FARIZA BUAT JANTUNG MOMMY BERDEBAR

in , by Nadia Johari, 14:58:00
hai assalammualaikum

Bila Anak Buat Perkara Di Luar Jangkaan

Tak cukup, sebelum ni dia naik tangga seorang diri, dan semalam dia buat lagi perkara yang membuatkan jantung kita laju..Ada saje je budak ni nak buat bila dia seorang diri.


Fariza ni memang suka kutip makanan, benda, tapi Kejadian semalam, memang nad risau, sebab dia bukan makan benda biasa ni makan sambal tempoyak weiii..kau rasa!!! itu pun semalam nad cepat-cepat dapatkan dia, kalau tak, tak tau berapa banyak dia nak telan.

Fariza Makan Sambal Tempoyak

Ceritanya, malam tu nad nak cuci muka. Jadi tinggalkan la dia dengan anak buah dengan kakak. Waktu tu memang ada kakak dengan anaknya tengah buka peti ais. Jadi nad tak kisahla tinggalkan dia bila ada kakak. Waktu tu nad tengah gosok gigi, tiba-tiba dengar anak buah cakap.

" Ma..ma..Fariza makan.." nada biasa..lepas tu dengar lagi " maaaaa...maaaaa..Fariza makan ni!! "..nada macam betul-betul lain macam..tak tau masa tu kakak dekat mana. Boleh biarkan budak-budak ni dekat peti ais. Nad dalam bilik mandi terus kaluar.

Ni la sambal tempoyak yang Fariza makan

Waktu tu kakak dah dekat situ, dia cakap, "Fariza makan apa??"..Anaknya tunjuk " ni.."..hamik kau..nad nampak sambal tempoyak..tapi tak rupa tempoyak pun..sambal tempoyak tu mak bawak balik dari kenduri saudara. Masa tu kat tangan dia penuh sambal, tak tau banyak ke tak dia makan. Tengok muka Fariza relaks je, tak nangis , tak jelir lidah, tak meragam ke..tapi kita ni mestilah risau. Terus amik basuh tangan dia, sabun tangan.

Esoknya, tanya mak, sambal tu pedas ke tak. Mak kata pedas, ade cili padi, tapi entahla, macam tak pedas..erkkk!! . Waktu Fariza makan tanpa ada perasaan, tak tau nak gelak ke ape. Kalau tengok muka dia memang macam tak ada apa-apa. Lagi dia jilat jari dia adalah..adehh..anak..

Bahaya budak makan pedas-pedas ni, takut usus dia tak boleh terima. Tapi harap dia tak makan banyak. Lepas dia makan, terus nad bagi dia minuk air..fuhhh..Lepas tu bagi susu, terus tidur..

Adoiila Fariza. Mommy dah terlebih bagi makanan dekat awak, nak makan benda lain gak. Nak ikut perangai daddy suka makan pedas ye. Lepas ni jangan buat macam nI lagi ye..mommy boleh terkeluar jantung.
hai assalammualaikum

Banjir Di Sekitar Jalan Meru, Setia Alam Dan Klang Sentral

Petang semalam memang hujan lebat betul dekat Meru. Kilat berdentum kuat. Nad masih berkampung dekat kampung. Petang tu adik ipar balik kerja, cakap " fuh meru jem giler sebab banjir "..Masa tu baru tau Meru banjir. Dapatlah gambar whastup tunjuk gambar banjir tu.

Memang teruk banjir kali ni. Rasanya sebelum ni pernah banjir juga, tapi takde pulak sampai ke jalan nak ke Setia Alam dengan Klang Sentral. Ke nad yang jarang balik tak tau banjir teruk macam ni..huhuhu..tapi rasanya tak juga..ermmm..

Tengok gambar yang dihantar, banjir memang dalam. Sampai ada kereta yang tenggelam. Laluan ni la yang nad selalu guna ulang alik ke Kuala Lumpur dan Meru. Jalan ni la yang nak ke Setia City Mall dan stesen bas Klang Sentral.

Suasana Banjir Di Meru

Meh nad tunjukkan suasana banjir kilat di Meru Klang.




Dikatakan dah surut. Tapi tadi ada kawan post, masih banjir lagi..macam tu la kalau dah banyak sangat pembinaan. Saluran air pun dah tak tau dekat mana.

KENALI DIRI MENGIKUT JENIS RAMBUT

in , by Nadia Johari, 10:29:00
hai assalammualaikum

Kenali Diri Mengikut Jenis Rambut

Sekarang ni, macam-macam kita boleh nampak perangai kita macam mana. Setiap anggota badan kita ni menunjukkam sifat diri kita. Bukan itu sahaja, malah peebuatan, cara pemakaian pun boleh dibaca macam mana kita ni kan!!!..

Tapi, semua ni sekadar suka-suka sahaja. Jangan percaya 100%.  Kadang benda ni bukannya betul sangat. Kadang ada yang terkena. Cuma untuk suka-sukala kan..


Jenis Rambut, Mana Satukah Anda???

Check rambut masing-masing ye..hehehe..Kali ni nak kongsi dengan korang, nak kenali diri korang melalui rambut..

1) RAMBUT LURUS
- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERINTING NEGRO
- bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.

4) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS / LEMBUT
- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
- bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
 Baru bagun tidur atau malas sikat rambut.

10) RAMBUT BERUBAN
- dah tua tu...rumah kata pergi..kubur kata mari.

11) TIADA RAMBUT
- macam mana nak kate ye....kesian...

Last sekali RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU-KIJAUAN*
```itu rambutann... Huahuahuahua..


Ok gurau..ketawa tu kan satu benda yang membuatkan muka kita muda..ok bye..




MAKAN MALAM DI CABIN MERU CAFE

in , by Nadia Johari, 11:30:00
hai assalammualaikum

Kedai Makan Cabin Meru Cafe

Kedai makan ni dekat dengan rumah family nad di Jalan Paip Meru ni. Nad pergi kedai ni, jalan kaki je dengan anak buah..hehehe. Sebenarnya kedai makan ni beberapa bulan beroperasi. Tapi, baru kelmarin nad dapat makan dekat kedai makan ni sebab sebelum-sebelum ni bila balik kampung nak makan sini, ada je halangan..huhuhu.

Kedai berkonsepkan Cabin Di Kawasan Kampung

Sebelum siap, memang nad perasan, ada cabin nak buat. Tapi sebelum ni, kakak cakap nak buat rumah tumpangan ke rumah sewa..entahla. Tapi akhirnya jadi kedai makan.


Nama kedai Cafe Cabin Meru.












Kedai ni berkonsepkan cabin. Ala sekarang kan sana sini guna cabin kan. Jadi ni la salah satu cabin kedai makan yang ada dekat kampung. Kedai makan ni ada bawah dan atas, tempat makan.

Menu di Cabin Cafe Meru

Sebelum ni nad tau, menu yang dekat sini ada western sahaja. Macam biasalah, chicken chop, lamb chop. Tapi malam tu nad pergi macam-macam menu ade. Bukan setakat western, nasi bergoreng, nasi lemak dan sizzling pun ada. Macam-macam jugakla..


Malam tu nad order chicken chop special. Apa specialnya???. Selain ayam, sayur dan kentang dia ada hotdog dan meatball. Sebelum ni nad pernah rasa chicken chop dia, sedap sangat sebab kuah dia, adik pernah bungkus, tapi malam tu nad pergi, kuah dia biasa je..ermm..tapi meatball dia sedap.

Kakak pun perasan kuah dia rasa lain..huhuhu..takpe boleh diperbaharui..


Anak buah pulak order nasi lemak. Untuk nasi lemak memang terbaik. Sedap dan sambalnya sedap.


Air ada macam-macam, tapi malam tu order air chocolate je.


Korang yang berdekatan nak cuba boleh pergi ke Jalan Kemboja Meru. Ini adalah peta lokasi Cabin Meru Cafe. Anda boeh search dalam Google Map atau masukkan coordinate dalam GPS anda.

Jika anda gagal untuk mengesan lokasi landmarks terdekat dan paling besar adalah Fairy Park Meru Klang 吧生中路仙境山莊.  Kami terletak sebelum pintu masuk ke Taman Peringatan ini.

Jika anda gagal juga. Sila jangan malu malu untuk menghubungi melalui telepon atau whatsapp ke 0122672327.

Tempat ni boleh booking juga untuk majlis acara seperti family day, annual dinner atau apa-apa sahaja.


CEMBURU DENGAN ANAK SENDIRI

in , , by Nadia Johari, 02:31:00
hai assalammualaikum

Cemburu Dengan Anak Sendiri

Pergh tajuk, takleh tahan. Kalau cemburu dengan pakwa atau suami ade perempuan lain boleh la gak. Ni dengan anak pun nak cemburu..hahahha. Nak buat macam mana, sifat cemburu dah memang ada dalam diri manusia. Kalau takde sifat tu, maknanya tak sayang la orang tu. Kan orang cakap, kalau cemburu tandanya sayang..hahaha..


Kalau macam kita, bila dah boleh berfikir, mestila ada benda yang kita gemar kan. Macam tu jugakla, budak dah masuk setahun ke atas. Dah tau berfikir, dah tau mana yang dia suka dan tak suka. Bukan setakat barang mainan dia, tapi orang yang paling rapat dengan dia pun, dia akan pilih mana dia lebih suka ikut.

Anak Perempuan Rapat Dengan Ayah Lebih Berjaya

Biasalah, pernah dengar kan, anak perempuan lebih rapat dengan ayah. Sikit-sikit cari daddy die. Daddy pun layan jela, dah anak dia kan. Yela didikan seorang daddy kan berbeza dengan mommy dia. Bila ada masa terluang, mestila main dengan anak. Lepas tu, bila jumpa kawan, mesti nak bawak anak. Anak pulak jenis memang suka membontoti daddynya je..Kira Fariza ni teman jela daddynya ke mana sahaja.



Bila keluar, terkinja-kinja nak ikut daddy dia. Padahal, mommy dia pun nak keluar juga. Sekarang Fariza dah pandai jalan, semestinya la daddy akan pegang tangan anak..yang ni memnag jeles weiii.hahaha..Dulu bercinta bukan main care lagi pakwa kita ni kat kita, sekarang dia jalan tak hirau kita. Yela dah ade awek baru..Mommy pun jalan sendiri-sendirilaa..


Masa makan pun, boleh pulak dia pergi ke daddy dia. Nak mintak daddy dia suap. Bila mommy nak suapkan dia tak mau. Melainkan waktu tu, daddy dia takda, baru terhegeh-hegeh mintak mommy suapkan..eee..gigit kang.

Cemburu nad pun bukannya cemburu gila-gila..hahaha. Nad sebenarnya suka tengok bila mr mafia dengan Fariza. Nampak keakraban anak dengan daddy. Yela, mr mafia kadang sibuk bekerja, bila ada masa, itu jelah yang ada untuk anak beranak ni bersama. ( eh mommy pun nak bersama tau..bukan masa tutttt je bersama..hahaha)..

Lagipun dengar -dengar macam anak rapat dengan ayah lebih berjaya..hehehe..kalau betul alhamdulillah...hah rapatla nakk..rapatt..

Pernah terbaca, bapa bunuh anak sendiri, kerat anak disebabkan cemburu dengan anak tersebut rapat dengan isteri. Allahuakbar, sampai macam tu sekali. Mungkin isteri dia tak layan langsung isterinya atau..ermm entahla. Biasalah kita ni perempuan, ada je kejenya. Nak.masak, jaga anak, kemas rumah, lipat kain, sidai kain, buat itu ini, lepas tu penat. Kadang tak terlayan suami. Nak taknak suami kena paham tugas isteri. Lagi baik ringankan beban isteri. Kalau sengaja abaikan tu lain ceritala ye dak.

Cemburu manja-manja gitu..


PETUA HILANGKAN SAKIT TEKAK ATAU BATUK

in , by Nadia Johari, 12:53:00
hai assalammualaikum

Tips Hilangkan Sakit Tekak Nak Demam Atau Batuk

Haritu ngadu dengan mak, sakit tekak macam nak demam. Biasalah, cuaca dekat kampung dahla sejuk, lepas tu hujan pulak. Macam mana tak rasa nak demam. Memang waktu tu tekka dah perit, badan dah nak panas. Tercari-cari gak ubat batuk, tapi tak jumpa.

Lepas cakap dengan mak, terus mak bagi petua..Hanya dua benda je, nad buat alhamdulillah, dua hari je dah baik..

TAK SAMPAI 5 MINIT DAH TIDUR

in , by Nadia Johari, 02:16:00
hai assalammualaikum

Dekat Kampung Tidur Cepat Dan Lena


Untuk pengetahuan korang, nad masih lagi bercuti dan berehat dekat kampung. Takpe lama-lama sikit dekat kampung..hehehe..Nanti dah balik bandar, rutin harian dah bertukar. Jadi kita rehat puas-puas.

Sejak balik kampung, nad dah lama perasan, Fariza mudah tidur dan lena. Kalau macan dekat bandar, waktu tidur tak tentu. Lagi kalau dia tidur awal lepas maghrib, tengah malam bangun, mesti la tidur lewat. Yela mata dah segar. Waktu tu la dia nak main. Lagi satu,  dekat bandar dia akan main sekejap je, lepas tu nangis nak merap, nak melekat dekat mommy dia.

Berbanding dekat kampung, dia akan bermain, main dan main. Waktu tu memang dia tak ingat mommy dia, tak ingat nak merap dan tak ingat nak susu cap gantung..hahaha..melainkan dia betul-betul nak. Kalau dia dah tidur lepas maghrib, tengah malam bangun, lepas tu ajak la tidur semula, dia akan senang tidur..tak sampai 5 minit pun. Sedangkan waktu tu mata die memang segar dan nak bermain..eh mudahnya.

Tapi bukan setakat anaknya, maknya pun boleh terlelap awal..hahaha..Mungkin dekat kampung sejuk, takde bunyi bising sangat. Nampaknya kene mintak daddy pasang aircond la..hahahha..baru dia tidur lena..
hai assalammualaikum

Bawak Anak Pergi Event


Selalunya kalau pergi event, nad memang takut nak bawak Fariza sekali. Pertama, takut dia buat bising dan meragam. Kedua, takut tempat yang nak pergi event tu, tak boleh bawak budak, yela takut menganggu. Selalunya memang nad suruh mr mafia yang jaga. Tapi, haritu, dua event nad bawak Fariza pergi event. Sebab mr mafia kerja. Nak taknak kena bawak juga Fariza.

Walaupun nad tau perangai Fariza ni ok, bila dekat event, ( waktu tu ada daddy dia ) nad tak berapa risaula. Sebab mr mafia boleh tengokkan. Tapi ni nad sendiri. Nad nak kena jaga dia, nak kene jaga perangai dia bagi diam. Waktu yang sama, nad kena buat kerja nad sebagai blogger. Yup, memang bukan mudah. Kalau anak dah besar, boleh berfikir takpela gak. Ni baru setahun, apa dia tau, ada benda kat depan mata yang best, atau dia pegang sesuatu yang melalaikan dia, barulah dia diam.


Memang mencabar. Masa nad bawak Fariza pergi event, dalam hati harap-harap dia baik. Tak meragam, atau menangis. Tak menjerit kebosanan. Alhamdulillah..waktu event tu dia baik. Semua terkejut sebab dia tak bising..hahah..event fashion show kot..hahaha..setakat orang lalu lalang atas pentas, budak mana suka..nasib dia tak kisah..hahaha. Ada nad selitkan dia dalam video masa ambil fashion shaw..tapi mana ntah video tu..hahaha



Satu lagi event, sebab santai..ok lagi. Lagipun ada kawan, dia suka bila ada kawan. Pastu lepas, jalan sana sini. Alhamdulillah, dua-dua event dia tak ganggu. Tak ganggu kerja nad juga.

Kalau orang lain boleh, takkan nad tak boleh kan..banyak mommy blogger yang nad jadikan inspirasi bila bawak anak pergi event. Tapi ada yang bertuahla, ada pembantu untuk jaga anak diaorang. Lepas tu anak diaorang ada yang susu botol. Fariza sebab dia masih susu badan. Dan tak suka dengan susu botol. Kadi terpaksa la nad bawka dia ke hulur hilir.

Saya mommy blogger..maaf kalau terpaksa bawak anak ke event.
hai assalammualaikum

MAHA 2016 Dapat Sambutan Hangat Daripada Pengunjung


Memang rugi siapa tak pergi Maha 2016 haritu. Nad sendiri rasa rugi, kenapa sedangkan nad pergi ke Maha 2016??? Sebab nad tak pusing habis apa yang ada dekat Maha Maeps Serdang waktu tu. MAHA 2016 telah melabuh tirainya pada 11 December 2016 baru-baru ini di MAEPS, Serdang Selangor. Kalau masa boleh diputar balik, nad akan habiskan satu hari dari pagi sampai ke malam dekat Maha 2016 haritu.

Boleh baca entry nad di MAHA 2016 di SINI.


Tema Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) kali ini ialah " OUR Food OUR Future",  telah mendapat sambutan hangat daripada pengunjung untuk datang ke situ pada tahun ini. Dikatakan seramai 3.7 juta pengunjung yang hadir..fuh..kau nampak masyarakat marhain datang ke MAHA 2016 kali ni.


Walaupun cuaca panas, hujan, orang tetap datang untuk merasai dan melihat sendiri apa yang ada di MAHA 2016 kali. Yang datang dari pelbagai golongan, muda dan tua, pelbagai bangsa, sama-sama menghangatkan suasana dia MAHA 2016.



Macam-macam aktiviti, pameran, yang menarik yang disediakan di MAHA 2016. Memang nampak perbezaannya, kali ini lebih meriah berbanding tahun sebelumnya. Yup, nad pernah pergi sebelum ni, memang aktiviti yang sama ada di Maha iaitu buah-buahan, pertanian, pameran, produk, dan taman-taman. Tapi untuk MAHA 2016 kali ni, benda baru seperti Kampung Mok Cun, Kampung Durian Upin dan Ipin, Festival Muzik, Laman padi,  dan Laman Perikanan. Nad sempat ke Kampung Mok Cun je untuk terbaru ni.

Paling menarik bila ada lembu sado..hehehe..


Selain itu, menariknya lagi ada penginapan untuk pengunjung bermalam di MAHA 2016 dengan harga berpatutan. Iaitu di Nafas Cube. Penginapan berkonsepkan kontena, tube dan khemah.

Nampak kan, macam-macam benda yang disediakan di MAHA 2016 kali ni. Tak sia-sia pergi.


Tahniah kepada pihak penganjur yang menjadikan MAHA 2016 lebih meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung. Harap tahun depan buat lagi lain daripada lain..hehehe..Nad dah siap-siap untuk pergi ke MAHA seterusnya..huhuhuhu..


hai assalammualaikum

Hanie Foundation: Makeup Menjadi Mudah Dan Pantas

Kelmarin nad dah terima barang yang di tunggu. Apa lagi, barang makeup la..hehehe..Memandangkan foundation nad dah nak habis, jadinya kenala cepat-cepat tambah stok. Foundation benda penting kena ada dalam koleksi makeup. Sebab dengan foundation la boleh tutup segala cela dekat wajah..huhuhu.


Kalau sebelum ni, nad pernah guna foundation jenis cecair, sebab jenis cecair ni memang best, dia tutup segala cela dekat muka. Nak sapu dekat muka pun mudah, tapi kalau salah pilih, akan berminyak muka, macam nad dulu la. Sebab tu nad takut nak guna jenis cecair ni. Tapi, bila tengok Hanie Foundation ni, nad tertarik pula. Walaupun foundation ni jenis cecair.

Nad baca testimoni, bukan sahaja sebagai makeup untuk menutup cela, malah mampu merawat kulit muka kita. Part tu yang nad tertarik..Muka nad memang sensitif sikit, pakai makeup yang tak sesuai dengan kulit, mesti naik jerawat. Sebab tu nad sekarang hati-hati pilih barang makeup. Sekarang proses nak baikpulih muka. Seronok dengar yang foundation pun boleh rawat muka. Sambil makeup sambil merawat..


Bahan berkualiti yang terkandung dalam Hanie Foundation seperti serbuk mutiara, jojoba oil, kolagen, dan vitamin E..mampu merawat kulit. Pulak tu ada SPF 35. Kulit kita ni pun kena ada perlindungan daripada cahaya matahari. Memang sesuai sangatla guna Hanie Foundation ni.

Semua dia ada..fuh lengkap. Tak payah dah nak tepek concealer, bedak bagai. Memang makeup pun tak sampai 5 minit weiii...Sebelum ni nad ambil masa nak makeup sebab berlapis-lapis pakai foundation semata nak tutup cela, sekarang, tengok je gambar dekat atas sebelum dan selepas pakai Hanie Foundation..kebabom kau..

Memang best pakai Hanie Foundation ni. Teksturnya ringan, macam tak pakai foundation. Muka nad tak berminyak, tak bercapuk, kira halus je. Muka pun nampak cerah dan glowing. Memang dia tutup semua cela dekat wajah. Takda nampak pun..fuh..Hanie Foundation ni tahan 24 jam.


Foundation ni takda banyak warna, maksudnya macam medium, light atau dark. Dia ada satu jenis je ni. Walaupun satu jenis, Hanie Foundation ni sesuai untuk semua jenis kulit. Hanie Foundation, botolnya comelnya je, ringan pulak tu. Mudah dibawa kemana-mana.


Foundation ni jenis tekan. Jadi korang kena tekan perlahan-lahan untuk keluarkan cecair foundation tu. Jangan tekan kuat-kuat, kang terkeluar, dah membazir. Lagi satu, jangan tekan terlalu banyak. Nanti jadi putih giler muka weii..haha.

Pertama kali pakai, tak tau pulak foundation ni jenis pekat. Punyalah kita tertekan banyak, dah tekan banyak, kita pun sapu semua dekat muka, habis putih muka kita oii..dah macam opera cina. Korang tekan sikit je, sikit jee macam dalam gambar..sikit tu pun dah boleh cover seluruh muka. Best sangat, kalau sikit macam ni, boleh tahan berbulan-bulan. Jimat weiii.. Korang boleh sapu dengan tangan, span atau brush. Macam nad suka sapu pakai span. Taknak tangan comot.


Hanie Foundation ni tahan 24 jam. Melainkan korang pergi cuci muka untuk solat, hilanglah foundation tu. Jangan risau, Hanie Foundation sangat mesra wudhuk. Jadinya mudah untuk dicuci ketika hendak solat.

Haishh korang tu yang dah jadi mak, ibu ,mommy, kalau nak bersiap mestila nak kena cepat kan, jadi nad sarankan gunalah Hanie Foundation ni. Yang nak makeup simple, nak pergi kelas atau kerja atau jalan-jalan nak siap cepat, sapu je Hanie Foundation ni, terus nampak cantik. Harga cuma RM80 je..tapi boleh tahan berbulan-bulan.

Psssttt...ni lah rahsia kecantikan muka nad..hahaaha..

Jangan risau, Hanie Foundation selamat digunakan. Dah dapat kelulusan dari KKM. Ni nombor NOT KKM Hanie Foundation: 161002133k. MUA artis pun pakai foundation ni. Hanie Foundation dah setanding dengan produk lain ok..terlaris di pasaran gitu.

Makeup pantas, Tak Sampai 5 Minit!!!


Ni video nad pakai Hanie Foundation. Maafla pertama kali buat video..Sesaje nak cuba. Lampu pun suruh anak buah pegang.hahaha..Tiga jenis barang je, selalu nad buat 1 minit je, ni sebab depan video, bercakap lagi, tergugup sekejap, jadinya 3 minit..hahaha. Selalu 3 minit siap eyeshadow, eyebrow bagai...hehehe..

Bila tang bersiap, nadlah kena cepat bersiap. Pernah sekali, lambat bersiap, terus bapak dengan anak tertidur dekat kereta tunggu mommy bersiap..hahaha. Sekarang dah mudah dah..Tak sampai 5 minit, dah siap dengan Hanie Foundation.

Kalau korang berminat boleh layari

HANIE BUSINESS SOLUTIONS
NO 1-31 Jalan Anggerik Perdana 1, Taman Anggerik Perdana 43500, Semenyih,
Selsngor Darul Ehsan
HP : 010-2267854
Hotline : 0102267854/ 0146687854
Contact stokis/agent berdekatan boleh lihat di sini : SENARAI STOKIS DAN AGEN HANIE.FOUNDATION


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2