hai assalammualaikum

Gincu Anastasia Beverly Hills - Bila nampak kawan-kawan pakai lipstik yang garang, yang berani, nad pun teringin nak guna warna macam tu. Biasalah perempuan, kalau tak mencuba mana tau sesuai ke tidak kan dekat bibir kita. Sesekali nak mencuba yang nampak garang dan berani tak salah pun kan..hehee..asyik nak pakai warna soft je. Lepas tu sepupu whatsup gambar gincu ni dekat nad. Masa tu pulak nak raya, apa lagi mulalh tengok gambar tu macam menawan je warna dia. Dan lagi bila ada warna gincu yang nad nak sangat warna dia. Jadi nad pun orderla. Kira gincu untuk raya la..hehee..


Ni la Gincu Anastasia Beverly Hills Lips Matte. Dua pilihan warna yang menarik hati. Iaitu warna Electro dan American Doll. Satu warna merah, satu lagi warna seperti keunguan gitu. Harga murah je RM10. Gincu Anastasia ni jenis cecair. Mampu bertahan 8-10 jam.


Bila nad apply dekat tangan, mula-mula dia basah, lepas tu dia cepat je kering dan melekat dekat bibir. Bila nad basuh dengan air, dia susah hilang. Tapi bila nad fikir balik, masa raya nad guna, gincu tu macam hilang juga masa nad minum air. Tapi takda la comot. Cantik juga dekat bibir. Bila nak hilangkan, perlu guna tisu basah atau makeup remover.


Ni gambar nad pakai Gincu Anastasia American Doll. Nad tak apply banyak sangat, sebab tu merah dia tak berapa merah. Tapi puas hatila..hehe. Ni pertama kali apply dekat bibir.


Ni gambar lagi masa raya pertama. Nad guna Gincu Anastasia American Doll. Yang ni nad apply banyak sikit. Sebab tu dari jauh nampak merahnya..hehee.


Yang ni warna kesukaan nad. Gincu Anastasia Electro. Fuh berani kita pakai warna ni. Sesuai dengan baju nad pakai. Cantik sangat..hehe.

Lepas ni kena belajar cara makeup..kihkih..

SUP AYAM MUDAH UNTUK BABY FARIZA

in , by Nadia Johari, 03:19:00
hai assalammualaikum

Sup Ayam Mudah Untuk Baby Fariza - Sebenarnya resepi masakan untuk bayi ni tak jauh beza dengan resepi orang dewasa. Cuma bezanya ialah kita TAK PERLU letak sebarang perasa samada gula atau garam. Fariza dah start makan bubur masa puasa iaitu usia dia 7 bulan. Ada nad buat entry di SINI. Masa tu memang ajar dia makan benda kasar sikit. Alhamdulillah dia dah boleh terima.

Mula-mula ajar bubur campur kurma je. Lepas tu tambah la dengan sayur, telur sebab nak tengok dia alergik ke tak. Syukur dia takde alahan apa pun. Dan lepas tu cuba bagi ayam pulak. Tengok gaya dia, dia suka makan makanan yang berkuah. Laju je makan. Sedap ye mommy buat sup ni..hehehe


Ni resepi cara nad buat sup
- 1 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Isi ayam
- minyak

Caranya
- Masukkan minyak, lepas panas , masukkan la bawang merah, bawang putih dan halia bagi naik bau.
- Masukkan air ikut banyak mana anda suka
- Masukkan ayam. Kasi masak sampai ayam empuk.
- Dah empuk angkatla.

Oh masa ni sayur takda, jadi bubuh ayam jela..hahaa..Sayur dah habis. Esokla kita beli sayur. Sup ayam ni nad simpan dalam peti ais, sebab esok-esok nak guna lagi. Ayam nad blender..sebab budak kecik ni mana reti makan ayam lagi..kang tercekik..ehhee..ok itu sahaja. Mudah je..







hai assalammualaikum

Fariza Boleh Duduk Dan Berdiri Dalam Satu Masa - Nad 24 jam dengan Fariza. Jadi apa dia buat, apa perubahan yang berlaku dekat dia nak tau. Nad perasan, masa dia dah pandai meniarap, dalam masa beberapa hari je dia dah pandai maju ke depan terus. Sekarang dia dah pandai duduk sendiri, dan dalam beberapa hari juga dia boleh berdiri. Kira orang cakap lengkap dan berpasangan la gitu..hahaa..Advance Fariza ni. Tak macam anak dara nad tengok..ahhaa..Lasak bukan main. Bila dah dapat berdiri, sana sini nak berdiri.



Sebelum ni dia cuba duduk dengan bantuan tilam tu. Tilam tu sebagai penahan tangan dia nak lepas..hehee. Lama-lama lepas tu dia dah boleh lepas tangan untuk duduk.


Sebelum-sebelum ni susah betul nak ambil video dia tengah duduk, sebab setiap kali dia nampak lampu kamera, dia akan pergi dekat nad..hehhee..Jadi ambil gambar jela. Tapi nasib baik masa ada anak-anak jiran sebelah datang, dia tak perasan nad amik video. fariza memang suka ada kawan ni. Yela kat rumah ni dia dengan mommy dan daddy jela. Sepupu dia semua dekat kampung. Kitaorang pula balik kampung sekali sekala sebab urusan kerja suami. Bila ada kawan suka betul dia.


Anak dara ni, bila dapat buat sesuatu yang baru, bukan main senyum lebar dia. Semua yang dilakukan, semua baru bagi dia. Macam maknya jugakla, bila dapat pergi sesuatu tempat, suka memanjang..hahaha..EE..geram mommy tengok awak Fariza. Hari-hari kene cium dengan mommy. Sebelum ni bila nak berdiri, dengan bantuan mommy dia atau daddy dia. nad akan sandar dekat sofa tu, dia akan pegang badan nad dan berdiri. Lepas tu dia dah selalu buat, dah pandai berdiri sendiri.



Yang ni dia dah start nak memanjat. Huh!! awak ni macam hebat sangat kan.

Selama besarkan anak ni, Nad biarkan dia buat sendiri. Bila dia dah boleh buat baru kami sebagai ibu bapa bantu bagi mempercepatkan lagi proses perkembangan dia tu. Semua bayi melalui perkembangan yang berbeza. Tak semestinya bayi yang cepat mencapai 'milestone' perkembangan bayi tu lebih cerdik daripada bayi yang lambat sikit. Biarkan bayi 'explore' dan membesar mengikut masanya sendiri. Apa yang penting, pastikan bayi kita mendapat kasih sayang dan perhatian secukupnya di samping memberikan makanan yang berkhasiat dan memastikan persekitaran selamat untuk bayi bergerak.


hai assalammualaikum

Biar Kotor, Dia Tengah Peka Dengan Persekitaran -Gembira tengok anak membesar depan mata. Bersyukur dapat jaga anak sepenuh masa. Lagi syukur nad masih lagi dapat susukan dia dengan susu badan. Ya, nad tak bekerja dan direct feeding je ke Fariza. Orang cakap baby yang susu ibu ni aktif sangat. Fariza semakin hari bertambah cerdik. Dia semakin peka dengan persekitarannya. Dia suka sesuatu yang lucu dan mula belajar meneroka. Dia dah tau port mana nak pergi sebab tempat tu dia dah selalu pergi dan lihat. Bila dia nak pergi tu, dia terus pergi tanpa agak-agak.

Fariza hampir ke 10 bulan. Pergerakan tangan dan kaki semakin pantas.Bermakna dia boleh lakukan apa-apa aktiviti dia suka.Kalau kita larang mesti marah. Ya!! dia dah pandai marah sekarang..huhu. Sesetengah ibu bapa, akan bising bila anaknya jalan sana sini disebabkan baju akan kotor. Tapi bagi nad, biarlah kotor, asalkan dia buat sesuatu untuk dia belajar. Melainkan tempat yang dia tuju tu membahayakan dia, memang kita akan larang.


Fariza setakat ni belum boleh merangkak. Tapi dia dah maju ke depan, dah duduk sendiri dan berdiri..adoii habis kalau anak dara dah berdiri. Lasak dia jangan cakapla. Bila dia meniarap, laju je maju dia. Tengok je baju dia kotor macam mana. Ni nasib sikit, sebab nad mop lantai. Kalau tak mop mau hitam sangat. Rumah tepi jalan, memang mudah kena habuk dan kotor.


Bahagian kaki, lagilah jangan cakap. Nad takkisah pun. Baju kotor pun leh basuh. Nanti bolehla hilang.Nad memang bagi kebebasan dekat anak untuk meneroka. Tapi kalau sampai tak bagi mommy dia nak update blog memang geram juga..hhahaa..


Ni lagi best, tangan dia, sampai hitam. Gara-gara pegang kipas yang kotor, tak pun celah-celah yang kotor. Budak apa tau, dia tau benda tu nampak menyeronokkan bagi dia. Dia tak tau benda tu kototr ke apa. Nad la kene tegur dia, walaupun dia tak paham lagi..hahaa..

Semua ni takpe untuk dia mengenal, menyentuh sesuatu benda. Nad la kena peka dengan dia, tengok apa dia buat. Kalau benda tu selamat ok biarkan. kalau tak selamat, nad amik letak tempat selamat. Sekarang tengah fikir, nad beli pagar atau playpen untuk dia. Bukan sebab dah tak bagi merayau, cuma nak buat kerja pun susah..heeheh..

SUAMI MENJADI TERLEBIH MANJA

in , by Nadia Johari, 01:23:00
hai assalammualaikum

Suami Menjadi Terlebih Manja - Sebelum berkahwin, semestinya lelaki menunjukkan sikap manjanya dengan ibunya. Apabila sudah berkahwin, isterila tempat dia bermanja. Lelaki inginkan perhatian daripada seorang isteri. Memang semua lelaki ni manja, tapi dikatakan lelaki yang semakin usia akan lebih manja. Betul ke?? Nad tak taula kan, tapi tengok lelaki nad sendiri, memang manja dia mengalahkan budak kecik..hahaha..


Contohnya,  mr mafia mesti akan demam, atau tak sihat bila nad balik kampung. Nad akan duduk selama seminggu atau dua minggu dekat kampung. Mr Mafia akan balik Kuala Lumpur sebab urusan kerja. makan minum memang dia akan makan dekat luar la walaupun sebenarnya dia hebat memasak..hehee. Bila dah malasnya, tak cukup  masanya memang kedai la dicarinya. Lepas tu nanti mesti dapat whatsup, tak sihat la, tangan luka kena tu la, kena ni la..mesti ye!!..hahaa..banyak kali dah. Kalau ditinggalkan mesti ada je benda tak patut berlaku, dia berlaku..haishh.. Adakah sebab sikap manjanya, jadi macam tu??

Yela sebelum kawin, mak semua uruskan. Lepas kawin isterila kena uruskan. Kalau boleh nak rasa masakan isteri setiap hari. Nak dilayan isteri setiap hari. Bila barang terlupa letak mana, isteri yang ingatkan. Bila dia sakit, time dengan ibunya mestilah takde manja sangat sebab dia fikir dah besar kot. Tapi bila dengan isteri, mestilah nak bermanja. Nak isteri jaga. Nak dilayan seperti anak kecil. Lagi satu lelaki ni susah nak pergi klinik. Sebab tu bila sakit, manjanya terlebih. Nak dibelai selalu..


Inilah kekuatan yang ada pada wanita, yang sangat berguna untuk mereka pula merawat, membelai dan memanjakan anak-anak yang sakit. Ini berbeza dengan wanita, wanita berupaya menangani diri mereka sendiri tatkala terkena flu atau sakit ringan. Memang nampak kan perbezaannya. Tapi sebenarnya, isteri pun nak dimanjai..huh!!!..Sentuhan suami pun beri ketenangan kepada isteri ok.

Tapi si isteri pun ada kerja dia sendiri. Bila nampak isteri sibuk sikit, kasihanilah mereka. Isteri nampak je sibuk, tapi nak jaga keluarga tu nombor satu tau!!. Isteri selalu pastikan keluarga sihat, selamat.

Memang, kita selalunya akan dihadapkan dengan pelbagai perbezaan. Wanita yang lemah lembut sifatnya, gebu gebom pula kulitnya, dalam keadaan tertentu dikurniakan tuhan kekuatan semula jadi yang tidak mudah untuk difahami oleh lelaki! Manakala lelaki yang gagah perkasa fizikalnya, ada ketika menjadi sangat manja. Itulah perbezaan-perbezaan yang kita perlu fahami dalam hidup berpasangan kerana lelaki dan wanita sememangnya dijadikan dengan seribu satu ketidaksamaan. Dan jurang ketidaksamaan itu bukan untuk diperbesarkan sebaliknya untuk sama-sama difahami, dihadami dan dihayati sebagai pasak tugu cinta yang akan kekal teguh hingga ke syurga.


hai assalammualaikum

Gelagat Ibu Bapa Lawan Siapa Paling Cepat Memakaikan Baju Empat Orang Anaknya - Rakaman video pasangan yang menunjukan kemahiran keibubapaan mereka dengan menukar baju tidur untuk anak mereka – bayi kembar tiga dan seorang kanak-kanak. Kembar tiga tu, memang tak dapat bayangkan macam mana. Nad seorang ni pun dah tak terurus, ni pulak kembar tiga. Bila tengok video ni, memang respek habis, sebab dia pakaikan baju tu dekat atas tilam. Nampak tak macam mana dia handle anak-anak dia, supaya jangan jatuh.


Memang mengagumkan bagaimana seorang ibu dengan menunjukkan cara bagaimana dia membuat persediaan memakaikan baju kepada anak-anaknya.Membuatkan video ni best sebab si bapa pun turut serta..hehee..Bukan senang seorang bapa nak handle anak-anak ni.hehe..Tapi Si bapa mampu lakukan..


Kedua-dua video tersebut menunjukkan perbandingan kepantasan pasangan itu dalam menukar pakaian tidur untuk keempat-empat anak mereka.


Akhirnya Si Bapa nampaknya menang dalam ‘perang keluarga’ itu dengan rekod saat yang lebih pantas berbanding isterinya.

Layan la video ni..hehee..best giler..Kalaula nad ada kembar..aduhh..hehee
hai assalamualaikum

Produk Keselamatan Lunavie : Elak Kecederaan Kepada Anak-Anak - Kemalangan dan kecederaan boleh terjadi di mana-mana sahaja. Tidak kira di dalam rumah atau di luar rumah. Kita fikir, bila dalam rumah, pasti akan selamat untuk anak-anak, tapi, kita silap. Kediaman juga boleh bertukar menjadi tempat paling bahaya untuk kanak-kanak sekiranya tidak ada langkah melindungi keselamatan mereka. Sikap sambil lewa atau hanya bertindak apabila berlaku kemalangan seharusnya tidak berlaku. Sebaliknya setiap ibu bapa perlu mengambil langkah proaktif memastikan keselamatan anak mereka terjamin.

Terdapat banyak hal di rumah yang berpotensi membahayakan keselamatan anak. Hal-hal seperti pintu benda-benda tajam, elektrik dan lain-lain yang membahayakan si kecil .Benda-benda yang kita anggap kecil mungkin boleh menjadi serius. Seperti Fariza, kini dia dah berusia 9 bulan. semakin aktif dan mula nak meneroka dalam rumah ni. selalunya tempat paling dia suka ialah bermain pintu almari. Memang dia gemar buka pintu almari. Budak seusia tu, mana dia tau apa yang bakal terjadi. Yang dia tau keseronokan. Dan akhirnya jarinya tercepit dekat almari tu. Perkara seperti ini walaupun kecil patut kita elakkan. Nak tengok dia main pintu almari boleh klink link dekat SINI.


Lunavie.com memahami hati seorang ibu yang ada anak kecil. Nad terima tiga jenis produk keselamatan baby untuk dikongsi dengan ibu-ibu di luar sana. Nad yakin, produk ni mampu mengelak kemalangan kecil yang berlaku di rumah. Produk keselamatn Lunavie dijamin selamat dan tidak membahayakan. Antara tiga produk Lunavie yang nad terima ialah Lunavie Multi Purpose Latch, Lunavie Slider Lock dan Lunavie Corner Protector.

Lunavie Multi Purpose Latch


Harga: RM10.90 ( 2 pcs )

Lunavie Multi purpose boleh digunakan apa jenis pintu sekalipun. Membantu untuk mengelakkan kanak-kanak daripada membuka peti sejuk, almari, kabinet, tandas, dan lain-lain Ia boleh digunakan pada permukaan melengkung dan sudut dan pada pelbagai permukaan termasuk kaca, logam, kayu dan plastik.


Caranya mudah sahaja. Buka pelekat dan tampal di mana yang anda rasa sesuai. Jika anda ingin membuka pintu alamri tersebut, cuma buka bahagian sebelah. (sila rujuk pada gambar ). Jika nak halang daripada anak membuka, pasang je semula. Senang kan. Kerja kita pun mudah.

Lunavie Slider Lock


Harga: RM10.90
Alat ni memang penting. Ibu-ibu memang wajib ada di setiap rumah. anak-anak kecil memang gemar buka pintu kabinet. Selalunya kabinet ni tempat ibu-ibu simpan pinggan mangkuk, periuk belanga kan. Anak-anak lagi suka nak capai benda-benda macam tu. Ia dapat mengelakkan kanak-kanak daripada membuka pintu kabinet dan mencederakan diri mereka sendiri.


Mudah untuk memasang tanpa sebarang alat.
1) Tentukan lokasi pemasangan
2) Tekan selak dan tahan terbuka
3) Memohon kunci sekitar pemegang
4) Slide selak ke dalam untuk mengunci

Lunavie Corner Protector


Harga: RM12.90 ( 4pcs/set )


Macam fariza, dia sekarang dah pandai berdiri. Asal dia nampak tempat berpaut, dia nak cuba berdiri. Lagi-lagi kalau nampak meja.Taula bahagian hujung meja ada bucu tajam. lagi bahaya kalau meja jenis kaca. Aduh!!! tak dapat bayangkan kalau terkena mata, tangan atau anggota lain. Lagi budak suka melompat sana sini. Jadi nak elakkan daripada berlaku, gunalah Corner Protector ni. Direka khas untuk menutup seluruh buju meja. Jadi tak perlu risau anak terkena buju.

Dah nampak kebaikan guna alat keselamatan daripada Lunavie ni. Ingat!! Dalam rumah pun tak selamat. Jadi jangan pandang remeh perkara macam ni. Ibu bapa wajib ada alatan keselamatan ni di rumah. Insyallah, dijamin keselamatan anak. Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab ibu bapa. Jadi kalau korang nak beli produk keselamatan Lunavie ni, korang boleh layari
Website : www.lunavie.com
Email : info@lunavie.com
Facebook : www.facebook.com/mylunavie
Instagram : @lunavie_com
Telefon : 03-9057 2661

LUNAVIE
Caely (M) Sdn Bhd
No 47-2 Jalan Radin Anum
Bandar Sri Petaling
57000 Kuala Lumpur


KENAPA BERAT BADAN BABY TAK NAIK??

in , by Nadia Johari, 20:09:00
hai assalammualaikum


Kenapa berat Badan Baby Tak Naik - Haritu check up Fariza macam biasa. Melihat kepada badan dia yang pejal, dan pipi yang padat tu, nad fikir naikla kot berat dia. Hari-hari nad dukung dia, jadi nad tau macam mana lenguhnya tangan ni. Boleh agak berat dia macam bertambah. Tapi bila timbang haritu, beratnya sama macam bulan lepas. Dah kenapa ye??

Berat dia sebelum ni 6.4kg, haritu timbang masih 6.4kg. Tapi di keadaan yang stabil iaitu di atas garisan kuning. Panjang die pulak meningkat ke 66kg. Nad pun terkejut tengok berat dia. Kenapa masih sama?? Sedangkan dia kuat menyusu. Fariza masih menyusu badan. Makan pun dia ok. Selalu nad bagi 2 kali sehari. Lepas tu bagi nyusu badan memang kerap la. Dia punya berak, kencing ok je.

Jadi nad terfikir, apa sebab dia dah semakin aktif jadi beri kesan kepada berat dia? Yela dia pun dah mula merayau sana sini, dah mula duduk. Jadi nad pun cakap dengan nurse..
Nad; "kenapa ye nurse badan dia tak naik?"..
Nurse pun cakap "puan bagi makan berapa kali"..
Nad cakapla "dua kali, kadang termiss gak dua kali".
Nurse pun cakap " puan bagi 3 kali sehari pulak. 3 kali tu bagi bubur nasi je. Campur la sayur, daging, ikan buat kurma.."

Sejak nurse cakap macam tu, terus nad buat 3 kali sehari..hahaa..Susu badan jangan cakap, memang kerap nad bagi. Harap-harap check up kali ni terus naik..Oh haritu nurse cakap terus cucuk setahun. Dia skip 10 bulan..kenapa erk??

SANTAI DI RESTORAN JEJANTAS SUNGAI BULOH

in , by Nadia Johari, 14:28:00
hai assalammualaikum

Santai Di Restoran Jejantas Sungai Buloh - Sebelum ni tengok orang makan dekat RNR Jejantas Sungai Buloh ni. Kita dari dulu teringin, tapi takda siapa nak bawa. Macam mana la rupanya makan dekat atas jalan..hahaa.. Lepas kawin baru dapat pergi, tu pun lepas dapat anak..hahaha..Haritu lepas balik kenduri, singgahla RNR Sungai Buloh. Seumur hidup tak pernahla jejak, kesian kan..hahaha..Ni la pertama kali jejak dan makan dekat jejantas tu. Yela, mr mafia kesian dekat isteri dia ni, tak pernah singgah RNR jejantas sungai Buloh ni. Dah alang-alang lalu, jadi singgahlah. Sejak akhir-akhir ni, mr mafia pandaila nak buat something untuk isteri dia ni ha..hahaa..


Bila tengok, oo macam ni rupanya Restoran Jejantas dia. Dalam tu ada KFC, Burger King dan macam-macam lagi. Tak sempat nak amik gamabr semua apa yang ada dekat RNR Sungai Buloh tu. Kena datang lagi amik gambar semua..hahaha.. Nad sampai sana pun makan dekat KFC. AMsuk je dapat port yang memang elok la, betul-betul tengah jalan raya..huhuhu..

Nad memang jakun sikit..hahhaa.. Bila tak pernah cuba, sekali cuba tersengih memanjang. Mr mafia tengok pun ketawa je dengan gelagat nad..hahaa..nasib kita tak melompat-lompat..hahhaha..



Siap ajar anak "Fariza jom kira kereta "..walaupun budak tu tak tau apa-apa lagi. Yang dia tau makan, makan dan makan..hahaa..

Fariza; Waiter..nak order
Waiter: Ya, nak ape mem
Fariza: Saya nak tambah KFC lagi..nak air susu..nak nestum..nak nasi..
Pastu berlagak macam bos..haahaha


Ok mr mafia, lepas ni kita singgah lagi sayang, nak amik gambar semua, apa ada dekat situ..hahaha..
hai assalammualaikum


Bila Dengan Daddy, Perangai Baik - Dah lama nad perati Fariza ni. Bila nad tegur, marah banyak kali pun mesti dia akan buat lagi, buat lagi dan buat lagi. Takkan dengar pun!!! Makin dia suka buat adalah. Kadang letih betul nak bebel dekat budak kecik ni. Mungkin orang cakap, " memangla dia tak dengar, sebab dia tak paham lagi, masih kecik kan ".. yup yang tu nad akui, tapi berbeza dengan daddy dia..


Bila nad tengok Fariza dengan daddy dia, Ya Allah elok sangat perangai. Serius, betul nad cakap. Kalau dengan nad, duduk dekat mesti dia nak merayau ke mana-mana. Tapi asalkan depan mata dia. Tapi bila dengan daddy dia, stedy je duduk, main-mainan dia. Duduk elok sebelah daddy dia. Dari nad masak, mandi, relaks je duduk dengan daddy dia. Tak merayau pun.

Lagi satu, bila dia main kipas, daddy jerit sikit, dia takkan pegang dah lepas tu. Dengar weii!!!.. tapi dengan nad, ermm..memang takdenya la..Gitu suara daddy, aura daddy.

Agaknya kita dulu pun macam tu erk. Sebab seorang lelaki ni garang dan tegas sampai dengar cakap..hahaha..Okla dia didik anak dari kecik. Bak kata mr mafia " ajar anak dari sekarang, biar dia paham, kalau nak ajar masa dah besar memang takkan dengar cakap ".. tu orang laki. Nad orang perempuan memang lembut hati..hahaha..k bye..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2