hai assalammualaikum

Kek Batik Cheese Dan Coklat - Nak buat kek batik bukannya susah macam buat kain batik tu, tapi nad tak sempat nak buat, beli jele.. Tengok bahan-bahannya memang mudah je, cuma kena buat betul-betul baru dapat yang elok, kalau tak nanti ada yang lembik, keras tak pun terlebih manis. Lagi satu kek batik ni tak payah bakar, adun semua bahan, lepas tu letak dalam dulang dan simpan dalam peti ais..siapp..

Macam nad cakapla, tak mampu nak buat, jadi beli jela..hehe. Kek batik selalu kita tengok coklat je kan, ada yang rajin bubuh coklat cair tu sebagai toping dia, tapi yang nad beli ni ada cheese..yummyy!!!..


Ni saiz paling besar. Nad mintak special sikit..hahaa..Sebelah toping coklat kecik-kecik tu, sebelah lagi cheese..Kek ni nad makan sorang..hahaa..Takdela, kongsi dengan mr mafia dan Fariza..sekarang nad kena berkongsi, Fariza pun suka kek batik ni..

Sebenarnya kek batik ni dijual saiz segiempat tepat macam nad punya satu jenis je, sama ada Cheese atau Coklat, tapi kalau korang nak mintak special macam nad ni, kenala contact penjualnya ye..kot dia boleh buat. Hasilnya pun cantik je, tak comot. Harga saiz macam ni, RM55. Ada saiz kecik panjang tu harga RM15 tak silap..


Bagi dekat sikit..aummm..hehee. Nampak tak isi dia yang padat, dipotong pun tak rapuh. Nak tunjuk lagi cheese dia tu..bukan sikit, banyakk oo..Sekali masuk mulut, mmpphh..sedap sangat..Masuk peti ais berapa kali pun tetap cantik.

Hah! jangan termimpi pulak, cepat-cepat order. Korang boleh order dengan Azlina contact di 0179880752. COD area Klang. Kos penghantaran ikut tempat..hehe..apa-apa silalah whatsup nak tau ye.. Cepat-cepat order, rugi tak rasa.
hai assalammualaikum

Awra Bagus Steamboat Dan Grill di Rantau Panjang Klang - Sempena birthday adik nad haritu, dia ajak kami sekeluarga makan dekat luar. Kakak pula cadangkan tempat makanan dekat dengan rumah mertua dia di Rantau Panjang. Dia cadangkan makan steamboat. Kitaorang tak kisah pun mana-mana, lagi syok bila orang belanja..hahaha. Makanan steamboat, korang mesti tau kan, bayar sekali, makan la sepuasnya. Tapi tak habis, kenala bayar ye..ni namanya untuk elakkan pembaziran..hehe..

Kitaorang sekeluarga bertolak lepas Isyak. Oh!! steamboat ni kakak dah booking awal, jadi dia tunggu dekat kedainya. Pergh!! boleh tahan juga pendalaman tempat dia. Atau sebab kitaorang pergi malam kot, takda lampu, jadi macam nampak pendalaman la kot. Lagipun kitaorang tak biasa dengan Rantau Panjang Klang ni, selalu datang sini pun sebab pergi rumah mertua kakak tu. Kalau siang mesti tempat ni sibuk. Kedai steamboat ni tepi jalan je. Tengok dari luar, tempat dia menarik dan selesa.


Apa-apa pun jom makan..hahhaa.. Kitaorang amik kuah tomyam. Pergh!!, terbaik kuah dia. Pedas dan cukup rasa. Kuah macam ni yang best!!!


Anak tidur, aku mencekik la..







Kat sini memang makanan dia sedikit je, tak banyak pilihan macam steamboat dekat tempat lain, tapi banyak ni pun dah mengenyangkan dan puas hati tau. Kalau makanan banyak ni, semua dapat rasa..hehee..


Terbaiknya dekat sini sebab sos dia. Ada 6 jenis sos disediakan. Yang warna hijau tu Pudina Garlic nama dia..

Konsep dekat sini semua layan diri..hahaha..Ambil air pun sendiri. Buh ais sendiri, tuang air sendiri..semua sendiri la. Bestla macam tu..Ada air sejuk dan air panas. Air kosong pun ada.


Mak dengan ayah memang tak pernah makan steamboat, tapi bila diaorang dah cuba, diaorang kata sedap..hehee..





Ni la adik kita yang belanja tu.. Terima kasih..semoga dimurahkan rezeki. Oh dia tengah pregnant 7 bulan. Dapatla anak buah lagi..



Pencuci mulut semestinya ada..jangan risau. Macam biasa aiskrim la jadi pilihan. Aiskrim ambil sendiri. Nak senduk berapa banyak pun boleh.

Harga Murah sangat.Giler-giler murah
Dewasa: RM22.00
Kanak-kanak; RM11.00
( 7-12 tahun )
Bawah 6 Tahun : Percuma
Warga Emas : RM14.00

Untuk makluman Pembaziran setiap 100gram akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00






Kami gembira, senyum riang lepas menikmati makanan ni..Memasing dah kenyang..Kalau korang nak pergi boleh ke..

AWRA BAGUS Steamboat&Grill
Lot 3132 Jalan Kunci Air Rantau Panjang, 42100 Klang, Malaysia
Facebook;  https://www.facebook.com/AWRABAGUSsteamboatandgrill/

Tengok dekat facebook..siang diaorang buka kedai untuk makanan berlauk..wahh





hai assalammualaikum

Namaku Di Maldives - Dah lama perhati pulau ni, cantik sangat. Dengan airnya yang biru, bersih, cantik. Tengok gambar pun dah tenang jiwa. Kalau dapat pergi, alangkah seronoknya..Walaupun dekat Malaysia ada pulau macam ni, tapi tempat sebenar lagi menarik perhatian..hahhaa..kalau dapat pergi memang senyum sampai ke telinga, pastu melompat tak sudah..hehee..Nak pergi sini kena cukup duit, sebab bukan murah nak pergi sini..melainkan masa tu tengah ada offer tiket..kira beruntungla..


Korang mesti tau tempat apa kan..Tengok tajuk pun dah tau..Semestinya Maldives. Tengok kawan-kawan pergi seronok sangat. kalaulah gamabr boleh masuk, dah lama masuk..Sebenarnya nak bagitau, yang nama kita dah sampai dekat Maldives..hahahhaa..Jauh betul nama kita dah sampai sana..Untung kau nama..Tuan punya nama juga tak sampai-sampai. Mampu tengok nama je dekat situ. Takpe, bila nama dah kat situ, mana tau satu hari akan sampai sana. Terima kasih Abang Fadli, paparkan nama kita di Maldives..Nadia Johari, itulah nama ku..tapi ada lagi nama penuh..hhehe..

Maldives, nama rasminya Republik Maldives, adalah sebuah negara pulau mengandungi gugusan kepualaun terumbu karang yang terletak di lautan Hindi. Terdapat 26 terumbu diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi 1192 kepualaun kecil. Namun begitu, hanya kira-kira 200 pulau sahaja yang didiami oleh manusia.

Ni gambar yang diberi oleh Abang Fadli, blog http://www.mytravellicious.com . Cantik sangat ok..korang tengok jela gamabr ni. Mesti korang akan teringin nak pergi juga.







Hah apa lagi..kumpul duit...hahaha..




RESEPI MUDAH SUP DAGING

in , by Nadia Johari, 21:22:00
hai assalammualaikum


Resepi Mudah Sup Daging - Beberapa hari ni makan daging jela ye. Banyak sangat daging korban dapat ni ha. Tapi nad paling suka makan sup daging, sebab dia berkuah. Pastu boleh hirup-hirup kuah dia. makan panas-panas pun sedap. Nak buat sup bukan susah, mudah je..Ni pun resepi mak bagi..hahaa..Simpan baik-baik dalam blog, nak cari senang..nad pun nak kongsi ngan korang..

Bahan-bahan
- Bawang putih ***
- Bawang merah ***
- Halia ***
- Lada hitam atau lada putih ***
- Bunga lawang
- Kayu manis
- Buah pelaga
- Daun sup
- Bawang goreng
- Kentang
- Garam
- Gula

*** Bahan yang bertanda perlu ditumbuk terlebih dahulu

Cara membuatnya
- Tumis bahan yang ditumbuk bersama bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.
- Kemudian tambah air setelah bahan yang ditumis naik bau.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul bagi sebati.
- Masukkan daging bersama tulang
- Setelah daging empuk, air mendidih, masukkan kentang.
- Dah rasa macam dah nak masak tu, bubuh pula daun sup dan bawang goreng.

Sebenarnya resepi ni mak nad masak tak guna kiub sup pun, tapi kalau nak kuah pekat, mak nad cakap masukkanla kiub sup tu..ok..selamat mencuba/
hai assalammualaikum

Lontong Wajib ada di Hari Raya - Tak kisahlah Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji, bila dah namanya raya, menu ni wajib mesti ada. Kalau takda, macam rasa tak raya pulak. Antara menu wajib ada mestilah lontong, kuah sambal kacang, sayur lodeh dan ayam kicap.


Ni la lontong. Lontong ni diperbuat daripada beras, lepas tu dibungkus dengan daun pisang dan diikat. Lepas tu direbusla selama 4 jam atau 6 jam paling maksimum. Air yang direbus jangan bagi kurang, kena selalu tengok , sebab kalau kurang air takut tak masak lontong tu. Lontong ni warna hijau sebab dibalut dengan daun pisang. Kalau masak elok, memang cantik lontong, tak lembik. Nak makan pun menyelerakan..hehee.
hai assalammualaikum

Salam AidilAdha - Esok, kita semua seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilAdha. Macam biasa beberapa ekor lembu akan ditumbangkan. Untuk esok, nad macam biasa hanya duduk di rumah sahaja. Berkumpul bersama keluarga. Tunggu daging korban datang ke rumah..hehe


Jadi, nak hilangkan rasa bosan, kita berpantunla ye..

Pergi ke masjid bersama bapa,
Diajak bersama rakan dan taulan,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan,
Selamat Hari Raya AidilAdha.

Ku pegang kau punya,
Kau pegang ku punya,
Ku ramas kau punya,
Kau ramas ku punya,
Ku goncang kau punya,
Kau goncang ku punya,
Itu tanda kita bersalaman mesra,
Mengeratkan silaturrahim antara kita.

Alhamdulillah kerana mendapat rezeki,
Hati mengucapkan rasa syukur,
Buat yang mengerjakan haji,
Semoga beroleh haji yang mabrur.

Lembu menangis tak henti-henti,
Kambing menyorok selamatkan diri,
Unta pula buat-buat mati,
Biri-biri pula tak sedarkan diri.

Lembu popular masa raya Haji,
Dagingnya sedap sampai teraangkut gigi,
Kes lembu lari pernah terjadi,
Harap-harap kali ni tak terjadi lagi.

Bila ayam dan tak selera makan,
Kambing pula resah tak keruan,
Lembu pula pura-pura buat gila,
Esok dah nak hari raya AidilAdha laa...

Hahaha..sekadar suka-suka..Selamat Hari Raya Aidil Adha..jangan lupa cerita nabi dahulu.



hai assalammualaikum

Zukie Dan Jamal Tiada Lagi dalam Super Spontan Superstar - Nad tengok rancangan ni dari awal lagi. Kali ni, nad tengok kebanyakannya lawak dan menjadi. Tapi ada juga la yang tak menjadi lawaknya. Bukan senang nak buat lawak dan buat orang ketawa. Kira bagus diaorang dah perah idea nak buat lawak spontan tu.


Siapa tak kenal Zukie dan Jamal. Diaorang buat lawak di vlog. Diaorang ni femes, tapi nad tau pasal diaorang pun masa pergi satu event ni..hahaha. Kalau tak memang tak kenal. Kalau buat lawak sendiri lepas tu rakam, lepas tu post memang tak kisahla kan, sebab tak ada rasa malu atau apa bila lawak tak menjadi. Tapi bila berhadapan dengan orang memang berbeza. Lagi berganding dengan artis yang biasa masuk tv dan memang lawak.

Bila nad tengok rancangan ni, Zukie dan Jamal memang agak kekok sikit. Mula-mula ok, lama-lama biasa je. Kadang tengok diaorang macam disisihkan dalam kumpulan..eh..cakap je..hahah..tak tau betul ke tidak..huhuhu..Zukie tersingkir minggu lepas, Jamal pulak minggu ni tersingkir di Super Spontan Superstar.

Apa pun tahniah untuk korang berdua sebab masuk dalam rancangan Superspontan Superstar. Sekurangnya mereka berani menyahut cabaran untuk menyertai rancangan ini. Lagipun diaorang dah ada peminat sendiri di kalangan masyarakat yang menyukai video yang diaorang buat sehingga menjadi viral. Mereka berdua lah satu-satunya kumpulan media sosial yang menyertai rancangan ini. Tahniah sekali lagi.
hai assalammualaikum

Muka Nampak Natural Dan Mesra Wudhuk - Ni salah satu barang makeup yang nad dah jatuh cinta sekarang ni.



Ni la dia Glowing DD Moist Cake 3 dalam 1 daripada Nurraysa. Produk ni dah dikenali, tapi baru ni nad tertarik nak beli..hehe. Sebab apa???.. sebab produk ni tidak menggunakan bahan kimia dan mampu merawat kulit. Semua dari bahan semulajadi. Tu yang bestnya. Nad pun sekarang, kena cari produk yang bahan semulajadi untuk rawat muka.


Namanya Moist Cake, tapi bukan kek coklat tu..hahaha..Teksturnya macam moist cake tu..Sangat ringan bila sapu dekat muka dan tak pekat. Muka nampak natural gitu. Code kaler pulak ada tiga, dark, medium dan light. Ikut kesesuian kulit korang la ye.

Tak payah bawak foundation, concealer dan bedak compact sebab Glowing DD Moist Cake ni dah memang 3 dalam 1. Sesuai untuk mereka yang suka berjimat, tak suka beli banyak barang makeup dan nak bersiap cepat. Sapu terus dekat muka, bubuh eyeliner sikit dan gincu..siap..


Suka dengan Glowing DD Moist Cake ni sebab cara pakai pun mudah. Cuma sapu je dekat muka. Macam nad bekas jerawat ada, jadi, nak tutup bekas jerawat tu, nad sapu banyak sikit la. Dalam masa 5 saat je muka nampak glowing. Tak nampak macam pakai bedak langsung.

Muka nampak natural dan tak perlu makeup tebal. Lagipun ia tak nampak bercapuk, kulit tak kering dan rasa lembap moist gitu. Lagi satu nad suka sebab lepas sapu dekat muka dia bau wangi sangat..yeee..wangii betull..

Meh nad beritahu kelebihan lain


DD MOIST CAKE- Menyerap air, mesra wuduk & boleh dipakai ketika bersolat.

✔ Teksturnya ringan dan tidak melekit.
✔ Nampak seperti tidak pakai make-up.
✔ Produk halal & menggunakan bahan semula jadi.
✔ Water-base foundation
✔menyerap air tanpa silicon
✔ Boleh pakai ketika solat


Macam nad cakap tadi, selain mencantikkan dia mampu merawat. Glowing DD Moist Cake memberi 6 manfaat dalam 1 iaitu sebagai Makeup - Treatment - Defence - Whitening - Moisture - Oil Control
Makeup - kulit wajah lebih glowing & flawless.
Treatment - merawat masalah kulit wajah seperti
Masalah Jeragat, Jerawat, Kulit Berminyak,
Kulit Gelap, Kulit Kering, Kulit Sensitif, Parut Jerawat,
Penuaan Kulit dan Pori-pori Terbuka.
Defence - Dengan SPF 50, kulit wajah anda akan
dilindungi dari sinar UV matahari dengan lebih lama.
Whitening - memutihkan wajah ada secara semula
jadi dan 2x lebih pantas dari biasa.
Moisture - mengekalkan kelembapan
& meningkatkan kolagen pada bahagian muka anda.
Oil Control - Mengawal masalah kulit berminyak
berlebihan walau di bawah terik matahari.

Nad dah guna selama dua minggu lebih..alhamdulillah sesuai dengan muka. Dah jatuh cinta dengan produk Nurraysa. Owner Nurraysa pun cantik kan..Kalau korang nak boleh contact
Aima Mohammad
Fb : Aima Babycomel
ig : Babyaima
Tel : 0175040585
Email : aimacomel787@gmail.com

CARA MANDI YANG BETUL ELAK STROKE

in , , , , by Nadia Johari, 08:59:00
hai assalammualaikum

Cara Mandi Yang Betul Elak Stroke - Ni nad dapat dari group whatsup berkenaan cara mandi yang betul untuk elakkan stroke. Jadi nak kongsi dengan pembaca nad tentang benda ni. Memang selalu, kita mandi mesti basahkan kepala dulu kan. Tapi sebenarnya salah cara mandian tu..

Nah nad kongsi kisah ni. Untuk renungan bersama.

" Kita selalu dengar, orang jatuh dibilik mandi.dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat-tempat lain? Mungkin ada, tapi jarang.

SENARAI KEPERLUAN BAYI DAN IBU

in , by Nadia Johari, 23:57:00
hai assalammualaikum

Senarai Keperluan bayi dan Ibu - Tadi adik suruh nad senaraikan barang-barang bayi apa yang nak dibeli. Terkejut bila dia cakap, kandungan dia dah 7 bulan. Padahal haritu nad rasa macam baru 5 bulan..hahaha. Bila dia suruh senaraikan barang bayi, nad pulak yang teruja..hehhee..macam kita pulak tengah pregnant.

Sedangkan sebelum ni pregnant, barang pun main terjah je. Kan ada yang terlupa nak beli..huhuhu..mungkin ni boleh jadi panduan dekat nad untuk anak seterusnya..hehehe.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2