hai assalammualaikum


Running Man Challenge Malaysia - Selalu nampak iklan Running Man Malaysia ni dekat tv masa tengok cerita Running Man Korea. Dan haritu, Running Malaysia ni keluar dekat Meletop. Masa tu ulangan  cerita Meletop. Mula-mula tak ambil kisah pun apa yang dibicarakan diaorang. Sekali, diaorang ada sebut, akan ada seorang peserta Running Man Korea akan muncul. Terus update status dekat facebook. Nak tau, yang komen dekat status nad semua cakap Lee Kwang Soo akan datang..Aaarghhh!!..menjerit weii..Nad peminat setia Lee Kwang Soo..huaaa..Ada member suruh masuk Running Man Challenge Malaysia ni, baru boleh jumpa Lee kwang Soo..hahaa..tak dapatla...

Korang kalau suka aktiviti challenge ni, cubala join Running Man Challenge Malaysia Hydrated By 100 plus ni. Mana tau rezeki korang terpilih. Mana tau lagi kot-kot menang.

Pasukan Running Man Malaysia








Acara Running Man di Malaysia bakal diketuai oleh 4 orang selebriti tempatan di peringkat akhir. Kenali mereka sekarang kerana anda berpeluang untuk mengenali mereka dengan lebih rapat jika anda terpilih untuk memasuki pasukan Running Man Malaysia nanti. Antara artis nya ialah Ajak shiro, hairul Azreen, Ayda Jebat dan Saharul Ridzwan.

Kemunculan Khas Lee Kwang Soo Untuk Running Man Challenge Malaysia By 100 plus

Peraduan Online Eksklusif Peminat Lee Kwang Soo

8 oktober - 24 oktober 2016





Siap ada peraduan khas untuk peminat Lee Kwang Soo. Peraduan dia mudah je. Cuma daftar, lepas tu hantar video dan ajak kawan. Siapa terpilih untungla dia dapat jumpa Lee Kwang Soo..oiii..Ramai dah sertai..

Nak tau lebih lanjut boleh layari http://100plus.com.my/campaigns/100plus-running-man
haia assalammualaikum

Fariza Nafisah Setahun - Ya Allah, sekejapnya masa berlalu. Sekejap je dah setahun Fariza Nafisah ni. Mcam baru haritu lepas beranak kan kau nak oii!!..Sekarang dah setahun dah. Heyy!! macam tak percaya je..hahaa..serius..Padahal hari-hari sama dengan dia, tengok-tengok dah setahun. Bila dah setahun ni mestilah nak sambut kann..Nad memang excited bila nak sambut birthday orang ni..hahaa. Selalu sambut birthday mommy daddy dia je, sekarang sambut birthday anak pulak.

Nad sambut birthday Fariza sederhana je. Sambut dengan Keluarga nad. Dengan keluarga Johari ni pun dah cukup meriah, huru-hara dan kepoh habis..hahaah. Memang rancang nak makan dekat luar. Saje kan, nak sambut birthday anak. Mula cadang nak makan pizza, tapi tak jadi, pastu ingat nak makan nasi arab pulak, tak jadi juga, last-last makan dekat kedai saudara je la dekat Puncak Alam. Kedai apa, tu nanti nad cerita ye.


Malam ahad tu kitaorang semua gerakla. Biasalah budak kecik, masuk dalam kereta terus tidur. sampai kedai je, dia tak bangun lagi..Hah!! tengokla..tidur dekat meja..hahaa..Masa tengah tidur tu la pakaikan dia topi tu..hehee..memang tak bangun. Ngantuk sangat. Mana taknya, siang pulun main sakan dengan sepupu dia.



Lepas tu disuruh kejut, sebab nak sambut sangat..hahhaa. Nad pun jadi kejam sekejap,..hehe..kesian anak, tidur-tidur kena bangunkan..tapi apa Fariza buat, dia tetap tidur lagi..Ya Allah ngantuk sangat tu..hahaha.silalah tengok video tu. Sayangnya, video yang diambil adik ipar kabur..huaaa..sedihh..kalau tak memang kenangan..tapi mr mafia ada amik video..tak taula kalau ni dia amik video ke tak..sob..sob..sob



Lepas tu beberapa minit, dia bangun sendiri. Tapi masih blur, apa yang terjadi di sekeliling..hehehe. terus je nyanyi "Selamat Hari Jadi, Selamat hari Jadi, Selamat ahri Jadi Fariza Nafisah, Selamat Hari Jadi "..yeahhh..muka tetap takmau senyum..hahaha. Kek tu disponsor adik nad, sebab suami dia pun birthday sekali. Tapi suami dia punya birthday 30 oktober kot tak silap.


Yeahhh potong kek..potong kek..Ooopss..dia nak amik kereta tu pulak..tanpa bagi salam pun..hahaa.


Selamat Hari Lahir anak mommy. Semoga menjadi anak yang solehah, dengar kata, anak yang baik, yang bijak. Mommy doakan Fariza membesar dengan baik. Terima kasih sebab memudahkan urusann mommy  masa bersalinkan Fariza. Terima kasih sebab sentiasa temankan mommy ke sana sini. Sentiasa kuat dengan mommy dari dalam perut lagi. Mommy love you.




Terima kasih semua keluarga tercinta.


Terima kasih aunty Liza bagi anak patung ni..hehee.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakn Fariza..
hai assalammualaikum


Jualan Barang Penghabisan Stok Di dewan Meru - Haritu nampak kawan post gambar, dia belikan mainan untuk anak dia. Harga mainan anak dia tu RM5. Jadi minggu lepas nad pun balik Meru sebab nak sambut birthday Fariza yang pertama. Jadi dapat pergila ke jualan barang penghabisan stok ni. Masuk-masuk semua barang-barang baby dan budak-budak. Ada pakaian, mainan dan macam-macam lagi la.


Tengok harga, memang banyak diskaun, ingat harganya bawah RM20 semua, rupanya tak..hahaha..Datang sini memang kena tengok dengan teliti, kalau nak harga murah. Tapi bila ditengok balik barang-barang dekat sini ada yang berjenama. Jadi kira murahla bila dapat diskaun macam ni. Diskaun banyak pula tu.






Pergila ke tempat mainan. Mula-mula dibagi patung perempuan yang dalam cerita woody woodpecker tu..tapi lepas tu dia ternampak patung binatang apa ni namnya ntah. Dalam banyak-banyak barang, patung kecik tu juga dia nak..Tengokla video tu..taknak lepas patung kecik tu..hahaa. Bagi besar taknak. Patung kecik yang dia pilih tu jenama ban dai..Bila nad tengok balik, jenama tu mahal kalau dekat luar. hampir RM80 ke atas la. Tapi nad beli dekat sini, harga patung ni pun dah RM19 tak silap..kohkoh. Nampak tak murah. Berkualiti ni. Memang dia sayang giler dekat patung ni. Siap di bawa tidur


Biasalah, kita ni mak-mak pantang tengok benda comel. Dah terbeli bantal kuning ladybird tu. Dia tulis harga diskaun 30%.. Bantal ni pun untuk Fariza, yela bila dia terlena dekat luar,, ada bantal selesa ni..hehehe. maafla mr mafia, dapat isteri macam ni, tapi semua untuk keselesaan anak juga..hehee..Terima kasih belanja.

Event ni sampai 2 November. Jadi orang Meru, bolehla pergi tengok-tengok..hehee..Dah tengok mesti terbeli..hahaha..


hai assalammualaikum


Tshirt DIY Sendiri Di Printcious - Yeahh, terujanya bila barang yang kita idamkan dah sampai..hehee. Barang yang nad DIY sendiri dekat laman web Printcious. Ingat tak nad ada tempah barang dekat Printcious. Nad pernah share entry dekat blog ni. Tak ingat, takpe, nad tolong bagi link dia. Tekan perkataan Printcious ni. Kat situla nad ajar macam mana nak DIY barang kita. Mudah je..Sekarang barang dah ada depan mata..wihuuu!!

Dah lama idamkan T-shirt yang ada header kita sendiri ni. Bila nak keluar ke mana-mana, bolehla pakai T-shirt ni, nampakla yang kita ni blogger walaupun blogger tak popular..hehee. Sekurangnya, kau nampak header ni dekat baju, kau tau dia ni blogger..cewahh gitu..Walaupun simple, tapi lawa sangat di mata nad, sebab nad yang design sendiri. Hasil kekreatifan tangan nad ni..hahaa..Puas hati sangat!!.


Baju ni memang ada warna putih. Tapi warna putih dia tak jarang. Kain jenis 100% poliester. Tak panas pun bila pakai, sejuk je rasa. Masa nad design baju ni, risau juga, takut gambar dia kabur atau pecah, tapi nasib baik, gamabr clear je. Takda cacat cela dekat baju tu. Apa yang kita design, cantik je dia dekat Tshirt tu. Nad amik saiz S, jadi baju ni nampak kecik dekat nad, sebab baju tak tutup punggung. Tapi takpe, boleh pakai baju dalam lapis..takde masalah..hehee..

Gambar pun takkan hilang kalau kita basuh. Sebab gambar tu bukan jenis lekat. Gambar tu memang elok je dicetak.

Berkenaan baju:
- Polyester performance T-shirt that helps improve physical performance
- Supports the body's natural temperature regulating mechanism. .
- Works great in hot weather but also a great choice in cooler temperatures.
- Won't become damp and chilly like cotton shirts.
- For year-round comfort, make a performance T-shirt your first choice.
- Material: 100% Polyester
- Sizes available: Female: S, M, L, XL (with stylist slimming cut)
- Colours: White
- Printing: Heat transfer printing using EPSON sublimation printer


Hah, apa lagi korang, bolehla tempah design hadiah korang sendiri. Nak bagi dekat kawan ke, mak ayah ke, pakwa makwa ke..haishh sesiapa je la..boleh pergi ke Printcious. Banyak lagi barang dekat situ selain T-shirt. Ada mug, ada bantal, ada frame..haishh macam-macam lagi la..Pergi ke https://www.printcious.my

KANG GARY TINGGALKAN RUNNING MAN!!!

in , by Nadia Johari, 02:15:00
hai assalammualaikum

Kang Gary Meninggalkan Running Man - Nad ni bab-bab gosip korea memang tak amik tau la. Tak pernah pun layan cerita Korea. Cuma satu rancangan Korea je nad layan iaitu Running Man. Memnag suka giler. Setiap orang dalam tu memiliki personaliti berbeza. Pernah buat entry pasal Running Man..

Running Man Best Ke??
Kenapa Running Man Best Dan Digilai??


Dan macam baisa nad akan blogwalking blog orang. Dan nad terbaca dekat tiga blog dah mengatakan Kang Gary akan meninggalkan Running Man. Serius!!!..Kang Gary ni takde la hensem mana, takde lawak mana, tapi kadang-kadang lawak juga, blur juga..hehee..nak menipu pun tak pandai.

Dan selalu diejek yang rupa dia ni macam sotong. Kesian giler!! Paling best bila dia dengan Ji Hyo digandingkan sebagai Monday Couple..Tapi lepas ni semua tu takda..T_T...mesti lain macam bila Gary takda...


Gary nak berhenti dari Running Man sebab dia nak tumpukan pada muzik dia.  "I want to spend more time on music, and I want to study it more" - Kang Gary. Walaupun Gary sudah dipujuk oleh staff Running Man untuk tidak keluar dari Running Man tapi ianya tidak mengubah keputusan Gary. So, staff Running Man hormat dengan keputusan beliau tersebut.

"We sincerely thank Gary for putting everything into the show for 6 years, as one of the original members of Running Man. Gary wishes to focus on his career as a musician, and we wish him the best" - production staff Running Man



Gary akan bersama untuk kali terakhir dengan Running Man pada 31 Oktober nanti. Apa kan jadi deka cerita Running Man nanti tanpa Gary..huaaa..Mesti last episod tu sedih gilerrr..Lagi-lagi Ji Hyo..semua la sedih..entah-entah dengan nad sekali sedihh...huaaaa..why!!..why!!//why!!...Apa-apapun semoga berjaya Kang Gary.


hai assalammualaikum

Safi Shayla Pek Fleksi Lebih Jimat Dan Fleksibel - Nad pernah pakai syampoo Safi Shayla ni. Memang best. Pertama kali keluar iklan memang terpengaruh sebab botol dia yang cantik dan warna warni tu. Lagi satu, sebab ada Habatus Sauda yang banyak manfaatnya. Korang boleh baca entry nad tentang penjagaan rambut dengan shampoo Safi Shayla ni.

RESEPI DAGING MASAK SAMBAL KICAP

in , by Nadia Johari, 01:17:00
hai assalammualaikum

Resepi Daging Masak Sambal Kicap - Memandangkan suami nad tak berapa suka makan kicap, nad pulak teringin makan kicap, jadinya nad perlu membuat suatu inovasi terhadap kicap tu..eh..yeke..betul ke nama dia inovasi..hahhaa..main belasah je kan ko nad..Mr mafia suka benda yang pedas, dia tak boleh makan makanan yang manis. Sebab tu setiap makanan yang nad buat kena ada rasa pedas. Jadinya untuk buat kicap ni, nad bubuh dengan sambal.


Meh nad bagi resepi. Ala benda macam biasa je. Tapi nak bagi juga resepi. Nak kongsi dengan korang kan. Walaupun korang lagi pro masak..hehee..Ok jom kita mulakan.

Bahan-bahan

Bahan utama ialah Daging. Daging dihiris nipis-nipis.

Bahan A
- Bawang merah **
- Bawang putih 8*
- Jintan manis **
- Jintan putih **
- Bunga lawang
- Kayu manis
- Halia **
- Kicap
- Garam
- Perasa

** Semua yang bertanda , di blender bersama

Bahan B
Sambal
- Cili kering direbus dahulu. Baru sedap.
- Bawang merah
- Bawang putih
- Ikan bilis

Semua bahan ni diblender bersama.

Cara membuatnya
- Masukkan sedikit minyak. Setelah panas, masak bahan A sehingga naik bau. Lepas tu masukkan bahan B dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan pula sesudu kicap. Masukkan Garam dan sedikit perasa.
- Setelah bahan tadi masak, masukkan daging dan gaul sebati.
- Masukkan air penuh sebab nak bagi daging empuk.
- Lepas air dah surut, daging dah empuk,bolehla angkat...aummm
- Dah boleh makan..hehee
hai assalammualaikum

Pemain Drum Terkenal Black Wings - Haritu pergi kenduri kawin rumah kawan mr mafia. Dah habis makan tu,mr mafia borak dengan seseorang. Nad dalam hati macam biasa tengok lelaki ni, tapi dekat mana ye..ermm..Pelakon ke??..Biasalah , kadang ingat muka tak ingat nama..hehehe. Masa tu mr mafia pegang Fariza, tiba-tiba Fariza terus nak pergi dekat lelaki tu.


Dengan selambanya dia, terus melekat dekat lelaki tu. Daddynya nak amik dia tak mau..hahaa. Agaknya muka lelaki tu sama dah dengan daddy dia, cuma kulit berlainan sedikit..hahaha. hidung dah hampir sama tu..hahaha..


Relaks je..heyy awak..tu bukan daddy awak la..hahhaa..

Lepas tu baru dia tersedar kot. Terus pergi dekat daddy sebenar dia..Peluang nad bertanya dekat mr mafia. Siapa lelaki tu. Mr mafia pun cakap la " tu pemain drum kumpulan wings, Black '..lorrr yeke..hahaa..baru teringat..ok. Macam mana nak ingat, tengok rambut la dah pendek. Selalu rambut dia panjang..hahaa..


Video dia main drum..fuhh..


Oh ni pengantinnya..Selamat Pengantin Baru kak Putri. Semoga bahagia sampai ke anak cucu.
hai assalammualaikum

Servis Cleaner Maideasy.my - Tak larat kemas!! Penat kemas!! Semestinya. Setiap hari, nad perlu pastikan rumah sentiasa bersih. Selalunya, pagi kemas dapur, lepas tu terus ke ruang tamu. Habis bawah pergi atas pula, bersihkan bilik. Ya, rumah nad ni dua tingkat, tepi jalan pulak tu. Habuk memang selalu ada. Sebab tu setiap hari kena bersihkan rumah. Bersihkan sorang-sorang tanpa ada pembantu. Nak suruh suami,ermm..paham-paham jela.


Kalau sebelum ada anak, bersihkan rumah dalam satu hari je, satu rumah boleh bersih, tapi, sejak ada anak, mop rumah pun 2minggu ke 3 minggu sekali..haishh..Takkan nak biarkan rumah berhabuk, kotor kan, jadinya nad perlukan pembantu rumah sambilan. Cukupla dapat bantu mop lantai dan bersihkan bilik air pun dah memadai. Sesekali nak berehat dari mengemas..haha. Orang perempuan ni dapat berehat sehari pun ok. Mana nak dapat pembantu rumah sambilan?? Ada je ni ha, nad guna maideasy.my . Bestnya maideasy ni, partime maid dia orang tempatan, orang melayu. Senangla nak berkomunikasi.

Kelengkapan barang sendiri

Nad booking maideasy.my seminggu awal. lepas booking akan dapat sms telefon. Dapat sms telefon  mengatakan cleaner berkenaan akan datang rumah dalam pukul 9.00 ke 9.30 pagi. Dan harini dia datang jam 9.10 pagi. Okla kan. Menepati masa gak kan. Datang je terus tanya perkakas untuk mengemas. Diumukan mereka tak bawak alat kelengkapan mengemas, semua barang kita guna je. Diaorang cuma bawa diri je. Jadi pastikan dekat rumah lengkap dengan kelengkapan untuk mengemas rumah.

Puashati dengan Maideasy.my

Nad amik package popular iaitu RM80 untuk 4 jam pembersihan. Sepatutnya yang datang seorang je, tapi tiba-tiba datang dua orang. Rupanya yang seorang tu dia baru masuk kerja, kena training la. Bagusla datang dua orang, sebabnya rumah nad, kalau seorang je bersihkan, memang tak larat..hehhe..



Harga paling rendah RM20. Ada juga harga lain. Korang boleh tengok dekat gambar ni. Kira okla, diaorang datang sendiri.  RM20 adalah harga normal. Jadi untuk 4jam harga RM80 termasuk gst.

RM25 perjam ni untuk immedietly booking ( kebiasanya untuk booking kene 2 hari awal..jika  cust nk immdietly kene cas  RM 25) . RM76 adalah harga pakej setiap minggu selama sebulan contohnya korang dah tak perlu booking setiap minggu da...automatik maid  akan datang rumah sminggu skli pada hari yang korang tetap kn

Harga untuk weekdays and weekend lain. Weekend mahal sikit berbanding weekdays.








Ingat datang lap-lap tempat biasa je ke, takdenya..habis semua dia bersihkan, habis setiap sudut dia cuci. Dari dapur, bilik air, jamban, ruang tamu, almari, bilik tidur, mop lantai..fuh..Yang ni untuk basic je..memang wajib diaorang buat..



Ada juga special request yang korang boleh mintak, macam nad, mintak lap tingkap. Dah lama tak lap tingkap, habis kotor. Untuk special request lain bersihkan dalam peti sejuk, tingkap, gosok baju dan bersihkan dalam almari.





Hasil selepas 4 jam mereka mengemas, tu diaa..kilat weii..ada habuk dekat dapur, nad tak pernah bersihkan..habuk dekat dinding, tapi diaorang dah tolong nad bersihkan..suka giler..Dengan bahagian dapur yang berminyak - minyak tu pun partime maid ni lap sampai bersih .

Semuanya memang bersih. habis disentalnya semua bilik air, dan lantai.

Bilik tidur pun bersih dah..

Selain bersihkan rumah, maideasy.my ada buat servis lain juga, seperti mengecat, angkut barang dan bersihkan karpet. Rasanya nak suruh lipat baju pun boleh..hahaha..

Kalau korang terdesak, malas memang tahap tinggi nak kemas rumah..hah! guna je maideasy.my ni. Sebulan sekali pun ok..sesekali nak rehat kan..hehhee. Jadi si suami,kalau sayangkan isteri, bolehla suruh maid partime ni datang rumah bersihkan rumah. bagi isteri rehat jap..yang isteri tengah berpantang pun tu, hah!! boleh guna maid partime dekat maideasy ni..kann..

maideasy.my/link/Zt5XV

Boleh tekan banner untuk booking

Nak tau lebih lanjut boleh layari:
 Web : Maideasy
Facebook : www.facebook.com/maideasy.my
Instagram: www.instagram.com/maideasy.my
Operasi : 9 am to 5 pm (Daily)
( tutup pada cuti umum )



 


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2