hai assalammualaikum

Iman Suci Wipes - Selepas makeup, nad memang wajib kena pakai makeup remover. Kalau terus basuh, takut makeup masih ada, dan buat kulit nad naik jerawat. Sebab tu makeup remover amat penting bagi nad. Lagi satu, kulit nad jenis sensitif, tak boleh yang jenis berminyak atau ape, jadi untuk makeup remover pun nad amik berat isi kandungan dia.



Kalau sebelum ni nad pakai makeup remover jenis air. Haritu kawan perkenalkan nad dengan tisu basah Iman Suci Wipes khas untuk makeup remover. Macam biasa nad akan tengok kandungan dia dan feedback orang lain tentang Iman Suci Wipes. Bestnya tisu Iman ni, ia tanpa alkohol, pembuang solekan water proof dan berfungsi sebagai 2 dalam 1 iaitu membersih dan menyegar. selain itu, ia sesuai dengan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif, memang sesuai dengan nad.



Kalau sebelum ni, nad pakai makeup remover jenis botol, jadi kalau nak pergi mana-mana penuhla beg tu. Botol dahla besar..hahaha..Tapi dengan adanya Iman Suci Wipes ni, nad boleh bawa ke mana sahaja, sebab saiz dia yang kecik. Dalam satu plastik pun ada 10 helai. banyak dah kan tu.



Boleh dibuat untuk wudhu pun. Yela kalau nak solat, muka mesti kena bersih kan. Jadi bawalah Iman Suci Wipes ni. Cepat je dia tanggalkan makeup kita. Tak perlu lap muka kasar-kasar, cuma lap biasa je, dah tertanggal makeup. Best sangat Iman Suci Wipes ni..

Satu tisu basah Iman boleh cuci selurih muka. Dari maskara, gincu, jimat dah dekat situ..


Iman suci wipes ni wangi, baunya macam minyak wangi. Jadi bila sapu dekat muka, sedap je bau dia. Muka pun jadi lembut je. Sejak nad pakai Iman suci Wipes ni, jerawat nad kurang naik. Tu bestnya. Kadang makeup remover boleh penyebab jerawat naik. Selain itu, Iman Tisu Wipes ni boleh digunakan untuk kesegaran muka, contoh kalau panas, kau lap je muka dengan Tisu Iman ni..hehee..best giler..

Berminat nak try Iman Suci Wipes ni, boleh contact info kat bawah ye.. Sebarang pertanyaan mengenai harga juga boleh wasap je Hazirah Syah tu haa.. Agen Imaan Suci Cleansing Wipes yang berdaftar :). Iman Suci Wipes boleh digunakan bukan sahaja perempuan malah lelaki..hehee..

Info Lanjut
Fb : https://www.facebook.com/ms.hazirah
Instagram : instagram.com/iuzira
Whatsapp : 0193922261
hai assalammualaikum

Saloon Khas Untuk Lelaki - Selalu kita dengar, saloon dan spa hanya untuk perempuan sahaja, sekarang ada juga khas untuk lelaki juga. Jangan terkejut ye!!..lelaki pun nak di dandan macam perempuan. Dari kepala sampailah ke kaki. Lelaki sekarang menitikberatkan keterampilan diri dan kebersihan diri. Barulah nampak bergaya dan macho.

Nak cari saloon khas untuk lelaki memang susah. Dah lama nad cari, sebab nak bagi mr mafia rasa ketenangan selepas penat bekerja. Akhirnya , ada juga dandanan khas untuk lelaki ni di Kuala Lumpur. Selalunya, mr mafia kalau nak pergi gunting rambut, dia akan pergi ke kedai mamak. Jadi, kali ni, nad nak dia cuba merasai pengalaman barbershop di Gentlemen's Tonic, sebuah saloon yang mewah dan hipster di Solaris Dutamas.



Bila tengok dari luar, kedai dia berwarna putih. Boleh lihat betapa mewah dan ekslusifnya tempat ni seperti di luar negara. Mulanya Nad fikir, tempat ni hanya untuk gunting rambut sahaja, rupanya Gentlemen's Tonic, merupakan spa dan saloon khas untuk lelaki yang mempunyai urutan, pedicure, body treatments, facial dan macam-macam lagi la. Boleh dikatakan, rawatan pakej dari kepala sampaila ke kaki. Woowww!!..Yela penjagaan rambut, wajah dan seluruh anggota badan kan penting.

Hiasan Dalaman Yang Mewah Dan Memukau

reception
Interior
Living room
Kalau luar dah nampak eksklusif, apatah lagi bahagian dalam. Bila masuk je, dah terpukau dengan decoration yang nampak mewah walaupun ringkas. Perabot yang selesa. Susunan produk yang nampak kemas dan bersih. Bau wangian yang mempesonakan. Tak terkata bila masuk.



Tengok sahaja ruang gunting ni, nampak best kan. Setiap pelanggan dapat merasai treatment rambut dengan tenang je.


Kawasan facial treatment atau spa yang sangat selesa untuk pelanggan.


Sebelum nak digunting, akan disediakan minuman untuk pelanggan. Layanan istimewa di Gentlemen's Tonic. Terbaik kann..

Haircare And Styling Treatment 


Haritu, mr mafia dapat pakej The Shackleton iaitu di mana pakej ni untuk perkhidmatan Haircut and finish, beard trim or the traditional wet shave . Pakej ni selama 70 minit dan harga untuk pakej ialah RM190. Tengok harga memang nampak mahal, tapi cara danteknik yang dilakukan di sini mungkin ada istimewanya. Dengan produk yang istimewa datang dari Luar Negara.


Salah seorang pekerja di Gentlemen's Tonic yang akan melayan, mr mafia, Mr Maher namanya. Dialah akan menggunting dan mencukur misai mr mafia. Tukang gunting ni dari Luar Negara juga. Jadi kena cakap English dengan dia..hehee..Bila dia tengok rambut mr mafia memang dah sikit, dia akan cakap " nak botak habis atau tak "..dalam english la..nad terjemahkan dalam bahasa..hahaha..



Mulalah treatmentnya..Memandangkan mr mafia takde rambut, dan nak botak, jadinya tidak menggunakan gunting. Hanya menggunakan mesin dan shave bagi halus.


Siap ada muzik yang lembut masa tengah gunting ni. Jadi pelanggan boleh relaks masa jalani treatment ni.



Selepas gunting rambut, Mr Maher meletakkan syampoo di kepala dengan menggunakan produk Gentlemen's Tonic sendiri yang datang dari Luar Negara. Ia adalah untuk mencuci lebihan minyak di permukaan kulit kepala serta rambut. Lepas tu beri urutan sedikit.



Kemudian, sebelum shave, Mr Maher meletakkan warm towel supaya terasa segar dan melembutkan bulu-bulu supaya senang dicukur. Dibiarkan beberapa minit. Masa ni nak tidur pun boleh..hahaa..



Setelah beberapa minit, tuala panas dibuka, Mr Maher menyapu cream di bahagian janggut yang hendak dicukur. Cukuran menjadi lancar dan sempurna.



Ini adalah antara produk yang digunakan oleh Mr Maher.




Selain itu, banyak lagi produk yang ada di sini khas untuk penjagaan diri lelaki. Semuanya datang dari Luar Negara.


Selepas siap, inilah hasilnya..Mr mafia nampak lebih kemas dan selesa. Mr Maher cakap Mr Mafia nampak muda dari usia dia..kihkihkih. Mr mafia puas hati dengan perkhidmatan di sini. Kepala berasa selesa dan licin. Takda kasar macam dekat kedai mamak tu.

Ruang VVIP



Untuk yang inginkan privacy, Gentlemen's Tonic ada menyediakan bilik VVIP. Bilik ni memang besar, kalau nak buat meeting atau lepak dengan kawan sambil bertreatment pun boleh. 

Serba Sedikit Tentang Gentlemen's Tonic
Gentlemen's Tonic telah ditubuhkan ditubuhkan pada tahun 2004 di Barkeley Square, khas bagi lelaki moden mendapatkan perkhidmatan kedai gunting rambut tradisional dan pelbagai gaya hidup dan perkhidmatan dandanan.

Nama Gentlemen's Tonic menggambarkan dua aspek: Gentlemen's menunjukkan bahawa perniagaan ini adalah khusus secara eksklusif untuk keperluan lelaki dan Tonic melambangkan sifat-sifat pemulihan pengalaman jenama.

Gentlemen's Tonic memenangi anugerah Babassu & produk Bergamot yang telah dilancarkan pada awal tahun 2008, direka untuk keperluan dandanan rumah anda dan sepenuhnya bebas daripada bahan-bahan sintetik, bahan kimia berbahaya dan parabens.

Gentlemen's Tonic mempunyai lokasi di beberapa bandar-bandar utama iaitu Abu Dhabi, Dhubai, Hong Kong, Kuala Lumpur, London, Mexico dan New Delhi.

Di Kuala Lumpur, Gentlemen's Tonic mula ditubuhkan pada July 2016.


Bukan sekadar Barbershop, Gentlemen’s Tonic juga berjaya merangkul beberapa anugerah berprestij di seluruh dunia.

• Gentlemen’s Tonic, Mayfair WON Best Grooming Destination – Shortlist Grooming Awards

• Classic Shave Cream WON ‘Best Shave Cream’ – Men’s Health Grooming Awards 2015

• Structure WON ‘Best Hard Hold Styling Product’ – Men’s Health Grooming Awards 2015

• Sinsa WON ‘Best Evening Scent’ – Men’s Health Grooming Awards 2015, Singapore

• Pre Shave Oil WON ‘Best Pre Shave Treatment’ – Men’s Health Grooming Awards 2014

• Daily Moisturiser WON ‘Best Moisturiser’ – August Magazine Grooming Awards 2014

• Soothing Aftershave Balm WON ‘Best Aftershave Product’ – Men’s Health Grooming

• Exfoliating Facial Scrub nominated for ‘Best Facial Cleanser / Exfoliator’ in the Shortlist

• Traditional Shave Cream shortlisted for ‘Best New Shaving Product’ in the Shortlist Men’s

• Voted Men’s Spa of the Year 2011 – Asia Spa Awards

• Voted ‘Best Male Grooming Salon of the Year 2010’ at the UK Professional Beauty Awards

• Gentlemen’s Tonic, Mayfair WON Best Day Spa – British Aiways High Life Magazine 2009


Bagi lelaki yang ingin merasai pengalaman, dan ingin kelihatan lebih macho dan menjaga keterampilan tu bolehlah ke
Gentlemen’s Tonic Solaris Dutamas
D5 - G3 - 3, 43-49 Solaris Dutamas, No 1, Jalan Dutamas 1, 50480, Kuala Lumpur 
Telephone number: +60364128660 
E: fiqri@gentlemenstonic.com
Facebook: Gentlemen’s Tonic Malaysia
Instagram: Gentlemen’s Tonic Kuala Lumpur 
Website: www.gentlemenstonic.com


Operation Hours: Open daily 10am – 9pm





 

 






ANAK LEGOLAND PERGI LEGOLAND HARINI

in , , , by Nadia Johari, 08:31:00
hai assalammualaikum


Anak Legoland Pergi Legoland Harini - Siapa anak Legoland tu?? Siapa lagi kalau bukan Fariza..Kenapa dipanggil anak Legoland??..Nak tau jawapannya, baca entry dekat SINI. Harini 23.9.2016 genap usia dia 11 bulan. Lagi sebulan nak setahun. Kenapa tak pergi Legoland masa umur dia setahun?? Boleh sambut sekali dekat sana...Kalaulah bagus dapat bulan 10..hahaa. Apakan daya jemputan media dapat bulan 9. Jadinya kita pergi awal la sebelum umurnya setahun. Dah genap setahun kita sambut birthday Fariza dekat tempat lain erk..hehe


Pagi ni, kami sekeluarga akan bertolak ke Johor. Sempena sambutan Halloween Brick-Or-Treat Party Nights  yang diadakan di Legoland. Banyak aktiviti yang akan diadakan dekat situ. Teruja nak bawak Si Fariza masuk ke Legoland. Ni la tempat pertama dia berjalan. Kalau tak Tesco je la kau hadap ye Fariza.  Walaupun dia belum pandai berjalan, tak tau apa yang berlaku, tapi nad seronok bawa dia ke tempat macam ni. Macam-macam dia boleh nampak. Yang penting enjoy.

Antara aktiviti utama:
- Halloween Show
- Brick-or-Treat Trail: ‘Help us build the witches magic cauldron’
- Maze Activity ‘Lord Vampyres Ballroom
- LEGO Building Activities


Jom ramai-ramai pergi Legoland
SELECTED DATES    : September (16-17, 23-24, 30)   October (1, 7-8, 14-15, 21-22, 28-29)  TIME                            : 4pm – 9pm @ RM85 per entry
LOCATION                  : LEGOLAND® Malaysia Resort’s Theme Park
ACTIVITIES                : Brick or Treat Trail
LOCATION                  : LEGO® Kingdoms



hai assalammualaikum

Budak Ini Dera Kucing, Kejam!! - Sampai hati budak ni..kau tak kesian ke dekat kucing tu oii!! Kau buat kucing tu macam mainan pulak kan. Kesian kucing tu di dera..Tak sampai hati nak tengokkk...Kalau korang berani, tengoklaa..Kucing tu nak lari pun tak boleh..


Ekor dia kau tarik..Sampai hati kau budakkk..Taula kucing tu comel, jangan la buat macam tu. Satu lagi video, dia buatnya kucing macam pesakit dia..Habis di belek-belek mata, telinga sampai ke hidung..Kucing tu pun redha je..


Hahahha..ni la kerja Fariza dekat kampung. Sebenarnya bukan Fariza cari kucing tu, kucing tu yang datang dekat Fariza. Fariza ni semua jenis binatang dia bantai..adoii la anak..Kucing tu abang nad yang jumpa. dia pun bawa balik. Nama kucing tu Didi tapi betina..anak buahla bagi nama..hahaa..Masa balik kampung haritu, Kucing ni suka sangat dengan Fariza. Mana Fariza pergi dia ikut. Fariza pun main la dengan dia sampai terkekek-kekek ketawa..hahhaa..


Tengok, tidur pun nak sebelah-sebelah..Dari elok tidur, sampaila Fariza pusing tertindih Didi, tapi Didi buat tak tau je. Dia pun bantai tidur..lorrr..macam-macam..hahaha..maaf sebenarnya bukan kes dera pun.

Tapi kalau sebut haiwan di dera  tak kisahla binatang apa, baik yang haram dipegang kalau didera, kesian tengok. Nak menangis tengok. Sebab tu kadang tak sanggup nak tengok video macam tu. Lagi-lagi kalau kucing.Ada pulak manusia yang berhati binatang boleh plak bertindak kejam terhadap kucing-kucing yg bernyawa ni!! memang bongok punya manusia.. nad benci pada pendera binatang, terutamanya pendera binatang kesayangan Nabi ni. Mana letaknya perikemanusiaan dalam diri?
hai assalammualaikum

Nak Kurus Dan Putih Dalam Masa 10 Hari..Wooww!! - Produk ni khusus untuk mereka yang nak kurus ye..Bagus rakyat Malaysia sekarang, sedar akan penyakit obesiti ni. Oppsss kalau boleh bukan setakat kurus je, tapi nak putih, gebu, gebas. Hah!! tu lagi penting. Nak cantik dari kepala sampai la ke kaki..Tak kira perempuan atau lelaki, memang nak nampak cantik dan hensem demi kepuasan diri.


Haaa ni nad nak kongsi untuk korang yang nak kurus, yang dah tak tahan memikul lemak kiri kanan atas bawah,  produk Raissa Secret Beauty merupakan set pelangsingan badan yang mampu menurunkan berat badan dalam masa 10 hari. Terdapat tiga jenis produk iaitu Fat2Slim slimming Lotion , slimming soap dan Vita C Blackcurrant.


Fat2 Slim Slimming lotion  adalah formulasi dari ekstrak herba -herba terpilih seperti ekstrak limau gedang,Halia dan Pudina yang membantu:-

-Membakar lemak tepu
-Mengembalikan bentuk badan yang ideal'
-Menghilangkan selulit
-mengempiskan perut
-mengatasi masalah peha dan lengan besar
-merawat senggugut
-melembapkan kulit
-membuang angin
-mengawal -selera makan
-menyokong metabolisma dan juga saluran pembersihan kelenjar

Coffee mints soap dirumus khas dari ekstrak kopi dan pudina  yg membantu melansingkan badan ,  merawat rekahan dan  menganjalkan kembali tekstur abdomen.

- tiada bahan pengawet-
- sesuai untuk wanita di dalam pantang
- Lotion amat sesuai unttk wanita  berpantang.. Lelaki pun boleh guna untuk Sakit kaki dan sakit lutut



Vita C Blackcurrant berfungsi untuk menguruskan berat badan dan memutihkan. Kelebihan Vita C Blackcurrant

-membakar kalori
-Membantu proses pelansingan badan
-mencantik kan kuku dan rambut
-mencerahkan kulit wajah dan badan
-wajah lebih bersinar
-membantu memudaratkan parut
-membantu mencegah jerawat dan jeragat
-membantu meratakan tina kulit
-meningkatkan imunisasi badan
-anti oksida
-Membantu menghasilkan kolagen
-merawat rekahan tumit

Bagi yang berminat nak dapatkan produk ni, lagi-lagi yang bakal mendirikan rumah tangga, kot nak kecilkan badan tu boleh la contact
Whatsapp: Rose Ismail 011-39611158
Facebook :Rose Ismail
Facebook page ; Raissa Secret Beauty
Instagram : https://www.instagram.com/officialraissasecret/


BURGER SYOK MCDONALD, SYOK KE??

in , , by Nadia Johari, 23:04:00
hai assalammualaikum


Burger Syok Mcdonald, Syok ke?? - Haritu balik dari kampung, malam tu lapar sangat. Jadinya singgah la Mcdonald. Tengok banner ada burger baru yang dikeluarkan. Wah.. Mcd, banyak betul keluarkan burger baru..Haritu baru sahaja keluarkan Burger Rio sekarang Burger Syok pula. Kalau burger memang Mcd la paling sedap. Jadi nak cubala burger baru ni kan.


Kotaknya comel je. Kampung boy punya cerita. Nad layan je cerita ni. Tengok iklan diaorang ada bubuh cili, jadi nad fikir mungkin pedas dia sama macam burger sebelum ni. Pulak tu namanya Burger Syok, betul ke dia Syok bila di makan..huhu..Beli ni sekali dapat Air Frozen Anggur dengan Air frozen Pepsi tak silap.



McDonald Burger Syok menampilkan paha keseluruhan ayam panggang yang mempunyai kelembutan apabila dimakan. Ditaburi dengan sayur-sayuran segar dengan sos Syok yang pedas dan diapit di antara roti bakar bun biji bijan hitam & putih. Baunya yang sedap menusuk ke hidung, membuatkan tak sabar nak makan dia.

Rasanya biasa je rupanya..hahaha. Tak pedas macam Burger Rio..Rasa ayam dia pun tak macam ayam dipanggang..ermmm..Mr mafia pun cakap tak berapa sedap..Maknanya, Tak Syok!!!..Takpela yang penting dah rasa..

Korang cubalah rasa ye..huhuhu..lidah masing-masing lain..

DISNEY JUNIOR MAGICAL MOMENTS

in , , , by Nadia Johari, 18:43:00
hai assalammualaikum


Disney Junior Magical Moments - Sebut je Disney, mesti tau kan yang cerita kartun. Sampai sekarang nad masih layan cerita Disney ni. Kadang nak bagi Fariza senyap, buka cerita kartun Disney ni. Dia paling suka Donald Duck..hahaa..Oleh itu, Disney telah mengadakan kempen " Disney Junior Magical Moments "

Disney Junior Creates A Magical Surprise At Bus Stop

Disney Junior Asia telah mengeluarkan satu video sosial yang memaparkan aksi Realiti Augmented yang berlaku di Asia Tenggara. Sebagai sebahagian daripada kempen "Moments Disney Junior Magical", video telah diambil untuk melihat gelagat keluarga, kejutan dan keseronokan mereka di perhentian bas seperti mereka ke dalam dunia ajaib Disney Junior - dengan karakter yang diberikan khas dari Mickey Mouse Clubhouse, Sofia Pertama, Miles dari Tomorrowland dan The Lion Guard, serta penampilan ajaib kehidupan sebenar.

Korang tengok video ni ye. Enjoy habis nad tengok. Kalau ada dekat Malaysia, nad rasa budak-budak takanak balik ni..hahaha..Tak pun ada yang ketinggalan naik bas..hehe..Macam real ok..



Tengah tunggu bas, ada pulak video ni dekat bus tsop. Mau tak seronok, keluar kartun Disney, yang korang rasa, dia berada dekat situ. Tak rasa penat tunggu bus tsop macam ni. Last sekali keluar Mickey Mouse..hehee.


Magical Moments is a celebration of your child’s favorite magical stories and characters

Sepanjang bulan September ni..setiap Jumaat..ada episod terbaru..cerita-cerita cartoon..kegemaran kanak kanak semua....Pastikan untuk menonton setiap Jumaat di Disney Junior (Astro Channel 613) pada bulan September untuk menonton Episod Baru

2 September, Friday, 9AM:
Miles from Tomorrowland “How to build a Robot-Pet/ Career Day”

9 September, Friday, 8.30AM:
Mickey Mouse Clubhouse “Mickey’s Sport-y-Thon”

16 September, Friday, 10AM:
Sofia the First “Beauty is the Beast”

23 September, Friday, 9.30AM:
The Lion Guard “Bunga and the King”


Jadi setiap hari Jumaat sila duduk depan tv, layan kartun..hehee

DIA DAH PANDAI MEMBERONTAK

in , by Nadia Johari, 00:57:00
hai assalammualaikum

Dia Dah Pandai Memberontak - Nad perasan sejak dekat kampung haritu, perangai Fariza lain sangat. Kalau sebelum ni dia la seorang yang baik, pendiam, tapi sekarang, dia lebih kepada menjerit, dan memberontak. Semua takut dengan sikap dia, sampai semua terpaksa mengalah..Nad pun terpaksa mengalah sebab taknak tengok dia sikap macam tu. Dasyat sangat anak aku oii....tiba-tiba bertukar jadi ganas..hahaha..


Pertama sekali, Fariza akan marah bila disentuh pipinya. Tu part paling dia tak suka..hahaa..Kalau orang besar, pegang lembut je, dia ok lagi, tapi kalau budak-budak, pegang lama, atau berkerumun pegang, memang dia akan marah. Lepas Fariza dah tak suka budak tu, bila budak tu nak dekat, dia dah menjerit dulu taknak..hahaa. Dia dah agak budak tu akan buat apa. Tapi, budak mana paham kan, kalau dia nak pegang, dia pegang juga. Yela geram dengan sepupu dia yang pipi macam pau ni..aduhh..

Kedua, bila Fariza dah pegang sesuatu barang, barang tu dah jadi milik dia. Tak boleh sesiapa ambil. Kalau ambil, dia akan memberontak dengan menghentak kepala ke belakang. ala..susah nak cakap, sebab tak da gambar..Marah dia lain macam. Dan nangis dia akan menjerit sekuat hati sampai ditahan-tahan. Jadi tak siapa berani nak ambil barang dia.


Ketiga, Fariza akan mula geram dengan menggigit bila dia tak suka orang tu. Ye betul!!..dia dah start mula menganga nak gigit bila geram. Tu belum ada gigi lagi, kalau dah ada gigi habislaa..

Sikap dia lain cepat rimas. Bila dia dah tak suka tu, dia memang tak suka. jangan dipaksa kalau tak lain jadinya..hahaha..nad yang tengok ni pun penin..aduhh..Lagi masa demam hari Malaysia haritu, semua tak kena, tu pun nasib sehari je demam. Sifat kedekut pun ada..hahhaha..kalau boleh dia taknak berkongsi dengan orang..Mula la bising..

Kalau dengan nad, memang nad kesian, tapi kalau dengan mr mafia, dia tegas dengan anak. Tapi Fariza dengar..ngrrrr..Harap dah besar nanti jangan garang-garang sangat ye sayang
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2