hai assalammualaikum

Sambut Tahun Baru 2017 Di Menara Kuala Lumpur


Esok tinggal sehari je lagi kita nak meninggalkan tahun 2016, dan 2017 akan menyusul. Sekejap je masa berlalu, sekejap je dah nak masuk tahun baru. Hah esok, korang mesti ada yang nak sambut tahun baru kan. Ada banyak tempat nak sambut atau tak tau mana nak sambut. Apa kata pergi tempat tinggi yang boleh tengok kemeriahan sambutan tahun baru ni. Mana lagi KL Tower la, atau nama lainnya Menara Kuala Lumpur.

Yela nak lain dari yang lain sikit, selalu sambut tempat biasa je. Pelbagai aktiviti dilakukan dekat Kl tower termasuk midnight countdown, cocktail buffet, balloon release wishes, New Year Toast dan macam-macam lagi la..uitt bestnyaa...Part countdown dekat Kl Tower, boleh bayangkan menjerit dari tempat tinggi..hhehee. Ada pulak balloon release wishes, wahh mesti banyak belon terbang nanti.


Ada juga tawaran istimewa yang dibuat tapi dah habis sebab kena register sebelum 23 December...Tawaran tersebuat ialah Pakej Pelantar Pemandangan, hanya RM78 untuk dewasa dan RM63 untuk kanak-kanak. Pakej ni termasuk tiket ke Pelantar pemandangan, dapat gambar cenderahati secara percuma bersaiz 6R dan pek parti. Murah weiii..bestnyaaa..

Untuk tawaran Sky Deck pula hanya RM198. Pakej termasuk tiket ke Sky Deck, cocktail buffet, New year toast, percuma t-shirt glow in the dark 2017 bagi 100 pelanggan pertama. Tapi dah tutuppp..kalau nak pergi kena bayar yang normal punya..

Korang yang nak sambut bawa-bawalah keluarga, orang tersayang, kawan dekat sini. New Year's Eve 2017 Countdown Celebration di KL Tower. Sambut waktu malam, memang cantik sangat, dengan pemandangan 360 darjah, nampak lampu-lampu. Lagi best dapat tengok bunga api dari situ..wahh!!!..

Korang yang nak sambut boleh hubungi talian 03-20205444 dan layari website www.menarakl.com.my atau facebook www.facebook.com/officialmenarakl.

Sekarang nad dekat kampung, kalau dekat kl lama dah ajak mr mafia..



BELI LESEN EXPRESS!!! ITU BUKAN AKU

in , by Nadia Johari, 17:13:00
hai assalammualaikum

Lesen Express


Ermmm..kita punyala susah pergi bayar ambil exam, belajar kereta, ambil ujian JPJ, siap gagak lagi dekat bukit, kita usaha lagi sampai lulus semata-mata nak dapatkan lesen. Orang lain senang je jual lesen express ye. Mudah betul nak buat duit sekarang. Ada juga yang membeli. Tu ikut diaorangla. Taknak ambil port pun. Yang nad nak ambik port ni, sesuka hati je ambil gambar lesen orang lain untum kegunaan peribadi.


Alkisahnya, bila ada seorang lelaki ni, pm nad dekat inbox page Miszrockers. Dia cakap, dia nampak satu link ni jual lesen, ada gambar lesen nad, dia nak tau betul ke ni atau scam. Terus nad tekan link tu oii..memang ada gambar lesen nad dekat situ. Siap watermark miszrockers lagi. Lelaki yang whatsup tu pm sebab nampak watermark tu. Pastu nad balas, itu memang lesen nad, tapi nad tak beli dengan dia. Nad buat dekat JPJ. Nad ambik test kereta tau.

Pastu seorang perempuan pulak massage dekat page juga. Tanya benda yang sama..ermm..

Ye nad memang ada bubuh lesen dekat blog. Itu pun nak cerita, nak kongsi dengan pembaca macam mana nak tukar lesen P ke lesen penuh. Entry ada dekat SINI. Sebenarnya gambar asal memang nampak muka, tapi nad dah edit balik sebab perkara macam ni berlaku..ermmm.. Tu pun dah kena marah dengan suami..Manalah kita tau nak jadi macam ni. Kita kongsi je. Tu pun dah tutup benda penting, tak sangka orang guna juga.

Orang sekarang nak buat duit senang je kan. Benda macam ni pun ada orang juga nak beli..sedih betul. Tak fikir yang dia main ambil lesen orang, dan cakap tu dia punya, orang yang tak bersalah nanti kena kang. Tak pasal-pasal jadi lain..

Nad dah inbox juga orang tu..tapi dia tak balas lagi..ermm..Nad cuma mintak delete je gambar lesen nad tu..harap-harap dia padamla...nak viral blog takpela, janganla viral lain..

WAKTU CUTI BERKUMPUL BERSAMA KELUARGA

in , by Nadia Johari, 10:15:00
hai assalammualaikum

Meluangkan Masa Bersama Keluarga


Ni kisah cuti haritu. Lupa pulak cuti sempena apa, adehla..Biasalah, bila tak kerja, tarikh, hari, cuti pun dah tak ingat.huhuhu. Memandangkan cuti haritu, mesti korang banyak pergi jalan-jalan kan. Macam nad, duduk rumah je dengan keluarga. Saat paling best bila dapat berkumpul rama-ramai.


Bila dah berkumpul ni, aktivitinya apa lagi. Memasakla..hehehe. Macam biasa, anak perempuan bertukus lumus dekat dapur. Anak perempuan ada empat orang dan seorang menantu. Tapi yang memasaknya dua orang je, nad dengan kakak sorang..hahahha..yang lain buat sampingan je.


Kalau dengan kakak seorang ni, memang kerja dia buat resepi baru jela. Sebab kakak kita sorang ni memang suka tengok resepi. Lepas tu buat, bagi kitaorang rasa. Kadang ada yang sedap, kadang tak..hahhaha..Kali ni, dia buat tauhu berintikan ayam dan udang. Resepi nad dah tulis dekat blog, ada dekat SINI. Yang tukang kupas, potong, blender nad la..lepas tu bakinya dia yang buat..haahhaa. Hasilnya seperti dalam gambar. Nasib baik sedap..heehhe





Kedua pulak, panggang ayam golek menggunakan oven. Ayam ni kakak lagi sorang yang beli. Macam biasalah, dia tukang belI je, yang buat peramnya nad la..hahaa..peram dalam 30 minit. Sebenarnya nak sedap, peram semalaman, tapi ayam pun baru beli haritu juga. Bahan perapan cuma kicap, sos, ketumbar, halia, serai, dan jintan manis. Lepas tu kasi cucuk.dan golek-golek dekat oven.

Ayam ade buat dua cara, satu golek satu letak dekat dulang..yang dah masak tu yangpun dibakar dekat dulang. Yang golek-golek dinagkat je terus dimakan, tak.sempat ambil gambar.

Oven tu kakak ipar beli nak buat kek batik dia, tapi tengok.gambar boleh buat ayam panggang golek, apalagi gunalah..hehehe. hasilnya seperti dalam gambar.

Mak pulak tambah menu dengan buat ikan sambal..pergh memang haritu makanan terbaikk..kenyang perut kita..senang hati..hehehe..macam ni la bila dah berkumpul. Seronok sangat.
hai assalammualaikum

Elma Cosmetic Inspire BB Cushion


Memang sebelum ni dah aim dengan satu produk makeup ni iaitu BB Cushion. Kebanyakan yang review mengatakan BB Cushion ni best dan mudah je nak digunakan. Akhirnya, tercapailah hasrat untuk memiliki BB Cushion ni. Elma Inspire BB Cushion keluaran Elma Cosmetic. Elma Inspire BB Cushion produk keluaran tempatan tapi setanding dengan antarabangsa. Semestinya, kena la sokong produk keluaran kita. Sekarang produk kita pun bagus.

Walaupun BB Cushion yang nad dapat ni tak lah semahal dengan BB Cushion yang lain, tapi sejak nad pakai, nad dah jatuh cinta. Serius!! sebab apa??..


Elma BB Cushion mudah digunakan. Yup, sebelum ni tengok BB Cushion dekat gambar je, nampakla dia berbentuk seperti bedak compact. Nad ingat pakainya pun macam pakai bedak, rupanya BB Cushion ni sejenis foundation dalam bentuk compact. Perlu ditekan sedikit sahaja, dah keluar foundationnya. Elma Inspire BB Cushion ni dah sediakan span untuk kita sapu dekat muka, jadi tak payah susah-susah pakai tangan atau berus.




ELMA Inspire BB Cushion ada dua warna pilihan sahaja iaitu light dan Natural. Teksturnya pun ringan, dan sekata je. Bau dia pun wangi.


Bila nad sapu Elma BB Cushion dekat muka, memang dia bukan sahaja tutup cela, malah sekata dan buat muka nad bertambah flawless dan glowing. Nampak tak gambar di atas, tu nad nak pergi kenduri. Nad pakai Elma Inspire BB Cushion ni dan mekap tak sampai seminit. Kesan dekat muka memang tak nampak, dia memang full coverage. Nad pakai dari pukul 12 tengahri sampai pukul 6 petang. Muka tak berminyak, tak bercapuk, malah makin shining dan berseri. Bila pakai macam tak rasa pakai makeup.

Kebanyakan cosmetic sekarang nad tengok ia bukan sahaja mencantikkan wajah kita,malah merawat muka kita. Macam tu jugakla Elma Inspire BB Cushion ni. Antara fungsi Elma Inspire BB Cushion ni ialah:
1. Menyegar dan Melembutkan kulit
2. Melembapkan kulit.
3.Pelindung matahari. Spf 50++ UV protection
4. Merawat dan Memperbaiki wajah
5. Merawat masalah kulit berjerawat. Mengurang dan Mengecutkan jerawat.
6. Mengatasi masalah kulit berminyak
7. Menghilangkan kesan parut
8. Mengurangkan kedutan di kulit.
9. Sebagai agen anti penuaan.
10. Menegangkan kulit.
11. Mengurangkan masalah kegatalan kulit.
12. Mengecilkan pori-pori

Bahan utama ELMA Inspire BB Cushion adalah dari bahan semulajadi iaitu Minyak Argan, Vitamin E. Sebab tu ia bukan setakat produk makeup sahaja malah mampu merawat kulit.

Siapa yang sesuai guna ELMA Inspire BB Cushion ni?
- Yang nak cantik glowing dan flawless
- Yang tak nak ambil masa yg lama untuk makeup
- Yang ada masalah jerawat dan jeragat
- Yang ada masalah kulit TONA tak sekata
- Yang bermasalah pori-pori yg besar .
- Yang ada masalah bintik-bintik hitam
- Mereka yang hadapi masalah kulit kusam

Mekap 1 minit Sahaja Dengan Elma Inspire BB Cushion.



Video mekap dengan Elma Inspire BB Cushion.

BB Cushion dari Elma Cosmetic ni dah lengkap, bukan sahaja foundation malah ia powder, concealer dan moisturizer. Jadi kalau tak perlu kelam kabut nak bersiap.

Macam nad cakap tadi, Elma inspire BB Cushion ni mudah je digunakan , tekan je, bukan gosok ye, tekan dekat bahagian coklat dengan span, nanti foundation akan melekat dekat span. Terus sapu dekat muka. Cuma dap-dap je, dah flawless dalan masa 1 minit.

Size yang kecik, senang nak bawak dalam handbag setiap masa. Jadi dekat mana-mana boleh apply BB Cushion ni.

Nad memang rekomen sangat untuk korang yang nak cantik, flawless, nak cepat makeup, nak nampak natural, pakai je Elma Inspire BB Cushion ni. Sangat bagus, muka tak berminyak, muka jadi lembut. Serius sangat. Parut jerawat pun makin hilang, jerawat pun kecut..hahaha..bagus weii..

Jangan risau, Elma BB Cushion menggunakan bahan-bahan yang telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengiktirafan halal.

Tengah ada promosi, untuk satu Elma Inspire BB Cushion I harganya RM65 termasuk postage..ape lagi..cepat beli..korang boleh dapatkan BB Cushion Elma ni di
Whatsapps : 018-239 1445
Website : www.elmacosmetic.com
Facebook : https://www.facebook.com/elmacosmetic/
Instagram : https://www.instagram.com/elmacosmetic









hai assalammualaikum

Tauhu Goreng Berintikan Ayam Dan Udang

Hah!!! harini cuti, korang buat apa??. Nad tengok ada yang pergi bercuti, ada yang duduk rumah je, ada juga yang balik kampung. Macam nad, harini semua keluarga berkumpul dekat rumah mak ayah. Apa lagi, main masak-masakla. Aktiviti macam ni memang best, masak ramai-ramai.

Bila dah semua bercampur, adalah sorang ni yang akan bawa resepi baru..hehehe. Macam akak kitala, dia memang suka buat resepi baru ni. Jadi kita pun dapatla rasa menu baru ni..hahaha..


Kali ni, kakak buat tauhu goreng berintikan ayam dan udang. Bahannya mudah je disediakan.

Bahan
- Tauhu putih
- Tauhu goreng atau tauhu susu..eh yeke..ala jenis panjang tu warna kuning.
- Ayam ambil daging sahaja.
- Udang dikupas kulit
- Sayur Kuchai
- Cili besar
- Sayur Sup
- Garam
- Gula
- Sedikit perasa
- Lada hitam
- Telur

Cara membuatnya



- Sediakan semua bahan, bersihkan dan letakkan atas pinggan.
- Potong kecik-kecik semua bahan supaya senang nak diblender.


- Blender semua bahan yang disebut seperti di atas  sehingga lumat.


- Setelah lumat, bubuh dalam loyang dan ratakan.
- Kukus bahan sehingga 15 minit.


- Setelah 15 minit, angkat loyang dan terbalikkan bahan elok-elok di pinggan lain untuk disejukkan sementara. Dia jadi macam terbentuk cantik gitu lepas kukus.


- Potong empat segi seperti tauhu dan celupkan dengan telur.


- Goreng dengan minyak yang panas.
- Bila dah kuning, dan masak , boleh angkat.


Hah macam ni la rupa dalam dia..aumm..sedapp..kalau banyak isi udang dan ayam lagi terbaikkk..huhu..Nampak je macam rumit sebab nak kene kukus bagai, tapi mudah je

Selamat mencuba.

PENANGGAL MEKAP GARNIER JENIS AIR

in , by Nadia Johari, 16:17:00
hai assalammualaikum

Garnier Micellar Cleansing Water

Untuk muka, nad memang ambil berat. Sebab sekarang muka nad dah beransur pulih dari jerawat. Jadi untuk elakkan muka naik jerawat, nad akan pastikan bahagian muka dibersihkan dengan betul. Selalunya, sebelum basuh muka dengan pencuci muka, nad akan lap muka dengan penanggal mekap, atau tisu basah. Bagi buang segala mekap atau kekotoran di muka. Lepas tu baru cuci muka dengan sabun pencuci muka.

Garnier Micellar Cleansing Water

Memandangkan tisu basah dah habis, jadi nad kena cepat-cepat beli lain. Haritu nampak kawan promote penanggal mekap Garnier. Haishh, kita ni pantang kalau benda baru muncul. Pergila Guardian. Masuk sana teringat pulak iklan Nivea,..hahaha. Sebab lepas dia pakai, terus muka jadi macam budak comel je. Nad paham maksud nak disampaikan tu, iaitu muka akan moist macam baby. Tapi pilihan nad ialah Garnier Micellar Cleansing Water. Sebab apa??? Sebab murah dan kawan blogger dah review. Lebih percaya dekat situ.

Penanggal Mekap Jenis Air

Garnier Micellar Cleansing Water terdapat dua jenis iaitu warna pink dan biru. Untuk warna pink yang nad pakai ni sesuai untuk kulit normal atau kering. Warna biru pulak nama dia Garnier Micellar Cleansing Water Pure Active khas untuk kulit jerawat. Macam nad sepatutnya paling sesuai guna warna biru, tapi masa tu dah habis dekat Guardian. Jadi, terpaksalah beli warna pink.


Titiskan di kapas, dah lap di muka

Untuk kulit macam nad ni sensitif, jadi penanggal mekap jenis air ni memang sesuai untuk nad. Garnier Micellar memang betul-betul macam air tu, korang tuang dekat kapas, lap je pelan-pelan terus tertanggal mekap.

Makeup yang ada di muka perlu dicuci dahulu dengan penanggal makeup

Tadaa, hilang dalam beberapa minit. Bersih

Penanggal mekap ni dia macam ada magnet iaitu micelles, mampu menanggal kotoran mekap dia seluruh wajah iaitu bahagian muka, mata dan bibir.

Lepas gunakan penanggal mekap Garnier Micellar Cleansing Water ni, korang boleh je  tak payah bilas dengan air, tapi macam nad, memang nak kene cuci muka dengan pencuci muka juga.


Video nad tanggalkan mekap dengan Garnier Micellar Cleansing Water. Hah korang yang kulit sensitif better cari pencuci muka jenis air. Bagus untuk kulit.

FARIZA BUAT JANTUNG MOMMY BERDEBAR

in , by Nadia Johari, 14:58:00
hai assalammualaikum

Bila Anak Buat Perkara Di Luar Jangkaan

Tak cukup, sebelum ni dia naik tangga seorang diri, dan semalam dia buat lagi perkara yang membuatkan jantung kita laju..Ada saje je budak ni nak buat bila dia seorang diri.


Fariza ni memang suka kutip makanan, benda, tapi Kejadian semalam, memang nad risau, sebab dia bukan makan benda biasa ni makan sambal tempoyak weiii..kau rasa!!! itu pun semalam nad cepat-cepat dapatkan dia, kalau tak, tak tau berapa banyak dia nak telan.

Fariza Makan Sambal Tempoyak

Ceritanya, malam tu nad nak cuci muka. Jadi tinggalkan la dia dengan anak buah dengan kakak. Waktu tu memang ada kakak dengan anaknya tengah buka peti ais. Jadi nad tak kisahla tinggalkan dia bila ada kakak. Waktu tu nad tengah gosok gigi, tiba-tiba dengar anak buah cakap.

" Ma..ma..Fariza makan.." nada biasa..lepas tu dengar lagi " maaaaa...maaaaa..Fariza makan ni!! "..nada macam betul-betul lain macam..tak tau masa tu kakak dekat mana. Boleh biarkan budak-budak ni dekat peti ais. Nad dalam bilik mandi terus kaluar.

Ni la sambal tempoyak yang Fariza makan

Waktu tu kakak dah dekat situ, dia cakap, "Fariza makan apa??"..Anaknya tunjuk " ni.."..hamik kau..nad nampak sambal tempoyak..tapi tak rupa tempoyak pun..sambal tempoyak tu mak bawak balik dari kenduri saudara. Masa tu kat tangan dia penuh sambal, tak tau banyak ke tak dia makan. Tengok muka Fariza relaks je, tak nangis , tak jelir lidah, tak meragam ke..tapi kita ni mestilah risau. Terus amik basuh tangan dia, sabun tangan.

Esoknya, tanya mak, sambal tu pedas ke tak. Mak kata pedas, ade cili padi, tapi entahla, macam tak pedas..erkkk!! . Waktu Fariza makan tanpa ada perasaan, tak tau nak gelak ke ape. Kalau tengok muka dia memang macam tak ada apa-apa. Lagi dia jilat jari dia adalah..adehh..anak..

Bahaya budak makan pedas-pedas ni, takut usus dia tak boleh terima. Tapi harap dia tak makan banyak. Lepas dia makan, terus nad bagi dia minuk air..fuhhh..Lepas tu bagi susu, terus tidur..

Adoiila Fariza. Mommy dah terlebih bagi makanan dekat awak, nak makan benda lain gak. Nak ikut perangai daddy suka makan pedas ye. Lepas ni jangan buat macam nI lagi ye..mommy boleh terkeluar jantung.
hai assalammualaikum

Banjir Di Sekitar Jalan Meru, Setia Alam Dan Klang Sentral

Petang semalam memang hujan lebat betul dekat Meru. Kilat berdentum kuat. Nad masih berkampung dekat kampung. Petang tu adik ipar balik kerja, cakap " fuh meru jem giler sebab banjir "..Masa tu baru tau Meru banjir. Dapatlah gambar whastup tunjuk gambar banjir tu.

Memang teruk banjir kali ni. Rasanya sebelum ni pernah banjir juga, tapi takde pulak sampai ke jalan nak ke Setia Alam dengan Klang Sentral. Ke nad yang jarang balik tak tau banjir teruk macam ni..huhuhu..tapi rasanya tak juga..ermmm..

Tengok gambar yang dihantar, banjir memang dalam. Sampai ada kereta yang tenggelam. Laluan ni la yang nad selalu guna ulang alik ke Kuala Lumpur dan Meru. Jalan ni la yang nak ke Setia City Mall dan stesen bas Klang Sentral.

Suasana Banjir Di Meru

Meh nad tunjukkan suasana banjir kilat di Meru Klang.




Dikatakan dah surut. Tapi tadi ada kawan post, masih banjir lagi..macam tu la kalau dah banyak sangat pembinaan. Saluran air pun dah tak tau dekat mana.

KENALI DIRI MENGIKUT JENIS RAMBUT

in , by Nadia Johari, 10:29:00
hai assalammualaikum

Kenali Diri Mengikut Jenis Rambut

Sekarang ni, macam-macam kita boleh nampak perangai kita macam mana. Setiap anggota badan kita ni menunjukkam sifat diri kita. Bukan itu sahaja, malah peebuatan, cara pemakaian pun boleh dibaca macam mana kita ni kan!!!..

Tapi, semua ni sekadar suka-suka sahaja. Jangan percaya 100%.  Kadang benda ni bukannya betul sangat. Kadang ada yang terkena. Cuma untuk suka-sukala kan..


Jenis Rambut, Mana Satukah Anda???

Check rambut masing-masing ye..hehehe..Kali ni nak kongsi dengan korang, nak kenali diri korang melalui rambut..

1) RAMBUT LURUS
- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERINTING NEGRO
- bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.

4) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS / LEMBUT
- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
- bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
 Baru bagun tidur atau malas sikat rambut.

10) RAMBUT BERUBAN
- dah tua tu...rumah kata pergi..kubur kata mari.

11) TIADA RAMBUT
- macam mana nak kate ye....kesian...

Last sekali RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU-KIJAUAN*
```itu rambutann... Huahuahuahua..


Ok gurau..ketawa tu kan satu benda yang membuatkan muka kita muda..ok bye..




MAKAN MALAM DI CABIN MERU CAFE

in , by Nadia Johari, 11:30:00
hai assalammualaikum

Kedai Makan Cabin Meru Cafe

Kedai makan ni dekat dengan rumah family nad di Jalan Paip Meru ni. Nad pergi kedai ni, jalan kaki je dengan anak buah..hehehe. Sebenarnya kedai makan ni beberapa bulan beroperasi. Tapi, baru kelmarin nad dapat makan dekat kedai makan ni sebab sebelum-sebelum ni bila balik kampung nak makan sini, ada je halangan..huhuhu.

Kedai berkonsepkan Cabin Di Kawasan Kampung

Sebelum siap, memang nad perasan, ada cabin nak buat. Tapi sebelum ni, kakak cakap nak buat rumah tumpangan ke rumah sewa..entahla. Tapi akhirnya jadi kedai makan.


Nama kedai Cafe Cabin Meru.












Kedai ni berkonsepkan cabin. Ala sekarang kan sana sini guna cabin kan. Jadi ni la salah satu cabin kedai makan yang ada dekat kampung. Kedai makan ni ada bawah dan atas, tempat makan.

Menu di Cabin Cafe Meru

Sebelum ni nad tau, menu yang dekat sini ada western sahaja. Macam biasalah, chicken chop, lamb chop. Tapi malam tu nad pergi macam-macam menu ade. Bukan setakat western, nasi bergoreng, nasi lemak dan sizzling pun ada. Macam-macam jugakla..


Malam tu nad order chicken chop special. Apa specialnya???. Selain ayam, sayur dan kentang dia ada hotdog dan meatball. Sebelum ni nad pernah rasa chicken chop dia, sedap sangat sebab kuah dia, adik pernah bungkus, tapi malam tu nad pergi, kuah dia biasa je..ermm..tapi meatball dia sedap.

Kakak pun perasan kuah dia rasa lain..huhuhu..takpe boleh diperbaharui..


Anak buah pulak order nasi lemak. Untuk nasi lemak memang terbaik. Sedap dan sambalnya sedap.


Air ada macam-macam, tapi malam tu order air chocolate je.


Korang yang berdekatan nak cuba boleh pergi ke Jalan Kemboja Meru. Ini adalah peta lokasi Cabin Meru Cafe. Anda boeh search dalam Google Map atau masukkan coordinate dalam GPS anda.

Jika anda gagal untuk mengesan lokasi landmarks terdekat dan paling besar adalah Fairy Park Meru Klang 吧生中路仙境山莊.  Kami terletak sebelum pintu masuk ke Taman Peringatan ini.

Jika anda gagal juga. Sila jangan malu malu untuk menghubungi melalui telepon atau whatsapp ke 0122672327.

Tempat ni boleh booking juga untuk majlis acara seperti family day, annual dinner atau apa-apa sahaja.


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2