SENYUMAN YANG DITUNGGU

in , by Nadia Johari, 01:19:00
hai assalammualaikum

Senyuman Yang Ditunggu - Semua menunggu, bila dia akan senyum. Nad sendiri yang 24 jam dengan dia menunggu dia nak senyum depan kamera bila selfie..haaha..kebanyakan gambar yang dipos, semuanya masam..Nak buat macam mana, masa mengandung, maknya kurang senyum..haaha..ngaku jela..

Kalau budak lain pandang muka sendiri depan kamera, mudah je nak senyum, Fariza..ermmm..macam nampak apa..hahaha..tapi tak menghalang untuk nad ambil selfie dengan dia. Sebab geram, picit-picit je dengan dia ni..

Tanggal 23.8.2016, genap umur dia 10 bulan. Dan waktu tu sepatutnya ada shooting dekat Bukit Jalil, tapi terpaksa ditangguhkan. Jadi nad ajak mr mafia pergi Ikea Cheras. Sebelum tu macam biasa selfie la dulu..haaha. Budak gendut tu pula baru bangun tidur, segar sikit mata dia.


Bila nak selfie, panggil dia " Fariza..." dan tadaa..dia senyum..Alahai manisnya awak senyum nak..Lain kali senyum lagi ye..Layankan mommy nak selfie ni ye..hehehe..


Fariza : Mommy senyum macam ni kan..sampai bila nak senyum mommy..


Fariza : Buat ape pulak la mommy ni..Besarkan mata pulak ye...adoii memacam la mommy kita ni.. Patutla telefon hang je, mommy asyik selfie..penuh gambar...haishh..


Senyum lagi...ehehe..Ramai tunggu dia senyum..hahaha..maknya pun excited..

VIRUS ZIKA PERTAMA DI KLANG

in , by Nadia Johari, 16:51:00
hai assalammualaikum

Virus Zika Pertama Di Klang - Virus Zika yang pernah melanda Singapura, kini dah sampai je Malaysia. Nad tau pun dekat berita. Seorang ibu yang melawat anaknya di Singapura. Seminggu selepas tu terus demam, badan dinaiki ruam disahkan dijangkiti virus Zika di Hospital Sungai Buloh. Sebut je Klang, ya, tu kawasan kampung nad. Virus ni ada di mana-mana sahaja, nak taknak kena berjaga-jaga sekarang.


Jangkitan zika ini, biasa sahaja. Mild viral infection. Symptom nya hanyalah menyerupai demam virus yang biasa. Malahan, demam nya pun tidak terlalu tinggi suhunya. Diikuti dengan ruam-ruam dan mata kemerahan. Bermaksud tiada tanda, sehingga penghidapnya tidak sedar dan perasan pun. Orang yang dijangkiti Zika, tidak sedar bahawa dia dijangkiti Zika. Dia mungkin beranggapan ianya hanyalah demam biasa.

Habis, kenapa kita risau sangat dengan zika ini?
Penyakit Zika, dikaitkan dengan microcephaly. Amat bahaya untuk ibu mengandung. Apabila seseorang ibu mengandung atau didapati mengandung dalam keadaan dijangkiti virus Zika, virus tersebut akan menyerang janin didalam kandungan.

Kesannya, bayi didalam kandungan berisiko tinggi menghidapi microcephaly. Iaitu saiz otak yang lebih kecil dari kebiasaan. Bayi yang menghidapi microcephaly, dikaitkan dengan pelbagai masalah ketika membesar kelak. Antaranya seperti masalah sawan, dwarfism (kerdil), kegagalan untuk bertutur atau melakukan aktiviti-aktiviti seperti memegang, berjalan dan sebagainya.

Komplikasi microcephaly ini mungkin boleh dikesan ketika kandungan, namun boleh juga hanya dikesan apabila setelah bayi dilahirkan.

Zika disebarkan melalui vektor nyamuk Aedes Nyamuk Aedes, bukannya benda baru di negara kita. Kita tahu, nyamuk Aedes membiak di persekitaran yang kotor dan bertakung air. Sebersih-bersih negara Singapura pun ada begitu ramai dijangkiti Zika, inikan pula negara kita. Hihi.
Spesis yang sama menyebarkan denggi, turut menyebarkan zika. Denggi itu boleh membunuh.

Banyakkan memakai pakaian labuh atau lengan panjang agar dielakkan dari digigit nyamuk. Elakkan pakaian berwarna gelap kerana pakaian gelap menarik perhatian nyamuk aedes. Pastikan rumah anda dilengkapi dengan ubat nyamuk dan/atau kelambu. Elakkan keluar dari rumah pada waktu senja/maghrib contohnya ke pasar malam atau kedai makan dan sebagainya.

Kita sudah berkempen sejak bertahun-tahun lampau mengenai pembasmian aedes. Namun sejauh mana keberkesanan kempen kita tersebut adalah menjadi persoalan, apabila saban tahun kes denggi semakin dan semakin meningkat. Dan ianya menjadi mimpi ngeri kita apabila Zika pula come into the picture.

Marilah kita sama-sama memeriksa sekeliling rumah kita untuk mencari, dikhuatiri ada sarang-sarang Aedes yang mendedahkan kita kepada risiko Denggi dan Zika ini. Tiada Aedes, Tiada Denggi, Tiada Zika.

hai assalammualaikum

Tiba Masanya Suami Jadi Mangsa - Dia dah tunjukkan kemanjaan dia dekat daddy dia. Dia dah berakal, untuk melihat setiap gerak geri dan apa yang dilakukan oleh daddy dia. Dia dah tau merengek bila daddy hilang dari pandangan. Dia dah tau nak ikut ke mana sahaja daddy dia nak pergi...hehehe..Akhirnya, mommy  hilang ringan beban sikit..hehehe..Baru daddy tau macam mana rasanya anak nak melekat 24 jam.


Nampak tak, bukan main manja lagi dia dengan daddy dia. Mintak di dukung, sebab taknak daddynya hilang. Mommy, dia dah tak pandang dah. Dia cari mommy dia bila lapar, berak dan nak tidur. Kira mommy ni stok makanan dia. Bila dah kenyang dah selesa, terkinja-kinja cari daddy.


Fariza: Daddy, daddy duduk sini diam-diam tau..main dengan Fariza.
Dady: Baiklah..


Bila daddy layan main, bukan main syok lagi. Duduk baik je. Daddy bantai tidur pun, dia masih duduk baik sebelah daddy dia.

Orang cakap, anak perempuan ni memang manja dengan ayah. Lagipun muka Fariza dari kecik memang ikut muka mr mafia. Jadi semua orang cakap anak daddy la ni..hahaha..Dari bulan lepas dia tunjukkan sikap manjanya dekat daddy dia. Nak kata mr mafia ni lembut, takde pulak. Dia garang sikit dengan Fariza. Yela, anak perempuan, kena didik dengan betul kan. Kena beri perhatian lebih, sebab perempuan ni emosinya lain sikit. Tapi garang mana pun dia tetap nak daddy dia.

Baru daddy tau macam mana susahnya nak buat kerja bila anak nak membontoti ke mana je kita pergi..hehehe..Ada bagusnya, dah besar boleh jadi pembantu daddy dia kan..heheh..
hai assalammualaikum

Warung Lebai Dollah - Haritu balik kampung, nad ajak suami makan dekat area Shah Alam. Perut lapar sangat lepas tersekat dari kesesakan lalulintas Kuala Lumpur tu. Biasalah akhir bulan, gaji pun dah keluar. Jadi mr mafia cadangkan makan dekat kedai makan Seksyen 13. Sebab dia cakap, dia pernah makan situ dan sedap.

Sampai je kedainya terus order. Tengok menu, hanya bergoreng dengan western. Bila nak order western dia cakap takda lagi. Apa maksud takda lagi??. Dia cakap, diaorang baru buat pembaharuan menu. Dulu diaorang buat menu jenis berlauk, sekarang bergoreng dan western. Tukang masak masih sama. Jadi menu semua akan ada pada Hari Isnin. Jadi nad order mana yang ada jela.

Mr mafia order Nasi Goreng Sotong Blackpepper , nad pulak order Char Kuew Teow. Manakala air pulak air Lobak Susu dan Air Tea 3 layer.


Nasi Goreng Blackpepper ni, ada sayur, keropok dan sotong. Nasi goreng ni memang sedap. Tapi kalau pedas sikit lagi sedap..hehhehe..kuah die pun sedap. Tak muak la..


Char Kuew Teow, nad memang suka makan Char Kuew Teow. Lagi banyak kuah lagi sedap. Lagi ada kerang dengan udang besar. Tapi haritu takda kerang, diganti dengan sotong. Alamak rasanya tak berapa " kick" la..macam tawar pun ada. Mungkin disebabkan sotong tu...ermm..tapi disebabkan lapar makan jela.


Untuk air, air 3 layer tu rasa macam abc..hahaha..Lobak susu pulak memang sedap dan manis.

Masa bayar nad ada cakap kekurangan Char Kuew Teow tu. Dan dia pun catit apa kekurangan tu. Harap dia perbaiki makanan tu.




Tempat sangat selesa. Ada bahgian dalam dan luar. Warung Lebai Dollah ni dekat Laman Business Seksyen 13. Kalau korang nak cuba boleh pergi ke G13A, Block 2, Laman Seri business, Persiaran Sukan, Seksyen 13 4000 Shah Alam, Selangor.
hai assalammualaikum

Nadia Johari Di Nona TV3 Dalam Segmen Cantik - Ni la pertama kali tengok wajah sendiri dalam TV. Pukul 2 petang dah terduduk depan TV, nak tengok Rancangan Nona. Satu-satu segmen keluar. Satu-satu cerita keluar, menunggu penuh debar bila segmen kita nak keluar ni. Betul ke ada ni?? Wartawan tu cakap Ahad ni??? Tunggu lagi, dan akhirnya, segmen last, iaitu Segmen Cantik, baru keluar kita punya cerita..hahaha..


Bila pengacara tu sebut bab makanan. " bercakap mengenai makanan, secara umumnya kalau seseorang tu kuat makan, tubuh badanya akan lebih cepat berisi, macam yana la kalau tak jaga pemakanan berat badan mesti naik. Tapi ada juga sesetengah orang walaupun makan banyak tapi berat badannya tak naik-naik. Malah masih kekal kurus kering"...hahaha part dia cakap kurus kering tu nad dah tergelak dah..Ramai je orang cakap nad kurus kering, jerangkung, papanla..hahaha..tapi nad tak amik kisah pun.. Sebab badan yang kurus ni ka berpeluang masuk dalam televisyen, TV3 lagi tu..



Yup, nad kalau makan, memang banyak macam ni. Tapi mesti lengkapla, kalau makan nasi mesti ada sayur, ikan atau ayam. Kadang tambah ulaman, atau makanan sampingan lain. Kadang lepas makan, nad suka cari dessert pulak. Kadang tu petang-petang makan kuih. Malam memang makan nasi berlauk juga. Lepas tu nad jenis tengah malam makan-makanan ringan macam coklat. Tak pun makan roti dengan jem coklat..hah!!! Macan tu sekali..hahaha. Mungkin disebabkan nad menyusukan Fariza, jadinya nak makan je. Lagi dengan nad penat, rehat tak cukup.

Tapi sebenarnya dari sekolah lagi berat badan maintain 40kg ke bawah. Sampai la dah kawin dan dah ada anak..hehehe.. Masa pregnant pun cecah sampai 50kg ke atas kot tapi tak sampai 60kg..eh ntahla tak ingat..kene tengok.balik buku pink tu..hehehe..


Kalau makanan dah sedap, memangla kita makan je..hahaha..sampai nampak macam gelojoh kau..kahkahakah!!!


Part paling comel, anak perempuan kita ni sorang ni..hehhee..boleh pulak mulut dia terkumat kamit..kuat makan macam mommynya..hehehe


Time tu nad berpeluang jumpa pakar pemakanan Mrs Boh di KPJ Damansara. Banyak jugakla nasihat yang dia bagi cara untuk naikkan berat badan Antaranya
- makan dua jam sekali.
- minum air milkshake
- tukar cara pemakanan contohnya amik buahan dan yogurt selepas makan nasi tu.
- bersenam
- jumpa doktor buat ujian darah untuk melihat hemoglobin

Tu la antaranya cara nak naikkan berat badan. Mungkin nad kena praktikkan juga. Kena buat satu entry ni..hehehe..


Siaran penuh nad dalam Nona TV3. Siapa yang tak tengok lagi boleh tengok ni..













Macam tu la pengalaman nad masuk tv. Tengok muka sendiri, dengan keluarga. Bukan sahaja keluarga, malah, saudara dan sahabat sekolah, sahabat blogger tengok. Terima kasih korang yang tag dan tonton nad dalam Nona TV3. Ada yang sanggup tengok semata nak tengok nad. Allah terharu sangat. Terima kasih terus support kita. Terus support blog kita. Semoga kita dimurahkan rezeki selalu. Amin. Kita amik ye gambar korang ni..hehee




hai assalammualaikum

Terus Merangkak Sesampai Di Kampung - Sampai je kampung, Fariza tunjuk skill dia duduk dan berdiri sendiri depan nenek dengan makcik dia . Time dia duduk, dia nak bergerak, tiba-tiba dia terus merangkak. Dekat kampung juga dia nak merangkak. Mungkin tikar dekat kampung kasar, tu mudah nak merangkak, lantai dekat rumah KL licin sikit.


Nad ingat, Fariza ni dah tak merangkak, nak juga dia merangkak..jadi semua step-step dah dilakukan..bagus Fariza...

Seronok pulak tengok dia dah pandai merangkak. Hah!! Tinggal tunggu nak berjalan jela. Lepas ni macam-macam la dia akan capai, dia panjat..fuh..memang kena suap sedia la.

Setiap budak lain-lain cara. Ada yang tak merangkak, ada yang terus berjalan. Yang penting budak tu sihat. Nad ada terbaca dekat majalah pa&ma bahawa merangkak sangat memberi manfaat kepada bayi. Apa manfaat tu?? Meh baca..
1) menguatkan oto-otot leher, tangan dan kaki.
2) pergerakan yang berulang kali akan membenarkan otak mengawal kognitif di mana ianya sangat bagus untuk penumpuan dan memori.
3)  menguatkan otot kiri dan kanan kerana kerap mengerakkan kaki dan tangan di kiri dan kanan.
4) membangunkan penglihatan kerana semasa merangkak, bayi akan melihat jauh ke depan.



hai assalammualaikum


Kenali Sikap Lelaki Berdasarkan Tarikh Lahir | Ada kajian yang menunjukkan bahawa sikap seorang lelaki boleh dinilai berdasarkan tarikh lahir. Setiap tarikh yang berbeza, ada karakternya yang tersendiri.

Kenali Sikap Lelaki Berdasarkan Tarikh Lahir Jom semak, adakah karakter anda atau pun pasangan ada persamaan dengan apa yang tersenarai di bawah ini. Harus diingat bahawa kajian ini tidak semestinya tepat, jika ada yang sama mungkin itu sekadar kebetulan.

1hb – Lelaki jenis ini berjiwa seni dan gemar bersantai sambil memenangkan fikiran. Bersantai di pantai sambil memetik gitar sangat kena dengan jiwa lelaki jenis ini.

2hb – Lelaki yang lahir pada tarikh ini berjiwa romantik. Meski pada peringkat permulaan, dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan, namun apabila sudah jatuh cinta, sikapnya berubah menjadi lelaki yang romantik dan penyayang.

3hb – Sikap si dia sukar diramalkan. Maka wanita harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Hobinya yang gemar melancong atau berkhemah akan membuatkan lelaki ini kekurangan masa untuk bersama teman wanitanya. Namun, tidak salah sekiranya teman wanitanya berkongsi minat yang sama.

4hb – Lelaki yang lahir pada tarikh ini mempunyai sikap kurang yakin dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Jadi, teman wanitanya perlu sentiasa memberi sokongan dan galakan kepadanya. Kata-kata semangat akan menyebabkan lelaki ini bertambah yakin untuk melakukan sesuatu perkara dengan sempurna.

5hb – Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun suka pada seseorang, dia sangat sukar berterus terang. Lelaki yang lahir pada tarikh ini mengharapkan wanita yang memulakan dahulu. Tiada istilah perigi mencari timba kerana mereka ini tidak pandai untuk memulakan sesebuah perhubungan.

6hb – Sikap lelaki ini umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenali anda tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai anda. Lelaki jenis ini suka berkawan dahulu sebelum menjalinkan hubungan serius.

7hb – Sifat lelaki yang lahir pada tarikh ini adalah cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jadi, berhati-hatilah.

8hb – Lelaki ini agak pendiam dan menyukarkan anda mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah.

9hb – Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang sehingga menjadi buruan ramai gadis.

10hb – Seorang yang jujur, berterus terang dan akan berusaha mendapatkan apa yang diingininya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya. Suka jika ada orang yang mengambil berat dan sering bertanya khabar tentang dirinya.

11hb – Lelaki ini mementingkan kerjaya ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Si dia perlu diajak menghadiri majlis sosial. Tidak salah memberi nasihat kepadanya supaya tidak terlalu memikirkan kerja kerana dia juga perlukan rehat. Bekerja sampai mati pun tidak akan habis.

12hb -Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.

13hb – Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata dan menggemari wanita yang pandai berdikari.

14hb – Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali. Si dia juga mementingkan keluarganya.

15hb -Lelaki ini suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Menyukai wanita yang mempunyai sikap manja semula jadi namun mudah terasa.

16hb – Bersikap garang namun kadangkala romantik dan penyayang juga. Jenis ini sangat sukar untuk didekati. Gemar wanita yang bersikap lemah lembut.

17hb – Lelaki lahir pada tarikh ini seorang yang lembut. Lembut. Sekali pandang mungkin anda menggambarkan si dia jenis yang lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yang tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan.

18hb -Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.

19hb -Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranya dilayan seperti bayi.

20hb -Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi yang mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya.

21hb – Sering bersikap ‘moody’ tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia gemar bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.

22hb – Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu seorang gadis.

23hb – Seorang yang agak ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawan-kawannya.

24hb – Seorang yang takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. Sangat setia orangnya.

25hb – Seorang yang periang dan gemar berbuat lawak.

26hb – Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yang berkarakter dan tahan lasak.

27hb – Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya berjiwa sentimental. Tidak suka ditipu dan sangat menepati janji.

28hb – Si dia suka memerintah. Suka jika teman wanita mengikut telunjuknya. Jika wanita berdepan lelaki seperti ini, cuba kawal sikap dirinya itu.

29hb – Seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan. Boleh dikatakan seorang playboynamun boleh jadi seorang yang setia jika hatinya benar-benar sudah tertawan dengan seorang gadis.

30hb – Seorang yang boros berbelanja terutamanya ‘memekapkan’ kereta kesayangannya itu. Perlukan seseorang yang boleh mengawal kewangannya.

31hb – Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga menyukai gadis yang berpersonaliti.
hai assalammualaikum

Di Sebalik Tabir Shooting Untuk Rancangan Nona TV3 Ahad Ni - Tak tau nak mula dari mana. Taip sikit, padam, taip sikit padam. Sambil menaip sambil senyum...nasib tak gelak kuat, kang anak tengok mommy dia ni dah kenapa gelak sorang-sorang..hahaa..Tengok tajuk pun korang mesti tau kan sebab apa?? Yup selalu tengok rakan masuk suratkhabar, masuk tv, bestnyaa!!!..Bila la time nad nak masuk pulak kan..hahhaha..padahal kita sedar, penulisan kita dekat blog biasa je, siapa la nak baca kan...Dapat masuk suratkhabar muka sipi-sipi pun dah suka,ada entry dekat SINI, inikan pulak muka full kita..hahaa..Tapi tak sangka, ada orang besar memerhati blog kita walaupun cerita tu, cerita suka-suka je..

Masa tu Shury, wartawan nona TV3 massage nad dekat Instagram. Ye!! nad selalu cek message dekat instagram, kot ada job ke ape. Tapi bila terpandang massage ni terkejut giler...Nasib tak jadi gila. Masa dapat tu, terjerit sikit " argghh " sambil senyum..hahaa..Lepas tu terus bagitau suami. Masa tu pulak, nad baru je tukar template blog. huhuhu..Masa tu pulak baru lepas harijadi nad. Shury masage pada 21 July. Tapi lepas dia massage dekat instagram, nad dah bagi no contact semua, lama juga la dia senyap. Ingat tak jadi. Lepas tu 17 Ogos baru dia whatsup nad dan bagitau nak interview. Nad ingat nak interview just cakap je, rupanya dia kata untuk masuk TV3 Rancangan Nona. Tak sangka rezeki dapat masuk tv terus..TV3 pulak tu..Dia dapat tau pasal nad sebab dia baca blog nad berkenaan gembiranya berat badan naik 40kg.


Nad ada post dekat facebook berkenaan nad dapat tawaran untuk shooting dalam rancangan Nona TV3. Terima kasih korang yang ucap..Ni rezeki daripada Fariza, mommy dia tumpang je..hehehe..

Dia cakap " boleh tak shooting hari Jumaat ". Masa tu nad dah gelabah, jantung dah laju, neves sangat. Yela pertama kali nak shooting kot. Takde pengalaman. Ye orang nama Nadia Johari ni memang gugup bila bercakap depan kamera. Taula suara kita bukan lunak, sedap pun. Suara macam kanak-kanak. Malu weyy!!..Tapi takpela, tu tolak tepi, ni kan pengalaman. Sekurang-kurangnya banggakan mak dan ayah , bahawasanya anak dia ni masuk TV.. hahaha..






Masa sampai ni, macam-macam fikir, apa yang nak dicakapnya, macam mana kalau asyik cut je..eh dah macam shooting berlakon pulak..ahhaa.. Nasib baik ni bukan live, mau pengsan kalau live..kohkoh..Tapi nasib baik Shury dengan Krew lain membantu. Takde gugup sangat. Shury kata buat santai je, macam bercakap biasa. Kalau korang nak tau, ni takda skrip ok " NO Skrip "..mau tak gelabah. Spontan, sukati kau nak cakap ape. Masa tu dok fikir ayat apa nak tanya, tapi banyak yang membantu..fuhh lega..

Mintak tips yang berpengalaman, abang Ben cakap buat biasa je. Kak Julia cakap buat kamera macam kawan, dah memang berkawan dah sekarang..hahaha..Tengkubutang pula cakap senyum je selalu, habis senyum dah nad..hehehe..hilang gelisah tu.

Pengalaman shooting ni..hehhee..memang mengujakan. Nad baru tau yang shooting ni kena buat banyak scene. Cuba bayangkan, bila satu scene sebenarnya dia nak tunjuk dekat Pakar Kaunseling Pemakanan tu sahaja, tapi kau dah cerita bagai nak rak, dah selamba, dah terbaik kau buat, tapi sebenarnya part kau tu tak dimasukkan pun. Kena buat scene lain pulak untuk part kau sahaja, masa tu apa kau cakap mulanya dah tak ingat..Kucar kacir dah..hahaha..Ya Allah macam tu rupanya. Tapi tu la pengalaman berharga tau..






Disebabkan dia baca blog berkenaan berat badan nad, jadi scene makan tu kena ada. Part ni kitaorang buat hari lain sebab Shury ada jadual yang tak dapat dielakkan. Part ni memang nad kena cakap seorang la. Tiba-tiba dah biasa bercakap depan kamera, bukan main lancar lagi nad cakap..hahaa..Part makan lagi best...kihkihkih..Part ni akan mucul muka Fariza dengan Mr mafia..hahaa..laki den ni cakap je taknak tunjuk muka, tapi masuk tv nak pulak..hahahaa..


Oh mana nad makan ni, nad ada buat entry dekat SINI. Cubala,sedapp...Terima kasih Shury dan Krew lain, bantu nad. Terima kasih korang yang support nad. Bolehla tengok Rancangan Nona TV3 Ahad ni ye.pukul 2 petang..jangan lupa..malu pula kita nak tengok muak sendiri dalam tv..hahaha..

BILA FARIZA REVIEW MAKANAN : MAKAN BESAR

in , by Nadia Johari, 01:00:00
hai assalammualaikum

Bila Fariza Review Makanan - Tak tau la dah besar dia nak ikut mommy dia atau daddy dia. Lagi bagus ikut dua-dua..hahaa..sebab seorang blogger memerlukan gambar yang cantik untuk membuat entry..hehee. Tak kisahla dia nak jadi apa. Tapi cuba bayangkan kalau dia review makanan, macam mana la agaknya..hahaa..

Kedai ni kitaorang dah pernah pergi masa nad mula-mula pregnant. Memang waktu tu ngidam kan cendol. Selain cendol ada makanan yang bergoreng dengan pinggan yang besar. Memang puas makan dekat sini. Kalau nak tau dekat mana, boleh terjah SINI.

Jom layankan Fariza review makanan.



 Besarnya pinggan dia. Ni rojak special. Macam-macam ada dalamni. Ada udang, ada sotong, telur.



Fariza : Mommy bila boleh makan ni.
Mommy: awak kecik lagi, tak boleh makan
Fariza: mmmmm....( menangis )

Hahaha..


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2