hai assalammualaikum

Gegarvaganza 3, Layan Habis - Untuk Gegarvaganza 3 ni, nad memang layan habis, siap rekod lagi. Tak macam Gegarvaganza sebelum ni, sekejap tengok sekejap tak tengok. Mungkin sebab untuk Gegarvaganza 3 ni, penyanyi semua yang dah lama tak muncul di televisyen, walaupun sesetangah penyanyi ada yang nampak berlakon beberapa cerita. Semua penyanyi memang mempunyai suara mantap. Dan pemilihan lagu yang diberi pula, memang lagu yang dah lama tak dengar.

Pemilihan Lagu di Gegarvaganza 


Bersoal tentang pemilihan lagu, Untuk semalam, lagu Ameng pula bertajuk Tiara. Ada part lirik lagu tu "Di penjara terkurung terhukum, Hanya bertemankan sepi", dan Ameng buat persembahan di dalam penjara. Korang tau kan yang Ameng pernah dipenjara. Mungkin bila masa dalam tirai besi tu, dia dapat rasakan dulu, dan sewaktu dia berjalan keluar daripada sangkar besi itu,  dia terlupa lirik, ketara sangat, sampai dia menggelengkan kepala. Walaupun Ameng terlupa lirik ulasan juri, Datuk Zainal Abidin yang memuji-muji persembahan Ameng kerana dia sentiasa menghayati lagu yang dinyanyikan.


Kalau sebelum ni, Elly Mazlein menerima lagu yang hampir sama macam kisah hidup dia. Tidak habis dengan kontroversi rumah tangga, kehadiran Elly Mazlein didalam Gegar Vaganza turut menjadi perhatian orang ramai. Malah tugasan lagu yang diberikan setiap minggu pula membuatkan ramai yang menganggap program itu seolah mengenakan penyanyi itu yang baru sahaja .

Pada minggu pertama program tersebut, Elly diminta menyanyikan lagu Berpisah Jua yang turut memberikan kesan kepadanya. Manakala pada minggu kedua pula, Elly diberikan pula lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan. Ketiga pula Perawan atau Janda. Sementara itu, masalah kesihatannya juga menjadi salah satu faktor dia tidak dapat membuat persembahan terbaik. Tapi Kak Lina Pom pom dah buat sebolehnya. Tapi dia, telah tarik diri atas sebab tertentu. Ala korang dah tau kan.


Ni la adat pertandingan, kena terima dengan tabah. Yang penting lupakan kisah lama, buat yang terbaik. Untuk minggu ke lima, Shidi telah tersingkir..tapi nad tengok dia ok je..huhuhu..takpela..ada rezeki mereka di luar sana. Good luck korang.

TIPS MEMILIH BRIDESMAID

in , , , by Nadia Johari, 21:42:00
hai assalammualaikum


Hati-hati Pilih Bridesmaid -Dulu masa nad kawin memang nak sangat bridesmaid. Yela, ramai-ramai diapit dengan gadis-gadis, terutama bridemaid tu kawan kita. Tapi kawan dekat semuanya dah sibuk, kawan jauh hanya datang waktu majlis persandingan. Nak kata diaorang bridesmaid jugakla, walaupun tak macam bridesmaid pun..hhhee. semua kawan-kawan sekolah Unversiti. Universiti Utara Malaysia, itulah kampus kitaorang belajar. Diaorang semua datang dari jauh, ada dari pahang, Kelantan, dan Kuala Lumpur. Memang rancang siapa kawin akan pakai baju sama..ahaha.sweet je. Ssetengah je pakai baju sama, lain ikut awokla..hehe.. Jadi boleh katakan bridesmaid tak..ehehe.
hai assalammualaikum

Cara Fariza Susu Bila Dah Setahun - Bila nad baring je, mulalah dia datang. Datang terus buka baju, tangan meraba-raba. Bila tak dapat menangis, dah jumpa dan hisap, bukan main suka dia lagi..hahahaa. Jangan fikir macam-macam, ni pasal anak kita yang dah setahun lebih ni. Perilaku dia nak susu badan, dah macam-macam sekarang.

Sebelum ni tengok anak buah je, cara susu macam tu. Sekarang kena dekat diri sendiri..hahaa. Memang tak boleh tengok nad baring, asal baring cepat-cepat dia datang nak susu. Rimas!!, ermm..memang kadang rimas, tapi dah sayangkan dia, kita biarkan jela. kadang kelakar tengok gelagat dia macam tu..hahaa. Dengan susu menonggeng la, dah macam apa.


Tak puas dengan menonggeng, tak selesa kot, dia tindih badan kita pulak. walaupun berat dia 7.2kg, tapi nad rasa macam terbeban jugak la bila dia tindih..hahaha. Masa tu dia ngempeng sampaila tertido. Masalahnya bila dia cari posisi tu, fuh, ditindih banyak kali. Kita ni sebagai mak redha jela kan..Biorla dia nak buat apa, janji selesa dan tidur lena.

Tidur pun nak menonggeng, dah pandai buat aksi tonggeng-tonggeng ni..haha..

Pernah cerita dekat blog tentang 10 perkara lucu yang berlaku ketika anak susu..masa ni Fariza baby la. Sekarang dah besar macam tu pulak..hehee..macam-macam ragam.
hai assalammualaikum

12 Lagu Berjaya Ke Anugerah Juara Lagu 31 - Selalunya Separuh Akhir Muzik-Muzik akan buat tiga siaran pertandingan untuk ke Anugarah Juala Lagu, tapi kali ni dia buat dua kali sahaja. Ermmm..makin lama makin pendek pulak kan. Ke memnag dah tiada masa. Semua lagu-lagu yang tercalon, lagu terbaru, yang selalu kita dengar di radio.

Separuh Akhir Muzik Muzik 31 dihoskan oleh Fizie Hot FM dan Fara Fauazna, manakala persembahan peserta separuh akhir diadili oleh juri profesional iaitu AG Coco, Habsah Hassan, Yasin Sulaiman, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Johan Nawawi, Azlan Typewriter dan diketuai oleh Dato’ Ramli MS.


SENARAI 12 LAGU YANG BERJAYA KE ANUGERAH JUARA LAGU 31

Setelah dua hari berlangsung maka inilah 12 lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke 31
1) Lelaki Teragung – Dayang Nurfaizah (Natasyah/Iman Imran)
   
2) Terakhir – Sufian Suhaimi (Shirkhan/Rinkarnaen)

3) Sudah Ku Tahu – Projector Band (Razif)

4) Selamanya Cinta – Shila Amzah & Alif Satar (Shila Amzah)

5) Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip (Ajai)

6) Ku Rela Dibenci – Aiman Tino (A.C.K/Riena)

7) Di Amaran Mama – Hazama/The Penglipur Lara (Ajai/Ad Samad)

8) Obses – Akim & The Majistret (Hang Nadim & Laq)

9) Setia – Elizabeth Tan feat Faizal Tahir (Faizal Tahir/Mike Chan, Ezra Kong)

10) Hang Pi Mana – Khalifah (Harry Khalifah/Yabang Khalifah)

11) Kalah Dalam Menang – Syamsul Yusof feat Mawi (Syamsul Yusof)

12) Anugerah Terindah – Black (Omar K)

Siapakah dan lagu manakah agaknya ye yang bakal merangkul gelaran juara nanti.. Sama-samalah kita tunggu dan lihat...
hai assalammualaikum


Lazada Online Revolution 2016 (#LZDMYRevolution )  - Harini dapat satu parcel besar punya. Punya teruja, apa barangnya ye?? Sekali buka,tu dia.. tengok kotak dia dah lawa , buka kotak, kemas je dia susun barang dalam tu. Kita pun belek la satu-satu apa yang ada dalam tu. Macam-macam jenis barang daripada pelbagai jenama ada. Jenama bukan yang biasa tapi jenama-jenama yang hebat tau tak..Teruja sangat bila dapat. Nak tau apa barang dalam Parcel Of Joy ni?? Hah baca sampai bawah ok.

Lazada Online Revolutio: Box Of Joy


Box of Joy hadiah daripada Lazada sempena berlangsungnya Lazada Online Revolution bermula harini iaitu 11 November dari pagi tadi. Siapa tak kenal Lazada, shoping online yang terkemuka. Lazada sekarang tengah ada sales yang giler-giler ok!! Siapa tak suka shoping online, lagi-lagi kalau ada nampak harga barang tu murah. Pelbagai produk yang menarik di sediakan oleh pihak lazada dengan harga yang pasti membuatkan korang teruja. Rebut jangan tak rebut korang semua. Tadi pun nad dah buka link Lazada, terus berpinar mata nak pilih barang..hahaa.. Jangan risau Lazada Online Revolution sehinga 12 December 2016. Semuanya dihujung jari. Tak perlu nak berpusu-pusu pergi shoping mall, bila time sales, dengan ramai orang..huhu


Ada waktu-waktu tertentu jualan ni. Jadi korang savela date mana tempat yang korang suka.  Lagi senang korang save je gambar ni supaya tak lupa..huhuhu..

Tema untuk Lazada Online Revolutions ialah "Brands for All"  . Lebih 1000 jenama yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan termasuk lebih 50 000 peniaga tempatan dan luar negara yang mengambil bahagian. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.

 Mengapa Anda Perlu Membeli-belah semasa Lazada Online Revolution?
- Bagi keseluruhan bulan, korang akan dapat pelbagai tawaran eksklusif.
- Korang boleh membeli-belah produk dan barangan dari pelbagai kategori dengan mudah melalui desktop / laptop atau aplikasi mudah alih
- Korang akan berpeluang untuk menikmati tawaran wang penjimatan istimewa dan diskaun yang anda tidak akan dapat dari mana-mana jualan yang lain!

Apa dalam Parcel Of Joy Ni??


Hah ni la dia yang dalam parcel tu. Nampak tak, Macam-macam brand ada. Ada mamypoko, nescafe, olabola nestle , tefal, maggi , fuh.memang buat hati ni gembira.. #lzdmyrevolution .Dekat Lazada ni semua ada,dari kelengkapan rumah, dapur, kecantikan, makanan, korang tinggal klik je mana korang nak beli. Memang lengkap semua. senang dan mudah bila beli online ni. Lagi-lagi bila tengah sales ni. Dari korang berebut dekat luar, berpusu-pusu dengan orang kan.

Ni antara barang nad dapat
Mamy Poko Wipes : http://www.lazada.com.my/mamy-poko/
Maggi Royale White Tom Yam : http://www.lazada.com.my/maggi/
Loreal Hair Treatment : http://www.lazada.com.my/l-oreal-paris/
Nestle Milk : http://www.lazada.com.my/nestle/
Nescafee White Coffee Pandan : http://www.lazada.com.my/nescafe/
Sandisk Dual Drive : http://www.lazada.com.my/sandisk/
Lactokid : http://www.lazada.com.my/lactokid/
Tefal Manual Chopper : http://www.lazada.com.my/tefal-official-store/
Ola Bola Bag Milo : http://www.lazada.com.my/milo/
Voucher Shopping Lazada : http://www.lazada.com.my/online-revolution-vouchers/


Cantik kan beg Ola bola tu, korang boleh dapatkan dekat SINI untuk pembelian milo bundle. Beg ni boleh bawak balik kampung..


Yang ni untuk anakku Fariza. hah!!, lepas buka je terus dia nak sambar..Sabar nak ye..sabar.. Nak dapatkan produk Nestle boleh ke SINI. Nescafe tu minum masa hujan, waktu pagi tekak segar je..

Mamypoko, buat lap untuk Fariza. Memang best guna jenama mamypoko. Lembut je.


Maggi Royale Thai white ni, sedap sangat di makan waktu malam..hehee. Tengah-tengah lapar, nasib ada maggi. Rasanya masam-masam manis gitu..nyum,nyum.. Memang terangkat bila minum sekali dengan Nescafe White Coffee perisa pandan tu..aummm..


Yang biru tu pertama kali nad tengok..hahaa. Speaker kau..fuh, nak cuba ni. Pendrive sibuk pulak suami kita nak..hahaa. Nak gajet, boleh pergi ke SINI.


Kalau bab kecantikan mestilah nak sangat kan..hehe..boleh pergi ke SINI. L'Oreal Professionnel Mythic Oil dapat melembap dan menyuburkan rambut. Dirumuskan dengan gabungan mewah alpukat dan anggur minyak serta Vitamin A, B1, B2, D & minyak Omega 3 agar dapat melembapkan rambut, anggun dan berkilat. Mythic Oil Nourishing Oil sesuai untuk semua jenis rambut. saiz 125ml

Manfaat Utama:
- melembapkan dan menyuburkan rambut.
- perlindungan haba.
- mengurangkan masa pengeringan.
- rambut nampak bersinar


Yang ni paling best weii..Tefal manual chopper ni. Nad kan surirumah, selalu masak. Mudah bila ada benda ni. Wah, terus rasa nak chop-chop je..hahaha.. Rezeki bila dapat tefal ni, dahla warna hijau, memang sesuai letak dapur sebab dapur semua barang warna hijau..syukur sangat. Boleh tengok dekat SINI.

http://www.lazada.com.my/online-revolution

Hah korang apa lagi. Sila-silalah tekan link http://lazada.com.my/online-revolution ni atau klik je banner tu. Lazada buat setahun sekali je weii..Lazada Online Revolution ni dari 11 November sehingga 12.December 2016. Selamat bershoping korang. Tadi nad pun dah tershoping..hahaha.

RESEPI KERABU PAKU PAKIS YANG MUDAH

in , , by Nadia Johari, 09:45:00
hai assalammualaikum


Resepi Kerabu Paku Pakis Mudah - Nad memang suka makan pucuk paku ni. Tak kirala buat lemak ke, tumis ke, atau kerabu. Sedap sangat...haritu balik kampung,mak nad ada bagi benda untuk buat kerabu. Kira dah siapla , tinggal campak je dekat sayur. Jadi haritu pergi pasar, carilah sayur pucuk paku ni. aummm..Nad tak guna semua pucuk paku, sebab yang lain nad masa tumis. 

Suami tak berapa suka kerabu melainkan kerabu tu betul-betul ikut citarasa dia, dia makanla. Kita ni asal nampak sedap telan je..hahaa.Kerabu ni mudah nak disediakan dan tak sampai 15 minit siap la kerabu ni. Ada gak tengok resepi orang lain, macam-macam nak buat kerabu ni erk, tapi nad pilih yang mudah jela.


Ni la dia benda tu yang dah siap. Tak tau la nama nak dipanggil apa. Mungkin kelapa yang dah diproses, dengan segala bahan kot..hahaha. Walaupun dah ade bahan ni, tapi nad tetap buat bahan lain untuk jadikan lebih sedap.

Bahan-bahannya
- Paku Pakis
- Bawang besar
- Garam
- Gula
- Cili padi
- Cili merah
- Serai
- Belacan
- Kelapa yang dah siap.

Cara penyediaan
- Bersihkan paku pakis dan celur sebentar, untuk bagi dia lembut.Setelah lembut masukkan dalam bekas.
- Potong bawang, potong nipis-nipis dan masukkan ke dalam paku pakis
- Tumbuk belacan, cili padi dan cili merah serta serai dan masukkan ke dalam paku pakis tadi.
- Gaul semua bahan sehingga cukup mesra dan masukkan kelapa parut serta bubuh garam secukup rasa . Gaul lagi dan jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Kalau ade taugeh lagi sedap. Tapi lupa pulak nak beli. Kalau nak ada kuah, boleh bubuh santan. 

RESEPI BEGEDIL DAGING SANTAPAN MALAM

in , by Nadia Johari, 17:09:00
hai assalammualaikum

Resepi Begedil Daging - Hah!!, tadi dah buat entry begedil untuk anak, ni pulak, begedil daging untuk nad dan suami. Nad memang suka makan begedil daging ni. Kalau sebelum ni tengok mak buat je, kita yang tolong bulat-bulatkan. Harini, nad buat sendiri pulak..hehhe. Bila datang kerajinan tu memang macam ni la rupa dia. semua bahan pun ada dan lengkap. Tapi adalah bahan yang takda, tapi tu takda pun takpe, tetap sedap. Makan begedil ni, boleh makan macam tu sahaja.


Hah!!..ni la rupa begedil daging. Dagingnya pun padat akalu buat sendiri..hehee. Penuh, tu yang kunyah-kunyah tak berhenti. Sambil tengok tv, sambil makan..hahaha. Ni makan untuk dua orang. Tapi nad lebih makan..sebab sedap sangat..eh kita buat mestilah sedap..haha. Dua orang bolehla buat, kalau ramai, kena ada pembantu..huhuhu..

Bahan-bahannya
- Daging
- Kentang
- Lada Hitam
- Daun sup
- Telur
- Garam
- Gula

Cara membuatnya
- Daging dan kentang direbus sehingga empuk.
- Selepas empuk, daging dikisar dan kentang dilenyekkan.
- Tumbuk lada hitam dan campurkan dalam daging dan kentang bersama.
- Bubuh garam dan gula sedikit.
- Gaul-gaul bagi serata.
- Lepas tu bubuh daun sup, dan gaul.
- Bentukkan begedil bulat-bulat dan disalut dengan telur yang telah dikacau supaya melekat.
- Dah siap proses, goreng la, apa lagi..ehehe.
- Goreng jangan sampai hitam, sekejap je ok.

Ok selamat mencuba.

RESEPI BEGEDIL SAYURAN UNTUK FARIZA

in , by Nadia Johari, 12:28:00
hai assalammualaikum

Begedil Sayuran Untuk Anak 1 tahun - Bila nad rasa nak makan begedil, nak buat begedil, terfikir pulak dekat anak. Tapi takkan nak bagi yang orang dewasa punya siap ada lada hitam tu. Setakat ni memang nad tak bagi lagi garam dan gula dekat makanan Fariza. Kalau nak maniskan makanan, nad selalu bubuh kurma. Jadinya terfikir untuk buat begedil untuk Fariza. Benda berkhasiat, jadinya buatla begedil sayuran untuk anak. Ingatkan nak campur ayam, tapi ayam dalam freeze, nak tunggu dia cair, lambat pulak, jadi lupakan. Tu boleh buat kemudian hari.


Nak buat begedil sayuran ni sama je macam buat begedil orang besar makan, bezanya sayur la lebih. Lagi satu sebab tak guna garam dan gula kenala bubuh something yang sweet..Ni la nad rupanya selepas siap. Hitam sikit, sebab budak ni dah boring main sendiri, dia cari mommy dia dekat dapur. Jadinya kena la dukung dia. Kalau tak menangis tak henti. Takpe, sambil-sambil tu tengok mommynya memasak, dah besar boleh belajar masak..ehhee. Walaupun nampak macam hitam, tapi nasib rasanya tak pahit. Berselera fariza makan. Dari 4 ketul, dia makan tiga setengah ketul..perghh..Ni tahap lapar sangat atau sedap sangat mommy masak..hahaa.

Ok ni bahan-bahannya.
- Kentang ( 1/2 sahaja. Sebab dia seorang makan. 1/2 pun dapat 4 ketul tu hah )
- Sayur brokoli
- Sayur Lobak
- Daun Sup
- Kurma
- Telur
- Minyak sedikit, jangan penuh

Cara penyediaan
- Stim kan kentang, sayur brokoli, dan lobak.
- Setelah masak, lenyekkan kesemua bahan dengan lesung. sayur tu kalau boleh jangan hancur sangat. Tumbuk sekali kurma yang telah dibuang biji.
- Ambil bahan yang telah dilenyek di dalam bekas dan bubuh daun sup. Selepas itu, gaul bagi sama rata.
- Bentukkan bahan-bahan itu berbentuk bulat.
- Ambil bekas lain untuk pecahkan telur dan kacau. Kegunaan telur, begedil yang siap dibentuk bulat, disalut dengan telur supaya melekat. susun elok-elok supaya mudah nak digoreng.
- Bubuh minyak dalam kuali sedikit. Dan masukkan begedil yang telah siap tadi.
- Dah pusing-pusing, angkatla siap..jangan bagi hangus ok..ehhee..

Baby suka, ibu gembira..baby kenyang ibu puas hati..hahaha..

-
hai assalammualaikum

Video Reaksi Anak Bila Daddy Pergi Kerja Dan Balik Kerja - Pantang sangat Fariza ni kalau nampak daddy dia. Sekarang pergi mana-mana cari daddy dia. Nampak je muka daddy dia, gembira lain macam. Tak sama macam dia nampak muka mommy dia. Oh sadis!! Fariza pun tau, bilik kerja daddy dia dekat atas. Padahal tak selalu pergi bilik kerja daddy dia. Kalau lalu tangga, mesti dia ajak naik tangga, nak pergi bilik kerja daddy dia la tu. Lepas tu, bila kitaorang berdua panggil Fariza, nak tau siapa dia pergi, dia pergi dekat daddy dia ok..oh, jelesnya mommy..Tapi bila lapar, pandai pulak cari mommy dia..ngrrr..


Fariza lagi pantang bila nampak daddy dia bersiap kemas hensem dengan topi semu bagai. Dia tau, daddy dia nak keluar. Sejak usia dia 10 bulan, daddy dia dah ajak dia keluar jumpa kawan daddynya. Daddy nya cerita, Fariza baik je, duduk, main sendiri. Sejak tu, bila daddy dia nak keluar, di akan siap-siap kejar daddy dia nak ikut. Siap pegang kaki, suruh angkat nak ikut keluar...hahaa.

Video reaksi Anak Bila Nampak Daddy Pergi Kerja Dan Balik Kerja


Kalau daddynya pergi kerja, memang tak bawakla dia. Lepastu mula la menangis si kecik ni. Menjerit sekuat hati. Masa tu la nad memujuk macam-macam, last-last bagi susu gantung..hahaa..senyap..

Fariza dah peka dengan kereta daddy dia. Asal dengar je, dia terus stop main, terus lari ke pintu. Bila daddynya bagi salam, terus menjerit, " atatattataa"..bahasa dia..paham-paham jela. Bukan main seronok bila nampak daddy dia depan pintu. Terus lari..arghhhh!!..Amboii, bila mommy takda macam tu..huhhuhu..

Memang la kan, anak perempuan ni rapat dengan ayah..huhu..
hai assalammualaikum

Perbuatan Fariza Yang Menyentuh Hati Seorang Ayah - Dah beberapa minggu baru nak cerita..hehehe. Banyak sangat benda nak update dekat blog ni. Sampai terlupa nak cerita. Harijadi Fariza haritu, daddy dia ada belikan hadiah untuk Fariza. Sebenarnya dah upload dekat facebook videonya. Daddynya janji nak belikan masa harijadi dia, tapi terlari bajet. Jadinya tunggu beberapa hari. Dan haritu daddynya tunaikan janji nak bagi hadiah dekat Fariza. Yela pertama kali sambut harijadi, mestilah nak hadiah.


Kitaorang pun pergila kedai baby Manjaku. Pilih punya pilih, dia terujanampak kereta tu. Punya khusyuk nak naik. Lepas tu, ternampak kereta bentuk train. Kereta tu banyak fungsi, jadi bukan sekadar ada stereng sahaja. Daddynya kalau beli memang tengok betul-betul, yela anak nak membesar. Pada masa sama, beli mainan yang banyak fungsi, biar otak Fariza berkembang sikit. Lagipun, Fariza ni suka tengok cerita Thomas and Friends. Jadi beli dan bayar.


Sampai rumah, bukan main seronok dia. Sampai tak sabar nak suruh buka hadiah dia. Ditolak kotak tu ke daddy dia suruh buka. Dia pun nak join buka. Korang boleh tengok video ni. Tengok sampai habis, sebab bahagian last, tak berapa last la, dia buat sesuatu yang menyentuh hati dan mengejutkan kami berdua.



Kalau korang perasan, bahagian last tu, dia ada hulur tangan. Masa tu kitaorang takda pegang apa-apa pun. Dan kitaorang fikir dia nak salam. Ya, memang betul, dia nak salam dan cium. Allahuakbar, bijaknya dia. Nad sendiri terkejut. Dia hulur sendiri, bukan kitaorang suruh. Siap nak buat flying kiss. Semua tu diajar daddy dia. Biasalah mommy banyak kerja lain nak buat..hahaa. Dady dia tersentuh hati bila tengok video ni..hehee.

Bila dengan Fariza, nad pun akan biarkan dia teroka. Bercakap apa dia nak, lepas tu kita nyahut balik cakap dia. Bila perbuatan dia salah, ajar jangan ke situ lagi. Fariza memang cepat tangkap. Jadi kena hati-hati kalau buat apa-apa depan dia..huhu..Semoga nad dengan mr mafia mampu didik dia jadi anak berguna.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2