hai assalammualaikum

Ayam Panggang Restoran Rasamas - Hari minggu haritu nad ajak suami pergi makan luar. Kalau boleh, hari minggu, nad nak gantung kuali, malas masak..haaha. Nasib baik haritu mood suami ok je...hehee. Jadi kitaorang jalan-jalan cari la makanan sampai ke KPJ Tawakal. Bukan nak lawat orang sakit, tapi ada satu tempat makanan dekat situ yang kitaorang nak pergi. tetiba haritu nak makan ayam panggang..heehe.

Rasamas

Salah satu tempat makanan yang menjadi pilihan nad ialah Restoran Rasamas. Pertama kali nad jejak dekat Rasamas ni. Tak tau menu dia macam mana, cuma tau ada ayam panggang je. Selalu nad dengar pasal Ayamas je, tu pun sebab akak ipar selalu beli produk Ayamas frozen tu..hahaa. Tapi Ayamas dengan Rasamas tak sama ok. Ayamas jenis "take away", beli lepas tu balik. Tapi untuk Rasamas, boleh makan dekat situ. Lagi satu tak pernah pergi Rasamas sebab tak banyak tempat dia buka kan. Sebab tu berjalan sampai KPJ Tawakal ni nak rasa ayam panggang Rasamas.

Suka dia

Tengokla Fariza ni. Tau nak makan sedap..hahahaa.

Kaunter Rasamas

Suasana Rasamas

Menu yang ada

Sandwich

Dessert

Suasana di kedai Rasamas. Rasamas ni bertempat di Ground Floor dalam bangunan KPJ Tawakal. Bangunan baru ye. Antara menu yang ada di Restoran Rasamas selain ayam panggang, sandwich, kek, macam-macam dessert lagi. Ok jom tengok menu apa nad order.

Dua jenis Ayam Panggang

Tadaaa..ayam panggang sedap dah sampai. Ada dua jenis ayam panggang iaitu Ayam Panggang Percik dan Ayam Panggang Pepper. Ayam mentah yang dijual di pasaraya pon dah RM15 keatas, tetapi ini ialah AYAM PANGGANG RASAMAS, siap dipanggang, lazat, dan beraroma cuma berharga RM19.90.Dia disediakan sekali dengan sambal. sambal dia sedap sangat. Ayamnya pun empuk je. Banyak macam ni memang kena makan dengan keluarga. Tapi kalau dah sedap sorang pun boleh layan..hehee.

Ayam Panggang percik

Ayam panggang percik ni menggugat selera nad. Rasa percik tu tak sama dengan ayam percik luar..hahaa..memangla nak kelainan kan..ayam percik yang nad suka daripada black pepper. Ada rasa tersendiri.

Ayam panggang pepper

Ayam panggang Pepper, kasi close up sikit la..hehehe..

Set Family

Kalau bawak keluarga, ramai-ramai, korang boleh order set family ni. Macam nad order set keluarga. Ada yang untuk dua orang, ada untuk empat orang dan ada juga untuk enam orang. Masing-masing ada sidedish yang korang boleh pilih, dan menu tambahan. Berbaloi sangat!!. Harga pun murah dengan ayam seketul tu..kenyang weiii..

Set single

Sedap dia makan

Kalau korang datang sorang, berdating atau nak makan satu pinggan je boleh, ada je set tu. Ni la dia Roaster Rice with Japanese Tofu. Ada ayam, nasi dan tauhu dan air. Nak bagitaula, tauhu dia lembut sangat. sedap diamakan bersama nasi dan ayam panggang ni. Set macam ni pun dah boleh kenyang. Tofu tu fariza makan selera je..

Buy 1 Free 1

Dan paling bestnya, ada promosi untuk set ni. Buy 1 free 1 utk setiap 15hb & 30hb untuk set roaster with rice and tofu japan. Dua hari dalam sebulan je tau .woww sangat. korang pilihla tarikh salah satu ni, lepas tu pergi serbu Rasamas..berbaloi..


Asam laksa dan kari

Heyy!! ingat Rasamas ada ayam panggang sahaja ke, ada juga makanan tempatan tau, macam asam laksa dan Curry laksa. Dua-dua ni, ku hirup kuah dia, pergh ...terbaikk..


Asam laksa

Asam laksa ni kuahnya sardin. Semua rasa ada. Masam, manis..nyum..nyumm..


Kari laksa

Curry Laksa pulak memang kuah dia pekat dan berkrim..

dessert

Last sekali mestila makan dessert. kasi cuci mulut sikit. Ni la Brownies dengan aiskrim..jilat jari kau..hehee..

Latar Belakang Restoran Rasamas

RasaMas Restaurants telah wujud sejak tahun 1996 dengan cawangan pertamanya di Bukit Jambul, Pulau Pinang di bawah jenama Deli Ayamas, kemudian ditukar kepada Rasa Gourmet Restoran. Konsep restoran pertama Malaysia untuk menjual Roasters dengan gabungan hidangan Asia dan Barat. Dan perubahan nama dibuat iaitu Rasamas. Bulan Jun 2016, Rasamas mempunyai 9 cawangan di seluruh negara iaitu di Lembah Klang ada 4 kedai, Utara 2 cawangan & Pantai Timur 3 cawangan.

Antara lokasi Restoran Rasamas Warta Bangi Utama, Giant Batu Caves, Sunway Carnival Pulau Pinang, Tesco Mergong Alor Setar, East Coast Mall, Megamal Kuantan, Giant Kuala Terengganu, KPJ Tawakal KL, Aeon Bukit Tinggi. Kalau nak tau lagi dekat mana boleh cek dekat link ni http://www.rasamas.com.my/locations 

Happy Tummy

Kan bagus kalau buka banyak lagi cawangan dekat Kuala Lumpur ni..heehe. Ok korang cuba rasa ye. Nad siap bawak balik tapau lagi,. Jangan lupa promosi untuk set ni. Buy 1 free 1 utk setiap 15hb & 30hb untuk set roaster with rice and tofu japan. Dua hari dalam sebulan je tau.


BAIK DEMAM, DAPAT MAINAN

in , by Nadia Johari, 14:58:00
hai assalammualaikum

Baik Demam, Dapat Mainan!! - Dah beberapa hari tak keluar, kena kuarantin sebab demam. Walaupun sebenarnya Fariza suka berjalan, tapi nad dengan suami kena waspada. Bila dah demam, tak boleh buat main-main. Lepas je baik demam, semalam bawak dia jalan-jalan dalam kereta makan angin sekajap. Dalam kereta je...Sebenarnya mr mafia nak bayar bil internet..ehhehe. Takpela, okla tu, keluar rumah juga kan...


Selesai bayar, singgah kedai kejap. Macam biasa, Fariza tak boleh tengok daddy dia keluar pintu, mesti nak ikut. Jadi daddy dia pun bawakla, mommy duduk dalam kereta. Balik dari kedai nampak fariza pegang mainan. Kata mr mafia, bila dia tengah pilih barang, Fariza capai mainan ni..Amboii!!dah pandai nampak. Baru baik demam tu..Mr mafia cakap lagi yang dia nak letak tapi fariza marah barang tu diambil..nak taknak kena beli juga,

Siap mr mafia kata, masa nak dibayar, tak dibagi ambil. Kuat dia pegang. Haish laa anak..Kecik-kecik dah tau mainan, belum besar lagi. Ayoyo..

Jadinya, dia gembira bila dapat mainan tu..suka naa..Bila bersepah, mommy juga kena kutip. Takpela nak..main la sepuasnya..
hai assalammualaikum

Kenalpasti Minyak Herba Asma Mujarab Original - Teringat pula dekat anak kakak, kelima-lima anak dia ada asma. Dari kecik lagi dah ada asma, sampai kena pakai ubat sedutan asma tu dipanggil Inhaler. Bila tengok macam tu, risau pula dekat Fariza. 

Jadi sebagai langkah persediaan, nad kena cari jalan penyelesaian supaya Fariza terhindar dari penyakit yang memudaratkan kesihatan. Kita tak tau bila budak kecil akan sakit, lagi-lagi bila dia dah mula nak membesar ni.

FARIZA DEMAM LAIN PERANGAINYA

in , by Nadia Johari, 15:59:00
hai assalammualaikum

Bila Demam - Malam tu, tiba-tiba je Fariza demam. nak kata mommy dengan daddy dia demam, takdela pulak. Nak kata jangkit dengan orang lain, takde pulak jumpa sesiapa yang sakit. siang tu bilik kerja suami pasang aircond baru. Selama ni, aircond rosak, dan sejak dia lahir memang belum pasang aircond. Tapi lepas suami cukup duit, baru pasang aircond. Malam tu Fariza pun dekat bilik daddy dia, dan tengah malam tu masa dia tidur lena, tiba-tiba dia terjaga.

Macam biasa nad bagi susu, biasalah budak nak hisap je. Bila kepala dah melekat ke badan nad, nad rasa kepala dia panas. Arghh..sudah!!. Demam pulak. Adakah sebab aricond tu, yela terkejut selama ni guna kipas bawah je..hahaa. Mula dah risau..siapa suka anak demam..



Selalunya tengok budak kalau demam, muka lemah je, badan lesu je, nak tidur je, sebab tak larat. Kalau boleh nak dengan mak 24 jam. Tapi Fariza ni lain pulak jadinya. Fariza aktif macam biasa. Macam tak demam. Dia sebolehnya nak bermain. Taknak tidur dan baring. Kita sebagai mak ni yang risau. Tapi layankan sahaja, sebab kalau tak mula la menangis, mengamuk. Lagi bila demam, mengamuk dia dasyat..Mungkinkah dia sekuat macam mommy dia..huhuhu. Yela nad kalau demam, nad akan buat kerja, keluarkan peluh. Lepas tu nad akan baik macam biasa. Hilang demam. Bagus juga kan..tapi mommy sememangnya tak dapat buat kerja.



Perangai lain,bukan dia nak melekat dengan maknya sahaja, malah dengan daddy dia. Selalu budak kalau demam, cari mommy je, sampai ke dapur, bilik air cari, tapi ni bila mommy dah selesai mandi, daddy pulak nak mandi, sebolehnya dia cari juga daddy dia. Kalau boleh nak dua-dua ada dengan dia. Alahai manjanya Fariza ni. Tapi memang bagus macam tu sebenarnya..

Yang ni memang terjadila, tidur tak berapa lena. Sebab hidung tersumbat. Jadi nak lena, dia tidur atas perut mommy dia. Mommy pun tak kisah..yela anak kan..Nad la terasa kehangatan badan dia..Alahai kesian anak.

Nad tengok Fariza ni memang kuat. Alhamdulillah, dia akan baik demam dalam sehari atau dua hari. Sebab nad selalu buat macam dekat SINI. Minyak bawang putih tu yang wajib buat. Pastu urut-urutla dia..syukur dah baik dah..
hai assalammualaikum

Murahnya Shoping Online Di Ezbuy Malaysia - Sejak dah tau guna shoping online ni, asyik nak shoping je. Naluri seorang wanita, nak hilangkan stress ialah dengan membeli-belah..hahaa. Nad suka bershoping dan berjalan lagi-lagi kalau dapat shoping dekat shoping complex, tapi masalahnya, lelaki nad tak suka keluar dengan alasan jalan sesak dan penuh parking..sedih kau!!..setiap kali kalau ajak, tu jela alasan dia. Jadinya, nad pun memilih untuk shoping online je..jimat dan mudah. Jimatnya semestinya dekat duit minyak dan masa. Mudahnya, kau hanya duduk, pilih dan tunggu barang sampai rumah..kann... Jangan ingat dekat shoping online takda diskaun ok. Jadi berwaspadalah bila berbelanja..kihkih..


Haritu ada kawan bagitau, satu laman web shoping Ezbuy tengah murah. Jadi nad pun tengok. Ya, memang betul kau, murah gilerr!!..Diskaun sampai 70% kau..mau tak terbeliak mata tengok. Barang pulak semua ada, dari wanita, lelaki, kanak-kanak, aksesori, dan lain-lain lagi. Barang office pun ada kau, heyy bukan tu sahaja, barang untuk kereta pun ada..fuhh...memang tangan kau akan klik jela dekat sini. Nad bab-bab murah ni memang laju..hahahha.


Sebelum mula nak bershoping, korang kena la daftar dulu. Sambil bershoping nad nak berkongsi dengan pembaca blog nad. Murah hati takk...hahaha..Untuk pengetahuan korang,kalau korang register dekat link yang nad beri ni : http://bit.ly/2dDrSGW korang akan dapat  RM15 ezbuy voucher dengan hanya register sahaja. Mudah kan! Bukan tu sahaja, tapi dapat 15% off shipping fee dengan menggunakan code - ezship15. Pergh bebrbaloi tu..cepat-cepatla ye daftar.



Memang banyak pilihan. Dah masuk sini haruslah kena beli kan. Macam ni la perempuan. Tapi dalam banyak-banyak kategori, nad suka ke Feature Collection.  Takdela penin sangat nak cari..hehe. Dekat situ banyak sangat pilihan produk. Dekat sini harga dia murah-murah sangat. Nampak tak, nampak tak..Memang masuk sini scroll je sampai bawah, nak buat pilihan beli apa..hehee..


Dan nad tertarik dengan Storage For your desk. Sebab nad pun tengah cari tempat letak barang atas meja ni. Yela kadang barang review datang, diletak macam tu je, bersepah. Sekurangya kalau ada storage ni, tersusun la sikit kan. Nad pilih working desk organiser warna putih. Nad memang nak yang simple, dan paling penting harga dia jauh lebih murah.


Lagi satu nad pilih Acrylic Drawer stationery Cosmetic ni. Memang dah lama cari bekas alat makeup ni. Baru la nampak kemas kan. Harga pun bawah RM50..fuhh..Drawer sebenanrnya ada macam-macam, korang boleh tekan dekat gambar tu. Harga berlainan, jadi ikut kemampuan nak beli yang mana.


Satu lagi, mestilah baju. Sejak ada anak ni, nak berdondon je. Dua baju harga cuma RM39.07 je..cantik pulak tu. Korang pilihla warna dan size.Penghantaran domestik RM0.00 ok.

Puas hati dengan semua barang dekat sini. Cuci mata sana sini. Alih-alih terbeli.Semua barang ni bawah RM100..huhu..murah beb. Barang dari pakaian, aksesori, barang dapur, meja, perkakas, untuk perkahwinan pun ada..baby lagi..hey tak terkata. Tangan nad pun dah menggatal masukkan barang dalam shoping cart lagi. Murah sangat, pulak tu ada diskaun sampai 70%..mau taknya nak shoping online dekat Ezbuy ni.

Kalau korang perasan, sebelah kanan tu ada satu barang terletak dekat Prime. Itu salah satu kelebihan yang ada dekat Ezbuy Malaysia. banyak sangat kelebihan prime kalau korang guna.  Tapi kena cek dulu setiap barang ada penghantaran, ada yang takda penghantaran.Kadar Penghantaran rendah iaitu RM4.50 / 500 g untuk economy air & Tiada Yuran Agent.


Kalau korang ada apa-apa pertanyaan, boleh je tanya terus dekat Online chat bawah ni..nanti dia akan tolong korang.

Cara Shoping Online di Ezbuy Malaysia

1) Pergi ke link Ezbuy Malaysia dan register dekat link yang nad bagi atas. Isi butiran berkenaan email, pasword, userID dan phone. Lepas tu nanti dapat massage dekat telefon suruh masukkan no OTP tu, korang letakla no tu dan send. Lepas tu settle.


2) Shopingla barang korang suka. Ada macam-macam yang akan buat korang rambang mata. aduhh. Disebabkan banyak sangat, kalau korang nak pilih untuk diskaun atau harga yang korang mampu, korang tekan je dekat bahagian atas yang nad tunjuk anak panah tu, nanti keluarlah item dengan harga berkenaan..


3) Lepas dah pilih masukkan dalam "add to cart" dulu ye. Yela takkan satu barang je kan..mesti nak banyak barang..hehee..Ok dah selesai , puas pilih, pergi ke shopping cart, dan tengokla hasil belian korang. Nanti keluar macam dalam gambar tu ye. Korang tengok bahagian kanan order summary tu..meh nad bagitau..shipping fee tu korang boleh pilih nak yang mana. Setiap penghantaran berlainan harga dan tarikh. Untuk penghantaran secara Economy Air, ada cas baru dikenakan iaitu dari RM5.50 ke RM4.50/500g..murah giler weii..dan No agent Fee.

Paling penting bahagian nombor 2 dan 3, korang masukkan "voucher" dan "coupon code" yang nad beri dekat atas tadi. Lepas tu check out la..

Lepas tu taipla nama, alamat dan no telefon korang. Kalau tak macam mana diaorang nak hantar kan. Dah selesai tekan "save".


Dah check dengan teliti korang boleh buat pembayaran. Tekan je "pay now" tu. Ada beberapa cara bayaran untuk korang pilih bagi tambah ‘Top Up’ yang diperlukan semasa payment check out, iaitu E-Banking (Local), Online Internet Banking macam biasa, ATM Transfer, dan juga melalui Kad Kredit. Korang boleh buat bayaran selama 24 jam. Kalau takda, pesanan boleh dibatalkan. Mudah je kan bila semua dihujung jari..hehee..duduk relaks pilih barang je..

Tangan nad pun dah menggatal masukkan barang dalam shoping cart lagi. Murah sangat, pulak tu ada diskaun sampai 70%..mau taknya nak shoping online dekat Ezbuy ni.

Terbaik dari Ezbuy Malaysia Prime Membership


Ni yang nad cakap tadi pasal Prime dekat atas. Hah!! yang ni salah satu kelebihan dekat Ezbuy Malaysia. Prime Membership, di mana korang boleh membeli banyak barang, dan hanya membayar RM8.80 nett shipping fee. Tanpa mengira saiz bungkusan, berat dan kuantiti, segala-galanya pada hanya RM8.80 untuk kos perhantaran dengan hanya bayaran RM188 untuk setahun. Yela barang ezbuy ni ada dihantar guna kapal terbang, laut..tapi harga shipping sama je macam poslaju, tapi bukan satu barang, banyak barang..ngrrrr..nad boleh jadi crazyy ok!!.


Lagi cepat-cepat nak daftar. Ala kalau korang nak trial, nak cuba dulu pun ada tu. Weiii!!..siapa taknak, bayar murah, dengan shipping fee yang murah tu. Nak tau lebih lanjut boleh pergi ke link SINI.

Sebenarnya nak bagitau, nad dah shoping dekat Ezbuy Malaysia , korang bila lagi..berbaloi-baloi, murahh pulak tu..cepat-cepat pergi ke Ezbuy ni. Mana tau tengah cari baju ke, aksesori ke, nak bagi hadiah ke..tengah murah kannn..hahaha..nad berkongsi benda yang murah..jangan cakap nad tak payung..kihkihkih!!..


hai assalammualaikum

Dua Produk Olay Regenerist Hadiah Untuk Mak - Bila umur dah capai 30 ke atas, mula risau dengan kedutan sana sini dan garis halus. Bukan tu je, dengan masalah liang pori, kering lagi. Aduh!!..mula la berfikir, dah tua dah weii..Ok, perkataan tua tu semestinya kita taknak dengar. Kalau boleh, biar usia meningkat dan tua tapi jangan wajah tua. wajah biar kekal muda dan cantik..kann!!..Jadi penyelesaiannya, produk Olay Regenerist ni.


Facial Skin Jenama Dunia, Olay, memperkenalkan dua produk terbaru iaitu Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence and Olay Regenerist Micro- Sculpting Cream. Ia direka sebagai anti-penuaan dan melembap dan telah dipertingkatkan untuk memberi pembaharuan kepada kulit supaya kulit nampak lebih muda. Tengok kedua-dua botol, cantik je, merah menyala kau. Kedua-dua ni nad dapat daripada Lazada. Best seller di Lazada ok.!!

Meh nad kongsi dengan korang berkenaan dua produk ni. memang sesuai la untuk korang yang berusia 30 ke atas tu.

Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence 


Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre- Essence merupakan salah satu cara penjagaan kulit yang amat mudah. Kenapa nad cakap mudah?? Lepas je korang cuci muka dengan pencuci, korang boleh terus sapukan Miracle Boost Youth Pre- Essence ni ke muka. Dia macam serum tapi bukan serum. Bila korang sapu dekat muka, ia terus meresap ke kulit.


Pertama kali tengok , nad ingat jenis tuang ke telapak tangan, tapi rupanya dia jenis penitis. Tekan dekat penutup atas botol, pastu cabut penutup tu, kemudian tekan lagi untuk dapatkan sedikit titisan Miracle Boost. Nad suka sangat bau dia, bau wangi macam ros tapi tak terlalu kuat. Tekstur dia adalah lut jenis air gel cecair. Bila nad letak dekat tangan sedikit, ia menyerap dengan cepat ke dalam kulit dan ia meninggalkan kemasan lembut kepada kulit.


Kelebihan Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre- Essence membantu meningkatkan motabolism sel dan pembaharuan pada kulit. Ia juga dapat mengurangkan garis-garis halus dan liang muka lebih tegang. Ni kalau bagi mak ni mau muka dia berseri-seri..gitu..pakai pun senang. Yela kadang orang tua ni susah dah nak pakai skincare ni sebab rumit sangat..hehee.

 Harga RM 79.90 untuk 40ml.

Olay Regenerist Micro- Sculpting Cream


Selalunya kalau nak kulit nampak berkesan, kalau boleh biar produk tu berpasangan, baru nampak hasil yang lebih optimum. Jadi selepas guna Miracle Boost, korang perlu pakai Olay Regenerist Micro- Sculpting Cream. Ini kerana Olay Regenerist Mikro Sculpting Krim mengandungi Amino-Peptida  Complex yang mampu menembusi jauh ke dalam permukaan kulit untuk mengurangkan kedutan pada kulit. Selain itu ia juga juga mengandungi asid hyaluronik, amino-peptida dan Vitamin B3 yang membantu membantu menganjalkan kulit daripada dalam. Pelembap ini juga akan melembutkan kulit dan mengurangkan garisan halus dan kedutan.



Krim ni berwarna putih. Tak melekit. Cara penggunaan, amik sedikit krim dan sapu di seluruh wajah, dan leher. Pakai dua kali sehari.

Harga RM 99.00 untuk 50gram.


Gabungan kuat Miracle Boost Youth Pre-Essence dan Micro-Sculpting Cream dapat meningkatkan pembaharuan sel-sel permukaan dan memberi dua kali lebih anti-penuaan penembusan aktif  ke dalam kulit. Hasilnya ialah, kulit muda menakjubkan yang terbukti untuk melihat sehingga 10 tahun lebih muda.


Nad tau, produk ni memang bagus dan diyakini, sebab tu nak bagi dekat mak..hehee..untuk pembaca blog nad, ada special nak bagitau. Nak dapatkan produk olay ni, korang boleh ke laman web Lazada dan guna code “15LAPOCT30” untuk dapatkan  15%  diskaun. Korang boleh tekan link di SINI.

If you would like to participate in reviews like this in the future, please contact affiliate@lazada.com.my to join the Lazada Family!
hai assalammualaikum

Rancangan Gegar Vaganza - Dari Gegar Vaganza pertama sampaila nak masuk ketiga ni, nad suka tengok. Gegar Vaganza ialah sebuah program realiti terbitan Astro yang menyaksikan 12 penyanyi professional lama atau berpengalaman dalam industri muzik di Malaysia bersaing dalam satu pertandingan nyanyian. Rancangan realiti TV ini disiarkan di Astro Ria (104 & 123).

Sebab Gegar Vaganza Diminati

1) Artis lama muncul kembali
- Apa yang kita tengok, semua artis yang pernah menyinari dunia hiburan suatu ketika dulu. Semua artis ni memiliki suara yang masih mantap dan sedap didengar. Artis yang dah berpuluh tahun tak pernah kembali dalam dunia hiburan, dapat kembali menyanyi. Perghh!!..memang terbaik, sebab muka dahulu lain dengan sekarang, tapi suara masih mantap.

2) Lagu lama muncul kembali
- Konsep Gegar Vaganza yang lebih mengutamakan lagu-lagu yang pernah popular di era 80an dan 90an sememangnya menjadi. Lagu-lagu di dua zaman itu kebanyakannya malar segar, dan sudah tentu membuatkan penonton ternanti-nanti gaya persembahan dan nafas baharu dari peserta yang bertanding. Lagu-lagu laam ni feeling dia rasa lain sikit. Boleh mengamit memori kau..hehee. Lagi satu boleh nampak tak rentak, maksud sesebuah lagu lama dengan sekarang macam langit dengan bumi. Walaupun lagu lama, tapi masihingat lagi bila dinyanyikan..

3) Pengacara yang happening
- Dua pengacara yang tidak asing lagi, Nabil dan Jihan.Kalau sebelum ni, tengok jihan susah betul nak buat lawak, tapi makin lama makin happening program tu dengan dua orang ni. Diaorang makin serasi dalam mengacara. Lawak semakin menjadi. Nabil terutamanya, sering dikritik gara-gara sikapnya yang gemar menyampuk ketika juri memberikan komen. Namun hakikatnya, mereka adalah penyumbang kepada kemeriahan Gegar Vaganza.

4) Juri 
- Part ni nad suka tengok Tok Ram iaitu Datuk Ramli MS..hahaa..muka nampak garang, tapi kalau dah tergelak, si Nabil buat lawak, dia pun nak buat lawak juga. Pandai dah Tok Ram ni..hahaa. beliau tampak lebih relaks, sekaligus menyerlah sisi humour yang dimilikinya.

Ni bestnya Gegar Vaganza. Memang layan sampai habisla..
hai assalammualaikum


Cara Jadi Ibu Penyabar - Bila dah ada anak ni, tahap kesabaran tu lain sikit. Bukan mudah menjadi ibu bapa zaman moden ni. Siapa yang dapat tahap kesabaran yang tinggi tu memang bagus. Ibu bapa wajib mendidik diri menjadi seorang yang sabar dan sentiasa bersabar dengan apa jua keadaan. Kerana kesabaran yang tinggi sahaja membolehkan ibu bapa menangani setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan anak-anak.

I LOVE YOU ABANG PHOTOGRAPHER

in , by Nadia Johari, 22:19:00
hai assalammualaikum

Suamiku Photographer - Banyak sangat dah drama tajuk macam-macam, tajuk entry nad pun nak buat macam drama..hahaha. Tapi nad punya cerita realiti punya, bukan drama semata..hehee. Nadia dan Mr mafia berkenalan di media sosial. Perkenalan ni pada mulanya hanya kawan semata. Bila mana pada masa tu, nadia sudah berpunya. Sampai satu masa, nadia akhirnya telah putus dengan kekasih hatinya dan dia keseorangan. Sehinggalah Mr mafia cuba mencuri hatinya..( hahahha..aku yang taip aku yang gelak).


Setelah Mr mafia berjaya mengayat Nadia, akhirnya Nadia mula jatuh hati kepadanya. Mempersoalkan berkenaan umur, memang jauh beza, Mr mafia otai, Nadia muda remaja..hahaa. Halangan tetap ada, namun akhirnya hubungan direstui. Dan akhirnya bersatu dan dikurniakan seorang anak..gituu..Cerita berkenalan nad pernah cerita details dekat SINI. Masa tu pulak dia dah memang ada kamera dslr.

Kenapa nad memilih bersuamikan photographer? Semestinya, nad ni suka bergambar, dan dalam fikiran, semestinya bila dapat suami jurugambar ni, setiap kenangan kau akan diabadikan dalam gambar..haaha. Tapi selalunya kita fikir macam tu, jadinya lain..hahahaha. Bukan tak ambil gambar, dia ambil tapi bukan setiap moment. Kerja dia pun memang photographer interior designer, event, dan ketelitian bila mangambil gambar, mengedit tu terlalu fokus kepada kerja. Takut bila campur dengan peribadi, lambat siap kerja. Akhirnya guna phone jela ambil gambar, tapi guna phone pun cantik..hehee.

Mencari rezeki dengan kamera


Dengan kamera la dia mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Nampak je kerja photographer ni macam masyuk, mewah, tapi sebenarnya tidak. Dan bukan senang, yela, pertama sekali kena amik gamabr bawah terik matahari, melainkan event di dalam bangunan dan beraircond. Kedua perlu memilih gambar mana yang lawa. Dari beribu kau pilih ratus je, jenuh juga mata ni weii.. Ketiga semestinya edit. Macam Mr mafia, dia edit teliti, jadi satu gamabr kadang ambil masa berjam. Kadang sampai ke pagi dia buat..fuh jenuhh. sebab tu kadang nad tak kacau dia.

Sebab tu kadang income photographer ni  sebenarnya sikit je. Tapi nak bagi kepuasan kepada pelanggan, diaorang buat yang terbaik. Mulanya, memang geram juga sebab asyik kerja je, boring tak keluar, tapi lama-lama paham. Biasalah orang muda cepat memberonak..kihkih. Tapi bila dah semakin matang. dah paham situasi, sikit-sikit berubah.

Doa untuk suami


Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh dekatkanlah. Jika masih ada dilangit turunkanlah untuknya. Jika didasar bumi hanya engkau saja yang mampu mengeluarkannya.

Ya Allah berkatilah rezeki yang diperoleh suamiku agar membawa kebaikan bagi kami sekeluarga di dunia dan di akhirat. Amin.




© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2