hai assalammualaikum

Muka Nampak Natural Dan Mesra Wudhuk - Ni salah satu barang makeup yang nad dah jatuh cinta sekarang ni.



Ni la dia Glowing DD Moist Cake 3 dalam 1 daripada Nurraysa. Produk ni dah dikenali, tapi baru ni nad tertarik nak beli..hehe. Sebab apa???.. sebab produk ni tidak menggunakan bahan kimia dan mampu merawat kulit. Semua dari bahan semulajadi. Tu yang bestnya. Nad pun sekarang, kena cari produk yang bahan semulajadi untuk rawat muka.


Namanya Moist Cake, tapi bukan kek coklat tu..hahaha..Teksturnya macam moist cake tu..Sangat ringan bila sapu dekat muka dan tak pekat. Muka nampak natural gitu. Code kaler pulak ada tiga, dark, medium dan light. Ikut kesesuian kulit korang la ye.

Tak payah bawak foundation, concealer dan bedak compact sebab Glowing DD Moist Cake ni dah memang 3 dalam 1. Sesuai untuk mereka yang suka berjimat, tak suka beli banyak barang makeup dan nak bersiap cepat. Sapu terus dekat muka, bubuh eyeliner sikit dan gincu..siap..


Suka dengan Glowing DD Moist Cake ni sebab cara pakai pun mudah. Cuma sapu je dekat muka. Macam nad bekas jerawat ada, jadi, nak tutup bekas jerawat tu, nad sapu banyak sikit la. Dalam masa 5 saat je muka nampak glowing. Tak nampak macam pakai bedak langsung.

Muka nampak natural dan tak perlu makeup tebal. Lagipun ia tak nampak bercapuk, kulit tak kering dan rasa lembap moist gitu. Lagi satu nad suka sebab lepas sapu dekat muka dia bau wangi sangat..yeee..wangii betull..

Meh nad beritahu kelebihan lain


DD MOIST CAKE- Menyerap air, mesra wuduk & boleh dipakai ketika bersolat.

✔ Teksturnya ringan dan tidak melekit.
✔ Nampak seperti tidak pakai make-up.
✔ Produk halal & menggunakan bahan semula jadi.
✔ Water-base foundation
✔menyerap air tanpa silicon
✔ Boleh pakai ketika solat


Macam nad cakap tadi, selain mencantikkan dia mampu merawat. Glowing DD Moist Cake memberi 6 manfaat dalam 1 iaitu sebagai Makeup - Treatment - Defence - Whitening - Moisture - Oil Control
Makeup - kulit wajah lebih glowing & flawless.
Treatment - merawat masalah kulit wajah seperti
Masalah Jeragat, Jerawat, Kulit Berminyak,
Kulit Gelap, Kulit Kering, Kulit Sensitif, Parut Jerawat,
Penuaan Kulit dan Pori-pori Terbuka.
Defence - Dengan SPF 50, kulit wajah anda akan
dilindungi dari sinar UV matahari dengan lebih lama.
Whitening - memutihkan wajah ada secara semula
jadi dan 2x lebih pantas dari biasa.
Moisture - mengekalkan kelembapan
& meningkatkan kolagen pada bahagian muka anda.
Oil Control - Mengawal masalah kulit berminyak
berlebihan walau di bawah terik matahari.

Nad dah guna selama dua minggu lebih..alhamdulillah sesuai dengan muka. Dah jatuh cinta dengan produk Nurraysa. Owner Nurraysa pun cantik kan..Kalau korang nak boleh contact
Aima Mohammad
Fb : Aima Babycomel
ig : Babyaima
Tel : 0175040585
Email : aimacomel787@gmail.com

CARA MANDI YANG BETUL ELAK STROKE

in , , , , by Nadia Johari, 08:59:00
hai assalammualaikum

Cara Mandi Yang Betul Elak Stroke - Ni nad dapat dari group whatsup berkenaan cara mandi yang betul untuk elakkan stroke. Jadi nak kongsi dengan pembaca nad tentang benda ni. Memang selalu, kita mandi mesti basahkan kepala dulu kan. Tapi sebenarnya salah cara mandian tu..

Nah nad kongsi kisah ni. Untuk renungan bersama.

" Kita selalu dengar, orang jatuh dibilik mandi.dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat-tempat lain? Mungkin ada, tapi jarang.

SENARAI KEPERLUAN BAYI DAN IBU

in , by Nadia Johari, 23:57:00
hai assalammualaikum

Senarai Keperluan bayi dan Ibu - Tadi adik suruh nad senaraikan barang-barang bayi apa yang nak dibeli. Terkejut bila dia cakap, kandungan dia dah 7 bulan. Padahal haritu nad rasa macam baru 5 bulan..hahaha. Bila dia suruh senaraikan barang bayi, nad pulak yang teruja..hehhee..macam kita pulak tengah pregnant.

Sedangkan sebelum ni pregnant, barang pun main terjah je. Kan ada yang terlupa nak beli..huhuhu..mungkin ni boleh jadi panduan dekat nad untuk anak seterusnya..hehehe.

FARIZA RINDU DADDY

in , by Nadia Johari, 01:15:00
hai assalammualaikum


Fariza Rindu Daddy - Dah seminggu tinggalkan daddy, dan haritu bertemu jua la anak beranak ni..dekat kenduri kawin saudara di Ampang..hahaha. Fariza tak ke mana pun, balik kampung je. Mr mafia pulak kena bekerja, jadi tak dapat tinggal kampung lama. Raya haji nanti bertemu la lagi ye.

Sebeluk balik kampung, mr mafia selalu cakap " Fariza ingat abang tak nanti bila dia dekat sana".. "syokla dia ada kawan ramai, mesti tak ingat daddy dia".." Fariza rindu daddy tak nanti".. macam-macam soalan keluar. Mana taknya dua minggu kena tinggal..hehehe..Macam ni la perasaan seorang daddy dekat anaknya lepas rapat..hehee.. Anak pun dah kenal daddy dia, mestila dia ingat.

Masa dekat kenduri kawin tu, ingat Fariza tak kenal, tau lupa..sekali dia nampak daddy dia, terus menangis dan nak ikut daddy dia. Nampak tu..Dipegang erat, dipeluk kuat daddy dia. Macam sebulan tak jumpa, padahal baru je seminggu. Memang sah dia rindu daddy dia. Selalu daddy layan dia, bila nad buat kerja.

Terfikir, macam mana la diaorang yang hidup jarak jauh tu kan. Cekal betul hati diaorang yang sanggup berpisah jauh. Tapi berpisah jauh bukan sebab saje-saje, sebab urusan kerja kan. Tapi dengan jarak jauh la rindu tu makin kuat. Kurang gaduh dan saling mempercayai. Hanya insan terpilih je mampu bertahan.


Haishh ssebenanrnya bukan anak je rindu, mommy pun rindu..hahaha..k bai..

AIR SIRAP BUATAN SENDIRI

in , by Nadia Johari, 17:15:00
hai assalammualaikum

Air Sirap Buatan Sendiri - Semalam adik ipar bawak balik banyak gula. Jadi mak pun buat air sirap manis tu dengan gunakan lebihan gula yang ada. Nak mudah sebenarnya guna sahaja air kordial, tapi biasalah, kadang orang tua ni suka buat sendiri. Sebab yang buat sendiri ni rasanya lagi sedap.


Sebenarnya dah lama mak buat air sirap ni. Dari nad sekolah lagi. Mudah je buatnya..bahan-bahan pun mudah didapati. Hanya empat bahan sahaja iaitu
- kayu manis
- daun pandan
- gula
- pewarna

Semua bahan ni dicampur, lepastu biarkan mendidih. Dah mengelegak, dah nampak puas hati, tutupla api tu. Wangi air sirap ni sebab ada daun pandan.


Tengokla merah dia, merah tak pekat tapi rasanya manis. Jadi jangan bubuh banyak-banyak. Sedapnya dengan cuaca panas macam ni minum air sirap sejuk..sayangnya takda air batu, kalau ad lagila best.

BIASAKAN FARIZA DENGAN KAMPUNG

in , by Nadia Johari, 12:20:00
hai assalammualaikum

Seminggu Fariza Dan Mommy Di Kampung - Dari minggu lepas nad dengan Fariza dekat kampung. Kitaorang akan duduk kampung sampai Hari Raya Haji..hehehe..Memang nad jarang balik kampung, walaupun ramai cakap, " Klang dengan Kuala Lumpur bukan jauh sangat pun"..kitaorang ada sebab kenapa jarang balik kampung. Takpela, takyah cerita bab tu..Bila dah dapat balik kampung ni, memang kena duduk lama la kan.


Sebenarnya duduk kampung lama pun disebabkan Fariza. Bagi mr mafia, dia nak Fariza biasakan diri dekat kampung. Dia taknak Fariza jadi orang Kuala Lumpur sangat. Dia taknak nanti bila Fariza dah besar, dia tak suka kampung..Yang ni nad memang setuju sangatla..Nad lagi suka..hehehe..sebab nad pun boleh berehat..hahaha..



Dekat kampung pun ramai sepupu dia. Jadi Fariza takdela rasa bosan sebab dah ada kawan. Tapi kadang-kadang datang gediknya juga. Lagi satu dekat kampung luas, dia boleh meneroka lagi luas..Selain merangkak, dia pun dah pandai naik tangga..fuh..

Bagusnya petang-petang boleh ambil pemandangan luar, jadi Fariza takdala rasa bosan dalam rumah je. Kalau dekat Kuala Lumpur memang jarang keluar rumah, sebab rumah betul-betul sebelah jalan besar yang penuh dengan kereta. Nad nak keluar pun segan. Dengan habuknya..aduh.. Kalau dekat kampung macam-macam aktiviti boleh buat. Sebab tu bagi Fariza balik kampung.

Bila dia semakin membesar, dia tau berfikir, dia takdelah boring bila ajak balik kampung..kihkih..


hai assalammualaikum


Permbersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Dengan Formulasi Dipertingkat Dan Berwajah Baru - Perempuan ni memang selalu titiberatkan kebersihan diri. Tak kira dalam atau luar. Dari bahagian rambut sampaila ke bahagian kaki. Setiap sudut semua nak bersih. Lagi penting dekat bahagian yang tersembunyi. Walaupun orang lain tak nampak, tapi satu hari, akan ada orang nampak iaitu " suami ".. hehee..

Jadi, kebersihan ni kena dijaga dari remaja lagi. Lagi-lagi kawasan intim tu. Hah!! tau kan, kawasan mana??.. Kawasan ini kalau tak dijaga, memang akan rasa tak selesa, gatal dan beri bau yang kurang menyenangkan. Betul.., sebab nad pernah laluinya. Gatal dibahagian intim disebabkan guna pencuci yang salah. Memang bahaya, sebab di bahagian itu, banyak bakteria yang ada.

Penjagaan Semulajadi Untuk Kawasan Intim Yang Bersih Dan Sihat


Kalau sebelum ni, mesti ada yang cuci dengan sabun biasa je kan. Sebab tu tak elok. Jadi perlu guna pencuci yang memang khusus untuk kawasan tu. Barulah bersih dan sihat kan. Salah satu produk pembersih wanita yang korang semua dah tau iaitu Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu. Cuma kali ni, ia dengan formulasi dipertingkat dan berwajah baru.

Diformulasi dengan bahan semulajadi agar kawasan intim wanita bebas daripada bakteria, kegatalan dan bau yang kurang menyenangkan.
Bahan utama ekstrak daun sirih dipertingkatkan lagi dengan wangian semulajadi yang memberikan kesegaran berpanjangan. Dengan ph3.5 memang elok untuk pembersih.

Dengan bentuk botol yang mirip lekuk tubuh wanita, comel je kan. Jangan risau, produk ni HALAL. Ada 6 variasi wangian yang menarik untuk digunakan iaitu Orkid, Mawar, Floral, Musk, Gambir dan Fruity.

Ni antara 3 produk yang nad cuba iaitu:

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Gambir


Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Mawar


Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis.

Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Floral


Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria

Dalam banyak-banyak ni, nad lebih suka Mawar, sebab wangi sangat. Serius, sedap je bau dia. Lepas tu sejuk je macam ada angin dekat bawah ni ha..hahahaha..


Cara pakai pun mudah je, tuangkan sedikit dekat tapak tangan, lepas tu basuh dekat kawasan intim tu, dan bilas..senang kan..


Rangkaian Pembersih Khusu Wanita Dari Sumber Ayu boleh didapati di pasaraya dan farmasi berdekatan. Harga murah je, RM 3.60 untuk 90ml dan RM5.80 untuk 200ml.







hai assalammualaikum

Tema Perkahwinan Warna Hitam Dan Putih - Hari Ahad, biasa memang akan ada jemputan perkahwinan. Harini saudara belah ayah, sepupu perempuan nad kawin. Dan haritu, diaorang siap tempahkan satu bas untuk rombongan Klang datang ke kenduri kawin di Ampang.

Sebenarnya rumah nad dekat Kuala Lumpur dekat je dekat je dengan rumah saudara ni, tapi nad tengah bercuti dekat kampung sampai raya haji, jadinya naik bas la ke sana..hhehehe..Lagipun dah lama tak naik bas.


Dah tau tema pengantin warna hitam, sebab sepupu ada post dekat facebook, tapi gambar bawah je, tak full pun. Bercakap pasal warna hitam, mesti ramai tak  berani nak pakai, disebabkan hitam ni kita fikir, panas dan bahangnya lagi-lagi bila di bawah cahaya matahari. Lainla kalau dalam dewan, ada aircond, takde hal nak pakai warna hitam.

Lainnya sepupu nad ni, majlis dibuat di padang. Dengan cuaca yang panas. Kalau pengantin nak pakai, tak salah, dah pilihan dia dan dia rasa selesa kan. Warna hitam boleh digandingkan dengan banyak warna, tak kisah hitam dan merah, hitam dan pink, hitam dan biru, dan macam-macam lagi la. Tapi paling sesuai ialah hitam dan putih.


Nah ni sepupu nad pakai. Sempat ambil gambar time dia berjalan je. Nampak cantik kan. Orangnya pun cantik, jadi sesuai dia pakai hitam dan putih ni. Coraknya ringkas, bentuknya seperti jubah sampai ke bawah, lepas tu ade kain di belakang. Pakaian pengantin lelaki pun simple sahaja. Jadi takde nampak sarat dan tak selesa kan.


Hanya boleh cakap cantik...hehehe..

Haritu pulak kami sekeluarga pakai baju warna hitam..hehehe..


Mak ayah tersayang..



Kakak-kakakku. Masa ni adik kerja, jadi dia tak dapat ikut. Sama tak muka kitaorang..siapa kurus..hahhaa..


Kesayangan saya, mesti kena sama tema..tak boleh lari, kalau hitam, hitamla, kalau biru, birula..hehehe..

Siapa yang berani nak pakai warna hitam, boleh cuba.

TELUR AYAM SEBESAR TELUR BURUNG PUYUH

in , , by Nadia Johari, 18:42:00
hai assalammualaikum

Telur Ayam Sebesar Telur Burung Puyuh - Tengahari tadi, ayah nad ambil telur ayam dekat tempat ayam mengeram. Bila ayah bawa masuk telur tu, nad tengok telur tu...terus cakap " eeee..keciknya telur ni..macam telur burung puyuh je".. " macam mana boleh jadi macam ni mak"..

Mak cakap memang kadang-kadang ada telur ni..tapi tu dulu, warna putih, ni coklat pulak"..lorr yeke..ajaib ni..


Nah tengok la sendiri saiz telur ayam sebenar dengn dua biji telur kecik ni..comel je..hahaha..Nad cakap kat mak, " boleh masak ke telur tu mak".. mak cakap ye bolehhh...hahaha..

Bila tengok benda pelik-pelik ni, mesti berfikir macam mana boleh jadi. Takda yang peliknya, semuanya kuasa Allah. Tak kira jadi dekat binatang atau manusia.


Mak boleh cakap telur ni dah macam " telur" ayam jantan..hahahha..
hai assalammualaikum

Empat Produk Makeup Dari Althea - Pertama kali nad beli barang makeup dekat Althea. Pertama kali juga buka website Althea ni. Rupanya macam-macam produk kecantikan dari Korea dekat situ. Sifat perempuan, sekali nampak makeup, memang tak terkelip mata. Nak usha semua barang dekat situ. Tapi untuk permulaan, nad pilih empat produk dulu yang nad perlukan sangat. Sebab barang makeup pun hampir habis. Nak membeli pun kena berfikir dulu, kalau ikut nafsu habis..hahaha..


Ni la empat produk dari Althea yang nad beli. Antaranya, bedak compact two way cake, big maker liner, selfie perfect eyebrow dan sponge.

Bedak Compact Witch Pouch Velvet Two Way Cake.


Bedak ni best sangat. Sangat ringan dan lembut dekat muka. Bila pakai lama, di bawah cahaya matahari, elok je, tak melekit dan tak nampak muka berminyak.

Skinny Brush Big Marker Liner Witch Pouch



Hah yang ni nad paling suka. Nad memang dari dulu suka pakai eyeliner. Nampak mata lagi garang. Kalau tak pakai macam mata tak bersinar je. Nad pilih eyeliner ni sebab dia punya besar dan mudah nak dipegang. Bila calit dekat mata, senang je nak dilukis, ditarik. Takde comot pun. Selesa je, mata pun nampak lawa je pakai eyeliner ni. Minat dah dengan eyeliner ni..Eyeliner ninjenis liquid.

Witch Pouch Selfie Perfect Eyebrow


Ni nad beli sebab tergoda tengok orang main makeup kening..hahaha. Sekali sekala nak cantikkan kening sendiri kan kalau pergi event mana-mana. Beli dulu, pastu kita belajar...hahaha..buat masa sekarang nad masih lagi belajar cara lukis kening ni ha..Bukan main susah lagi. Dah jadi macam Shin Chan. Tapi takpe, dah ade eyebrow ni, bolehla belajar bila-bila. Eyebrow ni siap berus dan pensel untuk lukis. Nak cantik sebenarnya kena bubuh concealer, nampaknya kena beli concealer pulak.

Sponge  ( Its My Magic Sponge )


Kalau sebelum ni nad pakai foundation gun tangan. Lepas tu guna berus. Pakai dua-dua ni, nad rasa masih tak sekata foundation dekat muka. Lepas tu beli la dekat Althea sponge ni. Dahla warna biru..pantang betul nampak warna biru. Bila nad blend foundation dekat muka, best sangat. Tap...tap..dekat muka, sekata je. Sponge ni tak lembut sangat tak keras sangat. Ok je. Tak berbau pun sponge ni. Sekarang bila pakai foundation, pakai sponge ni untuk ratakan. Lepas ni kena beli sponge ni lagi la, sebab taknak campur-campur guna..hehhe. Nka basuh pun senang je.


Ni la empat barang yang nad beli dekat Althea.kr. Kalau korang nak beli juga, boleh pergi ke website di my.althea.kr
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2