hai assalammualaikum

Pesta Halloween Di Legoland Malaysia - Ni kali kedua nad pergi ke Legoland Malaysia. Bila kita dengar Legoland, teruja sangat nak datang sebab taman tema ni dikelilingi dengan permainan Lego, dan pelbagai replika yang dibentuk menggunakan Lego. Lagi-lagi kalau korang ada anak, lagi suka diaorang. Sehari mesti tak cukup, kena dua hari baru puas..hehee. Rasa dua hari pun tak puas..hahaha. Datang sini memang takkan jemu, sebab banyak aktiviti yang dijalankan dekat sini. Bukan setakat Lego,ada aktiviti dan permainan lain yang dijalankan dekat sini dan salah satu aktiviti yang dijalankan sekarang ialah Pesta Halloween.



Mulanya ingat nak cari baju halloween untuk Fariza,tapi masa tak cukup..hahaa..Mr mafia asyik kerja je. Jadi pendamkan jela. Pesta Halloween dah berlangsung sejak 16 September dan akan berakhir pada 30 Oktober. Dan haritu nad turut serta dalam pelancaran Pesta Halloween di Legoland ni. Selalu kita tengok Halloween dekat televisyen, orang pakai macam-macam custome, pastu halloween ni keadaan macam berhantu je kan..hehee..kat Legoland pun banyak hantu..hehe..Bestnya korang boleh masuk dalam Legoland Theme Park sampai pukul 9 malam. Tapi untuk tema Halloween ni dia start dari pukul 4 petang sehingga 9 malam.

Decoration Tema Halloween





Masuk dalam Theme Park macam-macam decoration tema Halloween dalam tu. Pergh!!memang best la..Baru rasa Halloween. Hantu pun banyak dekat Legoland..hheee..kalau waktu malam lagi best, sebab malam-malam hantu ni menakutkan..hahaha..

Majlis Pelancaran Parti Halloween


Lepas tu terus kitaorang ke LEGO Kingdom, untuk majlis pelancaran Party Halloween ni. Macam-macam aktiviti ada dekat situ. Ucapan dimulakan dengan kata-kata aluan orang kuat besar Legoland. Encik Young Pil Kim, Pengurus Besar (Interim) LEGOLAND Malaysia Resort ( tengah )



Pengenalan LEGOLAND Malaysia Resort Halloween Brick Or Treat Party Nights Celebration oleh Encik Casper Bonavent, Pengarah Operasi dan terakhir sekali ucapan oleh Puan Sandy Soh, Presiden PUDU Rotary Club.



Dua orang adik beradik. Anak blogger kak Nannie Isa
Masa majlis pelancaran tu, ada pertandingan kostume untuk kanak-kanak. Macam-macam pakaian kostume korang boleh nampak. Dan paling meyeramkan ialah hantu pocong. Terlompat-lompat dia di siang hari..hahaha..mau tak seriau walaupun siang. Kostume yang lain ada snow white, labu, batwoman, spiderman dan macam-macam lagi la..Sporting sangat budak-budak ni. Enjoy habis tengoknya. Walaupun panas, budak-budak enjoy pakai baju halloween.



Dan lapan orang terpilih sebagai kostume terbaik. Jadi nak tau siapa pemenang, budak-budak terpilih ni kena menjerit,..siapa yang dapat menarik perhatian juri dialah pemenang.

pemenang pertama
pemenang kedua
Dan pemenangnya, semestinya Hantu pocong tu. Ni anak kawan blogger nad Nannie Isa. Bagus sangat anak dia, apa maknya suruh buat dia buat je. Memang wajib jadi pemenang. Memang layak pun. Nombor dua yang pakai rabbit dekat kepala tu.




Yang lain dapat saguhati


Semua gembira dan seronok.








Makanan dekat situ pun tema Halloween. Ada macam ulat la,mata, labu muka berhantu. Nad paling suka tengok makanan jejari tu..hahaa..Gerun pulak nak makan. Macam makan jari sendiri..hahaa..

Aktiviti Yang Dijalankan Sepanjang Halloween








Beberapa aktiviti telah dijalankan untuk Part Halloween Night, antaranya Halloween Show ‘Monster Catcher Mayhem’, ‘Lord Vampyre’s Ballroom Maze dan jugak ‘Spooky Miniland Tour’. Semuanya aktiviti ni bertempat di Castle Lego Kingdom.


 Ini pulak membina replika pumpkin daripada lego.


Ada juga aktiviti menconteng muka. Fariza tak terkecuali..hahaha..comel je litlle spider ni kan tidur.


Kalau selalu kita tengok dekat tv, budak-budak akan pergi satu rumah ke satu rumah untuk minta satu barang, hah!! dekat sini pun ada tau. Aktiviti ‘Brick or Treat Trail’. Untuk permainan ni, masa entrance masuk tu, korang cakap nak mintak kertas chop untuk Halloween ni. nanti dia akan bagi seperti dalam gambar yang nad letak ni.



Lepas tu korang pergi la kesetiap checkpoint yang diberi. Ni la pondok setiap checkpoint tu. Disetiap pondok checkpoint ada zombi dan hantu menuggu korang..hehehe.. Korang kena explore 10 chekpoint dan collect kesemua stamp dari setiap chekpoint untuk dapatkan limited edition brick lego halloween. Paling penting, korang kene pergi checkpoint satu dulu, baru boleh ke checkpoint lain sama ada nak ikut turutan atau tidak. Ingat!! pergi checkpoint pertama dulu.

Ada 10 pondok checkpoint dan setiap pondok ada aktiviti masing-masing. Dari situ korang akan dapat hadiah goodies dari penaja yang terlibat. Antara penaja hadiah adalah Milo, Julies’s, Staedler, Ribena, Haribo, Canon dan banyak lagi. Teruja nad dapat macam-macam hadiah..hehe
1st Hut: Collect Halloween Brick or Treat bag and complete LEGO® Star Wars™ Miniland activity.
2nd Hut: Find hidden LEGO® bats and count them
3rd Hut: Loudest and scariest laughter with the Witch
4th Hut: LEGO® Monster - memory games
5th Hut: Registration for Lord Vampyre’s Maze and gets your stamp
6th Hut: Help the LEGO® spiders find their home!
7th Hut: Floating LEGO® pumpkin
8th Hut: LEGO® ring toss
9th Hut: Mummy Bowling
10th Hut: Guess the weight of LEGO® Bats replicas







Haritu juga akan ada zombi dan hantu berkeliaran di LEGO Kingdom dan Miniland. Berjaga-jaga la korang. Kot-kot ada yang akan kena tangkap dengan hantu ni..ehhee..takdela gurau je. Hantu pun pandai bergurau ok. Ada juga persembahan tarian daripada zombi-zombi ni.


Nad tengok gambar sendiri pun rasa nak pergi lagi. Korang pergilah, bawak anak-anak, mesti diaorang suka. Lagi-lagi kalau korang pakaikan baju Halloween dekat anak-anak korang, sebab apa, sebab anak-anak yang pakai baju Halloween boleh masuk percuma bebeh..wowww..Ingat Part Halloween Night ni bermula 4 petang sehingga 9 malam. Satu entry masuk RM85.

Jom ramai-ramai pergi Legoland
SELECTED DATES    : September (16-17, 23-24, 30)   October (1, 7-8, 14-15, 21-22, 28-29) 
TIME     : 4pm – 9pm @ RM85 per entry
LOCATION : LEGOLAND® Malaysia Resort’s Theme Park
LOCATION HALLOWEEN : LEGO® Kingdoms

Untuk makluman lanjut boleh layari www.legoland.my atau hotline 07-5978888.







hai assalammualaikum

Tak Kisah Dengan Mommy Lepas Masuk Sini - Selama ni ingatkan setiap kali masuk dekat permainan budak-budak ni kena bayar, rupanya budak bawak setahun tak perlu bayar. Jadi apa lagi, bila shoping dekat Tesco, bawak masuk la dia dekat sini. Ingatkan bila dia masuk sini, dia jadi pemali ke, taknak main ke, tapi rupanya...


Lagi seronok dia masuk sini. Sebab macam-macam dia boleh buat. Tempat dah la luas, lantai pulak jenis yang memang sesuai dia nak merangkak sana sini. Tak sakit, habis dia meneroka. Nad tengok jela dia apa dia buat. Dia langsung tak kisah dengan mommy dia dah..


Dia lebih suka main stereng kereta tu..sebab dapat pusing-pusing. Pandai buat gear kedepan dan kebelakang. Tak diajar pun. Budak sekarang bijak.


Fariza memang suka bebas. Sebab nad tak pernah halang apa dia nak buat, melainkan benda tu membahayakan. Boleh nampak, bila dia dapat kaki ni, mau lari sana sini. Aduh..

Tapi tak boleh kerap sangat ajar anak main benda-benda macam ni, nanti dia asyik nak pergi je bila dah ada akal..hahaha..mampus..Boleh ajar anak dekat rumah..hehehe..
hai assalammualaikum

Dua Cara Penjagaan Kulit Muka Dan Badan Terbaik Dari Glamora -  Bercakap berkenaan penjagaan kulit muka dan badan ni, orang perempuan memang suka berkongsi. Yela, selalu orang perempuan yang rajin mencari cara-cara penjagaan kulit ni dengan betul. Kebanyakan wanita sangat  mementingkan kecantikan, dan kalau boleh, walau sudah mencecah 40 tahun ke atas, wajah masih mahu nampak muda dan cantik.

Penampilan menarik sememangnya impian semua. Namun, perkara yg perlu diberi perhatian adalah berkaitan kulit. Masalah kulit memang selalu ada. Tidak kira kulit wajah ataupun badan, penjagaan dan rawatan yg betul amat diperlukan. Yang penting, produk tu mudah digunakan. Nad amat tertarik dengan produk dari Glamora ni. Bukan sahaja mudah digunakan dan berkesan, tapi ia nampak mewah dan murah. Lagipun bukan sahaja perempuan boleh guna, malah orang lelaki pun boleh guna.


GLAMORA, Malaysia's 1st High End Brand untuk Skincare & Beauty Products. Produk berkonsepkan High End iaitu produk yang berkualiti tinggi yang mewah, murah & berkesan dengan harga mampu milik. Dengan slogan "Glam It Up With Glamora "..semua orang boleh menjadi Glam bila pakai jenama ni..Sebab tu Glamora brand kecantikan luxury No 1 di Malaysia. Glamora ada mengeluarkan dua produk iaitu produk untuk wajah dan badan. Menarik kan!!.Meh nad kongsi dua produk ni dengan korang.

Produk Glamora telah diformulasikan oleh profesor-profesor dan doktor-doktor, hasil ramuan & formulasi dari salah satu instituti kaji produk terbaik di PERANCIS. Menggunakan teknologi micronization terbaru dari Korean.

Produk Glamora yang menitikberatkan keberkesanan dan kesihatan kulit, pada masa yg sama, bukan jenis 'dependant' di mana kulit tidak akan kembali ke keadaan asal sekiranya berhenti penggunaan. Produk yg dirumus khas untuk memperbaiki komposisi kulit dari dalam, bukan surface sahaja.

Luminate Fairness Face Serum


HARGA SEBOTOL: RM155
ISIPADU: 15ML (Tahan sebulan setengah ke 2 bulan) *mengikut amount pengunaan.

Tengok botol tu comel je kan. Serum ni adalah untuk muka. Serum ini adalah "water-based", Oil-free, paraben-free & fragrance-free. Jadi, ia tidak akan menyebabkan allergy, kulit kering, pengelupasan kulit atau jerawat. Boleh digunakan utk semua jenis kulit & semua peringkat umur. Lelaki & wanita.

Serum ini menyerap 99.9% ke dalam kulit. Bermaksud, sekali sapu dlm 10 saat "hilang". Semuanya terserap ke dalam kulit muka dan leher. Jadi, ia akan lebih EFEKTIF sebab total serum resap & berfungsi. Tiada sisa-sisa serum di atas kulit, jadi kulit tak nampak berminyak.




Kesan penggunaan optimum mengambil masa 2 minggu. Tapi melihat kepada testimoni, kebanyakan banyak yang nampak dalam masa seminggu. Lagi best, perubahan nyata sampai orang lain boleh tegur adalah lebih kurang 10-14 hari. Mengikut pada testimoni ye..

Luminate boleh digunakan dengan dua cara iaitu :
- Pakai serum dahulu sebagai base sebelum mekap, agar mekap tahan lama atau
- Pada waktu malam pula boleh pakai serum dahulu sebelum memakai krim malam produk pilihan anda.


Kelebihan Luminate Fairness Face Serum:
- Mampu mencerahkan kulit.
- Mengurangkan pigmentasi berlebihan serta memberikan kulit yang Lebih Cerah, Glowing dan Segar.
- Meratakan Tona Wajah
- Memberikan tona wajah yang sekata dengan memperbaiki kerosakan akibat ketidakseimbangan hormon,  sunburn dan tompok- tompok tidak sekata.
- Menghilangkan Parut
- Memperbaiki sel- sel wajah agar parut lesap tak kembali.

Cara penggunaan
1. Pakai 2 kali sehari. (Pagi dan malam)
2.Basuh muka terlebih dahulu, pastikan muka dan leher dalam keadaan bersih dan kering
3. Picit 1-2 puff serum ke jari dan sapu ke seluruh muka dan leher. Urut perlahan-lahan muka menggunakan gerakan menaik.
4. Akhiri dengan dap-dap seluruh muka

BODY SPA Intense Lightening Body Spray

HARGA SEBOTOL: RM145

BODY SPRAY WHITENING PERTAMA DI MALAYSIA!

Selalu kita nampak losyen body je, tapi yang ni dia berbentuk spray. Lagi mudahla kan. Dan ni Body Spa Intense Lightening Body Spray ni merupakan Body Spray Whitening Pertama Di Malaysia. 


Sangat mudah digunakan !! Hanya Spray sahaja. Kita ni kalau boleh nak cantik sekata la kan, jadi bahagian celah-cleah tu nak juga cantik, jadi bila ada Body Spray ni, korang bolehlah spray untuk bahagian celah-celah anggota badan tertutup, serta sapuan yang lebih rata dan sekata.

Body Spa ni, tidak mengandungi minyak, paraben, hydroquinone atau merkuri. Ia cepat meresap, tidak berminyak dan tidak melekit seperti Losyen. Sesuai bagi semua jenis kulit, lelaki ataupun wanita di semua peringkat umur. Mengandungi sedikit pewangi untuk memberikan bau badan yang segar. Paling penting ia produk mesra wudhuk.




Kelebihan Body Spa Intense Lightening Body Spray
- Menghapuskan kawasan kulit yang gelap
- Memutihkan seluruh badan dan kawasan terdedah (termasuk leher, siku, lutut, tangan, lengan dan lain-lain)
- Celahan hitam mudah dirawat dengan pantas (seperti ketiak, celahan paha dll)
- Menghilangkan parut badan akibat jerawat
- Memudarkan selulit dan strechmarks perut selepas lahir anak.
- Mengurangkan kerosakan cahaya matahari (SUNBURN) pada kulit


Cara penggunaan:
1. Goncang-goncang botol dahulu.
2. Bersihkan kawasan yang hendak dispray
3. Spray sekali picit penuh ke arah kawasan tersebut
4. Sapu-sapu untuk ratakan ke kawasan-kawasan berhampiran dengan kawasan spray tu (spreads well for better coverage)
5. Pakai 2 kali sehari (pagi & malam)

Elak spray ke Muka.


Dua produk ni korang boleh nak beli satu atau kedua-dua sekali. Jadi nad syorkan, lebih baik beli dua sekali sebab lagi murah..hehee.

Kalau korang berminat atau nak tau lebih lanjut berkenaan Glamora, korang boleh layari:
Glamora
Website: www.glamora.com.my
Contact: 013 310 8080
Facebook: Glamora Hq
Instagram: https://www.instagram.com/glamora_hq/

#glamora
#glamoraluminate
#glamorabodyspa
#glamoratestimoni
#glamitup

FARIZA DAH PANDAI CEMBURU

in , by Nadia Johari, 01:45:00
hai assalammualaikum

Fariza Dah Pandai Cemburu - Dengan usia dia yang baru je 11 bulan, dia dah pandai macam-macam. Anak bijak ni memang buat nad geram dengan dia je. Telatah dia buat nad selalu tersenyum. Selalu tengok anak buah, usia belum cecah setahun, macam biasa je, tapi Fariza, usia dia 10 bulan dia dah pandai cemburu. Keluarga nad semua pelik. Nad sendiri pelik..hahhaa..kejadian ni berlaku dekat kampung.

Masa tu, nad angkat anak buah sebaya Fariza. Nad belai dia, sekali Fariza ternampak dan menangis. Dia datang drkat dengan nad, terus tarik-tarik tangan nad. Tak bagi anak buah dekat denagn nad. Dia suruh turunkan sepupu dia tu. Bila nad bawak lari anak buah, Fariza kejar, hey!! pandainya awak..hahhaa..


Haritu pulak nad datang lawat baby baru. Kawan nad baru melahirkan anak sulung dia. Dia dapat anak lelaki. Ala comel je. Lepas tu saje nak tengok reaksi Fariza macam mana. Suka tak dia dengan baby. Bila nak dukung dan tunjuk dekat Fariza, nak tau apa Fariza buat??? ermmm..bolehnya dia tolak baby tu. Taknak cium pun..nampaknya dia belum berminat nak ada adik..eh...hahhaa..Tapi dia suka berkawan dengan budak. Nampak sangat dia tak suka berkongsi.

Fariza suruh letak baby tu..Lepas tu dia terus panjat nad, mintak peluk..


Dan lagi satu, dia cemburu bila nad dekat dengan mr mafia, daddy dia. Tak pun mr mafia dekat dengan nad. Antara salah satu. Nanti Fariza datang dekat, tolaknya kitaorang..haahha..Cemburu sangat..

Kejap je sekarang dah 11 bulan. Bulan depan dah setahun..haish la anak..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2