hai assalammualaikum

Produk Penjagaan Diri Halal Jenama Asianic.



Hari Isnin haritu nad hadiri satu majlis Sepetang bersama Reen Rahim dan Asianic bertempat di Donates Coffee, Cake & Bread di Jalan Kuchai Lama.  Asianic ni bukan nama orang tau, tapi nama produk. Pertama kali nad diperkenalkan dengan produk Asianic ni. Korang ada pernah dengar produk ni??


Produk Asianic produk yang halal dan semua bahannya adalah semulajadi. Ada kawan cakap masa majlis tu, bagus produk Asianic ni. Macam skrub dia boleh tanggal semua daki-daki dekat badan. Yang cakap tu pulak kawan lelaki. Wah!!, best betul, tak sabar nak cuba produk Asianic ni. Produk Asianic ni yang terdiri dari penjagaan diri termasuk krim mandian, skrub badan, losyen, syampu, perapi rambut, mandian garam, krim halia dan juga pencuci wanita.


Bagi krim mandian, skrub badan dan losyen terdapat campuran estrak dari Bunga Sakura dan juga Susu Beras. Di formulasikan dari estrak Bunga Sakura dan Susu Beras bersama bahan-bahan terbaik seperti daun lidah buaya dan Akar Kayu Manis bagi membantu menanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Ianya juga akan memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan muda sentiasa.

Syampu rambut pula diformulasikan dari natural ekstrak buahan dan teh hijau untuk rambut lebih sihat sentiasa. Syampu Asianic akan membuat rambut sentiasa lembut bagaikan mutiara, berkilat dan bermaya. Terdapat syampu bagi kepala yang mempunyai masalah kelimumur, rambut gugur ,rambut biasa dan berminyak. Pilih mengikut kesuaian dan lihat  hasilnya seawal lima hari apabila menggunakan syampu jenama Asianic.

Produk jenama Asianic adalah mampu milik dan berharga dari RM10.90 hingga RM17.90 setiap satu. produk Asianic boleh didapati di hampir semua pasaraya besar, farmasi dan  kedai kedai runcit seluruh Malaysia. Produk Asianic juga boleh dibeli melalui online : www.wonderlandprimary.com Korang tidak perlu ragu-ragu lagi apabila menggunakan produk penjagaan diri kerana Asianic adalah mempunyai rangkaian produk Halal yang pertama  di Malaysia.

Info Tentang WonderlandPrimary
Wonderland Primary Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan syarikat pemasaran bagi barangan penjagaan dan kesihatan diri untuk semua lapisan umur...
Mengukuhkan lagi kedudukan runcitnya dengan memasarkan produk keluaran syarikat ke pasaraya-pasaraya besar ,farmasi, kedai kedai runcit dan toko jamu di seluruh Malaysia malahan telah memenuhi permintaan pengguna bagi pasaran luar negara juga...

Misi Wonderland Primary Sdn Bhd mengetengahkan jenama Halal dibawah jenama Asianic yang telah dikilangkan oleh kumpulan syarikat yang berstatus ISO, disahkan memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard) dan bermatlamat untuk
menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan setanding dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.

Sepetang bersama Artis Reen Rahim



Siapa tak kenal dengan pelakon Reen Rahim. Nad selalu tengok dia punya drama dekat tv. Dan hari Isnin haritu, nad dapat tengok dia depan-depan. Dekat dalam tv lain muka, bila tengok depan-depan, cantik sangat. Putih dan kurus. Bukan itu sahaja, pelakon Reen rahim ni begitu rendah diri dan sangat Friendly. Reen Rahim merupakan duta untuk produk Asianic ni.


Reen Rahim bersama blogger. Riuh dengan Reen Rahim bila bercakap. Dia cakap macam kawan-kawanje. Majlis pun best, santai habis..hehe..memang banyak masa diluangkan dengan Reen ni. Sampai Fariza kena buli..hahaa..tu nanti nad buat entry lain..Memang bagus dia jadi duta Asianic ni.


Banyak aturaca akan dijalankan bagi mempromosikan jenama Asianic antaranya adalah majlis ramah mesra selebriti Asianic, Reen Rahim. Peminat bukan sahaja dapat  akan dapat berjumpa dengan selebriti ini malah akan dapat berjumpa secara lansung pada acara-acara yang akan dijalankan.
Untuk yang gemar melayari atas talian, boleh juga melayari FB & Instagram Asianic Halal untuk maklumat dan aktiviti terkini yang telah diatur.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Leny Adam
+6019 265 6687

WONDERLANDPRIMARY SDN BHD (877104-M)
No.17, Jalan PJS 5/26,
Taman Desaria,
46000 Petaling Jaya , Selangor.
Tel : +603 7782 6308    Fax :  +603 7783 6308

Website  : www.wonderlandprimary.com
Facebook : Asianichalal
Instagram : Asianichalal


Ni produk Asianic nad dapat..Tak sabar nak cuba..

PENGALAMAN MENGGUNAKAN UBER PERTAMA KALI

in , by Nadia Johari, 16:16:00
hai assalammualaikum

Pengalaman Menggunakan Perkhidmatan Uber

Masa belajar dulu, kerap juga naik bas awam pergi sana sini. Tapi, itu sebab ada kawan. Naik LRT pun boleh dikira berapa kali je, sebab naik pun dengan pakwa dulu..hahahaa. Lepas tu dah tak naik LRT. Lama jugakla taknaik sampai dah kawin ni. Nad ni memang penakut naik perkhidmatan awam sorang-sorang. Sebab tu, sekarang nak pergi mana-mana suami yang hantar..hahaa. Suami pulak jenis tak bagi nad pergi sorang-sorang. Walaupun rumah dekat dengan LRT, tapi sebab nad jenis tak biasa dan tak tau nanti nak turun mana, pastu naik apa pulak ke tempat tu, memang blur la orang cakap. Sudahnya, memang suami la tolong hantarakan ke sana sini.

Pernah nad terfikir, kesian mr mafia, kena hantar pergi situ sini. Nad ni kalau boleh taknak susahkan dia. Kadang terfikir nak naik teksi. Tapai paham-paham jela, teksi ni nak kena tunggu satu hal, tambang pulak mesti mahal, Sekarang nad dah anak, tak mampu nak menunggu haishh. Nasib baik sekarang ada perkhidmatan Uber. Tau pasal servis ni, tapi masih takut nak guna. Dan akhirnya, hari Isnin semalam nad pertama kali guna perkhidmatan Uber ni untuk pergi event dekat Jalan Kuchai Lama.

Sebelum tu, tanya kawan-kawan juga yang pernah guna Uber. Biasalah pertama kali, memang blur. Semua nak tanya..hahaa. Nasib baik kawan baik hati tolong. Terima kasih Dkna Abza dan Abang Sohoque.


Sebelum nak guna Uber, kenala install dulu apps Uber ni. Ni pun dok tanya Dkna, simbol mana..hahaha..Lepas tu kena register..Bubuhla apa dia nak tu. Dah setel, boleh guna dah perkhidmatan Uber.


Haritu ada event, mr mafia pulak ada kerja, jadi nad gunalah perkhidmatan Uber ni. Terkial-kial nak guna..hahaa. Memang nampak senang, takut salah tekan tempat nak dituju je ni kang..hehee. Hati-hati masa menaip..Mulalah tulis tempat nak ambil dekat mana ( pickup) dan nak pergi ke mana ( work location ). Sebelum korang request, dia ada tunjuk harga, kalau ok, korang tekanlah request.

Kalau ada nampak kereta Uber pada maps, itu maknanya ada perkhidmatan Uber dekat tempat korang. Sebelum itu, kita boleh tengok fare dia berapa kalau tak suka tak payah ambil, pilih uber yang lain. Mudah kan? Dah jumpa Uber yang berkenan boleh request dan pilih. Uber X untuk korang yang pergi sorang..Uber Xl tu kalau oergi beramai.

Pembayaran pulak boleh guna cash atau kredit kad. macam nad better bayar cash je.

Dah selesai, nanti dia bagitau Uber ni akan datang ke tempat yang nak diambil. Macam nad, ambil dekat rumah. Tunggulah sampai Uber tu datang dekat rumah. Senang..apa-apa dia akan call. Uber nad haritu Cina. Nama James. Nad pesan uber pukul 4.45 petang, pukul 4.55 dia dah sampai rumah nad. Sesat jugala dia nak kerumah nad..hehee..

Diaorang ni nak pergi ke tempat yang dituju dengan guna waze. Macam nad, dah la pertama kali, nak pergi tempat event tu pun pertama kali. memang tak taula tempat tu dekat mana. Dia pun tanya nad, biasa ka pergi ini tempat?? Sini ka tempatnya??..hahaa..manalah nad tau. yang penting nad dah bagi alamat betul dekat tempat tu. Dua kali juga tersasar jalan..ahhaa. Biasalah pakai waze..kadang susah kan. Ok dimaafkan..Nasib sampai tempat dia sebelum bermulanya event.

Nad bayar masa tu RM17. Dari Pandan Jaya ke Jalan Kuchai Lama. Kita ni bayar jela..Kalau pergi event berbayar bolehlah naik Uber. Nanti dekat email pun dia akan hantar resit pembayaran Uber tu..

Ok lepas ni, bolehlah guna Uber lagi kalau nak pergi event berbayar. tak berbayar macam tak berbaloi je..ahaha..Korang boleh guna code nad untuk dapatkan diskaun RM10. Nah guna code ni NADIAJ1311UE..

TERIMA KASIH FARIZA

in , by Nadia Johari, 02:49:00
hai assalammualaikum

Fariza Anak Yang Baik, Buat Mommy Bangga


Nampak tak nad buat status dekat facebook. Siapa kawan dengan nad, perasanla status ni. Ye!!..Anak dara sorang ni, usianya dah setahun sebulan, dan masa ni la dia nak buat perkara extreme. Selalunya, dia akan naik tangga ni bila ada mommy dan daddy dia, tapi entah macam mana, kali ni, dia boleh naik sorang-sorang. mau tak berdesup jantung kitaorang bila tau dia dah masuk bilik kerja daddy dia.

Tangga ni berdekatan dengan dapur. Selalunya, kalau orang naik tangga, nad memang dengar. Entah macam mana, kali ni bila si anak naik, nad tak dengar pun. nak kata masa masak, kuat sangat bunyinya takdela pulak. Macam biasa je. Macam ni la bila sel otak dah berkembang. Tau dah nak buat macam-macam, tau dah nak buat sendiri-sendiri.

Nasib baik air yang ditumpahkan dah sejuk. Sebab sebelum tu ada tetamu datang. Kawan daddy dia. lepak la bilik kerja, nad buatkan air. sebab tu ada air kat situ. Nasib tak panas.Kenapa nad cakap dia anak yang baik?? Kenapa nad berterima kasih dekat dia?? hahahha..Kan dia buat selereak dekat bilik daddy dia. Jadinya, daddy dia kena la kemas dan mop lantai sampai bersih..hahahaha.

Sebab sebelum ni, nad suruh kemas bilik, Allahuakbar susahnya laki nad ni. Nad lagila tak berapa rajin nak kemas, sebab dah banyak kali kemas, beberapa minit dah kotor balik. Mana taknya, hisap rokok. Habuk rokok jatuh lantai. Stress kita tau!!..Nah jadinya macam ni la..Anak tolong mommy dia..hahaha. Daddynya memnag marah giler..hahaa. Nad kat bawah bersihkan dia sambil ketawa..kihkihkih..


Marah kat anak sekejap je. lepas tu baik balik..Ramai komen suruh pasang pagar. Memang kitaorang nak pasang. dah usha-usha pagar dah. Bahaya oiii.. Kita tak tau apa jadi nanti..Jadi langkah keselamatan, kena cepat-cepat beli pagar..huhuhu..
hai assalammualaikum

Tergoda Dengan Koleksi Baju Baru Zacheela Yang Unik Dan Cantik


Ni kali pertama nad pergi ke majlis Fashion Show. Memang dah lama teringin nak pergi majlis macam ni, tapi sebelum ni tak berkesempatan. Alhamdulillah, semalam, nad berpeluang menyaksikan acara Fashion Show ni depan mata. Tengok model berjalan atas stage dengan memperagakan pakaian terkini dari Zacheela. Majlis diadakan di Parkroyal Kuala Lumpur, jam 8 malam.


Nad memang suka berfesyen, teruja nad tengok pakaian yang diperagakan. Bila dapat peluang macam ni, sekurangnya, kita tau pakaian terkini yang ada di pasaran, sesuai dengan kita dan menutup aurat. Tahun 2016 bakal melabuhkan tirai namun bagi jenama fesyen Muslimah, Zacheela. keterujaannya baru’ bermula. Glamorous Devotion Fashion Show 16/17 adalah pentas penuh warna bagi memeriahkan lagi industri fesyen tanah air.

Zacheela menampilkan lima koleksi fesyen terkini dengan 30 seleksi busana Muslimah, Menggunakan fabrik berkualiti Rasetti Silk dan Korean Polyester dengan perincian mutiara dan manik premium, koleksi eksklusif ini menyediakan 100 helai bagi setiap rekaan dan boleh didapati di butik Zacheela sahaja.

Lima Koleksi Terbaru Zacheela 


1. Alessandra ( Baroque )
Corak Baroque diinspirasikan daripada sebuah jenama mewah antarabangsa. Ia salah satu paten yang begitu eksklusif dan menarik. Membawakan dua warna mewah. hitam dan nude agar pemakai tampak elegan.



2. Florella (Flora )
Diinspirasikan daripada Flora. Lukisan tangan dengon bermotifkan flora digunakan agar pemakainya tampak lebih manis dan ayu. Dua warna lembut iaitu ungu dan dusty green yang dilakar pada fabrik. menambahkan ciri kelembutan dalam koleksi ini.

3. Sophia ( Morroccan )
Dominasi cetak Moroccan yang classy ini sempurna digayakan ke mana pun. Menampilkan motif negara Timur Tengah dalam rona lembut. ia memberi suntikan penuh gaya.


4. Malena ( Abstrak )
Koleksi Malena mempunyai rekaan corak abstrak dan membuatkan si pemakai tampak jelita. Merah jambu yang merupakan signatur butik Zaeheela dillham dalam koleksi ini bagi menyerlahkan lagi keanggunan pemakai.



5. Bahira ( Geometrik )
Diinspirasikan dari corak modern geometric. Pilihan bual wanita yang inginkan gaya lantang. Biru tanda berani mencipta sensasi pada pemakai.

Memang berbaloi datang. Cantik-cantik dan unik semua baju yang diperagakan..Nad sangat suka tengok baju jenis Flora dan Abstrak. Nanti nak beli la..heehe..nanti tengok ye nad amik baju yang mana..Alahai terpegun tengok semua jenis baju. Korang pun patut miliki Koleksi Zacheela ni, sebab baju ni menyasarkan golongan belia bekerjaya yang mementingkan penampilan diri yang unik dan elegan.

Saiz tak perlu risau, sebab Koleksi Zacheel menyediakan saiz XS hingga XXL. Harga yang ditawarkan amat berpatutan iaitu bermula pada harga RM179 hingga RM299.

Ikon Fesyen Zacheela



Zacheeela meenampilkan aktres terkenal tanah air, Anzalna Nasir sebagai duta jenama eksklusif.Cantik sangat Anzalna ni. Terpesona tengok dari depan. Lemah lembut je orangnya.


Baju yang Anzalna pakai ni keluaran eksklusif Zacheela. Inila " Blissful Blossom ". Limited Edition Couture adalah kombinasi polos warna peach pink yang dihiasi dengan swarovski crystal dan premium pearls. Ia direka khas buat wanita yang ingin tampil anggun daninginkan kelainan di majlis keramaian. Hah!! boleh pakai untuk kawin..mesti cantikk..tak pun majlis grand kau..huhuhu..Macam puteri bila Anzalna pakai. Kalau kornag pakai, mesti lawa juga weii..

Kucing Sebagai Model


Bestnya,masa event ni ada kucing tau. Kucing tu bukan sekadar perhiasan, tapi antara kucing terpilih untuk masuk sekali dalam keluarga Zacheela...ehehe. Kucing tu pun jadi model tau. Ni la keunikan Zacheela, mengambil kucing sebagai model dalam gambar koleksi Zacheela. Comel gila kucing tu. Satu kecik, satu besar. Gebu-gebu dua ekor kucing ni. Kucing besar warna coklat tu pernah masuk iklan dalam tv. Kalau nak tengok gamabr kucing ni, boleh tengok dekat instagram dia iaiatu @johanandhiscats. 



Menurut Pengarah Pemasaran & Operasi yang juga Pengasas Zacheela, Tengku Shaheela Tengku Abd Malek, koleksi yang ditampllkan banyak bermain dengan keberanian dalam membawa elemen inovotif dan trend terkini serta didatangkan dalam pelbagai warna. Ini memberi lebih banyak pilihan kepada penggemar fesyen Muslimah.

“Kami berusaha menghasilkan sesuatu yang unik agar peminat sentiasa tergoda untuk memiliki koleksi kami. Bagi memenuhi kehendak pengikut fesyen, kami memperkenalkan koleksi baru pada setiap dua minggu.” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya acara perfunjukan fesyen Glamorous Devotion ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memperkenalkan jenama Zacheela di mata peminat fesyen tanah air.

“Acara seperti ini diharapkan dapat mengukuhkan jenama kami dan mampu membina kepercayaan para penggemar fesyen. Walaupun kami sedar begitu banyak butik yang menawarkan fesyen Muslimah di pasaran. Zacheela menerimanya sebagai satu persaingan sihat dengan memberikan kepuasan kepada pelanggan melalui servis dan kualiti.”

MENGENAI ZACHEELA SDN BHD

Ditubuhkan pada penghujung 2013. Tengku Shaheela Tengku Abd Malek memulakan pemiagaan dalam talian dengan menumpukan kepada busana wanita. Perniagaan ini diusahakan kerana minatnya kepada dunia fesyen dan bisnes.

Dalam mengukuhkan lagi bisnes ini. suami kepada TengkuShaheela Tengku Abd Malek iailu Zarkiah Awang Latif yang juga Pengasas Bersama Zacheela sedia meninggalkan kerjayanya dalam bidang minyak dan gas setahun yang lalu.

Mengetengahkan konsep Muslimah Modem Wear, Zacheela dengan taglinc Beauty of Modesty sentiasa mahu menampilkan koleksi elegan namun melindungi aurat dengan sempurna. Leblh utama Zacheela amat menitikberatkan pernilihan fabrik berkualiti tinggi seiring dengan jahitan yang bermutu.

Setelah dua tahun beroperosl. Zacheela kini memiliki dua cawangan butik di KL dan Bangi, serta sebuah pejabat urusan di Bangi dengan kekuatan kakitangan seramai 16 orang.

ZACHEELA BANGI SENTRAL
05-05-02 JALAN PUSAT MEDAN BANDAR 8A
BANGI SENTRAL
BANDAR BARU BANGI

Website : http://www.zacheela.com.my/
Facebook: Zacheela
Instagram: Zacheela

hai assalammualaikum

AZHARINA DINOBATKAN SEBAGAI PEMENANG GEGARVAGANZA 2016


Semalam final Gegarvaganza 3. Harini nak update juga..hehee. Final konsert Gegar Vaganza 2016 berlangsung di Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) bermula jam 9 malam pada hari Ahad 4 Disember 2016.

Untuk Gegarvaganza 3, nad memang layan sampai final. Tauk tau, best sangat sebab kebanyakan penyanyi yang dah lama tak muncul. Suara pun masih maintain. Antara peserta Gegarvaganza 3, nad paling suka Siti Sarah. Bukan sebab suami dia shuib pelawak tu, tapi nad suka suara dia dengan gaya dia. Memang nad target, dia akan jurara.

Final Gegarvaganza, memang semua artis buat yang terbaik. azharina suara yang besar tu. Nad memang tak berapa suka, hahaha..tapi orang lain suka kan. Zarul pun hebat juga malam tu. Ameng, Intan Safarina dan Gmie biasa-biasa je. Tapi yang menang yang and tak berapa suka..hahaa.

KEPUTUSAN DAN JUARA KONSERT AKHIR GEGAR VAGANZA 2016 Pada konsert final Gegar Vaganza 2016, enam finalis membuat tugasan akhir dengan menyanyikan dua buah lagu secara medley dan lagu dalam pusingan “Battle” yang telah diberikan kepada mereka.

JUARA GEGAR VAGANZA 2016 (GV3) DAN KEPUTUSAN PENUH KEDUDUKAN PESERTA.
Kedudukan     Pemenang        Hadiah
Juara             Azharina        RM100,000
Naib Juara     Siti Sarah              RM50,000
Ketiga      Zarul                 RM30,000
Keempat      Ameng                 RM15,000
Kelima      Intan Sarafina RM10,000
Keenam      Gmie                 RM5,000

Persembahan Pilihan Penonton   Siti Sarah RM5,000

Malam tu ada persembahan dari dato Siti Nurhaliza..memnag best gilerr..Suara Dato Siti memang takda siapa boleh lawan..ehehe. Kalau dia masuk, memang dia akan kaut semua..hahahha..Love Dato Siti.
hai assalammualaikum

Luminous Serum Kurangkan Parut Dan Kecutkan Jerawat 

Masalah utama nad sejak masuk kolej ialah jerawat. Entah macam mana, boleh muncul pulak jerawat sana sini. Mungkin sebab hormone atau perbezaan persekitaran. Masalah ni sampai la nad kawin. Memang banyak produk untuk jerawat ni nad dah guna. Alhamdulillah, jerawat dah kurang, tinggal parut je. Parut pun boleh mencacatkan muka..hahaa..


Ada produk, kesannya lambat, ada produk kesannya cepat. Perubahan selalunya bergantung kepada individu. Ada orang perubahan nampak lamam sikit mungkin sebab sebelum ni pakai produk yang mengandungi merkuri yang paling tinggi. Ada testimoni cepat, 3 hari je dah nampak. Macam nad, dalam masa seminggu dah nampak perubahan. alhamdulillah..Tu nad suka dengan produk ni. Nak tau apa?? Nad pakai Luminous Serum dari Remedy. Produk dari Remedy ni memang dah dikenali dan diyakini. Jadi tanpa was-was, nad mencuba Lumious serum ni dari Remedy.

Kenapa Lumious Serum ni best?? Memandangkan nad dah cuba, dan nak masuk botol kedua, mehla nad share..hehee. Nad suka pakai produk jenis serum sebab dia terus meresap ke kulit muka. Macam biasa, sebelum pakai nad akan cuci muka bagi bersih dulu. Lepas tu baru sapu Lumious Serum ni. Lepas pakai Luminious Serum ni, muka nad akan segar dan lembut je.

Luminious serum ni diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan yang selamat. 100% tiada bahan kimia yang merbahaya. Telah mendapat kelulusan KKM dan halal..



Jenis kulit nad memang sensitif. Dahla sensitif, berminyak pulak tu. Sebab tu timbulnya jerawat. Pakai Luminious Serum ni, muka nad dah tak berminyak. Yang bestnya, jerawat pun dah tak muncul banyak. Kadang dia taknak muncul dah..hahaa..suka giler.. Memang sejak pakai Luminous Serum ni, alhamdulillah, muka makin ok. Memang nad sentiasa pakai pagi dan malam. Muka pun nampak makin bercahaya je.


Dia ada jual pencuci sekali. Kalau pakai dua-dua kan bagus. Mengandungi Tea Tree Oil yang sangat bagus menghindarkan dan membersihkan muka daripada jerawat serta mengurangkan minyak di wajah. Tiada paraben, tiada mercury, tiada steroid dan 100% tiada bahan kimia. Diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan yang selamat.

Harga: 
Serum 15ml: RM79
Cleanser 50ml : RM60


Kelebihan Luminous Serum

- Sesuai untuk kulit normal dan sensitif
- Menghilangkan jerawat dan menghilangkan parut
- Menghilangkan ketuat
- Memberi kesan glowing pada wajah
- Mengecut dan menghilangkan milia seed/oil seed
- Untuk kulit berminyak dan nipis/

Bestnya Lumious Serum ni, boleh hilangkan ketuat dan milia seed..Hah!!..Korang ada masalah ni bolehla cuba pakai Luminious Serum.


Luminous Serum dihasilkan dari serbuk berlian yang dapat meningkatkan warna kulit dan menyerikan wajah. Serum ini dicipta dengan campuran khas dan bahan perlindungan aktif seperti glucan beta, sodium hyaluronate dan ekstrak kaktus.

Empat Produk Serum Remedy Yang Lain


Selain Luminous Serum, Remedy juga turut menawarkan 4 Serum lain yang mana ia berfungsi merawat masalah kulit tertentu.

Serene Serum - Serene ni ada Aloe Vera, jadi ia sesuai untuk kulit sensitif, gatal-gatal, jerawat merah, parut merah dan jerawat nanah. sesuai juga untuk kulit kering.

Plush Serum -  Untuk kulit berminyak dan berjerawat hitam/batu, pori tersumbat
dan sesuai untuk orang lelaki. Yang ni kulit nipis tak boleh pakai.

Radiance -  Membantu membaiki permukaaan kulit berparut,
mengecilkan pori, membaiki sel kulit muka sera menyerikan wajah. Yang ni sesuai untuk masalah kulit yang sangat teruk.

Gold - Berfungsi seperti Luminous tetapi sesuai untuk
pengguna yang berumur 30 tahun ke atas. Untuk kulit yang normal sehingga yang sensitif. Hilangkan jeragat pun boleh.

Sesiapa nak beli serum ni, perlu ada consult dulu dari penjual untuk kenalpasti serum mana yang sesuai berdasarkan jenis dan masalah kulit korang. Yela, lagi bagus macam ni, sekurangnya dia tau, serum mana sesuai untuk korang, untuk merawat kulit korang tu.

Korang kalau berminat bolehlah layari
Instagram@staygorgeous_byzyra
Contact : 019 370 9368
Name : Zura / Zyra

KHASIAT TEMPE YANG PERLU ANDA TAHU

in , by Nadia Johari, 11:31:00
hai assalammualaikum

Tempe Banyak Khasiatnya - Siapa suka makan tempe ; sila baca ini. Tempe kalau makan panas-panas memang best dan sedap ! Biasanya tempe dijual di kedai runcit atau pasaraya dengan bersalut plastik ataupun suratkhabar. Goreng pun sedap, buat sambal tempe lagi sedap! Makanan ini sangat sinonim dengan masyarakat di Indonesia ataupun Jawa. Rugi kalau ada yang tak suka makan tempe, nak tahu kenapa?


Lima Khasiat Tempe

Ini sebab-sebab yang anda perlu tahu :- Apa Jadi Pada Badan Kita Sekiranya Suka Makan Tempe?

Baca 5 Kesan Ini.

1). Tempe mengandungi khasiat kalsium yang sama dengan air susu.
Kajian ini dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Dekan dan Professor Pemakanan Dietetik UKM.
Selain itu, tempe berkesan untuk mencantikkan wajah.

2). Tempe mampu mencerahkan kulit wajah dan tiada kesan bahaya malah akan menampakkan anda sentiasa kelihatan muda. Kenyataan ini disahkan sendiri oleh penyelidik Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM.

3). Selain itu, tempe boleh mengurangkan kolestrol, meningkatan kekuatan tulang, mengurangkan gejala monopous awal dan kandungan protein sama tinggi seperti daging.

4). Tempe sangat bagus untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi.
Kenapa? Tempe mengandungi zat besi, flafoid  yang bersifat antioksidan dimana membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

5). Kalau korang ada masalah cirit birit, amalkan makan tempe sebab kandungan protein yang tinggi mempercepatkan tempe untuk dicerna. Tempe juga boleh mengelakkan individu terkena keracunan makanan.



Haaa .... !!!

Nampak sahaja tempe ini macam tiada khasiat, tapi sebenarnya banyak khasiat dan kebaikan untuk badan manusia. Sila makan tempe..aduhh sedapnya tempee...

hai assalammualaikum

Rumah Bersepah Anak Bijak - Hah!!..sebelum ni selalu nampak quote ni dekat facebook. para ibu semua kongsi quote ni..hahaa..Maka para ibu mesti bangga rumah bersepah sebab anak bijak..hahaha. Tapi sememangnya anak kita dah bijak sejak dalam perut lagi. Sebab masa mengandung, kita dah buat yang terbaik untuk anak kita.

Budak-budak biasa, suka menyepahkan rumah bukan sebab apa, sebab diaorang tengah berfikir apa nak dibuatnya dengan benda tu. Diaorang tengah berimaginasi bahawa benda tu ada dengan mereka, bermain dengan mereka. Cuba korang ibu bapa main sekali dengan anak-anak, mesti korang pun boleh berimaginasi..hahaaa.


Tengokla rumah ni, apa yan difikirkan Fariza pun tak tau la. Habis berterabur kertas dalam box Lazada tu. Dia meneliti kertas tu satu-satu. lepas keluar sikit, dia keluarkan lagi danlagi. Jadinya berselerak la macam ni. Nad akan biarkan dia main sampai puas. Bila dia dah tak suka, dia biarkan la macam ni dan main permaianan lain.

Bab ni pun satu hal, kadang para ibu malas kemas sebab penat. Yela, para ibu ni banyak keja lain nak dibuatnya. Tapi takdelah dibiarkan sampai berlarutan. Lepas anak tidur, mesti para ibu akan kemas juga. Walaupun dia tau, esoknya akan bersepah lagi. Biarkan jela..kita yang beli mainan untuk diaorang bermain, jadi jangan merungut bila bersepah. Nak lagi bagus, ajar anak sama-sama kemas. Kita pun turut sama kemas. kan budak ikut cara perbuatan ibu bapa.

Bila bermain kena kemas. Dah jadi satu amalan mendidik dan bijak..kann..Tak kira la mainan besar atau kecik boleh mengundang bahaya. Maunya tersepak, tersadung, terpijak, jadi lain pulak nanti. Hah!!..Kalau nak selamat, buat satu ruang untuk anak bermain. Kat situ jelah nak bersepah. Takdelah pening kan..hehehe..


hai assalammualaikum

Muka Fariza Bila Kenyang - Anak nad sorang ni, memang jenis kuat makan, almaklumla, masa nad pregnant, kerjanya makan je..hahaha..dah turun ke anak. Apa kita makan, dia pun nak makan. Sekarang dah kena berkongsi dengan anak. Kadang dah bagi bubur pun nak makan lagi..Dasyat perut Fariza ni..hahaha. Tapi lepas dia susu badan, semestinya dia akan berak. Jadi nad tak berapa risau la.



Bila nad buka Box Of Joy yang nad dapat, ada pulak Nestle Cerelac Bijirin ni..Perisa Pisang dan Strawberry. Fariza nampak terus amik..hahaaa. Budak ni memnag pantang nampak makanan dia. macam tau-tau je. Tak sabar suruh nad buka. Menangis-nangis nak suruh buka..hahaha.



Lepas makan satu, makan lagi dan lagi. paham-paham jela, kalau snack macam ni, memang takkan berhenti. Habis satu plastik dia makan..hahaha. Sambil layan tv sambil makan. Memang dia ni, semua nak sumbat dalam mulut.




lagi satu air Nestle Creamy Milk. Pertama kali rasa air susu ni. Sedap manis pulak tu. Fariza pun nak minum juga..Tengok je muka dia tu. Tak boleh blah betul...hahaha. Susu kan, siapa yang tak suka..hahaa. Boleh tengok link ni Nestle Milk : http://www.lazada.com.my/nestle/


Produk ni korang boleh beli dekat Lazada. lazada Memang ada macam-macam. Dari kelengkapan rumah, dapur, bilik mandi, makanan dan minuman. Kira semua adalah..Mudah beli dekat online kan. Korang boleh tekan link ni http://www.lazada.com.my/online-revolution/

#LZDMYRevolution
hai assalammualaikum

Nescafe White Coffee Rasa Pandan - Alhamdulillah, dekat Kuala Lumpur sekarang tengah musim hujan. Hujan kadang pagi, kadang petang, kadang malam, kadang tu ada dari pagi sampai malam. Sukanya bila hujan dekat KL ni, sejuk je selalu. Bila dah sejuk, mulalah nak panaskan badan. Dapat minum air teh ke, nescafe sedap jugak kan. sambil makan biskut..hehee.


Selalu rasa nescafe kosong je, ni kali pertama rasa Nescafe ada rasa pandan sekali..perghh..lain sangat. Cantik sangat botol dia ni..hahaha..Dah habis boleh buat tabung..hehee. Satu tin ni ada 8 sachet dalamnya. Selalunya untuk satu sachet, nad buat dua cawan..hehee..nak jimat. Lagipun satu sachet pun banyak.

Caranya, tuang serbuk dalam cawan dan bubuh air panas. Kemudian kacaula. Mungkin nak tambah manis masukkan la gula..hehee.


Pertama kali nad buat, aroma pandan tu menusuk hidung. Belum minum lagi. Bila dah minum, fuh lega tekak, segar je badan. ada rasa pandan sikit. Rasa sedap dan berkrim gitu. Nescafe ni tak berapa pekat, jenis macam light gitu. Nescafe White Coffe ni limited tau..jadi dapatkan segera ye di Lazada.


Lazada pun tengah ada sale ni. Korang boleh klik dekat sini ye.. http://www.lazada.com.my/online-revolution/
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2