tau nak pilih mana. Macam ni la perempuan kan. Kalau dah nampak produk kecantikan, tak tentu arah jadinya. Lagi dengan harga yang murah. Nak order bukan susah pun, just pilih, masuk dalam add to bag, isi info addres semua dan bank in..mudah je..Nad spent RM150 untuk beli kesemua produk di atas..hehehe..suka giler. Free shipping pulak tu..kalau pembelian RM150 tau. Macam hadiah birthday kita tau, jauh pulak tu dari Korea. Sampai dalam seminggu macam tu. Cepat je. Teruja sangat barang dah sampai. Warna pink pulak tu..



Nad pilih barang-barang ni sebab keperluan dan barang makeup nad dah nak habis. Bila dapat ni, terus pilih..Antara barang nad pilih
-  Velvet Two Way Cake ( compact powder)
-  It's My Magic Sponge ( sponge foundation)
-  Gold & Royal Jelly Mask Pack
-  Skinny Brush Big Marker Liner ( eyeliner )
-  Selfie Perfect Eyebrow ( lukis kening )

Menarik sempenan Ulangtahun Althea




Althea's Birthday Celebration 20th - 31st July, 2016
- Limited Edition Birthday Box + DIY Party untuk pesanan yang dibuat pada 20/7 dan seterusnya. Sementara stok masih ada.
- Goodies Percuma untuk 1,500 pembeli pertama. Saiz penuh produk kecantikan. Sementara stok masih ada.
- Birthday Giveaway. Pick 3 produk Top selles untuk 100% REBAT! Rebat akan dikreditkan ke dalam akaun anda.

#AltheaTurns1 Peraduan Instagram
- Ni contest yang paling best untuk korang sertai. Bila korang dah dapat kotak hadiah birthday tu, korang hiasla cantik-cantik dan ucap ulangtahun kepala #Altheaturns1.Anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti Macbook Air, Ipad Air 2, 6S iPhone, Galaxy S6 Edge, Kamera Canon EOS M10 Selfie, kredit Althea dan kecantikan hamper dari Althea! 
- Hadiah berjumlah bernilai KRW10,000,000 untuk dimenangi. 
- Peraduan bermula dari 20 Julai - 15 Ogos 2016.
Apa tunggu lagi..online yok di Althea Korea..
website : www.althea.kr


Happy Birthday Althea Korea. Semoga terus succes dan terima kasih sebab membuat kami para wanita sentiasa nampak cantik seperti orang Korea..hehehe.. Nah nad share cake denagn Althea..hehee
hai assalammualaikum

Velvet Radiance Serum :  Serum Muka 4 Dalam 1 - Nad memang bukan muka jenis kulit yang licin, gebu tu, sebab tu nad selalu memilih produk kecantikan ni dengan hati-hati. Lagi satu nad ni jenis pemalas nak pakai banyak produk dalam satu masa. Sebab tu nad lebih prefer, produk yang banyak kelebihannya dalam satu botol. Yela kebanyakan produk skincare dia sediakan, pencuci lain, moisturizer lain, toner lain, muka-mula tu rajinla, lama-lama, malas ya ampun. Kan senang dalam satu botol boleh melindungi, merawat, melembap dan menjaga muka kita.

Lepas tu kakak cakap, "kau kalau malas pakai tu semua, kau pakai serum jela..elok"..lepas tu mulalah nad google serum tu apa. Serum ni jenis cecair yang cepat meresap dekat muka. Serum lebih cepat bertindak dan meresap ke dalam muka. Pakai pencuci muka lepas tu sapu serum pun dah ok. Memang sejak tu nad tertarik dengan serum ni.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2