LAGU PEN PINEAPPLE APPLE PEN BERHANTU

in , , by Nadia Johari, 01:17:00
hai assalammualaikum

Lagu Viral Pen Pineapple Apple Pen Berhantu - Mulanya tak tau pun pasal lagu ni, sampaila selalu tengok ada orang post status, post viral lagu ni, pastu ada kawan pun buat juga..lor..mula tak layan, tiba-tiba masa nad nak buat video dekat viva video nak bubuh lagu, ada pula lagu Pen Pineapple Apple Pen ni. Pastu dengarla. Pastu nad tengokla video original dia.


Lor, lagu dia macam tu je. Pastu pelik, kenapa boleh viral..hahaa. Yang lagi pelik, apa yang cuba disampaikan dengan lagu tu..hahaa. Lagi pelik lagu tu hanya beberapa minit je, tapi dah jadi viral..hebat betul. Joget pun macam tu je..hahaa. Lagu macam ni pun boleh jadi ikutan..

Nath macam mana, lepas tengok video tu, nad pulak terjebak..perghh berhantu gila siott..Fariza, boleh pula dia berjoget. Mula-mula dia pelik juga..hahaha..tapi lepas tu, boleh pulak dia terjebak joget..lorr..tapi tak tengok dia banyak kali video tu, sebab takda manfaat. Tapi kadang-kadangterlepas nak menyanyi lagu tu..hahhaa..Giler berhantu lagu tu, asyik nak nyanyi je..hokaloh...


Ni video sebenar dia..hahhaa..


Yang ni video paling comel budak tu buat..hehehe..

PENDEKATAN SEORANG AYAH DENGAN ANAK

in , by Nadia Johari, 20:31:00
hai assalammualaikum


Hubungan Seorang Ayah Dengan Anak - Selalu kita tengok, anak terlalu rapat dengan ibu, disebabkan sikap seorang ayah yang terlalu garang. Walaupun sebenarnya, garang dia ada sayang yang mendalam terhadap anak, tapi sebolehnya tunjukkan sikit rasa sayang tu kepada anak. Hubungan anak dengan ibu bapa memang diperlukan dan diseimbangkan. Selain dekat dengan ibu,anak juga perlu rapat dengan ayah.

Kebanyakannya, peranan mengasuh anak lebih bertumpu pada ibu. Padahal, tanggung jawab itu juga menjadi kewajiban ayah. Selain hubungan lebih erat, banyak manfaat lain yang boleh didapatkan dengan adanya hubungan ayah dan anak.

Ayah Akan lebih mengerti kemampuan si anak dengan lebih objektif, sehingga harapan Ayah juga akan lebih sesuai dengan kemampuan anak. Jika Ayah mengenal anak lebih baik, si Ayah akan tahu kalau anaknya mempunyai minat pada bidang lain. Sehingga Ayah tidak akan memaksakan anaknya untuk mengikuti bidang yang tidak diminatinya

Hubungan ayah dengan anak yang rapat juga membuka peluang bagi Ayah untuk mengajarkan pada anak bagaimana harus terus berusaha namun juga harus boleh menerima diri kita sendiri. Tanpa adanya pendekatan dengan anak, Ayah biasanya hanya terus menyuruh anak belajar lebih baik supaya dipaksa berusaha ini dan itu, tanpa menyedari apa yang sebenarnya berlaku pada diri anak. Dengan mengetahui keperluan si kecil, Ayah akan mampu mencegah masalah kanak-kanak yang lebih buruk yang mungkin timbul.

Anak akan lebih mempunyai rasa percaya diri sendiri dan harga diri yang baik. Masa yang diluangkan Ayah dengan anak memberikan mesej berharga bahawa, "Kamu adalah penting bagiku, Nak".

Pendekatan Ayah dan anak memberikan pengaruh positif pada anak. Apalagi saat ini anak-anak sangat mudah terdedah dengan pelbagai pengaruh dari luar. Bukan hanya bagi kanak-kanak, malah memberi manfaat positif bagi si Ayah. Mempunyai hubungan yang baik dan kejayaan dalam menjadi seorang ayah yang baik juga memberikan self esteem yang baik bagi si Ayah.

Pendekatan hubungan ayah dengan anak-anak juga melepaskan dari rasa penyesalan di kemudian hari, apabila anak-anak beranjak dewasa dan pergi mandiri meninggalkan ibu bapa.

Ayah yang baik akan membina hubungan yang rapat dengan anaknya sejak kecil. Jadi Ayah yang turut aktif dalam penjagaan anak sehingga anak menyedari kewujudan dan peranan Ayah dalam kehidupannya. Dengan memberikan yang terbaik bagi anak-anak anda, masa yang cukup dan berkualiti, kelak anak pun akan memberikan hal yang sama bagi Ayah
hai assalammualaikum

Baby Chantiq Anak Johan dan Ozlynn - Nad ni selalu je layan lawak Johan dekat rancangan tv, dengan pertandingan lawak yang dia masuk. Walaupun dia ni agak kecoh sikit, tapi kalau dah lawak, kita gelak la. Nad tak pernah amik tau pasal dia kawin dan pasal anak dia, sebab tak terfikir nak pergi terjah instagram diaorang ni suami isteri sebab sebelum ni banyak isu. Lagipun diaorang macam jarang upload pasal anak.


Tapi lepas nad layan cerita Super Spontan Superstar tu, ada pulak suami isteri ni bertanding lain pasukan. Kira bermusuh dalam perlawanan la..hehee..lawak jugak diaorang. Ozlynn ni pun dah lama tak keluar tv, jadi bila tengok diaorang dekat atas pentas Super Spontan best pulak. Sejak tu nad layan instagram dan youtube diaorang. Bukan sebab nak tengok Johan dengan Ozlynn, tapi nak tengok gelagat Johan dengan anak dia, lagi-lagi dengan baby Chantiq anak perempuannya.


Dah la cantik, putih, gebus pulak tu..Ikut mak dia kot..hehe..


Pertama kali aku tengok dekat Instagram, ada video apa nad dah lupa, lepas tu terus layan yan lain. Bestnya bila johan selalu usik anak dia bila nak tidur. Dan paling best, baby Chanteeq ni mudah je nak tidur..hahaha. Walaupun diusik dengan daddy dia Johan, dia tidur lena je...hehhee. Korang mesti dah layan kan..ok..nad nak layan lagi dekat youtube..bye..
hai assalammualaikum

Printcious : Custome Made Hadiah Sendiri - Kalau ada event kawin ke, harijadi ke, kawan baru lepas bersalin ke, kawan berhenti kerja ke, mesti nak hadiahkan sesuatu untuk jadikan kenangan kan. Lagi-lagi kalau untuk suami atau keluarga tersayang. Penat fikir, mana nak beli?? Apa nak beli?? Kadang-kadang rasa bosan, asyik benda sama je. Kalau boleh, nak yang kita custome sendiri untuk orang tersayang. Mesti lagi dihargai hadiah tu kan..


Bila aku google, aku tengok ada satu laman web yang boleh kita custome hadiah kita sendiri. Ya Allah seronok giler. Rupanya ramai dah buat dekat web Printcious.my ni. Jadinya nad pun godek-godekla web dia. Apa itu printcious.my? printcious.my merupakan sebuah laman web yang menyediakan perkhidmatan percetakan hadiah peribadi seperti  T-shirt, mug, puzzles, phone cases, cushions, mousepads, ceramic tiles dan mini tees. Semua ni korang boleh jadikan hadiah sempena hari lahir, perkahwinan, majlis ulang tahun atau majlis korporat.



Lepas masuk web dia,korang kenala daftar dulu. Ala mudah je, lagi satu dia percuma je. Nak daftar pun hanya masukkan email dan pasword atau daftar terus dengan Facebook anda. Barang-barang dekat sini untuk lelaki,perempuan, kanak-kanak pun ada. Alahaii..syoknyaaa..Rambang mata nak pilih.



Banyak kelebihan beli hadiah kat Printcious.Com

1) DIY/ Cuctomize hadiah sendiri
- Terdapat pelbagai pilihan hadiah menarik yang boleh kita pilih di printcious.my ini dan paling penting korang boleh DIY hadiah korang sendiri.
2) Percuma pemulangan barang dalam 7 hari.
- Printcious menawarkan penggantian dan pembayaran balik untuk barangan yang rosak IF kecacatan berlaku semasa penghantaran. Semua caj penghantaran akan ditanggung pihak printcious.Proses pulangan adalah mudah. Hanya mengambil gambar pada cacat barang, bungkusan dan konsainan nota kemudian email kami di feedback@printcious.com.
3) Percuma kos penghantaran dengan pembeliaan RM60 ke atas untuk Semenanjung Malaysia
- Ni yang best, tinggal bayar harga barang je, kos tak perlu. RM60 murah je..berbaloi untuk hadiah kepada orang tersayang.Tak payah fikir kerugian kos pos.
4) Diskaun 
- Korang tengok bahagian bawah banner printcious, akan ada diskaun dia tulis. Macam dekat atas, dia tulis diskaun anniversary 50% siap ada code lagi. Tapi tarikh 12 oct, jadi dah tamat. Tapi akan ada lain diskaun yang muncul..bestt kann!!...
   
Jom Create/ Customize/ DIY  Hadiah Sendiri


Mula sekali tekan create tu. Pastu pilih categories korang nak mana dekat tepi tu. Macam-macam ada dari T-shirt, Mugs, Cushion, Phone case, Ceramic, Puzzle..haishh nampak tak banyak..huhuhu..sampai tak tau nak pilih mana. Last-last nad pilih T-shirt. Sebab teringin nak design baju blogger sendiri..hehee


Dah pilih design yang mana, lepas tu tekan customise.


Lepas tu design la baju korang tu. Hah!!, nad ape lagi, letak gambar header dekat baju..woww..menyerlah kau..hahaha..suka giler..Lepas dah puas hati dengan design tu, tekan je done. korang boleh tambah gambar dari facebook dan instagram juga , hanya login acc korang lepastu akan keluar gambar-gambar yang korang dah upload , just klik add je


 tadaaa..ni la contohnya..lawakannn..hehehhee..Bila dah siap tu, korang buatla macam biasa, tekan add to cart.


Keluar la macam ni. Dah siap bagi diskaun lagi tu. Tekan je apply. Kalau nak shoping lagi, tekan je continue shoping. Kalau dah tekan check out..Pastu nanti isi la alamat semua tu ye..kang nak hantar barang tu tak tau ke mana. Ala macam tak baisa shoping online..ehhee..

Bila dah start custome hadiah sendiri ni, asyik nak custome lain je. Seronok sangat weii..Mesti orang yang korang nak bagi hadiah ni terharu,lagi-lagi kalau ada gambar diaorang. Mesti tersimpan tersemat di dalam hati. Design dari hati gitu haaa. Sesuai laa kan dengan tagline printcious .my ni “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”. Apa tu lagi, cepatla terjah web ni
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh layari :
Website : http://www.printcious.com/
Facebook : https://www.facebook.com/printcious


KENANGAN, HANYA GAMBAR PENGUBAT RINDU

in , by Nadia Johari, 23:18:00
hai assalammualaikum

Kenangan Hanya Tatapan Gambar Untuk Fariza - Memang gambar mereka tersimpan elok dekat dalam telefon ni. Kalau rindu mesti tengok. Sebelum ada Fariza, diaorang peneman hati. Tengok keletahnya, berlari sana sini. Bila nak makan, laju je. Bila penat mula menyendeng dekat kita. Bila nak main, dikejarnya kita. Sekarang dah takda semua tu. Ingat boleh jaga sampai Fariza ada. Tapi Fariza tak kesampaian nak main dengan diaorang..








Tengok gambar, alahai, macam-macam keletah diaorang ni. Sebenarnya, nad rindukan kucing-kucing nad. Si Toto dan Putih ( bulu kembang ) tu. Masa nad pregnant, memang kitaorang ajar kucing ni duduk luar. Mula tu elok je duduk luar, bila nak makan, nak tidur tau balik rumah. Tapi sejak nad pantang dekat kampung, mr mafia cakap, Toto dengan Putih dah takda. Tak balik rumah. Dah cari satu kawasan rumah, dah panggil, takda langsung. Takpela pasrah jela.



Nad tengok Fariza ni pun suka dengan kucing. Nasib baik Molly ada dekat kampung. Bila balik kampung suka la dia main denagn kucing. Ingat nak beli anak kucing..hahaha..Tapi nanti banyak kerja pulak. Jadi tak jadila beli. Tunggu balik kampung kita main jela ye..hehe.
hai assalammualaikum

Video Si Cilik - Setiap kali melihat teletah dan gelagat dia, pasti akan dirakam untuk dijadikan kenangan. Siapa yang tidak suka melihat aksi si cilik bila mereka membuat aksi yang mencuit hati. Dan mungkin, aksi si cilik ni mampu merawat hati korang yang terluka, terkecewa, atau cuba nak mengorat si gadis atau di teruna. cewah!!!..mana tau..kot-kot video ni mampu buat hari korang ceria je..hahaha..ok itu semua poyo..meh la kita tengok video puteri si cilik ni.


Kot-kot korang boleh nyanyi sekali..hahaha..

Lirik Lagu Puteri Remaja – Salih Yaacob

Hei dia tengok kita
hei dia jeling mata
aduh mak senyum lagi
amboi nona manis sekali

Hei dia tengok kita
hei dia jeling mata
aduh mak senyum lagi
amboi nona manis sekali

Dia mengenyit
amboi mak aku dicubit
siapa dia
oh puteri remaja

Hei dia malu-malu
di balik selendang yang biru
hei dia senyum padaku
itulah gadis impian ku
hai assalammualaikum

Mainan Pendidikan Di Toysdirect.my - Sebut je permainan, budak-budak mesti suka kan. Tak kisahla permainan apa sekalipun, kau bagi jela, mesti kanak-kanak akan suka. Dia punya khusyuk bila dah bermain, memang tak ingat apa dah. Bila kanak-kanak dah fokus dalam permainan, masa tu otak dia berjalan dan pelbagai imaginasi dalam kepala mereka. Bermain adalah cara untuk melahirkan kreativiti yang membolehkan kanak-kanak mencipta. Tapi permainan bagaimanakah yang bagus untuk kanak-kanak???

Sebagai ibu bapa, mestilah nak yang terbaik untuk anaknya. Apa kata, sambil bermain sambil belajar. Macam mr mafia beli mainan untuk Fariza belajar mengembangkan otak dia. Boleh baca di SINI. Pilihlah permainan berbentuk ‘educational toys’ yang mesra anak-anak, selamat dan sesuai dengan peringkat umurnya. Permainan yang berbentuk pendidikan dan menyeronokkan akan membuatkan kanak-kanak mengalami lebih daripada satu pengalaman bermain. Mana nak dapat mainan pendidikan atau educational toys ni??


Kadang ada mak-mak yang rajin buat mainan sendiri, ada juga yang suka membeli. Tapi nak beli mestilah nak tengok harga juga kan. Nad sarankan korang beli online je dekat www.toysdirect.my  . Dekat situ, macam-macam mainan pendidikan ada. Nad pun dah tertarik dengan beberapa mainan dekat situ. nak beli untuk Fariza nanti.

Toysdirect.my ditubuhkan sejak 2014 dan berkhidmat kepada masyarakat selama dua tahun. Fokus utama kami adalah pada alat permainan untuk pendidikan, bahan Montessori dan buku. Harga dekat Toysdirect.my pun berpatutan.

Toysdirect.my dedicate our core business to source affordable and high quality and toxic-free baby toys that would help children to develop hand-eye coordination, fine-motor skill, large-motor skill, spatial skill and so forth. We value the bonding between the parents and the children


Macam-macam permainan pendidikan yang ada dekat Toysdirect.my ni, antaranya, Flash card, Book, Logical Thinking Game, Puzzle, Building block, dan macam-macam lagi. Permainan kanak-kanak merupakan alat-alat untuk mereka belajar. Ia memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan dan emosi kanak-kanak. Dengan potensi ini permainan boleh dijadikan alat untuk mengajar, mencabar dan merangsang kapasiti kanak-kanak untuk mencari atau mencipta alasan.

Dua Barang Mainan Pendidikan Yang Menarik Minat Nad Di Toysdirect.my

Space Sand 




Space Sand ni menarik perhatian nad. Kalau mak-mak yang takut anak-anak main pasir dekat luar, takut berkudis kaki, nah beli Space Sand ni. Budak-budak mesti suka main tanah ni. Boleh buat macam-macm bentuk dengan tanah ni. Set Space Sand ni cuma berharga RM58 sahaja. Tapi bukan tanah sahaja, dia ada tray dia, ada tanah dan 30 aksesori disediakan untuk membina pelbagai bentuk. Pergh seronok ni!!!..bolehla belikan Fariza nanti.

Tanah boleh pilih nak warna ape ye. Lagi syok tanah kaler-kaler ni. Kalau korang nak tengok boleh pergi ke link http://www.toysdirect.my/product-1661762.html

Educational Wooden Clock


Barang kedua yang nad nak beli ialah jam kayu. Kenapa nad minat denagn jam ni. Sebab boleh ajar Fariza kenal pasti nombor, waktu dan binatang. Ajar dia, mengingati dan melihat tempat yang betul meletakkan block tu. huhu, menarik bukan. Boleh tengok di http://www.toysdirect.my/product-1498112.html

Haish macam-macam mainan yang menarikla..Rasa nak beli banyak-banyak..Bermanfaat semuanya mainan dekat Toysdirect.my ni. semua stok mainan di sini ada Ready stock atau PRE-ORDER.

Untuk item ready stock, bungkusan akan dihantar dalam tempoh 1-3 hari selepas bayaran diterima.Untuk item pre-order, jangkaan waktu ketibaan akan menjadi kira-kira 4 hingga 6 minggu selepas tarikh pembayaran. Koleksi Parcel boleh sama ada oleh POS LAJU / POS DOMESTIK / SELF COLLECT.

Untuk SELF COLLECT, sila memotong bayaran pos dari jumlah dan bank yang ditimbang. Boleh mengambil barangan boleh didapati di bawah lokasi.

1) Kepong Tmn Bukit Maluri / Desa ParkCity (Hari Time)
2) Desa Sri Hartamas (hari bekerja 10:00)
3) Bandar Utama Centerpoint (Sabtu 11:00-12:15)
4) Jalan Kapar, KLANG (waktu pejabat sahaja)
Untuk koleksi Jalan Kapar, sila maklumkan 2 hari lebih awal.

Ape lagi, cepat-cepat tengok mainan pendidikan yang menarik untuk anak korang, berbaloi, harga pun murah. Boleh singgah ke
Website : http://www.toysdirect.my/
Facebook : http://www.fb.com/toysdirectmy

hai assalammualaikum

Corak Berbunga - Tak pernah terfikir nak pakai pakaian yang bercorak berbunga ni. Sebab sebelum ni pun, nad lebih gemar pakai corak yang plain dan satu corak je. Takut juga nak pakai corak berbunga ni. Bagi nad, corak berbunga ni sesuai untuk baju kurung atau jubah sahaja. Tapi, sejak berkawan dengan orang yang pandai berfesyen, lepas tu tengok diaorang berani pakai pakaian bercorak ni, nad pun tengok macam lawa je. Corak berbunga ni bukan sahaja baju dengan dress, malah digunakan di seluar, kasut, shawl, dan macam-macam lagi. Kira trend bercorak ni mendapat tempat di hati  para wanita untuk penampilan mereka.


Macam nad pakai ni, ialah seluar bercorak bunga. kalau tengok dari jauh, macam jenis seluar biasa atau seluar tidur, tapi sebenarnya, ia adalah seluar jeans yang bercorak berbunga. Dari jauh nad dah nampak seluar ni, nampak cantik je. Lagipun corak tak terlalu besar dan sedang-sedang je. Lagi satu sebab warna dia yang berwarna biru..hehee..almaklumla, nad lebih suka warna biru.

Seluar ni jenis bergetah bukan zip. Dan tu salah satu nad suka. Tinggal sarung je, tak perlu susah-susah nak zip. Tiba-tiba pinggang terbesar ke, seluar ni masih boleh disarungkan.


Tengok Fariza pakai pun, lawa je kan, nampak keperempuannya..hehee.

Kalau seluar jenis berbunga ni, cantiknya digayakan dengan baju plain atau baju warna putih kosong je. Sebabnya seluar dan bercorak berbunga, jadinya baju mestilah takda corak.

Corak Berbunga Nampak Feminin


Corak cetakan bunga yang mempunyai daya penarik tersendiri dengan corak eksklusif yang sesuai digayakan oleh golongan muda dan juga pertengahan. Menggunakan motif bunga dengan pelbagai warna latar berbeza memberikan mood yang lain kepada si pemakai, warna dan corak akan memainkan peranan penting dalam mengekspresikan diri.

Corak bunga yang ditampilkan bersaiz lebih sederhana, cukup ringkas bagi memberikan satu alunan corak yang berjaya menambat hati si pemakai dan juga sesiapa yang memandang. Motif flora ada pelbagai jenis. Ada motif bunga yang besar-besar, ada pula yang kecil-kecil. Biasanya, corak bunga yang lebih kecil disukai oleh ramai wanita kerana ia lebih ringkas dan cantik. Manakala motif bunga besar-besar cenderung digunakan sebagai penyeri pada kain.

Motif flora ini dapat  mampu memberikan kesan yang lebih ceria dan girly meskipun tanpa digayakan dengan sebarang aksesori.






hai assalammualaikum

Bapak Anak Sama Je -Dari lahir lagi semua orang cakap muka bapak dengan anak ni sama je. Dari segi hidung, kepala, semua la, maknya ntah mana..hahaha. Masa dalam pantang sampaila usia dia 4 bulan, dia masih lekat dengan nad, sebab dia breastfeeding, jadi paham-pahamla kan. Lepas tu, makin dia membesar, dia dah kenal orang, dia dah pandai siapa nak pilih. Dan jawapannya dia pilih daddy dia. Kenapa?? Mungkin daddy dia pandai layan dia, pandai jaga dia..tak tau la.jeles pulak mommy..hahaa.

Sekarang daddy bersiap nak pergi kerja, dia nak ikut. Daddy balik kerja, dia dah tau bunyi kereta daddy dia, bila daddy dean pintu, bukan main suka lagi, ketawa mengekek-ngekek. Nanti nad amik video. Lagi time makan, kitaorang berdua duduk dekat meja, dan dia terus ke kerusi daddy dia..cisss..bertuah punya anak..ngrrr..Kalau keluar, dia mintak daddy dia dukung. No mommy ok. Mommy memang happy la sebab tak perlu dukung..hahaa..


Taula kepala dah sama. Bentuk pun sama je, bujur, bulat cantik je. Rambut pun sikit je..sabor jela. Tapi bila nangis, dah bosan tau cari mommy. Gigit kang..


Tengok gaya tu, dengan topi berdua..amboiii. Awak tu perempuan ok, lepas ni pakai tudung..hahaa. Topi ni daddy dia nak belikan. Comel pulak nad tengok..hahaa..mestilah warna pink, anak perempuan, tapi ramai kata lelaki..ape nak buat..muka pun ganas..Samalah ikut daddy dia, susah senyum..melainkan ada benda kelakar gila, baru dia ketawa..


Ni lagi satu masalah, daddy dia main game, dia pun join sekaki tengok. Bahaya sungguh budak ni. Yela budak cepat belajar..Sekali pandang je dia tau. Lagi budak zaman sekarang, bab gadget takperlu cakap dan diajar, diaorang tau sendiri. Ni kalau dia layan game COK ni, memang mommy hari-hari membebel..Anak perempuan kena tolong mommy dekat dapur ok..



Adakah Fariza akan ikut jejak daddy dia sebagai jurugambar.. Kalau ya, nad tak kisah pun, boleh ajak dia pergi event, pastu dia amibil gambar..hahaha. Tu pun kalau dia nak. Gaya tu dah ada tu..huhuhu..

Tak kisahla nak jadi apa, asalkan jadi anak yang baik, solehah dan dengar kata. Amin.
hai assalammualaikum

Johan Juara Super Spontan Superstar 2016 - Masa tengok Super Spontan superstar 2016 di astro warna 132, memang dah agakla Johan mesti menang..haha..Walaupun dia agak kepoh sikit, tapi malam tu semuanya lawak. Kalau ikut minggu lepas, Achey yang terkeluar, tapi si Fad telah bagi imuniti kepada Achey, jadinya Kamal Adli yang keluar. Kan bagus kalau Kamal Adli ada, takdela orang yang sama je kan. Atau adakah Fad memilih sebab tu geng dia??..ermm no komen. Apa yang penting, malam terakhir ni semua persembahan yang diberikan terbaik dan buat orang ramai ketawa.


Antara Finalis Super Spontan Superstar ialah Johan, Ozlynn, Tauke, Abam, Fad dan Achey. Malam tu semua dikira individu. Malam tu artis jemputan, Black, Tomok, Zizan, Ayda Jebat dan Apek, sebagai pembantu dan main sekali. Hans isaac sebagai tetamu bersama Afdlin shauki. Malam tu game yang dimainkan ialah beku, maju dan mundur,dahiku di dahimu, pantun dua kerat dan menari. Tapi nad suka tengok yang part menari. Bagi macam mana pun gaya menari, tapi bila menari gaya dengan lagu yang diberi. Lagu janam janam dengan lagu ayda jebat, pencuri hati kot..huhu..

Walaupun agak kelam kabut malam ni, sebab Johan asyik mencelah je, tapi okla..ahhaa. Lagi dengan soalan Amir yang panas tu, time bagi dekat Fad, sekali Amir yang kena balik..hahaa. Lawak time Amir dengan Dato Ac Mizal lawan dahiku di dahimu..hahaha..Kalah juga Dato Ac..Dan malam tu, Johan telah dinobatkan sebagai Juara Super Spontan Superstar 2016.


Keputusan Super Spontan Superstar 2016

Juara ialah Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi. Sebagai makluman, Johan sebelum ini pernah muncul sebagai juara Super Spontan 2014.‎

Tempat kedua pula dimenangi oleh Abam Bocey dan beliau berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Tempat Ketiga Achey dan habuannya adalah hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi

Keempat Fad membawa pulang RM5000 beserta trofi.

Kelima Ozlynn yang merupakan finalis wanita pertama di Super Spontan Superstar menerima hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.

Keenam Tauke masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.


Suami Isteri Dapat Duit
Memang sweet bila nampak suami isteri ni dekat pentas. Siapa lagi kalau bukan Johan dan Ozlynn. Rezeki diaorang, pulang dengan wang tunai. Rezeki anak-anak juga. Lagipun Ozlynn pun dah lama tak keluar tv. Alhamdulillah..

Super Spontan Superstar 2016 yang diadakan secara langsung di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia

 


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2