hai assalammualaikum

Jom Ke Jepun Sempena Ohara Matsuri - Bila kau teringin nak pergi Jepun, tapi tengok duit poket tak cukup, tapi kau nak rasa juga macam berada di Jepun, hah ini la masanya..hehehe. Masa ni la korang kena bergambar sebanyak yang boleh, sebab dua hari je korang dapat rasa berada di Jepun. Dekat mana?? Hah!! ..dekat Citta Mall sempena Ohara Matsuri.

Ohara Matsuri Citta Mall


Apa itu Ohara Matsuri?? Ohara Matsuri sebenarnya bermaksud Autumn Festival di Jepun. Ia adalah sambutan perayaan di mana pelbagai kebudayaan , lagu dan tarian dengan pelbagai aktiviti bertemakan budaya Jepun yang korang boleh rasai.  Nad dan beberapa rakan blogger dah merasai pengalaman budaya dan suasana di  Jepun sempena Ohara Matsuri ni, korang jangan lepaskan peluang. Seronok sangat tau. Ni antara aktiviti yang nad lakukan sempena Ohara Matsuri di Citta Mall.

Aktiviti Seperti Di Jepun Sempena Ohara Matsuri Citta Mall

Lepak Santai di Jombali



Sebelum itu kami semua lepak di Jombali untuk basahkan tekak dan alas perut sikit. Orang cakap lepak santai sebelum ke dunia Jepun..hehee. Datang sini, korang kena rasa  aiskrim kelapa dengan topping jagung dan kacang  ni. Penuh dengan isi yang sedap. Rupa dia macam Sangkaya. Yummy!!!..



Ada juga jeruk asam mangga ni dekat sini..hehehe..Yang sup tu korang kene cuba juga..sedap juga.

Baju Kimono di Citta Mall Snowman Village


Ok jom kita ke Jepun. Banyak dekorasi suasana Jepun korang akan dapat lihat di sini..hehee. Pertama sekali,Selamat Datang ke Citta Mall Snowman Village. Dekat sini aktiviti yang paling best sekali iaitu pakai baju kimono. Akhirnya dapat juga pakai kimono, baju Jepun tu kau. Aktiviti yang memang ditunggu. Yela, sebelum ni kalau nak pakai, kena pergi Jepun, nah!! dekat Citta Mall korang boleh pakai kimono ni secara free je. Wajib tau!!....Korang pergi ke tingkat satu dan nampak kawasan Citta Mall Snowman Village. Ada dekorasi patung snow ni. Feeling seperti di musim salji gitu..





Jangan risau, ada orang tolong pakaikan baju ni. Memang amik masa, tapi disebabkan teruja, nad tetap sabar..hehee. Bila pakai kimono ni, memang rasa terus dekt Jepun, sebab hiasan dia, reka bentuk seperti di Village Jepun..hehe..Terus terkeluar ayat ..hait!! Konichiwa..Ohaiyoo..hehee..


3D Art Wall Painting / Trick Art





Seterusnya korang boleh bergambar di 3D Art Wall Painting di sepanjang tingkat satu di Citta Mall. Korang jangan lepaskan peluang, bergambar la dengan rakan-rakan dan keluarga..hhehe..Background dia semua cantik-cantik, seperti korang betul-betul berada dekat situ. Lagi cantik kalau korang poses dengan kreatif..hehe..


Ada dekat daun berguguran, depan gunung dan paling lawak jatuh bangunan tu..hehee..Alloo Fariza relaks je, maknya over siap riak muka senyum pulak..lorrr..

Restoran Tokyo Kitchen Japan


Masa untuk makan. Setelah penat, perut pun nak diisi. Kami semua di bawa ke Restoran Tokyo Kitchen. Selalu makanan jepun, nad rasa shushi je, tak pernah pulak rasa menu lain. Harini, nad dapat rasa makan-makanan Jepun yang lazat dan enak. Memang dah lama teringin nak rasa makanan Jepun. Korang pun boleh cuba, memang puas hati makanan dekat sini.




Masuk dalam restoran ni dah macam berada di Jepun. Restoran ni berada di Ground Floor ye.





Ni antara menu yang ada di Tokyo Kitchen. Ya Allah, memang membangkitkan selera. Ada sashimi, set bento, teppanyaki, shushi dan banyak lagi. Semua menu ni nampak mengiurkan. Perut pun dah berbunyi, apa lagi, makanla. Yang sup tu Fariza boleh makan. Jangan risau, restoran ni " Pork Free " dan Halal..hehee..

Manjakan Diri Di A Beauty Secret Studio


Dah puas bergambar, perut dah kenyang, sekali sekala nak manjakan diri bolehla pergi ke A Beauty Secret Studio. A Beauty Secret Studio telah beroperasi di Citta Mall selama lebih daripada 5 tahun.  Dekat sini, korang bukan sahaja boleh buat rawatan rambut malah menyediakan perkhidmatan full package, dari rambut,muka, badan kuku dan kaki. Kebanyakan produk di sini menggunakan barangan daripada Jepun.





Istimewanya kedai ni, bagi orang Melayu , kalau korang nak buat kuku, mereka ada sediakan produk Halal iaitu sejenis kuku Inglot. Macam inai la gitu. Tapi ada banyak warna. Mudah ditanggal.Dan untuk urutan, ada satu urutan yang menarik minat nad, iaitu urutan Lympahatic Drainage iaitu rawatan Ovari dan Uterus. Pertama kali dengar ada rawatan ni kan..ehhee..Kalau korang nak cuba boleh datang ke sini.


Bukan ni sahaja, banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat. Apa nad buat hanya preview sahaja, hanya setengah je. Event sebenar adalah pada 26 dan 27 November ni. Bawakla anak-anak korang enjoy dekat sini, sebab aktiviti untuk kanak-kanak juga disediakan. Mesti diaorang seronok habis.

Korang boleh datang dan menyertai keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu ini pada majlis 'Ohari Matsuri' di Citta Mall. Terima kasih kerana Citta Mall untuk event ni, saya seperti berada Jepun.



Untuk maklumat lanjut mengenai acara Ohara Matsuri, sila layari laman
Ohara Matsuri Citta Mall
Date: Saturday, 26th – Sunday, 27th November 17
Time: 11am – 6pm.
Venue: 1st Floor, Citta Mall

Citta Mall
No.1, Jalan PJU 1a/48
Pusat Perdagangan Dana 1,
47301, Petaling Jaya
Tel:  +603- 7662 5000

Operations hours:
Mon – Sun: 10am -10pm

Facebook : CITTAMall
Instagram : @cittamall


hai assalammualaikum

Tips Menjaga Kesihatan Tubuh Badan Wanita - Penjagaan badan dan kesihatan bagi wanita adalah sesuatu yang penting. Walaupun ada sesetengah wanita yang sanggup menghabiskan duit untuk dan mengambil masa yang lama, ia sudah menjadi keperluan para kaum hawa dalam menjaga tubuhnya agar tetap sihat dan tampil menawan. Dalam menjaga kesihatan tubuh wanita biasanya memerlukan cara yang khusus kerana tubuh wanita biasanya lebih sensitif.

Kesihatan tubuh memang sangat penting untuk wanita apatah lagi pada saat wanita sedang mengalami kitaran bulanan mereka yakni haid. Wanita wajib menjaga tubuh agar tetap sihat dan bertenaga dalam menjalani aktiviti harian dengan lebih semangat, tidak kira semasa haid atau tidak. Ini antara langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh wanita untuk tetap menjaga kesihatan tubuhnya secara semula jadi dan praktikal.
hai assalammualaikum

Mengemas Beg Tangan, Barang Hantaran dan Luaskan Bilik - Sikit-sikit bilik nampak kemas. Kalau sebelum ni, masyallah, penin kepala tengok. Penuh dengan barang. Rasa sempit je ruang bilik tu. sebab banyak sangat benda disumbat dekat bilik. Jadinya kena la ada alternatif lain untuk susun bagi kemas bilik.
hai assalammualaikum

Watermark Simple - Teringin sangat nak ada watermark sendiri yang ada nama nad dan link blog nad. Selalu tengok orang punya, lawa betul, siap ada corak, bagai bentuk dan tulisan yang lawa. Selalunya untuk gambar, nad buat watermark dengan tulis link je guna picsart. Memang tak lawa, tapi nak buat macam mana, nak bagitau untuk gambar kita, kena bubuh juga. Nak tempah, duit banyak guna untuk lain yang lebih penting. Jadi pendamkan jela..huhu..

Dan semalam, nampak kawan blogger post gambar, siap ade watermark. Lepas tu dengan tak malunya nad komen, " buatkan watermark "..hahaa..Tiba-tiba kawan blogger kita tu massage onbox kita dekat facebook..dia cakap " Salam puan yg rock lagi bergaya , nk watermark ke , boleh je kalau nk..sbb tadi komen nk watermark ".. hahaha..terus suka..yeahhhhh...Terus cakap nak yang macam mana??..terus nad tunjuk contoh..

Lepas tu dia buat..Mula-mula dia buat tak cantik..hahaa..Nad pun cakapla macam mana nad suka, Tulisan apa nak guna, siap tunjuk lagi. Dia pulak tak tau tu tulisan apa, tanya blogger lain tulisan nad nak tu apa, blogger pun tak berapa pasti, dia suruh cek dekat satu tempat ni. Tiba-tiba kawan yang nak bagi watermark tu dah jumpa tulisan yang nad nak..ehhee. Macam tu sekali..Orang dah nak bagi, kita banyak songeh pulak..hahahhaa. Nasib nad ni jenis mintak simple je..hehee..Dia pun baik hati layan kecerewetan nad ni..






Mula-mula ingat guna nama Nadia johari dan link blog sahaja iaitu www.miszrockers.blogspot.com. Tapi bila guna tulisan tu huruf tak berbentuk lengkuk-lengku macam yang dikehendaki. Jadinya sebab terfikir untuk letak Miszrockers..yeahh akhirnya jadi juga tulisan lengkuk-lengkuk tu..suka sangatt..Simple, cantik dan nampak pro gitu kauu..hehe.

Bukan satu dia bagi, tapi dua..Satu warna hitam satu warna kelabu. Jadi sesuai untuk letak gamabr dekat mana-mana. Terima kasih awak..Memang memenuhi kriteria yang nad nak… kalau letak kat tengah-tengah gambar sekalipun watermark tu tak mencacatkan gambar atau mengganggu gambar…Ada watermark ni senang dah, tinggal masukkan je dekat gamabr yang kita nak guna watermark tu guna PICSART. Mudah je..nanti nad bagitau caranya.

Kawan nad ni tak suka dibagitau siapakah dia..ahhaa..sebab dia blogger low profile..gitu kau.hahaa..korang boleh pergi tengok blog dia ye..http://infosemasa.com/
hai assalammualaikum

Biskut Homemade Baby Untuk Fariza - Sebelum ni, nad ada belikan Fariza biskut kudapan dekat Tesco, entry ada dekat SINI. Fariza memang suka biskut tu, dia boleh makan dua ketul sekali, tak pun tiga ketul. Tak tau sedapnya dekat mana, hahaa..sebab nad rasa pun tawar je. Tulis dekat kotak takde perasa, garam semua tu, tapi susah nak caya kan. Tapi disebabkan Fariza cepat lapar dan nak makan sahaja, nad belikan jela dia. Kalau nak nad buat memang tak sempatla.

Sebenarnya, kalau boleh nak bagi makanan yang terbaik untuk anak kan. Makanan yang takda perasa, makanan yang berkhasiat untuk anak. Fariza ni apa sahaja yang disuap dekat mulut, mesti dia nganga dan makan. Budak ni disuap apa pun tak kisah. Dah macam maknya la kan, nak makan je..hehee. Jadi, haritu ternampak kawan buat biskut baby buatan sendiri. Bahan yang digunakan pun bagus, tanpa perasa, dan paling penting berkhasiat. Ada tiga perisa biskut ni, iaitu mangga, kurma dan kismis.

Biskut Homemade Baby By Mommylin


Jadi nad pun orderla dengan kawan nad. Ingat nak order tiga-tiga, tapi dia kata kismis dah habis. Ok takpela, dapatla kurma dan manggo. Ni la biskut dia, tanpa pengawet. Botol pun comel je, bukan kaca, so selamat untuk anak-anak kita pegang. Yela Fariza ni pantang tengok makanan dia, semau nak diambilnya.


Nad beli biskut ni pun, sebagai kudapan Fariza, waktu pagi, atau petang atau malam. Kadang nad tak sempat nak buat bubur dia, nad bagi makan ni. Makan empat ketul pun boleh kenyang. Lagipun Fariza ni susu badan nad juga, jadi lepas makan biskut, dia akan susu. Kenyang la kan. Kau tengokla gaya dia tu, sambil layan Didi and Friends, sambil makan biskut. Lagak macam "mem besar" pulak ye.



Fariza suka dua-dua perasa, Kurma dan Manggo..Kan dah cakap dia makan apa sahaja..hahaha. Bentuk Kurma bulat, bentuk manggo sangat comel, bentuk beruang..hehee..nak makan pun sayang.



Biskut ni jangan bagi budak pegang, sebab dia cepat hancur. Takut bertaburan di lantai..fuh banyak kerja pulak nak bersihkan. Lagi bahaya tu makan dekat tilam. Sebab tu nad yang suapkan dia. mak-mak ni aklau tak berhati-hati pegang pun boleh pecah. Jadi pelan-pelan angkat masa bagi amkan dekat anak ye. Cara nad buat, biskut ni kan dah dibalut, supaya cantik je bentuk dia dan untuk elakkan pecah, angkat perlahan-lahan, buka plastik tu perlahan-lahan, Takdela dia pecah

Biskut ni padat, jadi kalau makan, dia macam penuh dekat mulut. ala nak cakap pun susah..ahhaa.


Hah!!, biskut ni pun boleh bawak pergi travel, jalan-jalan tasik ke. Yela budak kan nak makan je kejenya..hehee. Lagi satu biskut ni boleh dilembikkan untuk bayi yang yang belum tumbuh gigi dan tak pandai kunyah. macam Fariza, dia dah pandai kunyah, jadi nad terus suap je dekat dia. Biskut ni bagus untuk budak-budak besar juga sebagai snek harian, yela bahan dia pun terbaik. Dari kita bagi makanan ringan tu kan. Biskut ni bukan budak-budak je suka, mak-mak pun suka..hahaa..

Korang yang nak order boleh wassap 019-252 3932 (Allene). Biskut ni pun boleh dipos. Nyum-nyum..

DADDY FARIZA, OUR HERO

in , by Nadia Johari, 08:44:00
hai assalammualaikum

Bila Laki Berusia Dukung Budak - Shoping dekat Tesco, macam biasa mr mafia yang akan dukung Fariza. Tangan lelaki lagi gagah dan sado bila dukung anak, nad dah tak larat nak dukung Fariza..hahha. Nad dahla kurus, Fariza pula berat makin bertambah. Memang lenguh nak dukung dia selalu. Kan nampak macho bila si ayah dukung anak..hahahaha..


Ceritanya, habis shoping, nad makan dekat kedai mamak. Fariza makin lama makin.bosan duduk dekat babychair tu. Jadi, mr mafia amikla dia bawak jalan-jalan dalam Tesco semula. Fariza dah dapat kaki, memang suka jalan je. Sampaila dekat satu tempat orang tu promote insurans.

Ni mr mafia yang cerita dekat nad, orang insurans tu cakap " abang, ni cucu ke ".. nad dengar, nad senyum je..hahaha..orang insurans tu cakap dua kali " abang, ni cucu ke".. mr mafia pun jawabla, eh tak ni anak..hahahaha..lepas tu tak tau ape jadi. Mr mafia blah kot.. Malu orang insurans tu..kihkihkih...

Nad memang dah bayangkan, dan pernah berborak dengan mr mafia pasal umur ni, " abang, kalau Fariza darjah satu, umur abang masa tu dah 50 lebih kan..uishh mesti diaorang fikir abang ni atuk Fariza kan".. hehehe..ketawa nad masa tu..sebab sampai terbayang-bayang. Tapi nad ni tak boleh biarkan mr mafia nampak tua, suka nak nampak kemas dan muda..kita isteri dia, kena la jaga..huhuhuhu..

Umur biar meningkat, asalkan kekal muda dan bertenaga..cewahh..
hai assalammualaikum

3 Juara Tampil Kelainan - Siapa layan 3 Juara?? Angkat tangan, sebab kita sama..ehhee..Tau tak ramai tengok 3 Juara ni sebab sibuk layan Gegarvaganza, Nad layan juga Gegarvaganza, tapi nad record, sebab nak cepatkan iklan tu ha..hehee. Jadi setiap hari Ahad, pukul 9 malam, nad layan 3 Juara je. Bestnya cerita ni, sebab dia ikut kategori yang kita tau, iaitu Balada, Rock dan Irama Malaysia.


Tiga genre yang dipertandingkan ini bakal diwakili oleh komposer-komposer terkenal seperti Edrie Hashim untuk Rock, Ajai (Balada) dan Pak Ngah (Irama Malaysia). Hos untuk rancangan 3 Juara ni ialah Isey, Amar dan Mira Filzah.

Menaikkan Semula Irama Malaysia 

Genre Irama Malaysia dah lama tak muncul di televisyen. Kebanyakan sekarang lagu hip hop, balada, rock dan ada yang nad tak tau tu genre apa..heehehe. Rindu zaman-zaman Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza, dan ramai lagi yang aktif dalam genre Irama Malaysia. Cerita ni melahirkan generasi penyanyi Irama Malaysia. Walaupun nad tau ada yang tak suka genre ni, tapi nad suka, sebab kalau buat persembahan mesti ramai penari.

“Biarpun ia irama zapin, dondang sayang, atau ghazal, setiap varian Irama Malaysia itu memerlukan teknik yang berbeza.

“Oleh itu, saya menggalakkan para peserta uji bakat untuk menyanyikan lagu Irama tradisional atau etnik negeri masing-masing dalam sesi uji bakat nanti, kerana ia merupakan markah tambahan untuk mereka yang menguasai irama etnik mereka. Jika ada peserta uji bakat yang ingin membawa instrumen muzik tradisional sendiri juga dialukan, tetapi hendaklah menyanyi dalam Bahasa Melayu,” jelas Pak Ngah.




Tapi nad lebih suka rock..hehe

Kelainan Program 3 Juara 

Tiga Juara akan diumumkan

Program ini bakal mengangkat 3 juara daripada 3 kategori iaitu sorang daripada Balada, Sorang daripada Rock dan sorang daripada Irama Malaysia. Setiap kategori ada pemenangnya.

Pertandingan Battle

Konsep program ini bakal memperlihatkan konsep 'battle' oleh dua peserta dari setiap kategori setiap minggu.

Tiada Penyingkiran

Pertandingan ini juga tiada penyingkiran.lima minggu pertama pertandingan tiada sebarang penyingkiran akan diadakan bagi memberi peluang kepada mereka mencari rentak sebelum yang benar-benar layak mara ke peringkat seterusnya.

Setiap minggu akan dipasangkan dengan lain-lain pasangan. Jadi boleh nampak mana bagus dan tak bagus. Mana makin menyerlah, dan komitmen.

Bakal juara program tersebut akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300,000. Siapa bakal Juara, saksikanlah sampai habis..ehhee



BARU SETAHUN DAH PANDAI NAK BERGAYA

in , by Nadia Johari, 17:51:00
hai assalammualaikum


Baru Setahun Dah Pandai Bergaya - Selalu tengok anak orang digayakan, sekarang bila ada anak, memang nad gayakan cukup-cukup..Tak kisah anak artis atau anak orang biasa, kalau digayakan memang budak nampak comel dan lawa je. Lagi-lagi macam anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana. Suka tengok dia, dipakaikan apa pun terima je, dengan senyuman dia. Memang ikut jejak che ta, suka bergaya. Dari anak che ta la nad jadikan inspirasi..ehehe..Inspirasi untuk mengayakan anak sahaja bukan memilih barang mahal..huhuhu.




Macam nad, dari kecik lagi memang nad suka gayakan Fariza dengan pakaian yang cantik dan comel. Sebab nad suka tengok budak-budak dengan pakaian yang macam ala-ala  model baby gitu. Lagi-lagi kalau dipakaikan masa kecil dia elok je pakai, bila dah besar, lagi suka dia nak pakai benda-benda hiasan ni. Yela budak-budak kalau tak dibiasakan dari kecik, dah besar dia taknak, tapi nasib Fariza suka pakai apa yang nad nak pakaikan dekat dia..ehehe.

Setakat ni semua barang-barag Fariza murah je. Biar murah asal nampak cantik dan mahal di mata orang..ehhee. Masih kecil ni dia memnag tak reti meminta la, mommy dia yang tukang pilih. Bagi nad, tak kira anak perempuan atau anak lelaki ( insyallah )..nad tetap gayakan dia bila berjalan keluar.





Dari kecil, suka pakaikan dia headband ni. Dia pun tak tarik headband ni, diam elok je dekat kepala. Dia memahami, nak nampak anaknya comel selalu..hahah..


Bila dah besar sikit, belikan topi pulak. Tu daddy dia yang nak.

Lepas tu dah setahun, nad belikan cermin mata pulak. Kalau korang nak tau, dia suka sangat pakai cermin mata ni. Pernah dia tau mana nad simpan cermin mata ni, dia amik dan suruh nad pakaikan. Perghh!!..terkejut juga. Lepas tu kalau nad tak bagi atau maik cermin mata tu, dia marah. Haritu masuk kedai pun, cermin mata yang dinampaknya..fuhh..


Harap dah besar, takdala mintak macam-macam, macam handbag mahal ke..haaha..mampus nad. Dah besar boleh pakai tudung pulak lepas ni. Jangan ketat- ketat ye nak..dosa..hahahaa..
hai assalaammualaikum

Anugerah Skrin 2016 Kurang Menarik Kerana Pengacara - Pengacara diibaratkan sebagai nadi sesebuah majlis atau rancangan. Tanpa pengacara, sesebuah majlis atau rancangan menjadi hambar. Hal ini kerana fungsi utama seorang pengacara adalah untuk menghidupkan sesuatu majlis atau rancangan dan mengawal agar majlis atau rancangan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Memang bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi seorang pengacara baik pengacara majlis atau pengacara rancangan yang baik tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil.


Anugerah Skrin 2016 dah ditayangkan jumaat lepas, harini baru nak buat entry. Almaklumla, nad super duper sibuk. Nad bukan nak buat entry siapa pemenang, tapi nak cerita yang Anugerah Skrin kurang menarik bagi nad, dan sangat hambar. Takda yang menyeronokkan untuk tengok sampai habis. Selalunya, sesebuah rancangan tu best disebabkan hos dia. Hos perlu pandai bercakap dan membuat jenaka supaya rancangan tu tak membosankan. Tapi malam tu..ermm..

Nad tau Alif Satar, penyanyi, dan pelakon popular tu merupakan pengacara Anugerah Skrin 2016 dekat iklan. Masa tu nad dah cakap " La Alif Satar hos, mesti tak best "..haha memang terbukti, rancangan tu hambar. Walaupun ada Fiza Sabjahan, Sarimah Ibrahim, Haiza, Ajak Shiro, Mira Filzah, Ammar, Issey Fazlisham, Azrel Ismail dan Puteri Aishah tapi sikit je la terhiburnya. Nad bukan salahkan Alif Satar,  jadi hos, yela, dia buat ikut kehendak dan kepercayaan TV3 terhadap dia. Memang gerun mengendalikan Anugerah Skrin (ASK) 2016 majlis pengiktirafan berprestij, yang disaksikan berjuta-juta penonton.

Bagi nad, kalau rancangan seperti itu, perlu ada pengacara yang pandai menghiburkan orang. Jadi orang akan tengok sampai habis. Dalam masa yang sama, penonton yang tengok di televisyen pun terhibur, dan ketawa bersama. Baru seronok nak tengok. Ni kalau macam tu jeee..memang tak tengokla..huhu..walaipun memang kita nak tengok drama mana yang menang. Sudahnya, nad tau dari blog juga..huhhu..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2