PANDAI BETUL BUDAK NI MAKEUP

in , by Nadia Johari, 02:19:00
hai assalammualaikum

Budak Kecil Pandai Makeup - Baya-baya macam ni, nad dulu selekeh. Main pondok-pondok, main gelang getah, main permainan tradisional. Macam-macam la. bab-bab mekup memang tak pernah amik tau. Dulu pakai bedak Johnson je..hahaha. Yela dulu internet takda. Jadi permainan kita macam tu la kan.

MANNEQUIN CHALLENGE ADA DI MANA-MANA

in , by Nadia Johari, 00:34:00
hai assalammualaikum


Apa tu Mannequin Challenge ?? - Sebelum ni, nad ada perasan la satu photographer ni buat video orang tak bergerak tu dengan macam-macam ragam. Memang unik dan menarik bila tengok. Yang nad tau, orang panggil tu video freeze..hahaa. Dan kali pertama nad buat video beku ni adalah masa event Blogger Day Out. Tapi masa tu dia panggil Mannequin Challenge. Nad tak tau ape tu, tapi nad layankan jela. Dia suruh kita beku jangan gerak. Ok kita fikir dia nak buat video yang tak bergerak tu.


Dan hasilnya, korang boleh tengok video dekat atas tu..ehehe..Comeljugak nad ye..ahhaa. Yang penting jangan gerak. Kalau gerak jadi tak lawa. Kenala tahan beberapa minit.

Mannequin Challenge Menjadi Trend

Dimana-mana diaorang buat Mannequin Challenge ni. Hashtag #MannequinChallenge telah digunakan untuk platform media sosial seperti Twitter dan Instagram. Mannequin Challenge ni ada lagu dia yang korang perlu padankan sesuai dengan situasi.


Tengok ni, masa nak bersalin pun boleh Mannequin Challenge..hahaha..Untung orang luar negara boleh buat apa sahaja. Kalau dekat sini, memang tak bagi la..hahaha..

Korang buatlah Mannequin Challenge ni ye..best. Kalau lagi ramai, lagi sporting mesti lagi best.
hai assalammualaikum

The Covets Online Beauty Magazine - Cakap je pasal kecantikan, penjagaan dan makeup, memang perempuan suka sangat. Perempuan ni suka jaga penampilan untuk sentiasa nampak cantik dan yakin. Perempuan ni memang suka baca bab-bab tips kecantikan, tak kisah dekat youtube, majalah, blog atau di mana-mana. Antara salah satu majalah online yang berkongsi tentang kecantikan yang nad baca ialah The Covets.


Dalam ni nad selalu tengok bab  The Care dan The Lifestyle. Antara artikel yang menarik minat nad ialah Makeup Storage Tips & Tricks – How To Organize Makeups dan 5 Tips for Your Perfect Eye Shadow Makeup. Dari sini nad tau macam mana nak menyusun barang-barang makeup supaya nampak tersusun dan kemas. Berkenaan dengan eye shadow, selalu belajar macam mana buat eyshadow yang betul.



The Covets merupakan sebuah blog majalah online tentang kecantikkan. Banyak tip yang dikongsikan seperti penjagaan kuku, tentang makeup, tentang penjagaan mata, tentang kesihatan rambut,tentang kulit wajah, perfume dan lain-lain. Baru-baru ini The Covets berkolaborasi dengan blogger lebih daripada 100 orang dan nad salah seorang daripadanya. Blogger tersebut terdiri dari blog Beauty dan lifestyle blogger. Jadi nantikan perkongsian seterusnya..Tunggguuu.....



he Covets ( Malaysia's First Beauty Platform )
Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.thecovets.com
Facebook : TheCovets
Instagram : @the.covets
hai assalammualaikum

Enam Peserta Mara Ke Final Gegarvaganza - Akhirnya setelah Nora tersingkir, enam peserta telah berjaya ke Pusingan Akhir Gegarvaganza. mereka semua telah buat sebaik mungkin menarik hati para juri. Dan yang terpilih ni memang bagus dan tiada masalah. Semua yang bertanding memang hebat-hebat belaka. Sampai tak tau siapa yang bakal menjuarai Gegarvaganza 2016 kali ni. Tak boleh nak agak, tapi ku tetap sokong Sarah..hehehe..

Keputusan Final Gegarvaganza 2016


Minggu depan, para peserta perlu menyanyikan dua buah lagu. Dan ini 6 peserta yang layak ke pusingan akhir Gegarvaganza 2016.

1) Siti Sarah dengan lagu I Will Always Love You dan Matahariku. Suka dengan lagu matahariku, mesti Sarah mampu buat.
2) Zarul - Gerhana dan Dendangan laguku
3) Azharina - Mama Aku Ingin Pulang dan Izinkanlah
4) Ameng - Bougenvilla dan Romantis
5) Intan Sarafina -Sedetik Lebih dan Kemelut Di Muara Kekasih
6) Gmie - Bila Bulan berwarna Biru dan Salam Terakhir.

Tak sabar nak tunggu minggu depan. Fuh..siapakah juara agaknya ye..

Boleh baca sini juga http://miszrockers.blogspot.my/2016/11/gegarvaganza-2016-separuh-akhir-malam.html
hai assalammualaikum

Gegarvaganza Separuh Akhir - Malam ni Gegarvaganza, keseluruhannya bagi nad memang menakjubkan. Setiap peserta menyanyikan dua lagu. Satu lagu nyanyi solo dan satu lagi berduet dengan artis. Nad semestinya sokong Siti Sarah..ahaha..bukan sebab dia kecik macam nad atau ramping macam nad, tapi suara dia memang mantap. Sekali dia lontar suara dia, fuh..nad dengar pun nak berjoget..hahaa.

Malam ni Sarah nyanyi lagu " Di Bwah Pohon Asmara " dan duet dengan Misha Omar lagu " Bunga-bunga Cinta "..Suka dengar masa dia nyanyi Di Bawah Pohon Asmara tu..juri pun puji..yeahh..kipidap Sarah. Selain itu, duet antara Gmie dan Tomok menyanyikan lagu " Sejarah Mungkin Berulang "..memang terkenang kembali lagu tu..aduh..masa jiwang-jiwang karat..hahahha...dan lagi satu nad suka bila Azharina dan Black. Dua-dua suara ni tinggi dan besar. Jadi bila dua-dua bergabung memang mantap. Memang bila dengar, fokus habis dengar diaornag nyanyi " Fantasia Bulan Madu "..terbaiklaa..

Ameng, Intan Sarafina, Zarul pun terbaik juga. Cuma satu artis ni jela, malam ni dia down sikit. Mungkin disebabkan ramai nitezin tak suka dia berkenaan lagu tukar minggu lepas. Nad ada baca juga dekat blog orang lain, Yang Artis yang bertanding ni, boleh mintak untuk tukar lagu yang sepatutnya telah ditetapkan diaorang. speatutnya dah masuk bertanding, kenala terima apa je yang diterima. Mana boleh request nak tukar itu ini. Dah namanya bertanding, kenala cabar diri tengok mampu tak bawak lagu-lagu yang telah disediakan..kann!!..Tapi ada juga taknak ikut. Tapi tak tau la betul ke tak..


Malam ni, untuk Nora, nad tengok dia baisa je. Sebelum ni nad suka tengok dia juga, sebab suara dia mantap. Nyanyi lagu rock pun ok. Tapi untuk separuh akhir malam ni, dia punya suara lain dah. Untuk Solo, dia nyanyi lagu sendiri, tapi dia campur dengan lagu orang putih. Jadi, suara dia macam tak sampai. Macam tunggang terbalik..Lagu duet dia bersama Aizat pun macam tak kena je..ermm..Tapi kesian dia sebab kena bahan dengan netizen..komen-komen netizen dasyat sangat..huhuhu..kita taknak la amik port..cuma malam ni Nora memang biasa je..

Dan malam untuk separuh akhir, Nora telah tersingkir. Takpela..lebih baik dia keluar daripada dicemuh orang..


FARIZA TUMBUH GIGI DAH!!!

in , by Nadia Johari, 19:58:00
hai assalammualaikum

Fariza Tumbuh Gigi - Perkembangan Fariza nad tengok dengan mata sendiri, alhamdulillah, syukur sangat. Memang nad impikan dari dulu, sebelum kawin lagi, kalau ada anak, nak jaga anak sendiri. Taknak bagi orang lain jaga, sebab ibu bapa jaga lain, orang lain jaga anak kita lain. alhamdulillah, Fariza dapat kasih sayang sepenuhnya daripada mommy dan daddy. Dari merangkak, memanjat, berjalan, makan, dan sekarang  lagi perkembangan Fariza ialah tumbuh gigi..hehee.


Nad tak pernah risau pasal perkembangan dia. Sebab nad tau, budak ni lain-lain. Ada yang cepat, ada yang lambat. Macam Fariza umur setahun dua minggu baru gigi dia nak muncul..hehee..Sebelum ni memang nad perasan kat gusi ada putih, tapi masa tu ingat gusi, sebab rasa takda tajam pun. Jadi tunggu jela, kalau betul gigi, nah dah keluar. Bila rasa, ada tajam dah..hehehe. Tu dia..

Selalunya kalau anak nak tumbuh gigi ni, mak-mak mesti risau, yela takut dia demam, sakit, tapi bagi nad, alhamdulillah, Fariza takda demam atau gigit puting masa susu. Baik budak ni..hahaha. Fariza setakat ni memang elok walaupun kena cucuk. Syukur sangat..

Takde pulak dia tunjukkan tanda-tanda nak tumbuh gigi..hahaa. Sebab dia main macam baisa je. Cuma dia suka mengutip jela..tu jela kerja dia. Menggigit barang pun ye. Oh tu mungkin salah satu tanda dia, tapi nad ingat tu perkara baisa budak buat..huhuhu..

Pertumbuhan Gigi bayi

Kalau dilihat carta perkembangan tumbesaran bayi atau ditanya secara general pada doktor kanak-kanak, secara umumnya, bayi mula tumbuh gigi pada usia 6-12 bulan dan akan keluar sepenuhnya ketika berumur 24 bulan. Kemunculan gigi pertama adalah petanda yang menunjukkan bahawa bayi anda sedang membesar. Pertumbuhan gigi bayi juga terjadi dalam bermacam-macam keadaan dan sangat bervariasi. Gigi pertama yang keluar dipanggil gigi susu.

Gigi susu ni biasanya akan tumbuh seawal usia 3bulan & ade yang lambat sikit sampai umur 12bulan baru nak tumbuh pun ada. Tapi  normally gigi baby akan tumbuh antara 6-9bulan.Gigi baby ni akan tumbuh berpasangan. Sifat pertumbuhan gigi itu sendiri sudah sangat bervariasi di mana mungkin ada gigi yang tumbuh secara rapat dan ada juga yang jarang-jarang.

Kalau nak tau leboh info lagi apsal gigi, boleh baca SINI

Nad tak tau la gigi Fariza ni tumbuh macam mana..hehe..tunggu jela ye..sekarang dah dua gigi ada..jangan mimpi ngeri sudahla..
hai assalammualaikum

Lee Kwang Soo Di Paradigm Mall - Korang yang minat giler dengan Lee Kwang Soo mesti tau kan harini dia dekat Paradigm Mall sempena Running Man Challenge 100 plus yang nad pernah war-warkan dekat blog sebelum ni. Tak dapat la nak pergi sebab tau mesti ramai orang giler. Siapa tak minat lee Kwang Soo, walaupun dia suka membelot dalam cerita Running Man, tapi sebab muka dia yang manis, baik hati tu, semua orang minat..huaaa..Dahla tinggi oii..


Untung gila siapa yang dapat selfie. Antara Ajak dengan Kwang soo, nad tetap pilih Kwang soo..hahhaha. Hensem dowhh!!..Walaupun tak dapat tengok depan-depan, dapat tengok video orang pun jadila..hahaha. Terasa macam tengok depan-depan. Harini habiskan masa tengok video Lee Kwang Soo dekat Instagram, facebook..aduhh jeles tengoknya.. Lagi untung yang dapat masuk Running Man Challenge by 100 plus.

Bila nad tengok video tentang Lee Kwang Soo dekat Paradigm Mall, nad tengok dia ni memang rendah diri, baik, suka senyum dan lambai pada peminat. Dia sayang peminatnya, tak kisah dia pergi negara mana pun. Sama macam rakan-rakan Lee Kwang Soo yang main dalam Running Man. Memang diaorang akan layan peminatnya, senyum, lambai walaupun waktu tu beresak-esak orang nak serbu diaorang. Tu yang nad suka gilerr!!.. Tak macam sesetengah artis, tengok bawah jela bila peminat macam tu..huhuhu..

Guard Rampas Telefon Ayda Jebat, Lee Kwang Soo Baik Hati Ambil Semula




Harini kejadian tak disangka masa nak bergamabr bersama Lee Kwang Soo. Nad tengok video dekat facebook. Kawan nad yang post. Ni video dia amik. Nampak tak, Ayda Jebat nak berselfie dengan Lee Kwang Soo, tiba-tiba, guard datang main ambil je telefon. Pergh!!..tengok muka Ayda Jebat terkejut, tu klau takda orang mesti dia maki hamun guard tu..ahahha. Masa tu semau orang terkejut, tapi Lee Kwang Soo baik hati, ambil balik telefon tu dan berselfie. Nampak tak dia sayang giler dekat peminat dia..huhuhuhu..

Nad ada baca komen dekat fb dia, ade orang tu cakap "' Mmg laa xleh selfie..bintang korea kot..bukan kwang soo je...klu nk tgk korean fan meeting sbelom ni pon limited kan klu nk begambar...daa byk kn gmba diambik..nk lgi bselfie..kire untung kwang soo ni ambik blik telipon tu..
Jgn kecam laa...bende betol"

Sekali sekala..nak ambil gambar. huhuhu..bukannya orang yang berkerumun nak amik..Takpela..akhirnya dapat juga Ayda Jebat selfie..

Kwang Soo sangat sporting, gentleman dan baik hati..walaupun dibenci sebab selalu jadi pembelot, i tetap suka you tau..hahhaa..ok bye..

UPIN DAN IPIN JENG JENG JENG!!

in , , by Nadia Johari, 00:32:00
hai assalammualaikum

Upin Dan Ipin Jeng Jeng Jeng - Lama sangat tak tengok wayang. Sekarang bila ada anak ni, tengok wayang kena ikut cerita budak-budak pulak. Baru la best sikit. Walaupun dia masih tak paham, tapi Fariza kenal kartun kesukaan dia. macam Upin dan Ipin ni la. Selalu tengok dekat tv, sekarang tengah berada di panggung wayang untuk movie Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng.


Haritu nad bersama keluarga berkesempatan menonton tayangan perdana Upin dan ipin Jeng Jeng Jeng terbitan Les Copaque yang ditayangkan di GSC IOI City Mall Putrajaya. Terima kasih kepada pihak Denaihati Network kerana memilih nad untuk pergi  menonton tayangan perdana ni. Peluang yang diberi memang takkan dilepaskan. Lagi pun ni kali pertama Fariza masuk panggung wayang. Nak tengok macam mana perangai dia dalam wayang bila nampak kartun kesukaan dia Upin dan Ipin tu.





Sebelum bermula tayangan perdana, kitaorang dimeriahkan dengan dua maskot dan beberapa aktiviti yang dijalankan. Wah bukan main seronok Fariza. Takut!! memang tak la..hahaa..Dia nak pegang maskot tu, berani tapi takut..hahaa..macam mana tu. Selain itu ada juga adik Asyiela Putri iaitu pemilik suara Upin dan Ipin. Dekat tv dengan kat luar serupa je suara dia..hehee..bila dia cakap kita bayangkan upin ipin kartun tu.


Upin Ipin memang menjadi kegilaan anak-anak. Tapi bukan sahaja anak-anak, malah ibu bapa pun suka tengok cerita kartun Upin Ipin ni. Pertama kali keluar masa puasa dulu, memang seronok tengok. Sampaila sekarang masih layan lagi cerita ni.

Sinopsis Upin Dan Ipin Jeng Jeng Jeng

Hah!! Masuk wayang pulak. Fariza memang suka, sebab banyak budak-budak dalam tu. Mulut dia, babababa cakap dengan budak lain..hahaa. Bila start wayang terus dia duduk diam, sebab bunyi sound dan gerak-gerak gamabr dalam wayang tu. Fuhh!!..dia tak meragam. Dia suka bila Upin dan Ipin keluar dan bila ada nyanyian.


Hah!! nak tau cerita pasal apa Upin dan Ipin ni. Meh nad bagi sikit sinopsis tentang movie Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng ni.
" Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah  tersebut.

Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Dia telah meminta bantuan daripada Upin & Ipin, tanpa disangkai Upin & Ipin benar-benar muncul di hadapannya. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak dapat melihat Upin & Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan. Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa "



Nak tau apa jadi seterusnya..Adakah mereka dapat selamatkan rumah anak yatim tu?? Nad taknak la cerita sampai habis..hehee..korang kena tonton sendiri. Banyak juga pelakon hebat yang berlakon dalam cerita ni, terutama sekali Awie ( Ini semua Poyo )..hehe

Filem yang menelan belanja mencecah RM4 juta ini menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup.Filem yang penuh unsur-unsur nasihat, kesedaran dan bermain dengan emosi. Tayangan ke 121 buah panggung wayang di seluruh Malaysia dan Brunei serentak pada 24 November 2016 ini juga menjadi rekod Jumlah Pawagam Tertinggi di minggu pembukaan bagi Filem Tempatan.


Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi kan. mak ayah bolehla bawak anak-anak datang tontong movie Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng ni. Memang tidak rugi. Walaupun ada orang cakap, filem ni macam teetttt..tu masalah dia, sebab dia tak menghayati cerita ni. secara keseluruhan nad bagi 4.5 bintang.

#upinipinjengjengjeng
#DHNBlogger
@upinipinofficial
@denaihatinetwork
hai assalammualaikum


Majlis Pelancaran Laman Web Touristguide.com.my - Jom bercuti!!..Yeahh..Tapi mesti akan ada masalah, iaitu bajet tak cukup. Masalah yang selalu dihadapi kalau nak travel. Tapi jangan risau,lepas ni, korang boleh bercuti ke mana sahaja dengan bajet yang murah. Silap-silap dapat bercuti secara PERCUMA lagi..wihuuu!!!..Nak tau dekat mana nak dapatkan package percutian yang murah?? Semestinya di www.touristguide.com.my. Daftar sekarang!!! Percuma je!!

Majlis Pelancaran Laman Web Touristguide.com.my



Pada 24 November 2016 , Khamis, di The Westin Hotel Kuala Lumpur, telah berlangsungnya majlis pelancaran touristguide.com.my. Majlis dihadiri dengan beberapa orang media dan blogger serta tetamu VIP.



Majlis telah dilancarkan oleh Mr Mohd Akbal Setia (Director of Tourism Malaysia) Mr Devan Kumar (Managing Director Touristguide.com.my) , Mr Azlan Hussain (Presiden of Kuala Lumpur Tourism Association KLTA) dan Akim ( selebriti Artis penyanyi Popular Malaysia).

Meh nad kenalkan apa itu touristguide.com.my. Touristguide.com.my telah ditubuhkan selama hampir 5 tahun dalam perkhidmatan pelancongan dalam talian dan misinya 'Build The World’s Largest Travel Network''  mampu memberi travellers di luar sana  tawaran perkhidmatan pelancongan dengan harga yang berbaloi. Sasaran untuk mendapatkan 100,000 orang pengembara berdaftar dengan mereka di Malaysia sebelum melebarkan sayap ke negara lain...Sekarang ni dah ada hampir 3,000 orang yang mendaftar!

Daftar Segera Di Laman Web Touristguide.com.my

Touristguide telah mewujudkan hubungan yang kukuh dengan syarikat penerbangan utama, hotel dan pengusaha pelancongan tempatan di seluruh Malaysia dan luar negara dan pelbagai jenis tawaran pelancongan direka dengan baik pada harga yang tiada tandingan. Setiap ahli berdaftar akan diletakkan dalam rangkaian pelancongan Touristguide.com.my secara automatik. Dan korang boleh mengumpul mata TANPA HAD. Dengan mata yang dikumpulkan korang boleh redeem untuk travel secara PERCUMA..

Tiada yuran dikenakan semasa pendaftaran. Daftar secara percuma!! Hah!! apa tunggu lagi, daftar cepat di www.touristguide.com.my. Nad dah daftar..

Kelebihan Tourist Guide

Touristguide.com.my sebagai salah satu website travel yang menawarkan pelbagai pakej travel termurah bahkan PERCUMA bagi membantu para travelers membuat pilihan terbaik sebelum rancang perjalanan percutian.

Kini, korang tidak perlu risau lagi mengenai bajet untuk pergi melancong ke mana sahaja, tidak kira dalam negara atau luar negara kerana Touristguide menyediakan tiket penerbangan, tempahan hotel dan macam-macam lagi pakej dengan harga yang berpatutan.

Dengan bantuan Tourist Guide, korang boleh dapatkan percutian impian dengan harga yang berbaloi...dan menjadikan budget bukan salah satu kekangan untuk kita pergi melancong! SEMUANYA JIMAT DENGAN TOURISTGUIDE.COM.MY

Travel dengan Percuma..suka kann..jangan lupa lepas daftar, buat pembelian, kumpul point korang, bila dah cukup boleh redeem untuk Hotel Booking, Tiket Penerbangan dan travel package. Hanya dengan point yang korang kumpul, redeem, percutian jadi PERCUMA..jadi kumpul mata banyak-banyak..


Promosi Percutian Diskaun Sehingga 75%

Berita baik untuk semua orang,TouristGuide.com.my mempunyai promo pakej percutian yang menakjubkan..Woww!!! teruja sangat.. Nampak tak gambar dekat bawah, tu adalah antara pakej yang ditawarkan oleh Tourist Guide. Seronok gilerr tengok tempat-tempat dia!!.. Untuk menikmati tawaran, semua yang anda perlu tahu adalah untuk mendaftar PERCUMA sebagai ahli di TouristGuide.com.my. Sertai sekarang!!!

Bestnya dapat melancong ke Luar Negara. Tak pernah lagi jejak negara orang..huhuhu..moga ada rezeki ku datang sini..

Ambil Perhatian : 

Promotion Period : 
bermula dari sekarang sehingga 30 November 2016

Travel Priod : 
1st April 2017 - 31 March 2018 ( except public holiday )







Untuk keterangan lanjut boleh layari:

INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T)
Suite A25-3A,
Sentral Business Park,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Toll Free: 1800 38 3338
Office Hours::  9 a.m. – 6 p.m. (Mon – Fri)

Website: http://www.touristguide.com.my/
Facebook: http://www.facebook.com/myTouristGuide
Instagram: http://www.instagram.com/touristguide.com.my
hai assalammualaikum

Logitech X100 Wireless Speaker -  Tempoh hari, nad ada terima Box Of Joy dari Lazada. Salah satu barang yang nad terima dan membuatkan nad teruja dan suka sangat sebab pertama kali jumpa produk ni..heehhe iaitu Logitech x100 Wireless Speaker. Selalunya bab speaker ni, nad cuma tau yang apsang dekat laptop tu, dan kene cucuk dekat laptop. Tak sangka ada juga speaker yang boleh bluetooth dan boleh dibawa ke mana sahaja. Sukaanyaaaa......!!!!

Nad memang suka dengar lagu sambil buat kerja. Kalau sebelum ada speaker ni, nad pasang lagu dekat laptop, bila pasang tak dengar sampai ke dapur walaupun dah pasang kuat. Lagi satu laptop nad ni tak boleh pasang kuat sangat, nanti speaker laptop pula rosak. nak bawak laptop memang tak la masa masak kan..haaha. Phone pulak memang tak bawakla, kang nanti sikit-sikit nak tengok whatsup..sikit-sikit nak online..hahahha..susah betul..


Nasib baik ada Logitech x100 Wireless Speaker ni..mudah sikit. Speaker ni memang berbaloi korang beli, sebab banyak kelebihannya..Dengan reka bentuk yang bulat dan comel ni, ia sesuai untuk semua orang yang sukakan muzik.

Kelebihan Logitech X100 Wireless Speaker

1) Sangat Ringan


- Logitech Wireless Speaker ni sangat ringan dan mudah di bawa ke mana sahaja. Bahan yang digunakan kombinasi getah di bahagian bulatan berwarna itu. Mudah untuk dipegang dan dicengkam pada tangan. Tidak licin dan keadaan pepejal. beratnya hanya 162g

2) Selamat untuk kanak-kanak


Paham-paham jela,kalau ada anak ni, semua benda nak tau dari mana datang bunyi tu. Mula la dai mencari. Dan bila nad cuba pakai Logitech x100 Wireless Speaker ni, dia terus lari dan amik speaker tu sebab nad pasang lagu Didi and Friends. Terus dia pegang dan dengar..hehee. Selamat dekat budak-budak sebab tak berat dan takda elektrik dimana-mana. Kalau dicampak, mungkin ok lagi sebab dia bukan kaca.

3) Mudah digunakan.
Masa nad buka, ingat susahnya la nak guna. Rupanya, senang je..Korang akan dapat kertas intruction yang tunjukkan cara nak gunakannya.

Ada 4 butang navigasi yang mudah digunakan.

Wireless speaker ni ada dua cara nak gunakan.
- satu cara secara bluetooth
- satu cara boleh guna USB cable.



Sebelum korang blueetooth atau apa, korang tekan butang on dulu ye. Yang ada simbol eperti dalam gambar. Lepas tu annti ada cahaya biru kecil-kecik dekat speaker dia..hah!! dah hidup la tu. Lepas tu ikut korang nak blueetooth atau guna USB cable.

Macam nad suka bluetooth je, boleh bawak dan dengar dekat mana-mana. Ia serasi dengan mana-mana peranti yang mempunyai Bluetooth. Tak kisah mana-mana telefon Android, peranti iOS atau komputer riba. Hanya tekan blueetooth, dan cari connection. Nampak nama Logitech dan connect. Terus boleh guna. Bluetooth dengan jarak linkungan 30ft


Untuk cara cable, pasang wayar USB cable yang disediakan dan gunakan dekat laptop atau phone korang..mudah je..Macam tak biasa guna USB cable..

4) Suara yang sangat jelas



Kalau korang nak kuat boleh tekan simbol tambah, simbol tolak untuk kurangkan volume. Kualiti bunyi yang baik adalah bagus juga. Ia mengandungi 96 mm audio output Walau bagaimanapun anda tidak boleh mengharapkan ultra tertinggi output bunyi yang jelas dari yang dah disediakan. Bila korang nak kuat lagi, dia ada bunyi "bib'..tu maknanya dah tak boleh kuat. Sampai situ je kuat dia. Tapi memang jelas la.

5) Boleh digunakan untuk Telefon.


Bestnya, bila orang telefon pun boleh guna logitech wireless speaker ni. jelas dengar suara orang tu. Contohnya macam dalam kereta,  dia boleh menjadi pengganti kepada earphone..haaha. Yela kadang korang nak telefon nak guna earphone, dalam kereta,tiba-tiba earphone rosak jadi korang pun buat loudspeaker. Tak dengar pulak bila Loudspeaker. Kan dalam kereta tak boleh telefon,kena tahan dek polis nanti. jadinya guna jela Logitech wireless speaker ni. Mudah..boleh buat panggilan telefon bebas tangan lepas ni.




Tapi korang kena pastikan korang ada AUX cable untuk penggunaan telefon. Macam nad takda, jadi tak boleh nak cuba. Ada cuba secara blueetooth tapi bunyi ninong..ninong..hahhaa..

6) Bateri Tahan Lama

Bateri tahan selama kira-kira 5-7 jam yang merupakan satu lagi ciri yang besar pembesar suara ini. Okla tu kan..lama tau.. Kalau nak cas boleh je, cas lebih cepat dengan 90mm kabel mikro USB yang disertakan.

7) Boleh dibawa kemana-mana


Disebabkan speaker ni ringan dan mudah dimasukkan dalam beg, jadi ia boleh diabawa kemana sahaja. Tak semestinay dalam rumah, luar rumah pun boleh. Masa travel pun boleh..hah!!,,best kann..Pergi pantai atau taman, dengar muzik. Masa jogging..seronoknyaa..hehee..

Waktu meeting pun boleh..perghh hebat tak..

8) Boleh diletak atau digantung

Logitech ni korang boleh letak atau gantung dekat mana-mana.



Itulah antara kelebihannya..Dahla mudah dan ringan. Selamat pulak tu. Ada banyak lagi warna yang korang boleh pilih dekat Lazada. Korang boleh tekan link dekat  Logitech X100 Bluetooth Mobile Wireless Speaker - Yellow Purple
- Bluetooth wireless speaker
- 3.5 mm audio output
- Support phone calls
- 30ft wireless range
- 5 hours batteri life

System Requirements

- For audio playback
- Smartphones, tablets and other devices that support Bluetooth wireless audio - profile or 3.5 mm audio output
- For phone calls
- Phones that support Bluetooth Hands Free Profile

Apa yang anda akan dapat?

- Logitech X100 mobile wireless speaker
- Micro USB charging cable
- User documentation
- 1 year warranty


Apa tunggu lagi..Lazada sales tengah ada lagi sampai 12 December you allss..cepat-cepat shoping dan beli. Klink banner tu untuk pergi ke Lazada Online Revolution. Atau klik SINI je. #LZDMYrevolution


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2