hai assalammualaikum

Percutian Pertama Fariza Usia 11 Bulan - Dalam entry ni banyak gambar Fariza semasa bercuti di Legoland. Saje nad letak dalam ni sebagai kenangan. Ni la kali pertama Fariza jalan bercuti. Memang seronok bila ada anak, nak berjalan tu lebih semangat. Lagi-lagi Legoland ni memang sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun masa tu dia tak tau apa-apa, tapi dia enjoy dengan tengok orang sekeliling, dan permainan yang ada dekat situ.

Masa pergi sini, bukan pergi bercuti keluarga suka-suka, tapi pergi atas nama blogger yang perlu bekerja. Nad memang suka bercuti, tapi kewangan tidak mengizinkan untuk travel. Mr mafia, kerja sendiri, kewangan kadang tak berapa nak masyuk. Kalau ada pun, duit tu untuk keperluan kami makan, minum. Kerja sendiri bukan dapat duit bulan-bulan, kena berusaha untuk dapatkan duit. Duit hasil blogging pun nad simpan untuk kecemasan. Kalau nak beli sesuatu, kenafikir dulu kenapa nak beli. Tak boleh suka-suka beli. Bila dapat peluang macam ni, nad teruja sangat, lagi boleh bawak Fariza. Ni la salah satu cara untuk nad travel walaupun dalam Malaysia.

Usia dia 11 Bulan, dia dapat bercuti ke Legoland Johor. Waktu ni ada event Halloween di Legoland. Tengok gelagat anak, kita pun gembira. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Nusajaya Johor ambil masa beberapa jam jugakal, dengan kereta kitaorang yang tak berapa laju..huhu. Tapi kami sekeluarga sampai dengan selamat. Waktu tu la amik gambar Fariza setiap saat, apa dia buat tu.

Kaunter Tiket Theme Park Legoland


Seronoknya tengok muka dia tu..senyum je..hehee. Dah lena tidur dalam kereta, bila sampai gembirala.







Masa ni dekat Lobby Hotel Legoland untuk check in. Dalam ni ada tempat khas untuk anak-anak bermain. Takda la diaorang boring menunggu. Entry boleh baca http://miszrockers.blogspot.my/2015/01/bercuti-di-legoland-malaysia-bersama.html dan http://miszrockers.blogspot.my/2016/10/promotion-hotel-legoland-khas-halloween.html

Theme Park Legoland 





Dalam Theme Park.

Hotel Legoland




Boleh baca http://miszrockers.blogspot.my/2015/01/review-hotel-legoland-hotel-yang-sangat.html
dan http://miszrockers.blogspot.my/2016/10/promotion-hotel-legoland-khas-halloween.html

Water Park Legoland



Masa dia nampak air, dia cuak juga,lama-lama dia ok, dan berenang sendiri..Panas pun panas la, yang penting enjoy..hehehee..

Theme Park Legoland Hari Kedua


Lepas mandi Waterpark, dia tidur. Lepas tu terjaga, dan terus ajak masuk Theme Park. Terus mengamuk, sebab tak puas tidur


Tak suka naik troli





Masuk sini ok sikit, sebab ada Lego





Dah habis...hehee. Bila la dapat bercuti lagi.
hai assalammualaikum

Program Cuti Sekolah Lil Camp 2016 - Hah cuti sekolah dah nak dekat, selain pergi bercuti, mak bapa bolehlah hantar anak-anak ke satu program yang bermanfaat untuk anak mereka. Daripada anak membuang masa, baik hantar untuk mempelajari agama. Pelajari agama dengan cara yang menyeronokkan. Budak-budak kansuka benda yang menyeronokkan kan. Takda la diaorang cepat bosan. Pada masa yang sama, diaorang dapat ilmu dan belajar.


Ni ada satu program iaitu Smart Solat Lil Camp 2016. Sebenarnya, nad dapat tau dari flyers yang ada dekat peti surat rumah nad. Tengok macam bagus je, sebab program ni mengajar anak membaca al-quran, solat, wudhu dan macam-macam lagi. Sebelum nad tulis dekat blog ni, nad cek dulu dekat internet, betul ke ada program ni. Yup, betul ada, korang boleh tengok dekat facebook diaorang AT Tarbiyah Islamic Kindergarten .Program ni khas untuk anak-anak usia 5-12 tahun.

Objektig program ni ialah:
- Melahirkan generasi soleh dan solehah
- semangat solat berjemaah dikalangan generasi muda
- Kepentingan ibadah solat kepada generasi muda
- Lahirkan generasi muda yang fahami Al-quran.




Di AT-Tarbiyyah Islamic Kindergarten memperkenalkan program pengisian cuti sekolah yang menawarkan modul :-
- Mendidik anak-anak cara menunaikan SOLAT dan membaca AL-QURAN.
- Mengajar anak-anak cara BERADAB dan BERAKHLAK MULIA.
- Mendidik anak-anak menjadi RAJIN dan BERTANGGUNGJAWAB.
- Memupuk anak-anak yang MENGUTAMAKAN dan MENGHORMATI ibu bapa.

SMART SOLAT LIL CAMP( ROAD TO JANNAH) 2016 KEMBALI LAGI 

- PROGRAM yang telah BERJAYA dianjurkan selama 4 tahun berturut-turut bertujuan untuk mengisi masa cuti anak-anak dengan modul pengisian yang HEBAT!

- FOKUS & MATLAMAT PROGRAM SMART SOLAT 2016:

❤SMART SOLAT
- solat di awal waktu dgn sempurna serta khusyuk serta tambahan solat sunat dhuha dan tahajud

❤SMART ZIKR & ASMA UL HUSNA
- Amalan zikir harian dan pelajar boleh hafaz asma ul husna

❤SMART HAFAZAN
- Menghafaz juz amma dan kisah serta maksud di sebalik surah

❤SMART STORIES OF QURAN
- Menjadi pengajaran dan teladan disebalik kisah dan cerita dalam al quran. KISAH QARUN. FIRAUN

❤SMART RESPECT PARENTS
 - Membentuk ADAB dan AKHLAK dalam mengenal pengorbanan ibu bapa.

❤SMART JAWI & ARAB
- Pengisian bagi anak2 yg masih lemah dalam bacaan dan penulisan jawi & arab




Ada aktiviti kumpulan dan riadah. Jadi anak-anak takdelah bosan, lagisuka sebab ramai kawan.


Untuk keterangan lanjut boleh pergi ke Facebook AT Tarbiyah Islamic Kindergarten

INFO PROGRAM:
Program khas untuk Anak usia 5-12 tahun
Alamat: AMPANG( AT TARBIYAH ISLAMIC PRE SCHOOL)
Tarikh: 5-23 DECEMBER 2016
Hari: ISNIN - JUMAAT( 3 WEEKS PROGRAMME)
Waktu :8.30AM- 12.30PM( FREE BREAKFAST & CERTIFICATE)

Contact: 019-3019180/0192967681

TEMPAT TERHAD. JOM SERTAI KAMI SEBELUM TARIKH TUTUP 5/12/2016.

MEREKA YANG BERGELAR AYAH, BACALAH INI!!!

in , by Nadia Johari, 09:42:00
hai assalammualaikum

Mereka Yang Bergelar Ayah, Bacalah Ini!! - Apabila sudah mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..

Nad dapat ni daripada group whatsup, jadi nad nak share dengan korang semua..

UNTUK RENUNGAN AYAH-AYAH


AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.

Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..

Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja...

Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..

Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..

Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..

Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..

Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.

Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..

Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawaban kelak.

Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..

Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.

Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!

Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan di masjid..
Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).

Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak

AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.

Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..


Wallahua'lam.

BERMAIN BERSAMA ANAK, TUNJUK DAN AJAR

in , by Nadia Johari, 02:20:00
hai assalammualaikum

Bermain Bersama, Tunjuk Dan Ajar - Fariza semakin membesar, sekaran dia dah berusia setahun 26 hari. makin lama, dia makin bijak dan boleh berfikir sendiri. Apa yang kita buat, yang dia nampak, dia akan ikut. Kanak-kanak yang sihat akan membesar dan dapat belajar sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling mereka dengan lebih baik. Cabaran menjadi seorag ibu dalam mendidik anak, Nad akui bukan mudah. Sejak jadi ibu ni macam-macam nad perlu belajar. Sebab budak sekarang memang pandai..ehhee.

Bila nad bersama Fariza, nad akan bermain dengan dia. Sebab dengan bermainla dia dapat belajar sesuatu perkara baru dan mempelajari bahasa. Nad akan meluangkan masa berkualiti dengan bermain bersamanya. fariza memang suka bermain bila ada kawan, jadinya dekat rumah ni, nadla kawan dia. Kalau bukan nad, daddy dia ada. Semasa bermain, nad akan pastikan, nad pun turut bermain dengan dia, bukan tengok sahaja atau keluarkan kata-kata sahaj, sebab cara macam tu, budak takkan paham.

Mainan Montessori Dari Toysdirect.my 



Mainan ni nad dapat dari Toysdirect,my. banyak mainan pendidikan dekat situ kalau korang nak. salah satu mainan ni ialah M&M. Ala makanan ringan tu, tapi yang ni mainan, besar-besar pulak tu. Bestnya mainan ni berwarna-warni. Budak kan tu yang berwarna ni. Jadi diaorang akan fokus lebih.


Mainan ni dalamnya jeli, tapi untuk Fariza, belum boleh lagi. Kang di makannya jeli tu. Tunggu dia besar baru boleh main jeli tu.


Tapi mainan ni nad tak simpan, nad bermain cara lain. Caranya, masukkan barang dalam botol sambil mengira. Benda ni besar, bila dipegang pun ok je. Lepas tu ambil botol, buka penutup dan suruh dia masukkan mainan M&M ni dalam botol.

Bermain Aktiviti Bersama Anak





Jadinya, nad akan tunjuk dan ajar Fariza membuat sesuatu perkara tu. Cara nad ajar dia, Nad akan ambil tangan dia, dan suruh dia pegang mainan tu dan masukkan tangan dia dalam botol. Buat berulang kali, sampai dia belajar sendiri masukkan. Hasilnya berjaya, akhirnya dia masukkan sendiri mainan tu dalam botol. Cara ni juga boleh mengajar anak mengemas barang mainan dia, selepas bermain. Kita turut sama berkemas.

Berikan Pujian

Masa dia buat tu, nad akan berikan pujian kepada Fariza seperti menepuk tangan dan berikan kata-kata semangat seperti “Waah pandai lah dia” atau “Bagusnya anak mama ni” dan “Yay, pandai!”. Nanti Fariza pun tepuk tangan sama. Lepas tu dia buat lagi dan lagi masukkan barang tu..hehe. Kita mak ni yang seronok juga.

Peranan ibu bapa sangat penting dalam meningkatkan kemahiran bermain. Ibu bapa membantu perkembangan si kecil adalah dengan memberi sokongan, tunjuk ajar, masa serta ruang untuk kanak-kanak mengembangkan kebolehan bermain mereka tanpa paksaan atau sekatan.

Satu peraturan yang perlu diingati ibu bapa , jangan menjadi seperti cikgu kepada anak yang seringkali suka ‘menilai’ kebolehan anak. Tapi jadilah ibu bapa yang ‘menerima’ apa saja yang ditonjolkan anak-anak, sama ada positif atau negatif. Berikan galakan, rangsangkan minat mereka dan terus memberi mereka rasa seronok dalam apa saja aktiviti yang dilakukan.

Setiap sesuatu adalah pembelajaran, baik berjaya atau tidak. Bagi anak-anak kecil, proses pembelajaran mereka adalah sepanjang masa. Jadi kena selalu bagi mereka rasa seronok untuk mencuba.
hai assalammualaikum

Saka Dalam Perutku - " Nad, kau ada bela saka ke?? Kenapa badan ko dari dulu sampai sekarang sama je " .." dia ada bela saka ni, sebab tu badan macam tu je "..itulah kata-kata orang tak kisah kawan atau keluarga..Nad hanya mampu tersenyum dan menyuapkan makanan ke dalam mulut sambil menikmati makanan tu. Tak hairan dengan kata-kata tu..hahahaa.

Memang nad ni jenis kuat makan. Wajib makan nasi yang berlauk. Tu kalau dekat rumah la. Kalau makan dekat luar, makan western ke atau apa pun boleh, tapi mesti dalam kuantiti yang banyak. Kadang dah makan, dalam beberapa minit, nak makan lagi macam kek coklat ke, biskut ke, atau apa sahaja yang sedap depan mata nad. Yang sedap jela...hahahha..tapi kalau memang nak makan, biskut kering pun sedap. Kes nad ni sampai nad masuk tv..hahaha..entry ade dekat SINI.

Pulak tu dapat suami yang sama, wajib makan nasi. Sekali turun ke anak, kerja nak makan je..hahaha. Macam harini, petang tu kitaorang dah makan nasi lemak, sekali tengah malam lapar balik. Nasib baik dah masak nasi siap-siap. Suami suruh buat nasi goreng.


Jadinya tengah malam pun blender la bahan-bahan dan campak nasi tu..Jadilah nasi goreng belacan telur. Sayur ade je, sayur kobis, tapi sayur tu husband beli dekat luar. Malam tu dia keluar pergi kedia beli lauk ayam penyet. Jadinya makan nasi goreng tu dengan ikan keli, sambal nasi lemak petang tu..hehehe..Cuma tak ambil gambar je..Habis juga nasi goreng tu kitaorang makan. Memang lapar sangat.

Kita tak bela saka pun awak, benda tu tak bagus..hahaha..nad tau diaorang bergurau. Bersyukur makan banyak mana pun tak naik badan. Okla, makan selagi boleh, tapi kena jaga juga, kadang salah cara pemakanan boleh memudaratkan kita. Contoh macam kolesterol ke, dan macam-macam lagi. Jangan fikir kurus takde penyakit. Jadinya perlu juga makan benda berkhasiat. Ok..hehhe..
hai assalammualaikum

Aktif Di Waktu Malam - Pukul 8.30 malam dia dah tidur, ingat sampai ke esok pagi, tiba-tiba dengar bunyi pintu, dia pun terbangun. Cepat-cepat bagi susu, dia sambung balik tidur, tapi lepas tu bunyi pintu lagi, daddy dia balik, terus bangun dalam pukul 11 malam. Ermm, terus bulat mata dia dan segar bugar. Dan jadi masalah, dia akan terus bermain, sampai pagi. Melainkan nad, tutup semua lampu tv, baru dia tidur, tapi tu pun amik masa..ermm..

Kalau bab tidur, memang tidur dia tak tentu. Tak boleh nak agak, sebab dia sekarang lebih suka bermain. Nad pun tak pernah paksa dia suruh tidur ikut time yang sepatutnya, sebab dia akan marah, lepas tu sama je taknak tidur. Sama la macam kita orang dewasa ni, bila taknak lelapkan mata, mestilah tak boleh nak tidur kan. Jadinya nad biarkan dia main puas-puas, bila dia rasa nak tidur, dia akan datang dekat nad dan susu. Memang jadual tidur dia lain sangat..hahaa.

Bila dah tidur lewat, bangun pagi pun lewatla. Tengahari makan, dia dah kenyang, mintak ngempeng, tidur balik. Petang bangun, lepas tu main, mandikan petang tu, malam kang dalam pukul 8.30-9 malam dia akan tidur. Fariza boleh tidur sampai esok pagi, kalau senyap sunyi dan gelap, dan susu badan nad. Lagi alam bila dia tidur atas badan nad sambil susu. Tapi kalau diletak dekat tilam lepas tu ada bunyi sikit je dia akan terbangun. Nad pun tak boleh nak ngempengkan dia je, nad pun ada keje dengan kemas rumah dan blog . Nak taknak biarkan dia bangun.



Tengokla, bila mata segar, main sampai senyum..siap ajak daddy dia main. Tapi daddy dah ngantuk..ahhahaa..kesian anak mommy. Mommy jela yan layan dia malam-malam ni ha..Dah penat tidur la dia..

Tunggu dia besar baru paham suruh tidur..sekarang memang takla..


hai assalammualaikum

Dua Barang Shoping Sales Di Lazada - Hah!!, korang tau kan, sekarang Lazada tengah buat sales gila-gila, dan nad tak terkecuali untuk bershoping dekat situ. Lazada Online Revolution Sales mula pada 11 November haritu, dan nad shoping hari pertama dia buat..hehehe. Kaki shoping online macam ni, pulak tu barang tengah murah giler. Tapi yang penting, korang kena tengok betul-betul barang tu, baca betul-betul supaya perbelanjaan korang tak terlebih. Jangan ikut nafsu ok..hehhe.

LAZADA ONLINE REVOLUTION 11.11 : DUA BARANG DAH SAMPAI


Macam nad, nad memang dah lama nak sangat dua barang ni. Sebab nak bagi nampak tersusun dan kemas, lepas tu nak bagi ruang tu nampak luas. Nad beli dua barang je, sebab memang perlu barang ni. Apa nad beli?? Nd beli penggantung besi ( [12Hook] Convenient Hanging Steel Pole Rack for Clothes & Bags) warna pink.  tu dengan tempat simpan beg (SOKANO Dust Proof Handbag Rack Organizer) warna purple. Paham-paham jela, perempuan kalau dah banyak beg, tak tau dah nak simpan mana. Dah susun pun macam tak tersusun je..


Kenapa tak beli warna putih ke, atau warna biru...hahaha. Memang nad dah pilih hanging steel tu warna putih, sebab nampak lagi lawa, tapi nad cek balik hanging steel lain, ternampak warna pink. Kenapa nad pilih warna pink??, sebabnya warna putih ada cas penghantaran yang warna pink takde cas penghantaran. Hah!! nampak tak dekat situ. Sebab tu kena tengok betul-betul. Nak taknak amik jela warna pink..hehhee..


Tempat simpan beg tu pulak, sebab warna ungu tu la paling murah walaupun ada yang lagi cantik designnya, tapi nad pilih yang murah..ahhaa. Budget kena tengok weeii..Nad pilih simpan beg macam ni sebab dia ada 6 tempat. Beg tangan nad bukan besar-besar, jadi satu tempat boleh isi dua beg tangan.



- Material: Non-woven+PVC
- Color: RoseRed, SkyBlue,RoyalBlue, Green, Purple
- Size: 90x35x35cm
- Conversion: 1inch=2.54cm
- Package content:
- 1x hanging handbag organizer


Bila dah siap pilih dan dah bayar, terus dapat email pasal shipping. Jadi kita tunggu jela. Memang tengok harga murah gak la dari harag asal. Lagi-lagi pengangtung besi tu, selalu tengok harga RM100 jugakla..Hah!! masa tu tengah sales, grab je..okla dua barang RM52.80.

Dan semalam barang pun sampai, Dua-dua sampai tapi lain waktu. Malam tu juga nad terus pasang penganntung besi tu..hahaa..




Gigih pasang sorang-sorang, dengan Fariza kacau lagi..aishh..sabar je. Ala benda senang, takkan nak panggil suami juga pasang. Malam tu juga siap..Dua -dua ni nad letak dekat bilik.


Harini dah siap kemas letak beg semua, tersusun dah. Hah ni nad tunjuk dah siap susun, nanti nad buat entry lain wajah sebelumnya ye..hehee. Ok dah taknak shoping lagi..tergugat weii..

http://ho.lazada.com.my/SHJOYu

Kalau korang nak shoping tekan banner tu..


hai assalammualaikum

Makan Dominos - Kalau dah jalan-jalan, perut mesti la lapar kan. Lepas selesai jelajah KL Tower Mini Zoo, kitaorang semua decide nak makan dekat Dominos. Nad memang tak pernah makan dekat Dominos, tapi selalu tengok kawan-kawan pergi makan Dominos macam sedap je. Kitaorang pergi Dominos dekat The Weld berdekatan dengan KL Tower.

Nampak tak kitaorang serbu Dominos..hahaa. Orang kaunter terpaksa layan kitaorang punya pesanan. Tapi kitaorang behave, takde ganas..hehee. Jadi nak amik tempahan tu smooth jela..Jadi nad pun pesanla menu yang nad.


Nad amik satu set, iaitu ada pizza, air dan roti. Cukupla untuk dua orang makan. Tapi bukan satu set, order sekali dua set..hehee. Nad order Sambal Vegge dengan Beef Peperoni, air dengan roti garlic.


Sambal vegge ni pedas, tapi bahan dia semua sayur..hahaa. Nad manala tau, pilih ni pun sebab mr mafia nak yang pedas. Sebab tu beli satu set lagi..hehee.Tapi sedap juga, pedas dengan sayur. Sayur pun sayur cendawan, tomato, cili benggala dan ape ntah nama dia warna ungu tu. Sebab ada cendawan tu dia yang sedap..ehhee.

Roti Gralic, lembut je..


Air boleh pilih, nad pilih air pepsi. Comel pulak ada senyuman ni.


 Set Beef Pepproni nad bawak balik. 


Masa ni Fariza dah tidur. Dia memang, selalu bagi can dekat mommynya nak makan dengan tenang..hehee. Bunyi bising ke, budak lari-lari tak kisah, tak bangun pun..hahaa.


Ok kenyang alhamdulillah. Puas dah..boleh layari https://www.dominos.com.my/
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2