hai assalammualaikum

Johan Juara Super Spontan Superstar 2016 - Masa tengok Super Spontan superstar 2016 di astro warna 132, memang dah agakla Johan mesti menang..haha..Walaupun dia agak kepoh sikit, tapi malam tu semuanya lawak. Kalau ikut minggu lepas, Achey yang terkeluar, tapi si Fad telah bagi imuniti kepada Achey, jadinya Kamal Adli yang keluar. Kan bagus kalau Kamal Adli ada, takdela orang yang sama je kan. Atau adakah Fad memilih sebab tu geng dia??..ermm no komen. Apa yang penting, malam terakhir ni semua persembahan yang diberikan terbaik dan buat orang ramai ketawa.


Antara Finalis Super Spontan Superstar ialah Johan, Ozlynn, Tauke, Abam, Fad dan Achey. Malam tu semua dikira individu. Malam tu artis jemputan, Black, Tomok, Zizan, Ayda Jebat dan Apek, sebagai pembantu dan main sekali. Hans isaac sebagai tetamu bersama Afdlin shauki. Malam tu game yang dimainkan ialah beku, maju dan mundur,dahiku di dahimu, pantun dua kerat dan menari. Tapi nad suka tengok yang part menari. Bagi macam mana pun gaya menari, tapi bila menari gaya dengan lagu yang diberi. Lagu janam janam dengan lagu ayda jebat, pencuri hati kot..huhu..

Walaupun agak kelam kabut malam ni, sebab Johan asyik mencelah je, tapi okla..ahhaa. Lagi dengan soalan Amir yang panas tu, time bagi dekat Fad, sekali Amir yang kena balik..hahaa. Lawak time Amir dengan Dato Ac Mizal lawan dahiku di dahimu..hahaha..Kalah juga Dato Ac..Dan malam tu, Johan telah dinobatkan sebagai Juara Super Spontan Superstar 2016.


Keputusan Super Spontan Superstar 2016

Juara ialah Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi. Sebagai makluman, Johan sebelum ini pernah muncul sebagai juara Super Spontan 2014.‎

Tempat kedua pula dimenangi oleh Abam Bocey dan beliau berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Tempat Ketiga Achey dan habuannya adalah hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi

Keempat Fad membawa pulang RM5000 beserta trofi.

Kelima Ozlynn yang merupakan finalis wanita pertama di Super Spontan Superstar menerima hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.

Keenam Tauke masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.


Suami Isteri Dapat Duit
Memang sweet bila nampak suami isteri ni dekat pentas. Siapa lagi kalau bukan Johan dan Ozlynn. Rezeki diaorang, pulang dengan wang tunai. Rezeki anak-anak juga. Lagipun Ozlynn pun dah lama tak keluar tv. Alhamdulillah..

Super Spontan Superstar 2016 yang diadakan secara langsung di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia

 


hai assalammualaikum

5 Kelebihan Suami Isteri Tidur Berpelukan - Bila dah ada suami ni, setiap malam, mestila tidur dengan suami kan. kalau sebelum kawin, benda yang dipeluk sama ada bantal peluk atau teddy bear..hehe. Lepas dah ade pasangan ni, mestila pasangan yang dipeluk kan. Bila dapat peluk pasangan yang sah ni, memang menenangkan jiwa, lagi-lagi kalau dibelai..ooopsss ni untuk orang yang berkahwin je tau..hahaa. Tup-tup kau tengah marah ke, lepas tu mesti tak boleh marah lama-lama, sebab rindu dengan pelukan. Bagi pelukan pun marah boleh reda..fuhh hebatnya pelukan kan. Peluk  suami atau isteri ni setiap hari banyak kebaikannya.


Kelebihan Suami Isteri Tidur Berpelukan Setiap Hari 

Pasangan suami-isteri yang selalu memeluk antara satu sama lain dapat menenangkan saraf tubuh kita, sehingga hidupnya lebih panjang umur. Buka tu sahaja, ada banyak kelebihan tidur berpelukan suami isteri ni, antaranya:

1.Cegah Stress

Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apalagi kalau akhirnya anda pelukan dan bercinta, manfaatnya boleh lebih dari itu.

2.Tidur Nyenyak

Jika anda menderita gangguan tidur, mintalah pasangan memeluk semasa tidur. Ilmu membuktikan, tidur dengan seseorang secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti insomnia.

3.Bagus Untuk Jantung
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung untuk mengalahkan pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.

4.Bangun Penuh Tenaga

Kebahagiaan tiada habisnya saat bangun tidur, anda tetap melihat pasangan tetap di samping. Bahkan, para ahli mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang berlimpah dan semangat bekerja.

5.Panjang Umur

Sebuah ilmu pengetahuan menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuat otak, jantung, dan organ lain bekerja santai. Akhirnya, tanpa disedari kelonggaran ini meningkatkan umur anda.

Salah satu bestnya kawin..hahahha..sejak ada anak, anak pulak dok tengah, tapi pastikan dia tidur lena, lari dekat suami pulak..hahaa..

hai assalammualaikum

Peria sayur Yang Pahit, Tapi Banyak Khasiatnya - Rata-rata, ramai tak suka makan sayur peria ni, sebab rasanya pahit walaupun dah dimasak. Melainkan korang tau cara nak kurangkan rasa pahit tu, ok la kan. Tapi nad suka rasa yang asli, kalau dah memang pahit, pahitla dia. Dulu nad pun tak suka makan sayur peria ni, tapi sejak masuk kolej, tetiba jadi penggemar sayur peria ni. Lagi masa pregnant, lagi suka makan sayur peria ni. Sebab nurse cakap bagus untuk ape ntah..nad lupa..haha..sampai sekarang suka makan sayur peria ni.


Pokok peria biasanya tumbuh menjalar seperi pokok timun. Jika diperhatikan sepintas lalu, ia seakan-akan serupa tetapi yang membezakan adalah daunnya dimana daun peria agak kecil berbanding timun. Peria mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Peria digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buasir.

Khasiat Sayur Peria

Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi.

Rupanya biji yang sellalu nad buang tu pun boleh diguna untuk kesihatan. Biji yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan.

Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potang peria.

Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.

Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan.

Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati, kesan daripada pengambilan alkohol.

Nah banyak kan khasiat sayur peria ni..hehhe..teringat kisah petola dan peria..hahaha
hai assalammualaikum

Patahnya Sebelah Sayap - Episod pertama bermula, dan nad pun terengok. Cuba layan cerita ni sampai habia. Wah!!macam best. Kadang ada drama mula je dah tak berapa best. Nad selalu tengok cerita bukan tengok pelakon sangat, tapi tengok jalan cerita..hehe.Pelakon yang berlakon dalam cerita ni pun pelakon hebat.

Sekarang dah episod ke berapa pun and dah lupa..ehehe. Drama Patahnya Sebelah Sayap akan dibintangi oleh Ummi Nazeera, Aeril Zafrel dan Izzue Islam. Antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Wawa Zainal, Syainie Shuhaimi, Normah Damanhuri, Zainab Othman dan Neera Azizi.

Kenapa Suka Cerita Ni,


Mulanya nad tengok, dua pasangan ni, iaitu Wawa zainal dan Aeril Zafrel. Dah memang pasangan sah, masa berlakon romantik je. Dah lama tak tengok diaorang berlakon. Jadi terus layan. Lagi satu pasangan bahagia Ummi Nazeera dan Izzue Islam. Sekali Izzue dapat kerja bagus, tetiba makcik sebelah hasut mak izzue supaya jangan bagi rapat izzue dengan ummi nazeera. Yang nad tak paham, makcik tu dah kenapa, dok sibuk nak hasut-hasut...hahaa..Ingatkan nak kenankan dengan anak dia ke, tapi takde pulak. Mungkin dia bengang dengan mak ummi kot..haha..kisah silam agaknya..tak tau la. Ummi ni pulak baik hati giler, kadang belanja izzue apa-apa..fuhh..

Lepas tu kes dimana, Izzue dan Ummi telah melanggar orang dan lari. Maknanya kes langgar lari. Orang yan dilanggar ialah Wawa Zainal. Jadi untuk lakonan wawa dah takde. Sekejap dia berlakon..hehe..Lagipun nad pernah dengar yang Wawa tak suka berlakon dengan suami dia, sebab nanti semua tak kena, yela ni salah, tu salah..hahaa. Ok teruskan cerita, Ummi suruh izzue bagitau polis, tapi izzue taknak, jadinya dua-dua diam, tapi akhirnya ummi kena tangkap dengan polis kes langgar lari tu. Macam mana polis tau, lupa pulak, terlepas scene tu..hahaa. Yang geramnya dah kenapa ummi taknak bagitau izzue tu terlibat sekali..haishh..Dah sengsara sorang-sorang dalam penjara.

Dua Tahun sudah, Ummi pun keluar penjara, tapi maknya meninggal. Lepas tu Izzue pulak dah tak suka dengan Ummi. Huh!!..memnag takyah dengan lelaki macam Izzue tu. Dan Ummi memang lucky, tiba-tiba ada orang kaya suka dia. Dengan hanya memandang sahaja..perghh..hehe...Aeril Zafrel la, tapi sebenarnya Aeril ni suami kepada wawa zainal yang kena langgar lari tu. Romantik snagat Aeril berlakon. Cakap direct terus dia suka Ummi..hehee. Lepas tu..tengok jela cerita ni ye..


Sinopsis Patahnya Sebelah Sayap Di TV3

Drama Patahnya Sebelah Sayap adalah tentang Alisha lakonan Ummi Nazeera yang merupakan seorang gadis kampung yang setia mencintai Amzar. Hubungan Alisha dan Amzar lakonan Izzue Islam sangat bahagia pada awalnya. Sementara Amzar keluar mencari kerja, Alisha banyak membantu keluarga Amzar.

Satu hari Amzar lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang penguam di sebuah firma guaman. Alisha sangat teruja bila mendapat tahu bahawa Amzar berjaya menjadi seorang peguam, kerjaya yang selama ini diidamkan Amzar. Demi untuk memastikan Amzar selesa ke tempat kerja, Alisha membeli beberapa helai kemeja untuk kekasih hatinya itu sebagai tanda sokongan.

Kerana komited dan fokus bila menjalankan kerja, Amzar berjaya memenangi kes pertama yang dibicarakan. Amzar meraikan kejayaannya itu bersama Alisha di sebuah kedai makan. Amzar juga tidak melepaskan peluang untuk melamar Alisha. Alisha yang masih teruja dengan kejayaan yang baru dikecapi Amzar terus menerima lamaran itu.

Dalam perjalanan pulang selepas meraikan kejayaan Amzar, mereka berdua bergurau senda dalam kereta Alisha yang kebetulan waktu itu dipandu oleh Amzar. Tiba-tiba ada sebuah kereta hampir melanggar mereka dari arah bertentangan. Amzar cuba mengelak tetapi dia pula yang terlanggar sesuatu. Kerana hujan yang sangat lebat ketika itu, Amzar dan Alisha tidak nampak apa yang dilanggar. Amzar akhirnya turun dari kereta untuk melihat apa yang telah dilanggarnya. Bila dia kembali semula ke dalam kereta, Amzar berdalih mengatakan dia terlanggar sebuah tong besar.

Satu hari ketika Alisha sedang membelek surat khabar, dia terbaca sebuah artikel tentang satu kes langgar lari. Kejadian itu berlaku pada waktu yang hampir sama ketika dia dan Amzar terlanggar sesuatu. Hati Alisha mula tidak sedap, dia yakin insiden itu ada kaitan dengan mereka.

Belum sempat dia berbuat apa-apa, datang pula sekumpulan anggota polis ke rumah Alisha dan menahannya. Alisha dituduh sebagai suspek utama kes langgar lari tersebut. Mula-mula Amzar berjanji untuk membela Alisha tetapi bila kes mula dibicarakan di mahkamah Amzar tidak bersuara dan membiarkan Alisha bersendirian menjalani tempoh hukuman dua tahun yang dikenakan ke atasnya.

Selepas Alisha dibebaskan, dia bekerja sebagai tukang cuci di pejabat Kuzairi lakonan Aeril Zafrel. Sebenarnya Kuzairi adalah suami kepada mangsa langgar lari insiden dua tahun lepas. Namun hal itu langsung tidak diketahui Alisha.

TAJUK DRAMA : DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP
Bil Episod : 15
Waktu Mula tayang : 20 September 2016
Waktu Tayangan : Isnin-Rabu , Jam 10.00 malam

Tak sabar nak tunggu episod seterusnya..fuhh..harap dia pilih Aeril a.k.a Kuzairi.

KFC CHEEZY ONION CRUNCH BIASA JE

in , by Nadia Johari, 12:36:00
hai assalammualaikum


KFC Cheezy Onion Crunch - " Sedap sangat ke KFC Cheezy Onion Crunch ni  bang, tengok dekat iklan beria dia makan cheese tu" " sedap ke cheesenya tu "..banyak persoalan nad dekat mr mafia, dia pun bukan boleh jawab sebab di bukan kerja dengan KFC..hahaa..last-last dia cakap, apa kata malam ni kita pergi makan KFC. Nak sangat tau rasa dia macam mana kan..



Malam tu pun pergi KFC, jadi mr mafia orderla KFC Cheezy Onion. Sekali dia bawak macam sajian dinner plate dan snack plate je..hahaa..Mana cheese dekat ayamnya lor..Rupanya cheese diletak dekat bekas tu hah. Seketul tu..loorrr..sedihh jee..Punya dalam gambar gah kau tunjuk cheese tu meleleh dekat ayam, rupanya kena buat sendiri. Punya berkobar mr mafia cakap dekat kaunter, mana cheese macam dalam gambar..hahaa..lepas tu siap tunggu mangkuk cantik, kot-kot cheese diletak dekat mangkuk cantik macam dalam gambar gak..tapi tak punn..hahaa..Ni la expectation vs reality..


Ni la cheezy Onion tu. Biasa je rasa dia. Nad ni memang kurang gemar makan cheese. Tapi kalau cheese tu sedap memang sukala, tapi Cheezy Onion ni rasa dia masam macam..ermm tak kena makan dengan ayam. Last-last makan dnegan sos juga..hahaa..

Harga pulak RM12.50 untuk 2 pc combo, ade yang lebih ayam, lebih sikit harga..huhuu..
hai asslammualaikum

De'wajah Jenama Yang Dipercayai Lebih 20 Tahun - De'wajah ni nad dah tau lama lagi, korang pun mesti pernah dengar kan. De'wajah telah dikenali lebih 20 tahun sehingga ke hari ini dia bertahan dan semakin kukuh. Produk De'wajah meliputi rangkaian penjagaan kecantikan muka,rambut dan badan dan produknya boleh dapati di semua stokis lebih 300 Buah cawangan seluruh Negara termasuk Negara Brunei Darussalam dan juga Singapura. Hebat tak hebat kan!!!..Selain itu, ada juga  menyediakan perkhidmatan rawatan SPA dan menyediakan pelbagai jenis rawatan.

Sekarang ni,nad nak cerita berkenaan masalah kulit kering. Siapa yang alamainya sekarang, angkat tangan!!..hah mesti rasa tak bestkan bila kulit kering ni. Perubahan cuaca, kurang minum air dan  hormon dalaman serta pemakanan merupakan faktor utama kepada masalah kulit kering. Kulit kering ni memangla tidak memberikan kesan yang sangat buruk macam jerawat, bintik hitam, atau masalah kulit lain. Tapi, ia menyebabkan kulit menjadi kasar, dan membuat wajah nampak tidak segar. Bila kulit kering ni, muka nampak lesu je. Tapi jangan risau, ada satu produk ni dari De'wajah yang mengandungi ekstrak emas tulin 24k dan penggunaan teknologi emas membantu melancarkan aliran darah ke seluruh wajah dan menaikkan seri wajah si pemakai serta melembapkan wajah.

De'wajah, B'More Gold Series Mampu Merawat Masalah Kulit Kering

De'wajah, B'More Gold Series 24K

Salah satu produk keluaran De'wajah ni mampu membantu masalah mereka yang mempunyai kulit kering ni. Tentu saja, kaum hawa ingin sekali mengubah kulit kering yang dialaminya agar dapat menjadi kulit yang lembap dan lembut kembali.


De'wajah telah mengeluarkan satu produk B'More Gold Series yang membantu merawat khas untuk masalah kulit kering. Set De'Wajah B'More Essence mengandungi ekstrak emas tulin 24k dan penggunaan teknologi emas membantu melancarkan aliran darah ke seluruh wajah dan menaikkan seri wajah si pemakai.
Sangat bagus utk kulit-kulit yang kering sangat-sangat. Kalau korang konsisten pakai, kulit akan menjadi lembap sampai ke dalam lapisan kulit dan nampak glowing.

Kelebihan Produk B’More Gold Series 24K
- Melembapkan kulit yg HYPER KERING
- Membantu mengurangkan kedutan dan awet muda.
mengurangkan GARIS HALUS sekitar mata, dan garis senyum yg makin ketara
- Merangsang pembaharuan tisu kulit,menjadikan kulit lebih anjal,tegang dan segar
- Membangkitkan aura wajah dan memberi perlindungan dari sinaran matahari yang terik.
- Memberi effect glowing
- Penjagaan utk kulit 30an ke atas,

De'wajah B'More Gold Series 24K ada lima item iaitu:

1.Gold Essence


 Gold Whitening Essence

B'More Gold Whitening Essence mengandungi Perlindungan UV tambahan yang mengurangkan tanda-tanda penuaan yang disebabkan oleh UVA dan UVB dapat mengekalkan kelembapan kulit anda supaya ia lebih sihat, lembut dan lembap sepanjang hari.
Harga: RM95.30


2.Gold Cleanser


Gold Whitening Cleanser

B'More Gold Whitening Pembersih emas 24K adalah antioksi dan semula jadi yang menggalakkan pengeluaran kolagen serta meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedalaman kedutan serta tanda-tanda penuaan. B'More Gold Whitening Cleanser pembersih yang lembut dan mengekalkan kelembapan kulit serta mengurangkan tanda-tanda penuaan. Formula pH yang seimbang mengekalkan hidrasi kulit dan licin.
Harga: RM52.90


3. Gold Scrub


Gold Whitening Scrub

Scrubnya sangat lemut pada muka. sesuai untuk kulit kering yang sensitif dan tidak merangsangkan kulit muka. B'More Gold Whitening Scrub dapat membersihkan kekotoran dan memulihara sel-sel kulit mati yang menyekat dilubang pori-pori, serta menganjalkan dan mengembalikan seri kulit.
Harga: RM52.90


4. Moisturizing day cream


Day Cream

Membantu dan berkesan untuk menghalang sinaran UVA / UVB dengan meningkatkan SPF dari sinar matahari, menggalakkan peredaran darah untuk menghalang pertumbuhan melanin, dan membaiki masalah kulit.
Harga: RM37.10


5.Night treatment


Night Cream

Membantu mengurangkan garis-garis halus, pigmentasi dan parut jerawat. Ia juga membantu untuk mengekalkan penampilan nampak lebih muda.
Harga: RM37.10



Kalau korang berminat atau nak tau lebih lanjut pasal produk ni dan nak tengok testimoni, korang boleh layari
website: www.dewajah.net
Hotline : 03-5511 8519
Whatsapp 1 : 019-317 8007
Whatsapp 2 : 019-2028 983
Whatsapp 3 : 016-2250 686

FB 1 : De'Wajah HQ
FB 2 : De'Wajah Online
Insta : @dewajah_online

#dewajah
#katalogdewajah
#dewajahonline
#dewajahonlinemarketing
#dewajahskincare
#serlahkankejelitaan

hai assalammualaikum

Makanan Diterima Lain Hidangannya - Kalau tengok diaorang promosi sesuatu barang atau makanan, bukan main gah lagi, cantik je sebab utama nak menarik perhatian pengguna. Lagi-lagi kalau bab makanan, punya hidangan dia cantik, kemas, banyak sampai terliur nak makan ni. Dengan reaksi model makan, lagi buat kita beriya nak beli.

Tapi, hakikat sebenarnya, apa yang diterima, tak sama macam yang ditunjukkan dalam gambar atau dalam media sosial seperti televisyen. Luruh hati ni bila dapat tak sempurna macam yang ditunjukkan. Nak makan pun rasa macam..ermmm..

Makanan Yang Diterima Tak Sama Macam Dalam Gambar


Salah satu contoh ialah KFC..huhu maafla..bukan apa, nad teringin makan ayam cheese onion ni sebb tengok iklan dia, buat air liur tertelan beberapa kali. Mr mafia pun tertarik, jadinya pergi la malam tadi ke KFC.

Mr mafia pun order. Sekali dia dapat macam ni. Dia cakapla mana cheese dalam gambar, rupanya cheese dalam mangkuk tu..hahaha..kau kene tuang sendiri..hahaha..beria ingat dapat macam dalam gambar.


Mungkin sesetengah orang lagi suka cheese dalam mangkuk macam ni, boleh bubuh sendiri banyak, tapi satu cheese macam tak cukup dua ayam je..hahha. Nad lagi suka bila dapat sama macam dalam gambar.


Lagi satu roti pun dah penyek, tak gebu..hahaha..sabar jela..

Nak taknak makan jela malam tu...hehehe..Sepatutnya kalau makanan mestilah nak kena sama macam dalam gambar. Barulah rasa teruja nak makan..hehehe.

 

hai assalammualaikum

Rambut Gugur Selepas Bersalin!! - Selalu orang cakap lepas bersalin atau lepas ada anak ni, rambut akan gugur. Kata orang tua-tua apabila anak kita dah mula pandai buat ‘buih', masa itulah petanda rambut ibu-ibu akan banyak gugur . Weii memang betul, masa tu macam terkejut beruk sikit sebab pertama kali pengalaman  bersalin kan. Manala  nad tau semua-semua tu bakal nak jadi. Bila gugur ni mula lah satu rumah kau bersepah dengan helaian-helaian tersangkut, terselit sana sini. Mana tempat kau tuju, situlah ada terselit rambut.


Ada juga ibu yang mengalami keguguran rambut sehingga hampir botak, dan salah seorang nya ialah nad..hahaa..bahagian tepi hampir botak..gilerla..kalau diikat rambut, memang nampak takda rambut dekat bahagiaan tepi..sedihh..:(. Cukup-cukupla mr mafia seorang botak, nad taknak botak..Nad ni suka bela rambut panjang, tapi kalau masalah rambut gugur ni terlalu banyak, nad terpaksa la potong rambut ni jadi pendek. Baru nak berangan rambut terbang-terbang ditiup angin ( depan suami je)..Kalau pakai tudung, terlekatla rambut gugur dekat tudung..

Tapi apa kene mengena anak menyembur dengan rambut gugur?? Nad ada terbaca satu artikel ni, ada beberapa sebab atau faktor kenapa rambut kita mudah gugur selepas bersalin:
- Perubahan hormon estrogen dan progesteron yang menyebabkan rambut  mudah gugur.
- Selepas bersalin, para ibu mudah terdedah kepada tekanan. Tekanan menguruskan rumah tangga, anak-anak dan kerjaya.
 - Pemakanan semasa berpantang juga boleh mempengaruhi kekuatan rambut kerana para ibu cenderung untuk menguruskan badan selepas bersalin. Kawalan pemakanan ketika berpantang boleh menyebabkan kekurangan nutrisi penting untuk kekuatan rambut
- Faktor usia juga memainkan peranan yang penting kerana semakin usia meningkat semakin rendah kadar pertumbuhan rambut baru.

Cara Merawat Rambut Gugur dengan Tyzara Shampoo

Sebenarnya masalah rambut bukan sekadar dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin, orang-orang yang lebih berusia tetapi juga turut dialami oleh golongan yang muda-muda. Orang lelaki pun ada masalah yang sama. Ada macam-macam tips rambut gugur dan penjagaaan rambut dekat google. Semua nak ikut, tapi kadang tak menjadi. Ada juga cara rawat tradisional, tapi kadang nad tak berapa rajin nak buat..hahaha..


Jadi cara mudah, nad memilih shampoo sebagai alternatif untuk merawat rambut gugur. Selama ni, nad pakai shampoo satu jenis sahaja, iaitu Shampoo Anti kelemumur, mungkin nad fikir, rambut gugur sebab kelemumur. Lepas nad baca blog kak nani tentang pengalaman rawat rambut gugur selepas bersalin, nad tertarik dengan shampoo yang dia pakai. Shampoo Tyzara Anti Hair Loss syampu yang mampu merawat rambut gugur.

Kelebihan Shampoo Tyzara Anti Hair Loss:
- Hair Fall Control - Rambut gugur terlalu banyak
- Anti Dandruff - Masalah kelemumur
- Oilness / Dryness Control - Rambut terlalu kering / berminyak
- Cooling & Refreshing - mampu sejukkan dan segarkan kepala, jadi kegatalan kulit kepala tiada.
- Menyihatkan Kulit kepala daripada berkerak
- Tiada lagi rambut berbau


Tertarik dengan Tyzara Shampoo ni sebab Shampoo Tyzara ni mempunyai kandungan Trifolium Pratense (clover) iaitu sejenis bunga yang bewarna merah yang fungsinya menguatkan akar rambut. Bestkan Shampoo ni, satu botol boleh selesaikan banyak masalah. Jimat kau dekat situ. Nad suka benda-benda macam ni, sebab tak perlu beli botol banyak-banyak untuk rawat rambut ni. satu botol Shampoo Tyzara dah memadai. Botol 100 ml, boleh tahan 2 bulan ok.

Pengalaman Nad Sendiri dan Perubahan Yang Di alami

Nad dah pakai shampoo ni lebih dua minggu. Mulanya pakai 2 kali sehari mengikut apa yang kawan suggestkan. Walaupun sayang nak pakai hari-hari sebab takut habis cepat, tapis sebab nak rawat rambut ni, kita ikut jela. Alhamdulillah, rambut dah tak banyak gugur. Sekarang sehelai dua je ada..Suka giler weii..Orang cakap kalau shampoo selalu tak elok, tapi sebenarnya elok shampoo hari-hari dengan penggunaa shampoo yang betul. Selamat pakai shampoo Tyzara ni.


Bestnya shampoo ni, bila pakai dia sejuk je dekat kepala. Rasa selesa je kepala sepanjang hari bila guna shampoo Tyzara ni. Takde dah rasa gatal atau berminyak. Kadang rambut nad ni cepat berminyak, lepas pakai shampoo ni, takde dah minyak. banyak betul masalah rambut nad. Oh korang jangan terkejut, shampoo Tyzara ni memang tak banyak buih bila digunakan, tak sama macam shampoo di luar sana. Korang tuang je sikit dekat kepala, urut-urut kepala sikit, lepas tu bilas.


Lagi menakjubkan, shampoo ni nad jadikan dia Hair Tonic disebabkan rambut nad kronik sangat, mudah gugur. Caranya setiap malam, sebelum tidur, bubuh sedikit, urut dekat kepala. Lepas tu biar je sampai esok pagi. esok pagi baru basuh. Hah!!..lega kepala..Bau shampoo ni pun wangi. Sampai bantal yang nad guna pun terlekat bau shampoo ni..hahaha..wangi je. Kadang saja libas-libas rambut dekat suami sebab wangi sangat..haha..suami redha..haha..

Sekarang dah boleh bela rambut panjang balik yeahh..hhahaa. Hah!! syampoo ni nad kongsi sekali dengan mr mafia ok. Mr mafia rambut botak tengah, tak salah pakai shampoo. bagi dia relaks bila kepala dia segar. dengan cuaca panas ni. Takde dah masalah rambut gatal ke, berminyak ke. Tak risau dah pakai shawl selalu. Takde dah masalah rambut bersepah dekat lantai atau bilik mandi.

hai assalammualaikum

Nasi Lemak Pandan Mieeza - Malam tu teringin nak makan nasi lemak. Jadi teringatla dekat Nasi Lemak Pandan Mieeza kepunyaan blogger Kamil Salleh, penulis blog sensasi2020.com .Dah lama tak bersua muka dengan abang Kamil Salleh ni. Rasa last dulu jumpa dekat Iftar Bersama Blogger Di Saloma Anjuran Denaihati. Kalau tak silap. Dan harini bertemu lagi di depan gerainya..

Dah lama tau dia berniaga nasi lemak ni, sebab kawan-kawan asyik post je. Tempat abang Kamil Salleh berniaga pun dekat dengan rumah nad. Jadi, ajakla mr mafia pergi gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza ni.


Nad bagitaula, lokasi Nasi Lemak Pandan Mieeza ni dekat Mid Point shoping Complex, mr mafia macam tau je. Bila sampai je ke destinasi, nad tengokla, mana shoping complex nya, tulis The Store?? Mr mafia cakap dulu shoping complex ni namanya Mid Point sekarang dah tukar..oooo..macam tu..hahaa. Biasalah nad bukan orang Kuala Lumpur. Mula tercari-cari jugak gerai bang Kamil ni dekat mana, rupanya betul-betul depan shopping complex tu. Khemah warna Biru. Ada banner tulis Nasi Lemak pandan Mieeza.



Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza bertempat di tapak letak kereta berhadapan pintu keluar-masuk Mid Point Shopping Complex, Pandan Indah, Kuala Lumpur. Gerai ini mulai menjalankan perniagaannya pada jam 7 malam dan ditutup jam 12 tengah malam.

Apa Specialnya Nasi Lemak Pandan Mieeza

Selalunya kita nampak nasi dia warna putih atau orang buat kukus, yang ni pulak nasi dia berwarna hijau. Tanyala dekat anak abang Kamil, macam mana nasi dia boleh warna hijau? Anak dia cakap nasi ni dimasak dengan menggunakan air perahan daun pandan. Sebab tu di warna hijau. Idea ni daripada abang Kamil sendiri. Biasalah, setiap orang nak berniaga lain-lain, takkan sama je kan. Baru ada keistimewaan di sendiri.



Malam tu nad bungkus dua, satu untuk mr mafia dan satu untuk nad. Nad amik lauk sambal kerang manakala mr mafia amik ikan keli. Banyak lagi lauk dekat situ, macam-macam ada..Yang lain sama, iaitu kacang, telur, ikan bilis dan timun. alhamdulillah malam tu kenyang. Sedap pun ye, dengan rasa sambal dia yang pedas dan manis.


Hah!!..mereka yang berdekatan Ampang, jemput la datang ek gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza ni..
Facebook: Nasi Lemak Pandan Mieeza


hai assalammualaikum


Promotion Hotel Legoland - Satu lagi bestnya bila sampai Legoland ialah ko dapat check in dekat Hotel dia..hehe. Hotel bukan macam hotel lain, putih je semua, hotel dekat legoland ni bercorak dan mengikut tema. setiap hotel lain-lain tema. Tapi haritu nad dapat hotel yang sama sebelum adanya Fariza..hehe..Korang boleh baca entry nad review Hotel Legoland ni. Tapi entry ni nak bercerita juga..hehee..sebab ada promotion sempena Pesta Halloween.


Sempena Pesta Halloween LEGOLAND® Hotel juga akan memaparkan Promosi khas Hari Halloween Day & Night  
Booking period:
antara 25 OGOS - 30 Oktober 2016 
Stay Period:
antara 18 September - 31 OKTOBER 2016

Apa yang korang akan dapat
• Sarapan harian
• Makan Malam untuk 2 orang dewasa dan sehingga berumur 3 kanak-kanak di bawah 6 tahun (dewasa ke-3 atau kanak-kanak di atas 7tahun dikenakan bayaran pada RM95 / dewasa & RM50 / kanak-kanak)
• Halloween Brick-Or-Treat Commemorative Brick (satu bata setiap kanak-kanak di dalam bilik, sementara stok masih ada)
• Aktiviti Day & Night Hotel Halloween

Tambahan pula, anda akan dapat menikmati pelbagai aktiviti yang menarik yang akan dianjurkan oleh hotel. Aktiviti Day & Night Hotel Halloween termasuk LEGO® Mewarna, Witch Building Speed ​​Challenge Cat, Hantu Bowling, Three Witches Magic persembahan muzik, Little Chef Pastry Membuat dan banyak lagi.

Terma & Syarat:
- Tawaran ini hanya boleh didapati di laman web rasmi kami dengan jenis bilik yang dipilih.
- Tawaran tidak boleh digunakan bersama-sama dengan promosi yang lain (s).
- Pemberian Room & pakej promosi tertakluk kepada availabilities.

Bilik dekat legoland ni ade beberapa tema tau iaitu
1) Pirate
- Pirate Themed
- Premium Pirate Theme
- Pirate Themed Deluxe

2) Adventure 
- Adventure Themed
- Premium Adventure Themed

3) Kingdom 
- Kingdom Themed
- Premium Kingdom Themed
- Kingdom Theme Suite

Untuk yang booking Hotel Legoland, perlulah pergi ke reception di Lobby untuk ambil kad bilik. Dia akan bagi dua access card. Access card tu penting, sebab nak naik  lif ke bilik korang kena access card tu dekat lif, baru boleh tekan tingkat berapa bilik korang. Kalau tak, mereput la korang dalam lif..hehee. Inilah salah satu safety yang dibuat pihak Hotel Legoland.






Haritu nad dapat bilik Primium Adventure Themed Room. Kalau dapat lain bilik seronoknya la. Semua lengkap dalam Hotel ni. Katil Orang Dewasa, Katil kanak-kanak, Bilik mandi, Kelengkapan dapur, peti seju bawah meja katil orang dewasa. Datang sini takyah bawak towel dan peralatan mandi, sebab semua dah disediakan. Tapi kalau nak bawak juga, tak salah pun.

Info Adventure Theme Room Legoland Hotel Malaysia
- Bilik ini boleh menampung sehingga 5 orang (maksimum 3 Dewasa sebilik)
- Katil bersaiz King
- Definisi tinggi televisyen panel rata
- Ruang tidur kanak-kanak sendiri dengan katil dua tingkat, tarik keluar katil beroda dan unit hiburan (boleh memuatkan sehingga 3)
- Bata LEGO untuk membina dengan sepanjang penginapan anda
- Penyaman udara
- Peti sejuk mini
- Pembuat kopi
- Vanity / stesen kerja
- Pengering rambut
- Kelengkapan tandas percuma

Permainan untuk anak-anak 

Bestnya kali ni sebab ada Fariza. Jadi kalau masuk dalam Hotel Legoland ni, kalau ada anak-anak memang best, sebab macam-macam aktiviti korang boleh lakukan dekat dalam Hotel Legoland ni. Dalam hotel ni pun akan ada persembahan di bahagian Lobby Hotel 



Hah!!..ni tempat untuk anak-anak bermain. Tengoklah dia tu,seronok ada kawan. Tempat ni depan Restaurant dekat Lobby Ground Floor.



Tengok bilik pun anak-anak dah suka, lagi suka bila ada permainan Lego. Hah!! nampak Fariza tu, ditaburkan lego terus senyum. Mainla kau, walaupun tak pandai lagi..hahaa..


Lagi satu permainan ialah harta karun. nampak monyet tu, dalam tu ada harta karun permainana Lego. Korang kena jawab soalan kuiz yang disediakan di meja katil orang dewasa. Baik korang selesaikan kuiz ni sebab korang boleh bawak balik Lego dari Legoland ni oii..Dari jawapan yang korang buat tu la dapat buka harta karun ni. Kuiz tu berbentuk nombor, dan cluenya semua ada dalam bilik je. Mommy berusaha buat untuk Fariza..ehehe..


Seronok dia dapat habiskan kuiz ni..haahha..Inilah hadiah dia.


Dan ni ucapan Fariza kepada warga Johor..hehee..

Dekat Hotel Legoland ni ada macam-macam, dari Lobby, restaurant dan swimming pool. Semua tu nad ada cerita dekat  Review Hotel Legoland: Hotel Yang Sangat Best Di Nusajaya Johor . Korang bacala ye.

Parking Free 
Untuk mereka yang booking Hotel Legoland, boleh parking dekat bawah hotel sebab complimentary parking. Walaupun dekat situ dia tulis RM50 per entry tapi sebenanrnya dia free. Bila korang nak check out, korang bagila card access bilik sekali dengan tiket parking untuk cop tiket parking tu free. Tu je. Tak pun kalau was-was,masa korang nak check in, cakapla pasal tiket parking tu. Check in pukul 4 petang, check out pukul 11 pagi. Tu masa nad la.

Puas Hati Duduk Hotel Legoland
Overall, nad berpuas hati sangat-sangat dapat datang ke Legoland dan dapat stay dekat Hotel Legoland. Walaupun 2 hari 1 malam, memadai la dapat merasai keseronokan di sini. Staff-staff dekat sini semua mesra alam, dari reception, restaurant dan room servis. Macam kejadian malam tu, aircond macam lambat je sejuk, jadi kitaorang call dan maintanance datang cepat je. Rupanya kami yang tersalah pasang..ahaha..takpe nak tengok staff di sini bekerja macam mana. Apa lagi korang, cepat-cepatla booking Hotel ni, tengah ada promotion gitu..

Untuk makluman lanjut boleh layari www.legoland.my atau hotline 07-5978888.

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2