hai assalammualaikum

Appletoner.com Jual Ink Dan Toner Printer Secara Online - Printer adalah alat yang dapat kita gunakan untuk mencetak documen (tulisan, gambar dan tampilan lainnya) dari komputer ke media kertas. Bila ada printer, mudah kerja kita kan. Siapa ada printer dekat sini, tak kisahla dekat rumah atau dekat pejabat?? Masalah utama printer, mestilah ink printer kan. Bila dah banyak print kerja, mesti ink printer akan habis. Masa tu la nad akan bersusah payah nak pergi kedai printer. Kadang rasa malas nak keluar pergi kedai. Kalau boleh nak semua benda datang dekat kita. Kita cuma tunggu benda tu sampai je..hehe..


Hah!! jangan risau.. Betapa mudahnya kehidupan kita sekarang. Macam-macam benda kita boleh beli secara online. Ink printer pun ada dijual secara online. Selalunya kita nampak pakaian, perabot, kecantikan yang dijual secara online, tapi kali ni barang printer pulak. Kedai onlineyang menjual ink printer yang nad maksudkan ialah Apple Toner. Memang tersenyum la bila tau ada printer catridges yang dijual secara online.  Bila nad tengok website Apple Toner ni, kedai online ni bukan sahaja jual ink malah dia jual printer juga. Dari Office equipment printer atau untuk kegunaan rumah pun ada. Semua brand printer ada, dari printer biasa sampailah heavy user macam Xerox Machine.

Bila nad tengok bahagian ink catridges ni, banyak jenis ink catridges yang dijual. Dekat sini ada macam-macam jenis brand ada, macam HP, Canon, Brother, Dell, Samsung, Oki and even Xerox pun ada. Harga dia pun sangatla berpatutan. Ada Corporate Order untuk mendapatkan diskaun.


Bila nad tengok lagi, bahagian Toner di setiap gambar ada tulis Compatible Toner dan Original. Kalau korang nak tau, dia ada bagi information berkenaan ni di bahagian sidebar. Dekat situ korang boleh baca. Mula tak paham, lepas tanya dekat customer service, diaorang terangkan. Compatible Toner yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat pihak ketiga dan dijual di bawah jenama yang berbeza. Selalunya compatible toner mungkin berbeza pada rupa, reka bentuk dan hasil  dengan original. Compatible toner ni plak bukan yang fake atau re-fill tapi dibuat oleh kilang untuk memenuhi keperluan brand-brand yang ada kat market.



Kalau korang rasa macam tak tau nak pilih ink printer atau toner mana yang bagus, atau nak tanya pertanyaan, korang tak perlu risau, sebab website Apple Toner ni ada support chat yang boleh bantu korang untuk jawab pertanyaan korang tu.Nad lagi suka yang ada customer services jenis chat ni, sebab dia akan jawab dengan pantas dan cepat. Masa tu nad nak pilih barang pun tak amik masa yang lama. sambil chat sambil kita tengok barang mana yang disyorkan.

Puas hati sangat dengan servis yang ditawarkan. Lagi best di Apple Toner, diaorang ada buat free delivery penghantaran dengan pembelian RM100 keatas. Selain itu,masa penghantaran pun cepat, beli harini, esok dah dapat barangnya. Tapi!! korang kena pastikan order sebelum pukul 2 petang. Untuk mereka yang tinggal di lembah klang lagi untung sebab boleh dapat pada hari yang sama jika order barang sebelum pukul 12 tengahari. Berkenaan waranti dia 365 hari bermaksud setahun.

Kalau sebelum ni, nad beli printer, ink dan toner kena pergi lowyat atau kedai komputer. Tapi sekarang semua benda kena berjimat..hehe. Dah mudah dengan adanya Apple Toner ni. Nad memang recommend habis korang beli je barang-barang printer tu dekat sini. Kepada mereka yang ada printer lagi-lagi di pejabat tu, semoga memudahkan kerja korang. Korang boleh layari :
Website: https://www.appletoner.com.my
Address: No.B-2-10, Block B, BBT One, Lebuh Batu Nilam 2, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang. Selangor.
Phone: 012-362 1360 / 012-361 8182
Email: sales@appletoner.com.my
Fax: 03-3325 1579

Working Days/Hours:
Mon - Fri / 8:30AM - 6:00PM



hai assalammualaikum

Gincu Anastasia Beverly Hills - Bila nampak kawan-kawan pakai lipstik yang garang, yang berani, nad pun teringin nak guna warna macam tu. Biasalah perempuan, kalau tak mencuba mana tau sesuai ke tidak kan dekat bibir kita. Sesekali nak mencuba yang nampak garang dan berani tak salah pun kan..hehee..asyik nak pakai warna soft je. Lepas tu sepupu whatsup gambar gincu ni dekat nad. Masa tu pulak nak raya, apa lagi mulalh tengok gambar tu macam menawan je warna dia. Dan lagi bila ada warna gincu yang nad nak sangat warna dia. Jadi nad pun orderla. Kira gincu untuk raya la..hehee..


Ni la Gincu Anastasia Beverly Hills Lips Matte. Dua pilihan warna yang menarik hati. Iaitu warna Electro dan American Doll. Satu warna merah, satu lagi warna seperti keunguan gitu. Harga murah je RM10. Gincu Anastasia ni jenis cecair. Mampu bertahan 8-10 jam.


Bila nad apply dekat tangan, mula-mula dia basah, lepas tu dia cepat je kering dan melekat dekat bibir. Bila nad basuh dengan air, dia susah hilang. Tapi bila nad fikir balik, masa raya nad guna, gincu tu macam hilang juga masa nad minum air. Tapi takda la comot. Cantik juga dekat bibir. Bila nak hilangkan, perlu guna tisu basah atau makeup remover.


Ni gambar nad pakai Gincu Anastasia American Doll. Nad tak apply banyak sangat, sebab tu merah dia tak berapa merah. Tapi puas hatila..hehe. Ni pertama kali apply dekat bibir.


Ni gambar lagi masa raya pertama. Nad guna Gincu Anastasia American Doll. Yang ni nad apply banyak sikit. Sebab tu dari jauh nampak merahnya..hehee.


Yang ni warna kesukaan nad. Gincu Anastasia Electro. Fuh berani kita pakai warna ni. Sesuai dengan baju nad pakai. Cantik sangat..hehe.

Lepas ni kena belajar cara makeup..kihkih..

SUP AYAM MUDAH UNTUK BABY FARIZA

in , by Nadia Johari, 03:19:00
hai assalammualaikum

Sup Ayam Mudah Untuk Baby Fariza - Sebenarnya resepi masakan untuk bayi ni tak jauh beza dengan resepi orang dewasa. Cuma bezanya ialah kita TAK PERLU letak sebarang perasa samada gula atau garam. Fariza dah start makan bubur masa puasa iaitu usia dia 7 bulan. Ada nad buat entry di SINI. Masa tu memang ajar dia makan benda kasar sikit. Alhamdulillah dia dah boleh terima.

Mula-mula ajar bubur campur kurma je. Lepas tu tambah la dengan sayur, telur sebab nak tengok dia alergik ke tak. Syukur dia takde alahan apa pun. Dan lepas tu cuba bagi ayam pulak. Tengok gaya dia, dia suka makan makanan yang berkuah. Laju je makan. Sedap ye mommy buat sup ni..hehehe


Ni resepi cara nad buat sup
- 1 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Isi ayam
- minyak

Caranya
- Masukkan minyak, lepas panas , masukkan la bawang merah, bawang putih dan halia bagi naik bau.
- Masukkan air ikut banyak mana anda suka
- Masukkan ayam. Kasi masak sampai ayam empuk.
- Dah empuk angkatla.

Oh masa ni sayur takda, jadi bubuh ayam jela..hahaa..Sayur dah habis. Esokla kita beli sayur. Sup ayam ni nad simpan dalam peti ais, sebab esok-esok nak guna lagi. Ayam nad blender..sebab budak kecik ni mana reti makan ayam lagi..kang tercekik..ehhee..ok itu sahaja. Mudah je..







hai assalammualaikum

Fariza Boleh Duduk Dan Berdiri Dalam Satu Masa - Nad 24 jam dengan Fariza. Jadi apa dia buat, apa perubahan yang berlaku dekat dia nak tau. Nad perasan, masa dia dah pandai meniarap, dalam masa beberapa hari je dia dah pandai maju ke depan terus. Sekarang dia dah pandai duduk sendiri, dan dalam beberapa hari juga dia boleh berdiri. Kira orang cakap lengkap dan berpasangan la gitu..hahaa..Advance Fariza ni. Tak macam anak dara nad tengok..ahhaa..Lasak bukan main. Bila dah dapat berdiri, sana sini nak berdiri.



Sebelum ni dia cuba duduk dengan bantuan tilam tu. Tilam tu sebagai penahan tangan dia nak lepas..hehee. Lama-lama lepas tu dia dah boleh lepas tangan untuk duduk.


Sebelum-sebelum ni susah betul nak ambil video dia tengah duduk, sebab setiap kali dia nampak lampu kamera, dia akan pergi dekat nad..hehhee..Jadi ambil gambar jela. Tapi nasib baik masa ada anak-anak jiran sebelah datang, dia tak perasan nad amik video. fariza memang suka ada kawan ni. Yela kat rumah ni dia dengan mommy dan daddy jela. Sepupu dia semua dekat kampung. Kitaorang pula balik kampung sekali sekala sebab urusan kerja suami. Bila ada kawan suka betul dia.


Anak dara ni, bila dapat buat sesuatu yang baru, bukan main senyum lebar dia. Semua yang dilakukan, semua baru bagi dia. Macam maknya jugakla, bila dapat pergi sesuatu tempat, suka memanjang..hahaha..EE..geram mommy tengok awak Fariza. Hari-hari kene cium dengan mommy. Sebelum ni bila nak berdiri, dengan bantuan mommy dia atau daddy dia. nad akan sandar dekat sofa tu, dia akan pegang badan nad dan berdiri. Lepas tu dia dah selalu buat, dah pandai berdiri sendiri.



Yang ni dia dah start nak memanjat. Huh!! awak ni macam hebat sangat kan.

Selama besarkan anak ni, Nad biarkan dia buat sendiri. Bila dia dah boleh buat baru kami sebagai ibu bapa bantu bagi mempercepatkan lagi proses perkembangan dia tu. Semua bayi melalui perkembangan yang berbeza. Tak semestinya bayi yang cepat mencapai 'milestone' perkembangan bayi tu lebih cerdik daripada bayi yang lambat sikit. Biarkan bayi 'explore' dan membesar mengikut masanya sendiri. Apa yang penting, pastikan bayi kita mendapat kasih sayang dan perhatian secukupnya di samping memberikan makanan yang berkhasiat dan memastikan persekitaran selamat untuk bayi bergerak.


hai assalammualaikum

Biar Kotor, Dia Tengah Peka Dengan Persekitaran -Gembira tengok anak membesar depan mata. Bersyukur dapat jaga anak sepenuh masa. Lagi syukur nad masih lagi dapat susukan dia dengan susu badan. Ya, nad tak bekerja dan direct feeding je ke Fariza. Orang cakap baby yang susu ibu ni aktif sangat. Fariza semakin hari bertambah cerdik. Dia semakin peka dengan persekitarannya. Dia suka sesuatu yang lucu dan mula belajar meneroka. Dia dah tau port mana nak pergi sebab tempat tu dia dah selalu pergi dan lihat. Bila dia nak pergi tu, dia terus pergi tanpa agak-agak.

Fariza hampir ke 10 bulan. Pergerakan tangan dan kaki semakin pantas.Bermakna dia boleh lakukan apa-apa aktiviti dia suka.Kalau kita larang mesti marah. Ya!! dia dah pandai marah sekarang..huhu. Sesetengah ibu bapa, akan bising bila anaknya jalan sana sini disebabkan baju akan kotor. Tapi bagi nad, biarlah kotor, asalkan dia buat sesuatu untuk dia belajar. Melainkan tempat yang dia tuju tu membahayakan dia, memang kita akan larang.


Fariza setakat ni belum boleh merangkak. Tapi dia dah maju ke depan, dah duduk sendiri dan berdiri..adoii habis kalau anak dara dah berdiri. Lasak dia jangan cakapla. Bila dia meniarap, laju je maju dia. Tengok je baju dia kotor macam mana. Ni nasib sikit, sebab nad mop lantai. Kalau tak mop mau hitam sangat. Rumah tepi jalan, memang mudah kena habuk dan kotor.


Bahagian kaki, lagilah jangan cakap. Nad takkisah pun. Baju kotor pun leh basuh. Nanti bolehla hilang.Nad memang bagi kebebasan dekat anak untuk meneroka. Tapi kalau sampai tak bagi mommy dia nak update blog memang geram juga..hhahaa..


Ni lagi best, tangan dia, sampai hitam. Gara-gara pegang kipas yang kotor, tak pun celah-celah yang kotor. Budak apa tau, dia tau benda tu nampak menyeronokkan bagi dia. Dia tak tau benda tu kototr ke apa. Nad la kene tegur dia, walaupun dia tak paham lagi..hahaa..

Semua ni takpe untuk dia mengenal, menyentuh sesuatu benda. Nad la kena peka dengan dia, tengok apa dia buat. Kalau benda tu selamat ok biarkan. kalau tak selamat, nad amik letak tempat selamat. Sekarang tengah fikir, nad beli pagar atau playpen untuk dia. Bukan sebab dah tak bagi merayau, cuma nak buat kerja pun susah..heeheh..

SUAMI MENJADI TERLEBIH MANJA

in , by Nadia Johari, 01:23:00
hai assalammualaikum

Suami Menjadi Terlebih Manja - Sebelum berkahwin, semestinya lelaki menunjukkan sikap manjanya dengan ibunya. Apabila sudah berkahwin, isterila tempat dia bermanja. Lelaki inginkan perhatian daripada seorang isteri. Memang semua lelaki ni manja, tapi dikatakan lelaki yang semakin usia akan lebih manja. Betul ke?? Nad tak taula kan, tapi tengok lelaki nad sendiri, memang manja dia mengalahkan budak kecik..hahaha..


Contohnya,  mr mafia mesti akan demam, atau tak sihat bila nad balik kampung. Nad akan duduk selama seminggu atau dua minggu dekat kampung. Mr Mafia akan balik Kuala Lumpur sebab urusan kerja. makan minum memang dia akan makan dekat luar la walaupun sebenarnya dia hebat memasak..hehee. Bila dah malasnya, tak cukup  masanya memang kedai la dicarinya. Lepas tu nanti mesti dapat whatsup, tak sihat la, tangan luka kena tu la, kena ni la..mesti ye!!..hahaa..banyak kali dah. Kalau ditinggalkan mesti ada je benda tak patut berlaku, dia berlaku..haishh.. Adakah sebab sikap manjanya, jadi macam tu??

Yela sebelum kawin, mak semua uruskan. Lepas kawin isterila kena uruskan. Kalau boleh nak rasa masakan isteri setiap hari. Nak dilayan isteri setiap hari. Bila barang terlupa letak mana, isteri yang ingatkan. Bila dia sakit, time dengan ibunya mestilah takde manja sangat sebab dia fikir dah besar kot. Tapi bila dengan isteri, mestilah nak bermanja. Nak isteri jaga. Nak dilayan seperti anak kecil. Lagi satu lelaki ni susah nak pergi klinik. Sebab tu bila sakit, manjanya terlebih. Nak dibelai selalu..


Inilah kekuatan yang ada pada wanita, yang sangat berguna untuk mereka pula merawat, membelai dan memanjakan anak-anak yang sakit. Ini berbeza dengan wanita, wanita berupaya menangani diri mereka sendiri tatkala terkena flu atau sakit ringan. Memang nampak kan perbezaannya. Tapi sebenarnya, isteri pun nak dimanjai..huh!!!..Sentuhan suami pun beri ketenangan kepada isteri ok.

Tapi si isteri pun ada kerja dia sendiri. Bila nampak isteri sibuk sikit, kasihanilah mereka. Isteri nampak je sibuk, tapi nak jaga keluarga tu nombor satu tau!!. Isteri selalu pastikan keluarga sihat, selamat.

Memang, kita selalunya akan dihadapkan dengan pelbagai perbezaan. Wanita yang lemah lembut sifatnya, gebu gebom pula kulitnya, dalam keadaan tertentu dikurniakan tuhan kekuatan semula jadi yang tidak mudah untuk difahami oleh lelaki! Manakala lelaki yang gagah perkasa fizikalnya, ada ketika menjadi sangat manja. Itulah perbezaan-perbezaan yang kita perlu fahami dalam hidup berpasangan kerana lelaki dan wanita sememangnya dijadikan dengan seribu satu ketidaksamaan. Dan jurang ketidaksamaan itu bukan untuk diperbesarkan sebaliknya untuk sama-sama difahami, dihadami dan dihayati sebagai pasak tugu cinta yang akan kekal teguh hingga ke syurga.


hai assalammualaikum

Gelagat Ibu Bapa Lawan Siapa Paling Cepat Memakaikan Baju Empat Orang Anaknya - Rakaman video pasangan yang menunjukan kemahiran keibubapaan mereka dengan menukar baju tidur untuk anak mereka – bayi kembar tiga dan seorang kanak-kanak. Kembar tiga tu, memang tak dapat bayangkan macam mana. Nad seorang ni pun dah tak terurus, ni pulak kembar tiga. Bila tengok video ni, memang respek habis, sebab dia pakaikan baju tu dekat atas tilam. Nampak tak macam mana dia handle anak-anak dia, supaya jangan jatuh.


Memang mengagumkan bagaimana seorang ibu dengan menunjukkan cara bagaimana dia membuat persediaan memakaikan baju kepada anak-anaknya.Membuatkan video ni best sebab si bapa pun turut serta..hehee..Bukan senang seorang bapa nak handle anak-anak ni.hehe..Tapi Si bapa mampu lakukan..


Kedua-dua video tersebut menunjukkan perbandingan kepantasan pasangan itu dalam menukar pakaian tidur untuk keempat-empat anak mereka.


Akhirnya Si Bapa nampaknya menang dalam ‘perang keluarga’ itu dengan rekod saat yang lebih pantas berbanding isterinya.

Layan la video ni..hehee..best giler..Kalaula nad ada kembar..aduhh..hehee
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2