GEMUK DEKAT KAMPUNG

in , by Nadia Johari, 13:05:00
hai assalammualaikum

Masakan Mak Memang Sedap


Balik kampung bukan setakat nak rehatkan minda, tapi rindu dengan masakan mak. Dari kecik dah kita rasa masakan mak. Bila tak dapat makan rasa macam ermm..Masak sendiri rasa lain..hahaha..

Nad orang jawa, suami pulak orang melayu. Memang lain sangat makanan orang melayu dengan orang jawa ni. Orang jawa makan manis-manis sikit, macam suami tak suka manis, dia suka makanan pedas. Jadinya bila dekat rumah, makanan kena ada rasa pedas. Penat lidah hari-hari rasa pedas je..huhuhu..

Nad ni dah la semuanya makan, pedas tapi tak berapa pedas la, kicap, kurma, taucu..bila tak dapat makan, allah..teringat-ingat dekat kampung. Apa mak masak, memang nad makan je. Bila dapat balik kampung memang cukup stok makanan..hahaha..


Takde nasi, biskut ada, makanan frozen ada. Bukan dekat bandar takde, ade..cuma dekat kampung ade orang masakkan..hahaha..tu bestnya..kita tinggal makan je. Bukan mak yang masak, anak buah tolong masak.


Fariza pun dah jadi macam mommy dia. Makan, makan dan makan. Siang makan, malam pun makan. Dekat sini, buah memang selalu ada, fariza memang bukan setakat makan nasi, kenyang makan buah. Buah mangga suka betul dia.

Memang nad nak naikkan berat badan dia, sebab nurse haritu pesan datang balik sini kena naik 9kg..hah!! Ni kalau tak naik juga tak tau laa..habis semua di makannya. Perut pun dah membesar..nak bangun pun macam susah..hahaha..

Mehla anak, kita menjayakan berat badan kita sama-sama dekat kampung. Mommy pun nak naikkan berat badan sikit..hahaha..
hai assalammualaikum

Anak Buah Yang Ke 13 Selamat Dilahirkan


Eh, Fariza dah ade adik ke??.. Bila nad mengandung..hahaha..tidakla..Fariza nak ada adik tunggu dia 2 tahun lebih. Boleh dengar arahan mommy dia ni.. Sekarang tunjuk baby pun buat tak tau je..hahah. Masih merap dengan mommy lagi hah. mr mafia duk sibuk tanya Fariza nak adik,. Ingat senang nak jaga..fuhh...Ni sebenarnya anak adik. Adik bongsu.

Pagi tu dapat whatsup group family, cakap adik dah masuk dalam labour room. Dalam beberapa minit, adik ipar cakap selamat dah Liza dah selamat bersalin. Macam biasa kakak-kakak ni suka menyibuk..hahaha. Nak tau anak jantina apa??. Macam mana sakit??? Bila balik???..hahahhaa...makcik-makciknya tak sabar nak tau, duk paksa adij ipar jawab..

Adik sakit awal pagi. Dia cakap, sakit pinggang macam nak berak. Biasalah pertama kali, tak tau rasa nak bersalin. Macam nad la, tak tau rasa nak bersalin tu macam mana. Kata akak ipar , adik boleh tahan lagi masa dekat rumah. Kata adik, sampai hospital dah buka 9cm..hebat tak hebat adik nad..Nad 3cm pun dah macam ulat gonggok..

Adik cakap, kalau tak kena vacum, sebab tak reti nak teran, tapi nurse tolong, akhirya selamat dilahirkan anaknya yang comel macam cina tu..hahaha. Adik dulu masa baby pun macam cina. Dia la lain dari yang lain dari adik beradik. Dah la tinggi, cantik pun dia..hahaha.

Pagi tu bersalin, malam dah boleh balik. Anaknya dah berak, kencing, sihat..bolehla balik. Jeles pulak nad,..hahaha,nad dulu nak balik anak pulak demam, dah demam kena tahan wad pulak. Terpaksa kena tinggal dekat hospital. Paham-paham jela, kena tinggal dekat wad, rasa tak best.


Ni la dia, anak buah yang ke 13. Cucu Johari dan Latipah yang ke 13. Nur Jannah Hanisah. Lahir dengan berat 2.6kg. Kuat nyusu. Bagus budak ni, tidur je. Kenyang tidur, adik pun banyak susu dia. Doakan dia baik dari kuning.


hai assalammualaikum

Pulang Ke Kampung Merehatkan Minda


Cuti banyak, jadinya kita pulang ke kampung atau bercuti untuk merehatkan minda. Eh, nad bila masa kau kerja ada cuti-cuti ni..Hello... walaupun suri rumah, nad lagi bekerja 24 jam tau..tidur pun dah ke laut..Setiap minit ada je kerja nak buatnya. Sesekali nak berehat, nak dengar suara mak menjerit, nak dengar suara ayam berkokok,..rindu semua tu..Tenang sangat bila dengar..

Paling best dapat rasa masakan mak..tu part paling best sekali..


Walaupun dapat balik kampung sekejap, tapi bermakna kau..hahaha. Pada masa sama, Fariza ada kawan dekat kampung. Takdela dia jemu tengok muka mommynya je. Memang Fariza gembira sangat dekat kampung. Ramai sepupu layan dia, walaupun dia suka main sendiri..haha.

Main dengan kucing, main dengan ayam. Kalau dekat bandar, kejenya tengok tv dan tidur. Tapi dekat kampung dia mainla suka dia, taknak tidur pun. Tak ingat nak susu je pun, tak ingat nak lekat dekat mommy dia, tak ingat nak ngempeng je. Selalunya dekat bandar pukul 2 pagi ke 3pagi Fariza baru tidur..kat kamlung pukul 12 tengah malam dah tidur..penat bermain di siang hari..

Bila dia macam tu, nad pun senang nak buat kerja. Nak update blog pun mudah ni..walaupun dekat kampung blog nad tetap update. Sumber rezeki nad cari duit dengan blog.

Sekarang kat kampung musim hujan. Sejuknya takyah cakap la. Tak payah pakai aircond pun. Tidur pun lena je. Nyamuk, biasalah..ni la kampung.

Sesiapa nak nad review barang dia, nak promote barang dia, nak nad tulis dalam blog boleh je,nad selalu terima..boleh email dekat nadiajohari_88@yahoo.com .Harga biasa-biasa je. Rehat-rehat juga kerja tetap ada.


MACAM MACAM ADA DI MAHA 2016

in , , by Nadia Johari, 15:06:00
hai assalammualaikum

Pelbagai Aktiviti Menarik Di Maha 2016 Maeps Serdang



Hah!! dulu sebelum ada anak nad pernah pergi MAHA ni..memang pusing habis waktu tu sebab belum ada anak..hahaha. Dan hari Khamis lepas, nad pergi lagi ke MAHA 2016 untuk kali kedua. Kali ni bawak Fariza Nafisah ni. Sambil nad kena buat kerja. MAHA ni Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016.

Datang sini ade je parking, tapi kena sabar la..Kalau nak bayar, parking dekat dalam RM5. Ala RM5 je pun untuk seharian korang nak jalan dekat MAHA maeps serdang tu. Dari pagi sampai ke malam.

Tempat dia besar. Nad pun tak habis pusing. Banyak tempat nad tak dapat singgah. Macam Kampung Durian Runtuh upin Ipin, tak dapat tengok lembu sado, tak dapat tengok flora, taman-taman tu. Pastu nampak kawan post ada rumah dari cube..haish macam-macam la..terkilan tak dapat tengok kawasan perikanan dan laman nenas kawan nad punya..sedihhh..rasa nak repeat balik, tapi apakan daya, suami cepat penat..hahaha..

Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? Baik korang pergi, tak kisahlah panas ke, ape ke, melecet ke..ahaha..yang penting enjoy..banyak aktiviti menarik yang korang boleh nampak dekat sana. Macam orang cakap bawak naak susah semua tu, tapi nad aklau nak datang memang bagi Fariza enjoy, anak enjoy mak bapak pun enjoy..


Tips penting!!
Kalau pergi MAHA ni, baik pergi kawasan luar dulu. Tinjau kawasan luar, jangan terus masuk dewan. Nanti korang tak dapat tengok benda menarik sebab duk lama dalam dewan yang beraircond tu. Macam nad la, nad masuk dewan terus sebab ada kerja, sampai tak sempat tengok akwasan luar. Padahal banyak lagi yang menarik..

Pakai baju biarla bersesuaian. Pakai kasut atau sandal..pakai booth , tumit tinggi memang tak sesuai. lagi senang pakai selipar je..hahaa. Pakai tshirt je, takyah over sangat..hahaa..Bawak payung kalau nak. Macam nad tak bawak, malas sebab banyak barang nak kena bawak.

Kalau nak membeli, kena bawak troli. Sebab sampai sana, banyak betul barang tester, bila dah test sedap, lepas tu nak membeli..ahaha. Tak pun nak beli pokok ke. Kang nak bawak ke hulur ke hilir dengan tangan kann...naya oii..Jadinya bawak troli pergi pasar tu.

Video penuh Suasana MAHA 2016 Maeps Serdang


Ni yang nad sempat ambil gambar kawasan MAHA2016. Tak semua tempat...kat video atas ni ada macam-macm..boleh tengok..Gambar cantik dekat kamera mr mafia..nak tunggu dia memnag lambatla..jadi upload apa yang amik dekat telefon je..hehee






Video Fariza joget dekat Kampung Mok Cun





Esok last oii..pe terjah MAHA..
hai assalammualaikum

Jus Qalbi Bantu Kurangkan Kolesterol

Penyakit kolesterol sangat bahaya pada kesihatan. Lagi bahaya kalau kolesterol kita tinggi, boleh jadi penyakit jantung..Kolesterol tidak kira lelaki atau perempuan. Lagi satu, sebut kolesterol, mesti korang fikir, orang badan besar je ada, Oh tidak..tidak..mereka yang badan kecik macam nad pun mesti ada jugak.

Ni antara tanda-tanda kolesterol tinggi:

- Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher
- Mudah letih
- Penat dan cepat mengantuk
- Sakit pada bahagian kaki
- Lesu
- Selalu Rasa Kembung
- Jantung terasa sakit atau berdebar-debar
- Muncul lebam pada beberapa bahagian badan
- Kram terutama di malam hari
- Kuku berubah kuku menebal dan tumbuh lebih lambat ketika anda potong
- Rasa tegang di tengkuk

Kalau korang mempunyai tanda-tanda macam tu, baik cepat-cepat pergi jumpa doktor dan buat pemeriksaan  doktor. Sebaiknya lakukan lab Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

FAKTA !!! SETIAP 1 JAM 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA KENA SERANGAN JANTUNG DAN STR0K ( Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia ). Kau tengok berapa ramai orang yang kena Kolesterol. Jadi kenala cegah awal-awal. Jadi, korang kenala ambil Jus Qalbi untuk kurangkan kolesterol dalam badan tu. Kenapa Jus Qalbi??


Ada banyak kelebihan dan kebaikan Jus Qalbi Al-Ehsan. 

- Mencuci dan Membuang Kolesterol
- Merawat Masalah Saluran Jantung Tersumbat
- Mencegah kompilasi jantung
- Menyingkirkan Toksin Dalam Badan
- Melancarkan Peredaran Darah
- Menurunkan tekanan Darah Tinggi
- Melancarkan sistem pernafasan
- Menghindari Penyakit Strok
- Mencairkan lemak
- Mengurangkan Serangan Gout
- Membuang Angin dalam badan
- Mengatasi Masalah Selsema
- Meningkatkan Daya Pemikiran dan Minda
- Melegakan sakit-sakit badan dan sendi
- Kaya dengan Vitamin C
- Menurun dan melangsingkan badan
- Menambah tenaga
- Meningkatkan sistem immunisasi badan
- Kesihatan yang berpanjanga



Haritu nad pergi ke MAHA 2016, terus ke booth D18 Hall C ( International Hall ), nak cari Jus Qalbi ni. Nad nak belikan untuk mak ayah, juga untuk nad sendiri. Jus ni boleh diminum seisi keluarga. Kalau dekat sini, boleh lah tester dulu kan. Nad minum rasanya ok je, sebab ada madu. Jadi manis-manis madu gitu. Sedap sangat. Pelbagai ramuan terpilih dalam Jus Qalbi yang sangat mujarab bukan sahaja menurunkan kolesterol malah boleh memberikan tahap kesihatan yang paling optimal kepada badan.

Berikut adalah bahan-bahan yang bertindak sebagai fungsi utamanya:
1 - Bawang Putih
Bawang putih mengandungi Allicin. Allicin ialah zat anti bakteria yang bertindak sebagai anti biotik semula jadi.
2 – Halia
Halia mengandungi kromium,magnesium dan zink yang membantu dalam meningkatkan kitaran darah dan juga membantu dalam memecahkan sel lemak yang berkumpul dalam saluran darah
3 – Lemon
Lemon kaya dengan khasiat yang tinggi seperti vitamin C, vitamin B, fosfor, protein , dan karbohidrat. Lemon juga mengandung flavonoid, iaitu merupakan komposit yang mengandung antioksidan dan memiliki sifat melawan kanser. Hal ini membantu mencegah diabetes, sembelit, tekanan darah tinggi, demam, gangguan pencernaan, dan banyak masalah lain termasuk menyehatkan kulit, rambut, dan gig
4 - Pati Cuka Epal
Pati Cuka Epal mengandungi Pectin. Pectin ini yang membantu untuk kurangkan kolestrol dalam badan.
4 - Madu Asli
Memang tak dapat disangkalkan lagi manfaat Madu Lebah Asli. Sehingga dirakam dalam al-Quran. “Di dalamnya (madu) terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia.” – (An-Nahl:69) . Madu lebah merawat penyakit jantung dan penyakit dalaman kerana mengandung karbohidrat, glukosa, fraktose, zat gula tebu, protein, potassium, zat besi, belerang dan fosfor.

Cara pengambilan
Aku tanya penjual dekat situ, macam mana cara minum dia? dia cakap ambil sebelah pagi dan sebelum tidur. Jadi dua kali sehari. Yang ni penting!!, kena ambil dengan memakai sudu plastik dan jangan pakai sudu plastik sebab khasiat madu akan hilang. Lepas tu simpan dalam peti ais.



Jadi korang kalau nak harga jimat, harga diskaun giler Jus Qalbi ni, datang ke MAHA 2016 ni. Pergi ke HALL C (International Hall ), booth D18..Cepat-cepat dua hari lagi MAHA 2016 di Maeps Serdang tu.. Nad dah beli..

Bagi korang yang berminat untuk mendapatkan Jus Qalbi Al-Ehsan ni, boleh melayari laman web dan menghubungi talian berikut:
Algae Park Sdn Bhd 
No.80A, Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, 
Shah Alam. 
Contact : 03-5511 4366
Instagram : @qalbialehsan
Facebook : Jus Qalbi Al-Ehsan
No. Telefon Office : 03-5511 4366  
No. H/P : 017-7300366 & 017-3730366

Booth Jus Qalbi Di Maha 2016



Kawal Kolesterol...baru sihat!!!..Jangan lupa ye pergi Maeps beli Jus Qalbi untuk kesihatan seisi keluarga. Jangan lupa booth D18 Hall C..Boleh tengok video ni..

PELAKON REEN RAHIM BULI BUDAK

in , by Nadia Johari, 05:34:00
hai assalammualaikum

Pelakon Reen Rahim Buli Budak Usia Setahun


Budak tu tengah syok layan perasaan dia dengan jalan sana sini. Malas nak kacau urusan orang dewasa ni. Dia tak tau, dia duk merayau-rayau tu dia kacau kerja orang lain. Dia layan diri dia, dengan enjoy, apa dia nak buat. Sampaila pelakon Reen Rahim nampak gelagat dia. Lepas tu artis tu pun pergi ambil dia dan dukung.


Paham-paham jela, budak baru dapat kaki, taknaknya nak didukung. dia lebih suka berjalan sana sini. Kalau dengan mommy ida, dia ok lagi. Tapi kalau dengan orang lain, muka akan berubah. Seperti dalam kata hati " Saya tak kenal awak, jangan pegang saya, lepaskann..lepaskannnn "..dlaam bahasa Inggerinsnya " I dont know you, who are you, let me goooo..let me goo "..ok gituu..hahaaha..


Tapi apa pelakon Reen Rahim tu kisah. Dahla mulut budak tu comot baru lepas makan. Reen Rahim dengan baiknya, mengelap mulut dia..Mommynya yang segan..hahaaha..

Yeaaa..ni masa Majlis Sepetang bersama Reen Rahim dan Asianic. Nad berdua je dengan Fariza. Tapi masa tu Fariza behave. Nad lepaskan dia masa betul-betul kitaorang tengah layan diri masing-masing. Time kerja, nad kerja dan pegang Fariza.


Masa ambil gambar beramai-ramai, nad kenala dukung anak dara sorang ni. kalau tak dia kacau kitaorang nak bergambar. Masa tu pulak dia pegang straw. Paham-paham jela, budak kalau dah pegang straw, kita nak ambil dia marah. Tu la yang dibuat Reen Rahim dekat Fariza. Nad pun tak jangka, dia akan buat sampai Fariza marah..hahaa..ingat nak bergurau je..hahaa..Korang boleh tengok video dekat atas ni..haha.

Reen Rahim memnag seorang yang peramah dan rendah diri. Memang berbeza sangat. Dia jumpa kitaorang pun buat macam kawan. Bercakap sempoi je walaupun dia seorang artis terkenal. Reen Rahim duta Asianic. Korang cubalah produk Asianic ni, produk Halal..best tau..nad dah cuba..hehe..
hai assalammualaikum

#MytravelokaEscapade : Hong Kong Destinasi Percutian Yang Diidamkan

Nad memang suka travel. Nad tak pernah merasa travel ni dengan keluarga, sebab keluarga nad jenis tak suka berjalan. jadi pendamkan jela. Waktu mohon Universiti, nad doa, dapat univeristi jauh. Akhirnya dimakbulkan, dapat dekat UUM Kedah..hahaa. Okla kan, dapat mengembara ke Kedah, sebab tak pernah pergi Kedah pun. sambil belajar, sambil berjalan, sambil tengok tempat orang. Masa belajar, memang dengan kawan-kawan bila ada masa lapang je berjalan. Jalan-jalan Kedah, Perlis dan Penang. Tu jela..Masa kerja pun, dapat la travel pergi Penang dan Genting Highland. Semuanya dalam negara.

Bila kawin ni, tak dapat nak travel, sebab takda bajet. Suami kerja sendiri, nad pulak tak kerja. Biasalah banyak nak guna duit kan. Kita pun pendam jela. honeymoon pun tak pernah pergi..huhuhu. Selalu tengok kawan-kawan pergi melancong, terasa jeles pun ada. Tapi apakan daya, nad tak mampu lagi nak pergi melancong macam diaorang. Lagi best bila dapat melancong ke Luar Negara. Sebab nad tak pernah travel luar negara pun.


Salah satu tempat yang nad nak pergi bersama suami dan anak ialah Hong Kong. Kalau dapat pergi dengan Traveloka, makanya #MytravelokaEscapade memang menjadi impian ni. Memang menangis ooo..sebab tercapai impian..huhuhu..Kenapa nad pilih Hong Kong?? Sebab masa nad tengok rancangan artis pergi melancong iaitu Elfira Loy, dia pergi bercuti ke Hong Kong dengan adik beradik dia..bestt oo tempat tu.

Hong Kong dikenali sebagai pusat kewangan dan bandar pilihan untuk shopping barang-barang mewah. Selain itu negara ini juga telah menjadi bahagian penting dalam budaya dan sejarah dunia, sehingga menjadikan Hong Kong sebagai salah satu destinasi pelancongan kegemaran para pelancong dari pelbagai negara. Di setiap sudut Hong Kong selalu terdapat sesuatu yang baru dan unik. Hong Kong mempunyai pemandangan yang cantik serta seni bina bangunan menakjubkan, dan juga pemandangan pantai yang indah. banyak tempat yang menarik nad untuk lawati di Hong Kong, antaranya



Ni lah salah satu sebabnya..ehhee. Taman permainan Disneyland. Bila ada anak ni, ni la tempat yang menarik sekali. Tengok dalam tv, tempat ni besar dan ada macam-macam permaianan. Disneyland adalah tempat pelancongan di Hong Kong yang paling menggembirakan untuk pelancong dari pagi hingga malam. Disneyland mempunyai tujuh tema permainan, antara lain Main Street, U.S.A., Fantasyland, Grizzly Gulch, Mystic Mata, Adventureland, Tomorrowland, dan Toy Story Land. Hong Kong Disneyland mempunyai persembahan perarakan pada siang hari dengan tema "Flights of Fantasy", sedangkan pada malam hari anda boleh menikmati parade bertema "Paint the Night" dan juga pertunjukan bunga api ini bernama "Disney in the Stars". Ni bukan anak je suka, mak pun suka.

Bila dekat sini mestilah best bila ada anak. dapat main permainan bersama anak. Mesti ketawa je anak nad nanti sebab enjoy sangat. Main puas-puas.




Satu lagi taman hiburan yang boleh nad nak kunjungi di Hong Kong, ialah Ocean Park. Ocean Park Hong Kong, tempat akuarium, yang ada pelbagai binatang yang boleh dilihat. Bukan sekadar akuarium malah ada taman hiburan. Nampak tak roller Coster tu..hah!!..dasyat kann..dapat naik bestt oo..hahaa. Grand Aquarium, melihat hidupan yang jarang kita tengok, yang eksotik. Aquarium di Ocean Park merupakan aquarium yang mempunyai kubah yang paling besar di dunia dengan diameter 5.5 meter dan terdiri daripada 400 spesies ikan. Di taman ini pula anda berkesempatan untuk melihat panda gergasi, panda merah, dan juga Chinese Giant Salamander.

Kat sini boleh nad tengok macam-macam haiwan yang tak pernah jumpa kan. Fariza memang suka tengok binatang-binatang ni.



Yang ni pun best. Nad tengok Elfira pergi sini juga. Avenue of Stars yang terletak di Tsim Sha Tsui adalah sebuah tempat untuk penghargaan bagi para bintang besar Hong Kong, seperti Bruce Lee. Jika dilihat, Avenue of Stars sama dengan Walk of Fame di Hollywood. Tempat yang luas ni, bukan sahaja untuk melihat tapak tangan artis atau patung artis malah tempat pelancongan di Hong Kong ini juga popular untuk pelbagai aktiviti seperti jalan-jalan santai, jogging, dan juga melepak. Balkoni Avenue of Stars juga merupakan spot yang sempurna untuk menonton Symphony of Light, sebuah pertunjukan lampu dan muzik khas Hong Kong yang telah dinobatkan sebagai the world 's largest permanent light oleh Guinness World Records. Ya allah..bestnya lahaii..Dah bayangkan tengok lampu bersama keluarga.

Dekat sini nad boleh luangkan masa berjalan, ambil angin dengan keluarga. Sambil melihat gelagat orang Hong Kong, aktiviti diaorang buat.


Salah satu tempat yang menarik untuk nad kunjung iaitu Victoria Park. Kat sini boleh tengok keindahan bangunan pencakar langit dan pulau-pulau di tempat yang tinggi dengan menaiki trem. Pada masa siang hari, anda boleh menikmati pemandangan bangunan pencakar langit yang berkilau dan Victoria Harbour. Bila waktu senja bole melihat sunset.Bila waktu malam, boleh tengok lampu-lampu dan bintang. Kalau dekat Luar Negara lihat pemandangan memang cantik sangat. 

Kalau nak diikutkan, banyak lagila tempat dekat Hong Kong ni yang and nak pergi. Tempat shoping dia, makan dia, dan banyak lagi..haishh kalau nak disenaraikan memang banyak tempat menarik dekat Hong Kong tu yang nad tengok dalam tv..teruja sangat..Kalau dapat pergi nad akan manfaatkan percutian tu seeloknya. Selalu gembira..huhu..


Dah lama impian nak jejakan kaki ke Luar Negara. Kalau bertuah dan dapat pergi, memang saat yang takkan dilupakan. Moga moga Traveloka pilih kami sebagai pemenang. Korang pun kalau teringin nak pergi bercuti secara percuma bolehlah join contest Traveloka ni. Jangan tangguh tangguh, janganla lepaskan peluang. Jom kita reramai memeriahkan contest YOU NEED A HOLIDAY LAH Traveloka Online Contest.  Klik dan ikut setiap step yang diberikan. Mana tau ada rezeki dapat percutian idaman.
    
Traveloka merupakan satu laman web yang menyediakan kemudahan menempah hotel dan tiket penerbangan ke destinasi pilihan anda dalam satu masa. Tak perlu bersusah payah mencari hotel dan tiket penerbangan secara berasingan.Di samping itu Traveloka sentiasa menawarkan harga promosi yang menarik untuk kita nikmati. Cuma pilih mana-mana destinasi dan Traveloka akan sediakan dengan mudah dan cepat. Jom bercuti!!!...
hai assalammualaikum

Produk Penjagaan Diri Halal Jenama Asianic.



Hari Isnin haritu nad hadiri satu majlis Sepetang bersama Reen Rahim dan Asianic bertempat di Donates Coffee, Cake & Bread di Jalan Kuchai Lama.  Asianic ni bukan nama orang tau, tapi nama produk. Pertama kali nad diperkenalkan dengan produk Asianic ni. Korang ada pernah dengar produk ni??


Produk Asianic produk yang halal dan semua bahannya adalah semulajadi. Ada kawan cakap masa majlis tu, bagus produk Asianic ni. Macam skrub dia boleh tanggal semua daki-daki dekat badan. Yang cakap tu pulak kawan lelaki. Wah!!, best betul, tak sabar nak cuba produk Asianic ni. Produk Asianic ni yang terdiri dari penjagaan diri termasuk krim mandian, skrub badan, losyen, syampu, perapi rambut, mandian garam, krim halia dan juga pencuci wanita.


Bagi krim mandian, skrub badan dan losyen terdapat campuran estrak dari Bunga Sakura dan juga Susu Beras. Di formulasikan dari estrak Bunga Sakura dan Susu Beras bersama bahan-bahan terbaik seperti daun lidah buaya dan Akar Kayu Manis bagi membantu menanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Ianya juga akan memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan muda sentiasa.

Syampu rambut pula diformulasikan dari natural ekstrak buahan dan teh hijau untuk rambut lebih sihat sentiasa. Syampu Asianic akan membuat rambut sentiasa lembut bagaikan mutiara, berkilat dan bermaya. Terdapat syampu bagi kepala yang mempunyai masalah kelimumur, rambut gugur ,rambut biasa dan berminyak. Pilih mengikut kesuaian dan lihat  hasilnya seawal lima hari apabila menggunakan syampu jenama Asianic.

Produk jenama Asianic adalah mampu milik dan berharga dari RM10.90 hingga RM17.90 setiap satu. produk Asianic boleh didapati di hampir semua pasaraya besar, farmasi dan  kedai kedai runcit seluruh Malaysia. Produk Asianic juga boleh dibeli melalui online : www.wonderlandprimary.com Korang tidak perlu ragu-ragu lagi apabila menggunakan produk penjagaan diri kerana Asianic adalah mempunyai rangkaian produk Halal yang pertama  di Malaysia.

Info Tentang WonderlandPrimary
Wonderland Primary Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan syarikat pemasaran bagi barangan penjagaan dan kesihatan diri untuk semua lapisan umur...
Mengukuhkan lagi kedudukan runcitnya dengan memasarkan produk keluaran syarikat ke pasaraya-pasaraya besar ,farmasi, kedai kedai runcit dan toko jamu di seluruh Malaysia malahan telah memenuhi permintaan pengguna bagi pasaran luar negara juga...

Misi Wonderland Primary Sdn Bhd mengetengahkan jenama Halal dibawah jenama Asianic yang telah dikilangkan oleh kumpulan syarikat yang berstatus ISO, disahkan memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard) dan bermatlamat untuk
menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan setanding dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.

Sepetang bersama Artis Reen Rahim



Siapa tak kenal dengan pelakon Reen Rahim. Nad selalu tengok dia punya drama dekat tv. Dan hari Isnin haritu, nad dapat tengok dia depan-depan. Dekat dalam tv lain muka, bila tengok depan-depan, cantik sangat. Putih dan kurus. Bukan itu sahaja, pelakon Reen rahim ni begitu rendah diri dan sangat Friendly. Reen Rahim merupakan duta untuk produk Asianic ni.


Reen Rahim bersama blogger. Riuh dengan Reen Rahim bila bercakap. Dia cakap macam kawan-kawanje. Majlis pun best, santai habis..hehe..memang banyak masa diluangkan dengan Reen ni. Sampai Fariza kena buli..hahaa..tu nanti nad buat entry lain..Memang bagus dia jadi duta Asianic ni.


Banyak aturaca akan dijalankan bagi mempromosikan jenama Asianic antaranya adalah majlis ramah mesra selebriti Asianic, Reen Rahim. Peminat bukan sahaja dapat  akan dapat berjumpa dengan selebriti ini malah akan dapat berjumpa secara lansung pada acara-acara yang akan dijalankan.
Untuk yang gemar melayari atas talian, boleh juga melayari FB & Instagram Asianic Halal untuk maklumat dan aktiviti terkini yang telah diatur.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Leny Adam
+6019 265 6687

WONDERLANDPRIMARY SDN BHD (877104-M)
No.17, Jalan PJS 5/26,
Taman Desaria,
46000 Petaling Jaya , Selangor.
Tel : +603 7782 6308    Fax :  +603 7783 6308

Website  : www.wonderlandprimary.com
Facebook : Asianichalal
Instagram : Asianichalal


Ni produk Asianic nad dapat..Tak sabar nak cuba..

PENGALAMAN MENGGUNAKAN UBER PERTAMA KALI

in , by Nadia Johari, 16:16:00
hai assalammualaikum

Pengalaman Menggunakan Perkhidmatan Uber

Masa belajar dulu, kerap juga naik bas awam pergi sana sini. Tapi, itu sebab ada kawan. Naik LRT pun boleh dikira berapa kali je, sebab naik pun dengan pakwa dulu..hahahaa. Lepas tu dah tak naik LRT. Lama jugakla taknaik sampai dah kawin ni. Nad ni memang penakut naik perkhidmatan awam sorang-sorang. Sebab tu, sekarang nak pergi mana-mana suami yang hantar..hahaa. Suami pulak jenis tak bagi nad pergi sorang-sorang. Walaupun rumah dekat dengan LRT, tapi sebab nad jenis tak biasa dan tak tau nanti nak turun mana, pastu naik apa pulak ke tempat tu, memang blur la orang cakap. Sudahnya, memang suami la tolong hantarakan ke sana sini.

Pernah nad terfikir, kesian mr mafia, kena hantar pergi situ sini. Nad ni kalau boleh taknak susahkan dia. Kadang terfikir nak naik teksi. Tapai paham-paham jela, teksi ni nak kena tunggu satu hal, tambang pulak mesti mahal, Sekarang nad dah anak, tak mampu nak menunggu haishh. Nasib baik sekarang ada perkhidmatan Uber. Tau pasal servis ni, tapi masih takut nak guna. Dan akhirnya, hari Isnin semalam nad pertama kali guna perkhidmatan Uber ni untuk pergi event dekat Jalan Kuchai Lama.

Sebelum tu, tanya kawan-kawan juga yang pernah guna Uber. Biasalah pertama kali, memang blur. Semua nak tanya..hahaa. Nasib baik kawan baik hati tolong. Terima kasih Dkna Abza dan Abang Sohoque.


Sebelum nak guna Uber, kenala install dulu apps Uber ni. Ni pun dok tanya Dkna, simbol mana..hahaha..Lepas tu kena register..Bubuhla apa dia nak tu. Dah setel, boleh guna dah perkhidmatan Uber.


Haritu ada event, mr mafia pulak ada kerja, jadi nad gunalah perkhidmatan Uber ni. Terkial-kial nak guna..hahaa. Memang nampak senang, takut salah tekan tempat nak dituju je ni kang..hehee. Hati-hati masa menaip..Mulalah tulis tempat nak ambil dekat mana ( pickup) dan nak pergi ke mana ( work location ). Sebelum korang request, dia ada tunjuk harga, kalau ok, korang tekanlah request.

Kalau ada nampak kereta Uber pada maps, itu maknanya ada perkhidmatan Uber dekat tempat korang. Sebelum itu, kita boleh tengok fare dia berapa kalau tak suka tak payah ambil, pilih uber yang lain. Mudah kan? Dah jumpa Uber yang berkenan boleh request dan pilih. Uber X untuk korang yang pergi sorang..Uber Xl tu kalau oergi beramai.

Pembayaran pulak boleh guna cash atau kredit kad. macam nad better bayar cash je.

Dah selesai, nanti dia bagitau Uber ni akan datang ke tempat yang nak diambil. Macam nad, ambil dekat rumah. Tunggulah sampai Uber tu datang dekat rumah. Senang..apa-apa dia akan call. Uber nad haritu Cina. Nama James. Nad pesan uber pukul 4.45 petang, pukul 4.55 dia dah sampai rumah nad. Sesat jugala dia nak kerumah nad..hehee..

Diaorang ni nak pergi ke tempat yang dituju dengan guna waze. Macam nad, dah la pertama kali, nak pergi tempat event tu pun pertama kali. memang tak taula tempat tu dekat mana. Dia pun tanya nad, biasa ka pergi ini tempat?? Sini ka tempatnya??..hahaa..manalah nad tau. yang penting nad dah bagi alamat betul dekat tempat tu. Dua kali juga tersasar jalan..ahhaa. Biasalah pakai waze..kadang susah kan. Ok dimaafkan..Nasib sampai tempat dia sebelum bermulanya event.

Nad bayar masa tu RM17. Dari Pandan Jaya ke Jalan Kuchai Lama. Kita ni bayar jela..Kalau pergi event berbayar bolehlah naik Uber. Nanti dekat email pun dia akan hantar resit pembayaran Uber tu..

Ok lepas ni, bolehlah guna Uber lagi kalau nak pergi event berbayar. tak berbayar macam tak berbaloi je..ahaha..Korang boleh guna code nad untuk dapatkan diskaun RM10. Nah guna code ni NADIAJ1311UE..

TERIMA KASIH FARIZA

in , by Nadia Johari, 02:49:00
hai assalammualaikum

Fariza Anak Yang Baik, Buat Mommy Bangga


Nampak tak nad buat status dekat facebook. Siapa kawan dengan nad, perasanla status ni. Ye!!..Anak dara sorang ni, usianya dah setahun sebulan, dan masa ni la dia nak buat perkara extreme. Selalunya, dia akan naik tangga ni bila ada mommy dan daddy dia, tapi entah macam mana, kali ni, dia boleh naik sorang-sorang. mau tak berdesup jantung kitaorang bila tau dia dah masuk bilik kerja daddy dia.

Tangga ni berdekatan dengan dapur. Selalunya, kalau orang naik tangga, nad memang dengar. Entah macam mana, kali ni bila si anak naik, nad tak dengar pun. nak kata masa masak, kuat sangat bunyinya takdela pulak. Macam biasa je. Macam ni la bila sel otak dah berkembang. Tau dah nak buat macam-macam, tau dah nak buat sendiri-sendiri.

Nasib baik air yang ditumpahkan dah sejuk. Sebab sebelum tu ada tetamu datang. Kawan daddy dia. lepak la bilik kerja, nad buatkan air. sebab tu ada air kat situ. Nasib tak panas.Kenapa nad cakap dia anak yang baik?? Kenapa nad berterima kasih dekat dia?? hahahha..Kan dia buat selereak dekat bilik daddy dia. Jadinya, daddy dia kena la kemas dan mop lantai sampai bersih..hahahaha.

Sebab sebelum ni, nad suruh kemas bilik, Allahuakbar susahnya laki nad ni. Nad lagila tak berapa rajin nak kemas, sebab dah banyak kali kemas, beberapa minit dah kotor balik. Mana taknya, hisap rokok. Habuk rokok jatuh lantai. Stress kita tau!!..Nah jadinya macam ni la..Anak tolong mommy dia..hahaha. Daddynya memnag marah giler..hahaa. Nad kat bawah bersihkan dia sambil ketawa..kihkihkih..


Marah kat anak sekejap je. lepas tu baik balik..Ramai komen suruh pasang pagar. Memang kitaorang nak pasang. dah usha-usha pagar dah. Bahaya oiii.. Kita tak tau apa jadi nanti..Jadi langkah keselamatan, kena cepat-cepat beli pagar..huhuhu..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2